Minit Mesyuarat P.Maths Ke3 2022
Minit Mesyuarat P.Maths Ke3 2022
Minit Mesyuarat P.Maths Ke3 2022
Kehadiran:
1. En. Mohd Zaki bin Salleh (GKMP Sains & Matematik)
2. Pn. Siti Zainah bt Ismail
3. Pn. Jurina bt Buniran
4. Pn. Nor Haryanti bt Mohd Toto
5. Pn. Azizah bt Mat Yusof
6. Pn. Nazirah bt Amin Ropi
7. Pn. Siti Nur’Ain bt Arifin
8. Pn. Siti Najibah bt Hj Mustapha
2.1 En. Zaki menerangkan bahawa di bawah Bidang Sains & Matematik akan diwujudkan
satu Makmal Matematik, di mana sasaran utama adalah untuk meningkatkan keputusan
Matematik pelajar kelas 5 STEM, 5 PA & 5 Ekonomi. Waktu kelas Matematik, pelajar akan ke
Makmal Matematik untuk sesi PdPC. Gred Purata Matematik masih lebih daripada gred 7, maka
dengan adanya Makmal Matematik sedikit sebanyak boleh kurangkan lagi Gred Purata tersebut.
2.2 Makmal yang ingin diwujudkan adalah berkonsepkan R.A.T. iaitu Response-Accurate-
Transform. En. Zaki mencadangkan pondok Matematik diwujudkan di laluan ke kantin. Semua
kos perbelanjaan telah disediakan dan dicadangkan seperti yang tersebut. Pn. Najibah
mencadangkan gunakan Makmal Komputer 2 sebagai Makmal Komputer memandangakn
Makmal Komputer 2 tidak selalu digunakan pelajar. En. Zaki terima cadangan tersebut dan akan
berbincang dengan pihak Pengetua dan pihak pentadbir.
3.1 En. Zaki menerangkan bahawa ada satu ujian soalan KBAT yang wajib dijawab oleh
semua murid Tingkatan 5 atas arahan pihak JPN. Guru tidak boleh menolong mereka menjawab
soalan tersebut dan tarikh akhir untuk menghantar markah adalah pada 26 September 2022.
4.1 Bulan Sains & Matematik akan diadakan pada bulan November 2022 atau bulan Januari
2023 bergantung pada situasi dan keadaan semasa.
4.2 En. Zaki mengingatkan kembali kepada semua guru untuk menghantar RPH berasingan
untuk satu minggu, satu fail Isnin-Jumaat minggu semasa dan satu lagi fail untuk Isnin minggu
seterusnya sahaja.
4.3 En. Zaki mengingatkan supaya semua guru masuk ke kelas Relief walaupun satu waktu di
Blok E juga.
4.4 En. Zaki maklumkan semula kepada semua guru, Cikgu Abdullah telah pindah ke St.
Francis sebagai GKMP Sains & Matematik. Maka, Ketua Panitia Matematik yang baru akan
dicadangkan oleh Pengetua dan GPK Pentadbiran sendiri. Jadual yang baru juga akan menyusul
dua minggu lagi atas sebab perpindahan Cikgu Abdullah. Dengan itu, maka sekolah masih
kekurangan dua (2) orang guru MAtematik.
GKMP Sains & Matematik mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir
dalam mesyuarat kali ini.
……………………………………..……….. …………………………………….
Sesi 2022/2023