Latihan Set 2
Latihan Set 2
Latihan Set 2
Soalan 1
a) Huraikan enam prinsip perakaunan di bawah.
1) Konservatisme
2) Catatan bergu
3) Wang sebagai ukuran
4) Keobjektifan
5) Pemadanan
b) Nyatakan prinsip perakaunan yang berkaitan dengan urus niaga di bawah serta nyatakan sama ada perniagaan
mematuhi prinsip tersebut atau tidak.
1) Sebuah kenderaan perniagaan dibeli oleh Perniagaan ABC pada tahun 2017. Pada tahun 2019,
kenderaan tersebut tetap direkod dengan nilai yang sama.
2) Perniagaan BB membeli stok secara tunai. Urus niaga tersebut hanya didebitkan ke Akaun Belian.
3) Pak Abu merekodkan hasil jualan nasi dan belian stok dalam nilai mata wang Ringgit Malaysia.
4) Perniagaan Ross menggunakan kaedah susut nilai yang sama dalam penyediaan Penyata Kewangan
perniagaannya.
5) Encik Samson mengambil barang niaga dari kedainya untuk kegunaan anak. Perkara ini tidak
direkodkan dalam Akaun Ambilan.
c) Perniagaan Yong bermula perniagaannya pada 1 Jun 2018. Pada 30 Jun, buku lejarnya menunjukkan baki-
baki akaun seperti yang berikut:
RM
Tunai 10,500
Akaun Belum Terima 6,400
Bekalan 750
Perabot 12,000
Akaun Belum Bayar 8,900
Modal 20,750
Dikehendaki:
(i) Sediakan satu analisis berjadual bagi urusniaga bulan Julai 2018 dengan memasukkan baki-baki
akaun pada 30 Jun. Tajuk-tajuk lajur ialah: Tunai, Akaun Belum Terima, Bekalan, Peralatan Pejabat,
Nota Belum Bayar, Akaun Belum Bayar, Modal.
(ii) Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Julai 2018.
Soalan 2
a) Terangkan secara ringkas perbezaan antara perbelanjaan hasil dengan perbelanjaan modal serta
memberikan contoh.
b) Imbangan Duga Syarikat Ong Sdn. Bhd. Pada 31 Disember 2017 adalah seperti yang berikut.
Maklumat tambahan:
1) Bekalan dalam tangan pada 31 Disember 2017 ialah RM 1,025.
2) Belanja faedah terakru atas nota belum bayar yang diterbitkan pada 1 November 2017 ialah RM 320
(faedah untuk dua bulan).
3) Syarikat mengistiharkan 4% daripada Akaun Belum Terima tidak dapat dikutip kerana seorang
penghutang telah meninggal dunia.
4) Peralatan mempunyai usia guna 10 tahun dengan nilai sisanya RM 500.
5) Gaji belum bayar pada 31 Disember berjumlah RM 1,850.
6) Dianggarkan sebanyak 5% daripada baki Akaun Belum Terima tidak dapat dikutip.
7) Belanja sewa untuk tahun 2017 adalah sebanyak RM 8,400.
8) Ambilan barang niaga sebanyak RM480 dan tunai RM500.
Dikehendaki:
(i) Sediakan catatan untuk pelarasan item (1) hingga (8).
(ii) Sediakan Imbangan Duga Terlaras pada 31 Disember 2017.
(iii) Sediakan Penyata Pendapatan Komprehensif bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
(iv) Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017.