16 SEJ2 Topik 4 Komponen Pedagogi Kontemporari Final
16 SEJ2 Topik 4 Komponen Pedagogi Kontemporari Final
16 SEJ2 Topik 4 Komponen Pedagogi Kontemporari Final
Komponen Pedagogi
Kontemporari
EDUP2093 PEDAGOGI
Tay Chong Seng (Ph.D.)
Jabatan Sains
No. Telefon: 0133697387
Emel: [email protected]
HASIL PEMBELAJARAN
Mengabungkan
kaedah pembelajaran Murid yang tidak hadir
secara langsung boleh mengikuti
dengan pembelajaran pengajaran guru
konstruktivisme
- Rakamkan
penerangan
mengikut fasa - Muatnaik klip
Sediakan bahan perkembangan PdP
pelajaran dlm bentuk video rakaman ke
power point termasuk - Bayangkan murid Facebook, Google
rajah, jadual, ada di hadapan Drive, Youtube dll
gambar, jadual, - Gunakan - Email video
laman web dsb webcam/perisian kepada murid
- Tempoh sesuatu
rakaman 5-7 minit
Alat Menyediakan Bahan Pembelajaran
Terbalik
Youtube
https://www.youtube.com
Alat Menyediakan Bahan Pembelajaran
Terbalik
Webquest
https://www.zunal.com/
webquest
Alat Menyediakan Bahan Pembelajaran
Terbalik
Edmodo
https://www.edomodo.com
Alat Menyediakan Bahan Pembelajaran
Terbalik
Creately
https://creately.com/
Kelebihan Pembelajaran Terbalik
Kesan penggunaan teknologi dalam kaedah
Flipped Classroom dapat mengawal interaksi
murid ke arah yang lebih positif.
Guru terdorong dalam penyediaan bahan
pengajaran yang berkualiti dalam bentuk
video.
Waktu interaksi antara guru dan murid adalah
untuk mengadakan pembelajaran hand-on,
amali dan demontrasi.
Pembelajaran Berasaskan Masalah
(Problem Based Learning)
�Pembelajaran berasaskan masalah ialah satu kaedah
pembelajaran melibatkan murid secara aktif untuk
membuat keputusan/menyelesai masalah atau
mencapai sasaran tertentu.
�Dalam konteks ini, masalah yang mampu diselesaikan
oleh murid berbentuk perkataan, teka teki, kuiz, atau
aplikasi kemahiran matematik dalam situasi sebenar.
�Melibatkan aktiviti perbincangan, simulasi dan
eksperimen.
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Contoh Masalah:
Rohana murid Tahun 6 dan anak sulung. Dia mempunyai
seorang adik lelaki berusia 11 tahun dan seorang adik
perempuan berusia 10 tahun. Mereka sepakat untuk
mengadakan jamuan khas untuk meraikan ulang tahun
perkahwinan ibu bapanya yang ke-12. Perkara yang menjadi
masalah apabila mereka tiada pengalaman memasak dan
tidak mempunyai wang yang mencukupi. Jika anda berada di
tempat Rohana, bagaimana anda menyelesaikan masalah
ini?
Langkah-Langkah Penyelesaian Masalah
1 Mengenal pasti masalah
2 Menjelaskan masalah
1 Memulakan Projek
2 Membangunkan projek
3 Menamatkan projek
4 Dokumentasi Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
Contoh
Projek “Jom Makan Ikan”
Projek
Contoh Langkah Pembelajaran Berasaskan
Projek
1. Memulakan Projek
Exhibition
Acquition
Summation Supposition
Implementation
Pembelajaran berasaskan inkuiri
Enam (6) Peringkat Kitaran Inkuiri
1. Inquisition – Mengemukakan masalah atau soalan utk
disiasat.
2. Acquisition - Sumbang saran tentang cara penyelesaian.
3. Supposition - Mengenal pasti hipotesis/kenyataan yg
hendak diuji.
4. Implementation - Mereka bentuk dan melaksanakan pelan
yang dirancangkan.
5. Summation - Mengumpul maklumat dan membuat
kesimpulan.
6. Exhibition - Berkongsi hasil dapatan.
Pembelajaran berasaskan inkuiri
Peranan Guru Dalam Pengajaran Berasaskan Inkuiri
Memulakan proses inkuiri.
Menggalakkan pelajar mengemukakan soalan.
Menjelaskan konsep-konsep yang disalah fahami oleh
pelajar atau membentuk pemahaman pelajar tentang
kandungan bahan.
Menggunakan pengalaman pelajar untuk membentuk
pengetahuan kandungan yang baharu.
Pembelajaran berasaskan inkuiri
Kelebihan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Fleksibel dan sesuai untuk pelbagai jenis projek.
Ramai kanak-kanak bermasalah di sekolah kerana mereka
tidak dapat mengikuti kuliah guru akan belajar dengan baik
dalam persekitaran pembelajaran berasaskan inkuiri & dapat
menimbulkan keyakinan & harga diri mereka.
Sesuai untuk projek-projek antara disiplin (interdisciplinary)
yang memerlukan pelbagai kemahiran atau bidang
pengetahuan dalam sesuatu projek.
Melalui projek pembelajaran berasaskan inkuiri pelajar dapat
mengukuhkan kemahiran dalam ketiga-tiga domain fizikal,
emosi, dan kognitif, manakala pendekatan tradisional hanya
dapat mengukuhkan domain kognitif sahaja.
Pembelajaran terbeza (Differentiated Instructions) (Tomlinson 1999)
Pembelajaran terbeza
Tiga aspek pengajaran guru dibezakan: kandungan,
proses dan hasil untuk menangani semua keperluan
pembelajaran murid dengan berkesan.
Aspek kandungan yang diberikan mengikut tahap murid,
aspek proses murid melakukan aktiviti yang sama, tetapi
melalui proses yang berbeza dan aspek hasil di mana
murid berlainan menghasilkan hasil yang berlainan
Tujuan: memaksimumkan pertumbuhan setiap murid
dengan kejayaan individu dalam satu kelompok di mana
murid tidak perlu mengubah suai diri mereka untuk
kurikulum namun kurikulum berubah mengikut tahap
keupayaan murid.
Pembelajaran terbeza
Amalan pengajaran berbebeza perlu mengambil
kira prosedur pengurusan bilik darjah yang
berkesan selain mempromosikan penglibatan dan
motivasi murid, menilai kesediaan murid dan
mengamati gaya pembelajaran murid.
Arahan pengajaran dibezakan dapat mendorong
murid belajar dengan pelbagai kebolehan diri
daripada murid yang berbakat dan murid yang
mempunyai kecacatan ringan atau berat bagi
menerima pendidikan yang sesuai di dalam bilik
darjah yang inklusif.
Pembelajaran terbeza
Dari aspek kandungan, contohnya murid berbakat atau
pandai diberikan isi pembelajaran yang lebih banyak dan
mencabar berbanding murid lemah yang diberi tugasan
yang sama tetapi tahap kesukaran yang rendah.
Dari aspek proses, contohnya murid pandai dan berbakat
membuat satu tugasan yang lebih kompleks berkaitan
kandungan pembelajaran manakala murid lemah pula
membuat tugasan yang sama, tetapi dipermudahkan
dengan bahan bantu yang berbeza.
Dari aspek hasil, contohnya memerlukan murid dengan
kecerdasan berbeza menghasilkan hasil yang berbeza,
sebagai contoh dalam pengajaran Bahasa Melayu, murid
pandai menghasilkan sebuah karangan berdasarkan
gambar, manakala murid lemah menghasilkan ayat
berdasarkan gambar.
Pembelajaran terbeza
Pengajaran berbeza lebih adil dalam menilai tahap
pencapaian murid berdasarkan perbezaan tahap
mereka iaitu setiap murid mempunyai cara dan gaya
belajar yang berbeza dan tahap pembelajaran yang
berbeza namun peranan guru adalah untuk mendidik
mereka dalam suasana bilik darjah yang sama
dengan peluang belajar yang serupa.
Pengajaran berbeza ditakrifkan sebagai satu bentuk
pendekatan pengajaran di mana guru secara
proaktif mengubahsuai kurikulum, kaedah
pengajaran, sumber, aktiviti pengajaran dan hasil
murid bagi mencapai keperluan setiap murid di
dalam bilik darjah (Tomlinson 1999).
Pembelajaran terbeza
Pengajaran berbeza memberi fokus pada keperluan
murid belajar secara optimum mengikut aras dan
situasi murid.
Pengajaran berbeza ini perlu mengambil kira tahap
kecerdasan pembelajaran murid, kecenderungan
dan kemampuan mereka untuk belajar sesuatu.
Dalam proses PdP bilik darjah, pengajaran berbeza
adalah perlu supaya murd dapat mencapai objektif
pembelajaran tanpa ada yang tercicir atau
ketinggalan dalam sesuatu kemahiran.
Tutorial 6 Topik 4
� Secara kumpulan 6 – 7 orang, bincangkan dari segi ciri-ciri,
kekuatan dan kekurangan dua daripada kaedah dan teknik
pedagogi kontemporari berikut: pembelajaran koperatif,
pembelajaran teradun, pembelajaran terbalik, pembelajaran
berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek,
pembelajaran berasaskan inkuiri dan pembelajaran terbeza.