Nota Kuliah 2 - Revenue

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

NOTA KULIAH 2

NAMA DAN KOD PROGRAM


FB-010-23 EXTERNAL AUDIT
PROGRAM’S CODE & NAME

TAHAP
3 ( SEMESTER 2 )
LEVEL
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI DBE 2323 : AUDITING 1
COMPETENCY UNIT NO. FB-100-4:2012 PERAKAUNAN
AND TITLE

K1 PENGENALAN KEPADA PENGAUDITAN


NO DAN PERNYATAAN
K2 JADUAL HASIL
AKTIVITI KERJA
K3 JADUAL KOS JUALAN
ACTIVITIES NO. AND
K4 JADUAL GAJI
STATEMENT
K5 JADUAL PERBELANJAAN

NO.KOD Muka / Page : 1


FB-010-23/P(2/5)
CODE NUMBER Drp / Of :
NAMA CALON
CANDIDATE NAME

TAJUK : JADUAL HASIL (REVENUE SCHEDULE)

TUJUAN :

Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi pemahaman dan pendedahan awal
kepada pelajar berkaitan proses pengauditan dalam jadual hasil. Pelajar-pelajar
akan:-

a) Menerima arahan kitaran hasil (Jualan).

b) Mendapatkan dokumen kitaran hasil (Jualan).

c) Menyemak kitaran hasil (Jualan).

d) Membuat ringkasan penemuan audit (Jualan).


PENERANGAN

1. Pengenalan Jadual Hasil

a) Definisi Hasil : menurut FRS 118, hasil ialah alir masuk kasar bagi manfaat
ekonomi sepanjang tempoh perakaunan dari aktiviti biasa sesebuah entity dalam
iaitu kemasukan atau peningkatan asset atau pengurangan liability yang terhasil
daripada peningkatan ekuiti akibat pelbagai factor selain caruman modal baru
termasuk faedah, royalty dan dividen.
b) Jadual Hasil tertumpu kepada sistem penjualan barang atau perkhidmatan.
Antara akaun yang terlibat ialah Akaun Jualan dan Akaun Belum Terima.
c) Objektif audit bagi kitaran hasil adalah mendapatkan bukti yang mencukupi bagi
setiap penyata kewangan yang signifikan, termasuklah baki-baki dalam
urusniaga kitaran hasil.
d) 3 jenis transaksi utama :
i) Jualan barangan atau perolehan perkhidmatan
ii) Penerimaan tunai daripada pelanggan yang membuat bayaran
iii) Pulangan barang oleh pelanggan secara kredit atau tunai

2. Menerima Arahan Untuk Kitaran Hasil (Jualan)

a) Junior auditor akan menerima arahan daripada senior auditor untuk mengaudit
kitaran hasil iaitu jualan.

b) Jenis dokumen dan rekod untuk tujuan audit :


i) Invois Jualan
ii) Dokumen Penghantaran
iii) Buku Jualan / Jurnal jualan
iv) Buku Tunai / Penerimaan tunai
v) Akaun Belum Terima ( Lejar Penghutang ) dan Pengumuran Penghutang/
Penyata Pelanggan
vi) Lejar am
vii) Imbangan Duga / Penyata Pendapatan
viii) Nota Kredit / Nota debit
ix) Lain-lain dokumen seperti Borang Kelulusan Kredit, Pesanan Jualan dsb

c) Sebelum memulakan audit rujuk Perancangan Audit atau Lead Schedule dalam
fail semasa.

3. Menyemak Kitaran Hasil (Jualan)


a) Kaedah walk through test kerja-kerja pengauditan buku jualan:
1. 3.
2. 4.
Semak jadual Pilih sampel dan
 Semak Imbangan   Semak dengan
petunjuk (Lead Semak dengan
Duga Jurnal Am
Schedule) Lejar Am

6. 5.
7. Pastikan no invois Semak dengan buku
8.
 Buat casting /  berturutan dan nilai  jualan /lejar
Buat laporan audit
semakan jumlah direkod adalah penghutang dan
betul dapatkan invois

b) Rekodkan jumlah jualan dalam Lead Schedule berdasarkan AP2 (Imbangan


Duga pelanggan) dan pilih sampel untuk diuji.
c) Vouched (semak) lejar am kepada jurnal am. Seterusnya, semak jurnal am
dengan buku jualan / lejar penghutang untuk dapatkan invois.
d) Pastikan nombor invois adalah berturutan dan sebarang pembatalan invois
mempunyai dokumen sokongan pembatalan yang lengkap.
e) Semakan perlu dibuat ke atas buku jualan ke akaun belum terima dan invois
dengan melihat kepada tarikh, no rujukan, nama penghutang dan nilai yang
dicatat mestilah sama.
f) Tandakan √ bagi proses yang dapat dilaksanakan dalam audit jadual hasil
g) Buat ujian pengiraan (casting) dalam setiap invois dan buku jualan sampel yang
dipilih.
h) Persampelan boleh dilakukan untuk menguji ketepatan catatan dalam buku
perakaunan dan ianya bergantung kepada penemuan. Sekiranya terdapat
keraguan dalam penemuan, 100% audit boleh dilaksanakan.
i) Proses pengauditan untuk jualan tunai dan jualan kredit adalah sama.

4. Membuat Ringkasan Penemuan Audit Hasil (Jualan)

a) Buat laporan kerja audit dan penemuan audit serta lengkapkan Jadual Petunjuk
Hasil ( Lead Schedule Revenue )
b) Tambahkan ruangan peratus sampel yang diuji dan rekodkan catatan jurnal
audit sekiranya perlu.
c) Buat ringkasan skop kerja audit yang telah dibuat seperti
i) Menyemak 2 bulan sampel iaitu Bulan Januari dan Julai
ii) Membuat ujian pengiraan dalam invois dan Buku Jualan
d) Catatkan penemuan audit. Sebagai contoh; sekiranya pergerakan nombor siri
(sequel number) tidak berturutan dalam untuk invois jualan maka penemuan
audit adalah ketidakpatuhan prosedur.
e) Manakala, sekiranya perniagaan tidak menggunakan nombor siri yang
berturutan untuk dokumen seperti invois jualan, ia dianggap tidak menjalankan
kawalan prosedur dalam dokumen yang dikeluarkan.
f) Catatkan penemuan audit sebagai Tiada apa-apa nota pengecualian sekiranya
tiada isu atau penemuan yang dibangkitkan.

SOALAN

1. Senaraikan 4 (Empat) langkah yang terlibat dalam proses pengauditan jadual


hasil (Jualan).
a. ______________________________________________________________
b. ______________________________________________________________
c. ______________________________________________________________
d. ______________________________________________________________

2. Lengkapkan kitaran semakan ‘Walk Through Test’ dibawah:

1. 2. 3. 4.
Semak Imbangan
 Duga  

8. 6. 5.
7. Pastikan no invois Semak dengan buku
 Buat casting /  berturutan dan nilai  jualan /lejar
semakan jumlah direkod adalah penghutang dan
betul dapatkan invois

RUJUKAN
1. TAKIAH ISKANDAR, 2004. Asas Pengauditan. Kuala LUmpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka

You might also like