Laporan Inovasi Nurul Izzati Binti Mazlan 6.07

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KERJA KURSUS
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
PIMK3152

100
Nama : NURUL IZZATI BINTI MAZLAN
Angka Giliran : 2017202340161

No Kad Pengenalan : 980720-01-5224


Program : PISMP
Ambilan : JUN 2017
Kumpulan / Unit : 6.07 PENDIDIKAN ISLAM (SK)
Nama Pensyarah Kursus : USTAZ AMINURRASHID BIN AHMAD DAHARI

Markah
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
Wajaran
TUGASAN 1 : KUIZ 04/03/2020 06/03/2020 10
TUGASAN 2 : PROJEK 30/01/2020 05/03/2020 70
TUGASAN 3 : 22/02/2020 05/03/2020
10
LAPORAN PROJEK
TUGASAN 4 : 11/03/2020 14/03/2020
10
PEMBENTANGAN
Jumlah 100
Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh:


TUGASAN 3:
LAPORAN PROJEK

ISI KANDUNGAN

HALAMAN
NO PERKARA

ISI KANDUNGAN
1.
2. PENGHARGAAN

3. 1.0 PENGENALAN 1

2-4
4. 2.0 PROJEK INOVASI

3.0 LAPORAN PROJEK INOVASI 5-9


5.

RUJUKAN
6. 10

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya akhirnya dapat saya
menyiapkan tugasan PIMK3152 ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Ustaz
Aminurrashid Bin Ahmad Dahari atas bimbingan dan tunjuk ajar yang beliau berikan. Banyak
ilmu, kemahiran dan pengetahuan asas serta global yang saya perolehi hasil berkolaborasi
dengan beliau. Semoga segala yang saya perolehi dapat saya aplikasikan dalam tugasan dan
pengajaran kelak dan semoga Allah membalas dengan kebaikan ke atas Ustaz.

Selain itu, tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang banyak membantu saya dalam
menyiapkan tugasan pada kali ini. Mereka adalah sumber inspirasi yang membuatkan saya
lebih bersemangat dalam menyelesaikan tugasan ini.

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang juga banyak
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan. Tanpa
pertolongan mereka, agak sukar bagi saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

Akhir kata dari saya, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah membantu saya
secara langsung atau secara tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
Semoga apa yang diusahakan ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah Ta’ala.
Sekian, terima kasih.
1.0 PENGENALAN

Kreativiti dalam proses pengajaran merupakan perubahan baru untuk mewujudkan


suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mampu melahirkan pelajar cemerlang
dan kreatif (Starko., 2010). Hal ini dikuatkan lagi oleh Yusoff Dagang (2016) yang menyatakan
bahawa perubahan dimensi baru ini memerlukan unsur kreativiti diaplikasikan untuk menjadikan
sistem pengajaran lebih berkesan serta berkualiti bagi merealisasikan proses pembentukan dan
pengembangan potensi diri pelajar. Bagi membentuk dan mengembangkan potensi diri murid,
Pendidikan Islam khususnya pengajaran Al Quran sangat perlu ditekankan dan dipandang
serius. Pendidikan Islam adalah satu proses penyiapan generasi muda untuk mengisi peranan
mereka dalam memindahkan pengetahuan dan nilai-nilai Islam yang diselaraskan dengan
fungsi manusia untuk beramal di dunia dan memetiknya di akhirat (Noraini Omar, 2015). Pada
alaf globalisasi ini, dunia pendidikan boleh memanfaatkan teknologi seperti dalam pengajaran
pendidikan Al Quran.

Pada praktikum yang lepas, saya telah mengajar mata pelajaran Al-Quran bagi murid
Tahun Lima. Saya dipertanggungjawabkan untuk mengajar ayat kefahaman bagi surah Al
Maun. Tahap murid saya berada dalam kategori pencapaian kelas yang sederhana di mana
mereka kebanyakannya boleh memahami pengajaran dan pembelajaran dengan baik namun
memerlukan kepada pengukuhan yang berterusan dan kaedah yang bersesuaian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilalui. Bahkan dengan memberi aktiviti pengukuhan
kepada murid merupakan salah satu kompetensi guru. Anuar Ahmad dan Nelson Jinggan
(2015) dalam kajian mereka menyatakan bahawa kompetensi guru dari aspek kemahiran
mengajar akan mempermudahkan aktiviti pengajaran yang sistematik, langkah demi langkah
iaitu daripada peringkat permulaan diikuti dengan perkembangan konsep melalui penggunaan
ilmu pengetahuan serta kemahiran dan diakhiri dengan aktiviti peneguhan dan pengukuhan.

Berdasarkan masalah tersebut, saya mendapat ilham untuk menghasilkan satu projek
inovasi digital yang berobjektifkan:

1. Membantu murid memahami surah Al Maun dengan betul


2. Membantu murid mengambil pengajaran dari ayat kefahaman surah Al Maun

Oleh itu, saya berharap agar murid-murid dapat memahami surah Al Maun dengan betul
seterusnya mengambil pengajaran dari ayat kefahaman surah Al Maun berdasarkan projek
inovasi saya ini.

2.0 PROJEK
1
QR CODE INOVASI DIGITAL NURUL IZZATI BINTI MAZLAN

Youtube Al Malaun ila Al Maun Classtools Al Maun

Bagi memenuhi tugasan kerja kursus bagi subjek Inovasi Digital dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PIMK3152), saya telah berjaya menghasilkan satu produk inovasi digital yang
dijenamakan dengan Al Malaun ila Al Maun. Projek ini merupakan satu cabang daripada bidang
tilawah Al Quran (ayat kefahaman) dalam Pendidikan Islam tahun 5 dan dikecilkan skop lagi
kepada Surah Al Maun sebagai surah pilihan. Saya telah menggunakan aplikasi Microsoft
Power Point, Voice Changer, Wondershare Filmora, & Classtools. Projek inovasi ini telah saya
kongsikan di pelbagai platform seperti Facebook, Google Classroom, Youtube dan WhatsApp.

Di bawah ini, saya sertakan eviden perkongsian saya di platform yang pelbagai.

Facebook

2
Youtube

WhatsAp

Google Classroom
PAPARAN PROJEK

3
3.0 LAPORAN PROJEK 3.1 TAJUK INOVASI DIGITAL

4
Al Malaun ila Al Maun

3.2 KEBOLEHGUNAAN PRODUK INOVASI DIGITAL


Bagi memenuhi tugasan subjek Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(PIMK3152), saya telah menghasilkan satu produk inovasi yang berasaskan digital yang
bertajuk Al Malaun ila Al Maun . Projek Inovasi digital yang dihasilkan adalah daripada
subjek Pendidikan Islam Tahun 5 bidang Al Quran ayat kefahaman Surah Al Maun. Inovasi
ini telah mengetengahkan bagaimana untuk memahami kandungan dalam Surah Al Maun.
Antara platfom utama dalam menghasilkan produk ini adalah Filmora, Microsot PowerPoint,
Voice Changer dan Classtools.

Video animasi yang berdurasi 7.55 minit ini merupakan suatu kisah animasi yang
menceritakan tentang kandungan Surah Al Maun. Animasi ini bermula dengan multimedia
interaktif watak saya sebagai guru di dalam kelas yang ingin mengajar tentang ayat
kefahaman Surah Al Maun. Oleh itu, kaedah digital story telling digunakan berkisar tentang
realiti masyarakat di Kampung Al Malaun jelas seperti termaktub dalam Surah Al Maun.
Hal ini menepati model Triologikal yang memerlukan sesebuah inovasi sememangnya
dibina berpandukan masalah yang dihadapi. Menurut Siti Rosnan Mohamad (2019) tujuan
Trialogikal adalah untuk menyelesaikan maslaah, mencetuskan idea baru dan
meningkatkan kompetensi pendidik dan pelajar.

Inovasi digital ini telah dimuat naik melalui laman sosial seperti akaun Facebook,
Youtube dan Whatsapp. Sebarang komen dan maklumbalas berkenaan video tersebut
telah diperolehi setelah video ini dimuatnaik. Video animasi yang dihasilkan telah mendapat
respon yang sangat baik daripada rakan-rakan, guru dan para pensyarah. Respon-respon
penambahbaikan juga amat penting untuk dijadikan tindakan susulan bagi memastikan
kebolehgunaan produk inovasi ini mendapat tempat di dalam bidang pendidikan.

5
3.3 PROSES PEMBINAAN INOVASI DIGITAL DAN PERKAITAN MODEL
TRIALOGIKAL

Penjanaan Penilaian
Pemilihan Pembinaan
idea dan daripada
Tajuk video
Inovasi Responden

Monolog Dialog & Trialogi

Sebelum terbinanya sebuah video animasi ayat kefahaman Surah Al Maun, beberapa
proses pembinaan telah dilakukan. Pada peringkat awal pembinaan, pemilihan tajuk telah
dilaksanakan. Tajuk yang dipilih adalah dengan merujuk Dokumen Standard Kurikulum
Pentaksiran (DSKP), dan melihat kepada beberapa subtopik pengajaran yang sesuai dijadikan
sebagai bahan inovasi digital.

Setelah pemilihan tajuk siap dilaksanakan, telah berlaku proses penjanaan idea dan inovasi
dengan meneliti masalah yang dihadapi oleh murid daripada tajuk pengajaran yang dipilih.
Proses memilih watak yang bersesuaian juga bukanlah suatu proses yang mudah bagi
memastikan keberkesanan video yang akan dihasilkan. Berdasakan masalah yang dihadapi
oleh murid, suatu cerita telah dihasilkan yang diberi nama Al Malaun ila Al Maun. Pemilihan
idea dijalankan secara individu. Sepertimana peringkat monolog dalam model Trialogikal,
pembelajaran monolog adalah ilmu yang diperoleh secara individual dan penyertaan luar amat
digalakkan (Siti Rosnani, 2019)

Proses pembinaan video telah dilaksanakan setelah idea dan jalan cerita telah lengkap
disenaraikan dan diterjemah melalui papan cerita. Pembinaan video adalah dengan
menggunakan platfom utama seperti Filmora, Microsoft Power Point dan Voice Changer. Proses
pembinaan video mengambil masa yang agak lama oleh sebab memerlukan penelitian yang
teliti dari sudut teknikal dan pergerakan video. Setelah video siap dihasilkan, proses penilaian
telah dilaksanakan dengan mengambil respon-respon daripada responden luar yang melihat
video tersebut.

6
Komen dan respon tersebut diambil daripada beberapa akaun media sosial yang menjadi
platfom utama terhadap penilaian video tersebut seperti Facebook, Youtube dan Whatsapp.

3.4 KELEBIHAN INOVASI DIGITAL


3.4.1 Elemen Inovasi Dalam Video

Video animasi yang berdurasi hampir 8 minit ini mempunyai elemen inovasi yang direka
khas untuk memudahkan para pelajar dan guru yang menggunakan video tersebut. Inovasi
yang dibina adalah dengan merujuk kandungan utama tajuk ayat kefahaman Surah Al Maun.
Inovasi yang dibina adalah dengan menggunakan suatu teknik penceritaan di Kampung Al
Malaun yang berkisar tentang kandungan Surah Al Maun. Pengolahan inovasi tersebut di
dalam bentuk video juga mendapat respon yang baik daripada pengguna luar.

3.4.2 Penggunaan Watak Yang Bersesuaian

Watak utama yang digunakan di dalam video tersebut adalah watak yang saya reka sendiri
menggunaka Microsoft PowerPoint. Watak-watak penduduk Kampung Al Malaun yang
digunakan dalam video tersebut mendapat respon yang positif daripada pengguna media sosial
oleh sebab watak yang dibawa jelas menunjukkan permasalahan yang berlaku di alam realiti.
Masalah yang dihadapi oleh kesemua watak ini juga dapat dikaitkan dengan konten Surah Al
Maun yang dibina memberikan impak yang baik terhadap video tersebut.

3.4.3 Penggunaan Audio Muzik dan Suara Pada Paparan Tertentu

Penggunaan audio muzik saspen dalam penceritaan Al Malaun ila Al Maun sangat
mendapat reaksi yang menakjubkan oleh para penonton video saya. Selain itu,audio suara
yang pelbagai pada paparan tertentu juga telah menarik minat responden. Misalnya, suara guru
saya menggunakan suara asli adapun untuk penceritaan dalam kampung itu, saya telah
menggunakan suara lain begitu juga di banyak situasi-situasi lain. Saya telah menggunakan
aplikasi Voice Changer

3.4.4 Efek dan Grafik Yang Menarik

Efek dan grafik yang dipaparkan di dalam video animasi digital ini adalah sangat
menarik. Kombinasi warna yang digunakan juga dapat menimbulkan suasana yang
dikehendaki, misalnya warna-warna yang terang boleh mencetuskan rasa keriangan,
kedamaian, selesa dan tenteram.
7
Menurut Norasiah Abdullah (2009), penggunaan bahan 2D menjadikan pembelajaran lebih
bermakna dan berkesan. Kombinasi warna yang digunakan juga sesuai dengan grafik yang
digunakan. Contohnya rumput berwarna hijau, fun fair berwarna-warni dan awan berwarna biru.
Pergerak grafik juga mampu menarik minat murid dan sesuai digunakan oleh guru dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.

3.4.5 Penggunaan Bahasa Yang Mudah

Bahasa yang digunakan di dalam video ini adalah Bahasa yang mudah dan ringkas
merujuk kepada tahap umur murid yang akan menggunakan video tersebut. Sebutan setiap
perkataan juga bersifat jelas dan memudahkan murid memahami setiap mesej yang ingin
disampaikan.

3.5 KELEMAHAN INOVASI DIGITAL


3.5.1 Penggunaan Font yang Tidak Bersesuaian

Pada peringkat awal pembinaan, penggunaan font dan huruf bukanlah suatu yang diambil
berat. Namun begitu, setelah dibuat penilaian daripada maklumbalas responden, dapat dilihat
bahawa antara kelemahan video tersebut adalah kerana penggunaan font yang tidak sesuai
dengan tahap murid sekolah rendah. Font yang tidak biasa dilihat oleh murid akan
menyebabkan susah untuk memahami intipati video selain menimbulkan keraguan pada bentuk
asal huruf. Antara bentuk font yang digunakan adalah Knewave, Raleway Black Italic dan
Roboto Bold Italic. Font-font tersebut mempunyai beberapa perbezaan dari sudut bentuk huruf-
huruf asas yang boleh menimbulkan kecelaruan dalam minda murid. Hal ini kerana tahap
kognitif murid adalah berbeza mengikut keupayaan mereka (Wan Rosliza Wan A. Rahman,
2017)

3.5.2 Durasi Pergerakan animasi yang kurang efektif

Pergerakan animasi dari satu pergerakan ke pergerakan yang mempunyai jurang masa
yang agak lama menyebabkan pergerakan satu kisah ke satu terlalu lama. Pergerakan yang
terlalu lama tempohnya mengakibatkan murid ternanti-nanti dan bosan dengan konten yang
ingin disampaikan. Keberkesanan penerangan juga akan mencapai tahap yang agak tidak
berkesan jika murid tidak dapat meneliti secara jelas kandungan video.

8
3.5.3 Teknikal Audio Suara dan Grafik

Setelah saya menghasilkan produk ini, kelemahan yang saya dapati ialah teknikaliti audio
suara. Banyak audio suara saya yang terganggu disebabkan latar belakang bunyi dan terlalu
dekat dengan mikrofon ketika merakam suara. Hal ini menyebabkan audio terlalu kuat dan
terdapat bunyi angin serta gangguan lain. Selain itu, disebabkan saya menggunakan pelbagai
jenis suara hal ini menyebabkan audio suara juga kurang jelas. Di samping itu, kebanyakan
grafik saya bersifat statik walaupun mereka merupakan watak-watak di dalam video.

3.6 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN INOVASI DIGITAL

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memastikan produk


inovasi digital ini mendapat tempat di dalam bidang Pendidikan adalah melalui penambahbaikan
semula dan memperbaiki setiap kelemahan yang dikesan di dalam video tersebut. Proses
penambahbaikan juga perlu dijalankan secara berfasa bagi memastikan video mempunyai
kebolehgunaan yang tinggi tanpa sebarang kelemahan. Daripada respon dan maklumbalas
daripada pengguna, antara perkara yang perlu ditambahbaik adalah dengan membuat rakaman
semula suara dan audio yang bersesuaian agar tidak terdapat lagi sebarang gangguan bunyi
dan audio suara dapat didengari dengan jelas.

Selain itu, sari kata perlu diletak disebabkan audio suara yang digunakan pelbagai supaya
perkataan yang kurang jelas boleh difahami daripada sarikata.

Di samping itu, penggunaan font juga perlu dikaji semula bagi memastikan font yang
digunakan adalah bersifat umum dan menepati kaedah penulisan huruf yang tepat seperti font
Comic Sans yang disediakan melalui Kidz Corner. Font tersebut menepati ciri dan kaedah
penulisan yang betul yang secara langsung membantu murid dalam kemahiran membaca dan
menulis. Seterusnya, dalam pembinaan video, kesalahan ejaan perlu dititikberatkan bagi
memastikan video lebih berkesan dan penyampaian kandungan video dapat difahami oleh
pengguna. Video perlulah diperiksa dengan teliti sebelum dipublish di mana-mana platfom
media bagi memastikan tiada kesalahan teknikal yang mengganggu keberkesanan video.

9
RUJUKAN

Anuar Ahmad, & Nelson Jinggan. (2015). PENGARUH KOMPETENSI KEMAHIRAN GURU
DALAM PENGAJARAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DALAM MATA
PELAJARAN SEJARAH. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(April), 1–11.

Noraini Omar. (2015). AMALAN PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM BERFOKUSKAN


KEPELBAGAIAN BUDAYA MURID: KAJIAN KES DI NEGERI SARAWAK.

Norasiah Abdullah. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan


Multimedian Sd. Bhd. Selangor.

Siti Rosnan Mohamad. (2019). Inovasi Digital Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Oxford
Fajar Sdn. Bhd. Selangor.

Starko., A. J. (2010). Creativity in the classroom: Schools of curious delight.

Wan Rosliza Wan A. Rahman. (2017). Cabaran Dalam Meningkatkan Kognitif Kanak-Kanak.
Jurnal Prosiding Pendidikan, 13(1), 25–26.

Yusoff Dagang. (2016). AMALAN KREATIVITI PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI


SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR.

10
11

You might also like