100% found this document useful (2 votes)
5K views1 page

Cadangan

Uploaded by

Viveekdeep Singh
Copyright
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
Download as docx, pdf, or txt
100% found this document useful (2 votes)
5K views1 page

Cadangan

Uploaded by

Viveekdeep Singh
Copyright
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1/ 1

CADANGAN CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI PERNIAGAAN & JANGKA PANJANG PERNIAGAAN

Dalam menjalankan sesebuah perniagaan, prestasi perniagaan dan jangka panjang perniagaan boleh dipertingkatkan dengan beberapa cara. Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan perabot saya. Pertama sekali, strategi pemasaran boleh dipelbagaikan. Contohnya, dalam perniagaan perabot, promosi baru boleh diadakan dari masa ke masa supaya para pelanggan tidak berasa jemu dengan kaedah promosi yang sama. Pelbagai risalah, iklan dalam surat khabar dan iklan di televisyen boleh diadakan untuk menarik perhatian para pelanggan. Selain itu, saya boleh mempromosikannya di laman web yang terkenal seperti Facebook dan Twitter. Seterusnya, perkhidmatan pelanggan yang baik dan menarik juga sangat penting. Jurujual dan pekerja yang mesra dan ceria serta mudah bergaul dapat menarik pelanggan yang lebih ramai kerana orang ramai akan berasa lebih selesa dan mudah berhubung dengan mereka yang mempunyai peribadi yang bersopan dan ceria. Tambahan pula, kumpulan pengurusan perniagaan yang cekap juga perlu dilantik agar perniagaan dapat diurus dengan lancar.Kumpulan itu perlu terdiri daripada mereka yang kreatif dan inovatif serta berciri seorang ahli perniagaan yang bakal berjaya. Produk dan barangan yang dijual perlulah berkualiti dan berpatutan harganya. Kedua-dua aspek ini merupakan elemen yang sangat penting untuk meningkatkan prestasi perniagaan. Untuk jangka panjang perniagaan pula, saya akan membesarkan dan mengembangkan perniagaan saya supaya berpotensi untuk mendapat lebih banyak keuntungan. Saya juga akan berusaha mencari lebih banyak pelabur dan rakan kongsi supaya mempunyai lebih banyak modal untuk mengembangkan perniagaan perabot saya. Tanggungan saya juga akan berkurang sekiranya saya mempunyai rakan kongsi yang ramai dalam perniagaan saya. Konklusinya, untuk memastikan sebuah perniagaan berjaya, maju dan berjalan dengan lancar, pelaburan-pelaburan yang penting dan tenaga pekerja yang berkualiti adalah sangat penting dalam meningkatkan prestasi perniagaan.

You might also like