Assignment Keusahawanan
Assignment Keusahawanan
Assignment Keusahawanan
KEUSAHAWANAN/ENTREPRENEURSHIP
SEMESTER SEPTEMBER 2021
1 Pengenalan 2
2 Tugasan 1
3-5
3 Tugasan 2 6
4 Refleksi 8
5 Rujukan 9
1
1.0 PENGENALAN
Tugasan 1
2
Peluang ialah satu keadaan yang boleh memberi faedah atau membawa kejayaan
kepada seseorang yang muncul atau diwujudkan untuk diambil segera. Peluang
biasanya menghampiri seseorang itu dalam keadaan yang samar-samar dan tidak
pasti. Cuma seseorang yang cekap dan bersedia sahaja yang dapat mencekup
peluang yang ujud di hadapannya. Peluang yang lambat direbut akan terlepas ke
tangan orang lain.
Setiap perniagaan bermula daripada peluang yang dapat dikenalpasti dan diambil
kesempatan untuk dimajukan. Kewujudan peluang perniagaan untuk menawarkan
barangan dalam pasaran tertentu bergantung kepada perubahan dan arah aliran
dalam faktor-faktor persekitaran yang meliputi suasana ekonomi, sosiobudaya,
politik, undang-undang, teknologi dan tahap persaingan.
Yang dimaksudkan dengan peluang dalam pasaran ialah apabila masih terdapat
ruang atau kesempatan untuk menawarkan barangan yang boleh memenuhi
permintaan dan citarasa pelanggan.
Terdapat dua situasi bagaimana peluang perniagaan boleh wujud dalam pasaran.
Situasi pertama ialah barangan yang sudah wujud dalam pasaran tetapi masih
belum dapat memenuhi sepenuhnya permintaan dan citarasa daripada pelanggan.
Ini mungkin disebabkan barangan kurang bermutu, kurang pilihan, harga yang tidak
berpatutan, sukar diperolehi atau ciri yang kurang menarik.
3
dianggap sebagai satu langkah bagi seseorang usahawan dalam usaha untuk
memulakan perniagaan.
Memandangkan situasi pandemic covid-19, Sejak bulan Februari 2020 yang lalu,
kita telah dikejutkan dengan penyebaran virus Covid-19. Penularan pandemik ini
bukan sahaja menjejaskan tahap kehidupan dan kesihatan rakyat, malahan telah
mengubah landskap cara hidup yang dikenali sebagai norma baru. Pelbagai langkah
telah diambil oleh pihak kerajaan khususnya dalam mengekang penularan wabak ini.
Sehingga kini, kita telah melalui tiga siri perintah kawalan pergerakkan (PKP); Fasa
1 (PKP 1.0) bermula pada 18 Mac 2020, diikuti PKP 2.0 bermula pada 13 Januari
2021 dan PKP 3.0 yang bermula pada 12 Mei 2021, bagi memastikan kesihatan
rakyat terjaga dan terpelihara.
Sudah pasti tidak sedikit kesannya yang telah kita lalui memandangkan rutin
kehidupan yang berubah. Cara bagaimana kita berinteraksi dan cara bagaimana kita
bersosialisasi juga turut berubah. Namun, perkara yang lebih penting ialah sektor
ekonomi yang menjadi tulang belakang negara turut terkesan akibat penularan
pandemik ini. Banyak maklumat yang telah kita terima saban hari tentang
bagaimana sukarnya sektor ekonomi yang terpaksa berhempas pulas untuk bangkit
semula dan sudah pasti di celah-celah kemelut pandemik yang semakin ganas kini,
sektor perniagaan yang merupakan sektor penting negara yang paling terjejas.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sektor perniagaan yang telah berjaya
bangkit dan meneroka peluang-peluang baru dalam era pandemik Covid-19 seperti
perusahan atau syarikat digital dan pengeluar atau pembekal alatan kesihatan.
Untuk memulakan perniagaan baru pada situasi pandemic covid-19 ini,saya perlu
mengenalpasti perniagaan yang membawa keuntungan kepada industry perniagaan
4
saya.saya perlu menggunakan idea sendiri dan membentuk imej sendiri dengan
memahami perasaan pelanggan.selain itu,saya perlu memilih
lokasi,peralatan,produk atau perkhidmatan,tenaga pekerja,pembekal dan bank bagu
menentukan kejayaan industry perniagaan saya.saya perlu mendapatkan pendapat
dan tunjuk ajar peniaga-peniaga yang Berjaya.
TUGASAN 2
Ilham bagi “perniagaan francais” ditakfir sebagai kaedah meluaskan perniagaan dan
mengedar barang serta perkhidmatan melalui perhubungan perlesenan. Dalam kata
lebih tepat, perniagaan francais adalah perniagaan di mana pemilik atau pemberi
francais (francaisor) menjual hak perniagaan mereka yang merangkumi logo, nama
5
dan model kepada outlet runcit pihak ketiga atau pengusaha pihak ketiga, yang juga
dikenali sebagai “francaisi” atau pemegang francais. Perniagaan francais adalah
kaedah biasa bagi meluaskan perniagaan. Kita dengan mudah mendapat contoh
model perniagaan francais di negara kita dengan melihat kepada McDonalds dan
Subway.
Untuk memulakan perniagaan francais saya perlu mengenali bajet saya. Seringkali,
bajet adalah perkara pertama sebelum kita menubuhkan sebarang perniagaan,
sama ada memulakan perniagaan Malaysia daripada petak sifar kepada memiliki
perniagaan francais. Secara umum, terdapat yuran pendahuluan francais serta
keperluan kewangan tertentu bagi francaisi. Makanya, saya perlu taksirkan
kewangan dan aset peribadi sebelum saya memulakan perniagaan francais .
Selain itu,saya juga perlu selidik francais yang tepat. Mengetahui jenis perniagaan
francais yang saya mahu lakukan adalah satu lagi langkah penting di dalam
perancangan memulakan perniagaan francais.saya perlu lakukan penyelidikan
kerana ia mampu membolehkan saya memahami dan menentukan arah di dalam
menjalankan perniagaan. Contohnya, saya boleh lakukan penyelidikan laman
sesawang, hadiri majlis francais bahkan juga menghubungi francaisor dan francaisi
lain. Saya akan cuba dapatkan sebanyak mungkin butiran dan maklumat yang
termampu tentang francais tersebut
6
Walaupun banyak manfaat boleh diperoleh menerusi perniagaan francais, namun
kos untuk membangunkan dan memulakan perniagaan ini dikatakan agak tinggi,
malah ada yang menelan pelaburan sehingga jutaan ringgit.Ia disebabkan model
perniagaannya yang lengkap dengan khidmat nasihat teknikal, jaringan latihan,
produk yang ditawarkan dan kelengkapan yang disediakan menyeluruh oleh
francaisor.
Pun begitu, bidang francais bukanlah satu perniagaan yang boleh dicuba-cuba
kerana selain melibatkan kos tinggi, ia juga mempunyai kaitan hubungan rapat
antara francaisor dan francaisi, yang menyumbang kepada pengembangan syarikat.
7
Refleksi
Saya berasa suka hati kerana dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang
ditetapkan.Disini saya rasa bersyukur dan menadah tangan kepada tuhan yang
memberkati saya untuk menyelesaikan tugasan ini.selain itu saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan kawan-kawan yang
telah memberikan tunjuk ajar kepada saya .
Analisis saya secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati subjek ini
diwajibkan kepada pelajar kerana ia lebih menguatkan azam untuk mengetahui
tentang peredaran masa.pendidikan berkaitan keusahawanan perlu dimulakan
sejak kecil lagi agar dapat dipupuk sejak kecil lagi.sekian terima kasih.
8
Rujukan
https://www.smeinfo.com.my/francais/pengenalan-kepada-francais/
https://www.butterkicap.com/bisnes-makan/asas-sistem-francais
https://usahawan.com
http://asterinasazalie86.blogspot.my/2016/03/assignment-year-4-semester-1-
january_72.html
https://pdfcoffee.com/oum-assignment-keusahawanan-pdf-free.html