T2 Kajian Kes Kerjaya
T2 Kajian Kes Kerjaya
T2 Kajian Kes Kerjaya
PBKK3113
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KERJAYA
TUGASAN 2: PENULISAN KAJIAN KES
PENGAKUAN PELAJAR
Bahawa saya ……….………………………………….…..……. Dengan ini telah menerima
makluman balas daripada Dr. Tengku Norhani binti Tengku Besar, Pensyarah PBKK3113
Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya Januari-Mei 2022.
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
2
1.0 PENGENALAN
Akhir-akhir ini, isu kerjaya menjadi topik hangat dibicarakan di media massa
tidak kira media elektronik mahupun media cetak. Hal ini kerana, ramai graduan yang
mempunyai masalah untuk menempatkan diri mereka dalam bidang kerjaya yang
diminati. Buktinya, menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) (2020)
menyatakan hampir 50 peratus graduan yang bekerja dalam bidang yang tidak
diminati dan tidak mengikut pengkhususkan mereka. Implikasinya, ramai graduan ini
tidak bertahan lama dalam bidang yang diceburinya. Oleh itu, bimbingan kerjaya ini
menjadi salah satu aspek penting yang perlu diterapkan sejak dari sekolah rendah
bagi memastikan murid-murid tidak tersalah langkah dan terjerumus dalam kerjaya
yang kurang diminati oleh mereka.
3
golongan yang mempunyai kemahiran mekanikal. Golongan ini sangat mahir bekerja
menggunakan mesin, peralatan serta tumbuhan. Golongan ini lebih cenderung untuk
melakukan kerja di lapangan berbanding dalam bangunan sahaja. Personaliti
golongan realistik adalah seperti kurang bersosial, berjiwa kental, berterus terang dan
berjimat cermat. Kerjaya yang sesuai bagi golongan relisitik adalah seperti jurutera
awam, mekanik dan operater mesin.
Seterusnya, mata kedua tertinggi yang diperolehi oleh responden ialah
sebanyak 17 mata iaitu Artistik (A). Individu dari golongan ini menunjukkan mereka
lebih suka untuk berimaginasi dan mempunyai kreativiti yang tinggi serta sukakan
kerjaya yang bersifat bebas bukannya yang bersifat berstruktur atau pun berjadual.
Jadi, kerjaya yang sesuai bagi individu ini ialah pekerjaan seperti arkitek, pelukis,
pelakon, penulis, pereka hiasan dalaman, pereka grafik, wartawan dan sebagainya
Seterusnya, mata ketiga tertinggi yang diperolehi oleh responden ialah
sebanyak 13 mata bagi kategori Sosial (S). Ini menunjukkan responden mempunyai
personaliti yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Hal ini bermaksud
mereka mempunyai kepakaran dalam berkomunikasi dengan orang lain. Personaliti
yang boleh dikaitkan dengan individu dari kumpulan ini ialah seorang yang mudah
bekerja, suka menolong orang, peramah, pemurah, baik hati, bersifat idealistik, suka
memujuk, mempunyai sifat yang bertanggungjawab, mudah memahami diri orang lain
dan merupakan seorang yang bijaksana. Kerjaya yang sesuai bagi golongan
kumpulan Artistik ialah guru, kaunselor, ahli sosiologi, pegawai perhubungan awam
dan kerja-kerja lain yang memerlukan interaksi dengan orang sekeliling mereka.
Jadi, dapat dirumuskan bahawa responden ini cenderung kearah Realistik (R)
kerana mata yang diperolehi adalah tinggi semasa melakukan ujian inventori minat
kerjaya.
4
menyokong cita-citanya sebaliknya meminta anak mereka itu menjadi ahli perniagaan
dan menguruskan perniagaan mereka. Tambahan pula, responden juga tidak tahu
laluan kerjaya yang harus ditempuhinya untuk mencapai cita-citanya itu. Hal ini
menyebabkan murid tersebut stress dan mengadu malas untuk ke sekolah kerana
tindakan yang dilakukan oleh ibu-bapanya itu.
5
GBK akan menjelaskan dengan terperinci skop tentang sesuatu pekerjaan itu. Oleh
itu, murid akan faham dengan lebih lanjut dengan sesuatu kerjaya itu dari segi
laluannya mahupun skop kerjanya. Menurut (Abdullah 2001), murid yang faham
tentang skop dan laluan sesuatu pekerjaan itu akan memudahkan mereka
mencapainya. Sebagai contoh, dalam isu yang dihadapi oleh responden, dimana
beliau berminat untuk menjadi jurutera, namun tidak tahu laluan kerjaya yang harus
dipilih. Jadi dengan adanya program forum kerjaya ini, GBK dapat mendedahkan
laluan kerjaya yang perlu dipilih oleh responden tersebut. Di samping itu, responden
tersebut juga dapat tahu skop kerja seorang jurutera. Jadi, jelaslah bahawa dengan
mengadakan forum kerjaya, GBK dapat membantu murid mengatasi isu kerjaya yang
dialami olehnya.
6
6.0 PENUTUP
Kesimpulannya, kerjaya merupakan sesuatu perkara yang penting dalam
hidup seseorang kerana dengan kerjaya itu seseorang itu dapat mencari nafkah dan
meneruskan kehidupan. Hal ini diperakui oleh Mohd Noah (1988) yang menekankan
kepentingan bekerjaya. Jadi, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya
amatlah penting untuk diterapkan sejak dari sekolah rendah lagi supaya murid-murid
lebih terdedah dengan kerjaya yang diminati oleh mereka. Penggunaan Inventori
Minat Kerjaya juga dapat membantu GBK mengenalpasti minat dan kebolehan murid
dalam sesuatu kerjaya.
7
RUJUKAN
Abdullah, N. H. (2001). Kajian Terhadap Minat Kerjaya di Kalangan Pelajar di Sekolah
Menengah Teknik Pengkalan Chepa. Tesis pelajar Siswazah yang Tidak diterbitkan.
Universiti Tun Hussein Onn. Malaysia.
Halsey, P. A. (2005). Parent involvement in junior high schools: A failure to communicate.
American Secondary Education, 34, 57–69.
Holland, J.L. (1973). Making Vocatinal Choice: A Theory of Careers. Englewood Cliff, New
Jersey: Prentice Hall Inc.
Holland, J.L. (1978). Manual for The Vocational Preference Inventory. Palo Alto, California:
Consulting Psychologist Press
Mohd Faizal Mat Pesa, H. M. (2020). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Dalam
Pemilihan Kerjaya. Kajian Di Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti.
Nowak, G.T. (1986). Western Michigan University Career Guidance Inventory Manual.
Kalamazoo, Michigan: Western Michigan University Testing And Evaluation Services.
Sandler H. M. (1995). Parental involvement in children’s education: Why does it make a
difference? Teachers College Record. 97, 310 – 331.
Tan Tai(2014). Tahap Kesedaran Kerjaya Pelajar Tingkatan Enam Di Daerah Kluang Dalam
Pemilihan Kerjaya. Universiti Teknologi Malaysia.