Buku Metamorfosis Karya Terpilih
Buku Metamorfosis Karya Terpilih
Buku Metamorfosis Karya Terpilih
KEPIMPINAN
… sentiasa berevolusi secara dinamik demi kecemerlangan
kepimpinan dan pengurusan pendidikan…
I
Diterbitkan oleh:
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 BANDAR ENSTEK
Tel: 06-7979200
http://iab.moe.edu.my
e-mel: [email protected]
ISBN 978-967-0504-76-6
Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang
bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik,
gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah,
Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu.
Pengurus Penerbitan
Nor Ishsan binti Ab. Razak
Alias bin Mohamed Naim
Pencetak
MERAH Print Sdn. Bhd.
No. 20 & 20A, Jalan 4/12A,
Seksyen 4 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 019-6507840
II
JAWATANKUASA PENERBITAN
PENAUNG
Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
PENASIHAT
Mistirine binti Radin
Timbalan Pengarah Khidmat Latihan
menjalankan tugas pengarah
PANEL PENILAI
Zainab binti Ali Yong Chee Ken
Yusof bin Ismail Cheong Shaw Mei
Marina binti Abas Masniah binti Masri
Zainap binti Ibrahim Abidin bin Mohamad
Sahrul bin Sulaiman Dr. Ramli bin Yaacob
Fadzilah binti Abdullah Hasanah binti Sapawi
Fakhri bin Abdul Khalil Syamsul bin Abdul Hamid
Noraisah binti Md.Yusof Dr. Abdul Ghani bin Hj. Sani
Nor Ishsan binti Ab.Razak Mohd.Nasharudin bin Mat Daud
Dr. Ahmad Rafaai bin Ayudin Che Zakiah binti Mohamad Salim
Ahmad Shamil bin Othman@Seman
URUS SETIA
Dr.Azhar bin Harun
Che Zakiah binti Mohamad Salim
III
PRAKATA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Dengan nama Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dirafakkan pujian dan
syukur ke hadrat-Nya, yang telah melimpahkan rahmat, hidayah, dan inayah-Nya sehingga
berjaya melaksanakan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan
National Professional Qualification For Education Leaders (NPQEL) Ambilan 1 Tahun 2018
yang julung kalinya mengaplikasikan kurikulum NPQEL Versi 2018.
Pelaksanaan NPQEL Versi 2018 yang menggunakan pendekatan 70:20:10 memerlukan
peserta NPQEL membina kompetensi mereka dengan usaha kendiri secara berterusan.
Pendekatan baharu ini penting untuk menghasilkan bakal pemimpin pendidikan berprestasi
tinggi. Kurikulum NPQEL Versi 2018 telah diadun secara terperinci mengikut keperluan masa
hadapan serta disokong dengan bimbingan dan coaching oleh penyelia, pensyarah serta
mentor semasa latihan bagi memastikan kompetensi yang dibina dapat menyediakan peserta
yang bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Pada penghujung Program NPQEL Versi 2018, para peserta program diberi peluang ataupun
wadah untuk mencurahkan serta menterjemahkan pengalaman melalui refleksi kendiri dalam
bentuk penulisan karya. Penulisan yang dihasilkan telah disemak dan memenuhi spesifikasi
yang telah ditetapkan. Sebanyak 768 karya telah dinilai oleh penyelia dalam tapisan kali
pertama. Daripada jumlah tersebut sebanyak 75 karya telah berjaya dipilih untuk tapisan
kedua. Para panel telah menyenaraipendekkan 15 karya yang terbaik dalam tapisan ketiga.
Karya terpilih dimurnikan oleh penulis bagi memenuhi spesifikasi penerbitan supaya boleh
dimanfaatkan oleh semua pembaca. 10 karya yang mantap dan berkualiti telah dipilih dalam
tapisan terakhir untuk diterbitkan.
Semoga penerbitan ini menjadi pembuka minda dan pencetus idea kepada para pembaca
untuk meningkatkan kompetensi kepimpinan dan pengurusan pendidikan khasnya, dan
seterusnya memberi manfaat kepada dunia pendidikan amnya. Setinggi-tinggi tahniah
diucapkan kepada 10 peserta yang telah berjaya menghasilkan karya dalam penerbitan ini.
Penghargaan juga diucapkan kepada para penyelia yang telah membimbing para peserta ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua panel yang komited dalam
membantu proses penyuntingan dan pemurnian penulisan. Akhir kata terima kasih ditujukan
kepada semua pihak yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung dalam
penghasilan Metamorfosis Kepimpinan ini.
Sidang Pengarang
IV
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Salam Sejahtera.
V
KANDUNGAN
2.1 Pengenalan
2.2 Objektif
3.0 KARYA
3.1 Anjakan Profesionalisme: Transformasi Minda
4.0 PENGHARGAAN
VI
(Metamorfosis Kepimpinan)
LATAR BELAKANG
1
(Metamorfosis Kepimpinan)
2
(Metamorfosis Kepimpinan)
PENGENALAN
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National
Professional Qualification for Educational Leader (NPQEL) merupakan program
kepimpinan barisan hadapan bagi mengisi kepemimpinan di sekolah. Matlamat
utama program NPQEL Versi 2018 ini adalah untuk menyahut cabaran Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) bagi meningkatkan kompetensi peserta yang bakal
dilantik sebagai pengetua atau guru gesar bagi memimpin sekolah. Pada tahun 2018,
Program NPQEL Versi 2018 dilaksanakan dalam dua (2) mod iaitu; Mod e-NPQEL
dan Mod Bersemuka. Peserta perlu melaksanakan Mod e-NPQEL dalam tempoh
tiga (3) minggu. Mod bersemuka pula selama 12 minggu.
Transformasi pelaksanaan Program NPQEL Versi 2018 dengan menjurus
kepada pentaksiran kompetensi dan pembinaan kepimpinan berprestasi tinggi sejajar
dengan keperluan masa kini dan masa hadapan kepemimpinan sekolah. Menurut
Hill et al. (1999), pembangunan kepimpinan merupakan isu utama dalam membawa
reformasi pendidikan dan penambahbaikan sekolah. Bagi memenuhi keperluan ini,
pemimpin sekolah perlu menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran secara
profesional. Spillane et al. (2009) pula menegaskan bahawa melalui pembelajaran,
guru dan pemimpin sekolah memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang
membolehkan mereka mengamalkannya dengan cara yang lebih baik.
Alhamdulillah, saya telah terpilih sebagai peserta program NPQEL, Ambilan
1/2018 di Institut Aminuddin Baki (IAB). Saya amat teruja kerana melalui fasa
perubahan dalam hidup saya. Perubahan dimaksudkan, di mana saya akan dilatih
secara profesional oleh pembimbing di IAB Bandar Enstek selama tiga (3) bulan
secara intensif. Penulisan ini merupakan satu catatan pengalaman sebagai seorang
peserta Program NPQEL Versi 2018. Melalui penulisan ini, saya akan mengupas
pengalaman dari perspektif percambahan ilmu, perubahan pemikiran, peningkatan
kompetensi dan refleksi yang dapat dicerna untuk diaplikasi dalam kepimpinan
sekiranya saya ditugaskan untuk menerajui sekolah.
Sebagai salah seorang daripada 206 orang peserta Program NPQEL Versi
2018 adalah sesuatu perkara yang membanggakan diri saya. Program ini sangat
bermanfaat bagi menyediakan diri saya dengan pelbagai kemahiran kepimpinan
sejajar dengan Anjakan ke-5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
dalam memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
(PPPM, 2013). Semoga penulisan ini akan dapat memberi gambaran dan manfaat
3
(Metamorfosis Kepimpinan)
kepada semua peserta ambilan seterusnya juga kepada pembaca yang membuat
tinjauan mengenai program ini pada masa akan datang.
PENGALAMAN LEPAS
Pengalaman kepimpinan saya bermula apabila saya ditempatkan di Jabatan
Pendidikan Negeri Sembilan, menerajui tugasan di tiga (3) sektor yang berbeza iaitu;
Sektor Pendidikan Islam, Sektor Jaminan Kualiti dan Sektor Pengurusan Sekolah
dalam tempoh sembilan (9) tahun yang lalu. Saya mendapat pendedahan ilmu dan
kemahiran berkaitan pengurusan akademik, kualiti dan perjawatan. Bidang tugas
saya sekarang lebih menjurus kepada pengurusan perjawatan Guru Tingkatan Enam
dan pengurusan kualiti. Bidang tugas ini selaras dengan keperluan Standard MS ISO
9001: 2015.
Sebelum terlibat sebagai peserta Program NPQEL Versi 2018, pengetahuan
dan kemahiran saya dalam ilmu kepimpinan pendidikan amat sedikit. Saya kurang
mahir dalam penyediaan perancangan strategik, matrik TOWS, penggunaan alat
yang sesuai untuk mengenal pasti punca masalah dan memilih alternatif bagi
menyelesaikannya. Saya juga kurang arif berkaitan model-model kepimpinan seperti
Model Perubahan John Kotter dan Model Kepimpinan Instruksional Hallingger dan
Murphy. Sehubungan dengan itu, perancangan yang dijalankan kurang memberi
impak kepada keperluan pelanggan. Hal ini menyebabkan berlaku kerugian dari
aspek keberhasilan sumber pelaburan (return on investment).
Melalui Program NPQEL Versi 2018 ini, saya berharap mendapat pengetahuan
yang mendalam tentang cara untuk merancang dan menyediakan perancangan
strategik berdasarkan keperluan dan analisis persekitaran, mengendalikan
pementoran, memupuk komunikasi berkesan, mengadakan jalinan dan jaringan
dengan pihak luar dan menguruskan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di sekolah
berdasarkan model-model tertentu yang lebih efektif. Saya menjangkakan sekiranya
semua ilmu kepimpinan ini dikuasai, saya akan dapat menggariskan satu matlamat
yang jelas dan berimpak tinggi serta boleh diukur. Saya juga akan berupaya merancang
tindakan pembetulan dan penambahbaikan berterusan dalam tugasan dan hasilnya
(outcome) sejajar dengan visi dan misi KPM.
Kemahiran komunikasi berkesan juga merupakan elemen utama dalam
pengurusan kepimpinan. Komunikasi adalah proses menyampaikan maklumat
selaras dengan Anjakan ke-8 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) iaitu mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian KPM.
Sesebuah organisasi akan gagal sekiranya wujud konflik komunikasi. Pengurusan
konflik komunikasi yang kurang berkesan menyebabkan penolakan oleh ahli pasukan
dalam pelaksanaan sistem pengurusan kualiti organisasi. Sehubungan dengan
itu, ilmu yang diperolehi dalam Program NPQEL Versi 2018 ini terutama kaedah
mewujudkan komunikasi berkesan sangat penting untuk dihayati. Saya pasti akan
berusaha menerapkan konsep 3K iaitu keyakinan, konsisten dan kredibiliti dalam
komunikasi di organisasi.
Kejujuran dan keterbukaan dalam menerima pandangan warga organisasi
akan diutamakan. Setiap perkara akan dinilai dari sudut positif dan warga organisasi
yang berjaya menunjukkan kualiti dan mutu kerja akan diberi penghargaan. Kajian
4
(Metamorfosis Kepimpinan)
Hallinger dan Murphy (1987) telah menyenaraikan lima (5) domain kepimpinan
pengajaran dalam dimensi memupuk iklim pengajaran dan pembelajaran. Domain
tersebut termasuklah mengawasi masa instruksional, memberi insentif kepada murid
dan guru, menggalakkan perkembangan profesional dan memastikan keberadaan di
sekolah. Kajian lepas menunjukkan bahawa organisasi yang berjaya mengamalkan
budaya menghargai pekerja dengan merangsang, mengaplikasi dan mengguna
idea-idea, kreativiti dan keupayaan (Skyrme, 2003). Hal ini mampu melestarikan
kecemerlangan yang sedia ada dengan perubahan semasa dan berdaya saing
(Stavrou-Costea, 2005). Sehubungan dengan itu, saya sebagai pemimpin organisasi
akan memastikan setiap individu dalam organisasi menyempurnakan tugasan dengan
cemerlang diberikan penghargaan yang sewajarnya.
5
(Metamorfosis Kepimpinan)
dan sebagainya. Greene (2002) menyatakan bahawa aplikasi ICT mampu untuk
meningkatkan kecekapan sesebuah organisasi, begitu juga dengan penggunaan ICT
yang merentasi kurikulum secara berterusan akan meningkatkan motivasi pelajar
(Cox, 1997).
Pembinaan platform multimedia untuk guru bertujuan meningkatkan kompetensi
guru, dan memberi input berkaitan dasar-dasar KPM, manakala untuk murid pula
adalah berkaitan dengan tugasan mata pelajaran mereka. Penggunaan platform
ini lebih memudahkan proses pelaksanaan pemantauan dan penambahbaikan.
Rohana Abdul Rahman (1995) mengatakan bahawa pemimpin sekolah yang proaktif
terhadap penggunaan ICT akan memberi impak yang besar terhadap kesediaan
guru dan murid menggunakan ICT dalam pengajaran, pembelajaran dan juga aspek
pengurusan sekolah. Kesimpulannya, penyediaan e-NPQEL ini menepati keperluan
saya dalam menyediakan diri sebagai peserta dari awal hingga berakhirnya Program
NPQEL Versi 2018.
6
(Metamorfosis Kepimpinan)
7
(Metamorfosis Kepimpinan)
4. Pembentangan Eksekutif
Pembentangan Eksekutif (PE) merupakan aktiviti yang paling mencabar dalam Mod
Bersemuka NPQEL Versi 2018 ini kerana pentaksiran dilakukan secara individu. Proses
ini membolehkan saya menjiwai setiap tugasan yang diberikan dalam mempamerkan
10 kompetensi yang ditaksir oleh panel pentaksir yang berpengalaman. Saya dan
rakan-rakan peserta digalakkan untuk berbincang dan melaksanakan agihan tugas
dalam kumpulan yang telah ditetapkan oleh pihak Urus Setia IAB. Setiap kumpulan
tugasan melibatkan individu yang berbeza. Ini bertujuan untuk memberi pengalaman
kepada peserta berdiskusi dengan kepelbagaian individu dalam kalangan peserta
program ini. Keadaan ini dapat menyediakan saya untuk berhadapan dengan sikap
dan ragam individu yang rencam dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu,
pengalaman berkomunikasi dan membina hubungan amat perlu kepada seseorang
pemimpin.
Apa yang menariknya dalam slot ini, sesi rumusan berkaitan pembentangan
yang disampaikan oleh Pegawai Rujuk selepas berakhirnya setiap sesi pembentangan
memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap isu yang dibincangkan. Saya
diberi masa hanya semalaman untuk menghasilkan bahan pembentangan tugasan
yang diberikan secara individu. Saya perlu mempamerkan kompetensi yang dinilai
semasa pembentangan selama tujuh (7) minit.
Melalui pendekatan ini, saya belajar melalui kesilapan dan akan cuba
menambah baik kompetensi saya dalam pembentangan seterusnya. Dalam
sesi pembentangan eksekutif ini saya dapat mengutip pengetahuan daripada
pembentangan rakan-rakan yang lain. Saya berharap dapat memanfaatkan ilmu-ilmu
baharu bagi menyediakan diri saya sebagai pemimpin yang berprestasi tinggi.
Sesungguhnya sesi pentaksiran ini bukan sekadar menguji keilmuan semata-
mata bahkan mengukur peningkatan kompetensi saya. Penyediaan stimulus yang
pelbagai merangkumi domain kompetensi memang mencabar keupayaan saya. Saya
perlu bijak mengadun ilmu baharu dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada
serta menterjemahkan setiap kompetensi yang tersirat dalam tugasan. Kesimpulannya,
sesi pembentangan eksekutif ini banyak membimbing saya dari segi keilmuan dan
mencabar minda untuk berfikir di luar kotak. Saya juga perlu memanfaatkan masa
untuk menghasilkan idea yang bernas agar menepati kompetensi. Hal ini mampu
melahirkan pemimpin berprestasi tinggi sebagaimana objektif yang digarapkan oleh
IAB dan KPM.
Melalui pelaksanaan aktiviti PE ini telah mencetuskan idea saya untuk
meningkatkan kompetensi guru di sekolah melalui aktiviti membangun kapasiti
secara terancang. Saya akan membimbing guru untuk meningkatkan kemahiran
penyediaan persembahan berkesan yang akan dapat membantu mereka merancang
proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih berkesan. Saya akan
memperkasa amalan pemantauan, penyeliaan, kawalan dan penambahbaikan
secara terancang agar program dan aktiviti mencapai impak yang disasarkan. Kajian
Faridah Abu Hasan et. al. (2005) menunjukkan bahawa penyeliaan pengetua atau
pemimpin organisasi mampu meningkatkan prestasi pelajar. Menurut Downey
(2003), pemimpin atau pengetua yang melaksanakan rondaan dan singgah ke kelas
semasa guru mengajar mampu membantu guru memperbaiki kaedah pengajaran.
8
(Metamorfosis Kepimpinan)
Sehubungan dengan itu, saya akan memastikan Kitaran Proses Edward Demming
(1986), Plan Do Check Act (PDCA) akan dilaksanakan secara menyeluruh selaras
dengan Standard MS ISO 9001: 2015.
Aktiviti Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) yang akan dirancang juga perlu
berdasarkan analisis dan menepati keperluan sebenar warga sekolah. Saya yakin
sekiranya guru disuburkan dengan pembudayaan ilmu dan maklumat yang berterusan,
minda mereka akan sentiasa positif untuk meneroka ilmu. Semua ini selaras dengan
Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) 2011-2020 yang
dikukuhkan lagi dengan anjakan ke-3 dalam PPPM 2013-2025.
5. Jalinan Pintar Korporat
Jalinan Pintar Korporat (JPK) merupakan satu daripada inisiatif pihak IAB bagi
mewujudkan peluang melatih dan membimbing para peserta yang bakal pemimpin
pendidikan dalam melaksanakan jaringan dan jalinan. Kompetensi yang perlu
dipertingkatkan dalam program JPK ini adalah kemahiran menyelesaikan masalah,
membuat keputusan dan berkomunikasi berkesan. Peserta yang terlibat dapat
mempelajari ilmu, kemahiran dan prosedur-prosedur yang terlibat dalam JPK dan
dapat mengaplikasikan konsep ini di sekolah masing-masing kelak. JPK telah
dijalankan pada 28 April 2018 di Sekolah SMK Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor
bermula pukul 8:00 pagi sehingga 1:30 tengah hari. Sasaran peserta ialah semua
murid tingkatan satu hingga lima yang tinggal di asrama.
Pemilihan sekolah berkenaan telah dilakukan berdasarkan keperluan untuk
membantu menyelesaikan isu yang timbul di sekolah tersebut. Perbincangan telah
diatur bersama dengan pengetua dan jawatankuasa khas pelaksanaan program ini.
Seterusnya kami berusaha mencari penaja dan mengenal pasti tokoh korporat yang
boleh menyumbang kepada program ini. Proses ini dilaksanakan dalam tempoh dua
(2) minggu sebelum tarikh pelaksanaan program. Setiap ahli kumpulan berusaha
mencari dana yang diperlukan dan akhirnya sejumlah RM10,000.00 telah berjaya
dikumpulkan.
Kumpulan kami telah menyusun empat (4) aktiviti utama dengan penajaan
penuh daripada pihak penaja. Aktiviti yang dirancang adalah ceramah motivasi,
keceriaan surau, bilik asrama dan Makmal VLE Frog. Alhamdulillah, pelaksanaan
program telah berlangsung dengan jayanya.
Pihak sekolah amat berpuas hati dengan impak daripada pelaksanaan
program. Setiap penyumbang diberikan sijil penghargaan kerana penglibatan mereka
dan apa yang pihak kami harapkan hubungan yang terjalin antara pihak sekolah dan
pihak korporat akan berterusan untuk masa akan datang.
Pelaksanaan program ini mengajar saya tentang kepentingan untuk
mengukuhkan komunikasi dan menjalinkan hubungan yang baik dengan Persatuan
Ibu bapa dan Guru (PIBG), Penglibatan ibu bapa dan Komuniti (PIBK), pihak sekolah,
murid, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi swasta serta kerajaan. Jalinan dan
jaringan yang diadakan dapat menguntungkan kedua-dua belah pihak sama ada,
keuntungan dari segi kewangan atau perkongsian kemahiran bagi pihak sekolah.
Saya akan memimpin organisasi agar mereka jelas dan berusaha mewujudkan
jalinan dan jaringan secara konsisten. Konsep memasyarakatkan sekolah akan
9
(Metamorfosis Kepimpinan)
PENUTUP
Perjalanan NPQEL Versi 2018 telah hampir ke penghujungnya. Terlalu banyak
pengalaman dalam meningkatkan kompetensi telah saya lalui. Saya perlu berfikiran
strategik yang mana berkeupayaan untuk berfikir jauh ke hadapan, berfikir secara
kreatif, inovatif dan futuristik bagi menentukan hala tuju organisasi yang akan dipimpin
nanti. Menurut Hanna (2000), organisasi yang tidak bersedia untuk untuk menghadapi
perubahan, bertindak dengan pantas dan efektif maka organisasi tersebut akan
terjejas dan ketinggalan.
Dalam menerajui perubahan sesebuah organisasi, saya akan membuat
keputusan berdasarkan data dan maklumat terkini. Saya juga perlu memimpin
perubahan dan berkeupayaan untuk mengadaptasi tindakan dengan sokongan
semua pihak. Saya juga perlu menyelesaikan masalah dengan menggunakan logik,
penghakiman dan menilai alternatif dalam mencari kaedah terbaik untuk mencapai
matlamat organisasi yang dihasratkan.
Dalam mencemerlangkan organisasi, saya perlu mengaplikasikan kompetensi
memimpin pembelajaran dalam menerajui pelaksanaan kurikulum serta mampu
membangun kapasiti guru dan staf agar sejajar dengan hala tuju organisasi. Sekolah
sebagai organisasi pembelajaran merupakan satu konsep meningkatkan potensi
bagi membawa perubahan dalam pengurusan menuju era pasca moden kerana
keberkesanan sekolah bergantung kepada kemahiran guru dan staf (Ishak Sin,
2004). Jaringan dan jalinan perlu ditekankan kepada semua staf kerana perkara ini
memberi keuntungan kepada organisasi yang dipimpin. Staf perlu dibimbing untuk
membina, mengekal dan memanfaatkan hubungan untuk berkongsi amalan baik
yang menguntungkan kedua-dua pihak.
Keterampilan diri amat penting untuk menjadi seorang pemimpin yang baik.
Komunikasi saya perlu berkesan dengan semua pihak. Selain mampu mendengar dan
memberi pandangan, saya perlu menerima pandangan daripada semua pihak dalam
menyelesaikan sesuatu isu. Saya juga berkeupayaan untuk memimpin pelbagai pihak
dalam merealisasikan idea dan mencapai matlamat organisasi. Keperibadian yang
baik menjadi ukuran utama seseorang pemimpin. Untuk mencapai keperibadian yang
disanjungi saya perlu berupaya untuk membuat refleksi kendiri bagi meningkatkan
10
(Metamorfosis Kepimpinan)
kualiti peribadi secara berterusan serta mempamerkan nilai baik dalam pemikiran
serta amalan.
Sesungguhnya pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh semasa
mengukuti program ini sangat berharga dan tidak ternilai. Terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua rakan, penyelia saya, Puan Maimunah binti Karim dan
kumpulan peneraju program ini. Tidak ada kata yang dapat diungkapkan untuk
menzahirkan kesyukuran kepada Allah atas peluang ini. Saya juga memohon ampun
dan maaf seandainya terdapat kesilapan sepanjang tiga (3) bulan di sini. Semoga
berjumpa lagi.
RUJUKAN
Amabile, T.M. (1998). How To Kill Creativity. Harvard Bisness Review, 76(5), 76-78.
Cox, M. (1997). The Effects of Information technology on students motivation. Final
Report. NCET.
Deming, W. E. (1986). Out of crisis. Cambridge, Mass.: Massacchusetts Institute of
Technology, Center for Advanced Engineering Study, p.88.
Downey, C. (2003). Walkthroughs as an effective coaching strategy for increasing
student achievement. Training session presented at the San Diego Conty
Office of Education. San Diego, CA.
Faridah Abu Hasan, Naimah Ishak, Hamidah Yusuf & Habibah Abdul Rahim. (2005).
Kemiskinan dan Pendidikan: Perubahan Minda Orang Melayu ke arah
kecemerlangan Pendidikan Akademik. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Jld
7: 25-56.
Greene, K. (2002). Administrative support staff in schools: ways forward. Slough,
National Foundation for Educational Research.
Hallinger, P., & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional management behaviour
of principals. Elementry School Journal, 86(2), 217-247.
Hallinger, P., & Murphy, J. (1987). Assessing and developing principal instructional
leadership. Educational leadership, 45(1), 54-61.
Hanna, D.E. (2000). Emerging Organizational Models. The Extended Traditional
University in Higher Educational in an Era Digital Competition. Choices and
Challenges. Hanna and Associates. Pp 93-166, Atwood Publisers, madison,
WI.
Hill, S., Harvey, M., Harrison, B.T. & Clarke, R. (1999). School Leaders as Learners:
What attitudes and preferences do they have?. Asia-Pasific Journal of Teacher
Education, Vol.27, No.1, 1999.
Ishak Sin. (2004). Amalan-amalan terbaik di Sekolah Cemerlang. Jurnal Pendidikan
IAB, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kotter, J. P. (1995). Leading Change. Harvard Business School Press.
Jabatan Standard Malaysia. (2017). Standard Kualiti MS ISO 9001:2015.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
11
(Metamorfosis Kepimpinan)
12
(Metamorfosis Kepimpinan)
PENGENALAN
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National
Professional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) dimulakan pada tahun
1999 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui pusat latihannya iaitu
Institut Aminuddin Baki (IAB). Program NPQEL bertujuan untuk memberikan latihan
dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan kepada bakal pemimpin
sekolah. Pada asalnya program NPQEL ini dikenali sebagai Program Kelayakan
Profesional Kepengetuaan Kebangsaan atau National Professional Qualification for
Headship (NPQH). Pada tahun 2007 NPQH diberi taraf PTK dan bertukar nama
kepada NPQEL. Pada tahun 2011, NPQEL telah mula dilaksanakan dalam mod
baharu melalui e-pembelajaran melalui kelulusan JPA pada tahun 2011. NPQEL juga
dijadikan prasyarat pelantikan pengetua dan guru besar (PGB) bermula pada Julai
2014.
Berdasarkan Anjakan Ke-5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM
2013-2025) untuk menempatkan pemimpin berprestasi tinggi di sekolah, maka
konsep latihan NPQEL Versi 2018 dilaksanakan berasaskan aplikasi pentaksiran
kompetensi dan dikenali sebagai NPQEL Versi 2018 yang menjurus kepada
pembinaan kepimpinan berprestasi tinggi sejajar dengan keperluan masa kini dan
masa hadapan kepimpinan sekolah. Pemimpin berprestasi tinggi ini merujuk kepada
PGB yang menerajui organisasi sekolah. PGB berprestasi tinggi ialah pemimpin yang
berwawasan dan mempunyai keupayaan yang tinggi untuk membawa perubahan
yang berkesan dan berimpak tinggi ke arah kecemerlangan organisasi dengan
keterampilan personal dan profesional.
NPQEL Versi 2018 mengandungi empat (4) domain utama dengan 10 kompetensi
yang perlu dicapai oleh PGB berprestasi tinggi.(IAB,2018). Empat (4) domain utama
tersebut adalah berwawasan, menerajui perubahan, mencemerlangkan organisasi
dan berketerampilan. 10 kompetensi tersebut pula adalah berfikiran strategik,
memimpin perubahan, membuat keputusan, menyelesai masalah, memimpin
pembelajaran, membangun kapasiti, membina jaringan dan jalinan, berkomunikasi
berkesan, berkepimpinan dan berkeperibadian tinggi.
Para peserta wajib mencapai kesemua kompetensi tersebut sekurang-kurangnya
tahap empat (4) dan tahap lima (5) dalam beberapa elemen pentaksiran bagi
13
(Metamorfosis Kepimpinan)
PENGALAMAN LEPAS
Sebelum menyertai Kursus NPQEL, saya telah mempunyai pengalaman menjadi
seorang Penolong Kanan KoKurikulum selama empat (4) tahun dan selepas itu
dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran secara hakiki memasuki tahun
kedua. Memegang jawatan tersebut di tiga (3) buah sekolah berlainan sudah pasti
memberikan pengalaman yang berbeza. Pengalaman-pengalaman itulah yang
menjadi asas kepada gaya kepimpinan yang diamalkan.
Memandangkan sebelum menjadi penolong kanan tiada sebarang kursus
atau latihan disyaratkan, maka sudah pasti menjadi sedikit sukar bagi saya kerana
banyak perkara tentang kepimpinan organisasi harus dipelajari dan difahami sendiri.
Atas sebab itu menjadi penolong kanan kepada guru besar lebih kepada membantu
melaksanakan arahan dan menurunkan arahan tersebut kepada yang lain. Banyak
perkara yang berada dalam ketidakpastian dan kurang keyakinan terutama dalam
membuat keputusan. Banyak perkara yang sepatutnya diambil kira sebagai asas untuk
membuat keputusan tidak diambil perhatian. Keputusan dibuat hanya berasaskan
kepada andaian dan ramalan, tiada satu proses yang bersistem untuk diikuti bagi
membuat keputusan yang baik.
Situasi yang boleh dilihat adalah kebanyakan masa, ahli organisasi lebih
banyak menerima arahan, amat kurang berlaku percambahan idea melalui
perkongsian, malah kecenderungan menolak idea-idea dari ahli organisasi di
bawah tadbiran adalah besar (Freeman,1984). Kepincangan banyak berlaku kerana
wujudnya sikap kurang mempercayai dan kurang keyakinan, malah sesetengah
ahli tidak menghormati keputusan yang dibuat kerana pendapat mereka tidak diberi
pertimbangan.
Setelah menyertai NPQEL, perspektif saya tentang kepimpinan telah berubah.
Banyak perkara yang saya pelajari menampakkan kesilapan-kesilapan dalam
kepimpinan saya yang lalu. Banyak perkara dalam tindakan dan pemikiran saya
dapat ditambahbaik dan ini menjadikan saya mempunyai pandangan dan kesedaran
yang baharu sebagai seorang pemimpin. Benar bagai dikata, ilmu yang dituntut akan
mengangkat martabat diri kita ke tahap yang lebih cemerlang. Maka saya antara
individu yang bertuah kerana beroleh kesempatan terbaik untuk mengikuti NPQEL
Versi 2018 ini. Melalui program ini saya dapat mempelajari ilmu kepimpinan yang
juga berkait rapat dengan pembinaan kualiti personal dan profesional saya sebagai
bakal pemimpin yang berkualiti tinggi.
Seiring perubahan masa kini dalam sistem pendidikan, cabaran utama
organisasi adalah untuk menjadikan kepimpinan kekal relevan dengan keperluan
14
(Metamorfosis Kepimpinan)
semasa yang lebih mencabar kerana perkembangan teknologi yang pesat dan
pantas. Sistem pentadbiran sekolah yang konvensional tidak lagi mampu memenuhi
keperluan tersebut kerana pengurusan organisasi kini memerlukan teknologi untuk
berfungsi lebih efisien sementara banyak urusan diautomasikan. Perubahan ini turut
mempengaruhi pemikiran dan tindakan setiap individu atau dalam konteks sekolah
mereka ialah, pentadbir, guru, ibu bapa dan murid-murid. Perubahan inilah yang
mewujudkan cabaran kepada kepimpinan sesuatu organisasi dan corak kepimpinan
juga harus berubah bagi memastikan organisasi dapat diurus dan ditadbir dengan
berkesan (Mattone,2013). Hasrat ini hanya akan tercapai dengan adanya pemimpin
yang berprestasi tinggi iaitu pemimpin yang berwawasan, mampu membawa
perubahan berimpak tinggi serta berketerampilan dari segi personaliti dan profesional.
Pemimpin berprestasi tinggi diperlukan untuk kelangsungan kecemerlangan
sesebuah organisasi. Saya katakan demikian kerana dalam era digital, perubahan
berlaku dengan amat pantas dalam pelbagai aspek pengurusan yang memerlukan
seorang pemimpin yang berkeupayaan tinggi untuk menyerap perubahan dan
melaksanakan setiap perubahan dengan berkesan untuk organisasi. Pemimpin
berprestasi tinggi juga mampu mencorak masa hadapan organisasi lebih awal
daripada jangkaan bagi menentukan matlamat yang dikehendaki untuk organisai
tersebut di masa hadapan (Bush,1984). Pemimpin berprestasi tinggi harus mampu
membuat perancangan yang teliti dan fokus untuk memimpin kecemerlangan
organisasi yang dipimpinnya. Daripada aspek tersebut, saya melihat dengan jelas,
keputusan menyertai NPQEL Versi 2018 ini adalah satu kelebihan kerana kurikulum
yang dibina untuk program ini adalah menjurus dan menepati pembinaan kualiti
kepimpinan yang dihendaki iaitu pemimpin berprestasi tinggi.
Sebagai pemimpin yang dilatih melalui NPQEL saya akan pastikan organisasi
yang saya akan terajui kelak dibangunkan dan dicemerlangkan dengan ciri-ciri
kepimpinan berprestasi tinggi. Saya akan memastikan kepimpinan saya akan
membawa satu perubahan yang berimpak tinggi terhadap organisasi dan saya juga
akan membawa bersama setiap ahli di dalam organisasi untuk bersama-sama dalam
mencemerlangkan sekolah. Sebagai PGB saya mahu menunjukkan contoh teladan
yang baik dan mampu mendorong semua ahli untuk melakukan perubahan sejajar
keperluan dan matlamat yang ditetapkan. Saya juga akan membentuk budaya
sekolah yang terbaik dengan merancang pelan pembangunan dan kecemerlangan
sekolah semasa dan akan datang berdasarkan peluang dan kelebihan sedia ada. Ini
bagi memastikan kepimpinan saya dilihat mempunyai misi dan visi yang jelas serta
relevan.
DAPATAN KAJIAN
Pelaksanaan NPQEL mod terbaharu ini mengambil masa tiga (3) bulan,
merangkumi 10 aktiviti yang dilaksanakan mengikut kurikulum NPQEL bagi tujuan
pentaksiran. Aktiviti-aktiviti ini akan ditaksir bagi menguji dan melihat penguasaan
kompetensi para peserta. Dalam penulisan ini, saya memilih lima (5) daripada aktiviti
tersebut untuk dibincangkan, di mana saya berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti
tersebut telah memberikan impak yang besar kepada nilai tambah pengetahuan
kepimpinan kepada diri saya. Aktiviti-aktiviti tersebut akan saya huraikan dalam tiga
15
(Metamorfosis Kepimpinan)
(3) aspek iaitu dari segi dapatan, kompetensi yang dinilai dan refleksi kendiri dalam
merancang pembangunan organisasi.
1. Pembentangan Eksekutif
Terdapat lima (5) Pembentangan Eksekutif dalam kandungan kurikulum NPQEL Versi
2018. Pembentangan dilaksanakan selama tujuh (7) minit bagi setiap slot dan ditaksir
oleh para pentaksir yang terdiri daripada pensyarah IAB. Aktiviti ini pada pendapat
saya adalah aktiviti yang paling mencabar. Ini adalah kerana, aktiviti ini memerlukan
kecekapan pengurusan masa, kemahiran mendapatkan maklumat, kemahiran
memahami konsep, kemahiran menyusun idea, kemahiran ICT selain melatih membina
keyakinan diri melalui kemahiran berkomunikasi. Dua (2) perkara yang berkaitan
rapat dengan saya adalah pengurusan masa dan kemahiran berkomunikasi, di mana
saya seorang yang amat pentingkan ketepatan masa dan mempunyai bakat bercakap
secara spontan dengan baik. Melalui aktiviti ini saya mendapat nilai tambah bahawa
ketepatan masa sebenarnya tidak lengkap tanpa pengurusan yang baik. Masa akan
tetap berlalu begitu sahaja tanpa perancangan yang baik. Kemahiran berkomunikasi
secara spontan sahaja tidak mencukupi tanpa susunan idea yang baik. Saya juga
semakin yakin untuk menyampaikan idea-idea saya dan yakin keupayaan saya
berkomunikasi boleh menyerlahkan lagi kredibiliti dan keperibadian saya sebagai
seorang pemimpin berprestasi tinggi. Melalui aktiviti ini saya memahami dengan jelas
keperluan saya sebagai seorang pemimpin berprestasi tinggi yang antaranya harus
mempunyai pemikiran strategik, berkomunikasi berkesan, mahir membuat keputusan,
berupaya menyelesai masalah dan berkeperibadian tinggi. Semua perkara tersebut
akan menjadi asas penting kepada saya untuk memimpin organisasi yang bakal saya
terajui kelak dan saya amat yakin bahawa perkara ini dapat membantu saya untuk
membuat perubahan berkesan ke arah kecemerlangan organisasi.
16
(Metamorfosis Kepimpinan)
beberapa tokoh dan agensi korporat dalam situasi menang-menang. Sebagai ketua,
saya berjaya membentuk amalan kerja sepasukan dengan baik, di mana saya
membentuk pasukan berdasarkan kebolehan mereka, selain menghormati pendapat
mereka untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik, memimpin rakan lain untuk
berkomunikasi dengan berkesan serta berani menerima risiko. Perancangan saya
pada masa akan datang, aktiviti ini akan menjadi sebahagian daripada aktiviti penting
dalam organisasi pimpinan saya untuk membuka ruang dan peluang lebih luas kepada
organisasi untuk menjalin kerjasama melalui jaringan dan jalinan untuk membangun
organisasi dengan lebih baik.
3. Perantisan 2
Perantisan 2 merupakan aktiviti job shadowing ke sekolah yang dipilih, mendedahkan
kepada para peserta NPQEL tugas sebenar pemimpin sekolah sebagai ejen perubahan
dan berupaya menambah baik melalui dasar transformasi sekolah. Melalui aktiviti ini
saya berpeluang mencabar diri sendiri untuk membuktikan bahawa saya mempunyai
ciri-ciri atau kompetensi yang diperlukan sebagai pemimpin sekolah berprestasi
tinggi. Menjalani Perantisan 2 di Sekolah Kebangsan Kapa, Tamparuli merupakan
pengalaman sangat berharga kerana dalam sejarah perkhidmatan saya, inilah julung
kalinya saya cuba berada dalam satu situasi berada di sekolah kurang murid untuk
menyediakan diri dengan satu pengalaman yang berbeza.
Selama enam (6) minggu berada di sekolah ini telah memberi saya kesempatan
untuk melihat secara keseluruhan bagaimana sekolah ini ditadbir dan membuat
tinjauan mengenai bidang-bidang pengurusan yang ada. Melaksanakan satu (1)
program di sekolah ini untuk penambahbaikan elemen kurikulum bagi pencapaian
Matematik merupakan satu pengalaman yang menakjubkan. Ini disebabkan buat
pertama kalinya saya mempraktikkan sepenuhnya pengetahuan dan kompetensi
yang dipelajari untuk melaksanakan tugasan ini.
Projek Gerak Ringkas Matematik (GRIM) yang saya ilhamkan kepada
sekolah untuk menambah baik keupayaan murid dalam penguasaan sifir telah
dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya berjaya berkongsi pengetahuan
dengan mempamerkan pemikiran strategik semasa merancang program, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah serta membina jaringan dan jalinan. Saya
berupaya memimpin mereka dalam melakukan perubahan dan memberikan panduan
untuk membangun kapasiti dan memimpin pembelajaran melalui aktiviti perkongsian
ilmu dengan SISC+. Sebagai pemimpin saya turut mempamerkan imej yang baik,
berkomunikasi berkesan, daya kepimpinan dan keperibadian tinggi melalui hubungan
baik dengan seluruh warga sekolah. Dapatan melalui aktiviti ini akan saya jadikan
asas kepada perjalanan saya seterusnya sebagai seorang pemimpin sekolah.
Kesimpulannya saya cukup bersedia dan beryakinan untuk menjadi seorang
pemimpin berprestasi tinggi.
4. Bicara Ilmu
Bicara Ilmu lebih menjurus kepada perkongsian ilmu dengan individu yang
berkepentingan dalam pendidikan dan pakar dalam bidang masing-masing.
Perkongsian ini berfokus kepada bidang yang berkait dengan kepimpinan. Sebagai
17
(Metamorfosis Kepimpinan)
seorang yang suka membaca dan gemar kepada perkongsian ilmu, maka aktiviti ini
merupakan peluang terbaik saya untuk memperoleh ilmu tambahan selain daripada
mendapatkannya melalui buku-buku yang saya baca.
Perkongsian ini mengupas isu-isu yang belum saya ketahui atau fahami.
Contohnya, Bicara Ilmu mengenai transformasi Blue Ocean Strategy memberi satu
gambaran bahawa perubahan yang dibuat harus mempunyai strategi yang jitu dan
berimpak tinggi di samping memberi manfaat kepada semua. Bicara ilmu mengenai
literasi undang-undang juga memberikan pengetahuan baharu mengenai Kanun Acara
Jenayah ( Akta 593) dan Kanun Keseksaan (Akta 574) yang menyentuh mengenai
peranan dan tindakan pemimpin organisasi dalam melaksanakan tanggungjawab
secara berintegriti dan kepatuhan kepada undang-undang yang berkuat kuasa.
Paling menarik apabila seorang pengetua cemerlang iaitu Pengetua Sekolah
Menengah St. Micheal, Penampang telah berkongsi kejayaan memimpin sekolahnya
dengan cemerlang. Perkongsian ini banyak memberi inspirasi terutamanya
perjuangan beliau membentuk budaya sekolah yang amat mengagumkan. Keupayaan
beliau melindungi pembelajaran instruksional dengan berkesan dan mengimbangi
potensi murid dengan aktiviti kokurikulum yang bersistematik adalah contoh terbaik
kepimpinan berprestasi tinggi. Buat pertama kalinya saya mengetahui bahawa
sekolah ini tidak menggunakan loceng untuk menandakan masa mula dan tamat
belajar atau pertukaran masa pembelajaran. Keadaan ini telah mendidik seluruh
warga sekolah mengurus masa dengan berkesan.
Rumusan yang dapat saya pelajari, sesungguhnya untuk menjadi pemimpin
harus mempunyai ilmu dan keperibadian pemimpin yang berwibawa. Manifestasi
daripada aktiviti ini, saya dapat memperkukuh potensi diri sebagai pemimpin dengan
menguasai semua kompetensi kepimpinan.
18
(Metamorfosis Kepimpinan)
dengan lebih pantas. Saya turut memimpin pasukan untuk membuat keputusan
bersama secara sumbang saran bagi melicinkan lagi perjalanan pengurusan majlis
yang kami laksanakan.
Secara keseluruhannya banyak pengetahuan mengenai pengurusan majlis ini telah
saya pelajari dan pengetahuan ini akan saya jadikan panduan bagi membimbing
ahli-ahli dalam organisasi yang akan dipimpin nanti. Begitu juga dengan etiket di
meja makan yang merupakan ilmu baharu bagi saya kerana sebelum ini saya
tidak menganggapnya penting. Aktiviti ini akhirnya membuka minda saya bahawa
apabila menjadi pemimpin, kita tidak terkecuali untuk duduk bersama-sama dengan
pemimpin-pemimpin besar di meja yang sama. Bagaimana seorang pemimpin
menampilkan dirinya di khalayak haruslah dengan imej yang menyerlah. Ilmu yang
dipelajari melalui aktiviti ini sebenarnya mengukuhkan lagi keterampilan saya sebagai
pemimpin yang berwibawa sejajar dengan jawatan yang disandang.
PENUTUP
Dapat saya rumuskan bahawa Program NPQEL Versi 2018 telah berjaya mencapai
matlamat menyediakan bakal PGB berprestasi tinggi seperti aspirasi PPPM
2013-2025 dan Transformasi Sekolah 2025. 10 aktiviti yang terkandung dalam
kurikulum berasaskan pentaksiran NPQEL Versi 2018 ini semuanya berfokus kepada
membangun kompetensi pemimpin berprestasi tinggi. Setiap satunya memberi
peluang kepada peserta untuk mendapatkan ilmu bermanfaat sebagai persediaan
bagi menjadi pemimpin yang benar-benar berupaya memimpin organsisasi ke tahap
cemerlang.
Secara peribadinya saya amat bertuah terpilih menyertai program ini sebagai peserta
ambilan pertama. Saya mula merasakan perubahan yang ketara berlaku dalam diri
saya dari segi pemikiran dan keperibadian sebagai seorang pemimpin. Melalui ilmu
kepimpinan yang diperolehi, saya mula melihat aspek kepimpinan dari perspektif yang
lebih luas dan sekali gus mendorong saya membangun daya kepimpinan dengan lebih
berkesan. Saya telah mampu untuk memahami dan melihat potensi diri saya sebagai
seorang pemimpin berprestasi tinggi dan apa yang lebih penting adalah program ini
telah meyakinkan bahawa saya telah bersedia untuk memimpin satu organisasi.
Menurut James Ang Jit Eng dan Balasandran Ramiah dalam buku mereka bertajuk
Kepimpinan Instruksional, “…sekolah berprestasi tinggi mempunyai pemimpin yang
mempunyai visi yang cukup jelas tentang perkara yang perlu dicapai…” (2017: 9).
Menjadi seorang pemimpin yang berwibawa bukanlah satu perkara yang
mudah. Mereka perlu berupaya mempengaruhi individu untuk bersama-sama
merealisasikan visi dan misi organisasi. Untuk mencapai matlamat ini, pemimpin
haruslah mempunyai keupayaan ilmu dan keperibadian yang tinggi untuk dicontohi.
Pemimpin yang baik mampu mengambil peluang terhadap risiko dan melakukan
perubahan demi perubahan untuk memastikan kelangsungan organisasi yang
cemerlang.
19
(Metamorfosis Kepimpinan)
RUJUKAN
Bush, R.N. (1984). Effective staff development in making our schools more effective:
Proceedings of three state conferences. San Francisco: Far West Laboratory.
20
(Metamorfosis Kepimpinan)
PENGENALAN
Institut Aminuddin Baki (IAB) merupakan bahagian utama dalam Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) yang berfungsi melaksanakan latihan bagi pemimpin
dan seterusnya melahirkan bakal pemimpin pendidikan di KPM. IAB melaksanakan
tanggungjawab dan amanah yang besar untuk membentuk, membimbing dan
seterusnya melahirkan barisan bakal pemimpin atasan yang berkepimpinan dan
berupaya mendepani cabaran pengurusan sekolah yang semakin mencabar.
Tanggungjawab dan amanah ini selaras dengan Anjakan ke-5 dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu menempatkan kepimpinan
berprestasi tinggi dalam setiap sekolah. Bagi memenuhi hasrat ini, IAB telah
melaksanakan kaedah latihan baharu iaitu NPQEL Versi 2018 atau NPQEL 2.0 yang
berteraskan kepada empat (4) domain dan 10 kompetensi (competency based).
Model Pembelajaran dan Pembangunan Kompetensi adalah gabungan antara
pembelajaran berasas 70 peratus pengalaman, 20 peratus pembelajaran sosial dan
10 peratus pembelajaran formal. Kaedah latihan di bawah kelolaan IAB ini telah
direformasikan agar seiring dengan keperluan pendidikan globalisasi masa kini untuk
menghasilkan pemimpin pelapis pendidikan yang mampu membawa perubahan
yang berimpak tinggi ke arah kecemerlangan organisasi dan pada waktu yang sama
berketerampilan melalui personaliti diri dan profesional.
Menurut Datuk Dr. Amin bin Senin Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
menyatakan bahawa dengan adanya pendedahan melalui pendekatan latihan
komprehensif di IAB, pemimpin pendidikan mampu meningkatkan kompetensi,
kemahiran dan pengetahuan sedia ada mereka. Beliau juga menyatakan bahawa
pemimpin pendidikan seharusnya berupaya mempamerkan keyakinan dan kredibiliti
sebagai penyalur maklumat yang baik dan pencetus transformasi pendidikan negara
sebagaimana yang diharapkan.
PENGALAMAN LEPAS
Pada 1 April 2018, saya mula menjejakkan kaki di IAB Cawangan Sabah sebagai
peserta kursus Ambilan 1/2018. Saya merupakan salah seorang daripada 66 orang
peserta yang terpilih adalah perintis bagi kursus NPQEL Versi 2018 ini. Keputusan
menerima tawaran ini bermakna saya bersedia dibimbing dan dibentuk untuk
menjadi seorang pemimpin sekolah berprestasi tinggi seperti yang dikehendaki
dalam anjakan ke-5 PPPM (2013 - 2025) iaitu pemimpin berwawasan dan mampu
21
(Metamorfosis Kepimpinan)
22
(Metamorfosis Kepimpinan)
Khidmat Latihan IAB, yang berharap agar latihan NPQEL berjaya melahirkan bakal
pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi dan membawa perubahan positif terhadap
kemenjadian murid di setiap sekolah yang dipimpin.
DAPATAN AKTIVITI
Sepanjang tiga (3) bulan mengikuti kursus NPQEL di IAB Cawangan Sabah,
para peserta telah didedahkan dengan model pembelajaran yang menjurus kepada
pembangunan kompetensi diri. Terdapat 10 aktiviti dalam kurikulum NPQEL tersebut
dan saya memilih lima (5) aktiviti yang saya rasakan amat mencabar tetapi memberi
makna yang mendalam di hati saya. Aktiviti ini banyak mengubah perspektif saya
daripada gaya pemikiran lama ke arah berfikiran strategik dan futuristik. Saya mula
menyedari akan keperluan untuk mengubah amalan lama kepada amalan terbaik
dalam kepimpinan sekolah. Hal ini amat dituntut pada ketika ini demi memenuhi
keperluan dalam pendidikan yang semakin mencabar menjelang 2025 nanti.
23
(Metamorfosis Kepimpinan)
besar terhadap kebahagian dan potensi individu yang secara langsung memberi
kesan peningkatan produktiviti.
2. Pembentangan Eksekutif
Aktiviti Pembentangan Eksekutif menghendaki setiap peserta menyelesaikan isu-isu
pendidikan yang berlaku dalam persekitaran sekolah seterusnya membentangkan
hasil dapatan yang berfokus kepada cara penyelesaian isu dan mencadangkan
penambahbaikan di hadapan rakan-rakan berserta tiga orang pentaksir. Pentaksiran
adalah berdasarkan keupayaan peserta dalam mempamerkan 10 kompetensi
dengan cara yang meyakinkan para pentaksir dan akan dinilai berdasarkan tahap
pencapaian mengikut skala 1 hingga 5. Tujuannya adalah untuk menjadikan peserta
seorang yang berani dan sekali gus memupuk keyakinan diri peserta terutama dalam
menyampaikan mesej-mesej pendidikan kepada masyarakat, di samping menguasai
kompetensi-kompetensi dalam melaksanakan sesuatu intervensi untuk menangani
sesuatu isu di sekolah. Hal ini penting agar komuniti luar memahami objektif dan
matlamat pendidikan agar mereka yakin dan mahu bersama-sama merealisasikan
visi dan misi pendidikan ke arah kemenjadian murid.
Walaupun saya tidak bermasalah berucap di hadapan pentas ketika berada
di dalam majlis anjuran sekolah tetapi membuat Pembentangan Eksekutif di
hadapan pentaksir adalah pengalaman yang amat menakutkan. Ada ketikanya saya
kehilangan kata-kata apabila bertentangan mata dengan pensyarah pentaksir. Selain
itu, pengalaman menyediakan slaid pembentangan juga adalah satu pengalaman
yang memeritkan kerana setiap kali ada pembentangan saya dan rakan-rakan tidak
tidur hingga ke subuh semata-mata kerana mahu menyediakan bahan pembentangan
yang terbaik serta keinginan yang kuat untuk mempamerkan tahap cemerlang untuk
setiap kompetensi yang telah ditetapkan untuk ditaksir pada setiap pembentangan.
Sebenarnya tugasan menyediakan slaid pembentangan bukan satu tugasan yang
susah tetapi masalah utama adalah menyusun idea pembentangan agar memenuhi
tahap cemerlang untuk kompetensi yang ditaksir. Pesan azimat penyelia pembimbing
saya iaitu kerja yang mudah jika dianggap susah akan menjadi susah sentiasa saya
ingat. Buat sehabis baik yang diusahakan dengan rasa penuh minat dan seronok
untuk belajar dan berbekalkan satu matlamat penting, iaitu untuk menjadi seorang
pemimpin yang berprestasi tinggi dalam arena pendidikan khususnya di Sabah.
Berbekalkan matlamat ini, akhirnya saya dapati prestasi pencapaian saya pada
setiap kompetensi semakin cemerlang hinggalah saya menerima kertas pencapaian
prestasi sehingga Pembentangan Eksekutif 5, iaitu sembilan (9) kompetensi sudah
mencapai tahap 5 dan cuma satu masih berada pada tahap 4.
Memang diakui masih banyak yang perlu saya perbaiki terutama keyakinan
diri dan kebolehan menerangkan tujuan, objektif dan matlamat pendidikan. Namun
demikian, saya tetap berusaha untuk terus memperbaiki diri dan menganggap
masalah yang dihadapi adalah salah satu proses pembelajaran yang berharga ke
arah melengkapkan diri menjadi seorang bakal pemimpin. Oleh sebab itu, saya
berpendapat menjadi seorang pemimpin berprestasi tinggi perlu memiliki daya tahan
untuk menghadapi segala cabaran termasuklah perubahan yang berlaku dalam sistem
pendidikan. Menurut Oswald, Johnson dan Howard (2003), daya tahan merupakan
24
(Metamorfosis Kepimpinan)
3. Bicara Ilmu
Program Bicara Ilmu menghendaki setiap peserta mengendalikan majlis ilmu
bersama-sama rakan dalam kumpulan. Pengetahuan tentang protokol dan aspek
pengurusan majlis mengikut tatacara yang betul adalah satu kemahiran yang boleh
dipelajari dan kemahiran inilah yang menjadi keutamaan ketika mengendalikan
sesuatu majlis. Selain itu, kebolehan membentuk ahli jawatan kuasa juga penting
kerana pembahagian tugas yang adil dan saksama akan membentuk satu pasukan
kerja yang kuat yang akan menjadi pemangkin kepada kelancaran perjalanan majlis
seterusnya mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Ketika berada di IAB saya bersama ahli kumpulan SRSB2 berpeluang
mengendalikan dua (2) majlis ilmu. Terdapat banyak kelemahan ketika mengendalikan
majlis ilmu yang pertama kerana kebanyakan ahli tidak memahami bidang tugas
masing-masing akibat kurangnya komunikasi antara ketua dan ahli jawatankuasa.
Hal ini sepatutnya dapat diperbaiki melalui mesyuarat atau taklimat khas mengenai
tugas dan tanggungjawab ahli jawatankuasa pengelola majlis. Oleh sebab itu,
kumpulan kami telah banyak menerima teguran daripada pensyarah pembimbing
dan mendapat skor markah yang kurang memuaskan kerana gagal mempamerkan
kompetensi yang sepatutnya. Bagaimanapun, ketika mengadakan mesyuarat post
mortem, ketua kumpulan aktif memainkan peranan memujuk dan memberi semangat
kepada ahli kumpulan. Sikap ini perlu ada dalam diri seorang pemimpin berkaliber
yang mampu memberi sokongan dan semangat kepada ahli kumpulan.
Semasa mengendalikan majlis ilmu kali kedua iaitu Majlis Bicara Profesional
bersama TKPPM, kumpulan SRSB2 telah berjaya mengendalikan majlis dengan lebih
teratur kerana ketua dan ahli jawatankuasa memahami tugas masing-masing dan
menjadikan kegagalan pertama sebagai pengajaran untuk mengatasi kelemahan.
Ucapan tahniah daripada pensyarah pembimbing sudah cukup membuatkan kami
rasa gembira dan amat bersyukur kerana kesilapan lepas dapat diperbaiki dan
menunjukkan hasil yang lebih memuaskan hati semua pihak. Berdasarkan pengalaman
tersebut, saya berpendapat bahawa ketua atau pemimpin yang berprestasi tinggi
perlu mempunyai kekuatan mental yang luar biasa, menganggap kegagalan dan
kejayaan adalah milik bersama dan bersedia membawa ahli untuk bangkit semula.
Menurut Kotter (1988), pemimpin melihat organisasi dengan perspektif yang lebih
luas, menilai kesannya serta berusaha untuk menggembleng pengaruh melalui
kepelbagaian kemahiran, ilmu dan kepakaran supaya apa yang hendak dilakukan
memperoleh persetujuan ramai.
25
(Metamorfosis Kepimpinan)
Aktiviti ini memberi pengalaman baharu yang amat berharga kerana buat
kali pertama saya bersama-sama dengan rakan kumpulan berpeluang berurusan
dengan pihak luar. Saya juga menyedari betapa pihak luar sentiasa ingin membantu
bukan sahaja dari segi kewangan malah bantuan peralatan dan makan minum
dengan murah hati. Segala bantuan yang dihulurkan adalah atas kapasiti pihak luar
yang ingin melihat kemajuan sekolah ke arah kemenjadian murid. Hal ini selaras
dengan matlamat PPPM iaitu merealisasi hasrat mewujudkan sekolah berkualiti dan
kemenjadian murid melalui kerjasama antara pemimpin dan guru dengan sokongan
padu daripada Persatuan ibu bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat.
Melalui aktiviti JPK, saya mendapati bahawa perbezaan dari segi kebolehan
dan latar belakang ahli kumpulan bukan satu halangan untuk menjayakan sesuatu
tugasan. Walaupun ada ketika berlaku percanggahan pendapat tetapi selagi ahli
kumpulan mengamalkan sikap bertoleransi dan menyelesaikan masalah secara
bermuafakat, maka sebarang masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan
baik dan harmoni. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada saya dan rakan dalam
kumpulan untuk mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi secara berkesan agar
pihak luar memahami objektif dan tujuan pelaksanaan program yang telah kami
rancang.
Hasil daripada komunikasi berkesan dan kerjasama dalam kumpulan akhirnya
kami berjaya menyalurkan sumbangan daripada MS Group Kota Kinabalu iaitu dua
unit tiang gol dan kit bola sepak kepada Sekolah Kebangsaan Malawa, Kota Kinabalu.
Selain peralatan sukan, kumpulan SRSB2 juga berjaya mendapat sumbangan berupa
makanan dan minuman daripada Kentucky Fried Chicken (KFC) serta sumbangan
orang perseorangan yang begitu prihatin untuk membantu sekolah dan seterusnya
bersama-sama menjayakan program yang telah dirancang. Kejayaan ini juga
membuktikan bahawa kualiti keberhasilan dan kualiti kerjasama ahli pasukan adalah
penentu kepada kejayaan dalam usaha mencapai matlamat yang sama. Menurut
Rutter et. al. dlm. Abd. Razak (2001), kolaborasi dan kerja berpasukan adalah sangat
penting dalam kesatuan matlamat.
5. Perantisan 2
Aktiviti Perantisan 2 menghendaki peserta memilih sekolah yang berada dalam
daerah sendiri dan lokasi sekolah pilihan mestilah terletak dalam lingkungan 25
kilometer dari sekolah asal. Tempoh pelaksanaan Perantisan 2 adalah selama enam
(6) minggu atau 30 hari bekerja. Ketika berada di sekolah Perantisan 2, peserta
dikehendaki melaksanakan analisis persekitaran dan mengenal pasti isu strategik.
Selepas itu, peserta juga melakukan job shadowing kepimpinan dan pengurusan
meliputi sembilan (9) elemen dalam Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah
Malaysia (SKKSM). Sebelum melaksanakan projek intervensi di sekolah Perantisan 2,
peserta juga perlu menyediakan pelan perancangan bagi projek intervensi yang telah
ditetapkan. Semua aktiviti yang dinyatakan perlu dikemukakan kepada guru besar
yang berperanan sebagai mentor untuk tujuan penambahbaikan dan pengesahan.
Sepanjang Program Perantisan 2, saya berpeluang mengaplikasikan semua
kompetensi NPQEL Versi 2018 sebagai latihan ke arah kepimpinan berprestasi
tinggi. Saya sentiasa berpegang kepada kata-kata nasihat daripada Pengarah IAB
26
(Metamorfosis Kepimpinan)
Cawangan Sabah yang berbunyi, “dengan kerendahan hati, walau ke mana sahaja
kita pergi, kita akan mendapat kerjasama untuk melaksanakan tugasan.” Sikap
rendah hati dan menghormati pandangan orang lain terbukti membuahkan hasil yang
baik. Saya amat bersyukur kerana semasa berada di sekolah Perantisan 2, saya
telah mendapat bantuan dan sokongan padu daripada Guru Besar dan seluruh warga
Sekolah Kebangsaan Narawang, Ranau.
Walau bagaimanapun, pada waktu yang sama saya juga menghadapi
cabaran untuk menyelesaikan tugasan kerana peruntukan masa enam (6) minggu
dirasakan terlalu singkat untuk menyelesaikan semua tugasan yang diberikan. Selain
melaksanakan tugasan, saya juga terikat dengan tugas-tugas hakiki di sekolah asal.
Namun, sekali lagi pesan pemimpin berikut meninggalkan kesan yang mendalam
di hati saya : “.... perlu tuan/puan ingat, penjadualan masa adalah penting.. sangat
penting.” (Tuan Lew Yeok Leng, Pengarah IAB Cawangan Sabah, 5.4.2018). Pesanan
tersebut saya pegang sebagai azimat dan menjadi pemangkin kepada kejayaan saya
dalam menyelesaikan tugasan mengikut peruntukan masa yang telah ditetapkan.
Pengalaman ini secara tidak langsung menyedarkan saya betapa pentingnya
seseorang bakal pemimpin untuk mengamalkan keperibadian yang terpuji di samping
perancangan masa yang teratur agar objektif dan matlamat sesuatu program yang
dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Saya juga percaya bahawa komunikasi yang baik antara peserta, penyelia
pembimbing, guru besar mentor dan guru besar sekolah asal juga mampu
menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Pakar dalam bidang komunikasi
percaya bahawa komunikasi yang lemah merupakan punca kepada kebanyakan
masalah dan komunikasi yang efektif adalah penyelesaian kepada kebanyakan
masalah (Pearson, 2000).
Semasa melaksanakan tugasan di sekolah Perantisan 2, saya juga menyedari
bahawa amalan ke arah pemikiran strategik, membuat perancangan strategik dan
kemahiran membuat keputusan dalam kalangan pentadbir sekolah adalah antara
perkara utama yang perlu dilaksanakan untuk mewujudkan sekolah berkualiti ke arah
kemenjadian murid. Ini bermakna mengenal pasti isu strategik dan melaksanakan
perancangan strategik yang dikenal pasti melalui analisis persekitaran merupakan
salah satu aspek yang diperlukan dalam membawa perubahan sesebuah organisasi.
Menurut Sirefi, 2008 (dalam Norlita & Mohd.Izham, 2017) menyatakan bahawa
perancangan strategik adalah fasa penting dalam peringkat prestasi institusi yang
merupakan keperluan penting dalam kehidupan institusi untuk meramalkan apa
yang akan berlaku pada masa depan, terutamanya kerana aktiviti institusi dilakukan
dalam keadaan yang berubah-ubah dan tidak stabil. Kecekapan dalam prestasi tidak
hanya bergantung kepada ketersediaan sumber kewangan yang diperlukan untuk
menampung perbelanjaan prestasi tetapi dengan adanya perancangan strategik
yang kukuh dapat mengenal pasti matlamat dengan tepat dan kaedah-kaedah
pencapaiannya.
PENUTUP
Menjadi pemimpin berprestasi tinggi, yang menguasai empat (4) domain dan 10
kompetensi tidak semudah satu petikan jari tetapi tidak mustahil untuk dicapai.
27
(Metamorfosis Kepimpinan)
Selain itu, kejayaan sesebuah sekolah juga bukan sahaja diukur daripada kejayaan
akademik semata-mata, tetapi juga dilihat daripada kemampuan pemimpin sekolah
menterjemahkan keberhasilan murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini
bererti, hanya pemimpin sekolah yang mempunyai visi dan perancangan jitu sahaja
yang akan mampu meletakkan sekolah ke satu tahap yang lebih tinggi. Seperti
kata Henry Kissinger, “ tugas seorang pemimpin adalah untuk membawa orang
dari tempat mereka berada sekarang ke tempat yang belum pernah mereka pergi”.
Dengan kata lain, tugas pemimpin adalah memotivasi orang lain untuk melakukan
pencapaian terbesar yang belum pernah mereka capai sebelumnya.
RUJUKAN
Abd. Razak Wahid (2001). Pengetua Sebagai Pemimpin Perubahan. Artikel Jurnal
Institut Pengetua. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah (2012). Kepimpinan Intstruksional : Satu
Panduan Praktikal. Malaysia : PTS Akademia.
Kotter (1988). The Leadership Factor. New York : The Free Press.
Md Safian Mohd Tajuddin. (2007). Kesan aspek kesihatan terhadap produktiviti dalam
kalangan pensyarah maktab perguruan. (Tesis Sarjana) Universiti Sains
Malaysia.
Norlita I. dan Mohd Izham M.H. (2017). Amalan Perancangan Strategik dan Kemahiran
Membuat Keputusan dalam Kalangan Pentadbir Sekolah. Selangor : Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Oswald, M., Johnson, B., & Howard, S. (2003). Quantifying and Evaluating Resilience
Promoting Factors : Teachers’ Beliefs and Perceived roles. Research in
Education.
Wee Eng Hoe (2002). Panduan Pengajaran Olahraga : Kepegawaian dan Kejurulatihan
`Edisi Kedua. Siri Pendidikan Perguruan. Selangor : Karisma Publications.
28
(Metamorfosis Kepimpinan)
DINAMIKA KEPIMPINAN
PENGENALAN
Saya merupakan insan bertuah yang terpilih untuk mengikuti Program
Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Versi 2018 di
Institut Aminuddin Baki (IAB) Induk, Bandar Enstek. NPQEL Versi 2018 merupakan
satu kaedah latihan yang agak berbeza dan berteraskan kompetensi (competency
based) berbanding kaedah sebelum ini yang berasaskan pengetahuan (knowledge
based).
Institut Aminuddin Baki (IAB) memikul tanggungjawab yang amat besar
dalam memastikan pemimpin pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
mendapat latihan terkini yang relevan dengan kerja buat mereka. Sebenarnya saya
sendiri masih tidak percaya bahawa saya dapat pergi sejauh ini dalam tempoh tiga (3)
bulan, dan telah melepasi kesemua kompetensi bagi melayakkan saya memperolehi
sijil NPQEL yang menjadi prasyarat sebagai calon pengetua atau guru besar (PGB).
Pada mulanya, cita-cita saya hanya untuk menjadi seorang guru sekolah sehingga
bersara pada umur 60 tahun. Sememangnya tidak pernah terdetik dalam fikiran saya
untuk bergelar seorang pengetua suatu hari nanti. Namun demikian, saya percaya
pada qada’ dan qadar Allah. Walaupun kita ada perancangan lain, tetapi perancangan
Allah tentu yang terbaik untuk kita.
Saya teruja dengan kaedah pendekatan NPQEL Versi 2018 yang mengandungi
domain utama iaitu Berwawasan, Menerajui Perubahan, Mencemerlangkan Organisasi
dan Berketerampilan. Menerusi kurikulum ini saya telah melalui proses pembelajaran
dan persediaan sebelum, semasa dan selepas latihan. Peserta perlu menguasai 10
kompetensi yang diukur secara bertema dan dijajarkan secara seimbang bagi setiap
aktiviti dalam talian, bersemuka dan amali. Hal yang menarik perhatian saya adalah
definisi Pemimpin Berprestasi Tinggi oleh Institut Aminuddin Baki (2018) iaitu:
“Pemimpin berwawasan yang mampu membawa perubahan
berimpak tinggi ke arah kecemerlangan organisasi melalui
keterampilan personal dan profesional”
Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, mekanisme pelaksanaan, penyampaian
dan perkongsian turut mengalami rombakan agar bersifat lebih futuristik.
29
(Metamorfosis Kepimpinan)
PENGALAMAN LEPAS
Saya ditugaskan sebagai Penolong Kanan Petang (PK) Petang selama tujuh
(7) tahun sebelum dilantik menjadi Penolong Kanan Pentadbiran bermula pada tahun
2017. Saya tidak mempunyai pengalaman sebagai Ketua Panitia atau Guru Kanan Mata
Pelajaran sebelum dilantik sebagai PK Petang. Saya lebih berpengalaman menjadi
Setiausaha Peperiksaan, Setiausaha Keceriaan, Keselamatan dan Kebersihan,
Setiausaha Hal Ehwal Murid yang kebanyakannya terlibat dengan tugasan yang
memerlukan perancangan dan dokumentasi lebih teratur dan sistematik.
Disebabkan kepercayaan tinggi yang diberi oleh pengetua semasa itu, saya
cuba sebaik mungkin menggalas tanggungjawab yang diberi biarpun ibarat berjalan
di dalam gelap kerana kemahiran memimpin belum ada lagi. Namun sejujurnya
sebelum ini saya lebih banyak dipimpin. Saya memang mencintai kerjaya yang saya
tekuni serta sering berfikir untuk memperbaiki kualiti pembelajaran murid dengan
melaksanakan kajian tindakan sehingga dicalonkan di peringkat daerah Klang dan
memperoleh Anugerah Guru Inovatif 2010 peringkat negeri Selangor bagi Kategori
Sekolah Menengah.
Anugerah yang diterima ini telah mendorong dan memberi saya semangat
untuk terus menekuni kerjaya dengan lebih bertanggungjawab dan berintegriti.
Di samping itu anugerah tersebut telah menutup mulut pesaing saya yang masih
mempersoalkan pelantikan saya sebagai PK Petang. Sejak penganugerahan itu juga,
kerjasama guru semakin meningkat dan perjalanan tugas rutin saya menjadi semakin
mudah. Saya belajar di IAB bahawa kerja sepasukan akan membuahkan hasil yang
baik dan menjadikan sesuatu tugasan itu ringan. Hal ini selari dengan pendapat John
Maxwell (1998) iaitu seseorang pemimpin jika tidak berjaya mempengaruhi orang
lain untuk mengikutinya, siapa lagi yang akan dipimpinnya untuk membawa kejayaan
organisasi.
Tidak saya nafikan sejak itu, isu mendapatkan pengaruh tidak lagi menjadi
masalah utama. Saya mula fokus kepada usaha meningkatkan kepimpinan melalui
pemerhatian, bimbingan, kursus, taklimat, pemantauan pihak luar dan belajar daripada
kesilapan sendiri. Saya tidak ada sebarang latihan formal untuk meningkatkan
kemahiran memimpin sedangkan hal ini amat penting sebagai asas membimbing
orang lain dalam mencapai hala tuju sekolah. Malahan dalam usaha membangun
kapasiti guru atau menerajui perubahan, saya hanya mengikut logik akal tanpa
membuat analisis persekitaran terlebih dahulu. Saya banyak mempunyai idea tetapi
tidak mahir mencari punca masalah. Saya hanya mampu setakat mengenal tanda-
tanda masalah. Kadang-kadang penyelesaian yang saya lakukan tidak mengikut
keperluan semasa, tetapi lebih kepada meneruskan program yang sedia ada atau
hanya mengikut penyelesaian yang dilaksanakan di sekolah lain. Program berjaya
dilaksanakan tetapi masalah belum juga selesai, malah semakin bertambah pula.
Dorongan yang diberikan oleh pengetua SMK Tinggi Klang iaitu Pn. Hajah Raja
Rozita binti Raja Hanafi, menyebabkan hati saya tergerak untuk memohon mengikutii
Program NPQEL Versi 2018, yang menggunakan kaedah pelaksanaan penyampaian
dan perkongsian bersifat lebih futuristik dengan memberi tumpuan kepada kerja buat
yang mementingkan Hands On dan bukan hanya Minds On. Jika murid perlu diberi
pendedahan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21), maka pentadbir pun akan dibawa
30
(Metamorfosis Kepimpinan)
untuk menjiwai Pengurusan Abad Ke-21. Pada awalnya saya tertanya-tanya juga
kaedah IAB mengukur prestasi kami apabila menyedari pentaksiran bertulis seolah-
olah ‘hilang’ daripada sukatan. Itulah antara persoalan utama yang terdetik dalam
minda saya. Saya agak terkejut sebenarnya apabila selesai mendengar taklimat.
Latihannya sangat berbeza tetapi boleh membina dan menyerlahkan potensi diri
yang biasa-biasa menjadi luar biasa. Mungkin itulah cara terbaik melahirkan seorang
PGB berprestasi tinggi.
Pada minggu pertama saya belum merasai bahangnya namun pada
minggu kedua sebaik sahaja pembentangan telah bermula, saya mula memahami
model seorang PGB berprestasi tinggi yang dikehendaki. Dengan merujuk bahan
stimulus, kamus kompetensi, perbincangan kumpulan dan pegawai rujuk, saya perlu
melaksanakan pembentangan berdasarkan pengalaman kerja buat yang lepas untuk
memenuhi kompetensi yang ditaksir.
Saya sangat bersyukur kerana pengalaman berharga di IAB membolehkan
saya menguasai empat (4) domain utama dan mendefinisikan kompetensi diri
terutama dalam penyelesaian masalah, membangun kapasiti, meneraju perubahan,
berwawasan dan membuat keputusan. Walaupun saya mempunyai pengalaman
bekerja di bawah empat orang pengetua, tetapi saya tidak menafikan bahawa
keyakinan saya untuk memimpin hanya terbina setelah menguasai semua kompetensi
yang disalurkan melalui program NPQEL.
DAPATAN AKTIVITI
Pembentangan Eksekutif (PE)
Saya banyak belajar tentang kepimpinan melalui bahan stimulus dalam
Pembentangan Eksekutif yang memberi peluang kepada saya untuk mengkaji
situasi dan menyelesaikannya menggunakan teori pembelajaran yang disesuaikan
dengan pengalaman dan keupayaan sendiri. Pada peringkat awal saya agak
kurang jelas tentang ‘flow’ satu-satu pembentangan dan tidak menggunakan model
pembelajaran atau alat (tools) yang sesuai termasuk juga dalam usaha mencari punca
atau menyelesaikan satu-satu masalah. Fokus pembentangan dan pengawalan
masa adakalanya tersasar. Seperti peserta lain, saya sering menyalahkan masa
pembentangan yang tidak mencukupi sebagai satu escapism. Hakikatnya sebagai
seorang pemimpin, pengurusan masa sangat penting. Sekiranya saya menjadi seorang
pengetua, saya berhasrat untuk mengamalkan had masa sesi perjumpaan secara
individu tidak melebihi 7-10 minit pada waktu bekerja, mesyuarat jawatankuasa yang
tidak melebihi dua (2) jam dan saya akan bimbing pentadbir lain agar menyelesaikan
isu dan intervensi mengikut tempoh yang diberi.
Saya mengakui bahawa program yang dijalankan di sekolah selama ini tidak
langsung merujuk analisis persekitaran secara teliti sebaliknya hanya mengikut
program sedia ada atau sumber daripada sekolah lain. Aktiviti PE ini memberi peluang
kepada saya belajar menghasilkan analisis persekitaran dengan tepat dan betul dari
aspek dalaman dan luaran. Analisis kekuatan (strengths), kelemahan (weaknesses),
peluang (opportunities), dan ancaman (threats) yang dinyatakan sebagai analisis
SWOT telah memberikan saya banyak idea dalam mencemerlangkan organisasi.
31
(Metamorfosis Kepimpinan)
32
(Metamorfosis Kepimpinan)
Perantisan 1
Pengalaman selama tiga (3) hari melaksanakan Perantisan 1 di SMK Batu Unjur
sangat bermakna. Banyak perkara baharu telah saya pelajari. Pada mulanya saya
bimbang jika pengetua, Cik Hajah Noreha bt Hailani, tidak mengalu-alukan kehadiran
saya, tetapi persepsi saya ternyata meleset kerana beliau menerima kedatangan
saya dengan hati terbuka, malah menempatkan saya sebilik dengannya sepanjang
tiga (3) hari tersebut. Beliau juga memperkenalkan saya dalam perhimpunan rasmi
serta meminta semua warga sekolah memberi kerjasama sepanjang saya berada di
sekolah tersebut. Sikap baiknya itu sangat menyentuh hati dan memberi keazaman
untuk saya sebagai pengetua agar mempunyai sikap yang sama sekiranya ada
peserta perantisan yang memerlukan bimbingan suatu hari kelak Saya juga akan
memastikan warga sekolah memberikan kerjasama 100 peratus.
Tugasan kali ini adalah untuk mencari kekuatan dan aspek yang boleh
ditambah baik dalam kepimpinan dan pengurusan sekolah. Ada beberapa perkara
yang boleh dicontohi terutamanya dalam aspek pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM).
Pengetua dan PK HEM berusaha keras menangani isu murid lewat dan ponteng.
33
(Metamorfosis Kepimpinan)
Rekod kehadiran murid yang buruk pada tahun lepas telah menunjukkan peningkatan
kehadiran hasil daripada tindakan tiga (3) bulan oleh Unit HEM sekolah berkenaan.
Saya teruja dengan program yang dibuat di sekolah itu dan sedar selama ini di
sekolah sendiri asyik meneruskan program yang sama untuk kes murid lewat dan
ponteng. Selepas ini saya berazam akan mengkaji data hadir lewat dan ponteng di
sekolah sendiri bersama-sama pentadbir dan guru Unit HEM supaya usaha tambah
baik program dapat dilaksanakan secara maksimum.
Saya juga mendapat inspirasi daripada pemantauan yang dibuat oleh pengetua.
Pengetua mempunyai kemahiran membuat dan menggunakan borang pemantauan
Google Form yang dinamakan Instructional Walkthrough. Pemantauannya hanya
lima (5) minit sahaja di setiap kelas dan pentadbir dapat membuat pemantauan
hampir kesemua kelas yang dilaluinya. Sekolah Perantisan 1 ini menyedarkan saya
berkaitan teknik pemantauan di sekolah sendiri yang agak tidak konsisten. Jika
difikirkan semula, benarkah kaedah pemantauan yang dilaksanakan selama ini di
sekolah sendiri berkesan?
Saya bercadang untuk mengaplikasikan Instructional Walkthrough, teknik
pemantauan lima minit pada masa akan datang apabila saya kembali berkhidmat di
sekolah. Penyediaan borang bukan menjadi halangan sebaliknya membantu saya
dalam proses memantau. Cara ini juga boleh membantu saya untuk mengenal pasti
pentadbir yang aktif melaksanakan pemantauan sepanjang minggu dan pentadbir
mana yang tidak melaksanakannya. Antara kebaikan Google Form ini adalah boleh
dijana terus dalam bentuk graf. Apabila ada data seperti ini, mudah bagi saya
membimbing atau mengambil tindakan
Perantisan 2
Saya ditempatkan di sebuah sekolah yang sangat berprestij iaitu SMK Tengku
Ampuan Rahimah, Klang atau lebih popular dengan singkatan STAR. Mulanya saya
memilih sekolah ini kerana kejayaan dan namanya yang sering menjadi sebutan.
Tambahan pula dipimpin oleh seorang Pengetua JUSA C iaitu Puan Hajah Haznah
binti Hamzah yang sangat berkaliber dan beliau merupakan Pengerusi Majlis
Pengetua Sekolah Menengah Daerah Klang.
Hasil perbualan dengan PK Pentadbiran, memberi saya idea untuk menyelidik
aspek pengurusan berkaitan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) sekolah tersebut.
Saya berjaya mengesan isu membabitkan pemimpin pertengahan sekolah
memandangkan dua daripada empat orang GKMP ini adalah lantikan baharu.
Bermula dengan bimbingan semakan penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
akhirnya memberi penemuan kepada program intervensi yang dijalankan. Pada masa
membuat analisis persekitaran, saya terfikir GKMP di sekolah sendiri. Adakah mereka
benar-benar mengamalkan semakan yang teliti Fail RPH guru walaupun mereka
sudah cukup berpengalaman? Semua isu ini menyebabkan saya berazam apabila
kembali berkhidmat di sekolah sendiri nanti untuk memantau semakan RPH guru
dengan teliti dan mengadakan Dialog Prestasi bersama GKMP berkaitan semakan
Fail RPH ini.
Pengetua juga sangat gembira dengan program intervensi yang telah saya
jalankan itu kerana dapat membantu meningkatkan kemahiran mencerap dan
34
(Metamorfosis Kepimpinan)
Ulasan Buku
Tugasan ulasan buku sangat berbeza dengan tugasan yang lain. Saya tidak
pernah terfikir bahawa tugasan ini boleh membantu meningkatkan kompetensi
kepimpinan peserta NPQEL Versi 2018. Kebetulan kumpulan saya mendapat buku
bertajuk: “The 21 Irrefutable Laws Of Leadership: Follow Them And People Will
Follow You”. Buku yang mempunyai 21 rahsia amalan kepimpinan yang tidak boleh
disangkal lagi. Pada mulanya apabila mendengar tentang tugasan ini, dalam fikiran
saya memikirkan terjemahannya. Rupa-rupanya aplikasi daripada pengetahuan itu
yang perlu dibuat. Pada pendapat saya pengendalian tugasan ini mengandungi
falsafah yang sangat bijak kerana memberi pengalaman baharu kepada saya.
Buku ini praktikal, jelas dan sangat sesuai untuk semua peringkat atau bidang
kepimpinan. Hukum-hukum kepimpinannya mempunyai etika tersendiri. Selain
menggunakan contoh kehidupan pemimpin lain, penulis juga berkongsi kejayaan dan
kegagalan peribadi pemimpin lain di samping membuat refleksi yang membina. Buku
ini membuatkan saya terfikir, adakah pentadbir di sekolah pernah membaca buku
seumpama ini? Adakah penulis di Malaysia yang mampu menulis buku seperti ini
dan fokus kepada koleksi kejayaan dan kegagalan pemimpin setempat supaya daya
35
(Metamorfosis Kepimpinan)
PENUTUP
Saya sangat gembira dan bersyukur dengan pengetahuan dan pengalaman
kepimpinan yang saya perolehi sepanjang mengikuti kursus NPQEL Versi 2018. Tiada
kursus yang lebih mencabar daripada ini. Tanpa kuliah bersemuka dan tanpa ujian
bertulis. Kami perlu menguasai kompetensi kepimpinan dalam menyelesaikan satu-
satu isu seperti seorang pengetua mempertahankan sekolahnya. Pada pandangan
saya kesemua aktiviti yang disediakan sangat kreatif dan futuristik. Tahniah kepada
semua pensyarah dan urus setia. Saya memang insan bertuah kerana menjadi
perintis kepada program ini. Sokongan penyelia dan rakan sejawat juga membantu
saya untuk kekal teguh meneruskan perjuangan.
Secara keseluruhannya saya teruja kerana berpeluang meningkatkan
kompetensi diri dan tidak sabar untuk meadaptasikan di sekolah nanti terutamanya
36
(Metamorfosis Kepimpinan)
Rujukan
C.Maxwell, J. (1998 & 2007). The 21 Irrefutable Laws Of Leadership : Follow Them
And People Will Follow You. United States Of America: Thomas Nielson, Inc.
37
(Metamorfosis Kepimpinan)
38
(Metamorfosis Kepimpinan)
KEPIMPINAN BERWAWASAN
PENGENALAN
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan
(NPQEL) merupakan satu inisiatif latihan dalam perkhidmatan yang bertujuan untuk
membentuk kumpulan pemimpin pelapis yang bakal menerajui sekolah di seluruh
Malaysia. Keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan profesional pemimpin
secara berterusan menjurus kepada perubahan mod latihan NPQEL Versi 2018 yang
berasaskan kepada penyampaian latihan futuristik dan pentaksiran berpusatkan
peserta.
Latihan NPQEL Versi 2018 merupakan latihan profesional pemimpin yang
berteraskan andragogi dan pembelajaran berpusatkan peserta (participant learning
centred). Aktiviti pembelajaran, pendedahan dan pengalaman dalam kurikulum
NPQEL Versi 2018 adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan 10 kompetensi
kepimpinan pendidikan dan membekalkan para bakal PGB dengan ilmu pengetahuan
yang terkini, membangunkan jalinan hubungan dengan stakeholders dan pendedahan
tentang amalan kepimpinan dan pengurusan dalam situasi sebenar. Mod baharu
ini diolah bersandarkan pengalaman lepas menerusi Model Pembelajaran dan
Pembangunan 70:20:10, iaitu 70 peratus pembelajaran berasaskan pengalaman,
20 peratus pembelajaran sosial dan 10 peratus pembelajaran formal untuk
menyampaikan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) andragogi dan pentaksiran
bagi meningkatkan kompetensi bakal PGB.
Aktiviti-aktiviti Program NPQEL Versi 2018 berusaha membangunkan
penguasaan sepuluh kompetensi kepimpinan pendidikan yang merangkumi berfikiran
strategik, membuat keputusan, memimpin perubahan, menyelesaikan masalah,
memimpin pembelajaran, membangun kapasiti, membina jaringan dan jalinan,
berkomunikasi berkesan, berkepemimpinan dan berkeperibadian tinggi.
Latihan NPQEL bertujuan menyediakan latihan kepada calon pengetua/guru
besar (PGB) novis dengan kompetensi pemimpin berprestasi tinggi, iaitu pemimpin
berwawasan, pemimpin pembelajaran, dan juga pemimpin perubahan yang akan
memberi impak kepada kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid melalui
pembangunan kualiti profesional dan kualiti peribadi seseorang pemimpin. Justeru
itu, setelah dibekalkan dengan 10 kompetensi melalui latihan NPQEL Versi 2018,
dipercayai bakal PGB mampu membawa perubahan kepada tahap pengetahuan,
39
(Metamorfosis Kepimpinan)
PENGALAMAN LEPAS
Sepanjang menjalankan tugas sebagai seorang penolong kanan di sekolah,
saya kerap kali menghadiri bengkel dan latihan untuk memantap ilmu dalam
memanipulasikan pengurusan sekolah. Akan tetapi saya masih merasai kekurangan
dan terdapat kelemahan dalam kemahiran pengurusan sekolah. Oleh yang demikian,
saya mengambil inisiatif untuk memohon mengikuti latihan NPQEL agar membolehkan
saya memperdalam serta mengembang ilmu dan kompentesi menerusi aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan.
Setelah saya berjaya terpilih sebagai peserta NPQEL Versi 2018 Ambilan
1/ 2018, pelbagai soalan muncul dalam fikiran saya bahawa adakah saya mampu
mengikuti kursus NPQEL Versi 2018 ini sehingga ke akhir program? Apakah yang
akan terjadi jika saya tersekat di pertengahan jalan semasa mengikuti Program
40
(Metamorfosis Kepimpinan)
NPQEL Versi 2018 ini dan tidak mampu meneruskannya lagi? Walaupun banyak
persoalan dalam hati kecil saya, namun akhirnya saya mengambil keputusan untuk
mencabar diri sendiri supaya berani berdepan dengan rintangan yang bakal saya
tempuhi semasa mengilkuti Program NPQEL Versi 2018 nanti kerana saya amat
inginkan ilmu kepimpinan untuk mempertingkatkan ilmu saya dalam pengurusan di
sekolah yang pada masa yang sama dapat membantu guru besar dalam pengurusan
pentadbiran sekolah. Maka, saya telah membulatkan tekad dan semangat dan
bersetuju menyertai kursus NPQEL Versi 2018 Ambilan 1/2018 ini.
Prasyarat NPQEL Versi 2018 adalah saya wajib mendapatkan empat lencana
melalui empat (4) modul dalam komponen e-NPQEL iaitu Modul Berwawasan, Modul
Menerajui Perubahan, Modul Mencemerlangkan Organisasi dan Modul Keterampilan.
Setelah memperolehi sijil e-NPQEL, barulah saya dapat meneruskan kursus.
Sungguhpun terdapatnya kekangan dari segi tugas hakiki sebagai Penolong Kanan
HEM akhirnya saya dapat juga menyelesaikankan tugasan e-NPQEL dalam tempoh
kurang tiga (3) hari dan bersyukur kerana berjaya mengikuti kursus NPQEL Versi
2018. Sungguhpun kursus NPQEL Versi 2018 ini amat mencabar fizikal dan mental
namun saya berjaya menempuhinya dengan tabah dan teliti.
Aktiviti-aktiviti melalui Pentaksiran Kompentensi Berasaskan Aktiviti
Bersemuka (TAS), Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Lapangan (TAL)
dan Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Kumpulan (TAK) sepanjang kursus
NPQEL Versi 2018 berjaya memantapkan pemahaman saya terhadap konsep
pengurusan dan kepimpinan dan perbezaan antara pengertian pengurusan dalam
konteks pengurusan kepemimpinan dalam sesebuah organisasi.
Konsep kepimpinan kini lebih dinamik, kompleks dan memerlukan komitmen
yang tinggi. Antara ciri kepengetuaan yang diutamakan adalah aspek pendidikan,
kepimpinan, pengurusan dan kejiwaan.
Oleh yang demikian, sembilan (9) bidang dalam Standard Kompetensi
Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) yang mesti dikuasai oleh guru besar
di negara ini menjadi panduan utama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kursus
NPQEL Versi 2018. Setelah mengikuti kursus NPQEL Versi 2018 ini, saya akan
mengimplementasikan sembilan bidang pengurusan dan kepimpinan sekolah yang
dipelajari, dikuasai secara meluas dalam tugasan kepimpinan organisasi saya.
Sesungguhnya pengalaman yang ditimba dan kemahiran kompetensi daripada
kursus NPQEL Versi 2018 amat bermakna. Kesemuanya membantu saya berperanan
sebagai ejen perubahan dalam pengurusan dan kepimpinan dengan mengubah suai
tindakan dan aktiviti merujuk kepada perubahan persekitaran berpandukan data
dan juga berupaya menggembeleng tenaga orang bawahan untuk melaksanakan
perubahan yang mampu membawa kejayaan kepada organisasi di masa akan
datang. Ilmu pengetahuan dan pengalaman menerusi aktiviti-aktiviti NPQEL Versi
2018 ini akan dimanfaatkan dalam mencemerlangkan organisasi dengan mewujudkan
peluang pembangunan profesional individu dan mengaplikasikan perkongsian amalan
terbaik dengan pihak berkepentingan serta mempamerkan usaha memotivasikan
warga organisasi untuk membina jaringan dan jalinan ke arah penambahbaikan
dan kecemerlangan organisasi. Di samping itu, kursus NPQEL Versi 2018 turut
menyedarkan saya bahawa pemimpin yang kompeten mampu menggalakkan
41
(Metamorfosis Kepimpinan)
DAPATAN AKTIVITI
1. Lawatan Penandaarasan ke Institusi Swasta
Kemajuan sekolah adalah berfungsi secara langsung dengan kepimpinan dan
pengurusan. Menurut (John West, 2010) hampir semua model kemajuan perubahan
dan kualiti didapati jantungnya adalah kehadiran pemimpin yang menunjukkan
tanggungjawab dan amanah sebagai seorang pengetua atau guru besar (PGB)
memerlukan kepelbagaian ilmu dan kekuatan fizikal. Seorang pemimpin perlu
menguasai pelbagai kemahiran untuk menghadapi cabaran yang bakal ditempuhi
dalam organisasi nanti. Maka, peserta NPQEL telah diberi tugasan untuk mendapat
ilmu pengurusan melalui Lawatan Penandaarasan ke Institusi Swasta agar mendapat
manfaat daripada lawatan tersebut. Lawatan Penandaarasan ke Institusi Swasta
yang diadakan pada 28 Jun 2018 ke Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Cultural
Village) telah memberi peluang kepada saya untuk belajar tentang pengurusan dan
kepimpinan yang diamalkan oleh organisasi tersebut.
Melalui aktiviti Lawatan Penandaarasan ke Institusi Swasta, saya berpeluang
mempelajari bahawa sebagai seorang pemimpin, perlu bersikap proaktif dan
berkepimpinan demokratik dalam mengendalikan sesebuah organisasi. Pengurus
Kampung Budaya Sarawak mengamalkan prinsip jalinan mesra dalam organisasi
tersebut telah menyedarkan saya bahawa sebagai pemimpin perlu sentiasa
mengamalkan sifat prihatin terhadap keperluan subordinat serta menjadikan
organisasi tersebut adalah seperti rumah kediaman mereka sendiri sehingga mereka
merasa rela untuk mencurahkan bakti terhadap organisasi mereka.
Lawatan ini turut membuka ruang kepada saya memahami bahawa pemimpin
memerlukan sokongan orang bawahannya. Melalui pengagihan tugas dan kuasa,
semua pihak akan berasa lebih yakin dan berlapang dada dalam menjalankan tugas
masing-masing yang mana secara tidak langsung dapat menjamin operasi organisasi
berjalan dengan lancar dan berdaya maju (Ainon, 2003). Ini menunjukkan pemimpin
demokratik boleh diibaratkan sebagai perangsang kepada kakitangan lain untuk
mempercepatkan pencapaian matlamat melalui pendekatan yang strategik. Oleh
sebab kepimpinannya bersifat membantu, maka pemimpin jenis ini akan sentiasa
dihormati dan dihargai tanpa mengira waktu dan situasi.
Selain itu, pihak pengurusan Kampung Budaya Sarawak turut mementingkan
pengurusan keselamatan dengan melatih sepasukan pegawai keselamatan yang
dapat memberi bantuan kecemasan segera seandainya berlakunya kecemasan
di dalam organisasi mereka. Amalan baik di Kampung Budaya Sarawak ini telah
menunjukkan bahawa seorang pemimpin perlu sentiasa memastikan keselamatan
organisasi dan orang bawahannya terjamin.
42
(Metamorfosis Kepimpinan)
2. Perantisan 1
Aktiviti Perantisan 1 memang mengujakan kerana saya kembali ke persekitaran
sekolah selama tiga (3) hari untuk meninjau dan melihat amalan pengurusan dan
kepimpinan. Di samping meninjau keadaan persekitaran saya juga membuat analisis
untuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran. Pengalaman
semasa di sekolah Perantisan 1 biarpun singkat tetapi amat bermakna kerana
sambutan yang baik oleh pemimpin dan seluruh warga sekolah. Malahan kedatangan
saya juga amat dialu-alukan.
Semasa menjalankan tugasan Perantisan 1 di SJKC Batu Kitang, Kuching,
Sarawak, saya dapat menjalankan proses job shadowing dan pemerhatian dengan
mempelajari cara kepimpinan dan pengurusan pemimpin di sekolah tersebut. Melalui
proses tersebut, saya telah mengenal pasti bahawa sebagai seorang pemimpin kita
haruslah mengamalkan gaya kepimpinan transformasional seperti yang diamalkan
oleh Guru Besar SJKC Batu Kitang. Beliau telah menetapkan matlamat dan
mendorong pasukannya untuk melakukan kerja pada tahap peningkatan yang terbaik
melalui galakan secara berterusan.
Selain itu, seorang pemimpin juga perlu mengamalkan kepemimpinan
membimbing dan memotivasi para pengikutnya menuju arah yang sama seperti
yang telah ditetapkan. Pemimpin harus jelas peranan dan tugas mereka untuk
memastikan guru dan staf sokongan tidak menyimpang dari peraturan dan standard
yang ditetapkan. Beliau terus mengambil tindakan sewajarnya jika peraturan tidak
dipatuhi.
Dapatan Perantisan 1 turut memberi inspirasi, sekiranya saya diberi peluang
untuk menerajui sekolah nanti. Saya akan menentukan matlamat sekolah, mengurus
program pengajaran dan mewujudkan iklim pembelajaran untuk meningkatkan
pencapaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, saya juga akan
mengamalkan gaya kepimpinan partisipatif dalam semua pengurusan sekolah iaitu
penglibatan sepenuhnya dan memantau kelancaran aktiviti sekolah sepanjang masa
serta memberi perhatian yang sama rata terhadap pengurusan hal ehwal murid,
pengurusan kokurikulum dan pengurusan perhubungan luar selain pengurusan
kurikulum agar warga sekolah dapat dibangunkan secara seimbang dari segi
sahsiah,emosi, fizikal dan mental.
Saya turut mengamalkan kepimpinan kemahiran Interpersonal yang dapat
menggunakan sumber dan hubungan luaran untuk memajukan sekolah dalam
43
(Metamorfosis Kepimpinan)
44
(Metamorfosis Kepimpinan)
4. Perantisan 2
Perantisan 2 yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti isu kritikal di
sekolah tersebut menerusi analisis persekitaran dan data yang dikumpulkan. Ini
bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran untuk
menjana strategi bagi menyelesaikan isu dan menyumbang kepada kecemerlangan
organisasi. Satu lagi tugas yang penting adalah job shadowing iaitu mendapatkan
pengalaman secara langsung dengan memerhati cara kerja seorang Guru Besar,
tindakan yang dilakukan serta amalan terbaik yang diimplementasikan sebagai
panduan, ikutan dan model kepada saya apabila dilantik sebagai pemimpin sekolah
nanti.
Setelah menganalisis persekitaran dan data, saya telah mengadakan
perbincangan dengan guru besar di sekolah Perantisan 2 berkaitan dapatan daripada
analisis persekitaran yang telah dilakukan. Saya telah mencadangkan projek yang
ingin diadakan untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. Sehubungan
dengan itu, saya mengadakan perbincangan berulang kali bersama guru besar untuk
menyampaikan cadangan saya kepada beliau. Dalam perbincangan tersebut, saya
turut mempelajari gaya kepimpinan pengurusan daripada guru besar. Contohnya, guru
besar mengamalkan gaya kepimpinan transformasional dengan mengartikulasikan visi
sekolah, membuat penetapan hala tuju sekolah, menentukan sasaran sekolah serta
menyebar luas hala tuju sekolah dengan jelas dan kolektif kepada subordinat demi
meningkatkan sumber daya pemegang taruh dalaman dan luaran untuk bekerjasama
mencapai visi dan misi sekolah. Selain itu, saya dapat mengenal pasti bahawa
guru besar juga mempunyai kompetensi kemahiran strategik dengan menentukan
matlamat jangka panjang serta kaedah-kaedah untuk mencapai matlamat tersebut
demi meningkatkan prestasi akademik murid.
Selain itu, saya akan mempraktikkan amalan guru besar melalui kepimpinan
autentik atau kepimpinan suri teladan (role model) melalui tingkah laku dengan
mempamerkan penampilan diri yang berwibawa seperti hadir awal ke pejabat,
menepati janji yang telah diberikan kepada warga sekolah dan berusaha membangun
potensi diri dan potensi orang bawahannya. Sewajarnya kemahiran berkomunikasi
berkesan, membangun kapasiti, berkepemimpinan dan berkeperibadian tinggi dapat
kita tonjolkan dalam kepimpinan suri teladan. Beliau juga sering memberi nasihat
kepada stafnya supaya selalu menunjukkan penampilan dan teladan yang baik
kerana penampilan guru adalah sentiasa dalam perhatian murid-murid dan komuniti.
Amalan sifat peramah dan gaya kepimpinan partisipatif (participate style) atau gaya
kepimpinan secara turun padang. Guru Besar memantau guru-guru, murid-murid
dan pekerja-pekerja keselamatan dan kebersihan turut menarik perhatian saya untuk
mencontohi nilai murni yang diamalkan beliau.
Gaya kepimpinan beliau merupakan gaya yang pernah saya praktikkan
selama ini contohnya membantu dalam merancang dan mengadakan aktiviti
sekolah seperti Hari Permuafakatan dan Hari Guru. Beliau membantu dalam semua
45
(Metamorfosis Kepimpinan)
aktiviti yang diadakan di sekolah. Melalui temu bual dan analisis data, saya turut
mendapati bahawa guru besar mengamalkan gaya kepimpinan transformasi. Justeru,
kemahiran memimpin perubahan, menyelesai masalah dan membuat keputusan dan
memimpin pembelajaran amat penting. Tindakan yang diambil oleh guru besar harus
menggalakkan guru-guru supaya memperbaiki sebarang kelemahan dan kekurangan
dalam semua bidang.
Selain itu, saya akan mempelajari amalan Guru Besar yang mengamalkan
pemimpin pembelajaran yang prihatin dalam menggubal jadual waktu yang fleksibel
untuk memudahkan guru untuk menimba ilmu, menyediakan ruang yang selesa
untuk pembelajaran guru serta memperuntukkan hari yang khusus untuk perkongsian
ilmu serta menggalakkan sesi perkongsian ilmu dalam kalangan guru. Pada masa
yang sama, gaya kepimpinan keterbukaan Guru Besar di mana beliau sentiasa
berkomunikasi dengan stafnya untuk mengumpul maklumat penting semasa sesi
perkongsian idea turut diadakan supaya dapat memberi bantuan kepada guru-guru
dan staf sokongan dalam mencapai hala tuju sekolah. Tindakan beliau membuka
minda saya untuk mempraktikkan gaya kepimpinan keterbukaan apabila menjadi
pentadbir sekolah nanti.
Kemahiran-kemahiran yang diperoleh melalui pentaksiran kompetensi
berkomunikasi berkesan iaitu mendengar, menyampaikan idea dengan lancar dan
menyakinkan pelanggan serta menerima pandangan orang lain akan saya praktikkan.
Interaksi secara berkesan dengan warga sekolah dalam menyampaikan intipati
mandat amat penting. Impaknya, tugasan akan mudah difahami, jelas dan tepat
bagi mencapai keputusan bersama serta memudahkan projek intervensi di sekolah
Perantisan 2 dijalankan dengan jayanya.
Pelaksanaan program intervensi di sekolah Perantisan 2 telah memberi
kesempatan kepada saya untuk mengaplikasikan kompetensi-kompetensi yang saya
pelajari melalui kursus NPQEL VERSI 2018 ini ke dalam projek intervensi semasa
menjalani aktiviti-aktiviti Perantisan 2. Contohnya, kompetensi berfikiran strategik
dengan berfikiran kreatif, inovatif dan futuristik membolehkan saya mengenal pasti
isu kritikal. Di samping itu, saya boleh membuat penambahbaikan menerusi pelan
intervensi, membuat keputusan berdasarkan data dan memimpin perubahan untuk
membantu sekolah mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik berdasarkan
jangkaan masa hadapan sekolah tersebut telah meyakinkan saya dan menjayakan
projek intervensi di sekolah tersebut.
5. Ulasan Buku
Melalui buku Leadership hasil karya Art Padilla (2013) yang dibaca, saya telah
memperoleh pendedahan yang luas tentang kepemimpinan dan ciri-ciri kepemimpinan
yang boleh dijadikan panduan untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur
dan jantina. Buku ini menyentuh pelbagai dimensi berkaitan aspek kepimpinan yang
positif dan negatif untuk bacaan umum.
Melalui pembacaan ini, saya menyedari bahawa sebagai seorang pemimpin,
saya perlu sentiasa mengamalkan ciri-ciri pemimpin yang positif dan sentiasa
mempraktikkan domain kompetensi seperti yang telah digariskan dalam Modul
NPQEL Versi 2018, misalnya berfikiran strategik. Sebagai seorang pemimpin
46
(Metamorfosis Kepimpinan)
strategik, saya perlu berupaya untuk berfikir secara kreatif, inovatif dan futuristik bagi
menentukan hala tuju organisasi berdasarkan jangkaan persekitaran masa hadapan.
Selain itu, saya juga perlu bersedia untuk membuat keputusan, memimpin perubahan
dan menyelesaikan masalah.
Saya mengetahui bahawa sebagai seorang pemimpin, saya perlu berupaya
membuat pilihan yang relevan dan mempunyai justifikasi berasaskan maklumat
dengan mempertimbangkan pelbagai aspek dan alternatif serta sedar bahawa saya
menggalas tanggungjawab yang berat demi mencapai keberhasilan dan kemenjadian
seorang pemimpin yang berwibawa. Tangggungjawab saya untuk merealisasikan
aspirasi modul NPQEL Versi 2018 yang dilaksanakan pada tahun 2018 demi mencapai
kecemerlangan dan kemenjadian murid di sekolah kelak.
Hasil kupasan daripada buku Leadership menyedarkan saya bahawa, bakal
pemimpin perlu mengetahui selok-belok dalam dunia kepimpinan pendidikan agar
dapat melahirkan pemimpin yang efektif dan berakauntabiliti. Selain itu, buku ini
memberi kefahaman kepada saya bahawa, seorang pemimpin yang baik dan berjaya
adalah pemimpin yang dapat membimbing pasukan subordinatnya dengan terancang
dan sistematik. Seterusnya, pemimpin akan mendapat komitmen daripada pengikut-
pengikutnya dan persekitaran organisasi terhadap usaha yang dilaksanakan untuk
bergerak bersama ke arah matlamat yang disasarkan demi mencapai kecemerlangan
dalam sesebuah organisasi.
PENUTUP
Kesimpulannya, Kursus NPQEL Versi 2018 ini sememangnya memberi
banyak input dan keyakinan kepada saya sebagai seorang bakal pemimpin yang
berprestasi tinggi dalam pengurusan dan kepimpinan di sekolah di masa hadapan.
Sekolah yang berkesan dapat diwujudkan dengan terdapatnya seorang pemimpin
yang berwibawa. Pemimpin merupakan individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi
tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti untuk mencapai matlamat
kumpulan tersebut (Ibrahim Mamat, 2001). Bagi beliau, kepemimpinan merupakan
gabungan sifat-sifat seorang pengarah, pendorong dan pembantu dalam sesebuah
organisasi. Justeru, setelah selesai mengikuti kursus NPQEL Versi 2018, keyakinan
saya meningkat dalam pengetahuan pengurusan dan kepimpinan sebagai bakal
pemimpin yang berkualiti. Sewajarnya saya perlu mematuhi etika sebagai seorang
pemimpin sekiranya berjaya dilantik sebagai seorang guru besar kelak.
Kita sedia maklum, pemimpin berkualiti merupakan faktor penting bagi
mewujudkan sesebuah organisasi sekolah berkesan. Pengetahuan, kemahiran
dan kebolehan yang diperoleh melalui aktiviti-aktiviti dalam kursus NPQEL Versi
2018, memantapkan keyakinan saya untuk memimpin, membimbing dan membawa
warga sekolah ke satu matlamat untuk kecemerlangan organisasi. Amanah yang
dipertanggungjawabkan semestinya akan dinilai sama ada oleh pihak atasan
mahupun orang bawahan saya.
Di samping itu, saya amat perlu menunjukkan teladan yang baik kepada
subordinat di bawah pentadbiran saya. Segala teori dan ilmu yang diperolehi melalui
tugasan ini akan diaplikasikan di sekolah kelak sebagai seorang penjawat awam yang
berdedikasi demi mencemerlangkan organisasi menerusi sokongan dan kerjasama
47
(Metamorfosis Kepimpinan)
daripada warga sekolah dan semua pihak luar yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung.
Adalah diharapkan 10 kompetensi yang telah dikuasai, pengetahuan
dan kemahiran insaniah yang dipelajari melalui kursus NPQEL Versi 2018 dapat
diterjemahkan dalam pelaksanaan tugas sebagai pemimpin berprestasi tinggi
dan memberi keupayaan maksimum untuk saya meningkatkan perkembangan
profesionalisme staf, menyelesaikan masalah yang dihadapi dan memastikan hala
tuju organisasi ke arah kecemerlangan dapat dicapai. Juster, pemimpin berkesan
perlu berfungsi sebagai penentu sempadan bidang kuasa dan tindakan yang wajar
daripada peringkat bawahan sehingga ke peringkat atasan agar organisasi di bawah
pimpinan saya akan berjaya mengalami perubahan ke arah penyempurnaan matlamat
organisasi yang cemerlang.
RUJUKAN
Ainon Mohd. (2003). Teori dan Teknik Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat Kerja.
Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
John West,B.& Fergus O’ Sullivan (2010). Siri Kepemimpinan & Pengurusan Sekolah.
Profesionalisme Di Sekolah Institut Pendidikan. Institut Aminuddin Baki.
48
(Metamorfosis Kepimpinan)
PENGENALAN
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)
Versi 2018 adalah satu program untuk melahirkan pemimpin sekolah berprestasi
tinggi seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-
2015) Anjakan 5. Kualiti kepimpinan sekolah adalah sangat penting dalam memberi
impak kepada keberhasilan murid. Pemimpin cemerlang akan melahirkan murid
yang cemerlang. Sepanjang tempoh kursus selama tiga (3) bulan para peserta telah
didedahkan dengan 10 kompetensi untuk memantapkan pengurusan dan kepimpinan
sekolah. Kompetensi tersebut adalah seperti yang berikut :
PENGALAMAN LEPAS
Sepanjang perkhidmatan saya di sekolah banyak pengalaman, pengetahuan
dan kemahiran mentadbir urus sebagai Penolong Kanan. Usaha untuk memantapkan
dan memajukan sekolah memerlukan saya mempunyai wasasan yang jitu serta
berkeupayaan membuat keputusan. Namun demikian semua pengalaman lepas
saya, tidak mencukupi untuk membangun dan mencemerlangkan sesebuah sekolah
bagi mencapai dan merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM).
49
(Metamorfosis Kepimpinan)
Setelah mengikuti kursus ini selama tiga (3) bulan yang terdiri daripada dua
(2) fasa, iaitu Mod e-NPQEL dan Mod Bersemuka; berfungsi menyediakan bakal
pemimpin pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia. Kursus ini telah banyak
membantu dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada. Sepanjang kursus
ini saya telah mendapat inspirasi bagaimana mencemerlangkan sebuah organisasi
dengan betul dan tindakan yang tepat serta bijak. Kepimpinan merupakan salah
satu faktor yang dianggap penentu dalam kejayaan sesebuah institusi. Kepimpinan
biasanya akan melibatkan dua pihak iaitu orang yang memimpin dan orang yang
dipimpin. Kepimpinan biasanya berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk
dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif
tertentu (Carter, 2007)
Seorang pemimpin harus menguasai dan mengamalkan keempat-empat
domain serta 10 kompetensi dalam mengurus tadbir sekolah. Selain itu, ia dapat
mengupayakan saya berfikiran secara kreatif, inovatif dan futuristik bagi menentukan
hala tuju organisasi. Ia berdasarkan jangkaan persekitaran masa hadapan dan bijak
membuat keputusan serta mampu menjalankan tugas untuk memimpin perubahan.
Justeru pemimpin harus berwibawa menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
sekolah dengan mengenal pasti masalah secara logik, penghakiman dan data untuk
menilai alternatif demi mencapai matlamat organisasi yang dihasratkan. Kemahiran
membina jaringan dan jalinan amat penting untuk berkongsi amalan terbaik dan
berusaha ke arah matlamat yang sama.
Keterampilan seseorang pemimpin penting dalam mencermerlangkan
organisasi. Komunikasi berkesan, berkepimpinan dan berkeperibadian tinggi
mencerminkan seorang pemimpin yang hebat dan disegani oleh orang bawahan.
Sikap hormat menghormati adalah amalan dan nilai mulia yang harus ada pada
seorang pemimpin.
DAPATAN DAN REFLEKSI
Sepanjang kursus ini ternyata bahawa kursus NPQEL mampu melahirkan
pemimpin yang berkualiti tinggi yang bukan sahaja berteraskan ilmu pengetahuan,
berkemahiran, inovatif dan intelektual tetapi berbudaya progresif sejajar dengan
perkembangan serta keperluan semasa. Berikut adalah lima (5) aktiviti yang saya
pilih daripada 10 yang telah dilaksanakan di IAB Cawangan Sabah iaitu :
a. Perantisan 1
b. Perantisan 2
c. Pembentangan Eksekutif
d. Jalinan Pintar Korporat
e. e-NPQEL
Perantisan 1
Dalam aktiviti Perantisan 1 saya telah didedahkan dan mempelajari aspek
kepimpinan dan pengurusan secara hands-on. Aktiviti ini membolehkan peserta
menghubungkait antara amalan dengan teori kepimpinan dan pengurusan sekolah.
Pelaksanaan Perantisan 1 dilaksanakan dalam tempoh tiga hari di sekolah. Seterusnya
saya membuat pelaporan semasa berada di sekolah asal tanpa mengabaikan tugas-
tugas hakiki.
50
(Metamorfosis Kepimpinan)
Terdapat tiga (3) peringkat proses pelaksanaan dalam aktiviti ini; iaitu memilih
sekolah sebagai sekolah perantisan 1 berdasarkan justifikasi faktor pemilihan, berada
dalam daerah yang sama dan dalam lingkungan tidak lebih daripada 25 km daripada
tempat bertugas asal. Perantisan 1 membolehkan peserta mengenal pasti minimum
tiga (3) kekuatan aspek kepimpinan dan pengurusan serta tiga kelemahan aspek
kepimpinan dan pengurusan yang perlu ditambah baik di sekolah asal atau pejabat
bertugas.
Saya perlu membuat refleksi berfokus kepada kepimpinan guru besar yang
boleh dicontohi dengan membandingkan aspek kepimpinan dan pengurusan antara
sekolah asal dan sekolah Perantisan 1. Selain itu kita juga dikehendaki memberikan
cadangan tindakan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh peserta sekiranya
diberi peluang menerajui sekolah. Dapatan saya semasa Perantisan 1 dibentangkan
kepada panel pentaksir. Kompetensi yang ditaksir iaitu membuat keputusan, berfikiran
strategik, berkomunikasi berkesan dan berkeperibadian tinggi.
Perantisan 1 di Sekolah Kebangsaan Masolog banyak mengajar saya
perkara baharu, antaranya gaya kepimpinan dan pengurusan sekolah dan
memberikan pengalaman terutama dalam pelaksanaan Transformasi Sekolah
(TS25). Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan serta
pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran, dan selari dengan hasrat yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malayasia (PPPM) 2013-2025.
Banyak pengalaman yang boleh dicontohi untuk diamalkan bagi mencemerlangkan
sesebuah sekolah.
Perantisan 2
Perantisan 2 dilaksanakan selama 18 hari dalam enam (6) minggu berturut-
turut atau 30 hari bekerja. Perantisan 2 merupakan aktiviti job shadowing pengetua
atau guru besar di sesebuah sekolah. Saya didedahkan tentang tugas sebenar
seorang pemimpin sekolah yang bertindak sebagai ejen perubahan dan berupaya
menambah baik melalui transformasi sekolah. Ini adalah cabaran kendiri kepada
saya agar saya berkompetensi untuk menjadi pemimpin sekolah berprestasi tinggi.
Program ini mendedahkan dan memberi peluang kepada saya mengenal pasti
bidang pengurusan kritikal yang perlu ditambahbaik seterusnya dapat membuat
penambahbaikan di sekolah dengan menggembleng semua keupayaan yang terdapat
di sekolah secara optimum. Di samping itu, saya dapat memerhati dan mengkaji corak
kepimpinan dan pengurusan serta amalan terbaik di sekolah seterusnya mendapat
input sebagai nilai tambah seorang pemimpin kelak.
Perantisan 2 di Sekolah Kebangsaan Ongkilan telah memberikan impak
yang sangat bernilai dan berguna sebagai bakal peneraju di sekolah kelak. Saya
akan mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang berkesan, berfikiran strategik dan
berwawasan, yang diamalkan oleh guru besar sehingga dapat menonjolkan dan
memantapkan Sekolah Kebangsaan Ongkilan di dalam daerah Kota Marudu. Contoh
kepimpinan instruksional menegaskan bahawa terdapat tiga (3) dimensi kepimpinan
instruksional, iaitu mendefinisi misi sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran
serta mempromosikan iklim pembelajaran sekolah. Setiap dimensi mengandungi
beberapa pengkhususan fungsi tugasan yang seterusnya melibatkan kepelbagaian
tingkah laku dan amalan guru besar.
51
(Metamorfosis Kepimpinan)
Peranan guru besar dalam dimensi ini termasuklah penyeliaan dan penilaian
pengajaran, menyelaras kurikulum dan memantau kemajuan pelajar. Penyeliaan
harus dilakukan secara sistematik seperti menyemak buku rekod mengajar guru,
menyelia proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum dan semua
program yang dijalankan. Guru besar harus berbincang dengan guru yang diselia
tentang kekuatan dan kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
membina kemahiran refleksi kendiri guru. Guru besar perlu mempunyai hubungan
yang rapat dengan guru-guru dalam menyelaras kurikulum dan memantau kemajuan
pelajar. Merangkumi aktiviti-aktiviti sama ada akademik atau bukan akademik yang
boleh membantu para pelajar mencapai perkembangan dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Guru besar mempunyai peranan yang aktif dalam menyelaras
kandungan dan aktiviti kurikulum. Namun demikian, dalam berdasarkan Prosiding
“Seminar Kepengetuaan Kebangsaan Ke-V1” – Hala tuju Kepemimpinan Sekolah
Untuk Penambahbaikan Yang Mapan – 10-12 Mac 2009. Institut Kepengetuaan,
Kampus Kota, Universiti Malaya, Kuala Lumpur menjelaskan bahawa di bilik darjah,
guru-guru perlu diberi kuasa (empowerment) dan kelenturan (flexibility) yang
sewajarnya.
Berdasarkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kurikulum dan
pengajaran, guru besar sebagai pemimpin instruksional perlu memastikan pelajar-
pelajar menerima pengajaran sebagaimana yang digariskan dalam dasar pendidikan.
Justeru guru besar perlu membuat pemantauan secara berkala ke kelas-kelas bagi
melihat kemajuan pelajar. Guru besar dalam mempengaruhi dan mewujudkan iklim
sekolah yang boleh mencapai sasaran perlu meletakkan jangkaan yang tinggi
terhadap pencapaian pelajar. Iklim sekolah yang positif amat penting untuk memupuk
budaya pengajaran dan pembelajaran yang positif dan dapat meningkatkan
kualiti sekolah. Peranan utama guru besar dalam penyuburan dan penggalakkan
pembudayaan sebuah organisasi pembelajaran termasuklah mengekalkan
keberadaan, mewujudkan sistem ganjaran yang meneguhkan pencapaian akademik
dan usaha produktif, mengawal waktu pengajaran daripada gangguan luaran. Selain
itu,dapat menggalakkan penggunaan waktu pengajaran yang berkesan di bilik
darjah. Seterusnya dapat mengenal pasti dan mengambil bahagian dalam program
pembangunan staf yang mana kualiti kandungan harus selari dengan penetapan
matlamat tahunan sekolah.
Melalui amalan Kepimpinan Instruksional saya mampu menjadi pemimpin
sekolah yang berkebolehan bukan saja jati diri tapi dapat memimpin organisasi
sekolah menjadi sekolah yang cemerlang. Seterusnya dapat merealisasikan visi dan
misi Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia akan
dapat dicapai dengan jayanya. Hechinger (dalam Davis &Thomas,1989) menyatakan
saya tidak pernah melihat sekolah yang berprestasi tinggi dipimpin oleh pemimpin
sekolah yang rendah prestasinya dan demikian juga sekolah yang rendah prestasinya
dipimpin oleh pemimpin yang berprestasi turun naik. Prestasi sekolah sebenarnya
berkait rapat dengan pemimpin sekolah itu sendiri.
52
(Metamorfosis Kepimpinan)
Pembentangan Eksekutif
Pelaksanaannya pada setiap sesi fasa bersemuka. Para peserta digilirkan
dalam kumpulan yang terdiri daripada empat (4) hingga enam (6) ahli yang berbeza
bagi setiap sesi. Penentuan kumpulan dibuat oleh pihak urus setia. Perbincangan
dalam kumpulan perlu dilaksanakan dengan bimbingan pegawai rujuk sebagai
persiapan sehari sebelum sesi pembentangan dijalankan. Perbincangan secara
formal yang dijadualkan telah dijalankan di dalam bilik kuliah dan sebaliknya boleh
diluar waktu rasmi untuk memastikan peserta dapat menyiapkan tugasan sebelum
ditaksir.
Dalam aktiviti pembentangan eksekutif saya ditaksir bagi mengukur tahap
penguasaan kompetensi berdasarkan aras ukuran rubrik analitik. Pentaksiran ini
dilaksanakan mengikut setiap domain dan kompetensi yang ditaksir. Salah satu
kaedah pentaksiran kompetensi adalah berasaskan aktiviti bersemuka (TAS). Justeru
para peserta perlu membuat pembentangan eksekutif untuk tujuan ini. Bahan
stimulus serta arahan tugasan untuk pembentangan eksekutif disediakan oleh pihak
IAB melalui e-Resos. Perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan secara
individu dijalankan berdasarkan arahan tugasan bagi setiap pembentangan eksekutif.
Semasa perbincangan kumpulan, peserta digalakkan merujuk kepada bahan-bahan
dalam e-Resos dan sumber lain yang berkaitan. Ketua pentaksir akan memberi
taklimat pentaksiran sebelum pembentangan bermula. Setiap peserta diberi masa
tujuh minit bagi setiap pembentangan eksekutif dengan mempamerkan kompetensi
yang telah ditetapkan untuk ditaksir.
Peserta ditaksir oleh panel yang terdiri daripada dua (2) hingga tiga (3) orang
pentaksir. Selepas setiap kumpulan tamat membentang, satu konsensus akan dibuat
oleh panel pentaksir bagi menentukan tahap kompetensi yang dicapai oleh setiap
ahli dalam kumpulan tersebut. Pegawai rujuk akan memberi ruang soal jawab dan
membuat rumusan keseluruhan kandungan yang harus dikuasai dan kompetensi
yang perlu ada pada setiap peserta yang bakal menjadi pemimpin berprestasi tinggi.
Melalui aktiviti Pembentangan Eksekutif para peserta didedahkan bagaimana
bekerjasama, berkolaboratif dan membina kesefahaman serta memupuk hubungan
erat antara ahli kumpulan. Peserta juga dilatih untuk menyelesaikan sesuatu tugasan
dengan kadar yang cepat dengan penyelesaian yang terbaik biarpun dengan masa
yang terhad. Aktiviti ini dapat mendidik para peserta cara pengurusan masa yang
bijak. Pembentangan eksekutif dilaksanakan sebanyak lima (5) kali dan ini memberi
pendedahan dan latihan kepada peserta dalam pengucapan awam dan mengawal
emosi ketika berucap. Dengan kata lain, keyakinan dan kepetahan bercakap di depan
orang ramai adalah amat penting bagi seorang pemimpin.
Melalui aktiviti ini saya mendapati bahawa pembentangan eksekutif memberi
peluang kepada peserta mengembangkan kualiti keterampilan dalam berkomunikasi
berkesan dan berkeperbadian tinggi. Justeru secara langsung ini dapat melatih
diri dan meningkatkan keupayaan menyampaikan dan membincangkan sesuatu
idea dengan berkesan seperti dalam mesyuarat, dialog prestasi dan sebagainya.
Terutama sekali dalam kebolehan mempengaruhi dan melaksanakan tugasan secara
berpasukan mahupun secara individu. Kemahiran ini akan membantu saya dalam
kelancaran menyampaikan idea baharu atau arahan dengan lebih berkesan kepada
53
(Metamorfosis Kepimpinan)
setiap ahli organisasi. Selain itu, aktiviti ini berupaya meningkatkan kemahiran
dalam penyampaian dan membolehkan saya mendengar pandangan ahli organisasi.
Kefahaman yang jelas dalam komunikasi mengelakkan pandangan-pandangan
negatif seterusnya membawa ahli organisasi ke arah pemikiran dan tindakan yang
positif.
54
(Metamorfosis Kepimpinan)
55
(Metamorfosis Kepimpinan)
PENUTUP
Pelaksanaan e-NPQEL yang dijalankan sebelum peserta mengikuti fasa
Mod Bersemuka. Peserta terlebih dahulu telah memperolehi pengetahuan sedia
ada yang diperolehi setelah mengikuti pembelajaran dan ujian pentaksiran dalam
e-NPQEL. Pengetahuan sedia ada ini memudahkan peserta melaksanakan segala
tugasan NPQEL selanjutnya. Seterusnya, dalam Pembentangan Eksekutif saya
telah memperoleh berbagai pengetahuan melalui kompetensi yang diterapkan.
Sebagai contoh dalam Pembentangan Eksekutif 1, peserta ditaksir dalam empat
(4) kompetensi iaitu berfikiran strategik, membuat keputusan, memimpin perubahan
dan berkepimpinan. Sehubungan dengan itu kompetensi tersebut telah diketahui
dan dikuasai oleh peserta. Begitu juga dalam Jalinan Pintar Korporat, peserta akan
didedahkan kepada kompetensi membuat keputusan, menyelesaikan masalah,
membina jaringan dan jalinan serta berkomunikasi berkesan melalui kerja buat dalam
program yang dilaksanakan.
Kesimpulan daripada semua aktiviti yang telah saya telah lalui dalam tiga
(3) fasa selama tiga (3) bulan telah memberikan banyak input yang amat berharga
dan bernilai sebagai panduan dan bekalan kepada seorang pemimpin sekolah kelak.
Kesemua aktiviti atau program yang telah dilaksanakan oleh pihak IAB amat berkesan
dan berjaya mengilap kepimpinan seorang guru besar dalam mempengaruhi
kecemerlangan sekolah melalui 10 kompetensi. Penguasaan semua kompetensi
membolehkan saya menjadi pemimpin sekolah yang berkarisma, futuristik dan
cemerlang. Secara peribadi segala ilmu yang telah saya perolehi amat membantu
dalam mengurus tadbir dan memimpin dalam mewujudkan kecemerlangan sebuah
sekolah. Seorang pemimpin yang cekap dalam mengurus, melaksanakan tugas yang
diamanahkan, boleh mengawal organisasi, menganalisis perubahan yang berlaku
dalam organisasi yang dipimpin dan merancang adalah seorang pemimpin yang
amat diperlukan dalam memastikan kecemerlangan sesebuah organisasi yang
ditadbir Ab.Aziz (2000). Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung penuh kepada
pengurusan pemimpin sekolah yang cemerlang. Oleh itu, saya akan mengaplikasikan
sepenuhnya segala kemahiran dan ilmu dalam membangun dan mencemerlangkan
sekolah kelak bagi melahirkan modal insan yang seimbang seperti mana yang
termaktub dalam Falsafah Pendidikan. Kepimpinan berkesan merupakan faktor
penting dalam mempengaruhi serta menentukan kejayaan dan keberkesanan institusi
pendidikan. Pernyataan ini disokong oleh Najib Razak (2010) & Mohd Shafie Apdal
(2013) pemimpin perlu memastikan modal insan yang lahir mempunyai keperibadian
yang tinggi dan mampu berdaya saing di peringkat global.
56
(Metamorfosis Kepimpinan)
RUJUKAN
Davis ,G.A.,& Thomas, M.A (1989).Effective School and Effective teachers. Boston,
MA: Allyn and Bacon.
Ab. Aziz Yusop.2000. Perubahan dan Kepimpinan, Sintok. Universiti Utara Malaysia
Mohd Shafie Apdal (2013) :Perutusan Sambutan Hari Pendidik. Majlis Amanah
Rakyat MARA, Kuala Lumpur.
57
(Metamorfosis Kepimpinan)
58
(Metamorfosis Kepimpinan)
Karya 7
PENGENALAN
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (National
Professional Qualification for Educational Leaders- NPQEL) merupakan satu inisiatif
latihan dalam perkhidmatan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
bertujuan membentuk satu kelompok pemimpin pelapis yang bakal menerajui institusi
pendidikan, khususnya sekolah ke tahap yang cemerlang. Latihan kepimpinan ini
bermula dari Sijil Kelayakan Profesional Kepengetuaan atau National Profesional
Qualification For Headship (NPQH), NPQEL Mod Baharu dan NPQEL Versi 2018
telah melalui beberapa proses perubahan penambahbaikan kurikulum bersesuaian
dengan keperluan pembangunan profesional pemimpin secara berterusan berteraskan
prinsip andragogi dan pembelajaran berpusatkan peserta.
Bagi memenuhi matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 dalam Anjakan ke-5. Kaedah pendekatan latihan baharu NPQEL Versi 2018
adalah berteraskan kompetensi berbanding kaedah yang berasaskan pengetahuan.
Pelaksanaan NPQEL Versi 2018 menerapkan keperluan tahap kompetensi bakal
Pengetua dan Guru Besar (PGB) yang memenuhi keperluan matlamat dan dasar
pendidikan Negara seperti Akta Pendidikan 1996, Falsafah Pendidikan Negara,
Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Pendidikan 2030, Program Transformasi Sekolah
2015 (TS25) dan lain-lain yang sedang dikuat kuasa.
NPQEL Versi 2018 di bawah tanggungjawab Institut Aminuddin Baki (IAB)
berfungsi melaksanakan latihan menyeluruh kepada bakal-bakal pemimpin yang
berprestasi tinggi iaitu berwawasan, pemimpin pembelajaran dan pemimpin
perubahan yang memberi impak kepada kecemerlangan sekolah dan kemenjadian
murid. Matlamat khusus untuk melahirkan PGB novis yang berprestasi tinggi. Kaedah
penyampaian 70:20:10, iaitu 70 peratus pembelajaran berasaskan pengalaman, 20
peratus pembelajaran sosial dan 10 peratus pembelajaran formal.
PENGALAMAN LEPAS
Pengalaman saya terlibat dalam bidang pengurusan bermula sebagai
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) dan telah berkhidmat dalam bidang
tersebut selama (3) tiga tahun dan yang terakhir sebagai Penolong Kanan Pentadbiran
(PKP) dari tahun 2014 hingga kini. Sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan
59
(Metamorfosis Kepimpinan)
Penolong Kanan HEM, fungsi saya lebih kepada menjalankan tugas-tugas di bawah
sumber kawalan sahaja iaitu melaksanakan tanggungjawab membantu guru besar
mengurus bidang hal ehwal murid, pentadbiran dan kurikulum sekolah terutama
semasa ketiadaan guru besar. Mengikuti kursus NPQEL Versi 2018 banyak memberi
pengalaman, pengetahuan, kemahiran pengurusan dan kepimpinan yang mana telah
diberi pendedahan dan latihan untuk mencapai tahap kompetensi yang tinggi bagi
memastikan setiap individu itu berperanan dan mampu memberi sumbangan untuk
kecemerlangan organisasi.
Sebagai Penolong Kanan HEM yang lebih kepada pengurusan murid, telah
mendidik jiwa saya untuk lebih memahami dan mendekatkan diri saya dengan
mengambil model-model dan teori-teori pengurusan dan kepimpinan yang banyak
didedahkan di dalam modul NPQEL Versi 2018 kepada saya untuk diaplikasikan
mengikut kesesuaian apabila berhadapan pelbagai isu di sekolah. Program ini telah
berjaya membina jati diri saya melalui kompetensi yang ditaksir untuk berhadapan
dengan cabaran masa depan apabila menjadi peneraju utama dalam organisasi
kelak.
Corak kepimpinan saya sebagai pemimpin pertengahan sebelum menjadi
peserta NPQEL Versi 2018, lebih bersifat individu iaitu bekerja sendiri dan kurang
mengamalkan perkongsian tanggungjawab sebagai budaya dalam organisasi. Melalui
kursus ini saya ditekankan untuk menjadikan amalan kesepunyaan tanggungjawab
terhadap organisasi kepada semua warga sekolah. Secara peribadi Kursus NPQEL
Versi 2018 adalah satu program yang berjaya membentuk pemimpin pelapis seperti
saya untuk memastikan perubahan kepada tahap pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran saya serta keupayaan diri menjalankan tugas dan kepimpinan. Kemampuan
saya selepas kursus lebih menyerlah dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
sebagai barisan peneraju sekolah.
Kompetensi yang terkandung di dalam modul ini berjaya mentransformasikan
diri saya dengan elemen-elemen kepimpinan, bersikap positif dan proaktif,
menonjolkan tahap komitmen yang tinggi, meningkatkan keyakinan diri ke tahap
maksimum khususnya kemahiran berkomunikasi, berani membawa perubahan untuk
kecemerlangan organisasi.
Secara keseluruhan program ini sangat penting dan memberi manfaat kepada
saya untuk membuat penambahbaikan serta memantapkan lagi keupayaan diri saya
sebagai bakal pemimpin di sekolah. Kandungan modul memberi impak yang berkesan
kepada saya sebagai persediaan memimpin organisasi yang berfokus kepada
kemahiran mengurus, kepimpinan yang mantap dan berupaya berhadapan dengan
pelbagai situasi, masalah, cabaran peluang semasa memimpin dan bagaimana
saya berfikir, bertindak dengan rasional serta menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan secara kreatif dan inovatif.
60
(Metamorfosis Kepimpinan)
secara kendiri dan sasaran ditetapkan setiap modul. Modul terdiri dari Modul
e-Berwawasan, Modul e-Meneraju Perubahan, Modul e-Mencemerlangkan
Organisasi dan Modul e-Berketerampilan. Modul pembelajaran e-NPQEL dibangunkan
berdasarkan 10 kompetensi yang menggabungkan teori-teori pengurusan dan
kepimpinan yang diaplikasi melalui pelbagai bahan multimedia sesuai konsep
pembelajaran dalam talian. Modul ini dirancang dan direka bentuk sebaik mungkin
daripada aspek isi kandungan dan teknikal bagi memastikan keselesaan para peserta
untuk meneroka serta mendapatkan maklumat dan pengetahuan berdasarkan
pendekatan self-directed learning.
Pelaksanaan e-NPQEL menyediakan keperluan pengetahuan pengurusan
dan kepimpinan kepada bakal pemimpin yang sedang berganjak ke arah gelombang
kedua dalam meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia tertumpu kepada Anjakan
ke-5 untuk memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap Sekolah.
Antara kesan kompetensi yang ditekankan di dalam pembelajaran e-NPQEL secara
keseluruhan domain berwawasan yang mencakupi aspek kepimpinan agar dapat
mengaplikasi kaedah-kaedah dan teori-teori kepimpinan yang sesuai untuk membuat
perancangan strategik, membuat perubahan dalam memupuk budaya kecemerlangan
sekolah dengan prinsip perkongsian tanggungjawab sepunya. Kaedah dan teori
yang terdapat di dalam pembelajaran e-NPQEL sama ada melalui nota atau video,
penilaian memberi pengetahuan dan kemahiran sebagai persediaan awal atau
pralatihan kepada bakal pemimpin yang akan memimpin sekolah akan datang.
Melalui e-NPQEL saya dapati kemahiran ICT amat perlu.
Ujian keberkesanan kefahaman pengetahuan dan kemahiran kepimpinan
tersebut melalui ujian penilaian atau kuiz diberikan untuk mengukur sejauh mana
kefahaman saya. Jika saya lemah dalam penggunaan komputer dan tidak mahir
dalam ICT sudah tentu saya gagal menjawab soalan dalam eNPQEL. Mod e-NPQEL
juga secara keseluruhan memberi banyak kebaikan kepada saya sebagai bakal
pemimpin sekolah dari segi kemahiran ICT, menguji kefahaman kandungan modul
dan submodul yang mencakupi semua aspek dan teori pengurusan dan kepimpinan
merangkumi semua kompetensi kepimpinan untuk diaplikasikan semasa memimpin
organisasi kelak.
Sebagai contoh penarafan atau kedudukan sekolah biasanya diukur
melalui pencapaian peperiksaan umum. Sekolah rendah biasanya diukur melalui
pencapaian UPSR. Justeru sebagai pemimpin instruksional perlu tahu hala tuju
sekolah berdasarkan isu, kekuatan, kelemahan, dan peluang yang ada untuk
menyusun strategik agar dapat merancang program intervensi yang sesuai untuk
kecemerlangan sekolah berdasarkan pencapaian UPSR. Sebagai pemimpin saya
perlu bersedia untuk membuat perubahan berdasarkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran kepimpinan yang terkandung di dalam Mod e-NPQEL.
Kesimpulan melalui aktiviti e-NPQEL saya akan implementasikan amalan
terbaik dalam pengurusan khususnya dalam membuat perancangan strategik
dan penetapan KPI berasaskan kepada model dan teori kepimpinan dalam bidang
pengurusan pentadbiran, pengurusan kurikulum, pengurusan ko-kurikulum,
pengurusan hal ehwal murid, pengurusan sumber manusia dan kewangan sekolah.
Saya merancang untuk membuat semula pelan strategik mata pelajaran yang
61
(Metamorfosis Kepimpinan)
merupakan bidang tugas utama saya sebagai PKP bagi memastikan pelan KPI akan
tercapai serta memenuhi objektif dan matlamat kandungan e-NPQEL dalam program
ini. Saya akan pastikan warga sekolah saya mahir dalam ICT melalui program yang
akan saya laksanakan seperti Program Celik ICT, Kelas Komputer dan lain-lain yang
bersesuaian dengan ICT.
62
(Metamorfosis Kepimpinan)
amalan hidup sihat. Ujian kecergasan eksekutif sangat penting dan perlu dikekalkan
serta menjadi syarat utama ujian kelayakan peserta NPQEL Versi 2018. Pentaksiran
dibuat bagi memastikan matlamat untuk meletakkan pemimpin yang mempunyai tahap
kecergasan, kesihatan dan kesejahteraan diri pada tahap yang sangat baik supaya
mereka dapat memimpin organisasi berprestasi tinggi di sekolah. Saya yakin ujian
kecergasan ini perlu diterapkan kepada semua warga sekolah. Pemimpin sekolah
perlu membudayakan amalan hidup sihat. Buktinya amalan ini mampu menyumbang
kepada produktiviti dan hasil kualiti sesebuah organisasi. KPM telah melaksanakan
dasar budaya hidup sihat dengan memastikan murid juga diadakan ujian kecergasan
melalui ujian SEGAK.
Oleh yang demikian saya sebagai pemimpin yang mempunyai hala tuju dan
berfikiran strategik perlu merancang program gaya hidup sihat yang boleh diaplikasikan
di sekolah. Contohnya, program senaman 10 minit setiap pagi, pameran amalan
pemakanan dan cara hidup sihat, kempen pemeriksaan kesihatan dan persekitaran
sekolah sihat. Program ini boleh dilaksanakan melalui jalinan dengan pejabat
kesihatan atau klinik kesihatan di daerah saya. Saya yakin dengan perancangan
yang baik, perubahan ke arah kebaikan akan mendapat sokongan warga sekolah.
Secara tidak langsung semua warga sekolah dapat meningkatkan kualiti kesihatan
diri dan persekitaran sekolah. Apabila kualiti kesihatan baik hasil kerja juga dapat
dihasilkan dengan berkualiti.
Pembentangan Eksekutif
Pembentangan Eksekutif adalah antara aktiviti yang mesti dijalankan oleh
perserta Pembentangan ini ditaksir secara individu dan peserta perlu membuat
pembentangan mengikut tempoh dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pentaksiran
terhadap peserta mengikut setiap domain dan kompetensi yang ditaksir mengikut
tahap Rubrik Analitik Kompetensi NPQEL Versi 2018. Pembentangan Eksekutif
memerlukan perbincangan dan bimbingan dari pegawai rujuk bagi memastikan
peserta bersedia untuk ditaksir. Peserta diberikan bahan stimulus dan arahan tugasan.
Bahan sokongan untuk pembentangan peserta boleh merujuk di dalam e-Resos atau
bahan lain yang berkaitan. Peserta perlu menghantar bahan pembentangan selewat-
lewatnya sejam sebelum pembentangan. Masa pembentangan diperuntukan selama
tujuh (7) minit. Peserta perlu mempamerkan kompetensi yang ditetapkan yang terdiri
daripada panel pentaksir seramai antara dua (2) hingga lima (5) pentaksir.
Pembentangan Eksekutif ini banyak membantu meningkatkan kompetensi
pemimpin di samping memberi keyakinan kepada saya untuk memberi pendapat
serta menyatakan hasil usaha yang telah saya laksanakan. Antara kompetensi yang
sangat memberi cabaran untuk saya kuasai adalah Berfikiran Strategik, Menerajui
Perubahan, Memimpin Pembelajaran, Membangun Kapasiti serta Membina
Jaringan dan Jalinan. Pemimpin sekolah perlu mempunyai kebolehan meneraju
setiap perancangan dan pelaksanaan pelan strategik yang bertepatan dengan visi
dan nilai organisasi atau hala tuju organisasi. Pemimpin perlu berfikiran strategik,
berkemahiran semasa membuat keputusan, sentiasa menunjukkan pemimpin yang
berani dan yakin dengan perubahan yang dibuat demi kecemerlangan organisasi
serta cekap mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah di dalam
organisasi.
63
(Metamorfosis Kepimpinan)
64
(Metamorfosis Kepimpinan)
Perantisan 1
Aktiviti Perantisan 1 merupakan Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti
Lapangan (TAL). Aktiviti ini memberi peluang peserta NPQEL Versi 2018 untuk
mengamalkan amalan profesional dan beretika dalam bertugas. Aktiviti ini memberi
pengalaman dan pendedahan awal yang sebenar dalam aspek kepimpinan dan
pengurusan sekolah secara hands-on. Melalui aktiviti Perantisan 1 peserta boleh
membuat perbandingan corak pengurusan dan kepimpinan sekolah asal dengan
sekolah Perantisan 1. Peserta juga boleh memperoleh ilmu yang berguna melalui
amalan terbaik pengurusan dan kepimpinan bagi kedua-dua sekolah. Seterusnya
boleh mengaplikasikannya apabila dilantik sebagai peneraju sekolah pada masa
akan datang. Gaya kepimpinan PGB melalui keberkesanan kompetensi yang dimiliki
oleh pemimpin sekolah akan dijadikan contoh atau panduan kelak. Pemimpin sekolah
mestilah mempunyai matlamat dan hala tuju demi kecemerlangan organisasi secara
sepunya bersama organisasinya. Berdasarkan pengalaman, aktiviti Perantisan 1
banyak memberi manfaat kepada saya. NPQEL Versi 2018 berperanan sebagai
langkah awal memberi pendedahan pengalaman sebenar sebagai pemimpin sekolah.
Aktiviti ini mencakupi kompetensi kepimpinan dan memberi peluang untuk saya
membuat penambahbaikan serta merasionalkan gaya kepimpinan PGB mengikut
kesesuaian apabila ditempatkan sebagai pemimpin sekolah.
Saya telah ditaksir melalui pembentangan selama tujuh (7) minit dan perlu
mempamerkan kompetensi membuat keputusan, berfikiran strategik, berkomunikasi
berkesan dan menunjukkan keperibadian tinggi sesuai dengan kompetensi yang
mesti dimiliki oleh pemimpin sekolah. Secara keseluruhan, Perantisan 1 ini memberi
pendedahan dan pengalaman buat saya cara memimpin dan mengurus organisasi.
Sekiranya menjadi guru besar nanti, segala amalan baik, corak kepimpinan dan
program-program sekolah tersebut akan saya aplikasikan. Saya juga perlu bijak
merancang dan melaksanakan program di peringkat sekolah dan dengan pihak luar
seperti jabatan-jabatan kerajaan dan pihak swast dapat membantu sekolah untuk
mengumpul dana demi kecemerlangan sekolah. Contohnya Program Pelabur Bijak,
saya boleh membuat jaringan dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Melalui
program ini saya boleh mewujudkan Kelab Pelabur Bijak. Selain itu, saya akan
memastikan pembantu tadbir kewangan dan penolong-penolong kanan menghadiri
kursus kewangan yang dianjurkan oleh IAB atau INTAN.
Pengurusan Majlis, Protokol dan Etiket
Pengurusan Majlis, Protokol dan Etiket merupakan pentaksiran berasaskan
aktiviti lapangan (TAL) yang berdasarkan rubrik analitik kompetensi. Pentaksiran
dibuat melalui dua aktiviti iaitu amali etiket di meja makan dan pengurusan majlis
rasmi. Aktiviti ini dilaksanakan bagi mempersiapkan bakal pemimpin pendidikan
berhadapan atau menghadiri majlis-majlis rasmi bakal PGB bertanggungjawab untuk
memastikan perjalanan majlis atau program dilaksanakan mengikut protokol yang
sebenar. Peserta akan dinilai dan ditaksir berdasarkan empat (4) kompetensi iaitu
berkeperibadian tinggi, membangun kapasiti, berkepemimpinan dan komunikasi
berkesan. Aspek pentaksiran yang dinilai amat penting kerana banyak majlis
dilaksanakan di peringkat sekolah. Pemimpin yang bertanggungjawab perlu
memastikan setiap majlis berjalan lancar.
65
(Metamorfosis Kepimpinan)
PENUTUP
Program NPQEL Versi 2018 mengandungi aktiviti-aktiviti yang berfungsi
sebagai program intervensi bagi meningkatkan kompetensi PGB dalam meneraju
sekolah. Aktiviti-aktiviti yang terkandung melalui kurikulum NPQEL Versi 2018
merupakan inisiatif latihan bidang kepimpinan dan pengurusan bagi pemimpin
pelapis yang bakal meneraju institusi pendidikan khususnya sekolah kepada tahap
cemerlang. Program NPQEL Versi 2018 merupakan latihan menyeluruh merangkumi
keseluruhan kompetensi kepimpinan yang perlu dicapai pada tahap aras ukuran
rubrik analitik sekurang-kurangnya pada tahap 4 sehingga 5 iaitu tahap lanjutan
66
(Metamorfosis Kepimpinan)
bagi melahirkan pemimpin sekolah atau PGB yang dapat merealisasikan Anjakan
ke- 5 PPPM iaitu PGB yang berwawasan, mampu membawa perubahan yang
berimpak tinggi ke arah kecemerlangan organisasi melalui keterampilan personal
dan professional serta dapat mendukung dasar pendidikan yang memiliki sepuluh
kompetensi pengurusan dan kepimpinan.
RUJUKAN
Haji Gafor Ahmad. (2007) Pergerakan lokomotor. Akses pada 17 Jun 2018
https://www.slideshare.net/arranaim/pergerakan-lokomotor-1466221
Institut Aminuddin Baki. (2009).Couse Directory. National Institute of
Educational Managment and Leardership. Genting Highland.
67
(Metamorfosis Kepimpinan)
68
(Metamorfosis Kepimpinan)
Pengenalan
Program NPQEL Versi 2018, Ambilan 1 telah dilaksanakan mulai 4 April 2018
hingga 29 Jun 2018. Program ini dijalankan untuk melatih bakal-bakal pemimpin
sekolah dengan pengetahuan dan ilmu kepimpinan agar menjadi pemimpin yang
berprestasi tinggi selaras dengan anjakan paradigma sistem pendidikan masa kini.
Para bakal pemimpin pendidikan didedahkan dengan kaedah penyampaian secara
futuristik dan pentaksiran berpusatkan peserta latihan. Para peserta NPQEL juga
telah didedahkan dengan pelbagai kompetensi yang menekankan peranan pengetua
atau guru besar (PGB) sebagai pemimpin yang berwawasan dan berprestasi
tinggi. Pemimpin yang berprestasi tinggi adalah pemimpin yang mampu memimpin
perubahan di samping berperanan sebagai peneraju perubahan dalam memimpin ahli
organisasinya mencapai hasrat yang diperlukan seterusnya memastikan perjalanan
pengurusan sekolah berjalan lancar.
Justeru setelah dibekalkan 10 kompetensi iaitu pemikiran strategik, memimpin
perubahan, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, memimpin pembelajaran,
membangun kapasiti, membina jaringan dan jalinan, berkomunikasi berkesan,
berkepimpinan dan berkeperibadian tinggi, diharap bakal PGB dapat merealisasikan
hasrat PPPM 2013-2025 sebagai pemimpin berprestasi tinggi yang berperanan
menghasilkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Berdasarkan pengalaman
mengikuti Program NPQEL Versi 2018 ini, sebagai bakal PGB pada masa hadapan,
peserta NPQEL perlu berazam akan menjadi seorang pemimpin yang berprestasi
tinggi dan boleh membawa organisasi yang dipimpin ke arah suatu perubahan bagi
memaksimumkan hasil atau kejayaan perubahan yang diingini.
PENGALAMAN LEPAS
Sebagai seorang pemimpin pendidikan selama 10 tahun dan telah
berkhidmat di beberapa buah sekolah, pelbagai pengalaman dalam bidang
pengurusan sekolah telah dilalui. Pelantikan saya sebagai Penolong Kanan
Kokurikulum telah memberi peluang kepada saya untuk membentuk pasukan
kepimpinan sukan yang sangat berkesan sehingga menaikkan nama sekolah di
peringkat kebangsaan. Kejayaan ini merupakan proses membentuk nilai kepimpinan
berkesan sehingga menjadi lebih efisyen sehingga sekarang. Kecemerlangan dalam
membentuk budaya kerja sepasukan semasa menjawat jawatan Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid dan Penolong Kanan Pentadbiran di sebuah sekolah luar bandar, telah
memberi perangsang kepada saya supaya lebih fokus untuk meningkatkan kemahiran
69
(Metamorfosis Kepimpinan)
DAPATAN AKTIVITI
e-NPQEL
Portal e-Pembelajaran NPQEL merupakan Portal e-Pembelajaran IAB yang
menyediakan pembelajaran secara dalam talian untuk dilayari oleh peserta yang
mengikuti program NPQEL Versi 2018. Mod e-NPQEL menggabungkan 10 modul yang
mengandungi teori-teori pengurusan dan kepimpinan dan perlu diselesaikan dalam
tempoh 21 hari. Peserta yang berjaya menyelesaikan aktiviti ini telah dianugerahkan
empat lencana. Komponen e-NPQEL terdiri daripada empat modul yang perlu
dimuat naik dalam web untuk dipelajari dan dilaksanakan aktivitinya secara kendiri.
Terdapat empat (4) modul utama yang perlu diselesaikan dalam tempoh 21 hari yang
diperuntukkan iaitu :
i. Modul e-Berwawasan
ii. Modul e-Menerajui Perubahan
iii. Modul e-Mencemerlangkan Organisasi
iv. Modul e-Berketerampilan
70
(Metamorfosis Kepimpinan)
71
(Metamorfosis Kepimpinan)
PGB bersikap lebih profesional dan berketerampilan tinggi. Tret peribadi yang baik,
mempamerkan gaya kepemimpinan yang cemerlang serta dapat menonjolkan
kemampuan psikologi, semua ini mampu mencapai matlamat organisasi. Kebanyakan
PGB pada masa kini kurang memiliki domain yang telah dibincangkan. Terdapat PGB
yang mengamalkan kepimpinan autokratik iaitu pemimpin membuat keputusan tanpa
berunding dengan ahli pasukan mereka, walaupun input mereka boleh diguna pakai.
Hal ini akan menyebabkan ahli pasukan melakukan arahan atau tugasan secara
paksaan, dan semestinya hasil yang diperoleh juga tidak memuaskan.
Sepanjang pengalaman menjadi pemimpin di beberapa buah sekolah,
saya menyaksikan pelaksanaan e-pembelajaran yang diusahakan oleh pihak KPM
seperti Modul Pembelajaran Kendiri i-THINK yang pelaksanaannya hampir sama
seperti e-NPQEL, telah menyebabkan sebahagian besar guru merasa tertekan
untuk menyiapkan modul ini dalam masa yang ditetapkan. Terdapat juga guru-
guru yang mengambil jalan pintas dengan mengupah rakan-rakan sejawatan untuk
menyelesaikan modul i-THINK tersebut. Hal ini berlaku akibat kurangnya keyakinan
diri. Oleh yang demikian, para peserta NPQEL perlu menghindari sikap ambil mudah,
kerana sikap negatif akan menyebabkan objektif yang disasarkan dalam modul
e-pembelajaran tidak tercapai.
72
(Metamorfosis Kepimpinan)
Perantisan 1
Aktiviti Perantisan 1 telah mensyaratkan peserta NPQEL untuk memilih
sebuah sekolah bagi mempelajari aspek kepimpinan dan pengurusan secara hands-
on. Selain itu, antara kekuatan aktiviti ini adalah memperjelaskan hubung kait antara
amalan dengan teori kepimpinan dan pengurusan sekolah. Berdasarkan pemerhatian
dan kajian lapangan yang telah dijalankan sepanjang tiga hari pelaksanaan tugasan
Perantisan 1 di sekolah, guru besar sekolah ini didapati mengamalkan tiga gaya
kepimpinan iaitu demokratik, autokratik dan laissez-faire berdasarkan situasi semasa.
Gaya kepimpinan ini boleh dicontohi dan dijadikan panduan untuk menjadi PGB nanti.
Di samping itu, terdapat beberapa perkara melibatkan pengurusan boleh dijadikan
panduan apabila saya menjadi pemimpin nanti.
Membina visi, misi dan matlamat sekolah secara menyeluruh dalam kalangan
warga sekolah dan komuniti sekitar merupakan perancangan saya sebagai langkah
pertama selepas menjadi PGB. Semua pemegang taruh akan diberi penerangan
yang jelas dan diminta bersama-sama membantu organisasi sekolah mencapai
misi, visi dan matlamat yang telah ditetapkan. Penetapan Petunjuk Prestasi Utama
(KPI) dalam semua bidang terutama kurikulum, kokurikulum, sahsiah, kewangan
dan pengurusan pentadbiran adalah merupakan langkah seterusnya. Namun,
masih terdapat kekurangan dalam bidang kokurikulum berkenaan penetapan hala
73
(Metamorfosis Kepimpinan)
tuju sekolah. Bidang kokurikulum sepatutnya diberi penarafan yang tinggi dengan
melaksanakan program jangka pendek dan jangka panjang kerana bidang ini
menyokong kuat kejayaan bidang kurikulum. Pelan strategik yang mampan akan
dilaksanakan dengan mengambil peluang atas kebolehan guru-guru dan komuniti
yang sedia ada di sekolah. Sasaran hendaklah ditetapkan pada peringkat yang
tertinggi.
Berdasarkan kapasiti guru-guru yang ramai di sekolah itu, didapati guru-guru
kurang diberi peranan untuk bersama-sama pentadbir membina budaya kolaboratif.
Pembinaan budaya kolaboratif ini boleh dilaksanakan dengan mewujudkan
kumpulan-kumpulan yang dibahagikan mengikut bidang kepakaran masing-masing.
Sukan berprestasi tinggi, kecemerlangan akademik, keceriaan sekolah, ICT dan
Sekolah Berwatak adalah antara bidang yang boleh dipilih. Setiap kumpulan, akan
berkolaboratif semasa mereka dalam proses pembangunan kompetensi berdasarkan
bidang yang diperuntukkan. Aktiviti ini selari dengan kompetensi membina kapasiti.
Pentadbir perlu bersedia untuk menerima pendapat dan berkompromi agar
perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memberi impak yang positif.
Kesimpulannya, dalam Perantisan 1, banyak perkara berkaitan dengan aspek
pengurusan dan gaya kepimpinan dapat dipelajari walaupun dalam jangka waktu
yang singkat.
Perantisan 2
Perantisan 2 merupakan satu aktiviti job shadowing peserta NPQEL di
sesebuah sekolah. Para peserta telah didedahkan dengan tugas sebenar seorang
pemimpin sekolah yang perlu bertindak sebagai agen perubahan dan berupaya
menambah baik melalui transformasi sekolah. Pihak sekolah yang terpilih pula
akan dapat manfaat daripada peserta Perantisan 2 yang akan membantu organisasi
sekolah merancang dan melaksanakan program-program yang telah dikenal pasti
berdasarkan isu dan dapatan sekolah. Pemimpin pertengahan sekolah juga dapat
mempelajari pelbagai strategi dan kaedah yang digunakan oleh peserta Perantisan
2 semasa program ini dilaksanakan di sekolah masing-masing. Aktiviti ini dilihat
sebagai sangat sesuai dan selari dengan kompetensi membangun kapasiti melalui
pembangunan sumber manusia.
Dari segi gaya kepimpinan pentadbir sekolah ini mengamalkan kepimpinan
demokratik. Pentadbir melibatkan diri dalam semua aktiviti dan berupaya membuat
keputusan serta menggalakkan ahli pasukan mempamerkan kreativiti dalam
melaksanakan sesuatu projek. Guru besar memberi sepenuh kepercayaan kepada
pemimpin pertengahan dan bawahan untuk merangka sebarang aktiviti yang
memberi impak yang positif kepada murid dan sekolah. Walau bagaimanapun, gaya
kepimpinan demokratik ini mempunyai kelemahan tersendiri iaitu guru yang kurang
kreatif dan kompeten akan ketinggalan. Hal demikian akan menyebabkan produktiviti
tidak dapat disebar luas secara menyeluruh.
Pentadbir sekolah ini telah membina visi, misi dan matlamat yang boleh
dikongsi bersama kakitangan dan murid-murid agar mereka lebih komited dalam
tugas. Pentadbir telah membina kefahaman dengan semua warga sekolah terhadap
program dan pengajaran di sekolah. Pihak pentadbir juga dapat membina hubungan
74
(Metamorfosis Kepimpinan)
yang baik dengan pemegang taruh tentang visi, misi dan matlamat sekolah. Namun
begitu, pihak sekolah hendaklah merangka visi, misi dan matlamat yang lebih berfokus
dan spesifik kepada kemenjadian murid di sekolah. Misi, visi dan matlamat sekolah
perlu di pamerkan di kawasan sekolah agar penyebarannya lebih meluas. Pemimpin
sekolah dilihat sebagai pemimpin yang mempunyai kompetensi pemimpin perubahan
dan berfikiran strategik yang mantap.
Seterusnya, budaya kolaboratif di antara pentadbir dan pemimpin pertengahan
juga diamalkan oleh kepimpinan sekolah. Guru besar memupuk sikap saling hormat
menghormati dan mempercayai dalam kalangan pentadbir untuk menyelesaikan
sesuatu isu. Barisan pemimpin pertengahan juga mempraktikkan budaya kolaboratif
ini dengan guru-guru untuk pembangunan proses dan menetapkan matlamat proses
secara holistik. Permasalahan komitmen guru-guru untuk mengamalkan budaya
kolaboratif agak kurang. Pentadbir perlu memainkan peranan memupuk budaya ini
terutama dalam perancangan PdPc yang berkesan. PLC merupakan satu kaedah
kolaboratif yang terbaik dan berkesan untuk dipraktikkan di sekolah. Kompetensi
memimpin perubahan dilihat sebagai perlu dimantapkan.
Peranan guru besar adalah memberi sokongan pengajaran kepada guru-
guru. Guru besar harus melaksanakan sokongan pengajaran dengan melakukan
pencerapan pengajaran bilik darjah secara berjadual. Guru besar juga harus
menurunkan tugas ini kepada pemimpin pertengahan sekolah dan seterusnya
memberi nasihat dan tunjuk ajar bagaimana menyelesaikan masalah di bilik darjah.
Guru-guru juga diberi peluang mempelajari amalan pengajaran yang terbaik di
kalangan guru-guru sekolah sendiri atau di sekolah lain. Tindakan ini akan memberi
lebih keyakinan kepada guru untuk melihat kaedah pengajaran yang terbaik dan
mampu dilaksanakan di bilik darjah.
Namun dalam realiti sebenar di sekolah yang telah ditugaskan kepada
saya sebagai pemimpin, terutama sebagai Penolong Kanan Pentadbiran (PKP),
tugas-tugas yang diberikan telah merangkumi sebahagian besar tugas PGB. PKP
memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan program kurikulum dan
berperanan membimbing guru-guru dan AKP untuk mencapai kecemerlangan
organisasi. Aktiviti Perantisan 2 ini, banyak mengajar pelbagai bidang kepimpinan dan
pengurusan daripada pemimpin yang sedia ada dan lebih berpengalaman sebagai
panduan kepada penuli sebagai bakal PGB yang akan mentadbir organisasi sekolah
pada satu hari nanti.
75
(Metamorfosis Kepimpinan)
produktiviti agar mendapat tempat yang teratas dalam hirarki pengurusan. Sebagai
peserta NPQEL, saya dapati perkaitan perkara ini dapat dilihat melalui kompetensi
membangun kapasiti untuk membantu diri saya agar dapat berfikiran strategik, mampu
memimpin pembelajaran, membangunkan kapasiti warga organisasi yang juga
merupakan orang bawahan serta berkeperibadian tinggi. Ini adalah kerana, sebagai
bakal pemimpin pendidikan berprestasi tinggi, saya perlu meletakkan kepentingan
pembangunan sumber manusia sebagai keutamaan di samping menggalakkan
pembelajaran sepanjang hayat dan membudayakan pembelajaran sepasukan.
Pengurusan kepimpinan sekolah dapat mempelajari dan mengambil contoh
pengurusan kepimpinan yang diamalkan oleh pihak swasta ini. Sebagai pemimpin,
guru besar harus memberi galakan dan motivasi kepada semua warga sekolah
terutama guru-guru agar meningkatkan kualiti dan kuantiti kerja agar memperoleh
kepuasan kerja dan penghargaan kepada diri sendiri. Para pemimpin sekolah
juga dapat mengambil pendekatan memberi galakan dan penghargaan kepada
ahli organisasi yang menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang. Penghargaan
bukan sahaja dalam bentuk material seperti hadiah, wang dan sebagainya, tetapi
penghargaan seperti pujian dan sijil penghargaan juga merupakan satu anugerah
yang bernilai bagi seorang ahli organisasi. Peranan dan kepentingan sesuatu
penghargaan yang diberikan kepada ahli organisasi akan membina budaya kerja
yang lebih cemerlang dan seterusnya meningkatkan produktiviti organisasi tersebut.
Sebagai seorang pemimpin organisasi yang telah menjawat jawatan penolong kanan
di sekolah selama 12 tahun, serta bertugas di beberapa sekolah, saya berasa amat
teruja apabila idea lawatan ini dapat dilaksanakan di sekolah. Sepanjang bertugas
di sekolah, lawatan ini jarang dilakukan oleh pihak sekolah tempat saya bertugas.
Hal ini berlaku kerana pihak sekolah menganggap sistem pentadbiran swasta
amat berbeza dengan kepimpinan pentadbiran sekolah. Namun secara realitinya,
sekolah boleh mempelajari pelbagai sistem pentadbiran pihak berkenaan yang
mungkin dapat dijadikan contoh dalam pengurusan sekolah. Sekolah yang diurus
secara bersistematik dan menggunakan pendekatan terkini, akan mewujudkan
iklim kerja yang lebih efisien dan mantap dalam mencemerlangkan organisasi. Oleh
sebab itu, pengurusan sekolah digalakkan mempelajari dan menggunakan kaedah
serta pendekatan pengurusan swasta yang lebih menekankan kualiti hasil produk
dan kebajikkan para pekerjanya. Semua ini dapat membantu pengurusan sekolah
menjadi lebih berdaya maju dan membina iklim pengurusan yang lebih baik daripada
sebelumnya.
PENUTUP
Para peserta NPQEL Versi 2018, perlu memahami peranan sebagai bakal
pengurus dan pemimpin sekolah. Para peserta hendaklah menguasai sepuluh
kompetensi yang telah dipelajari dalam kursus ini iaitu berfikiran strategik, membuat
keputusan, memimpin perubahan dan menyelesaikan masalah yang terdapat dalam
domain menerajui perubahan. Seorang pemimpin perlu ada kompetensi memimpin
pembelajaran, membangun kapasiti dan seterusnya membina jaringan dan jalinan
dalam membangun kecemerlangan organisasi. Para pemimpin pendidikan perlu
membina keterampilan diri berdasarkan kompetensi berkomunikasi yang berkesan,
berkepimpinan yang cemerlang dan berupaya membina keperibadian yang tinggi.
76
(Metamorfosis Kepimpinan)
Pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan telah
memberi pengalaman yang berguna kepada para peserta. Apa yang penting di sini
setiap modul dan tugasan yang disenaraikan di dalam kursus NPQEL Versi 2018
ini sebenarnya membekalkan ilmu kepimpinan dan pengurusan secara langsung
dan tidak langsung melalui hands-on dan pengalaman sebenar kepada para
peserta. Latihan dan program yang disediakan dapat membina keyakinan diri PGB
dalam mengurus organisasi sekolah dengan lebih efisyen serta lebih professional.
Semoga segala aktiviti pembelajaran, pendedahan dan pengalaman semasa kursus
ini berlangsung akan dapat diaplikasikan oleh PGB berprestasi tinggi apabila telah
dilantik menjadi pemimpin sekolah nanti.
RUJUKAN
77
(Metamorfosis Kepimpinan)
78
(Metamorfosis Kepimpinan)
Pengenalan
Pendidikan bertaraf dunia memerlukan usaha mentransformasikan sistem
pendidikan secara komprehensif. Institut Aminuddin Baki (IAB) merupakan salah
sebuah institusi penting Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah diberi
tanggungjawab menyediakan latihan untuk melahirkan pemimpin sekolah berprestasi
tinggi. Justeru, perubahan pendekatan dalam kerangka NPQEL Versi 2018 telah
dibangunkan dengan mengambil kira pembangunan profesional pemimpin secara
berterusan berteraskan prinsip andragogi dan pembelajaran berasaskan kompetensi
(competency-based learning). Kaedah penyampaian latihan 70:20:10 merupakan
gabung jalin antara pengalaman perkongsian idea dan input daripada pembelajaran.
Pentaksiran kompetensi melibatkan aktiviti bersemuka (TAS), aktiviti kumpulan
(TAK) dan aktiviti lapangan (TAL), Perantisan 1 selama tiga (3) hari serta Perantisan
2 selama 18 hari memberikan pengalaman yang amat bermakna dan mencabar
serta memerlukan kepekaan, kecekapan, perancangan dan perbincangan secara
kolaboratif untuk menjayakan setiap aktiviti. Kurikulum NPQEL Versi 2018 ini, telah
meningkatkan kompetensi saya untuk menyediakan diri sebagai bakal pemimpin
sekolah yang berprestasi tinggi. Kegiatan inkuiri penemuan, pembelajaran kendiri
dan interaksi kumpulan dapat membekalkan saya dengan ilmu pengetahuan yang
terkini, membangunkan jalinan hubungan dengan pemegang taruh dan pendedahan
tentang amalan kepimpinan dan pengurusan dalam situasi sebenar supaya dapat
melaksanakan tugas di sekolah dengan lebih berkesan.
Berasaskan 10 aktiviti yang diikuti sepanjang latihan NPQEL Versi 2018 ini,
penulisan karya terpilih dihasilkan sebagai kompilasi refleksi kendiri, pengalaman
dan dapatan aktiviti daripada lima (5) aktiviti yang saya anggap paling berkesan dan
bermakna kepada kerja buat saya sebagai pentadbir di sekolah. Lima (5) aktiviti yang
dimaksudkan adalah e-NPQEL, Pembentangan Eksekutif, Bicara Ilmu, Etiket Meja
Makan dan Perantisan 2. Pendedahan yang diterima berkaitan penggunaan tools dan
model-model pengurusan serta kepimpinan, telah meningkatkan kompetensi saya
dalam berfikiran strategik, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, memimpin
pembelajaran, menerajui perubahan, membangun kapasiti, berkomunikasi berkesan,
membina jalinan dan jaringan serta berkeperibadian tinggi.
79
(Metamorfosis Kepimpinan)
Pengalaman Lepas
Sebelum mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan
Kebangsaan (NPQEL), banyak amalan di sekolah yang selama ini dianggap betul
sebenarnya bertentangan dengan apa yang telah dipelajari dan diterima setelah
mengikuti latihan. Dalam keadaan ini, saya berpegang kepada prinsip membiasakan
yang betul dan membetulkan yang biasa, agar segala gerak kerja yang dibuat selama
ini dirombak mengikut standard dan prosedur yang betul. Contohnya saya kini seorang
Penolong Kanan Pentadbiran yang dipertanggungjawabkan untuk merancang dan
melaksanakan aktiviti berkaitan kurikulum. Tanggungjawab saya hanya menambah
baik setakat peringkat melaksanakan dan tidak ke tahap menilai apatah lagi ke tahap
menambah baik. Ini menyebabkan keberkesanan sesuatu aktiviti itu tidak berkembang
mengikut keperluan semasa dan masa depan.
Peluang mengikuti kursus ini memberikan saya pemahaman yang lebih jelas
tentang konsep pengurusan dan kepimpinan yang membolehkan saya memainkan
peranan lebih besar sebagai agen perubahan dan menjadi pemangkin kepada guru-
guru untuk saling bekerjasama mencemerlangkan organisasi dengan panduan yang
betul dan hala tuju yang jelas. Hal ini jelas sekali diamalkan dalam Pentaksiran
Kompetensi Berasaskan Kumpulan (TAK) kerana kami telah menggemblengkan
idea dan tenaga dalam menjayakan aktiviti kumpulan melalui perkongsian hala tuju
yang jelas. Kejayaannya telah memberi kepuasan secara kolektif dari segi mutu dan
hasil kerja. Secara peribadi, saya berasakan diri berfungsi dalam kumpulan dan
menggunakan segala kemahiran yang ada demi kejayaan kumpulan.
Amalan menilai dan menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran
dalam mengenal pasti isu kritikal, menyedarkan saya tentang langkah awal yang
perlu dilakukan sebagai pemimpin sekolah jika dilantik sebagai guru besar nanti.
Data dan maklumat yang jelas tentang kedudukan sebenar sekolah dalam konteks
mengoptimumkan sumber manusia secara saksama dan agihan yang terancang
bagi menjayakan program melalui pembentukan pasukan kerja yang mantap dapat
saya aplikasikan pada masa hadapan sebagai pemimpin sekolah. Saya belajar
untuk menerima, menghormati, mengiktiraf, menghargai dan memberi sokongan
kepada semua subordinat dalam setiap program sesuai dengan Model ARRAS
yang dikemukakan oleh Yap (2000) iaitu Accept unconditional, Respect, Recognize,
Appreciate dan Support.
Dapatan Aktiviti
e-NPQEL (e-pembelajaran)
Portal e-Pembelajaran menyediakan pembelajaran secara dalam talian
untuk program NPQEL Versi 2018. Tempoh selama 21 hari yang diberikan untuk
menyiapkan tugasan secara atas talian adalah mencukupi namun agak mencabar.
Saya mengambil masa selama tiga (3) hari untuk memahami keseluruhan komponen
yang terdapat dalam e-NPQEL yang terdiri daripada empat (4) modul dengan memuat
turun daripada laman web untuk dipelajari dan dilaksanakan secara kendiri, iaitu:
80
(Metamorfosis Kepimpinan)
Modul Berwawasan
Pemimpin sekolah perlu mempunyai hala tuju yang jelas dan menjadi inspirasi
kepada subordinat dengan memiliki empat (4) kebolehan iaitu mempengaruhi,
memotivasi, pertimbangan kemanusiaan dan intelektual (Ahmad Rafaai, 2017).
Modul ini membuka minda saya untuk menjadi pemimpin sekolah yang berfikiran luas
dan mempunyai hala tuju yang jelas dalam memimpin sekolah. Modul Berwawasan
menjelaskan ciri-ciri kompetensi sebagai pemimpin dengan menyediakan bahan
bacaan wajib, aktiviti dan uji minda. Saya perlu merangka matlamat dan strategi
menggunakan templat yang disediakan manakala aktiviti lapan (8) pula berkaitan
dengan pelan strategik dan pelan taktikal. Walaupun modul ini agak sukar namun
saya diberi satu peluang untuk mempelajari kaedah yang betul menyediakan hala
tuju sekolah bagi memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan.
81
(Metamorfosis Kepimpinan)
yang disarankan dan boleh diaplikasikan di sekolah dengan merujuk bahan bacaan
yang dicadangkan berkaitan Lesson Study, Action Research dan Pembangunan
Profesional Berterusan (KPM, 2010).
Melalui bahan-bahan ini juga saya memperoleh tahap keyakinan untuk menjadi
agen perubahan serta banyak mendapat idea untuk merangka perubahan yang
akan dilaksanakan nanti. Sehubungan dengan itu, saya dapat belajar bagaimana
tindakan kolaboratif dapat dijayakan. Submodul Membina Jaringan dan Jalinan
ini, membolehkan saya mempamerkan kompetensi membina dan memanfaatkan
hubungan baik dengan pemegang taruh untuk membantu sekolah menjadi
organisasi pendidikan yang cemerlang. Hubungan interpersonal merupakan satu lagi
pendekatan penting dalam mencemerlangkan organisasi yang melibatkan hubungan
sesama rakan sealiran dalam bidang yang sama (jaringan) dengan badan-badan
bukan pendidikan atau di luar (jalinan). Kedua-dua konsep ini menyedarkan saya
pentingnya kemahiran berkomunikasi dalam memanfaatkan hubungan interpersonal
yang berkepentingan untuk memajukan sekolah.
Modul Berketerampilan
Modul Berketerampilan merupakan atribut yang perlu dimiliki oleh pemimpin
berprestasi tinggi seperti kemahiran berkomunikasi berkesan iaitu bagaimana
menyampaikan mesej (maklumat, visi dan misi) dengan jelas, menggunakan bahasa
yang mudah difahami. Mengenal pasti ciri-ciri berkepemimpinan dengan merujuk
model-model kepimpinan seperti Model Kepimpinan Transformasional, Model
Kepimpinan Situasi, Model Kepimpinan Autentik dan Model Kepimpinan Distributif.
Pada pendapat saya, model Kepimpinan Transformasional amat menarik
untuk diterjemahkan dalam amalan di sekolah apabila saya menjadi pemimpin nanti,
kerana model ini merupakan pakej yang membentuk imej kendiri sebagai pemimpin
berprestasi tinggi, melibatkan 4I’s iaitu pengaruh ideal (idealized influence), motivasi
inspirasi (inspirational motivation), rangsangan intelektual (intellectual stimulation)
dan pertimbangan individu (individual consideration). Pelbagai kajian tentang ciri-ciri
kepimpinan banyak merujuk aspek-aspek ini, antaranya Ahmad Rafaai (2017) dan
Northouse (2009).
82
(Metamorfosis Kepimpinan)
83
(Metamorfosis Kepimpinan)
perolehan dan bayaran. Ini amat berkaitan dengan kompetensi membangun kapasiti
iaitu memberi penurunan kuasa kepada guru dan kakitangan dalam tugas berkaitan
kewangan dan aset sekolah, berkomunikasi berkesan dengan memberi arahan
yang jelas berkaitan pengurusan kewangan dan aset serta berkepemimpinan iaitu
memantau, membimbing guru dan kakitangan berkaitan pengurusan kewangan dan
aset sekolah secara berterusan.
Slot Pengurusan VLE Frog pula dapat membugar kembali langkah
membudayakan penggunaan VLE Frog yang kian lesu dalam kalangan guru dan
murid di sekolah. Salah satu aplikasi yang boleh digunakan bagi memantapkan
amalan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Kompetensi yang diperolehi daripada
slot ini adalah langkah inovatif dalam memimpin pembelajaran di mana, saya sebagai
pemimpin sekolah harus membudayakan penggunaan sumber pendidikan dan
teknologi untuk dimanfaatkan dalam pembelajaran murid.
Slot Pengurusan Straategi dan Progress Tracking lebih bersifat membangun
kapasiti bagi meningkatkan keupayaan guru-guru untuk memanfaatkan potensi,
menggunakan data dan meningkatkan kemajuan diri secara berperingkat hingga dapat
menguasai kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah. Beliau juga menekankan
bagaimana perkongsian idea dapat membantu menjayakan program transformasi
dan menggerakkan perubahan dengan lebih efektif dan bermakna.
84
(Metamorfosis Kepimpinan)
v. Perantisan 2
Perantisan 2 merupakan aktiviti job shadowing di mana semua peserta NPQEL
Versi 2018 ditempatkan di sebuah sekolah yang terpilih berdasarkan kriteria yang
telah ditetapkan. Aktiviti ini mendedahkan peserta tentang tugas sebenar seorang
pemimpin sekolah yang perlu bertindak sebagai agen perubahan dan berupaya
menambah baik melalui transformasi sekolah.
Sepanjang 18 hari tersebut, saya telah membahagikan masa agar dapat
melaksanakan job shadowing kepada tugas dan peranan guru besar. Di samping
mengenal pasti isu strategik yang boleh diatasi melalui program intervensi yang
bersesuaian melibatkan tindakan membuat analisis persekitaran, mengenal pasti
kombinasi kekuatan dan peluang dalam menjayakan projek menggunakan TOWS
Matrix untuk menentukan isu strategik, mengenal pasti keutamaan melalui Matrix
Ranking sehinggalah merangka tindakan untuk penambahbaikan atau menyelesaikan
masalah.
Dapatan job shadowing ketika di sekolah Perantisan 2 amat memberikan
kesan dan pengetahuan kepada saya tentang tugas-tugas Guru Besar sepanjang
tempoh waktu pejabat selama lapan (8) jam bermula dengan pemantauan kehadiran
guru dan staf serta menyambut kedatangan murid di pintu masuk sekolah. Beliau
juga melakukan rondaan meninjau keadaan sekitar sekolah, mendapatkan laporan
daripada pengawal keselamatan tentang status keselamatan di dalam dan sekitar
sekolah.
Selain itu, beliau meninjau kebersihan penyediaan makanan di dapur dewan
makan sekolah, berinteraksi dengan guru-guru di bilik guru, mempengerusikan
mesyuarat ringkas dengan pentadbir sekolah, mendapatkan maklumat kewangan
sekolah, serta meninjau perkembangan projek bangunan asrama baharu yang sedang
dalam pembinaan oleh pihak kontraktor. Beliau berkomunikasi dengan ibu bapa atau
penjaga murid, melakukan progress tracking terhadap dasar dan polisi yang telah
ditetapkan selain melakukan learning walk atau jelajah pembelajaran untuk meninjau
keberadaan guru-guru dalam bilik darjah dan cara mereka mengendalikan proses
pembelajaran murid.
Saya juga mengadakan perbincangan dan mendapatkan pandangan Guru
Besar yang dilantik sebagai mentor setelah melaksanakan analisis persekitaran dan
mengenal pasti isu kritikal yang hendak dibuat penambahbaikan menerusi pelan
intervensi sepanjang melaksanakan Perantisan 2. Selain itu, saya telah berbincang
dengan mentor mengenai pelaksanaan projek yang akan saya laksanakan di
85
(Metamorfosis Kepimpinan)
sekolah untuk mendapat kerjasama semua guru dan staf di sekolah. Saya juga
memaklumkan kepada beliau akan kehadiran Pensyarah Penyelia pada tarikh yang
telah dibincangkan bersama. Saya rasa gembira dan bersyukur kerana sepanjang
Perantisan 2 dan pelaksanaan program penambahbaikan dibuat, saya telah mendapat
kerjasama yang padu daripada mentor, guru-guru, staf-staf sokongan dan murid-
murid walaupun mereka ketika itu sedang berada dalam mood cuti dan menghadapi
peperiksaan pertengahan tahun.
Sepanjang Perantisan 2 tersebut, saya dapat mengamalkan 10 kompetensi
yang diperlukan dengan jayanya. Pengalaman ini jelas menunjukkan bahawa seorang
Guru Besar haruslah mempunyai serta mempamerkan 10 kompetensi ini pada setiap
masa bagi memastikan kesinambungan dan kelestarian kecemerlangan pendidikan
dapat dibudayakan di sekolah dengan menggembelingkan seluruh usaha semua
pihak yang berkepentingan.
vi. Rumusan
Saya menganggap Institut Aminuddin Baki tempat saya berguru dan menuntut
ilmu amalan pengurusan dan kepimpinan. Latihan ini telah memberikan saya banyak
ilmu dan kemahiran yang diperlukan sebagai seorang pemimpin sekolah dan pengurus
yang berkesan. Untuk mengurus manusia di sekolah nanti, banyak cabaran yang akan
saya hadapi. Untuk menerajui perubahan di sekolah nanti, saya harus berbekalkan
ilmu kepimpinan yang mantap, agar dapat menjalankan fungsi sebagai pemimpin,
pembimbing, pendorong, pemantau, pembuat keputusan, penyelesai masalah dan
pemangkin kepada kecemerlangan sekolah serta mendapat kepercayaan daripada
subordinat yang akan dipimpin kelak.
PENUTUP
Karya terpilih ini merupakan lima (5) koleksi aktiviti yang telah saya jalani dan
memberikan kesan yang mendalam sepanjang mengikuti program NPQEL Versi 2018
ini. Saya berasa sangat bersyukur dan membuat refleksi kendiri, berdasarkan dapatan
saya sebagai peserta. Latihan semasa menjalani program ini sangat memenatkan
dan memberi tekanan, kerana jadual yang terlalu padat dan penuh dengan aktiviti
pentaksiran oleh para pensyarah. Namun, saya rasa amat berbaloi dengan
pengorbanan yang telah dicurahkan kerana saya banyak memperoleh ilmu dan
kemahiran yang boleh saya aplikasikan di sekolah untuk menjadi seorang pemimpin
berprestasi tinggi sebagaimana yang diharapkan. Melalui latihan yang diikuti ini,
saya belajar tentang kesilapan yang pernah saya lakukan ketika menjadi penolong
kanan di sekolah, memberi keyakinan kepada saya untuk menjadi seorang decision
maker yang menggunakan fakta dan sumber yang ada secara betul dengan matlamat
mencemerlangkan organisasi, membangun kapasiti guru-guru dan staf serta memberi
impak kepada proses pembelajaran murid menerusi inisiatif dan pemikiran strategik
yang memanfaatkan hubungan luar dengan pihak-pihak yang berkepentingan
(pemegang taruh) dan agensi yang dapat membantu. Setelah menyelesaikan latihan
ini, saya yakin untuk memikul tugas sebagai pemimpin sekolah yang berkesan dan
menjayakan anjakan ke-5 menjadi pemimpin berprestasi tinggi.
86
(Metamorfosis Kepimpinan)
RUJUKAN
87
(Metamorfosis Kepimpinan)
88
(Metamorfosis Kepimpinan)
PENGENALAN
Aktiviti dalam Program NPQEL memastikan peserta mencapai sekurang-
kurangnya tahap empat (4) dalam setiap kompetensi NPQEL Versi 2018. Kompetensi
tersebut melibatkan 10 kompetensi iaitu berfikiran strategik, membuat keputusan,
memimpin perubahan, menyelesai masalah, memimpin pembelajaran, membangun
kapasiti, membina jaringan dan jalinan, berkomunikasi berkesan, berkepemimpinan
dan berkeperibadian tinggi.
Kesemua kompetensi ini mencakupi empat (4) domain kompetensi yang terdiri
daripada domain berwawasan, menerajui perubahan, mencemerlangkan organisasi
dan berketerampilan. Kesemua aktiviti yang diikuti telah mendidik dan memberi
pengalaman kepada peserta untuk menjadi PGB yang berprestasi tinggi. Dengan
meningkatkan kompetensi diri, peserta telah berjaya untuk mencapai tahap yang lebih
tinggi dari tahap sebelumnya. Perkara ini dilibatkan melalui aktivti lapangan, aktiviti
bersemuka dan aktiviti berkumpulan sepanjang kursus NPQEL Versi 2018 Ambilan 1/
2018 ini berlangsung.
Sepanjang perjalanan aktiviti NPQEL Versi 2018, peserta telah didedahkan
dengan pengetahuan dan pengalaman baru serta input pengurusan yang boleh
meningkatkan kapasiti dan tadbir urus pengetua semasa di sekolah nanti. Aspek
perancangan, pengelolaan, kawalan dan penambahbaikan dititikberatkan dengan
pendedahan untuk melaksanakan kesemua perancangan yang lengkap, sistematik
dan pragmatik. Aktiviti dalam kursus NPQEL Versi 2018 dapat menggarap nilai
potensi peserta sebagai calon PGB yang berprestasi tinggi dengan ilmu dan amali
yang cukup untuk menjadi pengetua yang berwibawa selepas kursus ini tamat.
PENGALAMAN LEPAS
Pengalaman lepas sebagai pentadbir di sekolah menjadi Guru Kanan Teknik
dan Vokasional, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
banyak didasarkan kepada intipati dalam program NPQEL ini. Semasa di sekolah,
sebagai pentadbir dan pengurus, pengalaman menyediakan perancangan tahunan
aktiviti unit seperti perancangan induk sekolah dan perancangan unit HEM sangat
bersesuaian dengan apa yang dilaksanakan dalam program NPQEL ini. Perkara ini
menepati domain berwawasan dan mematuhi kompetensi berfikiran strategik.
89
(Metamorfosis Kepimpinan)
90
(Metamorfosis Kepimpinan)
DAPATAN AKTIVITI
i. Aktiviti e-NPQEL
Aktiviti e-NPQEL melibatkan sesi menjawab secara dalam talian yang
melibatkan empat (4) domain kompetensi iaitu berwawasan, menerajui perubahan,
mencemerlangkan organisasi dan berketerampilan. Dapatan yang diperolehi daripada
aktiviti ini ialah keperluan kepada pengetua untuk menetapkan hala tuju sekolah
seperti yang digariskan dalam SKPMg2. Penetapan ini harus dimulakan dengan
membuat analisis persekitaran bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang
dan ancaman (SWOT) disamping menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI).
Hala tuju sekolah ini harus didokumenkan dan didedahkan kepada pentadbir
kanan, pemimpin pertengahan, barisan guru dan staf. Penetapan KPI dan hala tuju
sekolah ini perlu diikuti oleh kesemua warga sekolah. Perkara ini adalah menepati
kompetensi berfikiran strategik dalam domain berwawasan. Menurut Drucker
(1986) menyatakan bahawa seseorang pengurus sesebuah sekolah seharusnya
mempunyai wawasan dalam menentukan hala tuju sekolah berdasarkan persekitaran
masa hadapan bagi menguruskan organisasi sekolah. Untuk itu, seseorang pengetua
mestilah memiliki sikap kreatif, inovatif dan futuristik dalam menetapkan hala tuju
sekolah. Perkara ini dilihat berdasarkan pandangan jauh seseorang pengetua untuk
mencapai hala tuju yang penting yang harus dicapai oleh sekolah dalam jangka
panjang dan pendek.
Selain daripada itu, dapatan yang diperolehi dalam e-NPQEL adalah penggunaan
pelbagai kaedah serta alat dalam membuat keputusan. Perkara ini memenuhi domain
menerajui perubahan. Melalui pendedahan dalam e-NPQEL ini peserta didedahkan
dengan cara membuat keputusan melalui analisis Pareto. Dengan menggunakan cara
yang sistematik, sebarang analisis penyelesaian masalah dan membuat keputusan
dapat dilakukan secara objektif dan sistematik. Contohnya berkaitan salah laku disiplin,
analisis data salah laku dan analisis Pareto dianalisis terlebih dahulu. Misalnya kes
merokok, sebarang penyelesaian masalah mesti dilakukan berdasarkan keutamaan
dengan menyenaraikan masalah utama agar diselesaikan terlebih dahulu.
Refleksi dan perancangan masa depan yang akan diaplikasikan adalah
membuat keputusan secara sistematik dan objektif. Data perlu diperoleh dan
analisis data perlu dibuat berdasarkan fakta. Kutipan data dan laporan data perlu
dikumpulkan bagi unit-unit tertentu seperti Unit Disiplin dalam kes salah laku disiplin
di atas. Maka setelah analisis dibuat, sudah pasti sebarang tindakan pencegahan
salah laku atau penambahbaikan kes disiplin akan menjadi lebih baik. Selain
daripada itu, penambahbaikan yang boleh dibuat dalam pembangunan organisasi
sekolah dengan menjajarkan semula KPI dan hala tuju sekolah agar bertepatan
dengan iklim dan budaya sekolah. Penambahbaikan ini boleh dilaksanakan melalui
perbincangan dalam mesyuarat pengurusan dan pentadbiran. Sesuatu hala tuju yang
dibuat hendaklah realistik dan mampu dicapai oleh semua warga sekolah.
91
(Metamorfosis Kepimpinan)
92
(Metamorfosis Kepimpinan)
iv. Perantisan 2
Tempoh masa selama enam (6) minggu (18 hari) perlu dilalui oleh peserta
di sekolah perantisan 2. Sepanjang perantisan ini, peserta melaksanakan job
shadowing dengan membuat analisis persekitaran, menjana strategi, memilih strategi,
melaksanakan strategi dan memberi maklum balas serta penambahbaikan melalui
langkah intervensi (rawatan) yang dilaksanakan. Seseorang pemimpin sekolah perlu
merancang dan membuat analisis persekitaran bagi mengenal pasti isu-isu strategik
yang perlu ditangani. Pemimpin sekolah mestilah faham hala tuju organisasi yang
hendak dibawa dalam mewujudkan kecemerlangan organisasi. Pengalaman dalam
93
(Metamorfosis Kepimpinan)
94
(Metamorfosis Kepimpinan)
PENUTUP
Program NPQEL yang melibatkan aktiviti bersemuka, berkumpulan atau
lapangan menyumbang peranan penting kepada kejayaan PGB selepas kursus
NPQEL Versi 2018 tamat. Aktiviti yang dilaksanakan kesemuanya mematuhi 10
kompetensi dalam empat (4) domain kompetensi yang dinyatakan sebelum ini.
Kejayaan program dan aktiviti yang dihayati oleh peserta menampakkan potensi
mereka untuk dilantik sebagai pemimpin berprestasi tinggi apabila ditempatkan di
sekolah nanti. Aplikasi terhadap apa yang telah dipelajari dalam pencarian ilmu
melalui pembacaan, menjawab soalan e-NPQEL, pembentangan dan aktiviti
lapangan memberi pengalaman baharu dan penghayatan terkini elemen kepimpinan
95
(Metamorfosis Kepimpinan)
RUJUKAN
Drucker, P.F., 1986, Management Tasks, Responsibilities, Practices, Fitzhenry &
Whiteside Ltd., Toronto
Jaafar Muhammad, 1993, Asas Pengurusan, Edisi ke-2, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Marzano, Robert J.; Waters, Timothy and McNulty, Brian A., 2005, School Leadership
that Works, Mid-continent Research For Education & Learning, Aurora,
Colorado, USA.
Muhd. Mansur Abdullah, 2002, Komunikasi Dalam Pengurusan, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
96
(Metamorfosis Kepimpinan)
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah Azza wa Jalla kerana dengan limpah kurnia Nya,
penulisan dan penerbitan buku Metamorfosis Kepimpinan yang merupakan koleksi
penulisan karya terpilih peserta Kursus Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan
Kebangsaan bagi Ambilan 1 tahun 2018 telah berjaya direalisasikan. Semuanya ini
tidak akan dapat dihasilkan tanpa kerjasama dan komitmen pelbagai pihak yang
membantu mempercepatkan proses penerbitan ini berjaya dilancarkan sepenuhnya.
Justeru, Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan (PDSP), Institut Aminuddin
Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penulisan ini, khususnya kepada:
Semua panel penilai telah bersidang dalam beberapa siri bagi memilih karya
yang akan diterbitkan seterusnya membuat penyuntingan, pemurnian dan
pemantapan bagi memelihara kualiti penerbitan buku ini.
Semua Pensyarah Pembimbing, Pentaksir, Pegawai Rujuk dan Urus Setia NPQEL
dan Penyuntingan Karya Terpilih.
Semua Guru Besar/Pengetua Mentor yang terlibat berkongsi idea dan memberi
bimbingan kepada para peserta semasa program P1 dan P2,
Semua agensi swasta dan korporat yang turut sama memberikan sumbangan serta
membuat jalinan ketika aktiviti JPK dan LPIS
Serta semua pihak yang turut memberi sumbangan dan kerjasama dalam
penghasilan buku ini baik secara langsung mahupun tidak langsung.
97