Pentaksiran Berterusan 1 - Pendidikan Kerjaya - Nur Arina

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN,

BANDAR DARULAMAN,
06000 JITRA, KEDAH
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
TUGASAN 2: LAPORAN (30%) INDIVIDU

Nama Pelajar : NUR ARINA BINTI ABDUL RAZAK


Angka Giliran : 2022182420008
No. Kad Pengenalan : 971227-06-5506
Kumpulan : BIMBINGAN DAN KAUNSELING (MEN)
Kod dan nama Kursus : PBKK 2042 PENDIDIKAN KERJAYA
Nama Pensyarah : ENCIK ROSLI BIN ABDUL WAHAB
Tarikh Hantar : 6 MAC 2023

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar :                   Tarikh : 6 Mac 2023

Pemeriksa: Moderator:

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan
Cop Cop

Tarikh: Tarikh:

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar:                           Tarikh : 6 Mac 2023


NUR ARINA BINTI ABDUL RAZAK
2022182420008
BIMBINGAN DAN KAUNSELING (MEN)
PBKK 2043 PENDIDIKAN KERJAYA

PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan
berkat dan limpah kurnia-Nya, dapat saya menyiapkan tugasan PBKK 2042
Pendidikan Kerjaya ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pensyarah kursus
Encik Rosli Bin Abdul Wahab kerana telah memberi banyak tunjuk ajar kepada saya
dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak dilupakan, penghargaan ini saya tujukan
buat Encik Rosli atas budi bicara beliau yang banyak memberi peluang dan ruang
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini serta membimbing saya dalam
menghasilkan laporan tugasan dengan lengkap.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya,
Puan Jamaliah, Puan Nur Amanina, Encik Mohd Hakimie dan Encik Muhammad
Luqman yang banyak memberi kerjasama yang baik saya sepanjang proses
menyelesaikan tugasan ini. Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada Saudara
Muhammad Afif Ikmali Bin Mohd Safawi, pelajar SMA Al- Irsyad Balok yang sudi
meluangkan sedikit masa untuk menjawab soal selidik Inventori Personaliti Sidek
melalui kaedah atas talian.

Akhir sekali, sekalung penghargaan saya ucapkan buat semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses saya menyelesaikan
tugasan ini.

2
1.0 PENGENALAN
Menurut Sidek (2006), kerjaya merupakan pemilihan sesuatu pekerjaan,
perlaksanaan tugas yang diamanahkan serta menjalankan aktiviti-aktiviti selepas
bersara dengan tujuan untuk memenuhi keperluan fizikal,mental, rohani serta
psikologi individu. Tidak dinafikan lagi, pendidikan kerjaya sudah mula diterap di
alam persekolahan mahupun alam universiti. Hal ini demikian kerana, persaingan
individu dalam mendapatkan pekerjaan yang dicita-citakan oleh mereka semakin
meningkat. Justeru, pihak pentadbir universiti boleh mengambil inisiatif untuk
meningkatkan motivasi golongan muda terutamanya graduan lepasan universiti agar
mereka dapat meneroka peluang pekerjaan yang lebih luas dan tidak hanyak
menfokuskan terhadap satu pekerjaan sahaja (Halim et.al, 2020).

Terdapat pelbagai faktor-faktor yang wujud dalam pemilihan kerjaya individu.


Antaranya faktor minat, nilai, personaliti dan pencapaian seseorang individu. Bagi
faktor minat, individu yang mempunyai minat yang tinggi terhadap sesuatu bidang
akan mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk memilih kerjaya dalam bidang
tersebut. Menurut Sidek dan rakan-rakan (2018), ibu bapa dan guru merupakan
golongan yang memainkan peranan yang besar dalam memupuk minat dalam diri
seseorang pelajar kerana tidak dapat dinafikan lagi, guru dan ibu bapa menjadi
penyampai maklumat kepada pelajar dan seterusnya boleh memberi kesan kepada
minat murid tersebut (Sidek et. al, 2018). Selain itu, antara faktor kurangnya minat
remaja lepasan sekolah terhadap kerjaya binaan berpunca daripada kurangnya
tentang pendedahan laluan kerjaya di peringkat sekolah (Rohana, 2010). Justeru,
pendedahan daripada peringkat akar umbi lagi amat penting dalam penyaluran
maklumat tentang kerjaya kepada pelajar dan membolehkan para pelajar membuat
keputusan berkaitan dengan pemilihan kerjaya yang diminati oleh mereka.

Seterusnya, faktor nilai pula menekankan pencapaian kepuasan seseorang


individu yang memilih sesebuah bidang kerjaya selari dengan nilai-nilai yang
dipegang oleh dirinya. Sebagai contohnya, seseorang individu yang berpegang
kepada nilai-nilai pencapaian adalah penting dalam dirinya, mak individu tersebut
akan memilih kerjaya yang memberi ruang dan peluang kepada dirinya untuk
berkembang. Misalnya, kenaikan pangkat setiap tahun merupakan satu pencapaian
dan menjadi kepuasan buat seseorang individu. Sekiranya individu tersebut
menceburi bidang kerjaya yang tidak memberi peluang untuk berkembang, akan
menyebabkan kepuasan terhadap pekerjaan tersebut merudum.

3
Di samping itu, bagi faktor personaliti pula, individu yang memiliki personaliti yang
tertentu akan mempunyai kecenderungan untuk memilih bidang kerjaya yang dapat
memenuhi keperluan personaliti tersebut. Misalnya, individu yang mempunyai tret
personaliti yang ekstrovert sangat sesuai untuk menceburkan diri dalam bidang
perguruan, kaunselor, personaliti tv dan sebagainya.

Faktor yang terakhir yang menjadi aspek penting dalam pemilihan sesuatu kerjaya
individu adalah faktor pencapaian. Individu yang mempunyai tahap pencapaian
tertentu akan menunjukkan kebolehan atau kemampuannya dalam melaksanakan
atau menyelesaikan sesuatu pekerjaan yang telah diamanahkan oleh dirinya.

2.0 BIODATA RINGKAS RESPONDEN

Saya ingin kongsikan sedikit latar belakang responden yang telah sudi untuk
menjawab Inventori Personaliti Sidek. Nama beliau ialah Muhammad Afif Ikmali Bin
Mohd Safawi merupakan anak jati kelahiran Pahang. Ikmali merupakan seorang
pelajar Sekolah Menengah Agama Al Irsyad Balok, Kuantan dan berusia 16 tahun.
Ikmali merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Antara hobi beliau
semasa waktu lapang adalah bermain sukan memanah tradisional. Beliau juga
pernah bercita-cita untuk menjadi seorang atlet sukan memanah yang berjaya
mewakili Malaysia ke peringkat global. Selain itu, saya juga dapat simpulkan secara
ringkas bahawa Ikmali merupakan seorang pelajar yang sedikit pemalu dan
memerlukan sokongan guru dan rakan-rakan untuk ke hadapan.

3.0 INTERPRETASI DATA IPS RESPONDEN

Hasil dapatan responden yang menjawab Inventori Personaliti Sidek ini telah
mendapat skor bagi item-item seperti berikut ;
Item AGR ANA AUT BSD EKS ITL INT KPL THN KRD MGL TLG SOK STR PCP TPU

Sko 50 40 80 50 60 10 80 60 40 60 20 70 01 20 20 30
r
(%)
Jadual 1: Hasil dapatan Iventori Personaliti Sidek Responden

4
1. Item Agresif
Hasil dapatan item agresif responden adalah sebanyak 50%. Skor ini telah
menunjukkan tahap agresif responden adalah di tahap sederhana iaitu 40-70 % yang
secara tidak langsung memberi indikator terhadap responden merupakan seorang
yang asertif dan mempunyai ketegasan diri namun pada tahap yang sederhana.
Secara mudahnya, individu adalah seorang yang selalu menuntut haknya namun
pada masa yang sama, individu ini masih menjaga hati dan perasaan orang lain
pada masa yang sama.  

2. Item Analitikal
Bagi item analitikal, responden memperoleh skor sebanyak 40 % yang menunjukkan
pada tahap sederhana. Interpretasi skor terhadap individu menunjukkan Ikmali
mempunyai ciri analitikal dan suka menganalisis sesuatu perkara adalah pada tahap
yang sederhana.

3. Item Autonomi
Hasil dapatan item autonomi responden adalah sebanyak 80%. Skor ini telah
menunjukkan tahap autonomi responden adalah di tahap tinggi iaitu 80-99 % yang
secara tidak langsung memberi indikator terhadap responden menunjukkan
responden merupakan seorang individu yang suka kepada kebebasan sepenuhnya
serta dapat mengawal dan menentukan segala aktiviti hariannya.

4. Item Bersandar
Bagi item bersandar, responden memperoleh skor sebanyak 50 % yang
menunjukkan pada tahap sederhana di mana skor tersebut memberi interpretasi
terhadap responden merupakan seorang yang tahap pergantungan terhadap orang
lain pada tahap yang sederhana. Selain itu, individu yang mempunyai tahap
bersandar yang tinggi kebiasaannya akan mengharapkan nasihat daripada orang
lain dalam membuat sesuatu keputusan. Justeru, saya sebagai guru dapat melihat
potensi Ikmali untuk menjadi seorang pelajar yang aktif dan ekstrovert di dalam
kelas, namun beliau masih memerlukan banyak dorongan untuk ke tampil ke
hadapan.

5. Item Ekstrovert
Responden mempunyai skor 60% bagi item ekstrovert yang menunjukkan skor
tersebut berada di tahap yang sederhana dimana skor ini memberi interpretasi

5
bahawa responden merupakan seorang yang sosial dan suka berinteraksi dengan
orang ramai pada tahap yang sederhana.
6. Item Intelektual
Bagi item intelektual, responden memperoleh skor 10%. Skor ini telah menunjukkan
responden mempunyai tahap intelektual yang rendah. Individu dilihat sebagai
seorang yang tidak selesa dengan perkara yang bersifat teoritikal. Selain itu, individu
yang mempunyai tahap intelektual yang rendah lebih gemar kepada aktiviti yang
berstruktur, kemahiran dan pragmatik. Hal ini dapat kita lihat melalui minat
responden yang suka menghabiskan masa lapang dengan aktiviti sukan memanah,
dimana sukan ini memerlukan kepada tahap daya tumpuan yang tinggi dan aktiviti
berulang-ulang seperti pemanah perlu mengutip anak panah di bahagian target
sasaran setelah selesai memanah. Sukan memanah juga memerlukan atlet untuk
melakukan bidikan yang sama setiap kali memanah agar anak panah mengenai
tepat pada sasaran.

7. Item Introvert
Seterusnya, skor introvert responden adalah sebanyak 50% dan berada di tahap
sederhana. Justeru, individu yang mempunyai skor sederhana menunjukkan seorang
yang mempunyai tahap sosial yang sederhana iaitu tidak terlalu tinggi mahupun
rendah.

8. Item Kepelbagaian
Bagi item kepelbagaian, responden memperoleh skor 60%. Skor ini telah berada di
tahap yang sederhana. Individu yang mempunyai skor tinggi dalam item
kepelbagaian merupakan seorang yang suka menikmati situasi yang memberikannya
peluang untuk mencuba perkara yang baru. Selain itu, individu yang mempunyai
tahap kepelbagaian yang tinggi juga dilihat sebagai seorang yang suka mencuba
sesuatu yang baru dan sukakan cabaran. Justeru, responden dilihat sebagai seorang
yang mempunyai tahap kepelbagaian di tahap yang sederhana.

9. Item Ketahanan
Responden mempunyai skor 40% bagi item ketahanan yang menunjukkan skor
tersebut berada di tahap yang sederhana dimana skor ini memberi interpretasi
bahawa responden merupakan seorang yang mempunyai daya ketahanan dari
aspek fizikal, mental, dan emosi pada tahap yang sederhana.

6
10. Item Kritik Diri
Responden mempunyai skor 60% bagi item kritik diri yang menunjukkan skor
tersebut berada di tahap yang sederhana dimana skor ini memberi interpretasi
bahawa responden merupakan seorang yang stabil dari segi emosi dan psikologinya.
Saya dapat simpulkan bahawa Ikmali seorang pelajar yang stabil kerana beliau
sentiasa mendapat dorongan dan sokongan daripada keluarganya. Sebagai contoh,
semasa Kejohanan Memanah Tradisional Peringkat negeri Pahang 2022, saya dapat
lihat keluarga Ikmali turut hadir bersama-sama menyokong beliau semasa
pertandingan memanah tersebut.

11. Item Mengawal


Bagi item mengawal, responden memperoleh nilai skor 20% yang menunjukkan skor
ini berada di tahap rendah. Interpretasi terhadap ciri personaliti responden bagi tret
mengawal pula adalah individu yang menunjukkan suka dipimpin berbanding
menjadi pemimpin untuk orang lain. Hal ini demikian kerana, Ikmali merupakan anak
kedua daripada 4 orang adik beradik membuatkan dalam kebanyakkan hal dia dan
adik-adik yang lain lebih banyak dikawal dan dipimpin oleh abang sulung.

12. Item Menolong


Responden mempunyai skor 70% bagi item menolong yang menunjukkan skor
tersebut berada di tahap yang tinggi dimana skor ini memberi interpretasi bahawa
responden merupakan seorang yang mempunyai keinginan yang tinggi dalam
mencurahkan kasih sayang, simpati dan memberi bantuan serta membuat kebajikan
terhadap orang lain. Justeru, dapat saya simpulkan bahawa ciri personaliti menolong
amat menonjol pada diri responden kerana beliau sudi untuk meluangkan masa
untuk membantu saya menjawab soal selidik ini secara sukarela. Selain itu,
personaliti menolong yang tinggi juga menunjukkan Ikmali bakal menjadi individu
yang prihatin dan suka membantu individu yang berada di dalam kesusahan kelak.
Dari aspek pemerhatian saya sebagai guru, Ikmali sememangnya seorang pelajar
yang rajin dan suka membantu guru. Misalnya, membantu guru membawa buku
latihan murid ke bilik guru dan sebagainya.

13. Item Sokongan


Hasil dapatan item sokongan responden adalah sebanyak 01%. Skor ini telah
menunjukkan tahap autonomi responden adalah di tahap rendah. Individu yang

7
mempunyai skor item sokongan yang rendah menunjukkan individu seorang yang
tidak suka bergantung secara emosi terhadap orang lain.

14. Item Struktur


Bagi item struktur, responden memperoleh skor sebanyak 20% dan berada pada
tahap yang rendah. Interpretasi skor terhadap responden menunjukkan responden
mempunyai ciri personaliti tidak suka kepada aktiviti yang tidak berstruktur dan tidak
berulang-ulang.

15. Item Pencapaian


Hasil dapatan item pencapaian responden adalah sebanyak 20%. Skor ini telah
menunjukkan tahap pencapaian responden adalah rendah. Skor yang rendah ni
menjadi indikator bahawa responden merupakan seorang individu yang mempunyai
tahap motivasi yang rendah serta tidak begitu mengambil berat tentang peranan
status dan kuasa dalam kerjayanya. Oleh itu, saya dapat menyimpulkan bahawa
Ikmali merupakan seorang pelajar yang ada potensi untuk menjadi pengawas atau
ketua kelas namun saya dapat lihat bahawa Ikmali sedikit menolak atau tidak kisah
untuk menonjol di dalam kelas. Saya percaya, dengan dorongan dan usaha guru
yang tidak lelah untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar, saya percaya
suatu hari nanti, ciri-ciri personaliti Ikmali dapat berubah ke arah yang lebih
cemerlang.

16. Item Penipuan


Responden memperoleh skor 30% bagi item penipuan ini. Skala penipuan ini
merupakan skala khusus yang dimasukkan di dalam item soalan yang lain bertujuan
untuk mengesan kejujuran individu ketika menjawab inventori ini. Skor yang melebihi
50% menunjukkan individu cenderung untuk tidak jujur ketika menjawab soal selidik
dan profil yang diperoleh adalah tidak boleh dipercayai. Justeru, kebolehpercayaan
profil ini adalah tinggi dan responden cenderung untuk menjawab dengan telus.

8
4.0 PENUTUP
Kesimpulannya, terdapat pelbagai ujian psikologi yang boleh diguna pakai oleh
kaunselor dan individu dalam mengenal pasti profil personaliti diri, minat kerjaya dan
sebagainya. Salah satunya adalah Inventori Personaliti Sidek yang merupakan satu
soal selidik yang dapat mengukur ciri-ciri tret individu dan personaliti seseorang. Hal
ini demikian kerana, individu yang menjawab inventori ini akan memperoleh satu
profil personaliti tentang diri sendiri dan membolehkan mereka dapat lebih mengenali
dan memahami diri sendiri. Selain itu, Inventori Personaliti Sidek ini juga sering
diguna pakai ketika sesi kaunseling seperti kaunseling individu, kaunseling kelompok
mahupun kaunseling kerjaya.

Justeru, dapat saya simpulkan disini perkaitan antara pemilihan kerjaya


responden dan ciri personaliti diri responden agak kuat dimana saya dapat lihat
responden merupakan seorang yang mempunyai ciri intelektual yang rendah. Hal ini
bermakna, responden merupakan seorang yang tidak sukakan aktiviti teoritikal,
namun beliau lebih kepada aktiviti berstruktur atau melibatkan aktiviti fizikal. Jelaslah,
minat beliau untuk menjadi seorang atlet pemanah negara amatlah selari dengan ciri
intelektual dan ciri-ciri personaliti yang lain. Walau bagaimanapun, setiap personaliti
individu mungkin boleh melalui fasa perkembangan seperti faktor persekitaran yang
boleh mempengaruhi dan menyebabkan minat dan personaliti seseorang juga turut
berubah.

9
RUJUKAN

Halim, Nor & Sahid, Sheerad. (2020). Kemahiran Kesediaan Kerja, Efikasi Kendiri,
Tingkah Laku Keusahawanan dan Eksplorasi Kerjaya dalam kalangan Graduan
(Work Readiness Skills, Self-Efficacy, Entrepreneurial Behavior and Career
Exploration among Graduates). Akademika. 90. 155-165. 10.17576/akad-2020-
90IK3-12.

Rohana. (2010). Minat Kerjaya, Afikasi Kendiri Keputusan Kerjaya, Kemahiran


Employabiliti,
Dan Pilihan Kerjaya Pelajar Vokasional Pertanian di Semenanjung Malaysia.
Universiti
Putra Malaysia

Sidek Mohd Noah. 2006.Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. Serdang:


Penerbit UPM

Sidek, Syahida & Mohd Puad, Mohd Hazwan. (2018). EKSPLORASI MINAT DAN
FAKTOR DALAM PEMILIHAN KERJAYA PERTANIAN DALAM KALANGAN BELIA.

10

You might also like