CS1 Introduction

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 1
SEMESTER SEMESTER 4 SESI 2019

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI PEMBINAAN

PROGRAME DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN / DTP

KOD / KURSUS DCA 4113 – CONSTRUCTION SURVEY

CONTENT STANDARD 1.0 INTRODUCTION OF SURVEYING

1.1 Definition of Surveying


1.2 Objective of Surveying
1.3 Uses of Surveying
LEARNING STANDARD
1.4 Principle of Surveying
1.5 Type of Surveying Plane Surveying & Geodetic Surveying
1.6 Linear Measurement

Trainee must be able to:


● Classify survey work in construction technology (C3,PLO3)
LEARNING OUTCOME ● React the survey tools and equipment in levelling work based on standard
procedure.(P2,PLO2)
● Discuss in team to prepare survey work based on project given.(A2,PLO5)

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

…………………………………..
…………………………………..
(PENYELARAS KURSUS)
(KETUA PROGRAM)
NO. KOD : DCA 4113 / CS 1 Muka : Drp : 12

1.1 PENGENALAN KERJA UKUR

Ukur merupakan salah satu bidang dalam geomatik yang berkaitan


dengan kerja pengukuran titik-titiik di atas permukaan bumi bagi
menghasilkan rupa bentuk sebenar bumi kawasan tersebut.Apabila titik-
titik yang telah diukur itu diplot di atas kertas lukisan dengan
menggunakan skala yang sesuai bentuk muka bumi semula jadi seperti
bukit, tasik,sungai dan bekas lombong dapat di hasilkan dalm bentuk
pelan atau peta.

Maklumat yang jelas hasil kerja pengukuran ini digunakan dalam


kerja perancangan dan pengawasan projek kejuruteraan awam seperti
jalan raya, landasan kereta api,empangan,stesen janakuasa,lapangan
terbang dan sebagainya.Ukur kejuruteraan merupakan asas yang sangat
penting dalam semua kerja rekabentuk kejuruteraan awam.Semua
pengukuran di buat berpandukan tanda-tanda ukur yang sah seperti tanda
sempadan,tanda ukur kawalan,batu aras dan sebagainya.

Terdapat 3 peringkat dalam kerja pengukuran tanah.Pada


peringkat pertama,sebelum memulakan sesuatu projek pembinaan
juruukur perlu membuat tinjauan awal ke kawasan projek bagi mendapat
gambaran awal keseluruhan kawasan.Hasil tinjauan ini,juruukur dapat
membuat perancangan serta mengenalpasti keperluan terhadap kerja
mengukur.Pada peringkat kedua pula, juruukur akan membuat cerapan
dan pengukuran sebenar. Peringkat ketiga ialah peringkat
mempersembahkan hasil kerja ukur. Pada peringkat ini, semua maklumat
atau data yang diambil semasa membuat cerapan dan pengukuran
sebenar akan di persembahkan dalam bentuk yang diperlukan seperti
buku kerja luar,lampiran proses hitungan,pelan atau peta.
NO. KOD : DCA 4113 / CS 1 Muka : Drp : 12

1.2 TUJUAN KERJA UKUR

Tujuan utama kerja ukur adalah untuk mendapatkan data daripada muka
bumi bagi:

i. Menghasilkan pelan, keratan rentas dan keratan membujur


kawasan projek yang akan di bina.

ii. Menentukan sempadan dan keluasan tapak kawasan yang akan


diukur bagi tujuan menentukan hak milik tapak dan kelulusan
memasuki tapak.

iii. Menentukan isipadu kerja tanah yang terlibat dalam pembinaan.

iv. Memastikan projek yang akan di bina berada di kedudukan yang


betul.

v. Mendapatkan profil tanah kawasan berkenaan dan seterusnya


menentukan pemotongan atau penambakan yang perlu di lakukan.

vi. Menentukan aras tapak, aras lantai serta kedudukan pembinaan


seperti kecerunan saliran dan sebagainya.

vii. Merekodkan kedudukan akhir binaan termasuk sebarang


pembinaan.

1.3 KAEDAH KERJA UKUR DALAM UKUR KEJURUTERAAN

Pelbagai kaedah digunakan untuk kerja pengukuran dalam kejuruteraan


awam. Antaranya ialah ukur rantai, ukur meja, ukur kompas, ukur udara,
penderiaan jauh, ukur aras dan ukur teodelit.

1.3.1 Ukur Rantai - Ukur rantai ialah satu kaedah mengukur jarak lelurus
menggunakan rantai ukur sebagai alat utama.Ukur rantai merupakan satu
kaedah mengukur yang paling mudah kerana peralatan untuk kaedah ini
mudah dikendalikan.Walau bagaimanapun,kaedah ini hanya sesuai untuk
mengambil ukuran bagi kawasan yang kecil, rata dan lapang.
NO. KOD : DCA 4113 / CS 1 Muka : Drp : 12

1.3.2 Ukur Meja - Ukur meja ialah satu kaedah mengukur menggunakan
meja ukur untuk mengambil butiran.Melalui kaedah ini, pelan dapat
dihasilkan dengan cepat dan mudah kerana butiran yang diplotkan
serentak semasa kerja ukur dijalankan.

1.3.3 Ukur Kompas - Ukur kompas merupakan satu kaedah mengukur


jarak dan bearing bagi menghasilkan pelan.Kaedah ini menggunakan
kompas prisma sebagai alat utama untuk mendapatkan bearing, garisan
trabas dan kedudukan objek.Jarak antara stesen dan jarak objek dari
stesen diukur dengan menggunakan sama ada rantai ukur atau pita ukur.

1.3.4 Ukur Aras - Ukur aras ialah kaedah mengukur untuk menentukan
ketinggian sesuatu titik di atas permukaan bumi dari datum.Tujuannya
adalah untuk mendapatkan profil bumi kawasan ukur dengan melukis
pelan keratan rentas dan membujur ini, aras formasi tapak berkenaan
dapat ditentukan dan seterusnya kerja pemotongan dan penambakan
dapat dilakukan.

1.3.5 Ukur Teodolit - Ukur teodolit digunakan untuk mengukur sudut ufuk
dan sudut pugak dari stesen ukur ke butiran dengan tepat.Pengukuran
sudut ufuk boleh dibuat dengan menggunakan penyilang ufuk dan sudut
pugak menggunakan penyilang pugak. Alat teodolit mempunyai teropong
yang dipasang di atas skala bulatan ufuk.Skala ini mempunyai bacaan
sudut dalam darjah, minit dan saat.

1.3.6 Ukur Udara - Ukur udara ialah satu kaedah mengambil ukuran yang
tepat menggunakan gambar yang diambil dari udara.Gambar ini dipanggil
foto udara.Kegunaannya adalah untuk menghasilkan peta topografi atau
pelan.

1.3.7 Pederiaan Jauh - Penderiaan jauh merupakan satu kaedah


mendapatkan data objek yang berada di permukaan bumi atau diruang
udara.Alat penderia ini digunakan untuk mengukur interaksi antara objek
dengan pancaran elektromagnetik.Pengimbas dilengkapkan pada satelit
dan pancaran satelit ini dapat diterima dan di rakan oleh stesen di
bumi.Data digital yang dirakam distesen akan dianalisis dan diproses
dengan menggunakan komputer untuk menghasilkan gambaran kawasan
dipermukaan bumi. Kaedah ini mempermudah dan mempercepatkan kerja
penyediaan peta topografi.
NO. KOD : DCA 4113 / CS 1 Muka : Drp : 12

1.4 PRINSIP-PRINSIP ASAS ILMU UKUR

Prinsip ukur adalah mudah. Untuk menghasilkan pelan atau peta, dua titik
di atas permukaan bumi dipilih dan jarak diantaranya diukur. Jarak di
antara dua titik yang telah diukur kemudian ditukarkan kepada jarak
mengikut skala yang telah dipilih dan dilukis. Garisan tersebut akan
digunakan sebagai asas untuk membuat pengukuran seterusnya.
Pengukuran titik-titik selanjutnya boleh dijalankan dengan salah satu
kaedah berikut :

a) Kaedah ukur rantai – pengukuran titik ketiga dan seterusnya


dijalankan dengan rantai ukur.
b) Kaedah ofset – mengukur titik yang di luar garisan bersudut tepat t
erhadap garisan asas.
c) Kaedah terabas – mengukur jarak dan sudut dari mana-mana titik
asas dengan menggunakan kompas prisma atau tiodolit dan rantai ukur.
d) Kaedah penigasudutan – mengukur sudut-sudut pada setiap titik.

1.4.1 Cabang-Cabang Ilmu Ukur

Ilmu Ukur boleh dibahagikan kepada beberapa cabang dengan mengikut


tujuan seperti berikut :-

a. Ukur Kejuruteraan
b. Ukur Kadaster
c. Ukur Hidrografi
d. Ukur Topografi
e. Ukur Geodetik
f. Astronomi
g. Sistem Penentududukan Global ( GPS )
h. Fotogrametri
i. Penderiaan Jauh.
NO. KOD : DCA 4113 / CS 1 Muka : Drp : 12

(a) Ukur Kejuruteraan

Merupakan asas yang sangat penting dalam semua kerja-kerja


rekabentuk dalam kejuruteraan awam. Semua pengukuran diikat
kepada tanda-tanda ukur yang sah seperti tanda sempadan, tanda
ukur kawalan, batu aras, monumen penyegitigaan, monumen GPS
dan sebagainya yang mempunyai nilai-nilai kawalan mendatar dan
menegak.

Tujuan Ukur Kejuruteraan Ia dijalankan bagi memenuhi keperluan


berikut :

a. Perolehan data-data spatial bumi untuk kegunaan


rekabentuk kerja-kerja kejuruteraan awam.
b. ‘Setting out’ struktur binaan kejuruteraan awam kepada
parameter-parameter yang ditetapkan.
c. Menghasilkan pelan lengkap bagi tujuan kerja-kerja
kejuruteraan.

Jenis-Jenis Ukur Kejuruteraan

i. Ukur kawalan mendatar.


ii. Ukur kawalan menegak.
iii. Penandaan (monumenting).
iv. Kerja-kerja ‘setting out’ untuk jalan, landasan keretapi,
talian paip, parit dan tali air, talian elektrik dan
sebagainya.
v. ‘Cross-sectioning’ dan ‘profiling’
vi. Kontur dan butiran
vii. Pengawalan deformasi struktur-struktur binaan seperti
bangunan, jambatan empangan, pelabuhan dan
sebagainya.

(b) Ukur Kadaster

Ukur kadaster adalah pengukuran bagi tujuan pengeluaran surat


hakmilik tanah termasuklah pengeluaran hakmilik strata dan hak
milik stratum. Tugas-tugas pengeluaran hakmilik tanah di
Semenanjung Malaysia adalah diperuntukan di dalam Kanun
Tanah Negara 1965. Di Sabah tertakluk kepada Ordinan Tanah
NO. KOD : DCA 4113 / CS 1 Muka : Drp : 12

(Sabah Bab 68) dan di Sarawak pula ialah Akta Tanah (Sarawak
Bab 81)

Jenis-Jenis Ukur Kadaster

i. Penentuan sempadan-sempadan negeri, daerah mukim,


bandar dan seksyen.
ii. Pelupusan tanah termasuk tanah desa, bandar dan
kampung.
iii. Pelupusan tanah bawah tanah (Stratum).
iv. Pengambilan balik tanah bermilik.
v. Pecah bahagi, pecah tanah dan penyatuan tanah.
vi. Pecah bahagi bangunan (Strata)
vii. Ukuran kawalan tanah bermilik bagi pengukuran-
pengukuran hakmilik tanah dan kejuruteraan.

Tujuan

a. Pengeluaran surat hakmilik


b. Merizab tanah bagi kegunaan kerajaan seperti
- jalan
- taliair
- landasan keretapi
- takungan air dan sebagainya.
c. Pengambilan balik tanah untuk tujuan awam seperti ;
- sekolah
- masjid
- tanah perkuburan dan sebagainya.
d. Ukur Kawalan

(c) Ukur Hidrografi

Ukur hidrografi dijalankan untuk kegunaan dalam penyusunan dan


penyediaan carta nautika, carta batimetrik, kerja-kerja pembinaan
dan penyenggaraan pelabuhan. Kini kegunaannya lebih meluas
dengan berkembangnya kerja-kerja carigali minyak dan gas asli di
luar pantai. Prinsip pengukuran hidrografi tidak banyak bezanya
dengan ukur tanah. Perbezaan yang ketara adalah pada teknik-
teknik dan peralatan yang digunakan.
NO. KOD : DCA 4113 / CS 1 Muka : Drp : 12

(d) Ukur Topografi.

Ukur topografi adalah pemungutan dan pengumpulan data


mengenai kedudukan dan bentuk paramuka-paramuka di
permukaan bumi samaada semulajadi atau ciptajadi. Ia dijalankan
bagi tujuan untuk mengeluarkan peta topografi dengan skala di
antara 1:25000 hingga 1:1000000 dan peta tematik (peta kegunaan
khusus) untuk kegunaan tentera. Antara kaedah-kaedah yang
digunakan di dalam ukur topografi ialah Ukur Aras, Tekimetri, Meja
Datar, Fotogrammetri dan Penderiaan Jauh.

(e) Ukur Geodetik

Merupakan pengukuran permukaan bumi bagi menentukan bentuk


permukaan bumi dengan menggunakan peralatan yang berkejituan
tinggi. Prinsip ukur geodetik adalah dari keseluruhan kepada
sebahagian. Satu jaringan utama dengan ketepatan paling tinggi
yang meliputi sesebuah negara perlu dibentuk. Jaringan itu
kemudiannya akan dipecahkan kepada jaringan penyegitigaan
peringkat kedua dan seterusnya peringkat ketiga sehingga terdapat
titik kawalan yang mencukupi bagi sesebuah negara. Hasil
daripada kerja ukur geodetik juga dapat membentuk satu elipsoid
yang paling sesuai bagi sesuatu kawasan.

(f) Astronomi

Dalam bidang astronomi khusus bagi ukur tanah, cerapan


dijalankan ke atas ‘heavenly bodies’ seperti matahari, bulan dan
bintang bagi menentukan posisi di permukaan bumi dalam bentuk
latitud dan longitud astronomi, seterusnya mendapatkan azimut
bagi mengawal azimut pada titik di bumi. Nilai cerapan, hasil
perhitungan dan lain-lain data yang digunakan adalah dalam
bentuk sudut.

(g) Sistem Penentududukan Global (GPS)

Sistem Penentududukan Global (GPS) adalah satu kaedah canggih


dalam menentukan kedudukan di atas bumi. Ia terdiri dari alat
penerima (receiver) yang boleh menerima isyarat dari satelit-satelit
yang dilancarkan ke angkasa lepas khusus bagi tujuan
penentududukan. Sateli tersebut berada dalam edaran orbit di
NO. KOD : DCA 4113 / CS 1 Muka : Drp : 12

angkasa lepas. Salah satu kaedah penentududukan adalah dengan


mengesan sekurang-kurangnya 4 satelit berkenaan. Data yang
diterima diproses dengan komputer bagi mendapatkan nilai posisi
sesuatu stesen GPS itu dalam 3 dimensi. Kaedah ini telah
digunakan untuk mempertingkatkan mutu kordinat–kordinat
jaringan titik kawalan negara yang dahulunya ditentukan dengan
kaedah konvensional.

(h) Fotogrametri

Penggambaran udara merupakan kaedah penderiaan jauh yang


paling awal diperkenalkan. Penggambaran dijalankan dengan
kamera khas yang dipasang pada pesawat terbang yang stabil
seperti kapalterbang dan helikopter. Ketinggian penerbangan
sewaktu penggambaran adalah bergantung kepada skala foto yang
akan dihasilkan. Biasanya skala foto udara yang diperlukan adalah
1:40,000 bagi skala kecil dan 1:5,000 bagi kala besar. Saiz foto
udara yang biasa adalah 23cm x 23cm. Penggambaran adalah
dalam hitam putih atau warna mengikut keperluan. Pengukuran
dan penterjemahan foto udara dilakukan dengan menggunakan
alat-alat stereoskop dan ‘stereoplotter’. Susunan foto-foto udara
yang telah dibetulkan (rectified) dengan alat yang khusus
menghasilkan mozek dan peta foto. Maklumat dari gambar udara
juga digunakan untuk menyediakan peta.

(i) Penderiaan Jauh

Penderian jauh adalah kaedah pemungutan data mengenai objek


atau bahan di permukaan bumi atau ruang udara dengan alat
penderia (sensor) dari platform yang terletak jauh dari objek itu.
Dengan pelancaran satelit-satelit yang dilengkapkan dengan
penderia (sensor), isyarat daripadanya dapat diterima dan dirakam
di stesyen-stesyen bumi. Data digital yang dirakam boleh dianalisis
dan diproses dengan komputer untuk menghasilkan gambaran
(imageri) kawasan-kawasan di permukaan bumi. Imegeri-imegeri
dari ‘airborne’ dan ‘space borne’ boleh digunakan untuk
menyediakan peta topografi, peta tumbuhan, peta geologi dan
sebagainya. Memandangkan kesesuaian aplikasi penderiaan jauh
adalah dalam bidang ukur tanah, teknologi yang canggih ini telah
diterima sebagai salah satu disiplin dalam ilmu ukur
NO. KOD : DCA 4113 / CS 1 Muka : Drp : 12

1.4.2 Peringkat Asas Kerja-Kerja Ukur

Pada keseluruhannya kerja ukur boleh dibahagikan kepada tiga


peringkat asas :-

a. Ukuran Tinjauan

Tinjauan ke atas kawasan yang hendak diukur adalah perlu


untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kawasan. Hasil
tinjauan ini membolehkan perancangan dibuat dan
mengenalpasti keperluan mengenai pengukuran yang hendak
dijalankan.

b. Cerapan Dan Pengukuran Sebenar

Menentukan semua perkara yang perlu dalam menentududukan


kawasan serta saiz bentuk rupabumi samada semulajadi atau
ciptajadi di atas permukaan bumi kawasan tersebut.

c. Persembahan Hasil Kerja Ukuran

Maklumat mengenai kawasan yang dipungut semasa peringkat


cerapan dan pengukuran sebenar akan dipersembahkan dalam
bentuk-bentuk yang diperlukan samada buku kerjaluar, lampiran
proses hitungan, pelan atau peta yang menunjukkan semua
maklumat berkenaan.

1.4.3 Kebolehpercayaan Pengukuran (Reliability)

Semua teknik pengukuran adalah tertakluk kepada ralat yang tidak


dapat dielakkan. Kewujudan jenis-jenis, punca-punca dan
bagaimana ralat memberi kesan kepada hasil pengukuran harus
disedari dan diketahui . Ketepatan sesuatu pengukuran merupakan
nilai terhampir kepada nilai sebenar bacaan yang diambil. Oleh
yang demikian, teknik pengukuran yang dipilih harus boleh
menghasilkan ketepatan yang memadai dan diperlukan.

1.4.4 Perkembangan Teknologi Ilmu Ukur

Pada umumnya peralatan ukur telah mengalami proses permodenan yang


sangat pesat sejak tiga dekad yang lalu.
NO. KOD : DCA 4113 / CS 1 Muka : Drp : 12

i. Peralatan Konvesional

Alat-alat konvensional memerlukan pengendalian manusia


sepenuhnya. Oleh itu masa operasi adalah panjang serta memerlukan
sumber tengaga manusia yang banyak. Antaranya :-

a. Tiodolit vernier, tiodolit optikal dan kompas prisma.


b. Rantai ukur, pita ukur keluli dan pita ukur biasa.
c. Alat aras dompot dan alat aras jongkit.
d. Mesin kira mekanikal, sifir-sifir logaritma trigonometri dan
sebagainya.
e. ‘Stereoplotter’.
f. ‘Lead line sounder’.

ii. Peralatan Moden

Sejak lebih kurang 3 dekad yang lalu, alat-alat ukur telah melalui
proses pengembangan dan permodenan selaras dengan
perkembangan teknologi canggih masa kini yang banyak dipengaruhi
oleh teknologi elektronik. Antaranya :-

a. Tiodolit elektronik, pengukuran jarak elektronik dan sistem ukur


total (Total station).
b. Alat aras digital.
c. Kalkulator elektronik, komputer dan perisian-perisian menggantikan
peralatan hitungan serta sifir-sifir berkaitan.
d. ‘Digital stereoplotter’
e. ‘Echo sounder’
f. Global Positioning System pula merupakan satu penemuan baru
dalam penentududukan di atas permukaan bumi.

Perkembangan teknologi yang pesat dalam beberapa dekad yang lalu


telah banyak mempengaruhi ilmu ukur untuk terus berkembang.
Kepesatan perkembangan ilmu ukur kini meliputi lain-lain bidang seperti
perancangan, pembinaan, carigali, teknologi sistem maklumat seperti
maklumat Geografi (Geographic Information Syatem–GIS) dan
sebagainya.
NO. KOD : DCA 4113 / CS 1 Muka : Drp : 12

Dua jenis peralatan dengan 5 contohnya :

Konvensional Moden

-Tiodolit elektronik,
-Tiodolit vernier, tiodolit pengukuran jarak
optikal & kompas prisma. elektronik dan sistem ukur
- Rantai ukur, pita ukur keluli total (Total station)
dan pita ukur biasa. - Alat aras digital
- Alat aras dompot dan alat - ‘Digital stereoplotter’
aras jongkit - ‘Echo sounder’
- ‘Stereoplotter’ - Global Positioning System
- ‘Lead line sounder’

1.5 JENIS-JENIS UKUR

a. Ukur Satah

Ukur satah adalah satu kaedah pengukuran bagi menentukan


kedudukan titik di atas permukaan bumi. Dalam ukur satah,
permukaan bumi dianggap mendatar. Kaedah ini memadai
bagi kawasan yang mempunyai keluasan dalam lingkungan
tidak melebihi 250km persegi atau 55 km panjang kerana ralat
yang wujud tidak memberikan kesan terhadap ketepatan
pengukuran. Ukuran-ukuran di padang diterima sebagai
ukuran benar dan apabila dipelot di atas kertas merupakan
unjuran di atas satah mendatar. Satah mendatar ini
bermaksud satah yang berada dalam keadaan tepat atau
normal terhadap garis graviti. Garisan graviti dapat dibentuk
dengan menggantung pelambab dengan tali halus di atas
permukaan bumi.

b. Ukur Geodetik

Satu lagi kaedah dalam menentukan kedudukan sesuatu titik


di atas permukaan bumi. Dalam kaedah ini, lengkung bumi
diambil kira dalam kerja-kerja hitungan dan konsep tentang
geometri sfera diperlukan. Kaedah ini digunakan bagi
kawasan yang melebihi 250 km persegi atau 55 km panjang.
Dengan menggunakan peralatan yang moden dan canggih
pengukuran geodetik boleh dijalankan bagi keseluruhan
sesebuah negara. Jaringan yang dihasilkan dari ukuran
geodetik ini digunakan bagi mengawal lain-lain ukuran.
NO. KOD : DCA 4113 / CS 1 Muka : Drp : 12

1.5.1 Perbezaan ukur satah dan ukur geodetik

Ukur Satah Ukur Geodetik


 Memerlukan bacaan di atas  Kelengkungan bumi diambil
permukaan bumi yang kira.
mendatar sahaja  Keluasan kawasan melebihi
 Keluasan kawasan tidak 250 km persegi atau 55 km
melebihi 250 km persegi atau panjang
55 km panjang  c.Memerlukan alatan yang
 Tidak memerlukan alatan berkejituan tinggi kerana ralat
yang berkejituan tinggi tidak memberi kesan terhadap
kerana ralat tidak memberi ketepatan pengukuran
kesan terhadap ketepatan
pengukuran

You might also like