DCA 2033 Nota 3
DCA 2033 Nota 3
DCA 2033 Nota 3
NOTA KURSUS 3
SEMESTER SEMESTER 2 DTP SESI 2020
CLO1
Illustrate civil engineering drawing using auto CAD software (C3, PLO1)
HASIL CLO2
PEMBELAJARAN Manipulate knowledge of technical drawing, mathematics, engineering
(COURSE fundamental and current technologies in produce drawing using Auto CAD (P4,
LEARNING PLO2)
OUTCOME)
CLO3
Explain in technical skills in produce drawing using Sketch up or Auto CAD
software (A4, PLO6)
MUKA :
NO KOD DCA 2033 / K 03 / NK 03-06
01 / 10
DCA 2033 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 2 drp : 10
PENGENALAN
Infrastruktur ialah satu set struktur yang bergabung antara satu sama lain lalu membentuk satu
rangka yang menyokong keseluruhan struktur tertentu. Misalnya, infrastruktur pengangkutan
merangkumi landasan kereta api, jalan raya, lapangan terbang, pelabuhan dan elemen-elemen
lain yang bersangkutan dengan pengangkutan. Infrastruktur merujuk kepada kemudahan asas
dan sistem yang digunakan bagi sesebuah negara, bandar, atau kawasan, termasuk
perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan untuk ekonomi berfungsi. Ia biasanya bercirikan
struktur teknikal seperti jalan, jambatan, terowong, pembentung, grid elektrik, telekomunikasi,
dan sebagainya, dan boleh ditakrifkan sebagai "komponen fizikal sistem saling berkaitan yang
menyediakan komoditi dan perkhidmatan yang diperlukan untuk membolehkan, mengekalkan,
atau meningkatkan kualiti hidup masyarakat."
Dalam modul ini pelajar akan diperkenalkan jenis kemudahan infrastruktur seperti :
i. Jalan dan longkang
ii. Sistem bekalan air
iii. Kerja tanah
iv. Sistem pembentungan
Setiap jalan yang dibuat kebanyakannya mengikut kaedah pembinaan MacAdam dimana dilapisi
dengan beberapa lapisan. Di bawah adalah lapisan paling biasa dibuat.
Lapisan paling bawah adalah lapisan subgrade iaitu lapisan tanah asal. Lapisan tanah yang diuji
mestilah mempunyai CBR biasanya melebihi 3% atau 5%. Soil Investigation (biasanya akan
dibuat sebelum masuk tapak) akan dihantar ke Jurutera Geoteknikal (Jurutera teknikal tanah),
untuk dibuat kajian, rawatan apakah yang paling sesuai tanah. Kaedah pembinaan jalan
MacAdam mempunyai kecerunan ke tepi jalan untuk mengalirkan air hujan. Selepas tanah dah
digradekan mengikut kecerunan, jalan tu akan dilapisi dengan subbase. Subbase ini biasanya
terdiri dari lapisan campuran batuan, pasir dan debu yang dipanggil crusher run.
Kaedah membuat asas jalan (roadbase) hampir sama dengan kaedah subbase, cuma roadbase
punya spesifikasi lebih detail dari subbase. Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana,
beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan
DCA 2033 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 3 drp : 10
tanah. Ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban
tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah.
Kita pindah ke proses seterusnya. Proses seterusnya dipanggil priming coat. Satu proses spray
minyak ke atas permukaan batuan roadbase di atas supaya permukaan tersebut kalis air,
sebelum apa2 lapisan berbitumen dihamparkan diatasnya. Proses premix atau menurap jalan.
Biasanya, proses penurapan jalan akan menggunakan mesin penurap (paver machine)
Biasanya terdapat 2 jenis permukaan jalan yang dibina. Bagi jalan yang tinggi di tengah tetapi
rendah di kiri dan kanannya digelar sebagai 'camber'. Manakala bagi jalan yang tinggi di sebelah
kiri atau kanan tetapi rendah di tepi jalan yang sebelah lain digelar pula sebagai 'super
elevation'.
Di dalam kerja Ukur Kejuruteraan bagi kerja tanah /earthwork iaitu kerja-kerja penyediaan tapak
pembinaan samada dalam projek pembinaan bangunan, taman-taman perumahan, empangan
DCA 2033 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 4 drp : 10
dan juga jalan atau lebuhraya, pasti akan ada tempat-tempat tertentu yang perlu dibuat cerun
atau lebih mudah disebut sebagai 'slope'.
Jika kawasan tapak pembinaan itu merupakan kawasan berbukit, apabila melakukan kerja
pemotongan tanah bukit, slope-slope yang perlu dibuat mungkin akan bertingkat tingkat
tingginya. Setiap slope itu akan mempunyai 'gradian' atau 'kecerunan' tersendiri yang telah
ditandakan di dalam pelan oleh jurutera rekabentuk bertujuan menjamin kestabilan tanah bukit itu
selepas kerja pemotongan tanah dilakukan.
Gradian atau kecerunan slope ini akan ditandakan dengan kadar nisbah antara
'ketinggian' dan 'jarak' dari kepala slope ( top ) dengan kaki slope ( toe ).
Dengan merujuk kepada angka gradian nisbah yang telah diberikan seperti contoh di atas,
seorang jurukur perlu mengira dan kemudiannya menandakan dengan tepat dimana letaknya
kepala dan juga kaki slope tersebut.
Bagi slope yang ditandakan dengan gradian nisbah 1 : 1, ini bermaksud bahawa pada setiap
ketinggian 1 meter jaraknya juga adalah 1 meter. Begitu juga jika ditandakan dengan gradian
nisbah 1 : 2, maka pada setiap ketinggian 1 meter jaraknya pula adalah 2 meter.
CONTOH PENGIRAAN
Bagi kerja pembinaan jalan, terdapat juga gradian pada nisbah-nisbah yang tertentu yang akan
menentukan ketinggian antara tengah jalan dengan tepi jalan. Gradian pada jalan adalah bagi
tujuan pengaliran air hujan masuk ke longkang dan juga bagi tujuan keselamatan dan kestabilan
kenderaan apabila melalui selekoh jalan yang panjang.
Biasanya terdapat 2 jenis permukaan jalan yang dibina. Bagi jalan yang tinggi di tengah tetapi
rendah di kiri dan kanannya digelar sebagai 'camber'. Manakala bagi jalan yang tinggi di sebelah
kiri atau kanan tetapi rendah di tepi jalan yang sebelah lain digelar pula sebagai 'super
elevation'.
DCA 2033 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 5 drp : 10
Biasanya jalan dari jenis camber adalah pada jalan lurus manakala jalan jenis super elevation
(atau sering disebut sebagai 'super E' sahaja) pula apabila jalan itu berselekoh panjang samada
ke kiri atau ke kanan.
Gradian untuk pembinaan jalan adalah sama juga dengan gradian bagi pembinaan slope bukit.
Cuma bagi pembinaan jalan kadang-kadang nilai gradian ini tidak ditulis dengan kadar nisbah
antara ketinggian dan jaraknya tetapi ditulis dalam nilai peratusan kecerunan.
Berpandukan gambarajah contoh di atas, gradian kecerunan bagi jalan tersebut telah ditanda
dengan kadar nisbah 1 : 40. Ini bermaksud bagi setiap 1 meter ketinggiannya maka jaraknya
adalah 40 meter. Nisbah 1 : 40 ini juga boleh dituliskan dalam nilai 2.5%.
a. Sistem terus : membekalkan air terus dari paip perkhidmatan ke semua pili.
b. Sistem tidak terus : membekalkan air ke tangki simpanan air yang akan
menyalurkannya semula kepada pili di dalam rumah.
KERJA TANAH
Kecerunan (Slopes)
Kecerunan ditakrifkan dalam kerjatanah ditakrifkan sebagai perubahan ketinggian tanah
dibandingkan dengan jarak datar terlibat. Biasanya dinyatakan dalam bentuk nisbah atau peratus
UNDANG-UNDANG
PENSTABILAN CERUN
STRUKTUR PENAHAN
PEMBETUNGAN
Kawalan kualiti sistem kumbahan hendaklah dijalankan pada semua peringkat pembinaannya.
Pertama sekali, pematuhan bahan dengan norma dan keperluan diperiksa. Selanjutnya, proses
pemasangan sistem akan dipantau. Akhir sekali, ujian pembetungan dijalankan dalam keadaan
yang dipasang sepenuhnya.
Memeriksa kecekapan sistem pembetungan termasuklah:
menguji sistem pembetungan dalaman;
memeriksa kesesakan talian paip;
penentuan keupayaan kerja telaga;
ujian saliran ribut.
Menguji nod
Pematuhan dengan projek diperiksa secara visual. Setiap elemen sistem harus terletak betul-
betul di tempat di mana ia ditunjukkan pada pelan atau lukisan.