BBM Inklusif
BBM Inklusif
BBM Inklusif
Bahan bantu mengajar (BBM) ‘Cupcake Nombor’ bertujuan untuk membantu Murid
Berkeperluan Khas (MBK) iaitu murid yang mengalami masalah pembelajaran iaitu autisme.
Kumpulan sasaran ialah murid-murid Tahun 1. Objektif membina BBM ini adalah untuk
membantu murid inklusif untuk menunjukkan kuantiti bagi sesuatu nombor dengan betul.
‘Cupcake Nombor’ ini dibina berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Matematik Tahun 1 di mana Standard Kandungan ialah 1.2 Nilai Nombor dan
Standard Pembelajaran ialah 1.2.2 (i) Menunjukkan kuantiti bagi nombor yang diberi.
Selain itu, BBM ini juga menggunakan kos yang sedikit. Berikut adalah anggaran kos
untuk menghasilkan BBM ‘Cupcake Nombor’:
BBM ini juga mudah dibawa ke mana-mana. Hal ini demikian kerana, BBM tersebut
boleh dipegang dengan mudah kerana dicipta daripada sekeping ‘mounting board’.
Tambahan pula, plastisin yang telah dibentuk diletakkan di dalam bekas yang tertutup. Jadi,
tiada masalah untuk guru membawanya ke mana-mana.
Di samping itu, BBM ini juga menarik kerana terdapat elemen kontra dari segi
penggunaan warna. Pembalut mounting board yang dipilih berwarna merah jambu terang
dan kertas kek cawan pula mempunyai corak dan warna yang berwarna-warni. Bagi ruang di
dalam kek cawan pula adalah berwarna putih supaya murid dapat melihat dengan jelas
nombor yang ditulis di dalam kek cawan tersebut.
Manual Penggunaan
3. Murid perlu mengisi plastisin di dalam kek cawan tersebut dalam kuantiti yang betul.