Sejarah Tahun 5 Nota Unit 4 Kedaulatan Negara Dicabar Bahagian 2
Sejarah Tahun 5 Nota Unit 4 Kedaulatan Negara Dicabar Bahagian 2
Sejarah Tahun 5 Nota Unit 4 Kedaulatan Negara Dicabar Bahagian 2
3. Ini menyebabkan berlaku persaingan dalam kalangan kuasa asing untuk menguasai
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
1. Kekayaan hasil bumi seperti bijih timah mendorong penjajahan British di negara
kita.
Perang Larut
o Bijih timah banyak ditemui di Larut, Perak.
o Pembesar Perak iaitu, Long Jaafar telah membawa masuk pelombong-
pelombong Cina untuk mengusahakan bijih timah.
o Aktiviti tersebut diteruskan oleh anaknya, iaitu Ngah Ibrahim.
o Ketika itu, berlaku pergaduhan di antara dua kumpulan pekerja lombong iaitu,
Ghee Hin dan Hai San.
o Ini membawa kepada peristiwa Perang Larut.
o Peristiwa tersebut menyebabkan kerugian kepada para pelabur dari Negeri-
negeri Selat.
Perebutan Takhta
o Selepas kemangkatan Sultan Ali (1871) berlaku perebutan takhta antara Raja
Ismail dan Raja Abdullah.
o Pembesar-pembesar memberikan sokongan kepada pihak yang terlibat.
o Ngah Ibrahim memihak kepada Sultan Ismail.
o Keamanan Perak tergugat.
o Raja Abdullah meminta bantuan British.
o Melalui Perjanjian Pangkor 1874, Raja Abdullah telah ditabalkan sebagai Sultan
Perak.
Tergugatnya Kuasa Pentadbiran
1. Penjajahan dan campur tangan British telah menjejaskan kuasa Sultan dan
pembesar tempatan.
2. Mereka hanya diberikan kuasa dalam hal yang berkaitan dengan agama Islam dan
adat istiadat Melayu.
3. Sebaliknya, Residen dan Penasihat British yang dilantik telah bertindak :
a) Menguasai pentadbiran negeri
b) Memaksa Sultan supaya menerima nasihat.
c) Mengambil alih pungutan cukai.
d) Memperkenalkan pelbagai jenis cukai kepada rakyat.
4. Tindakan tersebut menimbulkan rasa tidak senang hati kepada Sultan, pembesar
dan rakyat jelata.
5. Sebagai warganegara yang baik, kita mestilah mengambil iktibar dengan cara:
a) Sentiasa berwaspada.
b) Bijaksana dalam menghadapi cabaran.
c) Bermuafakat untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Tahun 1836
- Kebangkitan menentang wakil pemerintahan Kesultanan Brunei di Sarawak.
Tahun 1840
- James Brooke membantu pengeran Raja Muda Hashim menamatkan
penentangan di Sarawak.
Tahun 1841
- James Brooke dilantik oleh Pangeran Raja Muda Hashim sebagai Gabenor dan
Raja Sarawak.
Tahun 1842
- Sultan Omar Ali Saifuddin mengiktiraf perjanjian antara Pangeran Raja
Muda Hashim dengan James Brooke.
Tahun 1846
- Sultan Omar Ali Saifuddin mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Sarawak
yang merdeka.
a) Penguasaan Brooke ke atas Sarawak mendapat tentangan daripada Rentap.
b) Tentangan ini disebabkan:
- Brooke menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun.
- Brooke mengawasi pergerakan orang Iban dengan mendirikan Kubu di Nanga
Skrang.
- Brooke menghapuskan penempatan Orang Iban di Sungai Skrang.
c) Tindakan Brooke telah mencetuskan penentangan dalam kalangan masyarakat
tempatan .