Pengurusan
Pengurusan
Pengurusan
0 PENGENALAN
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah dua perkara yang berbeza tetapi saling
berkaitan di antara satu sama lain. Secara ringkas, keselamatan bermaksud tiada bahaya.
Fokus keselamatan pekerjaan ialah penghapusan keadaan atau situasi yang berpotensi untuk
menyebabkan berlakunya kecederaan. Kesihatan pekerjaan pula merupakan satu cabang
perubatan pencegahan yang menghubungkan kesihatan pekerja dengan pekerjaan dan kesan
kerja terhadap kesihatan dan kebajikan pekerja. Sehubungan dengan itu, juga dapat
diperjelaskan hazad keselamatan adalah aspek-aspek persekitaran kerja yang boleh
menyebabkan kecederaan dan malah membawa maut kepada pekerja (Ivancevich, 1995).
1
operasi pekerjaan. Ismail (2016) menyatakan bahawa HAZOP berasal daripada
perkataan Hazard dan Kebolehoperasi (Operability). Hazard yang bermaksud
keadaan fizik yang berpotensi menyebabkan kerugian, kemalangan dan kecederaan
di tempat kerja. Kebolehoperasi pula adalah keadaan atau situasi dalam persekitaran
pekerjaan yang memungkinkan berlakukan insiden seperti kemalangan atau
kecederaan pekerjaa yang boleh merugikan syarikat.
Mohd Asrul (2016) menyatakan bahawa teknik HAZOP digunakan dengan tujuan
untuk meninjau dan mengenal pasti suatu proses atau operasi yang berlaku dalam
syarikat atau di tempat kerja sama ada proses kerja yang dilakukan memungkinkan
berlakunya kemalangan atau sebaliknya. HAZOP ini mempunyai kaedah yang
sistematik yang digunakan dalam mengenal pasti pelbagai faktor hazard semasa
melaksanakan kerja-kerja dalam organisasi. Menerusi HAZOP, majikan telah
menetapkan piawaian yang perlu dilakukan dan dipatuhi oleh pekerja. Sekiranya
terdapat tindakan atau aktiviti di tempat kerja yang tidak mematuhi piawaian yang
telah ditetapkan, maka kaedah ini akan mengklasifikasikan keadaan tersebut sebagai
hazard yang boleh meningkatkan risiko kemalangan kepada pekerja. Ini bermakna
bahawa kaedah HAZOP ini akan mengenal pasti secara automatik setiap tindakan
pekerja yang bertentangan dengan piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan
yang telah ditetapkan olah majikan atau syarikat.
2
(b) Failure Mode and Effects Analysis (FMEA)
Selain HAZOP, Failure Mode and Effect Analysis (FMEA) juga adalah antara
kaedah penilaian risiko yang boleh digunakan dalam syarikat atau di tempat kerja.
FMEA merupakan satu teknik kejuruteraan pada mulanya dibangunkan oleh Ford
Motor Company pada tahun 1970-an sebagai kaedah untuk membantu jurutera
dalam menilai Potensi Mod Kegagalan dan sebagai kaedah pencegahan dalam
industri automotif. Secara amnya, setiap komponen dalam sistem akan dianalisis
bagi mengenal pasti kemungkinan mod kegagalan. Setiap peralatan secara teorinya
tidak mempunyai had kepada potensi mod kegagalan. FMEA yang lengkap mestilah
merangkumi keseluruhan ciri-ciri utama peralatan seperti, nama, fungsi, potensi
sebab dan kesan mod kegagalan serta kawalan semasa mesin yang digunakan.
Dalam FMEA, potensi sebab dan kesan mod kegagalan serta kawalan semasa mesin
yang digunakan akan dikenal pasti dan dinilai untuk setiap mod kegagalan pada
peralatan di dalam sistem. Ketegasan (severity) untuk potensi kegagalan dikenali
dengan pemboleh ubah S dan mempunyai nilai di antara 1 – 10 dengan nilai 10
untuk ketegasan yang paling berat. Kekerapan berlaku kegagalan (occurrence)
diwakili oleh pemboleh ubah O dan mempunyai nilai di antara 1 – 10 dengan nilai
10 untuk kekerapan berlaku yang paling kerap. Manakala untuk pengesanan
kegagalan (detection) diwakili oleh pemboleh ubah D dan mempunyai nilai di
antara 1 – 10 dengan nilai 10 untuk pengesanan yang paling sukar. Mod kegagalan
relatif RPN dikira berdasarkan RPN = S × O × D.
Terdapat dua fasa dalam penyediaan FMEA. Fasa pertama ialah mengenal pasti
potensi mod kegagalan dan kesan. Fasa kedua ialah analisis secara kritikal bagi
mendapatkan ketegasan mod kegagalan. Pada fasa pertama, perincian ke atas reka
bentuk produk akan dilakukan. Ia termasuk mengenal pasti kemungkinan kegagalan
pada komponen produk, subpemasangan, pemasangan akhir dan proses pembuatan.
Pada akhir fasa pertama, perincian reka bentuk telah lengkap dan lukisan reka
bentuk akan disediakan.
3
Pada fasa kedua FMEA, jurutera dalam kumpulan FMEA akan menilai dan
meletakkan kadar kritikal untuk setiap kegagalan dan menyemak dan melakukan
pengubahsuaian yang diperlukan untuk setiap reka bentuk. Kebanyakan kegagalan
yang serius mempunyai kadar tertinggi dan harus diberikan pertimbangan utama
semasa menyemak kembali reka bentuk. Reka bentuk disemak bagi tujuan
memastikan kebarangkalian kekerapan berlaku untuk kadar kegagalan tertinggi
dapat dikurangkan.
4
Rajah 1 : Pekerja Tidak Memakai Sarung Tangan
5
pekerja yang melakukan perkara tersebut. Perkara seperti tidak seharusnya berlaku
sekiranya jadual kerja disediakan. Penyelia projek boleh menyenal pasti pekerja
yang bertugas melaksanakan aktiviti pemeriksaan sebelum kerja-kerja
penyelenggaraan dilakukan. Ini juga adalah untuk memastikan agar tangki yang
digunakan untuk menyalurkan cecair adalah tangki yang selamat dan sedia untuk
melaksanakan tugas-tugas dalam operasi. Namun begitu, kegagalan mengenal
pasti pekerja yang bertanggung jawab melaksanakan tugas tersebut menyebabkan
kerja-kerja penyelenggaraan diteruskan dan keputusan ini telah meningkatkan
risiko kemalangan di tempat kerja. Dalam pada itu, keadaan yang berlaku juga
boleh menjadi faktor utama yang menyebabkan kemalangan di kilang tersebut
pada tahun 2017.
6
Sekiranya pegawai keselamatan atau pegawai operasi turut berada di tempat
kejadian, mereka seharusnya membuat pemantauan awal sebelum kerja-kerja
penyelenggaraan dilakukan. Walaupun pekerja telah membuat pemeriksaan
terhadap faktor haba dan kepanasan sebelum proses penyelenggaraan dilakukan,
namun, ianya masih tidak mencukupi. Pemeriksaan di dalam tangki juga perlu
dilakukan agar dapat mengenal pasti hazard yang mungkin berlaku. Namun begitu,
ketiadaan pegawai keselamatan atau pegawai operasi semasa kerja-kerja
penyelenggaraan dilakukan menyebabkan faktor hazard tidak dapat dikenal pasti
dengan tepat.
Oleh itu, tiga perkara di atas adalah antara risiko yang dilihat wujud semasa
aktiviti penyelenggaraan yang melibatkan kematian tiga orang pekerja di Perusahaan
Pembungkusan, Deridder Amerika, Kilang Pulpa dan Kertas Louisiana.
7
Begitu juga dengan andaian majikan bahawa tangki yang berada berhampiran
dengan aktiviti kimpalan paip dilakukan adalah tangki yang kebanyakannya
mengandungi air dan tidak terdedah kepada almosfera kerana saluran paip pada tangki
telah ditutup sepenuhny. Walau bagaimanapun, tindakan majikan yang tidak membuat
pemeriksaan terhadap keadaan di dalam tangki adalah bentuk kegagalan mod yang
seharusnya dapat difikirkan oleh majikan sebelum aktiviti kimpalan berlaku. Ini kerana,
sekiranya pemeriksaan dilakukan di dalam tangki, pekerja atau pegawai keselamatan
akan dapat mengenal pasti kewujudan turpentin yang menjadi antara faktor yang
mewujudkan haba di dalam tangki sehigga meningkatkan risiko letupan berlaku.
Sekiranya perkara ini dilakukan oleh pekerja dan majikan, maka mereka akan dapat
mengenal pasti kegagalan mod pada tangki tersebut dan seterusnya dapat menjangka
kesan yang akan berlaku.
Andaian yang dilakukan oleh majikan dan aktiviti pemeriksaan risiko dan hazard
yang sangat minimun adalah antara bentuk kegagalan mod yang dilakukan oleh
perusahaan tersebut. Walaupun aktiviti kimpalan dilakukan di luar tangki, namun
pemeriksaan perlu dilakukan di dalam tangki agar dapat mengenal pasti secara tepat
risiko dan hazard yang boleh meningkatkan kemalangan di tempat kerja.
8
penyelenggaraan dilakukan termasuklah yang melibatkan aspek pakaian
perlindungan diri yang digunakan oleh pekerja. Mardhiah (2014) menjelaskan
bahawa HAZOP akan mendorong majikan mengenal pasti setiap faktor hazard
yang boleh berlaku dalam organisasi sebelum suatu aktiviti dilakukan. Ini penting
agar langkah keselamatan dan pencegahan dapat dilakukan dengan lebih awal.
9
mengikut piawaian kerja yang telah ditetapkan. Setiap aktiviti penyimpangan tugas
atau kerja yang berlaku perlu dielakkan bagi mengelakkan sebarang situasi buruk
berlaku yang mana boleh mengundang kemalangan dan kecederaan kepada
pekerja. Justeru, kaedah HAZOP adalah pendekatan yang memerlukan majikan
untuk menilai setiap proses kerja agar tidak berlaku penyimpangan atau
pelanggaran kerja yang telah ditetapkan oleh majikan.
Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa kelebihan kaedah HAZOP
berbanding kaedah FMEA seperti mana yang telah dijelaskan di atas.
10
et. al. (2015) menyatakan bahawa memperkasa peranan dan tanggung jawab
majikan adalah perkara utama yang boleh dilakukan untuk memastikan kemalangan
di tempat kerja dapat dielakkan dan dikurangkan ke tahap minimum. Majikan perlu
mematuhi dan melkasanakan peruntukan yang terdapat dalam Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang mencakupi segala aspek di tempat kerja yang
melibatkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ismail (2016) menjelaskan
bahawa Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah menetapkan tugas
dan tanggungjawab am majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan pekerjanya semasa bekerja. Antara tugas utama majikan ialah merangka
dan melaksanakan dasar am atau polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan,
organisasi dan perkiraan untuk menjayakan dasar tersebut (Bahagian IV dan V Akta
514).
11
(c) Pakaian dan Peralatan Keselamatan Pekerja
Keutamaan terhadap pemakaian pakaian perlindungan diri yang sempurna juga
perlu ditekankan kepada pekerja. Mohd Firdaus (2017) menyatakan bahawa bahawa
penyediaan pakaian dan peralatan keselamatan yang sesuai dan lengkap untuk
pekerja adalah antara ciri penting di tempat kerja yang akan dapat mengurangkan
risiko kemalangan di tempat kerja. Kkelengkapan Perlindungan Peribadi adalah
kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya
daripada hazard yang sedang ditangani. Antara contoh kelengkapan ini termasuklah
baju kalis api, Apparatus Pernafasan Lengkap Sendiri, topi dan kasut keselamatan
dan lain-lain. Oleh kerana kelengkapan ini merupakan benteng terakhir bagi
pemakainya daripada bencana hazard, maka adalah penting kelengkapan ini dipilih
dan digunakan mengikut spesifikasi pembuatan dan kegunaannya yang berkesan.
12
kecederaan di tempat kerja. Secara tidak langsung, tindakan seperti ini juga akan
dapat mengurangkan kos operasi syarikat.
Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa cadangan yang boleh
dilaksanakan untuk mengurangkan peristiwa yang sama turut berulang seperti mana yang
telah dijelaskan di atas.
6.0 KESIMPULAN
Isu kemalangan di tempat kerja adalah suatu isu yang sememangnya sentiasa
menjadi perhatian ramai pihak sama ada majikan, pekerja mahupun pihak kerajaan.
Keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja sentiasa menjadi perhatian utama
menerusi pelbagai langkah keselamatan dan kesihatan yang perlu dipatuhi oleh majikan dan
juga pekerja. Namun begitu, masih terdapat banyak berita yang membincangkan
kemalangan di tempat kerja seperti di tapak pembinaan ekoran daripada sikap majikan dan
pekerja yang tidak mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Kejadian kemalangan yang sering terjadi dalam sektor pembinaan telah menyebabkan
berlaku banyak kerugian selain kehilangan ramai pekerja dalam sektor ini (Kheni et al.
2005). Namun begitu, terdapat banyak perkara yang pelru dilakukan agar dapat
mengelakkan kemalangan di tempat kerja seperti melaksanakan penilaian risiko dan hazard
di tempat kerja seperti mana yang telah dibincangkan dalam tugasan ini.
13
RUJUKAN
Akhmad Suraji, A. Roy Duff, and Stephen J Peckitt. (2015). Development of Causal Model of
Construction Accident Causation. Journal of Construction Engineering and
Management.
Amarjit Singh. (2017). Implementation of Safety and Health on Construction Sites. Taylor &
Francis.
Ismail Bahari. (2016). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Mc Graw Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd.
Mohd Asrul Raffiin. (2016). Kajian Pematuhan Peraturan Keselamatan Di Syarikat Terpilih.
Universiti Teknologi Malaysia, Tesis.
Mohd Mujahid Mohd. (2014). Anggaran Kadar Kos yang Diperuntukan Dalam Program
Keselamatan. Universiti Teknologi Malaysia, Tesis.
OHSAS 18002. (1999). Occupational Health and Safety Management Systems Specification.
Occupational Health and Safety Assessment Series.
Peyton & Rubio. (2017). Construction Safety Practices and Principles. Van Nostrand
Reinhole (New York).
14