KK Penubuhan Kesef

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR”

KERTAS KERJA PENUBUHAN

Kelab Setem & Filateli


(KESEF SKULAR)
SEBAGAI
AKTIVITI KOKURIKULUM di SEKOLAH KEBANGSAAN SG ULAR

Oleh

NORSAZLIZAWATI BINTI MD ALI


Guru Perpustakaan dan Media
KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB SETEM & FILATELI
SK SUNGAI ULAR

1.0 Pengenalan

Kelab Setem & Filateli atau nama singkatannya KESEF merupakan suatu kelab
yang memberi pengetahuan kepada murid mengenai setem yang merangkumi
definisi, sejarah, ciri-ciri, jenis-jenis, fungsi, teknik penjagaan, penilaian dan
akta berkaitan setem. Di samping itu murid juga diberikan pendedahan kepada
fungsi dan kerjaya di PMB (PMB).

2.0 Matlamat

Melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta kreatif


dan inovatif demi merealisasikan aspirasi murid seperti yang digariskan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2035.

 3.0 Objektif

Objektif kelab ini ditubuhkan ialah untuk:

i.   Mengetahui sejarah setem Malaysia dan dunia, ciri-ciri setem, jenis-jenis setem,
fungsi setem, definisi setem.
ii.  Mengetahui definisi dan item filateli.
iii. Mengetahui cara penghasilan setem.
iv. Mengetahui fungsi dan kerjaya dalam PMB.
v.   Mengetahui teknik memelihara dan memulihara setem, menilai setem dan cara
penghasilan setem.
vi. Mengetahui pengeluaran setem dan akta setem Malaysia dan dunia.
vii. Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan inovatif.

4.0 Kumpulan Sasaran

Semua Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan murid yang berminat.


5.0 Organisasi “KELAB KESEF”

Jawatankuasa " Kelab KESEF SEKULAR " akan terdiri daripada:

Guru Penasihat :
Pen Guru Penasihat :
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Bendahari :
AJK Tahun 5 :
AJK Tahun 6 :

6.0 Pemilihan Anggota " Kelab KESEF SKULAR"

Murid-murid yang ingin menjadi ahli " Kelab KESEF SKULAR" perlu mempunyai
beberapa sifat berikut:

7.1 Mempunyai minat untuk meningkatkan daya kreativiti


7.2Sifat bertanggungjawab
7.3Sanggup untuk belajar sesuatu yang baru.
7.4Bersikap bekerjasama. 

7.0 Ganjaran

Setiap ahli " Kelab KESEF SKULAR" akan diberi dua jenis Sijil sebagai
ganjaran iaitu dianugerahkan Sijil Keahlian dan Sijil Pencapaian.

8.1 Sijil Keahlian.

Sijil Keahlian akan diberikan kepada ahli-ahli yang telah mendaftar


secara rasmi sebagai ahli Kelab KESEF SKULAR

8.2 Sijil Pencapaian

Sijil Pencapaian akan dianugerahkan kepada ahli-ahli yang berjaya


menyiapkan setiap tugasan yang diamanahkan diperingkat sekolah.

8.0 Kelebihan Ahli Kelab KESEF SKULAR


8.1 Setiap ahli berpeluang untuk menonjolkan diri dengan menyertai
pertandingan-pertandingan yang dianjurkan diperingkat Kebangsaan dan
antarabangsa.

9.0 Kesimpulan.

Cadangan penubuhan " Kelab KESEF SKULAR" ini untuk melahirkan para pelajar
yang kreatif dan inovatif dan seterusnya membina modal insan yang
berketrampilan dan seimbang dari segi Kurikulum dan Ko-kurikulum.

Kelab KESEF SKULAR ini dicadangkan penubuhannya mulai 2 Januari 2020.

Disediakan oleh,

_______________________
( NORSAZLIZAWATI BINTI MD ALI )
Guru Perpustakaan dan Media

Disemak oleh,

_______________________
( EN MOHAMAD HARRIS BIN MUDA )
GPK Kokurikulum

Disahkan oleh,

_______________________
( EN MAZLAN BIN MOHAMAD )
Guru Besar

You might also like