Loreal 5.0
Loreal 5.0
Loreal 5.0
1.0 PENGENALAN
L'Oreal (M) Sdn Bhd telah dipilih sebagai fokus kajian ini. Menurut Wikipedia,
L'Oréal S.A ialah syarikat penjagaan peribadi Perancis yang beribu pejabat di Clichy, Hauts-
de-Seine dengan ibu pejabat berdaftar di Paris. Ia merupakan syarikat kosmetik terbesar di
dunia dan telah membangunkan kegiatan dalam bidang yang menumpukan perhatian kepada
warna rambut, penjagaan kulit, perlindungan matahari, solekan, minyak wangi, dan
penjagaan rambut. Syarikat ini dipilih kerana jenamanya merupakan jenama yang tidak asing
lagi kepada para pengguna pada masa kini dalam dunia fesyen. Jenama umumnya
dikategorikan oleh pasaran sasaran mereka seperti pasaran kosmetik yang besar, profesional,
mewah, dan aktif. Body Shop dan Galderma dilampirkan terus ke ibu pejabat. L'Oreal (M)
Sdn Bhd juga memiliki kepentingan dalam pelbagai aktiviti seperti bahan kimia, kesihatan,
kewangan, reka bentuk, pengiklanan dan insurans. L'Oreal (M) Sdn Bhd mempunyai
030421-09-0022
beberapa buah anak syarikat seperti Lancôme iaitu sebuah rumah minyak wangi, Maybelline,
Garnier dan sebagainya.
Sumber : http://maps.google.com
L'Oreal (M) Sdn Bhd (My L'oréal Powerhouse) terletak di 1Powerhouse, Crown
Penthouse, 1, Persiaran Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor. Tarikh penubuhan
Syarikat L'Oreal (M) Sdn Bhd adalah pada 23 Dec 1994. L'Oreal (M) Sdn Bhd merupakan
sebuah syarikat yang mempunyai populariti yang tinggi di seluruh dunia. Syarikat ini
merupakan entiti perniagaan Sendirian Berhad yang menjalankan aktiviti produk kondisioner
rambut, syampu, krim pencuci muka, penjagaan kulit, kosmetik dan lain-lain.
Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama berkaitan dengan Syarikat
L'Oreal (M) Sdn Bhd iaitu:
2.1 menjelaskan strategi kemasukan Syarikat L'Oreal (M) Sdn Bhd ke perniagaan
antarabangsa
2.2 menjelaskan cabaran-cabaran perniagaan yang dihadapi oleh Syarikat L'Oreal
(M) Sdn Bhd
2.3 menjelaskan lini produk Syarikat L'Oreal (M) Sdn Bhd
2.4 membincangkan kitaran hayat bagi salah satu produk Syarikat L'Oreal (M)
Sdn Bhd
030421-09-0022
Kajian ini dijalankan oleh pengkaji adalah untuk menjelaskan strategi kemasukan
organisasi ke perniagaan antarabangsa, cabaran perniagaan yang dihadapi, lini produk
organisasi dan kitaran hayat bagi salah satu produk organisasi. Terdapat beberapa strategi
dalam perniagaan antarbangsa iaitu eksport, import, kontrak pengeluaran, pelesenan, francais,
usaha sama, subsidiari, operasi serah kunci dan pelaburan langsung asing (FDI).
Dalam kajian ini, pengkaji akan memfokuskan kepada dua strategi untuk memasuki
perniagaan antarabangsa iaitu eksport dan usaha sama. Menurut Kamus Dewan Edisi
memiliki pengetahuan tempatan, memiliki kemudahan pengeluaran sedia ada dan menembusi
pasaran dengan cepat.
Di samping itu, pengkaji juga akan mengkaji lini produk Syarikat L'Oreal (M) Sdn
Bhd. Lini produk merupakan sebarisan produk yang lebih kurang sama jenis yang berkaitan
antara satu sama lain yang dijual oleh sesebuah perniagaan. Setiap satu lini atau barisan
produk mempunyai ciri-ciri, pengguna dan kegunaan yang sama. Item produk mungkin
menggunakan teknologi, pengedaran, harga dan promosi yang sama. Lini produk
merangkumi kedalaman produk dan kelebaran produk.
Kelebaran produk
Kedalaman produk merujuk kepada bilangan item produk yang terdapat dalam sesuatu lini
atau barisan produk yang sama jenis. Bilangan item yang lebih dalam dapat memberi pilihan
yang lebih luas kepada pengguna. Seterusnya, kelebaran produk merujuk kepada bilangan lini
atau barisan produk yang berlainan jenis yang ditawarkan oleh pengeluar kepada pengguna.
Bilangan barisan yang lebih banyak dapat menarik pelbagai segmen pasaran.Dalam gambar
rajah 3.1 menunjukkan contoh kedalaman dan kelebaran produk. Sos, kicap dan susu
merupakan kelebaran produk manakala sos tiram, sos tomato dan sos cili adalah kedalaman
produk.
Akhir sekali, pengkaji ingin memfokuskan kepada kitaran hayat produk Syarikat
L'Oreal (M) Sdn Bhd.
PERTUMBUHAN
Menurut Raymond Vernon (1966), kitaran hayat produk ialah adalah hasil dari
kehidupan pasaran, bahawa produk baru ke pasaran dari awal untuk keseluruhan proses
adalah daripada pasaran. Vernon berkata: hayat produk bermakna Shangxi kehidupan
pemasaran, produk dan kehidupan manusia, seperti pergi melalui pengenalan, pertumbuhan,
kematangan, dan penurunan . Gambar rajah 3.2 menunjukkan kitaran hayat produk yang
melibatkan empat peringkat utama iaitu peringkat pengenalan, peringkat pertumbuhan,
peringkat kematangan dan peringkat penurunan. Pada peringkat pengenalan, pertumbuhan
jualan adalah sangat rendah kerana tidak ramai pengguna yang sedar akan kewujudan
keluaran baru. Tambahan pula syarikat tidak memperolehi keuntungan tetapi mengalami
kerugian. Hal ini demikian kerana jualan yang sangat rendah tetapi perbelanjaan adalah
sangat tinggi. Memandangkan jualan yang rendah dan perbelanjaan yang sangat tinggi, maka
aliran tunai adalah negatif dan juga mengalami pertumbuhan untung yang banyak.
Seterusnya, pada peringkat pertumbuhan, keluaran telah mencapai keberkesanan kerana
ramai pengguna telah sedar akan kewujudan produk itu dan mula menerima produk itu. Pada
masa itu, boleh dikatakan bahawa jualan akan meningkat dengan cepat dan kos perbelanjaaan
telah mula turun kerana kos promosi berkurangan dan kos untuk melatih pekerja juga
berkurang, dengan ini, jualan akan meningkat dengan kadar yang cepat dan tempoh
penerimaan produk oleh pasaran juga sangat cepat dan syarikat telah mendapatkan
keuntungan yang banyak dan aliran tunai dalam syarikat bertambah dan tidak mengalami
negatif lagi. Selain itu,pada peringkat kematangan, pertumbuhan jualan adalah pada kadar
berkurangan sehingga pada peringkat tepu kerana persaingan-persaingan telah masuk
kepasaran. Oleh sebab itu, keuntungan mula menurun dan mungkin juga mengalami
kerugian. Ini kerana syarikat hendak berusaha untuk bersaing dengan syarikat lain yang
berkobar-kobar untuk memasuki pasaran itu sebab produk itu membawa keuntungan. Pada
peringkat kemerosotan pula, pengurus sesebuah syarikat harus menolak produk yang kitaran
hayatnya adalah tamat. Ini kerana jika pengurus tidak menamat pengeluarannya.mereka akan
mengalami kerugiaan yang besar sebab barangan yang dikeluarkan tidak lagi mempunyai
permintaaan. Dengan ini, kitaran hayat produk sudah tamat dan pengurus harus menciptakan
produk yang baru lagi.
Bahagian ini menerangkan tentang kaedah kajian yang telah digunakan oleh pengkaji
dalam melaksanakan kajian ini dengan sempurna. Menurut Ahmad Mazhab Ayob (1985),
kaedah kajian ialah soal bagaimana tiap-tiap suatu objektif atau penyelidikan itu hendak
dicapai. Kaedah kajian biasanya mengambil kira aspek pemilihan kaedah kajian, teori
pembelajaran bahasa, prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis data. Kaedah kajian
dijalankan bertujuan menghubungkan objektif kajian dengan hasil kajian. Antara kaedah
kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah menggunakan sumber data iaitu data sekunder.
Menurut Uma Sekaran (2013), data sekunder adalah maklumat yang dikumpul
daripada sumber yang sedia ada. Data sekunder diperolehi secara tidak langsung berdasarkan
catatan atau dokumentasi syarikat, analisis industri oleh media, laman sesawang dan
sebagainya. Data dalam kajian ini dikumpul dengan mengunjungi perpustakaan dan kedai
buku, melayari internet serta membaca buku berkaitan. Penggunaan data sekunder dapat
menjimatkan masa dengan kos yang diperlukan dalam kajian untuk mengklasifikasi masalah
dan menilai data. Antara data sekunder yang digunakan adalah jurnal online dan laman
sesawang.
Buku rujukan adalah buku yang disimpan untuk dijadikan bahan atau sumber informasi
yang tidak boleh dipinjam keluar dari perpustakaan. Dalam kajian ini pengkaji memudahkan
kajian ini dengan menggunakan buku rujukan untuk mendapatkan sesuatu maklumat dengan
lebih terperinci. Buku rujukan memberikan pendedahan yang cepat dan ringkas yang mudah
difahami oleh pengguna dalam sesuatu topik. Buku-buku rujukan diolahkan dalam cara yang
tertentu bergantung kepada jenis buku. Contohnya, kronologi disusun mengikut tarikh
sesuatu perkara, kamus pula disusun mengkut abjad perkataan, dan ensiklopedia disusun
mengikut abjad dan subjek.
030421-09-0022
4.1.2 E-JOURNAL
E-journal adalah representasi elektronik sederhana dari sebuah jurnal iaitu jurnal
elektronik yang diolah daripada jurnal versi cetak namun perbezaannya ialah e-journal
disertakan dengan informasi tambahan seperti grafik interaktif dan tautan eksternal. Dengan
kata lain, jurnal elektronik atau disebut sebagai jurnal online adalah buku yang menulis,
mengedit dan mendistribusikan maklumat yang dilakukan secara elektronik. Antara ciri-ciri
yang digunakan dalam jurnal online adalah artikel ditulis secara ilmiah dan beretika, bahasa
formal digunakan, dipublikasi dalam bentuk PDF, setiap artikel yang diterbitkan mempunyai
kunci keselamatan yang canggih iaitu kata laluan.
Dalam bahagain ini, pengkaji akan menerangkan tentang dapatan kajian yang telah
diperolehi berdasarkan empat objektif kajian yang telah ditetapkan iaitu menjelaskan strategi
kemasukan Syarikat L'Oreal (M) Sdn Bhd ke perniagaan antarabangsa, menjelaskan cabaran-
cabaran perniagaan yang dihadapi oleh Syarikat L'Oreal (M) Sdn Bhd, menjelaskan lini
produk Syarikat L'Oreal (M) Sdn Bhd dan membincangkan kitaran hayat bagi salah satu
produk Syarikat L'Oreal (M) Sdn Bhd.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (Dewan Bahasa dan Pustaka), eksport
bermaksud penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke luar negara untuk
tujuan perdagangan. Eksport boleh ditakrifkan sebagai menghantar atau
membolehkan penghantaran sesuatu barangan atau komoditi keluar daripada
Malaysia melalui salah satu daripada cara berikut iaitu laut, udara atau darat .
L'Oreal merupakan perusahaan pengeluar kosmetik yang terbesar dan terkenal di dunia
pada masa ini. Semenjak tahun 1998, Kumpulan Loreal memasuki pasaran China.
Kumpulan Loreal China telah berkembang menjadi perusahaan pengeluar kosmetik
yang ketiga terbesar di pasaran China dan jumlah jualannya di pasaran China
menduduki tempat pertama dari Kumpulan Loreal di pasaran sejagat pada tiga tahun
yang lalu. Strategi penjualan Kumpulan tersebut telah mencapai kejayaan yang sangat
cepat. Oleh itu, Pengarah Urusan Syarikat Kumpulan Loreal China Encik Paolo
Gasparrinni berpuas hati dengan kejayaan tersebut. Beliau berkata: " Saya
berpendapat, perusahaan kami berkembang dengan baik di China dan masa depannya
amat cerah. Barangan kosmetik jenama terkenal Syarikat L'Oreal telah dipasarkan di
China dan semua barangan kami sesuai digunakan oleh rakyat China".Selain itu,
Syarikat L'Oreal juga mengurangkan harga sebahagian kosmetik jenama terkenal
antarabangsanya dan bergabung dengan dua Syarikat kosmetik yang menempati kuota
030421-09-0022
yang banyak di pasaran China. Tindakan ini bukan saja telah menambah kuota
Syarikat L'Oreal di pasaran kosmetik China, tetapi juga produktivitinya di China
meningkat lebih tiga kali ganda.
Usaha sama adalah pengaturan komersial antara dua atau lebih dari dua pihak di
mana para pihak berkumpul untuk mengumpulkan aset mereka dengan tujuan
menyelesaikan tugas tertentu di mana setiap pihak mempunyai hak milik bersama
entiti dan bertanggung jawab atas biaya, kerugian atau keuntungan yang timbul
daripada usaha tersebut. L'Oreal Malaysia menyasarkan penglibatan 250 rakan kongsi
salunnya dalam perniagaan berasaskan digital menjelang tahun 2022 selepas
pendekatan itu berjaya menghasil jualan melebihi RM1 juta setiap bulan. Usaha
berkenaan adalah hasil keriasama diantara L'Oréal dan AVANA dalam usaha
manfaatkan potensi e-dagang Asia Tenggara yang berjaya mencatatkan jualan
sebanyak AS$109 bilion (RM460.42 bilion) pada 2020. Inisiatif perdagangan sosial
itu, pada asasnya membolehkan transaksi e-dagang dijalankan di media sosial selain
mewujudkan komunikasi antara pemilik salun dengan pelanggan mereka bagi
meningkatkan hasil jualan setiap bulan. Menerusi pendekatan itu, pemilik salun
berpeluang memperkenalkan produk terbaharu mereka dengan pantas bagi menarik
perhatian lebih ramai pelanggan. Ketua Pegawai Digital L'Oreal Malaysia, Edward
Ling berkata, pihaknya sentiasa mencari pendekatan baharu dalam memasarkan
produk dan membantu salun di bawah jenama mereka untuk menjalankan perniagaan
secara tradisional dan dalam talian. Katanya, kebanyakan salun di bawah mereka
terlibat secara digital dan ia secara tidak langsung membolehkan mereka memberi
tumpuan kepada aspek jualan sosial.