Diri Saya
Diri Saya
Diri Saya
Nama yang diberi ialah Nurin Nabihah Bt Mohd Nurilhadi. Saya berumur 18 tahun dan
merupakan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim sejak Ogos 2022.
Saya dilahirkan pada 26 April 2004 di Hospital Seberang Jaya yang terletak Pulau Pinang.
Saya tinggal di Taman bukit Dahlia, Pasir Gudang Johor. Warna yang diminati oleh saya
sejak kecil adalah ungu kerana saya meminati kartun Barney. Makanan kegemaran saya
pula Tomyam dan masakan pedas manakala air, iaitu teh hijau dan jus tembikai. Saya
merupakan anak pertama daripada tiga orang adik beradik iaitu bernama Nurin Nafeesa dan
Nurin Nadhirah. Ibu saya bernama Zainab Bt Mohd Arshad dan berkerja sebagai seorang
guru di Sk Cahaya Baru. Ayah saya pula bernama Mohd Nurilhadi Bin Darmi seorang
pensyarah di Politeknik Ibrahim Sultan. Saya mempunyai dua kampung halaman iaitu di
Muar, Johor dan Tasek Gelugor, Pulau pinang. Saya seorang pencinta haiwan. Lebih- lebih
lagi kucing. Saya mempunyai lima ekor kucing yang dibela sejak 2019. Antara nama kucing
-kucing itu adalah Pasyam, Keshi, Cocil , Uteh dan Checak. Saya amat menyayangi kucing
saya seperti ahli keluarga saya. Saya memulakan alam persekolahan saya pada 2009 di
Tadika Iq Ikram. Pada peringkat sekolah rendah pula, saya sekolah bersama ibu yang
merupakan seorang guru di Sk Cahaya Baru dan bergiat aktif dalam sukan olahraga.
Setelah itu, saya juga melanjutkan pelajaran sebagai akhir alam persekolahan di Sekolah
Kluster Kecemerlangan Smk Taman Nusa Damai yang berdekatan rumah saya. Namun,
saya tinggal di asrama kerana bergiat aktif dalam sukan bola baling. Saya juga telah berjaya
mengharumkan nama sekolah saya dalam Kejohanan Terbuka Kebangsaan Bola Baling
pada 2018. Ia merupakan pencapaian tertinggi saya dalam bidang kokurikulum. Saya dan
rakan sekumpulan memperolehi pingat perak dalam kejohanan tersebut. Namun, kami
bukan sahaja memperolehi kemenangan semata-mata malah pengalaman yang berharga
dan sukar untuk didapati di tempat lain dari . Saya juga telah menamatkan pengajian
dengan jayanya dengan mempunyai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan
cemerlang pada 2021. Perkara itu sentiasa segar dalam ingatan saya kerana ia adalah
momen yang terindah berlaku dalam sepanjang zaman persekolahan saya dan dapat
membuat kedua ibu bapa saya bangga terhadap pencapaian akedemik saya yang terakhir
buat alam persekolahan.
Saya mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong saya dari mental mahupun fizikal.
Mereka menjadi tulang belakang saya sejak dari kecil lagi apabila saya dalam keadaan
susah dan senang. Terutama kedua ibu bapa saya yang tidak putus mendoakan kejayaan
saya sehingga saya masuk ke Menara gading ini. Saya amat bersyukur kerana dikurniakan
keluarga yang bahagia dan sentiasa menyokong saya dalam apa jua keadaan. Saya juga
menyayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi saya sejak kecil lagi. Keluarga saya
umpama rumah utama saya. Hal ini kerana dimana jua keadaan sekali pun pahit atau manis
kehidupan saya tetap akan pulang ke rumah. Merekalah tempat saya meluahkan perasaan
suka dan duka tidak kira masa.Ini kerana saya lebih selesa berkongsi masalah bersama ahli
keluarga berbanding rakan-rakan saya. Walaupun kadang-kadang saya membuat mereka
kecewa terhadap diri saya, mereka tetap menyayangi saya dan menasihati saya serta
sentiasa mengharapkan yang terbaik buat diri saya. Saya juga sentiasa membalas jasa
mereka terutamanya ibu bapa saya yang telah mendidik saya sejak kecil dari semua aspek
yang positif dan membimbing saya dan adik beradik kearah kebaikan yang secukupnya.
Saya berazam akan menebus kesilapan yang telah saya lakukan pada masa lalu agar
menjadi insan yang sentiasa berguna dan membantu masyarakat pada masa akan datang.
Selain daripada itu, kedua ibu saya merupakan idola dalam bidang akademik. Mereka
sentiasa memperingatkan saya bahawa pentingnya akademik untuk masa hadapan kita
sebagai seorang pelajar yang hendak ke alam pekerjaan kelak. Jadi, sewaktu saya ingin
menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 saya bersungguh-sungguh dalam pelajaran
untuk merealisasikan impian kedua ibu bapa saya yang ingin melihat anak sulung mereka
sambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Bersyukur ke hadrat ilahi
bahawa saya telah berjaya mendapat dua tawaran untuk menyambung pengajian di IPTA
iaitu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Segamat, Johor kos Analisis Pelaburan.
Manakala lagi satu, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah iaitu
kos Pendidikan Seni Visual SK. Namun, kedua ibu bapa saya menggalakkan saya agar
menyambung ke IPG kerana ia lebih terjamin dan mempunyai keistimewaan yang
diperolehi. Kedua ibu bapa saya juga adalah seorang pendidik, jadi saya lebih semangat
untuk menyambung bidang Pendidikan agar dapat menyambung legasi keluaga saya untuk
menjadi seorang pendidik yang berkhidmat untuk masyarakat. Mereka juga bangga kerana
saya telah ditawarkan dalam bidang Pendidikan kerana saya tidak sangka akan mendapat
belajar di IPG. Seperti yang diketahui agak sukar untuk melayakkan diri dalam IPG kerana
mempunyai banyak persaingan di luar sana.
Dari perspektif yang berbeza, saya juga seorang yang bijak menguruskan masa, wang dan
pelajaran. Ini kerana dari pengalaman yang dikutip selama 5 tahun berjauhan dengan
keluarga kerana tinggal di asrama. Contohnya, saya boleh mengawal masa saya apabila
saya sibuk dengan kokurikulum, saya sentiasa mengingati tanggungjawab saya sebagai
seorang pelajar yang mempunyai pelbagai tugasan akademik. Saya sentiasa menanyakan
rakan saya apabila saya tidak hadir dalam sesi pelajaran dan pengajaran (PdP) sewaktu di
sekolah. Dengan ini, saya akan memperoleh maklumat yang disampaikan oleh guru
sepanjang waktu PdP. Dalam segi kewangan, saya juga tidaklah seorang pemboros kerana
saya suka menyimpang wang agar dapat digunakan ketika kecemasan atau pun perkara
yang amat penting yang menggunakan wang. Saya juga akan menasihati rakan saya
apabila mereka menggunakan wang berlebihan dan sering digunakan kepada perkara
yang tidak bermanfaat. Contohnya, membeli album daripada negara Korea yang berharga
ratusan hingga ribuan ringgit Malaysia. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana bimbang
apabila waktu kecemasan yang mengunakan wang seperti rawatan kecemasan dan lain-
lain. Saya juga seorang yang sistematik dalam sesuatu tugasan. Sebagai contoh, sejak
tingkatan satu lagi saya terbiasa membuat tugasan harian saya sewaktu pagi. Hal ini kerana
dapat memudahkan saya untuk menyelesaikan tugasan saya dengan tersusun tanpa
terlepas pandang sesuatu tugasan itu. Saya juga akan memeriksa dua kali agar tugasan
saya itu tepat dan menepati citarasa guru saya. Selain itu, saya juga tidak suka
melaksanakan pada saat-saat akhir kerana ia akan memeningkan kepala dan menjadikan
tugasan itu kucar-kacir. Dengan itu, terhasilnya tugasan yang tidak lengkap bak kata
pepatah bagai melepaskan batuk di tangga. Ini kerana ibu bapa saya telah berpesan
kepada saya agar tidak membuat tugasan pada saat akhir dan membuat tanpa penyusunan
sesuatu tugasan. Jadi, saya sentiasa ingat akan pesanan itu sejak di banggu persekolahan
sehinggalah jejak kaki di Menara Gading ini. Saya juga akan berpesan kepada rakan karib
saya agar tidak berbuat perkara yang akan menerukkan keadaan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, sewaktu di peringkat Universiti, kita akan sentiasa diberikan tugasan
daripada pensyarah. Jadi, kita haruslah meninggalkan perkara-perkara yang negatif agar
dapat menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pensyarah dan bebas tanpa gangguan yang
boleh mengakibatkan kita stres sehingga melalaikan semua tugasan. Ia juga dalam masa
yang sama dapat mengganggu pelajaran merosotkan kita dan akan mendorong perkara
negatif lebih-lebih lagi kita sebagai seorang pelajar yang baru untuk mengenali kehidupan
luar sebagai dewasa.
Pada masa senggang pula, antara aktiviti yang sering saya lakukan adalah bermain
badminton, membaca buku, memasak dan menonton drama serta melayari internet. Antara
bahan bacaan yang menjadi pilihan saya ialah novel, majalah, dan buku-buku fiksyen. Saya
lebih gemar membaca kerana saya mendapat kepuasan apabila membaca. Selain itu, saya
amat suka melayari internet dan membaca untuk mengumpul maklumat mengenai kerjaya
profesional yang mungkin akan saya ceburi kelak Aktiviti ini saya lakukan bergilir-gilir
mengikut mood atau keadaan diri saya. Namun, saya lebih gemar memasak seperti kek dan
pastri berbanding lauk pauk. Hal ini kerana saya boleh mengvariasikan bentuk, rupa, rasa
dan kaedah apabila menghasilkan kek atau pun pastri. Sebagai contoh, saya pernah
menghasilkan kek coklat lava berbentuk nombor 9 sempena ulang tahun adik bongsu saya.
Selain itu, saya menambahkan serbuk kilat berwarna merah jambu iaitu warna kegemaran
dia. Adik sangat suka akan kek itu dan berterima kasih kepada saya. Kek itu saya
mengambil inspirasi daripada laman sesawang yang telah saya layari. Saya juga suka
menambahkan sesuatu ilmu baru agar dapat diaplikasikan kepada kehidupan seharian agar
bermanfaat terhadap diri sendiri dan orang lain. Dalam masa yang sama, saya juga suka
berkongsi ilmu kepada ahli keluarga mahupun rakan apabila saya mendapat sesuatu yang
baru. Ini kerana saya sudah terbiasa sejak kecil lagi untuk berkongsi sesuatu yang baik dan
positif kepada orang lain. Ayah saya juga selalu mengajak untuk mengeluarkan peluh
dengan bermain badminton sejak saya di bangku sekolah lagi. Ini kerana ayah saya
merupakan seorang pemain badminton sewaktu dia di Universiti dahulu. Saya banyak
memperolehi ilmu badminton daripada ayah. Beliau sering mengajar taktikal untuk
menyerang Ketika bermain. Dengan ilmu itu, saya aplikasikan apabila melibatkan diri dalam
sukan badminton peringkat sekolah sewaktu tingkatan empat. Kami sekeluarga juga sering
pergi ke gelanggang badminton berdekatan rumah apabila hujung minggu. Selain daripada
itu, saya juga gemar menonton drama bersama adik saya. Ini kerana kami berdua lebih suka
menonton drama berbanding movie. Sejak saya sekolah menengah lagi, apabila saya
pulang bermalam di rumah saya akan mengajak adik saya untuk menonton drama Korea
bersama di ruang tamu. Kami akan menonton sehingga lewat malam sambal gelak ketawa
bersama. Lebih-lebih lagi apabila pelakon kegemaran saya menjadi watak dalam cerita yang
kami tonton itu. Saya lebih suka jalan cerita yang sedih lalu gembira. Antara pelakon yang
paling saya minat ialah Park Seo Joon dan Kim Soo Hyun . Mereka pernah memenangi
anugerah pelakon lelaki terbaik tahunan.
Di samping itu, pada waktu persekolahan sejarah merupakan subjek kegemaran saya.
Walaupun ramai yang mengatakan matapelajaran sejarah bosan dan ngantuk saya tetap
suka dan sentiasa minat untuk mengetahui lebih dalam tentang sejarah. Lebih-lebih lagi
tentang kisah sejarah di Malaysia. Contohnya, kisah pembentukan Malaysia. Sewaktu tahun
saya SPM, saya sentiasa mendapat gred A dalam subjek Sejarah. Ini kerana saya selalu
mencipta akronim tentang fakta-fakta sejarah apabila sukar mengingati sesuatu maklumat.
Selain itu, saya juga menjadi mentor dalam subjek sejarah yang disuruh oleh cikgu saya.
Dalam masa yang sama, apabila saya mengajar rakan saya, saya juga memperolehi banyak
maklumat dan info lebih tentang sejarah. Ia juga dapat menajamkan minda saya tentang
ilmu sejarah. Saya pernah bercita-cita untuk menjadi peguam kerana kesukaan saya
terhadap subjek sejarah itu. Saya juga meminati untuk membaca ensiklopedia tentang
sejarah Jepun dan asal usul British. Apabila saya membacanya, perasaan ingin lagi
mendalami tentang info atau maklumat sejarah. Tambahan pula, di sekolah saya
mempunyai sudut sejarah. Saya merupakan exco untuk subjek sejarah di sekolah saya ini.
Saya juga banyak menganjurkan program dan permainan berkaitan sejarah. Ini juga dapat
mengasahkan kebolehan saya untuk berhadapan orang ramai. Contohnya memberikan
ucapan hadapan para pelajar dan guru-guru. Saya juga suka berkolaborasi dengan sekolah
lain untuk berkongsi aktiviti mengenai subjek sejarah. Saya juga pernah memberikan
ucapan awam kepada pelajar Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sewaktu 2020 yang bertajuk
Marilah Mempelajari Sejarah. Dalam konteks ucapan tersebut, saya berkongsi tentang
bagaimana untuk mempelajari subjek sejarah tanpa rasa bosan dan ngantuk. Sekolah saya
juga telah memenangi tempat pertama dalam Bulan Sejarah Peringkat Negeri. Saya telah
dianugerahkan sebagai kategori tokoh murid pada 2020. Para guru dan ibu bapa saya juga
telah memberikan hadiah sebuah tablet kerana pencapaian tersebut.
Sementara itu, saya juga seorang yang berkeyakinan tinggi. Saya sentiasa yakin bahawa
saya akan dapat melakukan yang terbaik dalam apa jua tugas yang diberikan dan dilakukan
sekiranya dilaksanakan dengan cara yang betul dan disertai dengan usaha yang gigih. Saya
juga sering ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu kerjaya sebelum
menceburinya supaya saya akan dapat membuat keputusan mengikut minat saya. Selain
itu, doa turut menjadi faktor kejayaan seseorang. Justeru, setiap usaha yang diambil perlu
disulami dengan doa dan iltizam yang tinggi. Ini kerana bak kata pepatah usaha tanpa doa
itu adalah sombong. Saya merupakan seorang yang bercita-cita tinggi. Saya ingin menjadi
seorang yang berilmu supaya saya akan dapat mencapai kejayaan dalam hidup dan akan
sentiasa dihormati. Saya juga ingin menjadi contoh teladan yang baik terhadap adik beradik
dan rakan- rakan. Seterusnya, apabila saya telah menjadi seorang guru, saya berharap agar
dapat mendidik para pelajar dengan perkara yang berfaedah dan memberi manfaat. Saya
juga berbesar hati meletakkan harapan agar Pendidikan di Malaysia agar standing dengan
negara- negara maju seperti Jepun, Northway dan Amerika Syarikat. Saya juga seorang
berusaha gigih untuk mendapat sesuatu yang diingini. Sebagai contoh, di sekolah saya
sering berlumba- lumba untuk menjadi nombor satu dalam peperiksaan. Jadi, dengan itu
saya suka bersaing secara sihat untuk memajukan diri sendiri ke hadapan.