Resepi Ramadhan
Resepi Ramadhan
Resepi Ramadhan
Bahan2 :
Ikan, ayam atau daging semua boleh guna resepi yg sama ye..
Cili kering, rebus sampai betul2 lembut
Bwg besar
Bwg putih
Halia
Kunyit hidup, kalo tk de boleh je buh kunyit serbuk
Belacan
( bahan2 kat atas ni ikut lah agak2 byk mana kuantiti nak masak ye )
Blend kan semua hingga betul2 hancur
Serai titik
Bwg besar sebijik hiris2
Daun kesum
Air asam
Sayur antaranya bendi, terung, tomato ikut suka nk letak apa..
Cara² nyer :
Panaskan minyak masukkan bahan blender tadi, tumis sampai naik bau. Masukkan cili
kering blender tumis sampai pecah minyak. Bila bahan tumis tadi pecah minyak
masukkan air asam jawa, tunggu smpai didih..masukkan bunga kantan/daun kesum
..msak sampi naik bau..last skli bru msukkan 1 ekor ikan yg telah dikerat dan garam
secukup rasa ...
Bahan2
1kg daging tetel
15@20 tangkai cili kering*
Bwg merah kecik 4 biji *
Bwg putih 5 ulas*
Halia 1 inci*
Lengkuas 1 inci *
Kunyit hidup 1 inci *
Belacan 1 inci *
1 sudu kecil lada hitam *
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
1 mangkuk air asam jawa
Gula melaka(sy guna sikit jer, x suka manis sgt)
Garam secukupnya
Daun limau purut (buang tulang tengah)
3 btg serai ketuk
Caranya
-rendam dlm air panas cili kering, jintan & lada hitam
-kisar bahan2 bertanda * sehingga halus
-panaskan minyak tumis bahan2 yg di kisar td smp garing
-masukkan daging tetel.. masak smp keluar air daging td
-masukkan air asam jawa, serai yg diketuk n daun limau purut
-rasakan dgn garam n gula melaka.. masak smp daging empuk
-blh jgk kalau nak rebus daging tetel dulu, air rebusan jgn dibuang blh masukkan dlm
kuah nt
Selamat Mencuba!
20 tangkai cili kering (kalo ikan Lebih, Lebih kan cili kering)
2bji bawang besar
3ulas bawang putih
Lgkuas bsr ibu jari(diketuk)
Serai sebatng dititik
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
Masukan serai
Masukan lgkuas
Masukkan ikan daun kesum, dan bendi biarkan sehingga mendidih
Masukan garam serbuk perasa gula skit
Masukkan tomato perlahankan api biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
5) First time buat asam pedas ayam.... Sapa suka lauk mcm ni... Sy mula2 mkn masa jln raya
kat rumah kawan... Sedap rupanya ayam masak asam pedas...
Cili kering
Belacan sikit
Bwg besar
Bwg putih
Halia
Kunyit hidup
(Kisar)
1 sdk halba
1 sudu Lada hitam (tumbuk)
Serai dititik
Air asam jawa daun limau purut
Tumis halba dan bahan2 kisar.. masuk lada hitam.... Bila cili dh garing masukkan ayam
bg kecut.... masuk kentang.... Lps tu masukkan air asam.. didihkan.. masuk daun limau
dan perasakan garam.... kalau nak masuk bendi boleh masuk masa ni...
Cara cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih serta halia yang dihiris bersama kayu manis,
bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Bahan Kisar:
100 gm cili kering ~ pilih jenis pedas
Sebesar 50 sen belacan - kisar dengan cili - tak guna
10 ~ 15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara cara:
Udang digaul dengan sedikit garam kemudian digoreng hingga merah, jangan goreng
lama nanti udang kecut dan keras. Bila dah merah angkat. Ketepikan.
tumis bahan kisar sampai pecah minyak. masukkan garam, gula, asam jawa. kacau rata.
masukkan udang
8) IKAN BAWAL GORENG GARING DAN SAMBAL KICAP, SAMBAL TEMPE IKAN
BILIS, SAYUR KAILAN SOS TIRAM BESERTA BAWANG GORENG GARING
RESEPI IKAN BAWAL GORENG
BAHAN:
2 ekor ikan bawal
kunyit
garam
cara:
gaulkan ikan dengan kunyit dan garam. panaskan minyak dan goreng hingga garing.
CARA:
bawang besar dan cili hiris halus, gaulkan dan masukkan kicap manis
Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan pula bawang
merah yang ditumbuk kasar. Setelah wangi dan garing, masukkan gula. Gaul rata dan
masukkan sedikit garam.
Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan tutup api supaya tempe
dan ikan bilis kekal rangup.
Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali (pastikan guna api yang kuat).Tumis bawang putih hingga
naik bau.
Masukkan sos tiram yg sudah dicampur air. Masukkan gula dan lada sulah. Kacau goreng
hingga pecah minyak
Masukkan kailan dan kacau goreng seketika sehingga masak tetapi jangan sampai layu.
Padamkan api dan terus cedokkan ke dalam pinggan.Taburkan bawang putih goreng di
atasnya. Siap.
9) SUP EKOR ALA THAI, LEMON AND HERB CHICKEN, SAYUR KACANG
BUNCIS SOS TIRAM DAN SAMBAL BELACAN
BAHAN
500gm ekor lembu
1 biji bwg besar – dipotong 4
1 inci halia
4 ulas bwg putih
½ biji bwg besar - dipotong 4
1 biji tomato – dipotong 4
3 batang serai
Sedikit daun limau purut
Sedikit cili api
2 sudu besar sos nampla
Sedikit asam limau nipis
Sedikit daun ketumbar
Cara2 :
1) Rebus ekor lembu bsama 1 biji bwg besar + halia selama 4jam atau lebih (sehingga
lembut)
2) Tumis bwg putih (api besar mcm kat kedai tu, tp jgn sampai hangit ye)..pastu
masukkan cili api, bawang besar, serai, tomato, daun limau purut..kacau seketika
3) Masukkan rebusan ekor, sos nampla, dan perasakan dengan garam
4) Perahkan asam limau + taburkan daun ketumbar semasa menghidang
Bahan-bahan
5 ketul ayam
1/4 cawan minyak zaitun
1 biji lemon (separuh ambil jusnya, dan separuh lagi hiris bulat)
1sk lada hitam (jenis yang kisar kasar)
1 sk dried Italian seasoning (ada jual kat pasaraya. Ini campuran basil, marjoram,
oregano, rosemary & thyme)
1/2 sk dried rosemary
1/2 sk dried thyme
4 ulas bawang putih (cincang)
1 biji bawang merah besar (potong bulat)
1sk gula
1 1/4 sk garam
kentang, lada benggala dan lobak merah (potong kecil) - kalau suka
Cara-cara
Sediakan loyang yang sesuai. Letak sedikit minyak zaitun. Letakkan ayam atas loyang
tersebut. Selit-selitkan kentang dan lobak merah. Masukkan garam, gula, jus lemon, lada
hitam, Italian seasoning, rosemary, thyme dan bawang putih. gaul sebati dengan ayam.
Akhir sekali tabur bawang merah dan hirisan lemon atas ayam. Tuang habis minyak
zaitun yang berbaki.
Panaskan oven 200 darjah. Masukkan ayam tadi dan bakar selama 50-60 minit. Sehingga
ayam masak.
Bahan:
1/2kg ikan tenggiri potong 3
1 genggam cili api merah*
2 biji cili merah*
1 inci kunyit hidup*
5 ulas bawang merah*
3 batang serai dititik
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk air
1 keping asam keping
garam
Cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*).. masukkan dalam periuk..
panaskan bersama semangkuk air.. bila mendidih.. masukkan ikan
masukkan juga serai.. asam keping.. garam..
bila ikan telah masak masukkan santan..
kecilkan api.. biarkan santan mendidih sekejap..
tutup api sedia untuk dihidang..
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK :
1)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula ,
asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .
2) Masukkan sotong , dan terus kacau jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air .
Kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.
Bahan-bahan
seikat sayur siew pak choy
4-5 sudu mkn sos tiram
3 ulas bawang putih- cincang
seinci halia - cincang
air sedikit
tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah
bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan
Cara-cara
sayur jgn potong dulu... panaskan air. celur ngan btg2 skali.
angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin.
klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.
didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
hiaskan ngan bwg putih goreng.
11) PARU GORENG BERLADA, BENDI GORENG TELUR
Bahan rebus:
700 gram paru
2 hiris halia
1 batang serai - ketuk
Sedikit garam
Bahan lain:
1 batang serai - ketuk
2 sudu besar gula atau secukupnya
Garam
1 keping asam keping
Cara cara:
Paru direbus bersama halia, serai dan garam sehingga empuk dalam 30 minit sehari
sebelum dimasak. Masak sampai paru tak liat. Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk
dicucuk tengok kalau dah tak liat. Tos kan airnya.
Bila sejuk, baru dipotong nipis nipis. Paru dilumur sedikit garam jika suka dan biarkan
seketika.
Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam
minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing,
angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan serai, sehingga naik bau
dan sedikit garing. Masukkan gula, sedikit garam dan asam keping. Mesti ada rasa manis
manis sikit, baru sedap.
Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng dan gaul sebati.
Bahan bahan:
15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
2 biji telur - dipukul
Sedikit garam
Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bwang merah, putih, sehingga naik bau. Masukkan bendi dan
dikacau. Masukkan garam dan . Agak agak bendi dah separuh masak boleh lah
dicurahkan telur sekelilingnya.
12) KETAM MASAK LEMAK CILI API, AYAM GORENG KUNYIT, SAMBAL
BELACAN
Bahan bahan;
3 ekor ketam
1-2 biji santan pekat
Segenggam cili api - Ikut pedas mana
2 inci kunyit hidup
Garam
Serai diketuk
Daun kunyit
1/2 keping asam keping
Cara cara:
Bahan bahan
Cara- cara
Ayam digaul rata dengan kunyit dan garam.. goreng sehingga garing dan ketepikan.
13) AYAM MASAK MERAH, DAGING MASAK KICAP, SUP SAWI PUTIH DENGAN
SOOHOON DAN FUCUK
Ayam 5 ketul
Serbuk kunyit
2 sudu besar cili kisar - ikut nak pedas mana
2 sudu besar sos tomato
Garam
Gula
1 biji bawang besar potong gelang
1 biji tomato potong kecil2
Cara-cara
Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. Goreng tidak terlalu garing. Angkat dan toskan.
Panaskan sedikit minyak dari minyak gorengan ayam tadi.. tumis bahan kisar sehingga
naik bau. Masukkan cili kisar. Tunggu sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato dan
gula.
Masukkan bawang besar dan tomato. Masukkan ayam. Kacau rata sehingga tomato dan
bawang layu. Angkat dan hidangkan
Bahan-bahan
Cara-cara
Rebus daging sampai empuk. Nak cepat gunakan pressure cooker. 10 minit dah siap
empuk. Jimat gas
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan daging. Jangan
masukkan air daging.
Kacau2 dan masukkan sos tiram dan kicap. Masukkan bawang dan cili padi. Kacau
sekejap sahaja. Masukkan sikit air rebusan tadi nak bagi basah.. garamkan dan angkat.
Boleh dihidangkan
14) IKAN KEMBUNG SWEET SOUR , KERABU SOTONG, BROKOLI DAN KOBIS
BUNGA SOS TIRAM.
penumis/di tumbuk:
1/2 biji bawang
1ulas bawang putih
Ikan digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam. Digoreng dan diketepikan.
Panaskan minyak lalu tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan cili kisar,
bawang besar, bawang putih. kacau hingga sebati dan masukkan semua bahan dadu yang
lain. kacau rata dan masukkan cili sos, daun limau purut, jus limau. kacau lagi dan
masukkan garam gula secukupnya. tutup api.
letakkan ikan di dalam piring lalu siramkan sos sweet n sour ke atas ikan. taburkan lagi
daun ketumbar di atas ikan.
tanur daun bawang
sedia untuk di makan
Bahan-bahan
5-6 ekor sotong
1/2 biji bawang besar hiris halus
1/2 biji tomato didadu halus
1 batang bunga kantan. Hiris halus.
1 batang serai hiris halus
1/2 batang Cili merah hiris halus
5 sudu besar sos ikan
Air perahan limau
1 batang kacang panjang dihiris halus
Sedikit daun ketumbar dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Potong sotong dan celur dalam air panas. Ketepikan. Kacau rata dengan bahan2 lain..
Tambahkan sikit air celur sotong tadi untuk berkuah.
Bahan bahan:
250g daging
1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
Gula pasir/gula Melaka
1 sudu kecil air asam jawa
Bawang besar potong gelang
Cili kisar - ikut pedas mana
Bahan Kisar:
1 batang serai
1 inci halia
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 biji buah keras
Cara cara:
Rebus daging sampai empuk. Nak cepat boleh rebus dalam pressure cooker. 15 minit dan
empuk. Angkat dan ketepikan. Rebusan air daging jangan buang.
Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata. Kemudian masukkan bahan
kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga pecah minyak. Akhir sekali
masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Masukkan sekali bawang besar hiris
sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.
BAHAN-BAHAN
telur 4 biji direbus
1 biji bawang merah dihiris*
1 biji bawang putih dihiris*
1 inci halia dihiris*
1 biji bunga lawang*
1 batang kulit kayu manis*
5 biji bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*
1 sudu serbuk kurma adabi
5 biji cili padi
1/2 santan kotak
Cara-cara
Panaskan minyak. Masukkan bahan bertanda *. Kacau sehingga naik bau. Masukkan
rempah kurma yg dilarut dengan air.. kacau dan masukkan santan dan tambahkan air.
Kacau hingga menggelegak. Masukkan telur dan cili padi.
Bahan- bahan
1/2 bungkus tempe ~ hiris kecil dan goreng sebentar. Ketepikan
1 biji kentang ~ hiris kecil dan goreng sebentar. Ketepikan
1 keping tauhu (takua) ~ hiris dan goreng sebentar. Ketepikan
Sedikit suhun ~ direndam lembut dan tos
1keping fucuk (tauhu kering) ~ direndam lembut dan digunting kecil. Toskan
2 batang kacang panjang
Bahan tumis:
Cara Membuatnya:
Tumis bahan tumisan dalam kuali, bawang, bilis dan last sekali cili hijau dan merah.
Masukkan tahu kering (fucuk) dan kacang panjang. Masak hingga lembut . Tambahkan
garam dan sedikit gula
Masukkan tempe, tauhu dan kentang yang sudah digoreng
Perisakan dengan sedikit air asam jawa dan kicap..masukkan suhun yang telah ditoskan
airnya.
Bahan:
dada ayam - dipotong kecil
sedikit lada putih,
garam dan tepung jagung
3 biji kentang - potong dan goreng kejap
Bahan A :
5 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 biji cili merah - dikisar
Cara memasak : Gaulkan dada ayam bersama serbuk lada putih dan garam kemudian
salutkan dengan tepung jagung dan goreng sekejap. Tak payah terlalu garing. Panaskan
minyak dan tumis bahan2 A hingga wangi dan sedikit garing. Masukkan bahan B dan
goreng lagi hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air ( agak2 yerk nak kuah byk
mana ), garam dan gula secukup rasa dan sedikit kiub ayam, sebatikan dan masukkan
ayam dan kentang yang digoreng tadi, sebatikan dan biarkan sebentar. Masukkan hirisan
daun bawang, kacau kejap dan terus angkat.
17) IKAN SIAKAP GORENG DAUN LIMAU PURUT, SOTONG TIN SAMBAL JAWA,
SAYUR KACANG BUNCIS GORENG HATI AYAM
BAHAN
1 ekor ikan siakap
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng
Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.
BAHAN
1: Sotong tin
2:bahan2 tumis {bawang merah,bawang putih,halia,cili besar,cili Api ikut lah uolls nak
pedas takat mana,and daun limau purut
3: air asam jawa sy agak2 je
4: air sotong dalam tin tadi Jgn buang
5:Sotong tadi potong ikut suka uolls
6:sunquick 2 sudu
CARA:
Tumis bawang merah,bwng putih halia and cili sampai naik bau kalau sy suka sampai
garing
Dah naik bau and bwang tu agak2 garing masuk Kan Sotong
Gaul sekata Kan semua
Lastly masuk Kan air Sotong. Gaul rata Kan sampai mendidih dan perasakan dengan
garam
18) IKAN JELAWAT MASAK LEMAK CILI API, TELUR DADAR, SAYUR KAILAN
IKAN MASIN, SAMBAL BELACAN, TEMPE GORENG GARING
Bahan-bahan :-
Cara-cara :-
bland semua bahan *....masukkan bahan yg dibland dalam periuk bersama serai dan asam
keping.tmbahkan garam dan pati santan.. masukkan daun kunyit. masak sekejap dan
masukkan ikan jelawat...
Bahan-bahan
1/2 biji bwg besar (hiris nipis)
3 ulas bwg putih (cincang)
seikat sayur kailan - potong dan asing batang dgn daun
2 ketul ikan tenggiri masin (fresh lg sedap)
1 biji cabai masak (buang biji) - potong serong
2 sudu Beso sos ikan
2 sudu Besar sos tiram
sedikit air
Cara-cara
goreng ikan tenggiri masin dgn sedikit minyak hingga masak
- kemudian buang tulang dan hancurkan isi dlm kuali tu jugak
masukkan bawang besar & bawang putih dalam kuali tadi.... kacau hingga layu
kemudian masukkan batang kailan serta sos ikan dan sos tiram....
gaul sebati hingga batang lembut sedikit...masukkan air, adjust untuk kuah....
kemudian masukkan sayur kailan bersama cli potong kacau sekejap
dan bolehlah dihidangkan
Bahan A
4-5 biji cili merah
3 biji cili padi merah (tambah jika mahukan lebih pedas)
belacan sebesar ibu jari (boleh dibakar dahulu jika mahu)
sedikit garam
Bahan B
Asam Jawa sebesar ibu jari
3 sudu air masak
3. Bahan B disatukan rata dan di ambil jusnya terus dimasukkan kedalam mangkuk
sambal.
4. Ratakan dan boleh terus dihidangkan.
Cara-caranya :
1. memula basuh semua telur
2. pecahkan telur sebiji demi sebiji masuk dalam mangkuk
3. masukkan beberapa titik sos ikan, serbuk lada putih
4. masukkan bawang
5. tepuk laju-laju dengan garpu sampai agak ringan sikit.
6. panaskan minyak secukupnya. biasa aku letak minyak banyak sikit jadi dia kembang
cantik.. kalau tak suka berminyak korang boleh letak sesudu minyak masak dalam telur tu
sesiap sebelum tepuk tadi. pastu korang boleh masak atas pan atau kuali yang tak lekat
minyak tu je..
7. Goreng agak keemasan dan jangan lupa terbalikkan jugak telur tu bagi sebelah lagi
bahagian tu masak ok..
8. Dah siap boleh hidangkan
Bahan
1 Paket tempe yang dipotong nipis
serbuk kunyit
garam
Cara
gaulkan bahan2 ni. panaskan minyak dan goreng sehingga garing
19) Ayam blackpepper with shitake mushroom, sup sawi with tauhu and soohoon, terung
goreng and sambal belacan.
7 Ketul ayam
7 biji cendawan shiitake,
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1/2 biji bawang besar, potong 4
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil kicap manis
3 sudu besar minyak masak
sedikit tepung jagung, bancuh dengan air menjadi pes
garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak. Gaulkan ayam bersama garam dan goreng dibatas api yang besar
sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yg sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau,
kemudian masukkan serbuk lada hitam.
Masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan pula cendawan, minyak bijan dan kicap
manis. Kacau sehingga cendawan sedikit layu.
Tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan dan kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung
supaya kuah menjadi pekat.
Perasakan dengan garam secukupnya.
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan keli | dibersihkan
15gm cili merah | ditumbuk kasar
1 biji bawang besar | ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
12gm cili padi | ditumbuk kasar
1 Biji bawang besar potong gelang
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit tepung gandum
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ikan keli bersama tepung gandum dan sedikit garam. Panaskan minyak di
dalam kuali dan gorengkan ikan tersebut. Angkat ikan tersebut dan asingkan.
2. Tumbuk kasar bahanbahan seperti cili merah, bawang besar, bawang putih dan cili
padi.
3. Di dalam kuali yang berlainan, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah
ditumbuk sehingga naik bau dan agak garing. masukkan bawang besar yang dipotong
gelang tadi.
4. Masukkan ikan keli dan kemudian bolehlah dihidangkan.
bahan-bahannya :
Sayur kangkung
Bawang Merah hiris
Bawang Putih hiris
Cili Merah
Bawang Besar
Ikan Bilis
Garam halus
tumiskan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis dan cili merah yg siap dipotong
da wangi masukkan sedikit garam
masukkan sayur kangkung dan
goreng kejap je jgn sampai sayur layu nanti zat hilang
21) KUZI KAMBING, AYAM MASAK CILI HIJAU, SAYUR KACANG BUNCIS
DENGAN CENDAWAN SHITAKE
CARA MEMBUATNYA
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sos dan
kacau rata. Tambah daging kambing yang telah diperap tadi. Gaul rata dan biar hingga
daging kecut. Masukkan kismis dan air (hingga daging tenggelam). Biar mendidih
Tambah tomato dan masak hingga daging empuk, masukkan yogurt dan gula melaka,
kacau rata. Masuk bawang besar yang dibelah, cili hijau dan cili merah. Kacau dan biar
hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh
matikan api.
Bahan A
6 ketul ayam
2 batang serai (diketuk)
1 labu bawang besar (hiris kasar)
Minyak masak
Serbuk kunyit
Garam secukupnya
Cara memasak:
1) Gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga masak atau separuh
masak.
2) Tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga wangi dan pecah minyak. Pastikan
bahan kisar ditumis hingga betul- betul masak untuk elakkan rasa maung cili dan sakit
perut!
3) Kalau nak berkuah, tambahkan sedikit air. Masukkan ayam dan perasakan dengan
garam. Kacau rata dan tunggu sampai kuah sedikit kering.
4) Masukkan bawang besar dan tomato kacau rata. Kalau pedas sangat bolehlah tambah
sedikit gula ya! Bila bawang dah layu, dan bolehlah padamkan api.
Bahan bahan
100 gms kacang buncis - potong 2
3 kuntum cendawan shiitake - dihiris
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan sos tiram
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara cara
1. Panaskan kuali (wok), masukkan 1 cawan air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan
kacang buncis dan biarkan ia stim lebih kurang 2 minit. Angkat dan toskan.
2.Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu. Masukkan cendawan, goreng
sebentar hingga layu. Kemudian masukkan kacang buncis dan kacau sebati.
3. Masukkan bawang putih dan sos tiram. Gaul sekata dan perasakn dengan garam jika
perlu.
4. Angkat dan hidangkan bersama sama nasi hangat dan lauk yang lain.
Cara memasak:-
Bahan Blend
Cara Menyediakannya
Bahan-bahan :
3 biji telur
1 biji bawang besar - dihiris
5 biji lada kecik - diketuk
2 ulas bawang putih - diketuk
Kicap - sebanyak mana yang diperlukan
Sedikit air masak
Cara membuatnya :
Telur digoreng mata kerbau
Asingkan telur
Tumiskan bawang besar, bawang putih dan lada kecik
Bila bawang dah layu, masukkan kicap dan air masak
Kacau-kacaukan
Tutup apinya
Curah kuah kicap di atas telur goreng mata tadi.
Siap untuk dimakan
24) NASI ARAB TANAM AYAM, SOS NASI ARAB, KERUTUK DAGING, SAYUR
BROKOLI DAN KOBIS BUNGA
Bahan bahan:
Cara cara:
Separuh dari bawang dan halia dikisar dan dicampur dengan rempah kerutuk. Separuh
lagi dihiris.
Tumis bawang dan halia yang dihiris serta rempah penumis sehingga wangi dan
masukkan rempah kerutuk. Masak dengan api perlahan sehingga keluar minyak.
Masukkan daging dan sedikit air dan dikacau rata. Masak lagi sehingga air kering dan
keluar minyak serta daging empuk.
Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dengan api perlahan. Masukkan kerisik,
garam, gula, gula Melaka dan asam keping. Masukkan juga pes tomato, jika ada.
Sesuaikan kepekatan dan rasa. Bolehlah diangkat dan dihidangkan
25) IKAN CENCARU BAKAR, LALA KAM HEONG, SUP SAYUR SAWI
Bahan bahan:
2 ekor ikan cencaru
3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit Belacan
Gula
Garam
Air Asam Jawa
Cara cara:
Ikan Cencaru dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur ikan cencaru bersama garam.
Tumbuk bawang bawang dan belacan. Kemudian masukkan cili cili kering kisar. Akhir
sekali masukkan garam, gula dan sedikit air asam jawa.
Masukkan bahan kisar ke bahagian belakang ikan yang dibelah tadi.
balut dengan daun pisang
Panaskan minyak secukupnya. Goreng ikan sehingga garing.
RESEPI LALA KAM HEONG
Bahan-Bahannya
Cara Membuatnya:-
Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kari, sos tiram, kicap cair & kicap pekat sebagai
bahan perencah.
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah & bawang putih. Dimasukkan pula
udang kering hingga naik bau.
Kemudian masukkan cili padi, daun kari, dan bahan perencah. Kacau hingga sebati.
Tambahkan garam serta gula secukup rasa.
Masukkan lala bersama bawang besar. Kacau rata.Rasa dan jika ok, boleh angkat
26) SAMBAL IKAN SELAR KUNING, SOTONG TAHU TELUR MASAK KICAP,
KOBIS MASAK LEMAK
BAHAN-BAHANNYA
12 ekor ikan selar kuning (bersaiz kurang lebih 2+ jari orang dewasa)
3/4 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air
CARA MEMBUATNYA
Ikan selar kuning, disiang dan cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit,
kemudian goreng hingga keemasan, tak perlu sampai garing sangat. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili
kisar dan masak hingga pecah minyak dan cili garing, guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan pes asa jawa, kacau rata dan tambah air.
Biar mendidih dan masukkan ikan yang telah digoreng. Tambah garam secukup rasa dan
sedikit gula (kalau suka manis boleh tambah lagi), masak hingga pekat, rasa dan jika ok
boleh matikan api.
CARA:
Panaskan 2 sd mkn minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kuning.
Masukkan kicap
Masukkan sotong, bawang besar dan cili merah. Kacau hingga sotong masak.
Masukkan tauhu telur yang sudah digoreng. Kacau rata.
Masukkan hirisan daun bawang. Kacau rata. Siap.
BAHAN
CARA MEMBUATNYA
Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama hirisan bawang, bawang puith dan udang
kering. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan kobis dan masak hingga kobis
1/2 lembut, jika kurang kuah tambah sedikit air.
Masukkanhirisan cili merah. Kacau rata dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam
secukupnya. Kacau perlahan dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan
api.
27) KARI DAGING, SAMBAL TELUR HANCUR, SAYUR TAUGEH KUCAI GORENG
800gm daging – potong nipis & kecil. Senang dan cepat nak empuk.
3 – 4 ulas bawang merah – dihiris halus
2 ulas bawang putih – dihiris halus
Halia – 1 inci – dihiris halus
1 batang kayu manis
1 biji cengkih
2 biji bunga lawang
3 sudu besar rempah kari – dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
1 kotak santan segera – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari uolss.
2 – 3 biji kentang – potong ikut selera nak belah berapa. Jangan besar sangat lak
Garam secukup rasa
Sedikit air – ikut citarasa nak kuah pekat & banyak mana
Daun kari beberapa helai
Cara penyediannya
1. Bersihkan daging dan hiris daging menjadi kepingan kecil dan nipis. Rebus daging
tersebut sehingga empuk. Nak cepat leh guna pressure cooker. Dah empuk asingkan. Air
rebusan daging jangan buang yea… Nanti nak masukkan dalam kuah kari tu semula.
2. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih sampai naik bau dan
kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis
sehingga layu dan naik bau.
3. Selepas itu, masukkan pes kari (serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air)
bersama daun kari. Tumis hingga berbau wangi dan terbit pecah minyak.
4. Masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air. Masak hingga mendidih. Kuantiti
air terpulang pada citarasa masing-masing. Biarkan mendidih sebentar. saya suka kuah
kari yang pekat so airnya sikit. Kuah pekat sedap buat cecah sama roti.
5. Masukkan kentang yang telah dipotong tadi, masak hingga kentang hampir empuk.
6. Kemudian masukkan santan. Kuantiti santan juga terpulang pada citarasa masing-
masing.
7. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan…
3 biji telur
2 ulas bawang putih - kisar
segenggam cili kering - kisar
1 labu bawang besar - kisar
garam
28) GULAI SIPUT SEDUT MASAK CILI API , AYAM GORENG MAMAK, SAYUR
KOBIS BUNGA DAN KAROT
BAHAN - BAHANNYA
1 kg siput sedut
3 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
Siput sedut dicuci bersih, kemudian kerat hujung siput (kerat pada bahagian senggan
ketiga dari atas), buat hingga siap dan masukkan ke dalam bekas besar. Tuang air hingga
penuh cuci sekali lagi dan toskan. Ulangi proses ini sekali lagi, tapi kali ini anda cedok
siput tadi guna tangan dan masukkan dalam tapis, tujuannya untuk mengelakkan
serpihan2 bahagia siput yang dikerat tadi ikut termasuk sekali. Ketepikan.
Masukkan siput sedut yang telah dibersihkan ke dalam periuk bersama serai titik, asam
gelugor dan bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan
cair, kacau rata dan biarkan menggelegak., Kacau perlahan.
Tuang santan pekat, masukkan daun kunyit. Masak guna api sederhana hingga mendidih
dan kacau sentiasa. Tambah garam secukup rasa Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok
boleh matikan api.
Bahan2:
7 ketul ayam
2 Sudu besar Tepung beras.
1 Sudu kecil Tepung jagung.
4 sudu besar tepung gandum
1 Sudu kecil serbuk lada putih.
2 Sudu kecil Serbuk kunyit.
2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
1/2 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 5 ulas + Halia 2 inci
3 Tangkai daun kari
1 kg minyak untuk goreng.
1 sudu kecil gula( kalau bubuh aji tak payah bubuh gula)
Garam Secukup rasa
2 biji putih telur
Air secukupnya untuk bancuhan..
Cara2:
1. Bersihkan ayam yang telah dipotong dan toskan @ keringkan air basuhan ayam...
Selepas air dah tos, masukkan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit
garam dan gaulkan serata ayam...
Kemudian, masukkan semua bahan2 lain dan gaul sebati.. Air masukkan sedikit demi
sedikit..
Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang sesuai..Sekiranya tepung terlalu likat
boleh ditambah sedikit air...Kelikatan tepung adalah amat penting diberi
perhatian..,sekiranya terlalu cair tepung ini akan terlerai dari dari ketulan ayam..dan kalau
terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng ler pulak...
Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut makanan dan perapkan dalam peti sejuk
bahagian beku selama 1- 2 jam atau lebih supaya bahan2 rempah ini serap kedalam isi
ayam...
2. Selepas cukup masa perap, boleh laa goreng ye..Maka dinasihatkan agar test goreng
seketul ayam dahulu untuk pastikan bancuhan tadi cantik kejadiaannya atau tak..
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukupnya ( ayam perlu tenggelam dalam
minyak)...Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan gorengan..suhu minyak
amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik...
4. Untuk gorengan yang cantik ,jangan masukkan terlalu banyak ayam dalam satu2
masa..Api dapur perlulah sentiasa diawasi supaya ketulan ayam tidak hanya masak diluar
tapi masih berdarah didalam..pada satu2 masa cuma masukkan 4-5 ketul ayam dalam
kuali yang sederhana besar pada api yg sederhana..gorengan ini biasanya ambil masa 20-
25 minit...
Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan
bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk
masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan
perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapung..
5. Goreng ayam tak perlu terlalu lama..Kalu terlalu masak juice pada ayam akan
kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam...
29) AYAM MASAK CILI KERING, IKAN KERISI GORENG, SAMBAL BELACAN, SUP
SAYUR BAYAM MERAH
-Perap semua bahan ni selama 15 minit kemudian goreng. Tak perlu garing
SOS
1/4 stok ayam
1 sudu kicap manis
2 sudu sos cili
1 sidi gula
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sdkit air)
BAHAN TUMIS
8 tangkai cili kering - potong
2 biji bawang putih - dadukan
2 cm halia - hiris
BAHAN LAIN
Cili hidup - potong dadu
Bawang besar - potong dadu
CARA-CARA
- panaskan minyak, boleh campur minyak bijan jika suka, Masukkan bawang putih dan
halia. Tumis hingga naik bau
- masukkan cili kering. Goreng sehingga cili agak garing.. Hati2 jangan sampai hangus ye
- Masukkan stok ayam dan bahan sos
- masukkan bancuhan tepung jagung... Kacau sebati hingga kuah memekat
- Masukkan ayam, bawang dan cili hidup
- Bila semua dah sebati boleh tutup api dan hidangkan
Bahan B
1/4 ekor ayam – potong kecil2
1 biji bawang holland– hiris
2 sudu perencah tomyam – brand TAEPEE
Pelbagai sayuran – saya guna carrot & caulifower
4 helai daun limau purut – buang urat daun tengah tu, supaya bau kuat
cili padi dalam 6 – 8 biji)
sos ikan
air perahan limau
1 biji tomato
garam
Cara – Cara :
Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga
sebati.
Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula ayam.
Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur,, lengkuas, serai, daun
limau purut dan biarkan seketika
Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya.
Masukkan sos ikan dan air perahan limau. Lepas tu perasakan dengan garam. Siap untuk
dimakan.
31) IKAN KERISI GORENG MASAK TAUCU DAN SAYUR BROKOLI GORENG
Bahan2:
3 ekor ikan kerisi
1 bawang besar hiris
3 biji bawang putih hiris
1 inci hali
2 sudu besar taucu
5 tangkai cili padi
Sedikit air asam jawa
Kicap manis saya pakai jalen
1 sudu Sos tiram
Cara-caranya
Panaskan minyak. Gorengkan ikan dengan serbuk kunyit hingga garing. Angkat.
Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia yang dihiris. Tumis
hingga naik bau.
Masukkan taucu, air asam jawa, sos tiram
Masuk cili padi. Gaul ratakan ikan. Angkat. Xperlu garam sbb taucu dah masin. Rasa
dulu seblum angkat. Kalau perlu garam tambah sikit.
32) NASI AYAM HAINAN
RESEPI :
Lauk Ayam:
1 ekor ayam
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Bahan perap:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan
Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama
30 minit.
Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga
ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap
seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak
menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut
ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan
gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.
Nota:
Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah
dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah
dipotong 2 atau potong 4 sahaja.
Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng. Saya lebih suka
goreng dari dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul
betul kering airnya.
Nasi Ayam:
Nak ringkas saya guna Sing long perencah nasi ayam hainan. hanya tambah air rebusan
ayam sahaja.
Sambal Cili
5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia - saya tambah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomato - opsyenal saya tambah
Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali.
Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak
dengan api kecil sehingga likat.
Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Angkat.
Kuah Sup
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur
Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan garam dan serbuk ayam.
Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.
33) KARI IKAN BAWAL, SAMBAL TUMIS SOTONG PUTIH, SAYUR KOBIS
GORENG
Bahan bahan:
2 ekor ikan bawal - lebih kurang 500 gram
7 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 sudu kecil halba campur
2 tangkai daun kari
3 tangkai cili padi - potong kecil
1 paket kecil rempah kari ikan Babas
1 sudu kecil serbuk cili
6 batang bendi
2 batang cili hijau - patah 2
1 biji tomato buah - belah 4
6 batang bendi
1 sudu kecil penuh pes asam jawa
1- 1 1/2 sudu kecil garam
Santan secukupnya
garam
Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak dan masukkan halba campur dan cili padi hiris. Masukkan
pula bawang merah dan bawang putih serta daun kari. Tumis sehingga wangi.
Bancuh rempah kari dengan sedikit serbuk cili dengan sedikit air, jika suka pedas.
Masukkan rempah kari dan tumis sehingga rempahnya agak garing.
masukkan santan dan air secukupnya. Masukkan air asam jawa. Setelah kuah mendidih,
perlahankan api dan masukkan ikan. Kemudian biarkan kuah merenih dengan api kecil
sehingga pecah minyak.
Petua Mamak: jangan biarkan kuah kari mendidih ketika ini kerana ia akan menyebabkan
ikan hancur.
Masukkan bendi, tomato buah dan cili hijau. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk
perasa. Setelah kuah terbit minyak dan cantik, boleh tutup api.
Cara cara:
Kisar cili dan bawang bawang. Tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar
benar garing.
Masukkan gula dan kacau lagi sehingga garing dan keluar minyak. Kemudian masukkan
sotong yang telah ditos hingga kering.
Akhir sekali, masukkan garam, dan goreng sehingga air sotong menjadi kering. tutup api
apabila sambal kembali kering serta pecah minyak.
Bahan-bahan
Cara Memasak
Rebus daging sampai empuk. nak cepat guna pressure cooker. dan jangan buang air rebusan
Tumis bawang putih dan cili giling sampai naik bau *jangan hangit ek
Masukkan sos cili dan sos tiram dan air rebusan (sukatan air ikut nak buat berkuah atau
kering sikit)
Masukkan kobis bunga, lobak merah bagi empuk dan daun limau purut
Masukkan daging
masukkan cili padi
Gula dan garam secukupnya..biarkan mendidih sekejap dan masukkan bawang holland
Kacau sedikit dan angkat
34) BEEF STEW, SAMBAL KERANG, BROKOLI UDANG
CARA MEMBUATNYA
Daging dicuci, tos dan lap kering dengan paper towel. Kemudian gaul dengan tepung
gandum. Carikan mentega dalam non-stick pan, dan goreng daging bersalut tepung tadi
hingga perang pada semua bahagian. Alih daging dan semua bahan dalam pan tadi ke
dalam periuk. Tuang air secukupnya (biar banyak2 sebab nak renihkan lama)
Tambah bay leaf, bouquet garni, bawang putih, bunga cengkih, serbuk paprika, serbuk
lada hitam, bawang besar, kicap cair dan kicap pekat. Masak hingga mendidih, kemudian
kecilkan api dan renih hingga daging empuk (kalau anda ada slow cooker, boleh guna),
tuang air panas jika kering.
Bila daging lembut, masukkan gula, lobak merah, kentang, saleri dan sambung merenih
hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam secukup rasa dan jika suka masukkan
jus lemon. Masak hingga kuahnya nampak pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Hidangkan bersama roti atau pasta. Hias dengan hirisan daun parsley jika suka.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan gula dan kacau supaya sambal
berkilat dan berwarna merah cantik.
Masukkan air asam jawa dan garam. Masukkan bawang besar hiris. Akhir sekali,
masukkan isi kerang. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
Bahan-bahannya
500 gm brokoli
4 ulas bawang putih - kisar
10 ekor udang sederhana besar - buang kulit
1 sd lada sulah
1/2 sd sos tiram
Garam & serbuk perasa
Cara-caranya
Tumiskan bawang putih hingga bangkit bau. Masukkan udang dan lada sulah. Goreng
selama 2 minit. Masukkan brokoli dan sedikit air. Masukkan sos tiram,. Biar hingga
masak.
35) GULAI ASAM PEDAS IKAN BAWAL, AYAM GORENG, SAYUR KOBIS DAN
KAROT GORENG
Bahan bahan:
2 ekor ikan bawal - potong 6 keping
1 sudu kecil pes asam jawa - jgn terlalu banyak, terlebih masam tak sedap
Garam
5 sudu cili kering kisar - boleh tambah
6 batang bendi
1 biji tomato belah 4
6 helai daun limau purut
2 serai dititik
Bahan kisar:
8-9 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
1 biji tomato
Cara cara:
Kisar semua bahan di atas. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, serai dan cili kisar
sehingga wangi dan cili benar benar garing dan masak. Masukkan air secukupnya.
Bila kuah mendidih, masukkan ikan. Masukkan garam dan air asam secukupnya.
Masukkan sayur bendi tomato dan daun limau purut. Sesuaikan rasa dan bolehlah
diangkat.
Bahan:
6 ketul ayam
garam
kunyit
CARA:
gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. panaskan minyak, goreng kan ayam sehingga
garing, tos dan angkat.
BAHAN:
Kobis yang dihiris nipis
1/2 batang karot yang dihiris nipis
1 batang cili merah dihiris nipis
sedikit udang kering
1 biji bawang merah dihiris
1 biji bawang putih dihiris
CARA:
panaskan sedikit minyak. tumis bawang merah, putih dan udang kering sehingga naik
bau. masukkan kobis dan karot. tunggu sehingga sayur masak. perasakan garam dan
angkat.
36) SUP IKAN MERAH, SAMBAL TUMIS UDANG, SAYUR KOBIS KAROT
Cara cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih serta halia yang dihiris bersama kayu manis,
bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Bahan bahan:
1 kg udang ~ gunting separuh dari kepala
2 sudu besar asam jawa campur air & jadikan jus - guna 1 sudu kecil pes asam jawa
1 - 2 sudu kecil garam halus
6 ~ 7 sudu besar gula - guna 7
Bahan Kisar:
100 gm cili kering ~ pilih jenis pedas
Sebesar 50 sen belacan - kisar dengan cili - tak guna
10 ~ 15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara cara:
Udang digaul dengan sedikit garam kemudian digoreng hingga merah, jangan goreng
lama nanti udang kecut dan keras. Bila dah merah angkat. Ketepikan.
tumis bahan kisar sampai pecah minyak. masukkan garam, gula, asam jawa. kacau rata.
masukkan udang
Bahan dihaluskan:
- 10 bawang merah ukuran besar
- 5 bawang putih
- Jahe (sebesar ibu jari)
- Lengkuas muda (sebesar ibu jari)
- 1 paket rempah gulai/rendang (ketumbar, kapulaga, bunga pekak, cengkeh, kayu manis
dan buah pala)
- Garam (sesuai selera)
Cara memasak:
1. Masukkan semua bahan dalam satu wajan/kuali kecuali daging, kentang dan ambu-
ambu (kelapa kering khas masakan Padang).
2. Aduk sebentar hingga santan sedikit mendidih.
3. Masukkan daging dan ambu-ambu.
4. Jika rendang sudah meletup-letup, masukan kentang.
5. Aduk lagi hingga rendang tanak (mengeluarkan minyak) dan rendang menghitam.
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan tenggiri ukuran sedang, cuci bersih balurin air, jeruk nipis dan garam
(diamkan 15 menit lalu cuci bersih)
- Rawit hijau dan merah secukupnya
Bumbu halus:
- 5 siung bawang merah
- 3 siung bawang putih
- 1 ruas lengkuas
- 1/2 ruas kunyit
- 2 batang sereh
- 10 biji cabai merah keriting
- 5 butir ketumbar
- 1 sdm terasi
- 5 lembar daun jeruk
- 3 lembar daun salam
- 1 sdm asam Jawa larutkan di air
- Garam, gula, penyedap jamur secukupnya
- Air secukupnya
Cara memasak:
1. Tumis bumbu halus daun salam dan jeruk sampai wangi, masukkan pete, rawit hijau,
tumis lalu masukkan air asam, garam gula penyedap rasa dan air secukupnya.
2. Tunggu mendidih, masukkan ikan, tes rasa, jika rasanya sudah asam manis pedas,
matikan api dan sajikan.
Bahan-bahan:
- 250 gr nangka muda, rebus sebentar setengah empuk
- 5 lembar kol
- 5 lonjor kacang panjang
- 200 gr tetelan, potong kecil
- 2 daun jeruk
- 1 serai
- 2 cm lengkuas
- 1500 ml santan
- 2 sdt kaldu sapi
- Garam secukupnya, gula jika perlu
Bumbu halus:
- 8 butir bawang merah
- 3 siung bawang putih
- 4 butir kemiri sangrai
- 2 cm jahe
- 2 cm kunyit
- 10 cabai merah keriting
Cara memasak:
1. Tumis bumbu halus. Masukkan tetelan, aduk hingga berubah warna (Tetelan tidak
perlu direbus dulu karena dimasak lama dengan nangka, nanti empuk juga) masukkan
santan, bumbu lain.
2. Didihkan dan masukkan nangka, kol, kacang.
3. Masak dengan api kecil hingga meresap dan sajikan
Bahan-bahan:
- 1 ekor tongkol segar ukuran sedang
- 300 ml air
- 5 sendok makan minyak untuk menumis
- 2 ikat daun kemangi, siangi
- 1 buah tomat merah, potong-potong
- 1 batang serai geprek
- 1 ruas lengkuas geprek
- 2 lembar daun salam
- 3 lembar daun jeruk
- Garam, gula pasir, kaldu bubuk
Cara memasak:
1. Cuci bersihkan tongkol, dan bahan yang akan digunakan.
2. Potong tongkol tebal kurang lebih 3 cm dan lumuri dengan jeruk nipis diamkan selama
5-10 menit, cuci kemudian goreng sampai kekuningan. Sisihkan.
3. Tumis bumbu yang sudah dihaluskan. Masukkan serai, lengkuas, daun jeruk dan salam.
Bila sudah tercium bau wangi masukkan air dan tongkol.
4. Aduk- aduk masukkan tomat serta tambahkan gula, garam, dan kaldu secukupnya.
5. Koreksi rasa, tambahkan kemangi aduk beberapa saat, angkat dan siap dihidangkan.
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan kuwe, lumuri dengan 1 sdt air jeruk nipis dan 1/2 sdt garam, diamkan 1/2
jam, kemudian bilas bersih
- 1 sdm margarin untuk menumis bumbu
Bumbu 1 (haluskan):
- 3 siung bawang putih
- 2 butir bawang merah
- 3 cm kunyit
- 1 sdt ketumbar
- 1/2 sdt lada bubuk
- 2 lembar daun jeruk
Bumbu 2:
- 2 sdm madu
- 1 sdm kecap manis
- 1 sdm kecap asin
- 1/2 sdt garam
Cara membuat:
1. Panaskan mentega, lalu tumis bumbu halus sampai wangi. Masukkan bumbu kasar,
aduk rata, masak sampai agak kental.
2. Setelah bumbu agak dingin, marinasi ikan dengan bumbu, oleskan bolak-balik ikan
dengan bumbu, diamkan 1 jam.
3. Panaskan teflon antilengket, oleskan mentega tipis-tipis. Panggang ikan bolak-balik
kedua sisinya sambil diolesi sisa bumbu.
4. Panggang hingga matang.
5. Angkat dan sajikan
42)