10 Hdps3103 Topik 6
10 Hdps3103 Topik 6
10 Hdps3103 Topik 6
6 Pelajaran
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Merancang rancangan pelajaran harian, mingguan dan bulanan;
2. Membezakan jenis rancangan pelajaran;
3. Merancang bahan dan persekitaran yang sesuai untuk kanak-kanak;
dan
4. Merancang penilaian yang sesuai bagi setiap rancangan pelajaran.
PENGENALAN
Guru yang tidak merancang sebelum memasuki kelas adalah seperti pemandu
bas yang tidak tahu arah tujuan. Tiada pembelajaran akan berlaku jika guru
gagal merancang sebelum mengajar. Guru perlu memahami kepentingan
domain perkembangan kanak-kanak dan isi kandungan akademik kurikulum.
Ini adalah supaya guru dapat menggunakan pengetahuan serta alat bantu
mengajar untuk melaksana dan menilai rancangan pelajaran yang bermakna
untuk kanak-kanak. Dalam topik ini, kita akan berbincang bagaimana guru
dapat menyediakan rancangan pelajaran, bahan pembelajaran dan pengajaran,
persekitaran serta penilaian untuk memastikan pembelajaran yang bermakna.
(b) Pengenalan
Aktiviti-aktiviti perlu direka bentuk berasaskan objektif yang telah
ditentukan mengikut kepentingan, dan tahap pengalaman akademik dan
peribadi kanak-kanak terhadap topik tersebut. Apabila guru mempunyai
idea tentang tahap pengetahuan kanak-kanak, maka guru dapat
menentukan apa yang perlu diberikan fokus.
Satu strategi penting yang dapat membantu anda dengan pengurusan masa
adalah dengan menjangka waktu yang perlu untuk menyoal kanak-kanak.
Apabila merancang pelajaran anda, pastikan apa jenis soalan yang
produktif untuk perbincangan dan apa yang mungkin mengalihkan fokus
pembelajaran. Pastikan ada keseimbangan antara mencapai objektif
pelajaran dan memastikan kefahaman pelajar.
(e) Kesimpulan
Ulang kaji apa yang diliputi di dalam kelas dan ringkaskannya. Guru boleh
membuat ringkasan dengan cara menanya soalan atau menyuruh kanak-
kanak membantu guru merumuskannya. Guru juga boleh meminta semua
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
114 TOPIK 6 RANCANGAN PELAJARAN
pelajar untuk menulis di atas sehelai kertas apa yang mereka fikirkan
adalah perkara utama bagi pelajaran itu. Kemudian, semak jawapan pelajar
untuk mengukur pemahaman mereka terhadap topik berkenaan dan
jelaskan apa yang kurang difahami.
Mari kita lihat dan teruskan pembacaan untuk mengetahui jenis rancangan
pelajaran ini dengan lebih lanjut.
Anda sebagai guru perlu memikirkan dan menulis tiga aspek berikut dalam
bentuk yang sesuai untuk setiap rancangan:
Kedua, anda sebagai guru perlu berfikir secara mendalam bagaimana untuk
meletakkan acara tahunan yang menandakan peringkat kanak-kanak berada di
tadika atau taska. Ia adalah penting untuk merangka pelan tahunan yang
memastikan tidak membuat kanak-kanak berasa terharu. Di samping itu, guru
juga perlu membangunkan emosi kanak-kanak melalui hubungan rapat dengan
alam semula jadi.
Terangkan keadaan Tulis apa yang anda Tulis apa yang anda perlu
kanak-kanak pada bulan harap kanak-kanak akan pertimbangkan untuk
lepas dari pelbagai alami atau aktiviti- mewujudkan persekitaran
perspektif (contohnya, aktiviti yang kanak- yang sesuai bagi kanak-kanak
tingkah laku, kepentingan kanak boleh lakukan untuk menimba pengalaman
dan apa yang mereka dan untuk melakukan
mahu lakukan) aktiviti-aktiviti
Rancangan ini adalah yang paling konkrit dan praktikal kerana ia menunjukkan
aktiviti seharian kanak-kanak di tadika secara terperinci. Tidak ada format yang
11.10 Susun meja dan kerusi Suruh kanak-kanak Lihat berapa kanak-kanak
susun meja dan kerusi yang boleh mengangkat
dalam satu garisan meja dan bagaimana
mereka melakukannya
11.20 Sediakan makan Suruh kanak-kanak Lihat dan beri arahan
tengah hari. beratur di bilik air bagaimana hendak
Basuh tangan dan Sediakan air membasuh tangan
kumur mulut dengan betul
Bantu kanak-kanak
Ambil beg dan sediakan makanan
keluarkan makanan di atas meja
11.40 Suruh kanak-kanak Pastikan kanak- Pastikan kanak-kanak
baca doa makan kanak yang tidak bermain
Pastikan kanak-kanak bertugas membaca sementara menunggu,
kemas lepas makan doa di hadapan sehinggalah semua
kelas orang bersedia
Pastikan guru Pastikan bahawa
melawat setiap mereka mempunyai
kumpulan dan banyak masa dan
pastikan mereka menikmati makanan
seronok dalam mereka
kelas Pastikan kanak-kanak
Beritahu kanak- yang masih makan
kanak untuk tengah hari boleh
bermain secara mengambil masa
senyap selepas mereka
makan
12.40 Susun balik meja dan Guru perhatikan cara Pastikan keselamatan
kerusi kanak-kanak kanak-kanak
mengangkat meja dan
kerusi
Bermain secara bebas dan Beritahu mereka boleh Pastikan guru membantu
menikmatinya pergi ke mana sahaja dengan alat mainan jika
mereka suka perlu
Kemas semua mainan Pastikan semua Beri masa yang cukup
mengemas
13.30 Bersedia untuk Beritahu kanak-kanak Beri peringatan kepada
mengemas diri bersedia untuk kanak-kanak sekiranya
Basuh tangan dan pulang mereka ada tertinggal
berkumur Galakkan mereka sesuatu
Masukkan bekas air masuk ke bilik air
dan buku ke dalam dan basuh tangan
beg serta berkumur
Duduk dalam bulatan
AKTIVITI 6.1
6.3.2 Persekitaran
Setiap bilik darjah adalah berbeza. Guru perlu mempertimbangkan ruang, hiasan
dan bahan-bahan yang ada. Kemudian, kelas akan disusun dan disusun semula
mengikut kepentingan dan keperluan baru kanak-kanak. Namun, semua bilik
darjah mesti mempunyai unsur-unsur yang tertentu tanpa mengira sumber yang
ada. Unsur-unsur tersebut adalah:
(a) Ruang untuk kanak-kanak menyimpan hasil kerja dan barangan peribadi;
(b) Ruang untuk berkumpul di mana kanak-kanak boleh duduk dengan selesa
di atas lantai. Ini perlu diambil kira semasa membuat perancangan
pembelajaran untuk kanak-kanak;
(c) Beberapa kawasan kerja atau pusat pembelajaran yang mempunyai meja,
almari dan rak untuk menyimpan buku dan perkakas yang juga boleh
berfungsi sebagai pengadang;
(d) Kawasan untuk aktiviti tenang di mana kanak-kanak boleh bekerja atau
duduk bersendirian;
(e) Tempat untuk menyimpan alat dan bahan. Menyimpan barang mengikut
logik akan membantu kanak-kanak mencari bahan-bahan bila perlu dan
menyimpannya semula; dan
(f) Memapar kerja anak-anak dengan baik memberi mesej bahawa apa yang
mereka lakukan adalah penting.
Terdapat banyak cara yang baik untuk membesarkan kanak-kanak yang sihat
dan berkembang maju di dunia. Pengetahuan profesional dan pengalaman
adalah penting. Komuniti boleh menjadi satu sumber yang kaya yang kita boleh
gunakan dalam pembelajaran kanak-kanak.
Jadual 6.4 menunjukkan manfaat penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam
aktiviti sekolah.
Jadual 6.4: Manfaat Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti dalam Aktiviti Sekolah
Terdapat beberapa cadangan bagaimana ibu bapa dan masyarakat boleh terlibat
dalam pembelajaran anak-anak di pusat pendidikan awal kanak-kanak iaitu:
(a) Menjemput ibu bapa yang pakar dalam bidang-bidang yang berbeza untuk
berkongsi pengalaman mereka dengan anak-anak;
(b) Melibatkan masyarakat dengan menganjurkan lawatan ke tempat-tempat
yang menarik;
(c) Menjemput ibu bapa yang pandai kemahiran tertentu seperti seni dan kraf
atau memasak untuk mengajar aktiviti-aktiviti kreatif di dalam kelas;
(d) Melibatkan ibu bapa dalam membantu guru-guru dengan sesi membaca
atau bercerita; dan
(e) Menjadi sukarelawan atau pembantu dengan pusat jagaan kanak-kanak.
Pembelajaran adalah aktif di dalam kelas tadika. Oleh itu, menilai proses
pembelajaran adalah kritikal dan ia adalah perlu semasa pembelajaran sedang
berlaku dan bukanlah pada akhir kelas. Penilaian berterusan dapat memberitahu
guru pendekatan yang sesuai dan membantu menyampaikan perkembangan
aktiviti pengajaran yang sesuai. Peluang terbaik untuk menilai pembelajaran
kanak-kanak adalah semasa berlakunya pengajaran kelas secara semula jadi
dengan kanak-kanak yang bekerja secara individu, dalam kumpulan kecil dan
keseluruhan. Penilaian adalah kerap, terancang dan tersusun supaya guru dapat
membantu setiap kanak-kanak untuk maju ke arah memenuhi pencapaian
kurikulum tadika.
Guru juga perlu memberi tumpuan kepada pemikiran kanak-kanak dan bukan
daripada jawapan atau penyelesaian tertentu. Ini akan memberikan maklumat
yang berharga mengenai pembelajaran kanak-kanak. Kadang-kadang pemikiran
mereka terbukti melalui dialog mereka atau ia boleh ditunjukkan melalui
tingkah laku mereka. Alat penilaian yang paling berkesan bagi guru tadika
adalah proses penilaian yang berterusan dengan menggunakan pemerhatian dan
dokumentasi pembelajaran. Ini adalah kerana anak-anak muda menunjukkan
pemahaman mereka dengan melakukan aktiviti, menunjuk kemahirannya dan
memberitahu atau bercerita.
Milkova, S. (2013). Centre for research on learning and teaching. Dicapai dari
www.crlt.umich.edu./gsis/p2_5
Puckett, M. B., & Diffily, D. (2004). Teaching young children: An introduction to
the early childhood profession (2nd ed.). New York, NY: Thomson Delmar
Learning.
Research Center for Child and Adolescent Development and Education. (n.d.).
Early childhood education handbook. Dicapai dari http://www.ocha.
ac.jp/intl/cwed_old/eccd/report/hand_E/2-3e.pdf