(Mohamad Nassrul 4 Amethyst) Sektor Pelancongan Di Malaysia
(Mohamad Nassrul 4 Amethyst) Sektor Pelancongan Di Malaysia
(Mohamad Nassrul 4 Amethyst) Sektor Pelancongan Di Malaysia
MALAYSIA
RUJUKAN
8. 15
17 helaian
1. DEFINISI PELANCONGAN
Pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat
lain yang melebihi lima puluh batu dari tempat kediaman dan tidak lebih dari satu tahun untuk
tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang. Pelancongan mungkin boleh dilakukan antarabangsa,
atau di dalam negara pelancong. Menurut Pertubuhan Pelancongan Sedunia, iaitu salah satu
badan PBB, pelancongan juga merujuk kepada aktiviti perkhidmatan kepada pelancong; juga teori
dan amalan pelancongan, perniagaan tarikan, menampung, dan menghiburkan pelancong, dan
perniagaan operasi pelancongan. Mereka juga menakrifkan pelancongan secara lebih amnya, dari
segi "melampaui persepsi umum mengenai pelancongan sebagai terhad kepada aktiviti percutian"
sahaja, memandangkan orang "melakukan perjalanan dan tinggal di tempat-tempat di luar
persekitaran biasa mereka untuk tidak lebih daripada satu tahun berturut-turut untuk masa
santai, perniagaan dan lain-lain tujuan ".
Pelancongan boleh jadi domestik atau antarabangsa, dan pelancongan antarabangsa mempunyai
implikasi masuk dan keluar pada imbangan pembayaran sesebuah negara. Hari ini, pelancongan
merupakan sumber pendapatan utama bagi banyak negara, dan memberi kesan kepada ekonomi
kedua-dua negara sumber dan tuan rumah, dalam sesetengah keadaan menjadi sangat penting.
Pada tahun 1936, Liga Bangsa menamakan pelancong asing sebagai "seseorang yang melancong
ke luar negara sekurang-kurangnya dua puluh empat jam". Penggantinya, Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu, meminda definisi ini pada tahun 1945, dengan memasukkan penginapan
maksimum enam bulan.
Pada tahun 1941, Hunziker dan Kraft mendefinisikan pelancongan sebagai "sejumlah fenomena
dan hubungan yang timbul daripada perjalanan dan penetapan bukan pemastautin, selagi mereka
tidak menuju kepada kediaman tetap dan tidak berkaitan dengan apa-apa aktiviti mencari
pendapatan. Pada tahun 1976, definisi Persatuan Pelancongan Pelancongan England ialah:
"Pelancongan ialah pergerakan sementara dan jangka pendek seseorang ke destinasi di luar
tempat-tempat di mana mereka biasanya tinggal dan bekerja dan aktiviti mereka semasa
menginap di setiap destinasi. Ia termasuk pergerakan untuk semua tujuan. Pada tahun 1981,
Persatuan Pakar Saintifik Antarabangsa dalam Pelancongan menakrifkan pelancongan dari segi
aktiviti tertentu yang dipilih dan dilaksanakan di luar rumah.
Istilah pelancongan dan perjalanan kadang-kadang digunakan secara bergantian. Dalam
konteks ini, perjalanan mempunyai takrifan yang sama kepada pelancongan, tetapi menunjukkan
perjalanan yang lebih bertujuan. Istilah pelancongan dan pelancong kadang-kadang digunakan
secara pejoratif, untuk menunjukkan minat yang cetek tentang budaya atau lokasi yang dilawati.
Sebaliknya, mereka yang berjalan sering digunakan sebagai tanda perbezaan. Sosiologi
pelancongan telah mengkaji nilai-nilai budaya yang mendasari perbezaan-perbezaan ini dan
implikasi mereka untuk hubungan kelas.
1
2. JENIS-JENIS PELANCONGAN
a) PELANCONGAN EKO
Pelancongan eko merupakan pelancongan yang melibatkan penjagaan alam sekitar daripada
sebarang bentuk pencemaran dan kerosakan. Ia boleh diintegrasikan ke dalam identiti sosio
budaya tempatan kea rah kewujudan ekosistem yang bersepadu.
Habitat flora dan fauna adalah penting dalam rangkaian kehidupan. Justeru, ia perlu
dipelihara agar tidak pupus atau lenyap begitu sahaja tanpa usaha-usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan.
Sesungguhnya, pelancongan eko adalah identiti yang harus dikekalkan demi menjaga
keseimbangan ekosistem. Ini disebabkan kemusnahannya akan memberi impak menyeluruh yang
memberi kesan ke atas pertumbuhan sosio ekonomi tempatan.
Dalam perspektif lain, eko-pelancongan adalah pengembaraan yang bertanggungjawab
terhadap alam sekitar bertujuan menikmati dan menghayati pengalaman alam semula jadi dan
kebudayaan. Ecotourism seharusnya mempunyai impak yang rendah terhadap alam sekitar dan
harus menyumbang kepada kesejahteraan penduduk tempatan.
Eko-pelancongan mempunyai definisi yang berbeza yang diterjemahkan mengikut
kefahaman setiap individu. Maksud terdekat yang mendefinisikan eko-pelancongan adalah,
merupakan pelancongan yang berasaskan alam semulajadi dan mempunyai nilai yang cukup untuk
digunakan tanpa menjejaskan sumber asalnya.
Pelancongan Eko di Rimba Terengganu, Malaysia
2
b) PELANCONGAN AGRO
Pelancongan agro melibatkan penyediaan produk-produk pelancongan berasaskan pertanian
seperti kebun atau taman buah-buahan, bunga-bungaan, taman perhutanan pertanian, taman
herba, taman serangga dan taman pemeliharaan binatang liar.
Lazimnya aktiviti perladangan dilihat sebagai sumber ekonomi yang diraih menerusi jualan
langsung hasil tanaman atau ternakan kepada pasaran secara makro selain menjadi salah satu
industri yang penting di negara ini.
Pelancongan agro adalah aktiviti melancong ke kawasan pertanian atau penternakan yang
memberi peluang kepada pelancong untuk turut serta dalam aktiviti yang dilakukan pengusaha.
Memandangkan sektor agro begitu luas aktivitinya memberi peluang kepada pelancong untuk
melakukan pelbagai kegiatan bersama pengusaha.Hal ini kerana di Malaysia terdapat aktiviti agro
seperti penternakan, penanaman buah-buahan, penghasilan tenusu dan pertanian pelbagai
tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan produk makanan.Sudah tentu aktiviti bersama pengusaha
memberi kepuasan dan pengalaman berbeza kepada pelancong kerana dapat mempelajari dan
melihat sendiri bagaimana proses penghasilan sesuatu produk makanan atau minuman yang
melalui pelbagai peringkat sebelum dijual ke pasaran umum.
Misalnya, jika melawat ke kawasan ladang ternakan lembu atau kambing, orang ramai diberi
pendedahan berkenaan cara menternak haiwan itu dan melihat sendiri proses penyembelihan
serta memerah susu.
Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi, Kedah, Malaysia.
3
c) PELANCONGAN KESIHATAN
Pelancongan Kesihatan di Malaysia semakin mendapat perhatian kerana kemudahan pusat
perubatan yang canggih, peralatan yang berteknologi tinggi, kadar yuran perubatan yang rendah
dan doktor yang mahir. Maka tidak hairanlah kepakaran perubatan di Malaysia adalah antara yang
terbaik di dunia dan kebanyakan hospital persendirian di negara ini mempunyai taraf dan kualiti
yang diiktiraf antarabangsa.
Pelancongan kesihatan didefinasikan sebagai lawatan atau melancong ke sesebuah negara
sambil menjalani rawatan atau untuk mendapatkan rawatan. Di samping itu, pelancongan
kesihatan atau Health Tourism telah memberikan beberapa definisi oleh pakar bidang
pelancongan. Menurut World Tourism Organization (WTO) pelancongan kesihatan adalah
memasukkan golongan pelancong yang mengadakan health treatment (Theobald, 1994). Menurut
Mantan Menteri Pelancongan Datuk Dr. Leo Michael Toyad telah menyatakan bahawa kerajaan
telah menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan kesihatan sejak tahun 1998 lagi.
MHTC (MALAYSIA HEALTHCARE)
• Sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.
• Ditubuhkan pada tahun 2009 untuk memudah dan mengembangkan industri penjagaan
kesihatan Malaysia di bawah jenama Malaysia Healthcare dengan matlamat menjadikan Malaysia
destinasi penjagaan kesihatan utama di dunia.
• Malaysia Healthcare merupakan contoh model perkongsian awam-swasta (PPP) yang berjaya
dalam mengembangkan sektor pelancongan kesihatan di Malaysia.
Statistik Pelancongan Kesihatan di Malaysia.
4
d) PELANCONGAN PENDIDIKAN
Malaysia bercita-cita untuk meletakkan dirinya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di
rantau Asia Pasifik dan atas matlamat itu, pelbagai kemudahan serta infrastruktur kemudahan
pendidikan telah diwujudkan. Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta program
usahasama dengan institut pengajian tinggi di luar negara semakin giat diadakan untuk menarik
lebih ramai pelajar asing untuk menyambung pengajian di Malaysia.
Pelancong dari negara lain yang mempunyai jangka masa cuti tahunan yang panjang datang
melancong ke Malaysia dan mengikuti kursuskursus jangka pendek yang ditawarkan oleh institusi
Pengajian Tinggi di Malaysia. Contoh: Cuti musim panas di negara Timur Tengah semasa cuti
mereka datang dan tinggal di Malaysia selama beberapa bulan dan boleh mengikuti kursus jangka
pendek bagi memanafaatkan masa mereka disini. Pelancong ini akan mempromosikan kursus-
kursus pendidikan yang ditawarkan oleh pusat pendidikan tinggi negara ini apabila pulang ke
negara asal Lebih ramai warga asing akan belajar di negara kita.
Sektor pelancongan pendidikan melibatkan pelajar berbilang kaum.
5
e) PELANCONGAN SUKAN
Malaysia kini semakin giat mempromosikan diri sebagai penganjur dan tuan rumah kepada
pelbagai kejohanan sukan dan aktiviti rekreasi bertaraf dunia, seterusnya menjadikan Malaysia
destinasi utama pelancongan sukan di rantau Asia Pasifik.
Penganjuran sukan seperti Sukan Komanwel, Formula 1, Powerboat, Le Tour De Langkawi
dan sebagainya adalah sebahagian daripada acara sukan yang mendapat pengiktirafan dunia.
Pelancongan sukan di Langkawi, Malaysia.
6
f) PELANCONGAN GASTRONOMI
Gastronomi merupakan kajian mengenai hubungan antara budaya dan makanan. Istilah ini
sering disalah tafsir sebagai istilah yang mengacu kepada seni masakan (lihat seni memasak).
Gastronomi hanyalah sebahagian kecil dari seni memasak. Gastronomi mengkaji berbagai
komponen budaya dengan makanan sebagai pusatnya.
Kata gastronomi berasal dari bahasa Yunani kuno γαστήρ (gastros) yang ertinya "perut" dan
νόμος (nómos) yang maksudnya "pengetahuan" atau "ilmu".
Dalam kata lain, pelancongan gastronomi ialah sinonim dengan pelancongan masakan atau
pelancongan kulinari iaitu penerokaan makanan sebagai tujuan pelancongan. Ia kini dianggap
sebagai komponen penting dalam pengalaman pelancongan. Makan di luar adalah lazim di
kalangan pelancong dan "makanan dipercayai menduduki bersama dengan iklim, penginapan, dan
pemandangan" dalam kepentingan kepada pelancong.
Pelancongan gastronomi di Sabah, Malaysia
g) INAP DESA
Inap desa (bahasa Inggeris: Homestay) ialah rumah orang awam Yang menyediakan ruang
atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Konsep inap desa ini bertujuan menampung
kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak
mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya
Konsep inap desa dapat menambah pendapatan orang kampung tradisional . Kampung-
kampung di Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan negeri-negeri lain berpotensi dijadikan
kawasan untuk program inap desa bagi menarik pelancong dari luar negara Keunikan kampung di
Pahang, Perak , Sarawak dan Sabah seperti sistem kemasyarakatan, kehidupan, sosial, keadaan
geografi serta sistem ekonomi, boleh menarik perhatian pelancong luar untuk mendekatinya.
Inap Desa di Masjid Tanah, Melaka, Malaysia.
8
3. KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI
PELANCONGAN TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI
NEGARA
Kepentingan Pelancongan :
• Menyediakan peluang pekerjaan
• Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar.
• Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas.
• Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan terbang.
• Menggalakkan industri kraftangan / desa.
• Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi
• Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong.
• Menyediakan peluang pekerjaan
•Meningkatkan pendapatan per kapita
• Mengelakkan pengangguran
• Peluang pekerjaan seperti dalam sektor perhotelan dan pengangkutan
1. Pelancongan dapat menyumbangkan pendapatan negara. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz,
Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah menjelaskan bahawa pihak kerajaan
telah mensasarkan kehadiran pelancong seramai 29 juta pelancong dengan pendapatan RM89
billion pada tahun 2015 sempena penganjuran Tahun Festival (MyFest 2015). Hal ini disebabkan
pelancongan menjadi penggerak utama tukaran wang asing.
2. Pelancongan juga membuka peluang pekerjaan yang lebih luas dalam sektor tersebut.
Pelancongan merupakan antara industri yang memerlukan ramai tenaga kerja seperti pekerja
hotel, pemandu pelancongan, pekerja kedai cenderamata dan pekerja kedai kraftangan.
Perkembangan industri pelancongan yang menggalakkan di negara kita ini meningkatkan
permintaan tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman dalam industri ini pada peringkat
pengurusan dan penyeliaan dan golongan pekerja mahir dan separa mahir.
3. industri pelancongan memberikan peluang perniagaan berangkai kepada rakyat.
Perkembangan industri ini menjadikan nadi kepada perkembangan pelbagai sektor lain seperti
sektor pengangkutan, makanan dan minuman, bunga-bungaan, kraf tangan, pertanian dan
penternakan. Hal ini mampu mengurangkan kadar pengganguran di negara kita. Pada masa sama
taraf hidup rakyat juga akan meningkat.
4. Pelancongan dapat memaparkan ketamadunan atau sejarah sesebuah negara yang memberi
seribu satu makna. Warisan kebangsaan merupakan khazanah penting yang telah diwarisi sejak
zaman-berzaman tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas seperti A-Famosa, bangunan stesen
keretapi Kuala Lumpur, dan Stadium Merdeka.
5. Selanjutnya, pelancongan turut menarik pelabur asing. Kegiatan pelancongan yang aktif
memudahkan kerajaan menarik lebih ramai pelabur asing untuk menanam modal di negara ini.
Industri pelancongan bukan hanya untuk pelabur yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan
seperti pengusaha hotel, pengusaha taman tema, pengusaha pusat beli-belah, dan sebagainya
malahan dapat menarik pelabur asing dalam bidang yang tiada kaitan dengan pelancongan seperti
pengangkutan dan pembinaan.
6. Pelancongan juga dapat dijadikan agen perpaduan antarabangsa. Manusia di dunia ini disekat
oleh sempadan politik. Dalam setiap negara pula mereka dikumpulkan mengikut bangsa, agama
dan warisan etnik. Apabila ahli-ahli daripada satu kumpulan mengunjungi kumpulan-kumpulan
yang lain, maka proses perpaduan akan wujud.
10
4. FAKTOR-FAKTOR YANG MENARIK RAKYAT NEGARA INI
DAN PELANCONG ASING MELANCONG DI MALAYSIA
Faktor-faktor yang mampu menarik rakyat negara ini dan pelancong asing melancong di
Malaysia :
1) Alam Semula Jadi
2) Budaya Rakyat Malaysia
3) Tinggalan sejarah
4) Kemudahan Awam yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa
5) Kestabilan Politik
1- Alam Semula Jadi -Hutan Khatulistiwa yang terdiri daripada pelbagai spesies flora dan fauna
Bunga Pakma atau Rafflesia menjadi tarikan kerana hanya terdapat di Malaysia -Kawasan laut
yang bersih dengan hidupan akuatik yang unik Pulau Redang dengan batu karang yang sangat
cantik
2- Budaya Rakyat Malaysia - cara hidup yang tidak terdapat di negara lain - cara hidup tradisional
Melayu, Cina , India , Kadazan, Iban dan etnik-etnik lain - kepelbagaian makanan tempatan
3- Tinggalan Sejarah - bangunan bersejarah: 33 lokasi diiktiraf sebagai bangunan bersejarah di
Malaysia Contoh: Bangunan Masjid Negara, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur - lokasi bersejarah:
Bandaraya Melaka Bersejarah dan Georgetown sebagai tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh
UNESCO/Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
4- Kemudahan Awam yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa - penginapan jenis hotel, resort
dan inap desa yang lengkap dengan kemudahan seperti elektrik dan bekalan air yang bersih. -
sistem perhubungan: pengangkutan darat dan udara yang berkualiti Sistem telefon, internet, wifi
untuk berhubung . -makanan masyarakat pelbagai bangsa dan negara mudah diperoleh.Makanan
merupakan faktor utama yang menarik minat pelancong asing ke sini. Kemudahan mereka
mendapatkan makanan dari negara asal menjadikan Malaysia destinasi yang sering dikunjungi.
Contohnya; Pelancong Timur Tengah sudah pasti mahu menikmati makanan yang sesuai dengan
selera dan cara hidup mereka. Maka kemampuan Malaysia menyediakan restoran-restoran
makanan Arab dan Timur Tengah akan memberikan kemudahan kepada pelancongpelancong ini.
5- Kestabilan Politik -kestabilan politik menggambarkan keamanan yang dikecapi rakyat di negara
ini -kestabilan politik menggambarkan sistem pemerintahan yang stabil dan tiada kekacauan
seperti pemberontakan yang mengganggu aktiviti harian rakyat. - Situasi ini menjadi faktor utama
yang sering difikirkan oleh pelancong apabila bercadang untuk melancong ke negara ini.
11
5. HALANGAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI SEKTOR
PELANCONGAN
Industri pelancongan di Malaysia tidak dapat lari daripada masalah-masalah yang
menimbulkan keraguan kepada pelancong. Ia memberi kesan yang tidak baik kepada penduduk
tempatan mahupun pelancong asing.
1. Cabaran Bahasa
Masalah penggunaan bahasa kebangsaan di lokasi tumpuan pelancong dan bahasa sebagai
wahana komunikasi pelancongan dalam negeri masih terus berlaku bagaikan tiada
penghujungnya.Kecenderungan penggunaan pelbagai bahasa atau dwibahasa yang tidak dapat
menonjolkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama dalam industri pelancongan serta
penggunaan bahasa kebangsaan yang tidak tinggi kualiti tatabahasanya dan tidak cukup baik
sebagai lambang citra Malaysia, merumitkan lagi fenomena ini.
4. Kestabilan Politik
Politik yang tidak stabil akan menjejaskan imej negara. Politik yang tidak stabil akan membawa
banyak kesan buruk pada sektor pelancongan.
12
6. USAHA-USAHA MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN
1. Kerajaan perlu memperlengkapkan kemudahan dan prasarana pengangkutan dan perhubungan
di negara kita sehingga menjadi prasarana kelas pertama terutamanya destinasi yang menjadi
tumpuan pelancong.
2. Selain itu, kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, tandas, bekalan air dan
elektrik turut menjadi faktor penting dalam menarik banyak pelancong mengunjungi negara kita.
3. Bukan itu sahaja, kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar
menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini,
khususnya di tempat-tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang
menguntungkan.
4. Di samping itu, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin kepuasan dan
kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita.
5. Seperkara lagi, pelbagai aktiviti yang menarik perlulah diadakan oleh pihak kerajaan dan badan-
badan bukan kerajaan. Aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti pameran kejohanan sukan
bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta
Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi.
13
KESIMPULAN
Kesimpulannya, industri pelancongan di Malaysia kian berkembang dan menyajikan percutian
yang cukup menyeronokkan untuk semua. Kedatangan pelancong yang semakin bertambah juga
memperlihatkan Malaysia terus menjadi pilihan.
14
RUJUKAN
1. ms.wikipedeia.org/wiki/Pelancongan
2. slideshare.net/nabilaain/sector-pelancongan
3. saodahzaidi1979.blogspot.com
4. hashimrahman.blogspot.com/2013/01/eko-
pelancongan_13.html
5. ms.wikipedia.org/wiki/Ekopelancongan
6.hmetro.com.my/nuansa/2018/05/339789/pelancongan
-agro
7. ms.wikipedia.org/wiki/Agropelancongan
8.tomorrowiscertain.blogspot.com/2011/06/pelanconga
n-kesihatan.html
9. slideshare.net/Amykoty/sukan-dan-pelancongan
10. ms.wikipedia.org/wiki/Gastronomi
11. ms.wikipedia.org/wiki/Pelancongan-masakan
12. ms.wikipedia.org/wiki/Inap_desa
15