Teks Majlis Anugerah Skdys 2023 2024

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SEBELUM MAJLIS BERMULA

· mohon para hadirin penuhkan ruang tempat duduk dihadapan · matikan telefon bimbit atau
tukarkan kepada mod senyap semasa majlis berlangsung · mohon para hadirin tidak meninggalkan
majlis sehingga majlis selesai kerana ini merupakan majlis rasmi sekolah · dan mohon tetamu
berdiri ketika vvip berjalan masuk

**Pengumuman ketibaan**
Mengumumkan ketibaan ,
Yang berbahagia,

TUAN HAJI KHAIRUL AZWAN BIN DATO’ IR HAJI HARUN

Diiringi oleh,
Tuan Guru Besar, barisan pentadbir sekolah dan dif-dif jemputan.

Hadirin mohon berdiri.


Hadirin dipersilakan duduk.

**Kata alu-aluan**

Assalamualaikum salam sejahtera


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Pohon selasih tumbuh sebatang, sayang


merbah di dahan cemara; terima kasih
dan selamat datang, kalimah bismillah
pembuka bicara.
Yang Berbahagia,
TUAN HAJI KHAIRUL AZWAN BIN DATO’ IR HAJI HARUN
PENGERUSI HALAL DEVELOPMENT CORPORATION BERHAD (HDC)

Yang Berusaha
Tuan Haji Muhammad Halili bin Mohd Isa
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato’ Yahya Subban

Yang Dihormati
En. Burhanuddin bin Mat Saman,
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Dato’ Yahya Subban

Yang berbahagia,
Dato Sheikh Kamaruzzaman bin Dawood Bersama Datin Farzana binti Mohd Yusof
Bapa dab ibu angkat sekolah

Yang Berusaha,
Puan Norhaniza binti Osman
Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Dato Yahya Subban

Yang Berusaha,
Pn. Rosidah binti Asmawi @ Hj. Ismail
Pen. Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Dato Yahya Subban

Yang Berusaha,
Pn. Idayu binti Ayob
Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Dato Yahya Subban

Yang Berusaha,
Puan Habibah binti Shamsuddin
Penolong Kanan Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Dato Yahya Subban

Dif-dif jemputan
Guru-guru, ahli jawatankuasa PIBG, ibu bapa, pelajar – pelajar yang diraikan seterusnya hadirin
hadirat yang sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis Apresiasi Kecemerlangan, SK Dato Yahya Subban bagi tahun 2023/2024.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada Ilahi, kerana dengan izin serta limpah rahmatNya, dapat kita
berhimpun dalam majlis yang gilang gemilang iaitu Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah
Kebangsaan Dato’ Yahya Subban tahun 2023/2024.
Pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita
pada hari ini, Yang berbahagia TUAN HAJI KHAIRUL AZWAN BIN DATO’ IR HAJI HARUN, atas
kesudian untuk bersama – sama dalam majlis kita pada pagi ini.
Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin hadirat sekalian.
Semoga dengan kehadiran semua, majlis kita akan lebih bermakna dan bertambah serinya.

***Bacaan doa***
Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar
segala urusan mendapat rahmat darinya. Untuk itu, majlis mempersilakan al-fadhil Ustaz Sabaruddin
bin Abdul Rahman bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan

************
Amin, amin ya-rabbal ‘alamin……
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Sabaruddin bin Abdul Rahman atas
pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada petang ini mendapat rahmat hingga
ke penghujungnya.

**Ucapan 1(Guru Besar)**

Sebagai pembuka ucapan pada hari ini, marilah sama-sama kita dengarkan ucapan daripada Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Dato Yahya Subban. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan yang berusaha, Tn. Haji Muhammad Halili bin Mohd Isa untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan


******************************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang berusaha Tn. Haji Muhammad Halili bin Mohd
Isa, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato Yahya Subban atas kesudian menyampaikan ucapan alu-
aluan itu tadi.

**Ucapan 2 (perasmian- TN HJ KHAIRUL AZWAN BIN DATO’ IR HJ HARUN)**

Sidang hadirin yang dihormati sekalian.


Kini tibalah kita kepada acara yang dinanti - nantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat kita
pada hari ini.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang berbahagia, TUAN HAJI KHAIRUL
AZWAN BIN DATO’ IR HAJI HARUN untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Apresiasi Kecemerlangan SK Dato Yahya Subban bagi tahun 2023/2024.
Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.

***************************

Ikan Sepat si ikan haruan


Ditahan pukat oleh Pak Atan
Terima kasih ucapan tuan
Kekal bersemi dalam ingatan

Majlis merakamkan setinggi –tinggi ucapan terima kasih atas kesudian yang berbahagia TUAN HAJI
KHAIRUL AZWAN BIN DATO’ IR HAJI HARUN, menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Apresiasi Kecemerlangan SK Dato Yahya Subban bagi tahun 2023/2024.

***Persembahan 1 ***

Sidang hadirin Sekalian,


Sebelum kita lanjutkan lagi acara kita pada pagi ini, marilah sama – sama kita menikmati halwa mata
dan telinga, persembahan dari anak anak prasekolah AL FARABI . Majlis dengan berbesar hatinya
mempersilakan.
******************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan yang mantap sebentar tadi. Untuk
makluman para hadirin, persembahan itu tadi adalah dibawah bimbingan Puan Siti Rabunah binti
Musa dan Puan Haslina binti Arifin.

***Penyampaian Hadiah 1***

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


Kini tibalah acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa dan para pelajar iaitu upacara
penyampaian hadiah kepada para pelajar. Sesungguhnya, pihak sekolah amat berbangga dengan
pencapaian yang telah ditunjukkan anak-anak didik kami sepanjang tahun akademik 2023/2024 ini.

Anugerah pertama dimulakan dengan penyampaian Hadiah kepada Murid Pra Sekolah dan
Pendidikan Khas. Dengan ini, majlis mempersilakan yang berbahagia En. Burhanuddin bin Mat
Saman, Yang Dipertua PIBG, Sekolah Kebangsaan Dato’ Yahya Subban, diiringi oleh Pn. Hajah Idayu
binti Ayob, Penolong Kanan Kokurikulum SK Dato Yahya Subban bagi menyempurnakan upacara
penyampaian hadiah.
Majlis mempersilakan.

**************
Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berbahagia, En. Burhanuddin bin Mat Saman
atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para penerima sebentar tadi.

***Persembahan 2 ***

Sidang hadirin, warga dewan yang dikasihi sekalian


Bagi merancakkan lagi majlis kita pada pagi ini, ayuh sama sama kita saksikan persembahan yang
seterusnya. Majlis dengan ini mempersilakan.

**************
Begitulah tadi persembahan yang amat menghiburkan. Untuk makluman hadiri sekalian, Kumpulan
Tarian Rampaian Etnik Malaysia ini dibimbing oleh Puan Nur Syuhada binti Husain, Puan Hajah Intan
Zarith Diana binti Yahya dan Puan Haryani binti Ibrahim. Untuk makluman hadirin sekalian juga,
***Penyampaian Hadiah 2***

Seterusnya, ialah penyampaian Anugerah Tokoh Murid.


Untuk pengetahuan para hadirin, Anugerah Tokoh Murid diberikan kepada pelajar yang
mempunyai sifat kepimpinan, berwibawa, berdisiplin, dan sentiasa disenangi oleh guru-guru.

Bagi menyempurnakan upacara ini, dijemput tetamu kehormat kita, Yang Berbahagia, TUAN HAJI
KHAIRUL AZWAN BIN DATO’ IR HAJI HARUN
Diiringi oleh Yang Berusaha Sekolah Kebangsaan Dato’ Yahya
Subban untuk menyampaikan hadiah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Bagi kategori Anugerah Tokoh NILAM (KATEGORI BAHASA MELAYU) bagi tahun 2023/2024
disandang oleh Adik NUR ALISHA DAMIA BINTI SAMSUL ERWAN dari kelas 5 IBNU RUSHD
Dipersilakan Adik ALISHA untuk menerima Anugerah.

Seterusnya, ialah Anugerah Tokoh NILAM (KATEGORI BAHASA INGGERIS). Majlis dengan berbesar
hati ingin menjemput Adik IMAN NUR QALESYA BINTI MOHD ROZLISHAM dari kelas 5 IBNU RUSHD
untuk menerima anugerah.
Dipersilakan.

Seterusnya, ialah Anugerah Tokoh Akademik SK Dato Yahya Subban bagi tahun 2023/2024.
Dipersilakan penerima anugerah ini, Adik NUR QASEH KHADIJAH BINTI SHAHIRI dari kelas 6 IBNU
RUSHD.

Seterusnya, ialah Anugerah Tokoh Sahsiah SK Dato Yahya Subban tahun 2023/2024. Dipersilakan
Adik MUHAMMAD SHAMIM HAIKAL BIN MOHD FADLI dari kelas 6 IBNU MALIK dan Adik NURUL
ASYIQIN BINTI ARIFF dari kelas 6 IBNU RUSHD untuk tampil ke pentas untuk menerima anugerah.
Majlis mempersilakan.

Seterusnya, ialah Anugerah Tokoh Pendidikan Khas 2022/2023. Majlis dengan berbesar hati ingin
menjemput Adik NUR ASYIKIN BINTI AZHAR dari kelas 6 PKB ZAINAB untuk menerima anugerah.
Dipersilakan.

**************
Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berbahagia, TUAN HAJI KHAIRUL AZWAN BIN DATO’
IR HAJI HARUN atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para penerima sebentar tadi.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga majlis mempersilakan TUAN HJ
MUHAMMAD HALILI BIN HAJI MOHD ISA, GURU BESAR SK Dato Yahya Subban untuk menyampaikan
cenderahati kepada TUAN HAJI KHAIRUL AZWAN BIN DATO’ IR HAJI HARUN.

Sesungguhnya kesudian TUAN HAJI hadir ke majlis kami merupakan satu suntikan semangat buat kami
semua warga Sekolah Kebangsaan Dato Yahya Subban untuk terus berusaha demi kecemerlangan anak-
anak yang kami kasihi. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih juga diucapkan kepada TUAN HJ MUHAMMAD
HALILI atas kesudian menyampaikan cenderahati kepada TUAN HAJI KHAIRUL AZWAN BIN DATO’ IR HAJI
HARUN.

Sidang Hadirin sekalian,


Kita teruskan acara dengan penyampaian hadiah bagi kategori Pencapaian Terbaik TP5 & TP6 bagi murid
Tahun 1, 2 & 3 serta hadiah bagi peningkatan murid pemulihan khas .

Bagi menyempurnakan upacara ini, dijemput Yang Berbahagia, _______________________


_______________________________________________ untuk menyampaikan hadiah.
Majlis mempersilakan.

**************
Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berbahagia, _______________________ atas
kesudian menyampaikan hadiah kepada para penerima sebentar tadi.

***Penyampaian Hadiah 3***

Sidang Hadirin sekalian,


Kita teruskan acara penyampaian hadiah bagi kategori Pencapaian Terbaik TP5 & TP6 bagi murid Tahun 1,
2 & 3, anugerah pencapaian SEGAK terbaik serta hadiah amalan baik SSDM.

Untuk itu, majlis berbesar hati menjemput


__________________________________________________________________untuk menyampaikan
hadiah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**************
Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada ____________________________________________,
atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para penerima sebentar tadi.

***Penyampaian Hadiah 4***

**************
Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berbahagia, DR. MOKHTAR BIN YAHYA atas kesudian
menyampaikan hadiah kepada para penerima sebentar tadi.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga majlis mempersilakan Puan Norhaniza
binti Osman, Penolong Kanan Pentadbiran SK Dato Yahya Subban untuk menyampaikan cenderahati
kepada DR. MOKHTAR BIN YAHYA.
Sesungguhnya kesudian Datin hadir ke majlis kami merupakan satu suntikan semangat buat kami semua
warga Sekolah Kebangsaan Dato Yahya Subban untuk terus berusaha demi kecemerlangan anak-anak
yang kami kasihi. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Norhaniza binti
Osman atas kesudian menyampaikan cenderahati kepada DR. MOKHTAR BIN YAHYA.
Anak haruan berlima-lima
Mati ditimpa punggur berdaun Budi
tuan kami terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

***Penyampaian Hadiah 5***


Sidang Hadiri sekalian,
Seterusnya ialah penyampaian Anugerah Keluarga Contoh SKDYS 2022/2023. Sama – sama kita
saksikan bingkisan yang telah disediakan oleh kumpulan multimedia SK Dato Yahya Subban

Untuk itu majlis mempersilakan keluarga _______________________________ untuk naik ke pentas.

Dipersilakan ______________ bagi menyampaikan anugerah keluarga contoh kepada


______________. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapa terima kasih kepada _________________ di atas kesudian menyampaikan
anugerah sebentar tadi.

***Penyampaian Hadiah 6*** Sidang


Hadirin sekalian,
Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah yang terakhir iaitu
- Anugerah Khas Guru
- Anugerah Pengurusan Panitia

Bagi menyempurnakan upacara ini, dijemput Yang Berbahagia, _______________________


_______________________________________________ untuk menyampaikan hadiah.
Majlis mempersilakan.

**************
Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berbahagia, _______________________ atas
kesudian menyampaikan hadiah kepada para penerima sebentar tadi.
Dengan ini, maka berakhirlah sudah majlis Augerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Dato Yahya
Subban tahun 2022/2023. Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada semua penerima
anugerah. Mudah-mudahan kejayaan anda akan menjadi satu pembakar semangat kepada anda
semua agar terus berusaha untuk meraih kecemerlangan di masa hadapan.
Majlis turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan keprihatinan para ibu bapa
yang sanggup meluangkan masa sehingga majlis ini berjalan dengan lancar.

Madah diungkap santun bicara


Pantun dilantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon diampun seikhlas hati

Pihak majis berbesar hati menjemput tetamu kehormat kita DR. MOKHTAR BIN YAHYA diiringi difdif
jemputan dan barisan pentadbir bergerak ke kantin untuk menikmati sedikit jamuan.

Bagi pihak majlis, kami menyusun 10 jari seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang kami
mengendalikan majlis ini.
Kain yang carik cuma dihujung
Dibuat alas mengelap kendi
Budi yang baik tetap dijunjung
Tahun hadapan berjumpa lagi Sekian
terima kasih.

You might also like