RUMUSAN
RUMUSAN
RUMUSAN
Saya berjaya menyiapkan kerja kursus Prinsip Perakaunan dalam tempoh yang ditetapkan
serta merasa amat bersyukur. Saya mendapati beberapa andaian, batasan dan prinsip dalam
perakaunan yang telah saya saya gunakan.
1.Tempoh perakaunan
Sesebuah perniagaan perlu membahagikan hayat perniagaan kepada tempoh perniagaan yang
sama kerana hayat perniagaan diandaikan berjalan secara berterusan. Tempoh perakaunan adalah
tetap bagi sebuah perniagaan. Contohnya, tempoh perakaunan Kerepek Crunchy Enterprise ialah
selama setahun bermula 1 April sehingga 31 Mac tahun berikutnya.
2.Wang sebagai ukuran
Semua urusniaga telah saya rekod dalam Ringgit Malaysia (RM). Contohnya, saya merekod
belian barang niaga secara kredit daripada Kerepek Sedap Enterprise pada 1 April 2022 dengan
menggunakan mata wang Ringgit Malaysia (RM).
3.Usaha berterusan
Perniagaan ini akan terus beroperasi bagi suatu jangka masa panjang yang tidak terbatas.
Selain itu, saya bercadang untuk membuka perniagaan kira-kira 10 tahun akan datang. Saya juga
akan membuka cawangan di luar negeri bagi menampung liabiliti perniagaan saya. Oleh itu, saya
dapat meneruskan perniagaan saya serta meluaskan lagi perniagaan produk makanan kering saya.
Di samping itu, saya juga menggunakan beberapa Elemen Merentas Kurikulum dalam projek
ini.
1.Elemen bahasa
Saya telah menggunakan Bahasa Melayu bagi menyediakan projek ini. Dengan melalui
bahasa telah diberi penekanan bagi membantu saya untuk berkomunikasi secara berkesan serta
dijadikan sebagai bahasa pengantara.
2.Nilai murni
Sepanjang menjalankan kerja kursus, saya dapat mempelajari tanggungjawab sebagai murid
selepas melaksanakan tugas kerja kursus. Hal ini juga dapat mempelajari bagi melaksanakan
sikap amanah yang diberikan selepas menyiapkan kerja kursus.
3.Keusahawanan
Saya telah mempelajari tentang perusahaan perniagaan yang dapat membangunkan minda
kreatif dan inovatif dalam menjayakan sebuah perniagaan. Contohnya, saya dapat mempelajari
cara untuk merekodkan urusniaga, mengurus kewangan dengan baik dan sebagainya. Oleh itu,
saya dapat menguruskan perniagaan dengan lebih baik dan sistematik.