Jurnal Mingguan
Jurnal Mingguan
Jurnal Mingguan
KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH
JURNAL PRAKTIKUM
Saya menjalani praktikum fasa 1 di Sekolah Rendah Kebangsaan Pokok Sena untuk
tempoh 12 minggu. Untuk praktikum fasa ini saya akan mengajar subjek major iaitu
Pendidikan Islam dan Minor Bahasa Arab. Pada minggu pertama ini, saya hanya perlu
memerhati guru matapelajaran Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab melakukan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya
perhatikan dalam kelas Tahun 1, 3 dan 5, saya dapati murid-murid dalam kelas ini sering
menjawab soalan yang diajukan oleh guru tanpa mengangkat tangan. Murid-murid yang
melebihi 35 orang itu tidak mengangkat tangan untuk menjawab soalan sebaliknya terus
menjawab. Keadaan ini menggangu proses pengajaran dan pembelajaran
3. KAJIAN LAMPAU
Beliau terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan menggunakan Kotak
Skinner. Walaupun tikus jauh berbeza dengan manusia, namun Skinner telah
mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkah laku tikus boleh
diaplikasi ke atas manusia. Justeru, tidak menghairankan apabila Skinner bercadang
untuk membesarkan anaknya di dalam Kotak Skinner.
Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman
operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman.
Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud
ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran.
Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.
Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga
menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh
peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah
penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik
pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan
hukuman atau denda. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak
membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran
bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerjasekolahnya.
5. TINDAKAN SUSULAN
1 Minggu
6. TINDAKAN SUSULAN
Guru membuat peraturan yang sesuai dengan situasi murid-murid. Selain itu, guru
menyediakan aktiviti pembelajaran dan menyediakan ganjaran untuk murid-murid yang
berkelakuan seperti yang dikehendaki oleh guru.
7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DIJALANKAN
11 Ogos 2022
9. KESIMPULAN
RUJUKAN
Gaya Pembelajaran, Kemahiran belajar Dan Masalah belajar pelajar di ... (n.d.). Retrieved
August 20, 2022, from http://eprints.utm.my/id/eprint/3680/1/71881.pdf
nurshafini09-494. (2021, August 24). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku - model
Pengurusan Disiplin Dan intervensi - Membalik Buku Halaman 1-10: Anyflip:
NURSHAFINI09-494. AnyFlip. Retrieved August 20, 2022, from
https://anyflip.com/oavmh/ktob/basic
Rashid, N. A., Boon, P. Y., & Ahmad, S. F. S. (2012). Murid Dan Alam Belajar. Oxford Fajar.
Zabirah, A. (2016, August 6). Murid Dan Pembelajaran. Academia.edu. Retrieved August 20,
2022, from https://www.academia.edu/27580697/murid_dan_pembelajaran
Nama : .........................................................
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Nama : ........................................................
1. ISU YANG DIFOKUSKAN
3. KAJIAN LAMPAU
Pengurusan bilik darjah pula merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi
pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan mengekalkankondisi pembelajaran
seperti diharapkan. Lemlech (1988), mengibaratkanpengurusan bilik darjah sebagai
okestra dalam kehidupan di bilik darjah yangmemerlukan pembentukan
kurikulum,penyelenggaraan prosedur dan sumberpengajaran. Faktor-faktor yang boleh
mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilikdarjah pada lazimnya boleh
diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal,faktor kemanusiaan yang boleh di
lihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan faktorteknikal .(Mak Soon Sang,2008).
5. TINDAKAN SUSULAN
1 Minggu
6. TINDAKAN SUSULAN
Saya percaya teknik pengajaran yang pelbagai dapat membantu saya dalam
mengendalikan P&P dengan berkesan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Reed dan
Kirkpatrick (1998), mereka menyatakan:”Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai
kaedah pengajaran bagi menarik minat murid untuk belajar”. Disamping itu, saya akan
cuba menggunakan kaedah peneguhan positif seperti pujian atau hadiah dan
peneguhan negatif seperti dendaan dalam usaha mengawal murid-murid semasa
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.
18 Ogos 2022
Dalam mewujudkan suasana kelas atau bilik darjah yang baik dan berkesan, guru
seharusnya kreatif dalam melakukan pelbagai teknik pengajaran supaya dapat
mempengaruhi suasana P&P di dalam kelas nanti. Murid-murid akan lebih bersedia dan
bersemangat untuk belajar sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan
perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi
tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan
proses P&P berkesan.
1. KESIMPULAN
Kesimpulannya, Saya perlu mengkaji semula apa kesilapan dan strategi yang
perlu diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut Langkah yang terbaik adalah
dengan berbincang dan meminta pandangan daripada guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing agar mendapat tips yang berguna untuk diaplikasikan.
RUJUKAN
Gaya Pembelajaran, Kemahiran belajar Dan Masalah belajar pelajar di ... (n.d.). Retrieved
August 20, 2022, from http://eprints.utm.my/id/eprint/3680/1/71881.pdf
nurshafini09-494. (2021, August 24). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku - model
Pengurusan Disiplin Dan intervensi - Membalik Buku Halaman 1-10: Anyflip:
NURSHAFINI09-494. AnyFlip. Retrieved August 20, 2022, from
https://anyflip.com/oavmh/ktob/basic
Rashid, N. A., Boon, P. Y., & Ahmad, S. F. S. (2012). Murid Dan Alam Belajar. Oxford Fajar.
Zabirah, A. (2016, August 6). Murid Dan Pembelajaran. Academia.edu. Retrieved August 20,
2022, from https://www.academia.edu/27580697/murid_dan_pembelajaran
Pandangan / komen guru pembimbing
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Nama : .........................................................
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Nama : ........................................................
1. ISU YANG DIFOKUSKAN
Dalam sesuatu kehidupan manusia, kebersihan diri merupakan salah satu unsur
yang penting. Menjaga kebersihan adalah amalan terpenting dalam kehidupan seharian
kerana kebersihan tonggak kehidupan yang selesa dan harmoni. Kebersihan
menggambarkan perwatakan dan keperibadian seseorang individu di mata masyarakat.
Kebersihan perlu diambil berat dan diamalkan sejak masih kecil lagi. Murid-murid
sepatutnya menjadikan penampilan yang kemas dan menjaga kebersihan sebagai satu
budaya hidup seharian terutama ketika berada di sekolah. Ini kerana, sekolah
merupakan tempat murid-murid menimba ilmu pengetahuan. Sekiranya suasana dan diri
tidak bersih dan kemas akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu. seterusnya
mengganggu tumpuan dan perhatian murid-murid menimba ilmu pengetahuan. Menurut
Islam: “Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengamalkan kebersihan mencakupi
kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal dan tempat beribadat kerana suasana bersih
dan suci membawa kepada persekitaran sihat, selamat dan impak kesejahteraan kepada
umum.” Sementara itu, seperti yang kita semua sedia maklum, agama Islam juga
menitikberatkan soal kebersihan. Menurut Sabda Rasulullah SAW: ” Kebersihan
merupakan sebahagian daripada iman”. Kita harus sedar bahawa menjaga kebersihan
dapat menghindarkan diri dari terkena jangkitan penyakit. Maka, kita bertanggungjawab
menjaga kebersihan dan kekemasan diri.
3. KAJIAN LAMPAU
Amalan kebersihan yang tinggi dan gaya hidup sihat yang baik menjadi aspek
penting bagi setiap individu terutamanya semasa negara dilanda Pandemik Novel
Corona Virus (COVID-19). Umum mengetahui amalan kebersihan yang lemah menjadi
sebab utama dalam peningkatan penyakit berjangkit, yang kerap berlaku di negara-
negara membangun. Begitu juga aspek amalan gaya hidup sihat yang kurang
menyebabkan peningkatan masalah berkaitan kesihatan fizikal dan kesihatan mental.
Justeru itu, setiap individu perlu memahami dan mengamalkan asas kebersihan dan
gaya hidup sihat dengan cara yang betul. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap
amalan penjagaan kebersihan dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar
Politeknik METrO Johor Bahru. Diharap, hasil kajian ini dapat meningkatkan kesedaran
pelajar Politeknik METrO Johor Bahru terhadap pentingnya menjaga kebersihan dan
mengamalkan gaya hidup sihat terutamanya ketika negara dilanda COVID-19.
5. TINDAKAN SUSULAN
1 Minggu
6. TINDAKAN SUSULAN
Guru seharusnya memberi nasihat dan teguran secara berterusan. Ini kerana,
menjadi tanggungjawab guru-guru untuk menegur murid-murid dan mengatasi masalah
ini supaya tidak berlarutan. Ketika proses P&P, guru-guru mengingatkan dan menegur
murid tentang menjaga kebersihan. Teguran tidak terhad di dalam kelas sahaja, tetapi
boleh dilakukan di mana-mana sahaja sekiranya bertemu murid-murid yang tidak
berpakaian kemas dan kotor.
25 Ogos 2022
Sebagai seorang guru, perkara ini membimbangkan kerana ianya melibatkan imej
sekolah dan guru-guru. Sekiranya pihak luar datang ke sekolah dan mendapati murid-
murid tidak berpakaian kemas dan kotor, mereka akan menyalahkan guru-guru dan
pihak sekolah. Ini akan memberikan malu dan merosakkan imej guru dan sekolah saya
menyifatkan keadaan ini dalam fasa membimbangkan dan perlu diatasi segera. Selain
itu, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan lancar
sekiranya murid-murid berkeadaan bersih dan kemas. Guru di sarankan agar senantiasa
mengingatkan murid untuk menjaga kebersihan persekitaran dan tempat tinggal.
Kebersihan persekitaran dan sekolah adalah penting bagi mengelak gejala berkaitan
denggi. Selain itu, dengan keindahan persekitaran dan kebersihan sekolah dapat
memberikan ketenangan sewaktu PDP dijalankan.
9. KESIMPULAN
Dalam memastikan kehidupan selesa dan harmoni, kebersihan diri seharusnya diambil
berat terutama kepada murid-murid yang sedang menimba ilmu pengetahuan. Murid-
murid perlu berada dalam keadaan bersih dan kemas supaya proses P&P berjalan
dengan berkesan. Selain itu, guru-guru semestinya menunjukkan contoh teladan kepada
murid-murid kerana guru merupakan contoh ikutan terbaik untuk murid-murid.
Kebersihan melambangkan keperibadian murid-murid, guru dan imej sekolah.
RUJUKAN
Abdulrahman. (2018, November 11). Bayan Linnas siri ke- 152: Konsep Kebersihan: Praktikal
Dalam Kesempurnaan Haji. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Retrieved September 7,
2022, from https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/2745-baya
Al -Quran. (n.d.).
Penglibatan Ibu Bapa Dalam Amalan penjagaan Kebersihan Diri Mbk di ... (n.d.). Retrieved
September 7, 2022, from
https://www.researchgate.net/profile/Mohd-Yasin/publication/349916219_Peng_IB_dlm_K
ebersihan/links/60472fcd92851c077f27e5b5/Peng-IB-dlm-Kebersihan.pdf?
origin=publication_detail
Rashid, N. A., Boon, P. Y., & Ahmad, S. F. S. (2012). Murid Dan Alam Belajar. Oxford Fajar.
Tahap Amalan penjagaan kebersihan Dan Gaya hidup sihat Dalam Kalangan ... (n.d.). Retrieved
September 7, 2022, from
https://www.researchgate.net/publication/353923193_Tahap_Amalan_Penjagaan_Kebersiha
n_dan_Gaya_Hidup_Sihat_dalam_Kalangan_Pelajar_Politeknik_METrO_Johor_Bahru
Pandangan / komen guru pembimbing
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Nama : .........................................................
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Nama : ........................................................
1.ISU YANG DIFOKUSKAN
Saya mengajar di kelas 3 Ibnu Sina untuk subjek Bahasa Arab. Sepanjang
seminggu saya mengajar kelas ini, saya dapati terdapat beberapa orang murid yang
agak nakal. Mereka membuat. Selain itu, mereka kadang-kadang mengganggu rakan-
rakan lain yang sedang melaksanakan aktiviti yang saya berikan. Oleh itu, saya telah
menegur mereka sekiranya mereka melakukan perkara tersebut.
Sepanjang minggu ini, saya telah memasuki kelas 3 Ibnu Sina sebanyak 3 waktu.
Tingkah laku sebilangan kecil murid dalam kelas ini agak nakal. Tingkah laku mereka ini
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran sering terganggu. Murid-murid yang
nakal ini adalah dalam kalangan murid yang lemah daripada segi prestasi akademik
sekiranya ingin dikaitkan tingkah laku mereka dengan keupayaan akademik. Saya
perhatikan mereka merupakan murid yang lemah dalam pembelajaran dan bukan hanya
dala subjek Bahasa arab dan agama malah subjek-subjek lain juga. Murid-murid ini
kebanyakan tinggal di kawasan taman perumahan
berhampiran yang mempunyai kepadatan rumah dan penduduk yang padat. Murid-murid
ini mungkin tidak mempunyai ruang atau kawasan untuk bermain ataupun berekreasi
ketika di rumah menyebabkan mereka berasa agak terkongkong dan hanya di sekolah
sahaja mereka dapat bermain dan melakukan aktiviti. Menurut Meece (2010), bermain
merupakan sebahagian daripada perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak
(Woolfolk,A.,2004). Selain itu, berkemungkinan murid-murid ini hanya ingin
mendapatkan perhatian dari saya yang merupakan guru baru yang memasuki kelas
mereka dengan melakukan tingkah laku yang negatif. Selain
daripada itu, mungkin juga mereka tidak memahami pengajaran saya pada hari tersebut.
3.KAJIAN LAMPAU
Selain itu, guru boleh memanggil murid-murid tersebut untuk berbincang dan
berkongsi masalah yang mereka hadapi secara individu. Walaupun tidak dapat
menyelesaikan masalah tersebut, sekurang-kurangnya murid-murid akan merasa lega
dan tenang kerana dapat berkongsi dan melepaskan masalah dalam diri mereka. Saya
sebagai guru juga boleh memainkan peranan sebagai abang kepada murid-murid
supaya hubungan yang mesra dapat terjalin tetapi mengikut batas-batas yang tertentu.
Menurut Mortimore dan Whitty (1997), sekolah tidak mempunyai kuasa untuk mengubah
kelemahan sosial sepenuhnya dalam masyarakat kita, namun perancangan intervensi
yang baik di sekolah dapat membantu mereka yang menghadapi masalah sosial
daripada tercicir dalam pendidikan. Sekolah perlu menyediakan persekitaran yang
selamat bagi membantu perkembangan kanak-kanak khususnya yang menghadapi
pengalaman dan pengaruh negatif dalam kehidupan mereka. Curwin dan Mondler
menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu strategi
untuk mencegah masalah disiplin dan tingkah laku dan bukan satu respon kepada
tingkah laku murid.
5.TINDAKAN SUSULAN
1 Minggu
6.TINDAKAN SUSULAN
1 September 2022
8.KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN
Emosi adalah suatu yang wajar hadir dalam kehidupan setiap manusia kerana
tanpa emosi hidup seseorang akan menjadi kosong dan membosankan. Perasaan
gembira atau sedih, suka atau duka, marah atau sayang, berani atau takut dan pelbagai
perasaan yang wujud dalam diri manusia akan mempengaruhi tindakan, presepsi dan
aktiviti kehidupan hariannya. Hal ini bermakna kehidupan manusia sedikit banyak
dipengaruhi oleh pembentukan emosi.
9.KESIMPULAN
Menurut Kounin (1971), faktor utama dalam menguruskan tingkah laku dalm bilik
darjah adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang
berlaku dalam bilik darjahnya pada setiap masa dan cara untuk menangani masalah
sebelum menjadi masalah disiplin. Seorang murid yang melakukan tingkah laku negatif
akan mempengaruhi tingkah laku rakan sebaya di sekelilingnya. Oleh itu, guru perlu
bijak dalam menguruskan bilik darjah untuk mengurang dan mengelakkan tingkah laku
negatif.
RUJUKAN
Meece, J. L., & Eccles, J. S. (2010). Handbook of Research on schools, schooling, and human
development. Routledge.
Rashid, N. A., Boon, P. Y., & Ahmad, S. F. S. (2012). Murid Dan Alam Belajar. Oxford Fajar.
Woolfolk, A. E., Woolfolk, R. L., & Wilson, G. T. (1977). Teaching strategy evaluation
questionnaire. PsycTESTS Dataset. https://doi.org/10.1037/t24768-000
Pandangan / komen guru pembimbing
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Nama : .........................................................
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Nama : ........................................................
1.0 MASALAH / ISU / PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN
Pada minggu ini, secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan baik seperti yang dirancang. Walau bagaimanapun, saya dapati
terdapat murid yang pasif di dalam kelas. Masalah ini dapat dilihat ketika melaksanakan
PdP di mana hanya murid yang sama sahaja yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti
yang dilakukan. Manakala murid yang pasif lebih suka memerhati dan senyap di dalam
kelas.
Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah
berbanding dengan pelajar lain. Selain itu, sifat yang pemalu untuk tampil ke hadapan
menjadi punca masalah ini. Ia juga mungkin disebabkan rasa rendah diri dan tidak
memiliki keyakinan diri yang mantap untuk melakukan aktiviti yang dijalankan. Sifat
kurang keberanian dalam diri mereka menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak
melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Mok Soon Sang menyatakan : ”Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan
komunikasi dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak
akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran”. Corak kepimpinan guru dalam bilik
darjah juga mungkin mempengaruhi corak interaksi guru dengan murid. Guru mungkin
mengamalkan kepimpinan autokratik di mana murid-murid hanya mengikut arahan dan
kehendak guru serta tidak diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi
cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara murid tidak digalakkan dan bersifat pasif.
a) Saya sebagai guru perlu sentiasa memberi sokongan dan motivasikan murid agar
dapat menanam keyakinan dalam diri mereka dan berani
b) Saya juga harus memberikan hadiah kepada murid yang berjaya sebagai peneguhan.
Ini akan memberi semangat kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti yang dijalankan dalam kelas. “Menurut Skinner, peneguhan positif ialah
memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan
perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini
diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah
ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu
c) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih
Satu Minggu
Saya percaya kaedah yang pelbagai dapat membantu saya dalam menyampaikan P&P
dengan berkesan. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Reed dan Kirkpatrick (1998),
mereka menyatakan: ”Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran
bagi menarik minat murid untuk belajar”. Selain itu, saya juga akan cuba menggunakan
kaedah peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam usaha mengawal murid-murid
semasa aktiviti PdP berlangsung. Saya amat percaya guru yang kreatif dan bersedia
dengan pelbagai teknik pengajaran dapat mempengaruhi suasana PdP yang bakal
berlaku di dalam kelas. Murid akan lebih bersemangat sekiranya guru tampil dengan
pelbagai kaedah dan perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah
menjadi tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus
menjadikan proses PdP berkesan.
18 September 2022
Dalam hal seperti ini, guru sepatutnya memenuhi ilmu di dada dengan pelbagai ilmu
perguruan dan pendidikan supaya dapat diaplikasikan secara berkesan di dalam kelas
demi melahirkan output yang positif.
RUJUKAN
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Nama : .........................................................
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Nama : ........................................................
1.0 MASALAH / ISU / PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN
Saya telah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan jadual waktu yang telah
ditetapkan serta berasa agak selesa untuk menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Namun begitu, wujud pula masalah lain sepanjang menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran dimana saya perhatikan terdapat segelintir murid- murid
yang kelihatan seolah- olah bosan dengan pengajaran yang saya jalankan dan
sebahagian lagi seolah-olah berada dalam dunia mereka sendiri. Walaupun saya telah
cuba mengoptimumkan aktiviti yang saya rancangkan, masih terdapat murid yang
menunjukkan ekspresi muka dan perbuatan seperti aktiviti tersebut telalu mudah dan
membosankan terutamanya pada waktu pengajaran sains kerana murid – murid ini
kebanyakkan berada didalam kelas pertengahan serta lemah. Ini sedikit menyukarkan
saya didalam merancang rancangan pengajaran harian dimana saya terpaksa mereka
satu bentuk pengajaran yang bersifat satu bentuk pengajaran yang bersifat holistik
dimana tidak begitu mementingkan pelajar yang pertengahan serta melupakan terus
pelajar yang lemah.
Pada pandangan saya, punca utama murid bersikap sedemikian adalah mungkin
disebabkan oleh gaya pembelajaran murid yang pelbagai. Sebagaimana yang telah
diketahui, setiap murid mempunyai kekuatan tersendiri dan kebanyakkan daripada
mereka mempunyai keinginan untuk belajar. Saya berkata sedemikian kerana sikap
yang ditunjukkan murid ini selalunya berlaku semasa mengadakan aktiviti pengajaran
secara formal yang tidak melibatkan aktiviti yang berasaskan permainan dan
sebagainya. Kesannya, mereka akan duduk diam tapi masih memberikan respon
terhadap semua soalan dan arahan yang di ajukan oleh guru namun mereka
menjawabnya dengan jawapan yang kurang tepat atau logik akal sahaja. Tambahan lagi,
mereka juga kurang motivasi untuk kekal bersemangat didalam kelas. Hal ini juga
menjadi pendorong kepada tumpuan murid didalam kelas.
Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (1983) mendasari dua prinsip asas iaitu
manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat
mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil
daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang
mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-
kanak istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata
dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan,
makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang
diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan
psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada
mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi
kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini.
Saya mengakui masalah ini berlaku di atas kelemahan saya sendiri, saya terlalu
lembut dengan murid. Saya perlu mengubah situasi ini bersikap lebih tegas agar murid
mematuhi segala arahan yang diberikan. Selain itu, saya juga perlu belajar untuk
mengenali personaliti murid- murid di dalam kelas saya. Ini kerana, setiap personaliti
yang berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza daripada guru. Contohnya; bagi
mengajar murid-murid pemalu dan pendiam, guru perlu sentiasa memberi motivasi dan
galakan motivasi dan galakan supaya murid sentias supaya murid sentiasa melibatkan
diri dalam ak a melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. tiviti pembelajaran. Mereka
perlu sentiasa diberi peneguhan positif dan pujian agar timbul rasa keyakinan dalam diri.
Contohnya apabila murid berjaya mengeja satu perkataan yang disoal dengan betul
ucapkan; Tahniah Hakim, kamu berjaya mengeja dengan tepat! Namun, sekiranya
mereka tidak dapat menjawab dengan betul katakan; Cuba lagi, kamu pasti boleh
mengeja! Guru jangan sekali-kali merendahkan kemampuan murid dan mematahkan
semangat dan minat murid untuk belajar lagi. Selain itu, guru juga perlu memastikan
murid-murid introvert ini sentiasa terlibat dalam aktiviti kumpulan. Murid-murid yang
mempunyai kelakuan dan aktif pula perlu digalakkan untuk mengemukakan
mengemukakan soalan supaya mereka da mereka dapat berfikir. Guru boleh melantik
membimbing murid sekelas atau sekumpulan yang mempunyai ciri introvert dalam
aktiviti kumpulan. Sekiranya mereka telah mengatasi telah mengatasi kemahiran murid
yang lain, guru boleh menyediakan aktiviti pengaya aktiviti pengayaan agar tidak
mengganggu murid murid lain.
Satu Minggu
Seorang guru yang sensitif dan peka akan mengenal pasti personaliti seseorang murid
melalui pemerhatian melalui pemerhatian dan interaksi dan interaksi dengan murid-
muridnya. murid-muridnya. Guru akan mengetahui mengenai mengenai personaliti
murid-muridnya dengan memerhati gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku serta
interaksi dan komunik serta interaksi dan komunikasi murid di antara satu asi murid di
antara satu sama lain dalam bilik sama lain dalam bilik darjah. darjah. Oleh itu, satu
peranan guru yang sangat penting ialah menolong membentuk personaliti baik dalam diri
setiap orang murid
25 September 2022
Setelah mengambil tindakan yang sewajarnya, saya mendapati bahawa para pelajar
lebih berminat dengan sistem ganjaran yang saya gunakan. Hal ini boleh dilihat dari segi
semangat mereka untuk sentiasa menjawab soalan dan fokus didalam kelas. Walaupun
ianya berdasarkan motivasi luaran sahaja, saya kerap kali menekankan aspek dalaman
seperti bersemangat belajar bukan sahaja untuk mendapatkan mata ganjaran, malah
untuk membantu diri sendiri keluar dari kepompong kehidupan yang gelap. Perkara ini
sedikit banyak membantu mereka untuk melihat ke alam dunia yang realiti.
9.0 KESIMPULAN
Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid dengan penuh dedikasi akan
menjadi role model untuk membentuk untuk membentuk personaliti mereka personaliti
mereka yang positif.. Persepsi rakan rakan sebaya dan individu yang diterima dalam
individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan pembentukan ciri dan
personaliti berkeyakinan. Iklim sekolah yang kondusif serta penglibatan secara aktif
dalam aktiviti kokurikulum pula mempengaruhi perkembangan personaliti yang positif.
Oleh itu, sebagai seorang guru saya telah menggunakan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid tersebut. Sebagai contoh, saya
selalu mengadakan aktiviti berkumpulan. Ini kerana, dalam setiap kumpulan terdapat
pelbagai tahap murid. Oleh itu, murid yang lemah dapat dibantu oleh murid yang pandai.
Ini dapat memastikan kerjasama terjalin antara rakan dan saya sekaligus dapat
memupuk nilai murni dalam diri murid.
RUJUKAN
Gardner, H. 1983. Frames of mind: A theory of multiple intelligencs. New York: Basic
Books.
Pandangan / komen guru pembimbing
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Nama : .........................................................
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
1.0 MASALAH / ISU / PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN
Sepanjang saya mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) saya
berpendapat bahawa kebanyakan murid kurang memberi perhatian terhadap pelajaran.
Ada di kalangan murid yang tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising dan
berbual dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini kebarangkalian
berpunca dari kelemahan guru sendiri dalam mewujudkan komunikasi berkesan dalam
hubungan interpersonal. Sebagai guru, saya tidak menafikan bahawa guru seharusnya
memilih corak kepimpinan yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai
dalam mewujudkan interaksi berkesan dengan murid-murid seterusnya mempengaruhi
pembentukan minat murid terhadap pelajaran.
”Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Murid-
murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap
pelajaran”.
Corak kepimpinan guru dalam bilik darjah juga mungkin mempengaruhi corak
interaksi guru dengan murid. Guru mungkin mengamalkan kepimpinan autokratik di
mana murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang
menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara
murid tidak digalakkan dan bersifat pasif.
Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak kepimpinan guru ketika
berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan komunikasi yang
berlangsung (samada berkesan atau tidak berkesan). Guru yang mengamalkan
kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan ke atas interaksi di antara guru
dengan murid-muridnya.
1. Interaksi antara guru dan murid adalah dua hala. Murid cergas bertindak balas
terhadap aktiviti pengajaran guru.
2. Interaksi di antara murid dengan murid dapat digalakkan. Murid-murid melibatkan diri
secara aktif dan bekerjasama dalam segala aktiviti kumpulan dalam bilik darjah.
Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar,
guru juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak permainan.
Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti
pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.
Satu Minggu
Saya percaya kaedah yang pelbagai dapat membantu saya dalam menyampaikan
P&P dengan berkesan. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Reed dan Kirkpatrick
(1998), mereka menyatakan:
”Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat
murid untuk belajar”.
Selain itu, saya juga akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif dan
peneguhan negatif dalam usaha mengawal murid-murid semasa aktiviti P&P
berlangsung.
28 September 2022
8.0 KESIMPULAN
Saya amat percaya guru yang kreatif dan bersedia dengan pelbagai teknik
pengajaran dapat mempengaruhi suasana P&P yang bakal berlaku di dalam kelas.
Murid akan lebih bersemangat sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan
perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi
tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan
proses P&P berkesan.
RUJUKAN
Choong, L. K. (2008). Murid Dan Alam Belajar: Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah
Pengajian empat tahun. Kumpulan Budiman.
Ee, A. M. (1995). Murid Dan Proses pembelajaran: Asas Pendidikan 2. Fajar Bakti.
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Nama : .........................................................
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
1.0 MASALAH / ISU / PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN
Pada minggu ini, saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka
bagi kelas Bahasa Arab di kelas 3 Ibnu Sina. Proses PdP pada kali ini diteruskan lagi dengan bacaan ayat
yang lengkap dalam buku teks. Pada minggu sebelumnya, pembelajaran melibatkan bacaan perkataan-
perkataan pendek sahaja. Rentetan daripada pembelajaran lepas, saya mendapati masih ramai murid yang
tidak menguasai bacaan Bahasa Arab dengan baik dan fasih. Hal ini dapat dilihat apabila murid masih
lemah dalam membaca ayat yang pendek dengan lancar. Secara tidak langsung, murid juga sukar untuk
melengkapkan bacaan ayat yang dibaca oleh guru dengan baik
Antara punca berlakunya perkara ini kerana mereka tidak biasa bertutur dalam Bahasa Arab dan
hanya mengamalkan sebutan perkataan Bahasa Arab pada waktu PdP Bahasa Arab sahaja. Hal ini telah
menyebabkan mereka tidak dapat menyebut sebutan perkataan arab dengan baik dan lancar. Dalam pada
itu, ada juga segelintir murid yang menganggap bahawa matapelajaran Bahasa Arab ini tidak sepenting
matapelajaran teras yang lain seperti Sains, Matematik dan lain-lain. Ini menyebabkan mereka tidak
mengambil berat dan tidak berusaha untuk meningkatkan penguasaan sebutan dan bacaan dalam Bahasa
Arab pada tahap yang lebih baik. Oleh yang demikian, punca-punca ini membawa kesan kepada murid di
mana murid tidak dapat mencapai tahap cemerlang mahupun baik dalam pembacaan ayat dalam Bahasa
Arab.
3.0 KAJIAN LAMPAU
Norul Haida Redzuan (2014) menyatakan bahawa masalah yang timbul dalam bacaan ayat yang
lengkap ini menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam matapelajaran bahasa adalah akibat
ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti
keliru mengecam huruf – huruf semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat,
tidak dapat menyebutperkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna
atau gagal membunyikannya.
4.0 CADANGAN PENYELESAIAN
Berdasarkan kepada analisis terhadap isu dan masalah ini, beberapa alternatif boleh dilakukan untuk
mengatasi isu ini. Antaranya ialah:
i. Guru memberi bimbingan secara berpandu dalam menyelesaikan pembacaan.
Memperkenalkan lagu permulaan kelas Bahasa Arab supaya dapat menarik minat murid sebelum
memulakan PdP Bahasa Arab serta dapat membiasakan mereka dengan perkataan-perkataan Bahasa Arab
5.0 TEMPOH PENYELESAIAN
Satu Minggu
Sebagai tindakan susulan, saya akan memberi bimbingan secara berpandu kepada murid-murid
untuk membaca teks ayat Bahasa Arab tersebut. Saya akan menyediakan satu kaedah kepada murid
supaya mereka mudah untuk membaca teks ayat tersebut. Selain itu, saya juga akan memperkenalkan lagu
permulaan kelas Bahasa Arab. Dengan adanya tindakan ini, saya yakin dan percaya murid akan lebih
mudah dan terbiasa dalam menyebut perkataan-perkataan atau kalimah-kalimah dalam Bahasa Arab
dengan lebih lancar dan fasih. Secara tidak langsung, perkara ini akan memudahkan murid untuk
membaca teks ayat lengkap dan meminimumkan kesalahan dalam bacaan teks.
10 Oktober 2022
Apabila menggunakan langkah yang dicadangkan ini, murid-murid lebih bertindak proaktif.
Bimbingan yang diberikan ini juga memberi kemudahan kepada murid untuk membaca teks
dengan lancar. Oleh itu, bimbingan ini penting bagi membantu murid memahami cara bacaan
sesuatu perkara dengan lebih baik.
9.0 KESIMPULAN
Secara tuntasnya, guru merupakan seorang pembimbing kepada murid. Tanpa adanya bimbingan
daripada guru, maka murid tidak akan memperoleh ilmu yang perlu diperoleh. Oleh yang demikian,
bimbingan daripada guru ini akan membantu murid dalam memahami konsep terhadap proses
pembelajaran mereka. Oleh itu, guru hendaklah kreatif dan inovatif dalam menyelesaiakan masalah yang
berlaku supaya pengajaran dan pembelajaran berkesan.
RUJUKAN
Norul Haida Redzuan. (2014). Modul bijak mengarang mempertingkat kemahiran menulis dan
membaca. Jurnal Peradaban Melayu, 9, 54-62.
Pandangan / komen guru pembimbing
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Nama : .........................................................
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
……………………… ………………………………………………………………………………
Pandangan / komen guru pembimbing
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………
Nama : .........................................................
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………
1.0 MASALAH / ISU / PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN
Satu Minggu
25 September 2022
9.0 KESIMPULAN
RUJUKAN
Pandangan / komen guru pembimbing
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………
Nama : .........................................................
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………
1.0 MASALAH / ISU / PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN
Satu Minggu
25 September 2022
9.0 KESIMPULAN
RUJUKAN
Pandangan / komen guru pembimbing
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………
Nama : .........................................................
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………
1.0 MASALAH / ISU / PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN
Satu Minggu
25 September 2022
9.0 KESIMPULAN
RUJUKAN
Pandangan / komen guru pembimbing
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………
Nama : .........................................................
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………