RPA Unit 5.1 Online (KAP New 1) (Autosaved)

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 45

RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI

(RPA)

Jurulatih: Annie Lee Yin Nee


OBJEKTIF
• Pada akhir sesi pembelajaran , peserta akan
dapat

1.Menyediakan rancangan perlaksanaan aktiviti


(RPA) pembelajaran kanak-kanak dan pengelolaan
akiviti.

2.Merancang aktiviti pengajaan dan pembelajaran


berdasarkan kurikulum yang bersesuaian dengan
perkembangan kanak-kanak tahap umur kanak-
kanak
RPA
1. Pengenalan

Tujuan menyediakan RPA adalah panduan untuk

1. Melaksanakan aktiviti bersesuaian dengan


kebolehan dan tahap kesediaan kanak-kanak

2. Membantu pendidik merancang kepelbagaian


aktiviti pembelajaran yang bermakna untuk
kanak-kanak
3. Menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai

4. Menentukan objektif pembelajaran mengikut


tahap umur

5. Memilih teknik perlaksanaan aktiviti

6. Menggabung jalin bidang perkembangan kanak-


kanak mengikut kesesuian aktiviti
2. Panduan Menyediakan Rancangan
Perlaksanaan Aktiviti (RPA)
1. RPA disediakan oleh pendidik sebagai panduan
dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Terdapat beberapa perkara yang perlu


dimasukkan dalam perancangan mengajar.
3. Penggunaan Kurikulum
Permata Untuk
Merancang RPA
Langkah-langkah untuk menyediakan RPA
 Pilih isi kandungan kurikulum
 Pilih tajuk
 Pilih bidang yang diajar
 Nyatakan objektif pembelajaran
 Sediakan sumber pembelajaran (KFC)
K = kreatif dan konkrit
F = berfungsi, berkesan
C = cukup, ceria, pelbagai, sesuai dengan
kanak-kanak
 Langkah pembelajaran
 Refleksi untuk pendidik /pengasuh dan
kanak-kanak (selepas Pengajaran & AMALI)
4. Objektif Pembelajaran
• Apa yang anda faham tentang makna objektif?
Mengapakah objektif penting disediakan dalam RPA.
• Bincangkan bersama-sama
• Objektif yang ditulis itu merupakan apa yang kanak-
kanak peroleh hasil daripada pengajaran dan
pembelajaran
• Objektif pembelajaran merujuk kepada perubahan
tingkah laku kanak-kanak kepada sesuatu yang baik
• Penulisan objektif sangat penting untuk menentukan
keberkesanan perlaksanaan RPA
2. Objektif Khusus - *RPA
1. Objektif khusus ialah objektif tingkah laku iaitu
hasil yang dapat ditunjukkan oleh kanak-kanak
setelah pembelajaran berlaku.
2. Untuk menulis objektif pembelajaran , pendidik
perlu menggunakan perbuatan yang jelas atau
menggunakan ayat aktif.
3. Pendidik perlu bijak memilih perkataan supaya
dapat menjelaskan perbuatan atau tingkah laku
kanak-kanak
(Pendidik seharusnya menyatakan objektif khusus
dalam RPA yang disediakan untuk amali)
OBJEKTIF KHUSUS
Perkataan yang boleh menunjukkan objektif khusus dan
perbuatan (verb) yang sesuai dalam menyediakan RPA
di bawah:
 Menunjukkan anggota tubuh badan
 Menyebut warna Pendidik mesti
 Membilang objek tulis objektif
 Menyanyikan lagu kursus dalam
RPA
 Melukis gambar mengikut urutan cerita
 Mengasingkah bongkah mengikut saiz
 Melukis bahagian tumbuhan
4. Penulisan objektif perlu mengikut tahap umur dan
selari dengan bidang pembelajaran kanak-kanak
5. Perlaksanaan Pengajaran
1. KRITERIA PERMULAAN PENGAJARAN

• Menyemak RPA yang disediakan

• Pendidik memastikan permulaan


pembelajaran menarik minat kanak-
kanak, sesuai dengan umur, kebolehan
dan peruntukan masa
2. KRITERIA PERKEMBANGAN
PENGAJARAN
1. Bahagikan masa dengan sistematik
2. Mengaitkan dengan persekitaran pengetahuan
sedia ada kanak-kanak
3. Memberi fokus kepada proses berbanding
dengan hasil
4. Boleh berinteraksi dengan kanak-kanak
5. Merangsang kanak-kanak dengan menyoal
mereka
6. Mendengar soalan yang dikemukakan oleh
kanak-kanak
7. Mengubah suai RPA yang disediakan jika perlu
3. KRITERIA PEMILIHAN BAHAN
Pendidik perlu memikirkan bahan untuk RPA
• Menyediakan bahan dengan tajuk, aktiviti dan
umur
• Mempelbagaikan bahan
• Bahan maujud/semi maujud
• Gambar/carta
• Flash card
• Bahan mencukupi
• Gunakan bahan secara berkesan
• Menarik minat kanak-kanak
• Bahan selamat
6. KEBOLEHAN MENILAI RPA
1. Pendidik yang cekap mempunyai kemahiran
menilai aktiviti pembelajaran kanak-kanak

2. Pendidik mestilah bijak menyoal dan


berkomunikasi dengan kanak-kanak

3. Pendidik perlulah menulis refleksi selepas


melaksanakan RPA yang melibatkan refleksi
kepada pendidik dan kanak-kanak . Penulisan
refleksi akan membantu pendidik membuat
penilaian terhadap kekuatan atau kelemahan
RPA yang dilaksanakan – (Selepas Praktikum)
7. SESI PENUTUP RPA
RPA boleh dijalankan dalam bentuk aktiviti
ringkas yang mengabungkan

1. Penyoalan

2. Pujian

3. Pengemasan barang.
Tema yang terdapat dalam panduan RPA kanak-kanak
1.Diri saya
2.Keluarga saya
3.Badan saya
4.Bentuk
5.Warna
6.Bunyi dan muzik
7.Benda yang bergerak
8.Ruang dan kedudukan
9.Air
10.nombor
FORMAT RPA
Rancangan Perlaksanaan Aktiviti (RPA)
NAMA AGENCY LATIHAN: L&C LEARNING NETWORK
BIDANG:
Nama Peserta:
No K/P
Tarikh:
Hari
Masa:
Umur:
Bil Kanak-kanak:
Tema:
Tajuk:
Bidang pembelajaran Tulis satu bidang pembelajaran yang akan
fokus : dilaksanakan
Pengetahuan Sedia Tulis pengetahuan sedia ada kanak-kanak dan
Ada: ianya berkaitan dengan bidang perkembangan
yang akan dilaksanakan

Objektif: • Objektif yang berkaitan dengan bidang


pembelajaran fokus

• Objektif penggabung jalinan bidang


pembelajaran ( nyatakan bidang
pembelajaran dalam kurungan ini eg:
perkembangan fizikal)  

• Objektif penggabung jalinan bidang


pembelajaran ( nyatakan bidang
pembelajaran dalam kurungan ini eg:
perkembangan fizikal)
Senarai 1. Bahan yang sesuai dengan tajuk, umur dan
Bahan/Alat: aktiviti.
2. Mempelbagaikan bahan - bahan maujud, semi
maujud, gambar/carta
flash card.
3. Bahan mencukupi mengikut bilangan kanak-kanak.
4. Bahan berkesan, menarik minat.
5. Bahan selamat
Tempat Ruang
Aktiviti:
Langkah- 1. Permulaan pengajaran
langkah
Perlaksannan: 1. Membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti

2. Bermesra dengan kanak-kanak

3. Jalankan induksi berkaitan bidang fokus dan


aktiviti
Langkah- 2. Kandungan pengajaran dan pembelajaran
langkah untuk mencapai objektif
Perlaksanaan:
 Apa yang perlu dilakukan oleh guru mestilah
mengikut objektif yang hendak dicapai
menggunakan strategi dan teknik P&P yang
sesuai dengan aktiviti tersebut.

 Apa yang pendidik hendak tanya soalan


objektif. Soalan berasaskan 4 W(what, why,
when, where and 1H (how)

 Apa yang perlu dilakukan oleh kanak-kanak.

 Pujian/ ganjaran galakkan/dorongan perlu di


berikan sepanjang proses p&p di jalankan.
Langkah- 3. Langkah P&P yang memerlukan langkah
langkah kontigensi perlu dinyatakan selepas langkah
Perlaksanaan pengajaran berkaitan.

4. Penutup

 Recap- menilai semula pengajaran,


dengan cara ulang semula, soal jawab, teka-
teki,
nyayian dan lain-lain strategi yang sesuai

 Mengemas alatan.

 Ucapan terima kasih.


5. Perhatian:

1. Keselamatan
2. Kebersihan
3. Kesihatan

MARKAH RPA: …………/30


markah

Nama Jurulatih :……………………………………………….

Tandatangan :…………………………………………………….
Refleksi : Pendidik mengimbas semula pelaksanan aktiviti

1.Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan perlaksanaan dari


aspek:

 strategi/teknik
 bahan/alatan
 ruang
 pengurusan kanak-kanak

2.Setelah dikenal pasti kekuatan dan kelemahan pendidik


perlu memberikan cadangan tindakan susulan (pengukuhan
dan penambahbaikan).

………./15 markah

Nama Fasilitator :…………………………………..


Tandatangan :………………………………………..
CONTOH RPA
NAMA AGENCY LATIHAN: L & C LEARNING NETWORK
BIDANG: PERKEMBANGAN FIZIKAL

Nama Peserta:
No K/P
Tarikh:
Hari
Masa:
Umur: 4 tahun
Bil Kanak-kanak: 3 orang kanak-kanak
Tema: Diri saya
Tajuk: Bermain meniup cawan kertas dengan straw
Bidang pembelajaran Perkembangan Fizikal
fokus :
Pengetahuan Sedia Kanak-kanak sudah boleh minum dengan
Ada: menggunakan straw di dalam cawan

Objektif: 1. Membolehkan kanak-kanak merangkak dan


meniup straw untuk menjatuhkan cawan
kertas di atas kerusi (Perkembangan Fizikal)

2. Membolehkan kanak-kanak beratur dan


mengambil giliran untuk bermain meniup
cawan dengan straw (Perkembangan
Sahsiah, sosiaemosi dan kerohanian)

3. Membolehkan kanak-kanak memahami


konsep jauh dan dekat.(Perkembangan Awal
Matematik Pemikiran Logik)

 
Senarai 1. 3 batang straw bersaiz besar
Bahan/Alat: 2. 3 cawan kertas bersaiz sederhana
3. 3 buah kerusi

CP: 1 buah kerusi


1 biji cawan kertas kecil

Tempat Ruang Dalam Taska


Aktiviti:

Langkah-langkah 1. PERMULAAN PENGAJARAN


Perlaksannan:
1.Pendidik masuk ke bilik kanak-kanak dan memperkenalkan
diri kepada kanak-kanak.
2.Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
3.Pendidik bermesra dan berkenalan dengan kanak-kanak
4.Pendidik menyanyi lagu Tepuk Amai-amai dengan kanak-
kanak. Pendidik memastikan kanak-kanak bertepuk tangan
semasa menyanyi
5. Pendidik menjelaskan kepada kanak-kanak apa aktiviti yang akan dilakukan

2. KANDUNGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MENCAPAI


OBJEKTIF

6. Pendidik menunjukkan barang-barang yang digunakan untuk aktiviti.

7. Pendidik memberi galakkan kepada kanak-kanak untuk memegang bahan-


bahan aktiviti

8. Pendidik menanya soalan kepada kanak-kanak


Siapa suka merangkak?”
Apakah yang terjadi apabila kita meniup sebiji cawan kertas dengan straw?”
Siapa yang hendak cuba meniup cawan?”

9. Pendidik menerangkan konsep jauh dan dekat untuk menanda dan meletakkan
kerusi di atas lantai untuk bermain aktiviti (P.AMPL)

10. Pendidik akan meminta kanak-kanak menolong menyusunkan dan meletakkan


kerusi untuk menandakan tanda permulaan, tanda tengah dan tanda penamat
dalam jarak 4 meter
11. Pendidik menggalakkan kanak-kanak merangkak di lantai secara bebas
sebelum memulakan aktiviti

13. Pendidik menunjukkan cara merangkak dan meniup straw untuk


menjatuhkan 3 cawan kertas di atas kerusi dengan cara meniup straw dari
kerusi pertama, kedua hingga ke kerusi penamat dalam jarak 4 meter (P.FIZ)

14. Pendidik akan menyuruh kanak-kanak beratur dan mengambil gilirin untuk
bermain meniup cawan menggunakan straw (P. SSEK)

15.Pendidik memberi galakan dan dorongan untuk ketiga-tiga kanak-kanak


semasa bermain meniup cawan menggunakan straw

3. Langkah P&P yang memerlukan langkah kontigensi perlu dinyatakan


selepas langkah pengajaran berkaitan.

16. Sekiranya aktiviti kanak-kanak terlalu mudah , pendidik akan


menambahkan sebuah kerusi dan sebiji cawan kertas kecil untuk kanak-kanak
bermain aktiviti dalam jarak 5 meter
17. Sekiranya aktiviti kanak-kanak terlalu sukar ,pendidik akan mengurangkan
sebuah kerusi dan sebiji cawan kertas untuk kanak-kanak bermain dalam jarak
3 meter

4. Penutup
18.Pendidik akan memberi pujian dan mengucapkan terima kasih kepada kanak-
kanak.

19. Pendidik akan menggalakkan kanak-kanak mengemaskan peralatan dan


memasukkan ke dalam kotak besar yang disediakan oleh pendidik.

20 . Pendidik akan membawa kanak-kanak mencuci tangan dan memulangkan


kepada pengasuh
5. Perhatian –

1.Keselamatan
Pendidik memastikan tempat aktiviti bersih, tidak licin, basah dan tiada benda
tajam di atas lantai.

2.Kebersihan
Pendidik memastikan tempat aktiviti bersih dan selesa. Selepas aktiviti
dijalankan, pendidik memastikan tempat bersih selepas guna.

3.Kesihatan
Pendidik memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan cergas dan sihat
untuk menjalankan aktiviti

Markah......../30

Nama jurulatih:..........................................

Tandatangan:..............................................
Refleksi: 1. Pendidik
(Apa-apa isu yang - Bahan yang digunakan sesuai dengan aktiviti.
timbul semasa
pelaksanaan aktiviti) 2. Kanak-kanak
- Kanak – kanak 1 - Siti
Siti menunjukkan minat yang tinggi sepanjang
aktiviti dilaksanakan.
Siti boleh merangkak dan menjatuhkan 3 cawan
kertas di atas kerusi dengan cara meniup
dengan straw

Kanak-kanak 2 - Abu
Abu menunjukkan minat yang tinggi sepanjang
aktiviti dilaksanakan.
Abu hanya boleh merangkak dan menjatuhkan 2
biji cawan kertas di atas kerusi dengan cara
meniup dengan straw
Cadangan: Kanak-kanak 1 - Siti :
(cadangan Berlari dan menambah cawan kertas untuk siti
penyelesaian terhadap (contoh : rambutan).
apa apa isu yang  
timbul semasa Kanak-kanak 2 - Abu :
pelaksanaan aktiviti) Mesti memberi pujian dan dorongan untuk Abu cara
meniup straw untuk menjatuhkan cawan kertas di
atas kerusi

markah......../15

Nama Fasilitator: .......................................

Tandatangan :............................................

Markah Keseluruhan: …………./100


Latihan Pengukuhan Dalam Kumpulan Kecil
• Sediakan RPA yang menggunakan TEMA yang
dipilih bagi kanak-kanak berusia empat tahun
dengan merujuk Modul 5.
• Kumpulan 1 - keluarga saya (SSEK)
• Kumpulan 2 – badan saya ( FIZ)
• Kumpulan 3 – Air (DPDP)
• Kumpulan 4 – warna (K&E)
• Kumpulan 5 – Benda yang bergerak (BKLA)
• Kumpulan 6 – Bentuk (AMPL)
CONTOH RPA SSEK
Tema: Pakaian Perhiasan
Tajuk: Jom membuat rantai tangan
Bidang Pembelajaran Fokus: SSEK
Pengetahuan Sedia Ada: Kanak-kanak boleh
menunjukkan rasa kasih sayang dengan perkataan
Objektif:
1. Membolehkan kanak=kanak menzahirkan rasa kasih
saying melalui perbuatan dan perkataan(P.SSEK)
2. Membolehkan kanak-kanak menyebut senikata lagu
(P. BKLA)
3. Membolehkan kanak-kanak membuat pergerakan
mengikut rentak lagu (P. E&K)
CONTOH RPA DPDP
Tema: Alam Bahan
Tajuk: Sekejap Ada, Sekejap Tak Ada
Bidang Pembelajaran Fokus: DPDP
Pengetahuan Sedia Ada: Kanak-kanak boleh
membezakan pepejal dan cecair
Objektif:
1. Membolehkan kanak-kanak membezakan bahan yang
boleh larut dan tidak boleh larut (p.DPDP)
2. Membolehkan kanak-kanak menyebut perkataan larut dan
tidak larut (P. BKLA)
3. Membolehkan kanak-kanak membezakan bahan larut dan
tidak larut (P. AMPL)
CONTOH RPA AMPL
Tema: Alam Sekitar
Tajuk: Mari berkelah
Bidang Pembelajaran Fokus: AMPL
Pengetahuan Sedia Ada: Kanak-kanak boleh mengenali
pelbagai bentuk
Objektif:
1. Membolehkan kanak-kanak bekas plastik dengan penutup
2. Membolehkan menyebut warna bekas plastik (P. BKLA)
3. Meningkatkan kemahiran kanak-kanak menutup pelbagai
bekas plastik dengan yakin (P. SSEK)
CONTOH RPA BKLA
Tema: Barang Perhiasan
Tajuk: Jom membuat rantai tangan
Bidang Pembelajaran Fokus: BKLA
Pengetahuan Sedia Ada: Kanak-kanak sydah boleh berkongsi
mainan dengan rakan
tertentu
Objektif:
1. Membolehkan kanak-kanak menyebut nama untuk membuat
rantai (P.BKLA)
2. Membolehkan kanak-kanak menyusun objek mengikut urutan
corak (P. AMPL)
3. Membolehkan kanak-kanak bekerja sama bermain bersama
kawan (P. SSEK)
CONTOH RPA FIZIKAL
Tema: Anggota badan
Tajuk: Jom lompat ke dalam gelung
Bidang Pembelajaran Fokus: Perkembangan Fizikal
Pengetahuan Sedia Ada: Kanak-kanak boleh melompat

Objektif:
1. Membolehkan kanak-kanak melompat dengan satu kaki ke
dalam gelung (P.Fiz)
2. Membolehkan kanak-kanak menunggu giliran dalam aktiviti
(P. SSEK)
3. Membolehkan kanak-kanak memahami arahan yang diberi oleh
pendidik (P. BKLA)
CONTOH RPA PEMAKANAN
SEIMBANG DAN PERANCANGAN MENU
Tema: Makanan
Tajuk: Berkelah
Bidang Pembelajaran Fokus: Pemakanan Seimbang Dan
Perancangan Menu
Pengetahuan Sedia Ada: Kanak-kanak boleh
menamakan jenis-jenis makanan
Objektif:
1. Membolehkan kanak-kanak mengetahui khasiat tentang
khasiat makanan
2. Membolehkan kanak-kanak membezakan berbagai rasa spt
manis, masam dan masin (P. DPDP)
3. Meningkatkan kemahiran berfikir secara saintifik serta
kebolehan membuat perbandigan (P. AMPL)
CONTOH RPA KREATIVITI DAN ESTETIKA
(Seni Dan Kraf)
Tema: Buah-buahan
Tajuk: Membuat Kolaj Buah
Bidang Pembelajaran Fokus: E&K – Seni dan Kraf
Pengetahuan Sedia Ada: Kanak-kanak sudah boleh mengoyak
kertas
Objektif:
1. Membolehkan kanak-kanak mengoyak kertas dan menampal
pada gambar buah yang dilakar sendiri (P. E&K)
2 Membolehkan kanak-kanak berkongsi bahan dengan rakan
sebaya di dalam aktiviti (P. SSEK)
3. Meningkatkan kemahiran motor halus seperti
melukis,menampal, dan mengoyak (P. Fizikal)
CONTOH RPA K&E
(Nyayian, Muzik , Drama dan Tarian)
Tema: Kenderaan
Tajuk: Bapa ku pulang dari kota
Bidang Pembelajaran Fokus: E&K –Nyayian, Muzik dan
Pergerakan kreatif
Pengetahuan Sedia Ada: Kanak-kanak boleh menyanyi dan
membuat pergerakan
Objektif:
1. Membolehkan kanak-kanak membuat pergerakan mengikut muzik
2. Membolehkan kanak-kanak bekerjasama dengan rakan sebaya di dalam
aktiviti (P. SSEK)
3. Meningkatkan perbendaharaan kata melalui nyayian
(P. BKLA)
* Setiap Pendidik Mesti Menulis LAPAN RPA
Dan Hantar Kepada Jurulatih Melalui EMAIL Untuk Disemak *

*FORMAT MICROSOFT WORKS*

You might also like