Minit Mesyuarat Guru Bil 05 2022

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHAGIA

28000 TEMERLOH, PAHANG.


MINIT MESYUARAT GURU BIL 05/2022

TARIKH : 06 DISEMBER 2022


HARI : SELASA
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER ATAS

KEHADIRAN : Semua guru hadir kecuali


1) Pn. Yemavathi a/p Krishnan - crk
2) Cik Norli binti Busu Rerah - Cuti Sakit

Agenda Mesyuarat
1. Ucapan Pengerusi (Guru besar)
2. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Bil 04/2022 – Pn.Thatchiyainy a/p Narayanan
3. Perkara berbangkit
4. Isu-isu yang dibincangkan:
4.1 Pengurusan Sekolah - Guru Besar
4.2 Pengurusan Unit Kurikulum - GPK Pentadbiran
4.3 Pengurusan Unit Hal Ehwal Murid – GPK HEM
4.4 Pengurusan Unit Kokurikulum – GPK KoKurikulum
5. Hal-hal Lain
6. Ucapan Penangguhan

1.Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru ke Mesyuarat Guru
Bil 5/2022.

1.2 Pengerusi menyatakan tujuan mengadakan mesyuarat adalah untuk membincangkan


isu-isu pengurusan sekolah, Unit pengurusan Kurikulum, unit pengurusan Hem dan
unit pengurusan Kokurikulum .

Tindakan : Untuk Makluman

2. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Pn. Thaiciyainy membentangkan Minit Mesyuarat Guru Bil. 04/2022


untuk disokong dan disahkan.

2.2 Pn. Rohaiza Harun mencadangkan Minit Mesyuarat Guru Bil. 04/2022 disahkan
dan disokong oleh En. Mohammed Rafi bin Hather Ali.

1
3. Perkara Berbangkit

3.1 Guru Besar bertanyakan tentang sijil 3 Minutes Pitching samada telah diterima atau
belum pada guru-guru yang telah menyertai pertandingan tersebut.
Puan Rohaiza menerangkan bahawa Pegawai PPD, Puan Salawati, telah
memaklumkan bahawa satu majlis akan diadakan untuk memberi sijil kepada
guru-guru terlibat .
Tindakan: GP Kanan 1

3.2 Ketua Panitia setiap subjek dikehendaki menyediakan laporan bertulis pengesanan TP
bagi matapelajaran masing-masing.

Tindakan: Ketua Panitia

3.3 Koridor TS25 akan dikekalkan dan ditambah baik dari masa ke semasa sekiranya
masih ada pemantauan.

Tindakan: Untuk Makluman

4. Isu-isu yang dibincangkan

4.1 Pengurusan Sekolah – Guru Besar

4.1.1 Kenaikan pangkat DG 48


4.1.1.1 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada 8 orang guru yang telah dapat
kenaikan pangkat DG 48 iaitu Pn. Masturainy,Tn.Haji Zafaruddin,
Pn Normadiah,Pn.Norul Hanim,En.Mohd Rafi,En Azani Talib , Pn. Zuriani
dan Pn. Heliza Ramly.

4.1.1.2Guru tersebut merupakan Jurulatih Utama (JU)dengan gelaran“Guru Inspirasi “


Tugas-tugas utama ialah merangka panduan arahan peraturan pelaksanaan,pdp
,juga sebagai pembimbing .

4.1.1.3Sebagai JU, guru-guru perlu membudayakan kajian tindakan .

4.1.1.4Sebagai Guru Inspirasi perlu bijak merancang kerana peranannya adalah


pembimbing kepada guru-guru yang lain .

Tindakan: Makluman

4.1.2 Aktiviti KSS

4.1.2.1 Penglibatan semua guru wajib .Jika tidak dapat terlibat dengan aktivit anjuran
KSS ,beri surat tunjuk sebab .

Tindakan : Makluman

2
4.1.3 e rph

4.1.3.1 Penghantaran rph mesti tepat pada masanya,penulisan rph spt aktiviti yang
dirancang .

4.1.3.2 ada penambahbaikan pengurusan e rph.di masa hadapan .

4.1.3.3 mengikut surat pekeliling ikhtisas bil 1999,kegagalan untuk menyediakan buku
rekod akan didenda RM5 ribu atau dipenjara .

4.1.3.4 Tidak dapat mengakses e rph dengan cepat jika di pantau .

Tindakan : Makluman

4.1.4 Pengurusan emosi guru dalam kelas

4.1.4.1Guru perlu guna teknik untuk atasi masalah murid di dalam kelas .Guru perlu
bijak menyelesaikan situasi yang berlaku ,tidak perlu ada sentuhan fizikal .

4.1.4.2Guru Besar mengingatkan semula teknik butterfly hug.Guru Besar telah


menerangkan berulang kali agar bertindak secara rasional .

Tindakan : Semua guru

4.1.5 Penggunaan baju korporat

4.1.5.1 Pemakaian baju dibolehkan apabila melaksanakan tugas rasmi di luar atau di
lapangan sahaja ,bagi guru perempuan berseluar panjang atau kain
hitam ,bertudung hitam atau biru gelap .
4.1.5.2 Guru Besar menyebut garis panduan khusus tentang baju korporat dan unit
uniform.
4.1.5.3 Baju korporat KPM hanya 2 iaitu putih dan biru gelap .

Tindakan : Makluman

4.2 Pengurusan Unit Kurikulum – GPK Pentadbiran

4.2.1 SPPB

4.2.1.1 Puan Wardati menerangkan kepada guru-guru mengenai SPPB ( sistem pengurusan
pentaksiran bersepadu ).

4.2.1.2 Boleh diakses melalui idMe di mana pelaksanaan pengoperasian ujian akhir sesi
akademik (UASA) mengikut garis masa yang ditetapkan.

4.2.1.3 Instrumen UASA boleh dimuat turun melalui sistem APPI ( Aplikasi pengumpulan
dan pemasangan instrumen )

3
4.2.1.4 UASA melibatkan 5 subjek iaitu BM,BI,MT,SN dan Sejarah melibatkan murid
tahap 2 sahaja .

4.2.1.5 Pengurusan dan pentadbiran ujian perlu dilaksanakan mengikut proses kerja yang
ditetapkan.

4.2.1.6 KP dan guru matapelajaran diminta membuat penyelarasan dan moderasi penskoran di
peringkat sekolah .
4.2.1.7 Seterusnya guru perlu merekodkan skor ke dalam SPPB.

4.2.1.8Sekolah membuat pelaporan melalui SPPB sebelum berakhir sesi persekolahan


2022/23.

Tindakan : Untuk Makluman

4.2.2 Pendekatan bertema

4.2.2.1 merupakan satu kaedah PdP yang menggunakan tema.Pembelajaran


menggabungjalinkan pengetahuan ,kemahiran dan nilai dari beberapa disiplin
ilmu .
4.2.2.2 strategi pelaksanaan yang guru perlu tahu
Strategi 1 – subtema berbeza melalui beberapa mata pelajaran
Strategi 2 – subtema yang sama melalui beberapa mata pelajaran
Strategi 3 – projek melalui pendekatan bertema( subtema sama dalam projek )
4.2.2.3 Antara contoh aktiviti pembelajaran ialah mainperanan,bermain,lawatan
,berlakon,bercerita dan lain-lain .
4.2.2.4 Pemilihan tema dalam pdpc mengikut kesesuaian Standard Pembelajaran
,minat dan kecenderungan murid.
4.2.2.5Pelaksanaan pdpc pendekatan bertema melibatkan integrasi sekurang-
kurangnya 2 mata pelajaran .
4.2.2.6 Guru digalakkan berbincang dalam panitia untuk melaksanakan pdpc
pendekatan bertema
4.2.2.7Maklumat dan contoh boleh dirujuk dalam telegram skjb .

Tindakan: semua guru

4.2.3 – Instrumen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pdp.

4.2.3.1 Instrumen ini digunapakai bagi menilai tahap pembudayaan KBAT dalam
dalam pdp oleh guru di bilik darjah .Semua guru akan dicerap menggunakan
instrumen KBAT.Semua guru diminta bersedia,Item penskoran boleh dirujuk
dalam telegram skjb .

Tindakan: semua guru

4
4.3 Pengurusan Unit Hal Ehwal Murid – GPK HEM

4.3.1 Gotong-royong sebelum cuti

4.3.1.1 Tarikh: 9Disember 2022


Hari: Jumaat
Masa: 10.30pagi– 11.20pagi

4.3.1.2 Setiap kelas di bawah pengawasan 2 orang guru


Senarai guru terlibat akan disusun oleh GPK Hem.

4.3.1.3 beberapa perkara perlu diberi perhatian :


kerusi dan meja murid perlu disusun depan / belakang kelas.Buku murid
kemas atau bawa balik ke rumah supaya dalam meja murid kosong .
4.3.1.4 buku teks murid perlu dibawa balik ,al quran diletakkan di surau.Buku rekod
MMI diletakkan di pejabat.

4.6.1.5 bilik Bahasa Tamil sedia untuk dijadikan bilik stor makanan.
4.6.1.6 guru kelas buat laporan beserta gambar sekiranya berlaku kerosakan.

Tindakan: Untuk Makluman

4.3.2 Perlantikan pengawas sekolah ,pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya.

4.3.2.1 En Azani diminta menyediakan google form untuk guru-guru mencalonkan


murid yang layak untuk dilantik bagi sesi 2023/24.
Satu jawatankuasa akan dibentuk bagi pemilihan murid tersebut

Tindakan: Untuk Makluman

4.3.3 Kemaskini maklumat murid dalam APDM .


4.3.3.1 Pn. Zuriani mengucapkan terima kasih kepada guru kelas yang telah
mengemaskini maklumat murid .Bagi yang belum mengemaskini data murid
dalam kelas ,diharap segera bertindak kerana pemantauan sentiasa saja dibuat
oleh pihak KPM.

Tindakan: guru kelas

4.3.4 SSDM-sistem sahsiah diri murid


4.3.4.1 GPK Hem merakam ucapan terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang
merekod sahsiah murid ke dalam SSDM kerana sekolah berada ranking teratas
dalam merekod sahsiah murid terutama rekod amalan baik .Antara guru yang
rajin merekod ialah Pn. Normadiah dan Pn.Zarinah .Guru akan diberi hadiah atas
kesungguhan ini.

Tindakan: semua guru

5
4.3.5 Kehadiran murid
4.3.5.1 Guru kelas perlu kenalpasti murid yang kerap tidak hadir termasuk bilangan hari ,
tindakan yang boleh sekolah ambil jika berterusan tanpa sebab .
4.3.5.2 Ketidakhadiran yang merosot /tidak hadir tegar perlu di ambil tindakan supaya
peratus kehadiran meningkat.

Tindakan: guru kelas

4.4 Pengurusan Unit Kokurikulum – GPK KoKurikulum

4.4.1 PAJSK
4.4.1.1 PAJSK KOKO
Perlu 10 kali saja perjumpaan berakhir 4 Jan 2023.
Unit sukan: 9/10 perjumpaan
Unit kelab /persatuan :10/10 perjumpaan
Unit beruniform: 10/10 perjumpaan
4.4.1.2 mesyuarat memutuskan untuk mengambil tarikh hari sukan sekolah sebagai
melengkapkan perjumpaan kali ke 10 bagi unit sukan..

4..4.1.3 PAJSK SEGAK


Mengharapkan guru PJ tahap 2 mengisi data sebelum 15 Disember 2022 .

4.4.1.4 Pengisian yang terkini dalam data .


Tahun 6 : hampir selesai.
Tahun 5 : perlu isi segera terutama penyertaan di kalangan murid yang aktif
peringkat daerah , negeri atau antarabangsa .
Tahun 4 : perlu direkod oleh guru penasihat/guru pembimbing .
PAJSK KOKO – ppd memilih sebelum 20 Disember 2022.
4.4.1.5 Pastikan mengisi bahagian ekstra koko .peratus pencapaian koko sekolah adalah
51.25 %
Target sekolah – 7.5 % dan keatas .

Tindakan: Untuk Makluman

4.4.2 Peralatan sukan


4.4.2.1 Mengharapkan peralatan sukan perlu berada di tempat yang sepatutnya agar mudah
guru-guru menggunakan ketika aktiviti pdp dan sebagainya yang berkaitan guru
utamakan keselamatan peralatan sukan semasa melakukan aktiviti .

Tindakan: Untuk Makluman

5.0 Hal-hal Lain -tiada .

6
6.0 Ucapan Penangguhan
6.1 Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua guru yang
hadir mesyuarat hari ini .

Mesyuarat guru ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................. …………………………….
(FAZATUL AZNA BINTI MOKHTAR) (PN WARDATI BINTI MOHAMED YUNUS)
Guru Bertugas Mingguan Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK Jalan Bahagia SK Jalan Bahagia

Disahkan oleh.

....................................................
(PN. MASTURAINY BINTI MOHAMED TAHA)
Guru Besar
SK Jalan Bahagia.

You might also like