GMJT GP

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

3.

0 Isu Berkaitan Tema

3.2 Kesaksamaan Gender (Diskriminasi Kaum Wanita)

Isu dalam kesaksamaan gender (Gender Equality) merupakan satu isu yang
memperjuangkan hak, peluang serta perlindungan yang diberikan kepada seluruh masyarakat di
dalam negara. Isu ini tidak mengira jenis kelamin, warna kulit hingga ke peringkat umur. Dalam
matlamat pembangunan mampan (Sustainable Development Goals), isu kesaksamaan gender ini
berada di peringkat kelima seperti yang ditentukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB). Isu kesaksamaan turut mendapat perhatian di Malaysia yang memperjuangkan hak
mengikut jantina yang sepatutnya agar semua dapat merasai kenikmatan yang sama. Namun
pada hakikatnya, isu ini masih dianggap remeh oleh masyarakat kita sendiri dan tidak perlu
dititikberatkan pada pendapat mereka. Sensitiviti mereka masih di peringkat yang rendah dan
majoriti kebebasan hak wanita ini diketepikan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Selain
daripada itu, penglibatan wanita yang kurang dalam bidang politik dan majoriti kaum lelaki yang
banyak diperlukan dalam sektor ekonomi yang difikirkan lebih layak dan professional dalam
budaya masyarakat masa kini. Kesemua perkara ini dapat dirujuk melalui Indeks Jurang Gender
Global tahun 2021 yang menempatkan Malaysia di kedudukan yang agak jauh ketinggalan di
belakang iaitu kira-kira di kedudukan 112 daripada 156 negara yang terlibat.

Dalam pada itu, isu ketaksamaan gender ini ternyata berlaku di sekeliling masyarakat
contohnya bermula dalam institusi keluarga itu lagi. Dalam institusi kekeluargaan ini mempunyai
seorang ketua keluarga iaitu suami atau bapa yang akan membuat apa – apa keputusan dalam
menetapkan sesuatu tujuan tentang perkara yang berkaitan dengan keluarga itu sendiri. Manakala
bagi kaum wanita dalam sebuah keluarga tersebut terutamanya anak perempuan akan diajar
untuk menjadi lemah lembut dan mempunyai ciri-ciri feminin yang sepatutnya kaum wanita ada.
Seterusnya, mereka ini juga perlu banyak mendengar arahan dalam keluarga berbanding dengan
kaum lelaki dan banyak larangan keras yang perlu dipatuhi kerana menganggap wanita ini
membawa nama baik keluarga atau maruah yang perlu dijaga.

Jarak kesaksamaan gender turut menghalang pencapaian wanita untuk bergerak seiring
dalam satu sektor yang sama dengan kaum lelaki seperti dalam bidang ekonomi. Untuk
pengetahuan umum, kaum wanita banyak menghadapi cabaran terutamanya untuk wanita yang
berumah tangga serta mempunyai zuriat. Segelintir masyarakat masih menganggap anak-anak
perlu dididik di rumah dan itu semua memerlukan tanggungjawab daripada wanita itu sendiri
manakala kaum lelaki hanya keluar mencari pendapatan atau rezeki. Pemikiran yang seperti ini
berkemungkinan membataskan sensitiviti mengenai kesaksamaan gender dalam mencapai
keperluan ekonomi yang semakin berkembang.

hhttps://www.researchgate.net/publication/
284576612_Realiti_Kemiskinan_Satu_Kajian_Teoritikalttps://penanginstitute.org/publications/
suara-nadi/merapatkan-jurang-gender/.

http://eprints.usm.my/47784/1/Aini%20Khairiah%20Samani%20-%20PENGETAHUAN
%20KEMISKINAN%20DALAM%20.pdf.

3.1 SDG 5 (Kemiskinan di Malaysia)

Kemiskinan merupakan satu keadaan serba kekurangan yang dihadapi oleh masyarakat di
dalam negara ini. Isu kemiskinan ini berlaku bukan di atas permintaan atau kehendak masyarakat
itu sendiri atau setiap ahli dalam sesebuah rumah. Isu kemiskinan ini juga boleh dikenalpasti dari
pelbagai sudut iaitu berdasarkan dari segi pendapatan untuk mendapat keperluan harian, taraf
pendidikan masih di tahap yang rendah, tidak mempunyai sebarang aset atau harta benda, tidak
memiliki tubuh badan yang baik, ketiadaan makanan dan pakaian yang cukup, tidak mempunyai
tempat perlindungan yang baik serta tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Kesemua situasi ini
telah menyebabkan berlaku masalah kepada isi rumah yang tidak mempunyai kemampuan untuk
bebaskan diri daripada dibelenggu masalah kemiskinan sekiranya tiada pertolongan atau
dorongan daripada pihak yang sepatutnya. Masalah kemiskinan ini mengancam keseimbangan
politik dan ekonomi sekiranya tidak ada inisiatif untuk mengawalnya.

Isu kemiskinan ini semakin membimbangkan kerana boleh dijadikan sebagai punca
utama untuk menghancurkan manusia dan juga negara. Boleh dijadikan contoh dalam percaturan
politik dunia, sektor ekonomi seringkali menjadi penyebab utama bagi memusnahkan sesebuah
kerajaan yang memimpin. Oleh sebab itu, jarak perbezaan kemiskinan yang masih ada adalah
sangat dikhuatiri akan terus menyumbang kepada kesusahan hidup dalam satu kitaran ganas
kemiskinan yang merujuk kepada situasi kepada kesusahan atau terperangkap dalam kemiskinan.
Situasi ini boleh digambarkan dengan kesusahan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi
yang akan datang serta menjadikan satu situasi tentang kemiskinan yang berlanjutan antara satu
kelompok komuniti yang berkaitan tanpa mengharapkan untuk keluar daripadanya.

Sehingga waktu ini, isu tersebut masih tidak dapat ditangani dengan sebaik mungkin
sama ada di peringkat antarabangsa mahupun di dalam negara walaupun diterapkan dengan
pelbagai langkah yang disusun untuk menghapuskan kemiskinan secara keseluruhan.
Penghapusan kemiskinan secara totalnya menjadi antara tonggak daripada lapan tonggak yang
ditentukan oleh Millennium Development Goals (MDG) yang merupakan inisiatif untuk
mengurangkan isu kemiskinan yang dialami oleh mana-mana individu mahupun masyarakat. Isu
masyarakat yang mengalaminya ke dalam situasi yang agak sukar sehinggakan mereka tidak
berdaya untuk menyelamatkan diri mereka daripada dibelenggu oleh isu tersebut kerana
beberapa punca berlakunya kemiskinan. Kehidupan dalam serba kekurangan memberi banyak
keburukan untuk meneruskan kehidupan harian mereka. Sebagai contoh, berlaku kes di Pakistan
iaitu pekerja-pekerja buruh paksa yang serba daif terpaksa menjual organ mereka sendiri seperti
buah pinggang untuk melangsaikan hutang mereka kepada pemiutang.

terjadi bukan atas kehendak dan kerelaan


setiap isi
rumah miskin. Pengenalan isi rumah miskin
ini boleh
dikenalpasti berdasarkan kekurangan
pendapatan untuk
membeli keperluan asas, tingkat pendidikan
yang rendah,
tidak memiliki harta benda, tidak sihat tubuh
badan,
Dr. Azmizam Abdul Rashid, (2010). Matlamat Pembangunan Mampan Dan Agenda Perbandaran
Baharu Di Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan Dari Dasar Global Kepada Pelaksanaan
Tempatan.

academia.edu/36182100/MATLAMAT_PEMBANGUNAN_MAMPAN_DAN_AG
ENDA_PERBANDARAN_BAHARU_DI_PERINGKAT_PIHAK_BERKUASA_TEMP
ATAN_DARI_DASAR_GLOBAL_KEPADA_PELAKSANAAN_TEMPATAN .
5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kesemua matlamat serta garis panduan yang dijelaskan dalam
matlamat pembangunan mampan (SDG) mempunyai hubung kait dengan kegiatan daripada
kerajaan dan organisasi daripada luar negara. Oleh sebab itu, pembangunan mampan ini perlu
mengambil kira tentang kesaksamaan sosial di sekitar kawasan bandar, keperluan sumber
manusia, kesihatan masyarakat dan sebagainya. Pelbagai pihak juga memainkan peranan penting
secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam pembangunan mampan seperti pihak
kerajaan, sesuatu organisasi, pendidikan, media massa dan masyarakat umum itu sendiri. Isu
kesaksamaan gender dan isu kemiskinan merupakan antara isu yang paling ditekankan bukan
sahaja di dalam negara malah turut disuarakan di peringkat antarabangsa. Punca – punca yang
menyebabkan berlakunya isu seperti kesaksamaan gender dan isu kemiskinan perlu ditangani
dengan kadar yang segera. Manakala, cadangan yang diusulkan adalah mengikut kepada
keseuaian bagi masyarakat untuk mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik. Selain itu,
pembangunan mampan ini sering dianggap sebagai satu slogan yang indah tanpa kandungan
yang konkrit. Beberapa pengkritik malah telah mengusulkan untuk meninggalkan visi dalam
menambah baik setiap aspek kehidupan manusia serta memberi tumpuan pertama kepada
perlindungan alam sekitar. Di Malaysia, komponen budaya yang bercirikan agama dan etnik
adalah diharapkan sangat mempengaruhi nilai. Sekiranya berlaku sesuatu projek pembangunan
yang ingin memenuhi jangkaan dan harapan masyarakat, hendaklah mempunyai matlamat dan
kaedah yang dipilih oleh masyarakat itu sendiri.

https://core.ac.uk/download/pdf/11490259.pdf.

You might also like