Ulasan (Abdul Khalid Amil Hasan)
Ulasan (Abdul Khalid Amil Hasan)
Ulasan (Abdul Khalid Amil Hasan)
-KERJA KURSUS-
KURSUS : SENI DALAM PENGAJARAN SEJARAH
KOD KURSUS : SJHK2092
Seni dalam pendidikan (SDP) adalah seni visual, seni muzik dan seni pergerakan
merupakan kompenen yang penting dalam Pengajaran dan Pembelajaran. SDP tidak
merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera, seni fotografi dan seni
mempertahankan diri. Diperingkat sarjana muda keguruan SDP lebih berfokus kepada
pemahaman, penghayatan dan kritikan. Pelajar diharapkan dapat mengamalkan
pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi
kepekaan, kreativiti, daya imagenasi, untuk mencapai pembelajaran yang optimum,
menyeluruh dan menyeronokkan.
Seni dalam pendidikan membawa maksud pengaplikasian tiga elemen iaitu seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam
SDP terdapat dua teori yang berkait rapat iaitu teori kecerdasan Gardner dan teori
konstruktivisme. Di dalam teori kecedasan penekanan terhadap kecerdasan muzik,
kecerdasan visual dan kecerdasan kinestik-badan digunakan. Manakala, teori
konstuktivisme dikaitkan dengan seni dalam pendidikan kerana melalui teori ini murid
diberi peluang untuk membina kefahaman untuk dipelajari dengan mewujudkan jaringan
antara idea dan fakta yang sedang dipelajari.
2.0 KEPENTINGAN SENI DALAM PENGAJARAN SEJARAH
Seni dalam mata pelajaran sejarah akan membuatkan proses pengajaran dan
pembelajran (PDP) lebih seronok dan mengesankan. Penggabungan seni dalam mata
pelajaran sejarah akan menyebabkan kepelbagaian dalam PDP. Ianya berbeza dengan
kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis
sebagai media penyampaian maklumat yang menyebabkan murid akan merasa bosan.
Seni dalam mata pelajaran juga akan menyebabkan murid berasa selesa dan lebih
mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Sebagai contoh, kaedah pengajaran
secara bermain dapat membina dan menjalinkan hubungan sosial sesama murid.
Melalui kaedah sosiodrama seperti menjadikan murid sebagai watak-watak dalam tajuk
kesultanan Melayu Melaka, secara tidak langsung murid akan melakukan simulasi
ditambah pula mereka akan dapat bekerjasama dalam pembelajaran kumpulan. Ini juga
turut membantu murid meningkatkan nilai murni dalam durI dan juga dapat
meningkatkan motivasi semasa mengikuti PDP.
Selain itu, seni dalam pengajaran Sejarah juga mempu memberikan keyakinan
dan mencungkil bakat murid. seni dalam sejarah dilihat begitu wajar kerana
pembelajaran Sejarah dianggap sedikit membosankan. Ini disebabkan Sejarah
selalunya disampaikan kepada murid dengan menggunakan kaedah penyampaian
cerita ataupun pembacaan daripada buku teks yang telah disediakan. Dengan
penggunaan seni dalam PDP Sejarah, ianya akan memberikan kelebihan untuk
menarik minat pelajar dalam subjek mata pelajaran Sejarah. Sebagai contoh, pelajar
boleh belajar sambil menyanyi, berlakon, melukis dan sebagainya. Dengan itu, bakat
pelajar seperti pandai berlakon, pandai menyanyi, pandai melukis akan dapat diasah
kemudian guru-guru boleh membantu murid untuk mengembangkan lagi bakat mereka
yang sedia ada. Dengan itu, keyakinan pelajar dapat ditingkatkan dalam belajar dengan
menyelitkan seni dalam Sejarah semasa proses PDP.
Tambahan pula, seni visual mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan
kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuan tentang perbezaan
di sekeliling mereka. Pengamatan kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau
membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan murid dalam aspek yang dipelajari
(Brown, 1980). Oleh itu untuk sesetangah topik, lakaran dan lukisan dalam pengajaran
Sejarah sangat membantu mereka.
Seni merupakan perkembangan asas individu yang jika dimanfaatkan dengan baik
ianya akan dapat meransang kepekaan deria yang boleh membantu dalam proses
pengajaran. Berdasarkan teori pembelajaran Maslow, pendidikan diumpakan berada
dalam tahap fisiologi iaitu tahap keperluan asas kanak-kanak. Ini membawa maksud
Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) di dalam bilik darjah bergantung dari sejauhmana
keperluan dan keinginan kanak-kanak dipenuhi. Terdapat beberapa keperluan dan
keinginan kanak-kanak.
Pertama adalah keperluan jasmani dan fizikal yang sihat. Tubuh badan dan
fizikal yang sehat memainkan peranan yang sangat penting dalam proses
pembelajaran. Ini kerana kanak-kanak yang mempunyai tubuh badan yang sihat akan
membuatkan mereka bertambah kreatif dari segi pemikirannya. Oleh yang demikian,
penyediaan makanan untuk anak-anak perlu dititik beratkan bagi menjamin
perkembangan tubuh badan dan fizikal yang sihat. Mengulas keperluan jasmani,
peringkat perkembangan kanak-kanak dilihat begitu pesat. Jika diteliti kanak-kanak
pada peringkat umur 6 hingga 12 tahun merupakan tempoh masa kanak-kanak aktif.
Dalam tempoh masa ini, kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk bersuara dan
bergerak untuk meransang perkembangan jasmani mereka. Untuk melatih otot mereka,
latihan senang dan ringan perlu diberikan secara kerap dan berterusan. Ini kerana pada
peringkat sekolah rendah kanak-kanak belum mempunyai otot-otot yang belum matang.
Untuk itu pergerakan dan seni yang kerap akan dapat mematangkan pergerakan otot
mereka.
Keperluan dan keinginan kanak-kanak yang seterusnya ialah emosi yang stabil.
Emosi kanak-kanak sangat berpengaruh terhadap persekitaran kanak-kanak. Intinya,
pembentukan emosi kanak-kanak sangatlah dipengaruhi oleh ibu bapa dan guru
semasa berinteraksi. Emosi adalah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seorang
terhadap sesuatu benda dan keadaan. Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan
emosi agak cepat berkembang berbanding peringkat prasekolah. Ini disebabkan
semangkin meningkat umur kanak-kanak semangkin meningkat pengawalan emosi
mereka. Pada peringkat kanak-kanak, mereka mula belajar untuk mengenal emosi dan
perasaan orang lain. Didalam seni, kita dapat memahami emosi kanak-kanak memalui
tindakannya semasa membuat kerja. Contohnya, semasa melukis pelajar akan dapat
melukis dengan cantik jika perasaanya stabil cantik dan sebaliknya. Dalam muzik pula
kita akan dapat memastikan emosi dan perasaan kanak-kanak semasa mereka
memainkan alat muzik. Jika mereka menghentak dengan kuat atau membunyikan alat
muzik dengan kuat maksudnya emosi mereka tidak stabil. Oleh itu sebagai seorang
guru kita perlu perlu memastikan emosi pelajar tetap dalam keadaan stabil.
Lain daripada itu, kanak-kanak juga memerlukan kefahaman intelek yang tinggi.
Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun perlu diberikan pendedahan tentang berfikir
sebelum melakukan tindakan. Kanak-kanak pada peringkat umur ini juga telah
menguasai pertuturan dan mula timbul minat membaca. Kefamahan mereka dalam
mendapatkan maklumat dapat diketahui melalui reaksi mereka semasa proses tersebut.
Oleh hal yang demikian, kanak-kanak pada peringkat ini wajar diberikan pendedahan
pembelajaran melalui gerak kerja ataupun pembelajaran beraktiviti. Dalam hal ini juga
mereka digalakkan mencari jawapan kepada persoalan yang timbul dalam fikiran
mereka sendiri. Oleh itu, pembelajaran yang berpaksikan pedagogi masa kini dengan
melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) amat digalakkan semasa PDP.
Supaya pembentukan intelek pelajar dapat dibina dengan baik dan lebih ke hadapan.
Seni dalam pendidikan (SDP) mempunyai tiga elemen utama iaitu seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan. Setiap elemen ini mempunyai kaedah tertentu untuk
digunakan serta diaplikasikan semasa proses pembelajaran. Elemen-elemen ini boleh
diaplikasikan di dalam pengajaran sejarah
Elemen yang pertama adalah seni visual dalam pengajaran sejarah. Seni visual
dalam pendidikan dilihat mampu untuk membantu murid melahirkan kreativiti dalam diri
melalui penajaman imajenasi. Penerapan unsur seni dalam pembelajaran seperti
garisan, ruang dan warna sangat membantu dalam pengajaran sejarah. Misalnya
pelajar yang melakukan aktiviti menggunakan garisan dengan membuat lakaran
bangunan tertinggi KLCC, Jalur Gemilang, potret perdana menteri dan sebagainya.
Untuk unsur ruang, ianya pula melibatkan aktiviti yang boleh diaplikasikan kepada
aktiviti penghasilan projek ataupun Project Base Learning (PBL) . Contoh aktiviti yang
dapat dilakukan terhadap pengajaran sejarah ialah penghasilan model Jalur Gemilang,
permainan tradisi Melayu dan bangunan menara berkembar KLCC umpamanya. Bagi
unsur warna, pengintegrasian dapat berdasarkan tajuk pembelajaran yang sesuai
seperti aktiviti mewarna Bendera yang dapat membantu pelajar untuk lebih memahami
isi pembelajaran. Pengintegrasian elemen seni visual akan meningkatkan
perkembangan insan dan minda pelajar secara holistik dan memenuhi keperluan
psikomotor, emosi psikologi dan fisiologi (KPM, 2013).
Elemen yang kedua adalah seni muzik dalam pengajaran Sejarah. Teknik
nyanyian dalam pengajaran Sejarah adalah merupakan teknik yang sangat membantu
meningkatkan kefahaman dan kemahiran murid. Nyanyian dalam pengajaran sejarah
selalunya berkaitan dengan lagu kebangsaan dan lagu patriotik. Melalui nyanyian yang
menggunakan postur, sebutan dan pernafasan yang betul akan menyebabkan
kemahiran nyanyian dalam diri pelajar dilatih seterusnya pelajar dapat menjiwai lagu
patriotik tersebut. Dengan nyanyian juga, elemen kewarganegaraan dapat diterapkan di
dalam diri pelajar sekaligus menanam perasaan cinta akan tanah air. Tambahan pula,
terdapdat juga teknik muzikal dan gerakan dalam seni muzik yang memberikan pelajar
ruang untuk menzahirkan ekspresi melalui tarian. Contohnya, tarian tradisional yang
ditarikan akan menyebabkan pelajar menghargai tradisi tarian yang pelbagai
seterusnya menanam semangat perpaduan dalam diri mereka.
5.0 RUMUSAN
Intihannya, guru mata pelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran seni
mengajar yang tinggi. Ini kerana, seni dalam pengajaran Sejarah dilihat begitu sangat
membantu dalam proses penyampaian maklumat. Tiga elemen seni iaitu seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan perlalulah digunakan dengan semaksimum yang boleh
bagi meningkatkan lagi teknik mengajar supaya lebih berkesan dan lebih kreatif. Kanak-
kanak adalah Core bussines bagi guru sekolah rendah. Oleh itu, sebagai seorang yang
professional, guru perlunya menggunakan pelbagai teknik pengajaran yang baik, sesuai
dan mencapai objektif pembelajaran. Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun
merupakan insan yang baru belajar. Dalam hal ini, untuk membentuk insan yang
berkualiti, guru perlu mendidik pelajar bukan berpaksikan buku dan pemahaman
sahaja. Bahkan guru perlu mendidik pelajar meragkumi perkembangan kognitif,
perkembangan psikomotor, berkembangan sahsiah dan perkembangan yang
merangkumi. Justeru itu, seni dalam pengajaran Sejarah dilihat begitu sesuai dijadikan
sebagai modus operandi baru dalam pengajaran kerana setiap teknik dan kaedah
pengajarannya bukan sahaja mampu memberikan kefahaman kepada pelajar. Ianya
juga dapat membentuk elemen kewarganegaraan dan dapat meningkatkan kemahiran
murid dalam menuntut ilmu sesuai dengan pedagogi masa kini.
6.0 RUJUKAN
Malaysia. Open University. (2007). HBEF 1403 Seni Dalam Pendidikan. Unitem Sdn.
Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A.
Majdi.(2010). Guru dan Cabaran Semasa. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Subahan Mohd. Meerah dan Syed Ismail Syed Mustapa. (2017). Pedagogi Abad Ke-21.
Sasbadi Sdn. Bhd.
Berita Harian Online - Asmat Fikri. (2012, Januari 28). Galak pelajar hayati seni, budaya: Rais.
Didapatkan dari bharian.com.my dari pautan:
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Galakpelajarhayatiseni_budaya_Rais/Artic
e
Berita Harian Online. (2010, Oktober 26). Kerajaan digesa rangka kaedah pengajaran,
pembelajaran berkesan babit subjek Sejarah. Didapatkan dari bharian.com.my dari
pautan:http://www2.bharian.com.my/articles/Kerajaandigesarangkakaedahpengajaran_
embelajaranberkesanbabitsubjekSejarah/Article/
Abdul Razaq and Isjoni. (2009). Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah.
Siti Hawa binti Mohd Nawawi dan Faridah binti Salam. (2020). Integrasi Seni Visual Dan