Teks Pengacara Majlis Anugerah Gemilang Akademik

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

Mengumumkan ketibaan YB Dato’ Abdul Yunus bin Jamhari


Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal
Pengguna, Integrasi Nasional Dan Masyarakat Merangkap ADUN
Kuala Kurau di iringi oleh barisan Timbalan PPD Kerian masuk ke
dalam dewan.
2.
Nyanyian Lagu NegaraKu
Nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Perak

3.

Bacaan Doa.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-

sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai Al Fadhil


Ustaz

Khairul Anuar bin hj Arshad

Majlis dengan segala sukacitanya menjemput


untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.
4.

Salutasi Pengacara Majlis.

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM

YB Dato’ Abdul Yunus bin Jamhari


Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal
Pengguna, Integrasi Nasional Dan Masyarakat Merangkap ADUN
Kuala Kurau

Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Fisal Bin Shafeei


Mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Kerian (perancangan)

Yang Berusaha Puan Rohani Binti Musa


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kerian (pembelajaran)

Yang Berusaha En Mohd Adhar Bin Zakaria


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kerian (pengurusan sekolah)

Yang Berusaha Encik Zolkefli Bin Jamaludin


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kerian (pembangunan murid)
Yang berusaha Encik Abdul Raof bin Ramli, Pengetua SMK Panglima Bukit
Gantang merangkap Yang Di Pertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah
Daerah Kerian
Yang berusaha Encik Mohd Salji bin Haji Yunus, Guru Besar SK Alor
Pongsu merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah Rendah Daerah
Kerian
Pegawai-Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kerian
Barisan Pengetua dan Guru Besar Seluruh Daerah Kerian
Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan warga pendidikan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan


Sentiasa Bersama Kerian Ternama , Ke Arah PPD Kerian Nombor 1 Di
Malaysia.

ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Selamat datang ke majlis Perhimpunan Pendidikan Daerah Kerian Dan
Anugerah Gemilang Akademik 2020
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, dipanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah
subhanhuwaaala kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama
sama bertemu dan berkumpul di dewan Ibnu Khaldun SMK Abu Bakar Al
Baqir yang serba indah ini bagi menyempurnakan majlis Perhimpunan
Pendidikan Daerah Kerian Dan Anugerah Gemilang Akademik 2020.
Sepertimana yang kita sedia maklum tema kita kali ini ini ialah Membugari
Potensi Mengguli Prestasi : Kerian Ternama.
Tuan tuan dan puan puan yang saya hormati sekalian, untuk pengetahuan
kita semua tujuan majlis Perhimpunan Pendidikan Daerah Kerian Dan
Anugerah Gemilang Akademik 2020 ini diadakan adalah untuk
1. Memberi penghargaan kepada guru-guru Daerah Kerian
berdasarkan pencapaian akademik 2020
2. Memberi penghargaan kepada guru-guru Daerah Kerian yang
menyumbang idea dan tenaga untuk kecemerlangan akademik
Kerian
Semoga semua usaha, kerja yang tidak pernah mengenal lelah, kerja yang
tidak mengira masa, harapan dan hasrat guru guru kita akan beroleh
rahmat dari Allah swt. Dan semoga semua urusan kita dimudahkan hari ini
dan hari hari yang seterusnya...

5.

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini dengan segala hormatnya di
persilakan Yang berusaha Tuan Haji Ahmad Fisal Bin Shafeei
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kerian (perancangan) , mewakili
Pegawai Pendidikan Daerah
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terimakasih diucapkan kepada Tuan Haji Ahmad Fisal Bin Shafeei


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kerian (perancangan)
atas ucapan sebentar tadi.

6.

Seterusnya tibalah masanya kita menjemput Jemputan istimewa kita pada


pagi ini YB Dato’ Abdul Yunus bin Jamhari
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal
Pengguna, Integrasi Nasional Dan Masyarakat Merangkap ADUN
Kuala Kurau bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
majlis gemilang kita pada pagi ini.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat atas


ucapan perasmian majlis kita pada pagi ini.

7. Hadirin yg dihormati sekelian sama sama kita saksikan tayangan


montaj dan gimmic perasmian yg akan ditayangkan di layar putih di
hadapan dewan.
JnT masuk
Seterusnya majlis dgn segala hormatnya menjemput dan
memepersilakan Yang Berhormat untuk menerima modul pebelajaran
daripada pejabat Pendidikan Daerah Kerian . Majlis diteruskan lagi
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan En. Abdul
Raof bin Ramli YDP MPSM daerah kerian dan En Mohamad Salji bin
Yunus Yang Dipertua MGB daerah kerian

Pelancaran Dan Penyerahan Modul Pembelajaran Kepada YDP


MGB & YDP MPSM (MONTAJ)

Penyampaian Anugerah Khas Sekolah Rendah 2021 (sila refer


lampiran)
8.
1.tibalah masanya untuk kita sama sama menyaksikan Tayangan
video korporat sekolah sekolah terpilih daerah kerian yang terdiri
daripada

a. SRI Ehya As Shariff (Amalan Baik Pengoperasian Penjaminan


Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah)
b. SMKA Kerian (sekolah terbaik spm daerah kerian & tempat
kedua spm sekolah sekolah SMKA seluruh malaysia )
c. SK Matang Gerdu (Tempat ketiga pusat sumber cemerlang
Sekolah Rendah Negeri perak Pusat Sumber)

Begitulah tadi tayangan video dari sekolah yang terpilih untuk kali ini.
Ucapan ribuan terima kasih kepada ketiga tiga pengetua dan guru
besar atas kesudian perkongsian bersama kali ini

9
Tuan puan yang di hormati sekelian kini tibalah masa bagi
Penyampaian Anugerah Gemilang Akademik 2020 (SPM,STPM dan
STAM) serta penyampaian Anugerah Khas Sekolah Menengah 2020
(sila refer lampiran)
Majlis dgn segala hormatnya menjemput dan memepersilakan Yang
Berhormat Dato’ Abdul Yunus bin Jamhari untuk menyampaikan
Anugerah Khas Sekolah Menengah.

Penyampaian Anugerah Khas Pegawai PPD Kerian (sila refer


lampiran)

Tayangan Video Pendek PdPR (CAKNA PdP. GURU BERKUALITI


MURID MENJADI)

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis dengan segala


hormatnya menjemput dan mempersilakan
Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Fisal Bin Shafeei
Mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Kerian bagi mencapaikan
cenderamata kepada YB Dato’ Abdul Yunus bin Jamhari
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal
Pengguna, Integrasi Nasional Dan Masyarakat Merangkap ADUN
Kuala Kurau kerana sudi hadir dan merasmikan majlis kita pada hari
ini..

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara

Tuan puan hadirin yang di hormati dan dirahmati Allah...dengan


berakhirnya tayangan sebentar tadi maka berakhirlah juga majlis kita
pada hari ini...Ucapan terimakasih yang tak terhingga kepada
jemputan teristimewa kita Yang Berhormat Dato’ Abdul Yunus bin
Jamhari atas kehadiran dan kesudian tajaan makan pagi dan
tengahari majlis kita. Terima kasih daun keladi YB.
Kami juga mengambil kesempatan ini mewakili Pejabat Pendidikan
Daerah Kerian menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf
seandainya ada kekurangan di pihak kami tersalah kata terkasar
bahasa dalam mengendalikan majlis pada hari ini. Wabillahitaufiq
walhidayah.......................

YB pulang, hadirin tunggu untuk mendengar pembentangan

2)Pembentangan oleh Pegawai SISC+


a)Pn. Azrina bt Mohamed Zawawi
(Kajian Kualiti PdPR Guru- Guru Sains & Matematik Sekolah
Menengah Daerah Kerian 2021)

b)Pn. Anis Oweeda bt Ismail ( Kepelbagaian Penyampaian PdP


melalui Pedagogi Terbeza)

You might also like