Kepentingan Semangat Patriotisme

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kepentingan Semangat Patriotisme

Negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sama ada


kita sedar atau tidak isu-isu yang berkaitan dengan semangat patriotisme
kerap menjadi bahan perbincangan yang hangat di media massa setiap kali
menjelangnya hari kemerdekaan negara. Pada pandangan saya, isu
semangat patriotisme ini memang wajar dibincangkan dalam media massa.
Hal ini kerana terdapat beberapa kepentingan semangat patriotisme yang
perlu diketahui oleh rakyat Malaysia.

Antara kepentingan semangat patriotisme ialah ia menanamkan semangat


cinta akan negara. Semangat cinta akan negara ini akan menjadikan kita
lebih sayang kepada negara. Oleh itu, kita akan menjaga keamanan negara
dan taat setia kepada pemerintah. Kita juga akan berusaha bersungguh-
sungguh untuk mempertahankan negara jika diserang oleh negara lain.

Selain itu, kepentingan semangat patriotisme ialah kita akan dapat


menghargai jasa pemimpin negara. Sesungguhnya, pada zaman dahulu
ramai pemimpin negara telah berkorban harta dan nyawa untuk
mempertahankan negara daripada dijajah oieh negara luar seperti Inggeris.
Terdapat juga pemimpin yang telah berjuang bersungguh-sungguh untuk
memerdekakan negara daripada kuasa Inggeris seperti Tunku Abdul
Rahman. Selepas negara kita merdeka pula, terdapat ramai pemimpin yang
telah memajukan negara seperti Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun
Dr. Mahathir bin Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Seterusnya, ialah memberi kesedaran kepada golongan muda supaya


belajar bersungguh-sungguh untuk memajukan negara. Malaysia bercita-
cita untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. Oleh itu, jika Malaysia
mahu menjadi negara maju, maka rakyat Malaysia mestilah mempunyai
ilmu pengetahuan yang tinggi. Justeru, dengan semangat patriotisme,
generasi muda akan bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk belajar
khususnya mempelajari ilmu sains dan teknologi demi memajukan negara.
Akhir Sekali, semangat patriotisme juga boleh mendorong kita untuk
mengamalkan nilai- nilai murni dalam kehidupan seharian. Amalan nilai-
nilai murni ini penting dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai
rakyat yang berbilang kaum dan agama. Antara nilai-nilai murni yang
perlu diamalkan ialah nilai toleransi, hormat-menghormati dan
bekerjasama. Amalan nilai-nilai murni ini akan membolehkan rakyat
Malaysia hidup dalam keadaan aman dan damai.

Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa kepentingan semangat


patriotisme. Semangat patriotisme ini perlu dipupuk sejak kecil lagi. Pada
pendapat saya, pihak sekolah boleh memainkan peranan yang utama dalam
memupuk semangat patriotisme di kalangan generasi muda. Dengan
semangat patriotisme yang tinggi, maka sudah pasti negara Malaysia akan
terus aman dan tidak akan terjajah lagi.

You might also like