Jurnal DR Zetty

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

Fungsi Kokurikulum dalam Kecemerlangan Kemenjadian Murid di Sekolah Rendah Agama

FUNGSI KOKURIKULUM DALAM KECEMERLANGAN KEMENJADIAN


MURID DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

CO-CURRICULUM FUNCTIONS RELATED TO PUPILS' OUTCOMES


AND EXCELLENCE IN PRIMARY RELIGIOUS SCHOOLS

Zetty Nurzuliana Rashed 1, Ab Halim Tamuri 2 & Siti Suhaila Ihwani 3


Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 1
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 2
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia 3
[email protected] 1, [email protected] 2 & [email protected] 3

ABSTRACT
Co-curriculum programs are part of the teaching and learning process in schools. The importance
of this program is also on par with the importance of activities in the classroom as it contributes
and complements the effectiveness of teaching and learning. This study presents two objectives,
namely; first, to explore the level of understanding of religious primary school teachers on the aspect
of the pupil’s wholesomeness; and second is to examine the importance of co-curriculum in shaping
the pupils’ wholesomeness. This study uses the qualitative design descriptively. The researcher has
gathered information through an interview with study participants consisting of nine teachers who
taught and indirectly involved with co-curricular activities at the Religious Primary School in
Selangor. In addition, documents were analyzed from several data sources to examine and make
interpretations on this phenomenon. The study found that there are several themes that have
emerged related to the concept and importance of co-curricular activities that form students’
wholesomeness. The concept of wholesomeness includes aspects such as holistic, JERIS, knowledge
comprehension and skills. Meanwhile this co-curricular aspect is important to build students’
potential, interests, foster cooperation and build healthy body. The school should play its role so
that students are active in co-curricular activities. This is because the activity provides opportunities
for students to become more active and agile. Therefore, all students are encouraged to participate
in co-curricular activities so that competitive, skilled, creative and innovative students can be
produced.

Keywords: co-curriculum, wholesomeness, excellence, Religious Primary School

ABSTRAK
Program kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kepentingan program ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana
peranannya merupakan penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Kajian ini mengemukakan dua objektif iaitu; pertama, meneroka tahap kefahaman
guru sekolah rendah agama terhadap aspek kemenjadian murid kedua adalah meneliti kepentingan
kokurikulum dapat membentuk kemenjadian murid. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian
kajian kualitatif secara deskriptif. Pengkaji telah mengumpul maklumat melalui proses temu bual
dengan peserta kajian terdiri dari sembilan orang guru yang mengajar secara tidak lansung terlibat
dengan aktiviti kokurikulum di Sekolah Rendah Agama di negeri Selangor. Di samping itu analisis
dokumen beberapa data bagi tujuan membuat interpretasi tentang fenomena ini. Dapatan kajian
mendapati terdapat beberapa tema yang muncul berkaitan dengan konsep dan kepentingan
kokurikulum menbentuk kemenjadian murid. Konsep kemenjadian meliputi aspek holistik, aspek

52
Tinta Artikulasi Membina Ummah 7(2), 2021 52-70, e-ISSN: 2289-960X

JERIS, aspek faham ilmu dan kemahiran. Manakala aspek kokurikulum ini adalah penting untuk
bina potensi murid, bina minat, memupuk semangat kerjasama dan membina badan yang sihat.
Pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan
kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada para
murid untuk menjadi lebih giat dan cergas. Oleh itu, semua murid digalakkan mengambil bahagian
dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif
dapat dihasilkan.

Kata kunci: kokurikulum, kemenjadian, kecemerlangan, Sekolah Rendah Agama

PENDAHULUAN

Pembangunan insan adalah satu proses membentuk dan mendidik manusia secara seimbang dan
holistik. Ia merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, fizikal, intelek dan sosial untuk kepentingan
duniawi dan ukhrawi. Menurut Saharia (2015) pendidikan ialah satu sistem dalam sesebuah
kehidupan yang mengandungi aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan
ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara umumnya, pendidikan itu hanyalah
bentuk-bentuk latihan bagi membentuk diri individu, masyarakat dan negara sesuai dengan realiti
dan cabaran semasa. Di Malaysia, matlamat dan hasrat pendidikan itu dapat dilihat dalam
pembentukan sebuah falsafah pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) direncanakan
untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Bukan sekadar
FPK malah Falsafah Pendidikan Islam (FPI) juga menyokong matlamat FPK dengan menyatakan
bahawa dasar kepada pendidikan itu adalah bersumberkan kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Berdasarkan falsafah ini, maka kurikulum yang direkabentuk di sekolah adalah selaras dengan
hasrat FPK dan FPI iaitu untuk membentuk, membangun dan mengembangkan potensi individu
ke arah pembangunan insan yang seimbang dan harmonis berlandaskan al-Quran dan al- Sunnah.

Manakala aspek kokurikulum pula direkabentuk adalah untuk merealisasikan FPK. Aktiviti
kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan
diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu
aktiviti. Di samping itu, aktiviti kokurikulum ini dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan
pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-
nilai estetika serta sosial yang positif (Sheila Machael & Abdul Said 2019).

Antara matlamat yang hendak dicapai melalui aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut;
pertama, dapat menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan;
kedua, dapat menyeimbangkan antara perkembangan mental, rohani, jasmani dan emosi murid-
murid; ketiga, dapat mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid dalam
sekolah dan di antara sekolah; keempat, adalah dapat membina dan meningkatkan minat dan
bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi; kelima, dapat membina dan meningkatkan
disiplin murid; keenam, adalah dapat mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan
menggembirakan; ketujuh adalah membina dan meningkatkan kerjasama serta hubungan dua hala
antara sekolah dan masyarakat; dan yang terakhir adalah mewujudkan sekolah berwatak.

Dalam usaha melahirkan individu yang selaras dengan FPK, pihak pentadbir sekolah perlu
berganding bahu dengan guru supaya dapat memantapkan pelaksanaan kokurikulum yang
sistematik (Sheila & Abdul Said, 2019). Kegiatan kokurikulum ini harus disertai oleh setiap pelajar

53
Fungsi Kokurikulum dalam Kecemerlangan Kemenjadian Murid di Sekolah Rendah Agama

samada dilaksanakan di dalam ataupun di luar bilik darjah bergantung kepada keperluan dan
kesesuaian sesuatu aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini penting diikuti oleh pelajar untuk
membolehkan mereka memperoleh seberapa banyak pengalaman, kemahiran dan pengetahuan
untuk mengembangkan kredibiliti yang ada pada diri mereka (Shiamila Chupramaniam &
Jamal@Nordin (2021). Shefman (2016) juga menerangkan bahawa aktiviti kokurikulum yang juga
dikenali sebagai kurikulum tersembunyi lebih menekankan perkara dan aspek yang tersembunyi
seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya.

Kedudukan Kokurikulum dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan dan Kepentingannya


Dalam era pembangunan yang berkembang pesat tanpa batasan, Malaysia perlu memastikan
matlamat wawasan pendidikan negara yang sentiasa diimpikan selama ini tercapai. Wawasan yang
ingin mewujudkan negara maju mengikut acuannya sendiri memerlukan pengorbanan dan usaha
yang gigih daripada masyarakat. Hal ini disebabkan, wawasan tersebut hanya akan dapat dicapai
sekiranya rakyat Malaysia mampu melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara (Sheila Machael
dan Abdul Said Ambotang 2019). Dengan itu, tanggungjawab untuk memenuhi dan melahirkan
generasi tersebut telah diletakkan di bahu institusi pendidikan sejak dari awal lagi dan telah
termaktub di dalam FPK. Maka, sistem pendidikan negara secara tidak langsung memainkan
peranan yang penting dalam mencapai agenda Transformasi Nasional 50 (TN50). Pelbagai usaha
yang telah dan sedang giat dilakukan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Dalam pada itu, antara
usaha yang telah dilakukan ialah mengadakan kegiatan kokurikulum dalam semua peringkat
institusi pendidikan di Malaysia.

Selain itu, menurut Afnan Faiz Ridzuan & Jasni (2019), aktiviti kokurikulum yang hendak
dijalankan mestilah mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan yang jelas dan turut
mempunyai skema penilaian yang bersifat progresif dan pragmatis. Dalam pada itu, aktiviti
kokurikulum tersebut juga perlu mempunyai elemen-elemen pengetahuan, nilai-nilai murni dan
kemahiran baharu yang akan diperolehi oleh murid melalui pengalaman sepanjang melaksanakan
aktiviti tersebut. Perkara ini penting kerana aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti lanjutan
kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah yang berfungsi sebagai
pengukuhan dan menjadi platform untuk murid mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Justeru,
guru penasihat kelab persatuan, sukan permainan dan badan beruniform perlu merancang terlebih
dahulu sebelum sesuatu aktiviti kokurikulum itu dijalankan Peraturan-peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan 1997).

Sang (2008) menyatakan bahawa kokurikulum dijalankan di sekolah adalah bertujuan


untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan espirit de corps, iaitu perasaan kekitaan yang
wujud di antara murid berbilang kaum di sekolah, melatih murid untuk bertanggungjawab,
berdisiplin, berdikari, serta berkemahiran dalam sesuatu bidang yang mereka sertai berdasarkan
Laporan Kabinet 1979. Ab. Alim (2004) dan Tam (2010) mendakwa bahawa kokurikulum
memainkan peranan yang penting kerana ianya bertujuan untuk merealisasikan pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran merentasi kurikulum yang boleh diperoleh melalui aktiviti pendidikan
jasmani, seni dan reakreasi, aktiviti sains dan teknologi serta aktiviti kumpulan dan sosial.

Di samping itu, aktiviti kokurikulum juga dapat memberi peluang kepada murid untuk
membina kekuatan jasmani, meningkatkan keupayaan mental dan membantu dalam kestabilan
emosi. Marjohan dan Mohd Sufian (2007) berpendapat aktiviti kokurikulum merupakan salah satu
kaedah untuk membentuk perkembangan personaliti pelajar. Hal ini kerana, aktiviti kokurikulum

54
Tinta Artikulasi Membina Ummah 7(2), 2021 52-70, e-ISSN: 2289-960X

dapat membantu murid untuk berfikiran positif dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.
Malah, menurut Nur Izza & Wan Hanim (2014), melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, murid
dapat mengembangkan beberapa domain penting iaitu domain intelek dan domain personaliti.

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025), pihak kementerian telah


menetapkan bahawa setiap murid perlulah menyertai sekurang-kurangnya satu sukan, satu kelab
dan satu unit beruniform di sekolah. Program ini bertujuan untuk membina bakat, memupuk
minat dan membentuk kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid sekolah. Ini penting
dilaksanakan agar penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum dapat ditingkatkan. Oleh itu,
bagi memastikan tujuan dan matlamat kokurikulum yang dilaksanakan tercapai, pelbagai pihak
perlu bekerjasama untuk menjayakannya terutama di peringkat sekolah. Oleh yang demikian,
pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum di peringkat sekolah haruslah dijalankan dengan
sistematik dengan bantuan dan kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah serta guru agar
matlamat untuk melahirkan individu yang selaras dengan kehendak FPK dapat dipenuhi. Walau
bagaimanapun, bagi memastikan keberkesanan kokurikulum yang diadakan di sekolah,
penglibatan murid perlulah diberikan perhatian oleh guru dan pihak pentadbir sekolah. Hal ini
bagi memastikan objektif aktiviti kokurikulum yang diadakan dapat dicapai secara menyeluruh.
Fischer & Theis (2014) membuktikan bahawa terdapat hubungan di antara aktiviti kokurikulum
yang berkualiti dengan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Pelaksanaan
aktiviti kokurikulum yang berkualiti dapat memberikan motivasi positif kepada murid untuk
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kokurikulum.

Yahya Don & Ibrahim (2019) menjelaskan bahawa kegiatan kokurikulum sekolah di
Malaysia merupakan suatu bentuk pembelajaran yang wajib dihadiri oleh murid kerana ia termasuk
dalam kurikulum peringkat nasional. Menurut Abu Bakar Nordin (2013) dan disokong oleh
Herppich, S. (2017) bahawa aktiviti kokurikulum bertujuan untuk pengembangan minda
mencakupi pengetahuan, keterampilan, norma, nilai, unsur budaya dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan pelajar yang dididik secara mantap zahir dan batin. Di samping itu,
pandangan Curtin University (2018) menyatakan bahawa emosi murid perlu ditanam dengan nilai-
nilai moral yang tinggi dalam aspek kegiatan kokurikulum. Matlamat kokurikulum yang ingin
disampaikan kepada murid adalah untuk memberikan pengetahuan yang mendalam menerusi
aktiviti luar kelas yang menarik minat murid menyertainya secara berterusan, (Asadullah, M. Niaz,
2018). Meneliti pernyataan FPK di atas, falsafah ini digubal berdasarkan kepada matlamat yang
mahu dicapai serta hasrat dan impian falsafah pendidikan yang unggul. FPK menganjurkan konsep
pendidikan sepadu, dengan memautkan ilmu yang bercorak naqliah dan mutlak untuk kehidupan
sebenar dan menguasai pelbagai kemahiran yang canggih bagi kehidupan seharian manusia di dunia
ini. Konsep pendidikan sepadu ini boleh menghalang pemisahan ilmu yang disebabkan fahaman
dan unsur-unsur dualisme dan sekular. Zarin dan Ab Halim (2007) telah pun menghuraikan
bahawa FPK menghubungkan semua potensi diri pada setiap individu dan memastikan bahawa
mereka memiliki sahsiah yang bersepadu iaitu unsur Intelek, rohani, jasmani dan emosi.

Keempat-empat komponen adalah saling berkaitan antara satu sama lain yang mana aspek
rohani merupakan teras kepada ketiga-tiga komponen lagi iaitu emosi, jasmani dan intelektual.
Noor Hisham Md Nawi (2018) telah menghuraikan kaedah yang lebih tepat mengenai konsep
tersebut ialah dengan meletakkan rohani sebagai teras yang akan memandu potensi lain secara
seimbang dan harmonis seperti Rajah 1 berikut:

55
Fungsi Kokurikulum dalam Kecemerlangan Kemenjadian Murid di Sekolah Rendah Agama

Rajah 1: Konsep kesepaduan ilmu dalam pendidikan

Beliau menjelaskan bahawa, berdasarkan kefahaman tersebut, membentuk manusiawi


adalah membina potensi rohani atau qalb manusia yang terkandung di dalamnya himpunan nilai
dan prinsip terdalam manusia yang terdiri daripada kepercayaan dan iman, visi dan misi kehidupan
individu dan juga keseluruhan tasawwur atau pandangan alam kehidupannya. Potensi ini
kemudiannya akan memimpin atau memandu potensi-potensi lain secara seimbang dan harmonis.
Potensi ini (rohani) tidak boleh dilihat secara terpisah dengan potensi-potensi lain kerana setiapnya
saling berinteraksi antara satu sama lain yang membentuk tingkatan nafsu manusia (samada
ammarah, lawwamah, atau mutmainnah). Sekiranya teras atau pusat kawalan manusia dikuasai
oleh potensi intelek atau emosi lebih-lebih lagi dalam keadaan status nafsu ammarah, maka tahap
manusiawi manusia akan berada dalam keadaan yang lemah. Namun jika potensi rohani atau qalb
ini berfungsi dengan baik sesuai dengan fitrah asalnya, ia akan memimpin keseluruhan potensi lain
(intelek, emosi dan jasad) dengan baik dan harmonis (Noor Hisham Md Nawi, 2018). Ini adalah
menjadi asas utama dalam pemupukan nilai perpaduan bangsa dan kesejahteraan negara.
Pendidikan Islam perlu dijadikan sebagai pemangkin kepada pemupukan nilai kepada pelajar-
pelajar khususnya dan masyarakat lain amnya yang mana Islam telah memberikan prinsip-prinsip
umum dalam pemupukan nilai berasasakn konsep akhlak dan adab yang komprehensif.

Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah Rendah Agama


Aktiviti yang sihat dan bermanfaat dalam Islam adalah harus sifatnya dan lagi dituntut sekiranya ia
memberi manfaat kepada seseorang. Segala aktiviti yang bersifat membina minda dan fizikal yang
sihat ini selari dengan laungan al-‘aql al-salim fi al-jism al-salim. Islam bukan sekadar menghendaki
kesihatan pada pemikiran, malah juga kepada anggota badan supaya seseorang itu akan sihat pada
keseluruhan dirinya. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah adalah atas dasar menjamin
kebaikan kepada semua murid. Aktiviti kokurikulum merangkumi tiga aktiviti utama iaitu kelab
persatuan, sukan permainan dan unit beruniform atau dikenali dengan nama Pasukan Pakaian
Seragam (Omardin Ashaari 1998). Aktiviti ini dirancang untuk melahirkan murid yang berdisiplin,
berfikiran matang, mempunyai bakat kepimpinan dan berdaya saing. Jadual 1 di bawah
menunjukan senarai aktiviti kokurikulum sekolah di bawah JAIS.

Jadual 1: Senarai Aktiviti Ko-Kurikulum Sekolah Bawah Kelolaan JAIS (2019)


BIL KATEGORI SEKOLAH AKTIVITI KO-KURIKULUM
01 Sekolah Rendah Agama / KAFA - KAMIL (Kemahiran Amal Islami)

56
Tinta Artikulasi Membina Ummah 7(2), 2021 52-70, e-ISSN: 2289-960X

02 Sekolah Rendah Agama Integrasi - KAMIL (Kemahiran Amal Islami)


- Sukan SRAI
- Badan Beruniform
- Kelab & Persatuan
03 Maahad Integrasi Tahfiz Sains - KAMIL (Kemahiran Amal Islami)
- KESSUMAS (Kejohanan Sukan Sekolah Agama)
- Badan Berunifom
- Kelab & Persatuan
04 Kelas Kafa Menengah - KAMIL (Kemahiran Amal Islami)
05 Sekolah Menengah Agama - KAMIL (Kemahiran Amal Islami)
- KESSUMAS (Kejohanan Sukan Sekolah Agama)
- Badan Berunifom
- Kelab & Persatuan

Kajian ini memfokuskan tentang acara Kemahiran Amal Islami (KAMIL) yang merupakan
wadah penting di SRA bagi menghasilkan produk insan yang berketrampilan, berwibawa dan
berani bersaing. Aktiviti seperti acara pidato dan syarahan menjadikan murid itu kreatif dalam
mengutarakan idea dan pandangan mereka tersendiri. Acara seperti solat jenazah, selain mampu
memimpin diri sendiri, murid dapat memanfaatkan ilmu tersebut secara teori dan praktikalnya
kepada masyarakat suatu masa nanti. Aktiviti kokurikulum di SRA ini juga dapat mengeratkan
silaturahim antara guru dan murid. Aktiviti KAMIL yang dikendalikan di SRA merupakan
program latihan khusus untuk membudayakan kehidupan murid ke arah tarbiah Islami yang
syumul. Program tahunan ini adalah untuk mencungkil bakat dan potensi murid, menanam sifat
dan kerjasama bagi merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Islam JAIS. Pepatah Melayu ada
mengungkapkan “melentur buluh itu bermula dari rebung”. Untuk membina generasi pemimpin
muda yang hebat pada masa hadapan, usahanya perlu bermula sejak di bangku sekolah lagi. Di
sekolah, murid diberi peluang melibatkan diri dengan aktiviti ko-kurikulum yang disediakan. Bakat
mereka akan dicungkil, digilap, diasah supaya berani menonjolkan diri di hadapan khalayak ramai.

Elemen IHES Dalam Ko Kurikulum JAIS Membentuk Kemenjadian Murid


Sistem Pendidikan Integrasi dan Holistik (IHES) merupakan hasil penemuan dalam perjalanan
jihad pendidikan di Bahagian Pendidikan Islam , JAIS. Ia merupakan kerjasama antara BPI, JAIS
dan Sekolah Islam, ADNI bagi membangunkan sistem pendidikan Islam di negeri Selangor.
Bermula tahun 2007 melalui penglibatan beberapa orang pegawai ADNI ke JAIS bagi memahami
dasar dan kaedah pelaksanaan IHES. Penubuhan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Kuala
Langat (2008) merupakan sekolah rintis pelaksanaan IHES. Matlamat IHES ini selari dengan
Falsafah Pendidikan Islam, JAIS yang menekankan kepada beberapa elemen seperti berikut;
“Pendidikan Islam JAIS adalah satu usaha berterusan ke arah membina potensi individu
berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia dan berketrampilan secara seimbang dan
sepadu berlandaskan Wahyu Allah dan Sunnah Rasulullah bagi melahirkan masyarakat
muslim yang bertaqwa, maju, mampu bersaing untukmendapat kesejahteraan di dunia dan
kebahagiaan di akhirat”.

IHES yang dibangunkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ini merupakan satu
sistem yang membantu sistem Pendidikan Islam di negeri Selangor. Sistem ini diamalkan di semua
sekolah di bawah kelolaan JAIS yang menjadi pemangkin kepada sistem pendidikan kebangsaan
yang sedia ada. Sistem ini juga merupakan suatu pendidikan yang sepadu, seimbang dan
menyeluruh melalui pengintegrasian potensi insan, kepelbagaian kurikulum dan media bagi

57
Fungsi Kokurikulum dalam Kecemerlangan Kemenjadian Murid di Sekolah Rendah Agama

mencapai visi, misi, matlamat, objektif dan falsafah pendidikan Bahagian Pendidikan Islam JAIS
berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah untuk melahirkan hamba Allah SWT yang diredhai.
Budaya amalan pengajaran dan pembelajaran yang berterusan berteraskan al-Quran dan As-Sunnah
yang merupakan asas kepada kewujudan keberkatan dalam kehidupan manusia di samping
penerapan teori pembelajaran dari pelbagai sumber. Satu proses membina tamadun pembelajaran
sepanjang hayat adalah satu usaha berterusan ke arah membina potensi individu berilmu, beriman,
beramal, berakhlak mulia dan berketrampilan secara seimbang dan sepadu berlandaskan wahyu
Allah dan Sunnah Rasulullah bagi melahirkan masyarakat muslim yang bertaqwa, maju, mampu
bersaing untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Dalam meneliti konsep kemenjadian murid, terdapat banyak definisi yang telah diajukan
dalam kajian terdahulu. Apa yang diamati melalui beberapa istilah kemenjadian murid adalah
merupakan perubahan tingkah laku dalam bentuk keberhasilan murid selepas melalui proses
pembelajaran secara formal mahupun secara tidak formal. Aspek kemenjadian murid ini
merupakan menjadinya murid itu sebagai seorang modal insan. Ia bukan hanya dinilai berdasarkan
pencapaian akademik sahaja. Kemenjadian murid dilihat melalui hasil keberkesanan proses
persekolahan secara holistik. Kualiti murid bukan sahaja dilihat dari segi pencapaian akademik
berdasarkan keputusan peperiksaan sahaja. Untuk menilai aspek kemenjadian murid, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 boleh dijadikan rujukan. Intipati PPPM
memfokuskan enam ciri murid yang menjadi aspirasi negara, iaitu murid berpengetahuan,
berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan
berkerohanian, serta mempunyai identiti nasional. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan PPPM, isu kemenjadian murid menjadi tumpuan. Murid dinilai dalam semua program dan
aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dijalankan oleh guru dan pihak sekolah.

Kemenjadian murid membawa maksud perihal murid di dalam bidang akademik,


kokurikulum serta pembangunan sahsiah yang membawa kejayaan kepada sesebuah sekolah dalam
menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi. Manakala Mohd Asran (2011) mendefinisikannya
sebagai indikator penerimaan ilmu yang dapat diukur melalui perubahan tingkah laku, atau lebih
dikenali sebagai kemenjadian murid dan proses ini berterusan hingga ke akhir persekolahan. Secara
mudahnya "kemenjadian murid" itu adalah "outcome" atau rupa bentuk insan yang akan
dihasilkan. Rupa bentuk insan yang kita mahukan itu telah digaris secara sempurna dan bertulis
dalam FPK.

Dalam kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025 yang
menekankan aspek kemenjadian murid melalui Aspirasi Murid dengan memberi enam ciri utama
murid adalah usaha memantap dan memperkasakan lagi makna kemenjadian murid dalam FPK.
Enam ciri utama murid yang dihasratkan;
1. Murid yang mempunyai pengetahuan
2. Murid yang mempunyai kemahiran berfikir
3. Murid yang mempunyai kemahiran memimpin
4. Murid yang mempunyai kemahiran dwibahasa
5. Murid yang mempunyai Etika dan Kerohanian
6. Murid yang mempunyai Identiti Nasional

Justeru itu, dapatlah difahami bahawa kemenjadian murid merangkumi tiga aspek penting
yang menjadi domain utama pembelajaran iaitu, ilmu pengetahuan, kemahiran sosial dan
mengamalkan nilai murni dalam kehidupan. Matlamat akhir kelak adalah membentuk masyarakat

58
Tinta Artikulasi Membina Ummah 7(2), 2021 52-70, e-ISSN: 2289-960X

Malaysia yang lebih toleran, menghormati orang lain dan berilmu pengetahuan (Julian@Juliana
George Jette & Mohd Izham Mohd Hamzah 2020).

Sementara itu, hasil dari kemenjadian murid juga sebagai penanda aras kepada pencapaian
sesebuah sekolah. Menurut Lee & Shukuri (2016), kemenjadian murid adalah sebagai keberhasilan
diperoleh oleh murid dalam kecemerlangan peperiksaan. Manakala dalam Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia gelombang ke-2 (SKPMg2), Jemaah Nazir Jaminan Kualiti, KPM (2016),
kemenjadian murid diukur berdasarkan pada aspek kemenjadian akademik, kemenjadian
kokurikulum dan kemenjadian sahsiah diri murid. Dalam PPPM 2013-2025, Kementerian
Pendidikan Malaysia, telah melancarkan satu program transformasi sekolah (TS25) dengan motif
untuk meningkatkan kemenjadian murid berkualiti melalui potensi pengajaran dan pembelajaran
guru (P&P). Justeru itu, amalan P&P guru sangat signifikan dalam membentuk kemenjadian
murid dari aspek akademik. Kemenjadian aspek akademik diperoleh setelah murid melalui proses
P&P dan ditaksir oleh guru untuk menentukan tahap pencapaian murid secara individu. Manakala
keberhasilan murid melalui penglibatan kokurikulum adalah merupakan aktiviti yang dirancang
serta lanjutan daripada proses P&P dalam bilik darjah (Zuraida 2013).

Kajian ini juga memfokuskan kepada konsep kemenjadian sahsiah murid yang merupakan
kesinambungan daripada penglibatan murid di dalam aktiviti kokurikulum iaitu meningkatkan
disiplin diri dan mewujdkan budaya sihat di sekolah. (Irwan et al. 2015). Selain daripada itu,
pelaksanaan guru semasa proses P&P juga turut membentuk kemenjadian murid dari aspek
kemenjadian sahsiah diri. Kini dalam suasana pandemik COVID-19, para pendidik seluruh dunia
dan di Malaysia khususnya berdepan dengan pelbagai cabaran melaksanakan aktiviti kokurikulum.
Tambahan pula bersesuaian dengan zaman digital yang sangat kompetitif, kebanyakan murid lebih
cenderung memilih aktiviti secara maya.

Pernyataan Masalah
Dunia masa kini yang penuh risiko, sangat dinamik dan kompetetif serta terdapat pelbagai isu
berkaitan keruntuhan akhlak, nilai-nilai sahsiah dalam kalangan murid masih sering lagi menjadi
tajuk perdebatan masyarakat. Salah satu sebab kepada isu keruntuhan akhlak adalah kesukaran
sistem pendidikan negara dalam melahirkan murid-murid yang memenuhi keperluan nilai-nilai
murni. Masalah yang belum dapat diselesaikan ini semakin membimbangkan dan sepatutnya tidak
boleh diabaikan sama sekali terutama di peringkat remaja yang masih di bangku sekolah. Kawalan
daya tahan diri mereka perlu diperteguhkan sebelum menjadi semakin parah jika dibiarkan dan
angka menjadi semakin menakutkan untuk mereka berada di mana-mana komuniti masyarakat
(Nor Anisa et.al 2020). Penggunaan teknologi digital dalam kalangan murid telah meningkat pesat
sejak sedekad yang lalu. Murid yang melalui peringkat perkembangan kritikal seperti pembentukan
identiti dan membina persahabatan positif, tenggelam dalam era digital (George & Odgers, 2015).
Kajian daripada Turkle (2011) berpendapat bahawa murid hari ini berinteraksi dengan lebih
banyak dengan telefon mereka antara satu sama lain, yang boleh menyebabkan mereka terlepas
pengalaman sosial penting termasuklah penglibatan kokurikulum.

Walau bagaimanapun, pengkaji lain juga menyatakan bahawa murid masih berinteraksi
antara satu sama lain seperti sebelumnya dan mempunyai kualiti yang sama. Namun begitu, tempat
untuk interaksi sosial yang telah berubah menjadi digital (Boyd, 2014). Oleh kerana persahabatan
dan komunikasi dengan rakan sebaya adalah penting untuk pemkembangan kemahiran sosial
sepanjang hayat, terdapat kebimbangan iaitu kemahiran sosial murid mungkin boleh diubah atau
terjejas secara negatif apabila dibuat secara digital (George & Odgers, 2015). Satu kajian yang

59
Fungsi Kokurikulum dalam Kecemerlangan Kemenjadian Murid di Sekolah Rendah Agama

dijalankan oleh Roberts & Foehr (2008) mengenai aktiviti kokurikulum murid mencadangkan
media baharu seperti Facebook, Twitter dan lain-lain menggantikan atau meningkatkan aktiviti
rekreasi lain tetapi tidak mengambil masa daripada murid. Kini berlaku perubahan medium atau
pendekatan aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah. Rata-ratanya lebih berbentuk
secara atas talian seperti larian maya, berbasikal secara maya, aktiviti penanaman pokok, nasyid,
deklamasi sajak secara maya dan lain-lain aktiviti yang menggunakan medium secara maya. Dalam
melaksanakan aktiviti murid dikehendaki memuatnaik video atau rakaman kepada pihak sekolah.

Dalam erti kata lain, masa yang dihabiskan oleh murid di rangkaian laman sosial adalah
masa yang sama biasanya digunakan untuk aktiviti kokurikulum dan kesan daripada itu tidak
mengambil masa produktif mereka untuk belajar. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor
perilaku boleh mempengaruhi aktiviti fizikal dalam kalangan murid. Sebagai contoh, penggunaan
teknologi yang semakin meningkat telah dicadangkan sebagai penyumbang yang mungkin
menurunkan tahap aktiviti fizikal dalam kalangan komuniti global termasuk di Amerika Syarikat
(Ng & Popkin, 2012).Walau bagaimanapun, teknologi telah dijadikan sebagai salah satu penyebab
aktiviti kokurikulum menurun dan tingkah laku yang tidak aktif.

Kurangnya aktiviti fizikal kerana kekerapan menonton televisyen, penggunaan komputer,


dan permainan digital iaitu sepatutnya menggunakan masa tradisional untuk aktiviti fizikal. Selain
itu, teknologi dalam bentuk permainan digital dan hiburan berkaitan jelas merupakan isu daripad
segi menghadkan waktu harian untuk aktiviti kokurikulum. Sesetengah penyelidik menyimpulkan
bahawa tahap aktiviti fizikal yang rendah dalam kalangan murid disebabkan oleh aktiviti waktu
skrin yang berlebihan (teknologi seperti menonton televisyen, penggunaan komputer dan bermain
permainan video). Aspek-aspek ini perlu diberi perhatian dengan lebih serius supaya aktiviti ko
kurikulum perlu diberi nafas baharu sesuai dengan perkembangan semasa.

OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif dalam kajian ini iaitu;


1. Meneroka tahap kefahaman guru sekolah rendah agama terhadap aspek kemenjadian murid
2. Meneliti kepentingan kokurikulum dapat membentuk kemenjadian murid

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan kajian kualitatif deskriptif yang mana dapat membantu
pengkaji menyiasat isu yang dikenalpasti dengan mendalam dan terperinci dengan mengekalkan
keasliannya secara holistik (Patton 1990). Pendekatan kualitatif ini dipilih bagi membolehkan
pengkaji melihat situasi sebenar iaitu aktiviti yang berlaku, dilihat dan dialami dalam suasana yang
sebenar dalam persekitaran kawasan kajian (Yin 1994). Kajian ini adalah berguna untuk
menerangkan bagaimana dan apa yang berlaku, menambahkan pengetahuan, membangunkan dan
menganalisis dapatan dari pelbagai sumber sertamenyediakan data yang banyak serta
mentriangulasikan data untuk kesahan maklumat. Pengulangan kajian yang sama di tempat yang
berasingan menggunakan protokol yang hampir sama membantu pengesahan dan replikasi
(Ginsburg & Rhett 2003).

Pengkaji telah mengumpul maklumat melalui proses temu bual pelbagai sumber dan
disokong data dari dokumen untuk menganalisis dan membuat interpretasi tentang fenomena ini.
Seterusnya pengkaji membuat deskripsi segala maklumat yang diperoleh, menganalisis dengan

60
Tinta Artikulasi Membina Ummah 7(2), 2021 52-70, e-ISSN: 2289-960X

membuat interpretasi, pengkategorian dan membina konsep daripada pelbagai sumber disokong
dengan pelbagai kaedah. Dalam kajian ini, informan atau peserta kajian adalah merujuk kepada
mereka yang diminta memberi fokus kepada fakta-fakta berdasarkan soalan temu bual yang
memerlukan seseorang itu membina semula pengalaman secara aktif dalam konteks mereka berada
(Seidman 1998). Pengkaji menamakan informan kajian dari peserta pertama hingga ke sembilan
dengan menggunakan P1 hingga ke P9 untuk menjaga aspek etika dan kerahsiaan. Tujuan
pemilihan peserta kajian adalah untuk memberi gambaran daripada pelbagai sudut untuk
fenomena yang dikaji (Barbour, 2008; Wills, 2007).

Dalam kajian kualitatif jumlah peserta adalah kecil, maka untuk memahami fenomena yang
dikaji, peserta kajian mestilah bertujuan dan bersesuaian untuk dipilih sebagai peserta kajian
(Merriam,2009). Pemilihan peserta kajian ini telah dibuat berdasarkan cadangan Gay (1996),
menggunakan teknik purposive sampling atau persampelan bertujusn yang bermaksud sampel
kajian dipilih dengan tujuan tertentu. Pemilihan peserta kajian secara bertujuan juga berdasarkan
peserta kajian yang dipilih boleh menyampaikan maklumat tentang sesuatu fenomena secara
holistik dan bermakna (Cresswell, 1998; Mills & Airasian, 2003; Seidman,1998). Dalam kajian
ini, peserta-peserta kajian mempunyai kriteria berikut;
1. Melibatkan sembilan (9) orang guru-guru Sekolah Rendah Agama yang mewakili sembilan
(9) daerah yang terdapat di negeri Selangor yang mengajar di sekolah di bawah kelolaan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
2. Guru-guru SRA yang pernah terlibat dan menguruskan aktiviti ko kokurilum di SRA, JAIS.
3. Kesanggupan untuk menjadi peserta kajian dan kebenaran daripada pihak pengurusan
sekolah turut menjadi pertimbangan.
4. Kerelaan menjadi peserta kajian. Berdasarkan cadangan daripada Bahagian Pendidikan
Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Bagi tujuan pengumpulan data, pengkaji telah mengemukakan soalan-soalan temubual


untuk dijawab serta mendapat kebenaran peserta kajian untuk menyimpan dan meneliti serta
menggunakan bahan-bahan berkaitan dengan persoalan kajian (Marohaini, 2001).Kajian ini
menggunakan proses secara manual dari aspek mengurus data yang telah dikumpulkan dengan
mengekod tema, mengkategori dan menganalisa setiap data yang diperolehi. Selain itu, analisis
berterusan ini dapat menentukan data yang akan dipungut seterusnya tidak berulang. Maklumat
daripada proses penganalisisan awal membolehkan pengkaji mengelakkan diri daripada
mengumpul data yang sama. Ini sudah tentu menguntungkan dari segi kos masa dan tenaga.
Penganalisisan data yang dibuat secara berterusan sepanjang tempoh pengumpulan data telah
mengelakkan berlakunya longgokkan data. Proses seperti ini membolehkan pengkaji menyusun
dan menyimpan data secara sistematik yang akan memudahkan kerja penganalisisan selepas
pengumpulan data.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian bagi objektif pertama mendapati terdapat empat tema utama berkaitan dengan
kefahaman guru SRA terhadap konsep kemenjadian murid.Antara konsep yang difahami adalah
seperti holistik, JERIS, kemahiran dan faham ilmu. Bagi memudahkan pemahaman, paparan dalam
Jadual 2 di bawah merumuskan konsep tersebut. Dapatan kajian ini diambil dari temubual secara
mendalam bersama guru yang mengajar di SRA. Terdapat beberapa konsep kemenjadian murid
yang telah dikenalpasti.

61
Fungsi Kokurikulum dalam Kecemerlangan Kemenjadian Murid di Sekolah Rendah Agama

Jadual 2: Rumusan tema dan subtema bagi tahap kefahaman guru SRA
terhadap konsep kemenjadian murid
Kategori Tema Subtema
Holistik Akademik
Kemahiran
Bertanggungjawab
Capai kesejahteraan diri
Berketrampilan
Sopan santun
Adab
Personaliti yang baik

JERIS Jasmani
Konsep kemenjadian murid
Emosi
Rohani
Intelek
Sosial

Kemahiran Kepimpinan
Berfikir

Faham ilmu Aplikasi ilmu


Amal perkara baik
Sumber: Temubual Guru SRA

Jadual 2 menunjukkan dapatan kajian terhadap konsep kemenjadian murid yang


dimulakan dengan tema i) holistik, ii) JERIS, iii)kemahiran, iv) faham ilmu.

i. Holistik
Tema pertama dimulakan dengan dapatan kajian berkait dengan aspek holistik. Holistik merujuk
kepada satu usaha usaha pembangunan insan ini merupakan satu usaha pendidikan yang paling
utama. Ia bertujuan untuk melahirkan manusia yang berkeupayaan membangunkan seluruh
potensi diri dan setiap bakat serta kebolehan yang tersembunyi di dalam diri seseorang. Aspek ini
menunjukkan hasil sesuatu pembelajaran itu diperolehi secara menyeluruh. Peserta P1 dan peserta
P2 menyatakan kemenjadian murid adalah merupakan pencapaian secara menyeluruh yang
merangkumi akademik dan akhlak murid. Pernyataan ini menunjukkan pandangan beliau; “murid
yang dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap berupaya mencapai potensi diri
yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan dan kemahiran, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggunggjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri”. Di samping itu
kemenjadian murid ini merujuk kepada pencapaian murid yang melibatkan personaliti dan akhlak
yang baik. Demikian pernyataan peserta kajian P2; “kemenjadian murid ialah satu pencapaian
murid yang menyeluruh bukan sahaja dari segi akademik malah merangkumi pelbagai
kemahiran,akhlak(adab) serta mempunyai personal yang baik”. Peserta P8 juga menyatakan
kemenjadian ini merujuk kepada aspek kognitif, fizikal dan perlakuan. Pernyataan beliau; “ nilai
holistik dari segi kognitif, fizikal dan perlakuan dapat diperolehi dari penglibatan kokurikulum”.

Pendidikan dari sudut Islam memperlihatkan suatu paradigma yang bersifat holistik,
sepadu dan seimbang. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

62
Tinta Artikulasi Membina Ummah 7(2), 2021 52-70, e-ISSN: 2289-960X

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya.”


(Surah al-Baqarah, ayat 208)

Pendidikan Islam bersifat holistik atau menyeluruh kerana ia meliputi perkembangan


manusia dari aspek jasmani, rohani, intelek dan emosi secara bersepadu yang mana potensi ini
dapat digunakan untuk meningkatkan pelbagai aspek kehidupan manusia. Manakala seimbangnya
Pendidikan Islam kerana ia menekankan kemajuan dan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan
akhirat. Maka, aspek rohani perlu diberikan tumpuan kerana ianya adalah asas kepada
pembangunan yang menyeluruh meliputi aspek jasmani, emosi dan intelektual murif-murid (Noor
Hisham, 2018)

ii. JERIS
Tema yang kedua pula merujuk kepada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Aspek-
aspek ini merupakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan
ilmu,kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara umumnya, pendidikan itu hanyalah
bentuk-bentuk latihan bagi membentuk diri individu, masyarakat dan negara sesuai dengan realiti
dan cabaran semasa. Peserta P4 menyatakan pandangan beliau kemenjadian merujuk kepada aspek
pengembangan potensi individu secara menyeluruh. Penyataan ini merujuk kepada pernyataan
beliau; “kemenjadian murid bukan dilihat dari segi akademik sahaja akan tetapi dilihat juga secara
holistik dari segi JERIS”. Pembangunan insan adalah satu proses membentuk dan mendidik
manusia secara seimbang dan holistik. Ia merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, fizikal,
intelektual dan sosial untuk kepentingan duniawi dan ukhrawi. Proses membangunkan manusia
ini memerlukan satu usaha yang konsisten dan berterusan agar tidak berlaku kepincangan dalam
mana–mana peringkat pelaksanaannya.

Dengan ini dapatlah difahami bahawa manusia yang berjaya bukan sahaja mereka yang
cemerlang pada satu-satu aspek sahaja malahan istilah berjaya sebenar diukur pada kualiti
rohaninya. Ini dijelaskan dalam al-Quran surah al-Mukminun: 1 yang maksudnya: “Sesungguhnya
beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyu’ dalam
sembahyangnya……”. Berdasarkan ayat ini dapat difahami kekuatan dalaman seseorang
merupakan kayu ukur bagi menentukan tahap kejayaan seseorang. Oleh kerana itu, FPK
menekankan pembangunan rohani dan emosi secara seimbang dengan menerapkan nilai-nilai
murni merentasi kurikulum (Ahmad Mohd. Salleh, 2008). Manakala bagi mengukuhkan lagi ilmu
yang menghubungkan kepada kemantapan rohani, prinsip kepercayaan dijadikan pegangan oleh
FPK. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah akan mengukuhkan lagi sahsiah peribadi manusia.
Justeru itu, antara unsur-unsur rohani yang diterapkan dalam kurikulum pendidikan ialah
menyedari dan menginsafi daya Pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta,
menyedari dan menginsafi tanggungjawab, memupuk dan membina disiplin kendiri serta
membentuk akhlak mulia (Ahmad Mohd Salleh, 2008; Noor Hisham, 2018). Berkaitan dengan
pembangunan rohani dan emosi ini pula boleh dihubungkan dengan afektif iaitu tentang perasaan
dan kejiwaan (Saharia 2015).

iii. Kemahiran
Manakala tema ketiga merujuk kepada kemahiran yang diperolehi oleh murid apabila menyertai
aktiviti kokurikulum. Kemahiran merupakan elemen penting dalam pembangunan diri murid.
Murid merupakan aset penting dan bakal menjadi pewaris kepimpinan negara maka perlu untuk
mereka mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu, mempunyai disiplin, berkualiti tinggi dan
menjadi insan sempurna yang dapat mencurah khidmat kepada keluarga bangsa dan negara. Peserta

63
Fungsi Kokurikulum dalam Kecemerlangan Kemenjadian Murid di Sekolah Rendah Agama

kedua menyatakan pelbagai kemahiran dapat diperolehi dari penglibatan murid dalam aktiviti ko
kurikulum. Pernyataan beliau; “kemahiran yang dimaksudkan seperti kemahiran kepimpinan,
kemahiran berfikir dan kemahiran beretika”. Kepimpinan dapat dilatih melalui aktiviti pakaian
seragam, persatuan, kelab dan sukan. Mengulas perkara yang sama Shamsaadal Sholeh Saad (2004)
dan Mohamad Ismail Mohamad Yunus (2004) menyatakan melalui kokurikulum, remaja diajar
menjadi pemimpin, mematuhi peraturan dan etika, berkomunikasi, membuat keputusan,
menyelesaikan masalah, bekerja dalam kumpulan di samping menyemai nilai-nilai yang positif
seperti berdisiplin.

Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), terdapat enam (6)


aspirasi murid untuk bersaing di peringkat global. Salah satunya adala kemahiran berfikir. Menurut
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis telahbermula
pada tahun 1994. Kemahiran berfikir ini memberi fokus kepada kemahiran berfikir kritis dan
kreatif ke arah penyelesaian masalah dan membuat keputusan, metakognisi dan penekanan dalam
kurikulum dan pedagogi. Menurut Tengku Nor Husna binti Tengku Jamil, Hasanah binti Abd
Khafidz dan Khazri Osman (2019) menyatakan tahap kemahiran berfikir pelajar yang paling tinggi
adalah apabila pelajar berkebolehan merumuskan pengetahuan, mengaplikasikan kemahiran dan
nilai daripada kandungan yang dipelajari dalam membentuk perubahan tingkah laku pelajar
seterusnya mempamerkan ciri-ciri kepimpinan sebagai seorang yang bertakwa yang boleh dicontohi
atau membimbing orang lain.

iv. Faham ilmu


Tema keempat merujuk kepada faham ilmu. Konsep kemenjadian murid merujuk kepada murid
yang memahami ilmu yang dipelajari. Ilmu juga memangkin individu yang sempurna dan tamadun
lebih berjaya. Peserta P5, P6 dan P7 menyatakan kemenjadian ini menjadikan murid lebih
memahami ilmu yang dipelajari. Antara pernyataan mereka adalah seperti berikut:
No. Peserta Petikan
1 P5 Mengaplikasikan ilmu yang dipelajari.

2 P6 Kefahaman murid tentang sesuatu pelajaran

3 P7 Murid dapat mengamalkam perkara-perkara kebaikan dan akhlak yang


soleh dalam kehidupan mereka.

Ilmu merupakan perkara yang sangat diperlukan oleh manusia khususnya umat Islam
untuk mencapai kebaikan dan kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat. Pihak KPM telah
memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 sebagai dasar kepada proses
transformasi pendidikan. PPPM 2013-2025 ini menggariskan sebelas anjakan yang menjadi teras
utama transformasi sistem pendidikan. Antaranya ialah anjakan ketiga, melahirkan rakyat yang
menghayati nilai dan mempunyai identiti nasional(KPM, 2013).

Dapatan kajian bagi objektif kedua mendapati terdapat lima tema utama berkaitan dengan
kepentingan ko-kurikulum dapat membentuk kemenjadian adalah seperti tema bentuk minat, bina
potensi, kembangkan pemikiran, tanam semangat kerjasama dan sihat. Bagi memudahkan
pemahaman, paparan dalam Jadual 3 di bawah merumuskan kepentingan tersebut. Dapatan kajian
ini diambil dari temubual secara mendalam bersama guru yang mengajar di SRA.

64
Tinta Artikulasi Membina Ummah 7(2), 2021 52-70, e-ISSN: 2289-960X

Jadual 3: Tema dan subtema bagi kepentingan kokurikulum dapat membentuk


kemenjadian murid
Kategori Tema Subtema
Bentuk minat Pelbagai bakat
Ilmu agama

Bina potensi Khairun Ummah


Murabbi
Sosial
Kepimpinan
Kreatif dan kritis
Keyakinan
Kepentingan kokurikulum
Kembangkan pemikiran Teori dan praktis
Nilai kehidupan
Nilai tambah

Pupuk semangat kerjasama Guru dan murid


Murid sesama murid

Sihat Fizikal
Minda
Sumber : Temubual Guru SRA

1. Bentuk minat
Tema pertama berdasarkan dapatan kajian adalah bentuk minat. Pernyataan dari P1 menyatakan;
“Kokurikulum mmbantu mmbentuk minat dan kpelbagaian bakat murid yang boleh mnjdikan
murid itu mencapai potensi diri”. Manakala bagi peserta P2 dan P4 pula menyatakan aspek ko
kurikulum ini dapat menjadikan murid lebih minat tentang ilmu agama. Di SRA terdapat banyak
aktiviti yang mendedahkan kepada murid tentang amal Islami seperti Hafazan,bercerita dari al
Quran, muhawarah,syarahan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu, Nasyid, Tilawah Al-Quran,
Rawi, Marhaban, Azan dan Iqamah, Solat Jenazah, kuiz, Choral Speaking bertemakan tajuk-tajuk
akhlak mulia,aspek taddabur Al-Quran dan lain-lain aktiviti yang dipertandingkan. Aktiviti-aktiviti
secara tidak lansung dan tidak lansung akan mencungkil potensi dan bakat murid. Ini bertepatan
dengan pandangan P2 yang mengulas tentang aspek kepentingan aktiviti kokurikulum ini.
Pernyataan beliau; selain daripada mendapat ilmu agama sewaktu PdP dijalankan. Dengan adanya
kokurikulum untuk SRA ia akan dapat memberi tambahan dalam ilmu agama contoh Kelab Al-
Quran...di situ murid-murid didedahkan dengan ilmu-ilmu Al-Quran seperti taranum Al-Quran.
Di situ dapat mencungkil bakat-bakat murid bagi mewakili pertandingan KAMIL peringkat
daerah.

Selain dari itu juga, peserta P5 juga menambah aktiviti ini mendedahkan murid minat
tehadap ilmu-ilmu agama yang sangat luas. Pernyataan beliau; Yang pastinya kokurikulum SRA
pasti berbeza dengan Kokurikulum di sekolah kebangsaan. Ini bagi memberi minat kepada murid2
tentang ilmu agama yang sangat luas. Ini bertepatan dengan Mulyadi (2016) yang menyatakan
peranan pendedahan terhadap ilmu agama ini dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan
manusia. Pegangan agama juga boleh menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar
budaya masyarakat.

65
Fungsi Kokurikulum dalam Kecemerlangan Kemenjadian Murid di Sekolah Rendah Agama

2. Bina potensi
Tema kedua pula adalah bina potensi murid. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam
usaha melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dalam aspek rohani, jasmani dan intelek,
kokurikulum dapat menyumbang untuk melahirkan murid yang seimbang dari semua segi
tersebut. Menurut Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002) kokurikulum merupakan suatu
pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia menyediakan pelbagai peluang
kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-
nilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah.
No. Peserta Petikan
1 P4 Kokurikulum membantu membentuk minat dan kepelbagaian bakat
murid yang boleh menjdikan murid itu mncapai potensi diri

2 P7 Aspek koko membentuk kemenjadian murid memberi peluang kepada


murid utk membina potensi diri serta membantu murid bersosial secara
sihat dalam pelbagai aktiviti.

3 P8 Di samping dapat mencungkil bakat murid-murid ia juga membantu kita


melahirkan murid yang murabbi Dan Khairan Al-Ummah

4 P9 Melahirkan murid yang berdaya saing,berani dan mencungkil bakat

Melatih murid lebih berdisiplin. Peluang untuk mengetahui sifat atau


kebolehan yang ada dalam diri murid khususnya di luar bilik darjah.

Aktiviti kokurikulum yang dirancang juga diharapkan dapat mengembangkan potensi dan bakat
murid dalam pelbagai aktiviti beruniform, kelab, persatuan dan sukan. Kokurikulum perlu untuk
menerapkan nilai-nilai murni melalui perkembangan diri inidividu ke dalam diri murid-murid.
Nilai-nilai murni yang disisipkan melalui penerapan nilai semua mata pelajaran melalui pengajaran
dan pembelajaran dapat dikukuhkan lagi melalui kegiatan kokurikulum. Pengalaman menjalankan
aktiviti kokurikulum akan meluaskan daya fikir dan pengetahuan murid serta melahirkan
kematangan fizikal, intelek, emosi, sosial dan nilai-nilai murni. Melalui kefahaman yang jelas
terhadap konsep kokurikulum, adalah diharapkan nilai-nilai murni dapat diterapkan ke dalam
kegiatan kokurikulum. Usaha membangun mendidik nilai yang baik dalam kalangan generasi kini
dan akan datang memerlukan kepada persekitaran yang kondusif diteguhkan dengan ilmu dan
sokongan yang pelbagai. Minda positif tidak akan terbentuk dan wujud di dalam persekitaran yang
mengutamakan hiburan semata-mata tanpa memperkasakan nilai kerohanian di dalam jiwa
(Marhaiza et al. 2015). Berbanding dengan generasi terdahulu, proses sosialisasi dan kematangan
pada masa kini berlaku dengan keadaan yang berbeza-beza berdasarkan kepada faktor persekitaran
yang ada. Pada asasnya, gaya kehidupan remaja Islam tidak boleh disamakan dengan gaya hidup
remaja barat kerana remaja Muslim perlu dididik dengan nilai-nilai keislaman dan yang berteraskan
kepada tauhid dan akhlak Islam (Ab. Halim, 2015).

3. Kembangkan pemikiran
Bagi tema ketiga pula peserta P3 menyatakan “aktiviti yang menarik dapat mengembangkan tahap
pemikiran murid supaya menjadi lebih berpengetahuan tentang nilai kehidupan berbanding hanya
menyentuh teori di dalam kelas sahaja”. Manakala peserta P5 juga menambah; “aktiviti yang
menarik dapat mengembangkan tahap pemikiran murid supaya menjadi lebih berpengetahuan
tentang nilai kehidupan berbanding hanya menyentuh teori di dalam kelas sahaja”. Tema ini selari

66
Tinta Artikulasi Membina Ummah 7(2), 2021 52-70, e-ISSN: 2289-960X

dengan hasrat Kementeria Pendidikan Malaysia dalam dokumen Elemen Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi dalam Ko-kurikulum (2014) yang menjelaskan tentang kokurikulum merupakan antara
elemen yang diberi fokus di dalam Pelan Inisiatif Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan
matlamat untuk melahirkan modal insan yang berupaya mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum akan
menyemai budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan murid melalui kepelbagaian aktiviti yang
dirancang dan dilaksanakan di luar bilik darjah dengan memberi penekanan kepada penyelesaian
masalah dalam tugasan atau projek.

4. Pupuk semangat Kerjasama


Bagi tema keempat iaitu pupuk semangat kerjasama ini adalah dapat diwujudkan melalui guru dan
murid serta murid sesama murid. Seterusnya, kegiatan kokurikulum yang dijalankan dapat
menjalin hubungan silaturahim serta menyemai nilai-nilai murni dalam diri para murid, Hal ini
kerana melalui sesuatu aktiviti, mereka akan berganding bahu melaksanakan tugasan yang
diberikan. peserta P6 menyatakan “murid dapat menyemaikan semangat kerjasama sesama murid
juga sesama guru dan murid”. Peserta P8 juga menyatakan kepentingan kokurikulum di SRA
“memupuk semngat kerjasama dalam murid melatih diri murid sebagai pemimpin ”. Pandangan
ini bertepatan dengan hasrat dari pihak Bahagian Pendidikan Islam, JAIS yang menganjurkan
program tahunan ini adalah untuk mencungkil bakat dan potensi murid, menanam sifat dan
kerjasama seterusnya merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Islam JAIS.

5. Sihat
Segala aktiviti yang bersifat membina minda dan fizikal yang sihat ini selari dengan laungan al-‘aql
al-salim fi al-jism al-salim. Islam bukan sekadar menghendaki kesihatan pada pemikiran, malah
juga kepada anggota badan supaya seseorang itu akan sihat pada keseluruhan dirinya. Peserta P7
menyatakan; “aktiviti kokurikulum dapat menyihatkan tubuh badan dan untuk meningkatkan
kecerdasan minda”. Oleh itu, jelas bahawa kegiatan kokurikulum mampu menjamin kesihatan serta
mencerdaskan otak pelajar sekali gus membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan.

KESIMPULAN

Dalam pendidikan, kokurikulum adalah pembelajaran tambahan selain pembelajaran dan


pengajaran dalam kelas yang rasmi. Ia mengandungi pelbagai aktiviti yang bertujuan meningkatkan
kefahaman dan kemahiran pelajar dan kebaikan-kebaikan ini sangat memberi maslahah kepada
pelajar. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di luar kelas dilihat sebagai mempunyai kesan
kepada para pelajar. Ini kerana proses pembelajaran kokurikulum itu dapat mengukuh pemahaman
murid terhadap aktiviti rutin yang dilakukan secara praktikal. Selain itu, waktu pembelajaran hanya
melibatkan beberapa jam sahaja, namun aktiviti kokurikulum itu sangat penting sebagai mendidik
pelajar menghadapi cabaran masa depan. Murid yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum di SRA
disarankan supaya memantapkan pelbagai kemahiran ilmu yang bermanfaat.

Untuk memenuhi keperluan nilai-nilai sahsiah unggul murid, institusi pendidikan mahu
pun kekeluargaan perlu memainkan peranan yang besar dalam melahirkan murid yang mempunyai
ciri-ciri peribadi sahsiah yang mulia serta boleh memberikan sumbangan kepada pembangunan
negara. Justeru, polisi pendidikan di JAIS masa kini bukan sekadar menumpukan kepada
kecemerlangan akademik tetapi juga mampu membentuk murid bersahsiah tinggi sebagai

67
Fungsi Kokurikulum dalam Kecemerlangan Kemenjadian Murid di Sekolah Rendah Agama

persediaan modal insan yang berdaya saing, berdaya tahan dari segi mental, fizikal, emosi dalam
menghadapi cabaran global masa kini. Namun begitu, terdapat perkara-perkara yang dicadangkan
boleh dibuat penambahbaikan dari segi pelaksanaan dan kandungan program-program
pembentukan sahsiah khususnya aktiviti ko kurikulum. Setiap pelaksanaan aktiviti tersebut sudah
pasti terdapat dimensi-dimensi yang sepatutnya ada dan perlu terkandung dalam setiap aktiviti
tersebut seperti kecerdasan emosi, daya tahan dan tahap keterlibatan secara lebih berfokus.

RUJUKAN

Ab.Alim, A. R. 2004.Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Selangor. Penerbit Oxford Sdn. Bhd.
Ab. Halim Tamuri.(2015). “Standardization of Islamic education excellence in the world.”
International Seminar Islamic Education in Global Era” di Institut Agama Islam Negeri
Raden Intan Lampung, Indonesia pada28 Disember 2015.
Abu Bakar Nordin. 2013. Kurikulum Ke Arah Penghasilan Kemahiran Berfikir Kritis,Kreatif dan
Inovatif. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Bil.1. Isu 1: 10-18.
Afnan Faiz Ridzuan bin Ahmad & Jasni Sulong.2019. Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah: Perspektif
maslahah daripada Perspektif Islam. The Online Journal Of Islamic Education. December
2019, Vol. 7, Issue21|.http://ojie.um.edu.my/Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Asadullah, M. Niaz. 2018. Madrasah for Girls and Private School for Boys? The Determinants of
School Type Choice in Rural and Urban Indonesia. International Journal of Educational
Development (November 2018): 96–111.
Boyd, D. 2014. It’s complicated: The social lives of networked teens. New Haven, CT: Yale
University Press.
Curtin University. 2018. Curtin Learning and Teaching. Collaborative Learning. Retrieved from
Curtin Universitywebsite: https://clt.curtin.edu.au/ teaching_learning_ practice
/studentcentred / collaborative .cfm
Fischer, N., & Theis,D. 2014. Quality of extracurricular activities –Considering developmental
changes in the impact on school attachment and achievement. Journal for Educational
Research, 6(3) : 54–75.
George, M. J., & Odgers, C. L. 2015. Seven fears and the science of how mobile technologies may
be influencing adolescents in the digital age. Perspectives on Psychological Science, 10:
832–851.
Herppich, S. 2017. Teachers' assessment competence: integrating knowledge, process andproduct-
oriented approaches into a competence-oriented conceptual model,Teaching and Teacher
Education, https://doi.org/10.1016/j.tate.2017.12.001.
Irwan Fariza Sidik, Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad. 2015. Etos dan budaya sekolah
memberi kesan kepada kemenjadian pelajar. Proceding 7th international seminar on
regional education. Vol 1 : 216-235.
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016. Pengenalan Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2(SKPMg2).
Julian@Juliana George Jette dan Mohd Izham Mohd Hamzah. 2020. Hubungan Kemenjadian
Murid Dalam Proses Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc) Guru: Penilaian Pentadbir
Sekolah. Jurnal Dunia Pendidikan.e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 171-179.
Lee & Shukuri. 2016. Pengaruh kepimpinan instruksional, efikasi dan tugas rutin pengetua
terhadap pencapaian akademik. Malaysian Journal of Social Science.

68
Tinta Artikulasi Membina Ummah 7(2), 2021 52-70, e-ISSN: 2289-960X

Lim Peng Geok 2018. A Case Study in An Educational Institution About A Change Innovation
Initiative. Jurnal Kurikulum. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Marhaiza Ibrahim, Ahmad Zubir Ibrahim,Selamah Maamor & Aznita Samsi (2015). Pengajaran
dan pembelajaran (P&P) ke arah melahirkan modal insan kelas pertama. E-Journal of
Holistic Student Development, 2(1), 12–22.
Marjohan, J. & Mohd Sofian, O. F. 2007. Developing human value through extra curricular
activities. The Journal of Human Resource and Adult Learning 3(1).
Mulyadi. 2021. Jurnal Tarbiyah Al-Awlad, Volume VI Edisi 02 2016: 556-564.
Norlena Salamuddin, Mohd Taib& Nur Asmara Diana .2011. Teachers’ Competency in School
Extracurricular Management. World Applied Sciences Journal 15 (Innovation and
pedagogy for lifelong learning): 49-55.
Ng, S. W., & Popkin, B. M. 2012. Time use and physical activity: a shift away from movement
across the globe.Obesity reviews,13(8) : 659-680.
Nor Anisa Musa, Nor Aniza Ahmad & Mohd Syaubari Othman. 2020. Penerapan Pembentukan
Sahsiah Melalui Modul Sahsiah Unggul Murid (Sumur) Di Malaysia. International Social
Science and Humanities. Vol. 4, No.2E-ISSN: 2637-0271 : 55-69.
Noor Hisham Md Nawi. (2018). Membentuk Manusiawi Melalui Pendidikan. Kertas kerja
dibentangkan Simposium Kebangsaan Kecemerlangan Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab
2.0 2018 anjuran Persatuan Intektual Muslim Malaysia pada 12 November 2018.
Nur Izza Ainaa, M. R. & Wan Hanim Nadrah, W. M. 2014. Leadership of Technical Students
Through Co-Curriculum Activities in University. Journal of Management Policies and
Practices Vol. 2, No. 2 : 39-43
Roberts, D., Foehr, U., & Rideout, V. 2005. Use of individual media. Menlo Park, CA: The Henry
J. Kaiser Family Foundation.
Roberts, D. F., & Foehr, U. G. 2008. Trends in Media Use. March 2008. The Future of Children
18(1):11-37.
Saharia. 2015. Pembangunan Insan Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Journal of Human
Capital Development. ISSN: 1985-7012 Vol. 8 No. 2 July - December 2015: 88-99.
Sang, M. S. 2008. Pengurusan Kokurikulum dan Pendidikan Sukan. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Sheila Michael dan Abdul Said Ambotang. 2019. Hubungan Pengurusan Kokurikulum dengan
Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah. Malaysian Journal of
Social Sciences and Humanities. (MJSSH).Volume 4, Issue 7: 202 -207.
Shefman, P. K. 2016. Using Direct Measures in the Cocurriculum. Assessment Update, 28(6), 4-
13. doi:10.1002/au.30076.
Shiamila Chupramaniam dan Jamal@Nordin bin Yunus. 2021. Hubungan antara Pengurusan dan
Penglibatan Guru dengan Motivasi Murid dalam Kokurikulum di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Daerah Temerloh, Pahang. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), Volume 6, Issue 7 : 267-276.
Tam, Y. K. 2010. Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Tengku Nor Husna binti Tengku Jamil, Hasanah binti Abd Khafidz dan Khazri Osman. 2019.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Pendekatan Tadzakkur. Jurnal Al-Abqari. Vol.
19(Okt.) 2019: 33-45.
Turkle, S. 2011. Alone Together: Why we expect more from technology and less from each other.
New York: Basic Books.

69
Fungsi Kokurikulum dalam Kecemerlangan Kemenjadian Murid di Sekolah Rendah Agama

Yahya Don & Ibrahim. 2019. The Effectiveness of Teacher Leadership and Students Involvement
in Co-CurricularActivities in Malaysia Secondary School. Borneo International Journal of
Islamic Studies,Vol. 1(2): 129-145.
Zarin Ismail dan Ab. Halim bin Tamuri. (2007). "Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan wawasan
pendidikan di Malaysia: Satu analisis perbandingan dengan Pancasila sebagai teras
pendidikan di Indonesia" dalam Zamri Mahamod et. al (Pyt), Pendidikan di Malaysia dan
Indonesia: Satu Pengalaman di Riau. Bangi: Fakulti Pendidikan, UKM. 1-12.
Zuraida Zulkapli. 2013. Kajian kemenjadian murid di Sekolah Menengah Isalam Hidayah Johor
Baharu, Johor. Laporan projek Ijazah SarjanaPendidikan. Fakulti Pendidikan.Universiti
Teknologi Malaysia.

70

You might also like