PSVK2082R Pentaksiran Pendidikan Seni Visual (Kit Pentaksiran)
PSVK2082R Pentaksiran Pendidikan Seni Visual (Kit Pentaksiran)
PSVK2082R Pentaksiran Pendidikan Seni Visual (Kit Pentaksiran)
Saya mengakui bahawa kerja kursus ini adalah milik saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasannya yang
setiap satu saya jelaskan sumbernya
Keberkesanan PdP tidak akan dapat diketahui sehingga pelajar-pelajar di uji sejauh mana
tahap kefahaman mereka. Oleh itu satu mekanisme seharusnya dicari bagi menilai
pencapaian mereka. Pelajar-pelajar ini dinilai dengan pelbagai cara dan kaedah yang dapat
meneliti dengan lebih perinci serta keesahan nya. Beberapa kaedah serta cara yang
dikemukakan seharus nya dapat membantu guru khas nya dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual yang menilai pelajar mereka dengan pelbagai cara untuk melihat ’produk’ yang
dihasilkan pelajar.Didalam tugasan ini, saya akan menghasilkan kit pentaksiran Pendidikan
Seni Visual bagi tahun 2 yang melibatkan empat bidang utama iaitu menggambar, membuat
corak dan rekaan serta mengenal kraf tradisional.
2.0 Jenis-Jenis Pentaksiran
Pentaksiran bilik darjah (PBD) dapat dikategorikan kepada 4 bahagian utama. Penilaian
sumatif, formatif, pemerhatian, porfolio dan hasil kerja. Penilaian formatif adalah penilaian
yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk
menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang
diajar.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran (akhir penggal/akhir
tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian
formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk,
penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal
persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu
kurikulum.
Penilaian melalui pemerhatian adalah merupakan jenis penilaian authentik.
Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) menjelaskan bahawa pemerhatian ialah sejenis bentuk
penilaian autentik yang menolong guru-guru untuk membimbing murid-murid untuk
mempertingkatkan kebolehan mereka secara individu. Pengimplementasian kaedah
penilaian pemerhatian ini boleh dijalani secara global atau analitik berdasarkan objektif
pelajaran yang telah ditentukan oleh seorang guru. Portfolio menurut Ragbir Kaur Joginder
Singh (2012) ialah satu koleksi yang terdiri daripada pelbagai resos dan bahan-bahan yang
relevan dengan hasil pembelajaran murid dalam sesuatu mata pelajaran. Sesuatu portfolio
biasa mendokumentasikan semua hasil kerja murid dan mungkin termasuk perekodan
proses-proses yang lain seperti draf kerja murid, penilaian kendiri murid dan penilaian ibu
bapa. Ia dapat digunakan untuk menilai kebolehan dan kemajuan murid-murid secara
berterusan.
3.0 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Didalam pembentukan Kit Pentaksiran Pendidikan Seni Visual ini, saya akan menfokuskan
kepada topik yang telah dipilih mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan
diselaraskan didalam Rancangan Penganjaran Harian (RPH). Ianya menggabung jalin
mengikut Elemen Merentas Kokurikulum (EMK) yang mananya subjek Bahasa Melayu
ditekankan juga untuk melihat penguasaan murid terhadap penggunaan bahasa kebangsaan
ini.Penglibatan ini selaras mengikut pembelajaran abad ke 21 (PAK21) didalam
melaksanakan pembelajaran berterusan (Deep Learning) buat murid-murid.
Bahasa Melayu
1.Murid belajar bercerita tentang karya saya sewaktu aktiviti Apresiasi Seni
Murid mewarnakan
mengikut
pengalaman warna
deria masing-masing
atau rujukan gambar
yang telah diberi.
Langkah 3 1.Setelah murid Penerapan nilai :
(5 minit) selesai melukis dan Yakin diri, bertolak
mewarna, guru ansur dan
meminta murid keberanian.
menulis nama pada
bahagian belakang Kemahiran
lukisan. Psikomotor
2.Murid menulis
nama dengan penuh
bersemangat.
Penutup Menunjukkan hasil 1.Setelah murid Penerapan nilai :
(15 minit) kerja selesai Yakin diri, bertolak
menghasilkan ansur dan
lukisan, mereka akan keberanian.
melakukan sesi
apresiasi seni. KMR :
Pendidikan Bahasa
2.Murid akan Melayu
menjelaskan maksud
lukisan mereka dan
menerangkan
dengan penuh
semangat tentang
karya mereka.
3.Murid-murid akan
melekatkan karya
mereka dibahagian
pameran bilik seni.
4.0 Pentaksiran (Kit Pentaksiran)
Didalam opik ini, Kit pentaksiran yang dipilih beraskan kaedah pentaksiran melalui lisan dan
pemerhatian. Pengimplementasian kaedah penilaian pemerhatian ini boleh dijalani secara
global atau analitik berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan oleh seorang guru.
Jenis penilaian ini mudah dan senang untuk dilaksanakan oleh guru-guru tetapi sangat sukar
untuk menentukan kesahan dapatannya. Ini kerana kaedah pemerhatian di pengaruhi oleh
persepsi (tanggapan), ilmu dan pengalaman sebenar guru-guru. Guru-guru boleh membuat
persepsi atau anggapan terhadap murid-murid. Mereka juga boleh membuat pemerhatian
jangka panjang atau jangka pendek. Dalam penilaian ini, guru-guru akan melaporkan apa jua
aksi yang mereka saksikan.
Merujuk Huraian Sukatan Pelajaran (2002) penilaian kaedah pemerhatian dalam konteks
pendidikan seni visual sekolah rendah, melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian
hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja adalah
dikenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasan
kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain daripada itu, guru juga dapat
menilai penguasan kemahiran sosial, amalan murid serta memerhati penglahiran emosi dan
perasaan. Tahap kreativiti murid juga dapat di kesan melalui pemerhatian. Pencapaian
kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan
melihat kriteria-kriter ia tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian.
4.2 Instrumen Pentaksiran
Senarai semak yang digunakan didalam Kit Pentaksiran ini adalah bertujuan melihat sejauh
manakah penguasaan murid terhadap topik yang dipelajari oleh mereka. Untuk senarai
semak ini ianya berfokuskan kepada penguasaan terhadap aspek Bahasa Seni Visual. Ianya
merangkumi maklumat asas kelas dari sudut nama, tahun dan kehadiran. Seterusnya adalah
bilangan murid serta tahap penguasaan mereka.
2 Ibnu Haitham
Tarikh : 20 Mac 2023 / 2.10-3.10 petang
Kehadiran : 22/30
Catatan :
E1 : Elemen Garisan
E2 : Elemen Warna
E3 : Elemen Rupa
E4 : Elemen Ruang
E5 : Elemen Jalinan
E6 : Elemen Bentuk
Catatan :
10M : 10 Markah
40M : 40 Markah
Senarai semak yang digunakan didalam Kit Pentaksiran ini adalah bertujuan melihat sejauh
manakah penguasaan murid terhadap topik yang dipelajari oleh mereka. Untuk senarai
semak kedua ianya berfokuskan kepada pemarkahan keseluruhan bagi karya mereka. Ianya
merangkumi maklumat asas kelas dari sudut nama, tahun dan kehadiran. Seterusnya adalah
bilangan murid serta tahap penguasaan mereka.
2 Ibnu Haitham
Tarikh : 25 Nov 2022 / 2.10-3.10 petang
Kehadiran : 22/30
Catatan :
E1 : Elemen Garisan
E2 : Elemen Warna
E3 : Elemen Rupa
E4 : Elemen Ruang
E5 : Elemen Jalinan
E6 : Elemen Bentuk
Catatan :
10M : 10 Markah
40M : 40 Markah
5.0 Penutup
Kit Pentaksiran Pendidikan Seni Visual ini dibuat bagi melihat sejauh manakah keberkesanan
kaedah proses Pengajaran dan Pembelajaran untuk melihat Hasrat serta objektif pembelajaran
itu tercapai. Bukan itu sahaja, proses kemenjadian murid didalam aspek pembelajaran
berterusan juga amatlah penting didalam pembentukan nilai kesenian didalam diri mereka.
Disamping itu juga pemilihan kaedah pentaksiran juga dipilih berdasarkan topik yang dipelajari
didalam kelas yang dipilih dari Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) serta diimplimentasikan
didalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Ianya dilaksanakan selaras piawaian dari Dasar
Kokurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Seni Visual tahun 2.
6.0 Rujukan
M Fullan, M Langworthy (2014) A rich seam: How new pedagogies find deep
learning. CT : Padford Learning.
Azhar Bin Aziz & Linawati@Lina Binti Adiman (2017) Buku Teks Pendidikan
Kesenian Tahun 2. CT : Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur.
Hasni Bin Daud & Mazura Binti Sulaiman (2018) Buku Teks Bahasa Melayu Jilid
2. CT: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur.