MINIT MESY PANITIA GEO Bil 1 2023

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SMA KOTA GELANGGI 3

MINIT MESYUARAT PANITIA


GEOGRAFI BIL. 1 TAHUN 2023/2024

TARIKH : 31 Mac 2023


HARI : Jumaat
MASA : 8.00 pagi
TEMPAT : Bilik Mesyuarat al-Biruni

KEHADIRAN:
1. Pn Nik Kamariah binti Nik Ismail ( Ketua Bidang Kemanusiaan )
2. Pn. Nor Rozitaaini binti Yaacob
3. Pn. Siti Zainab bin Harun

TIDAK HADIR BERSEBAB:

URUSETIA:
1. Pn. Nor Rozitaaini binti Yaacob

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan terima kasih diucapkan oleh Pn. Rozitaaini selaku ketua panitia kepada Ahli
Panitia Geografi. Beliau mengingatkan kepada semua ahli panitia bahawa hari esok mesti
lebih baik daripada hari semalam. Serta pengerusi mengatakan bahawa kita mesti berjiwa
besar dan sama-sama membina saf yang kuat demi anak didik SMA Kota Gelanggi 3.

1.2 Pengerusi menjelaskan lagi, pada tahun 2023/2024 sekolah ini terlibat dengan TS25
( Program Transformasi Sekolah 25). Pada masa ini, pihak pentadbir sedang menyiapkan
modul 1 & 2 sebelum melangkah ke modul 3 yang akan melibatkan semua guru.

1.3 Pengerusi juga menyatakan juga tentang TPP ( Transformasi Pendidikan Pahang)
amat menyokong dengan program TS25 ini. Hal ini kerana objektif dan matlamatnya sama
dengan program TS25.

1.4 Pengerusi berharap semoga tahun 2023 ini, semua ahli panitia lebih bekerjasama,
saling berinteraksi serta bertolak ansur sesama ahli agar dapat menjadi team yang lebih kuat.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit Mesyuarat Panitia Geografi Bil 4 /2022 dicadang untuk disahkan oleh Pn. Siti
Zainab binti Harun dan disokong oleh Pn Nik Kamariah binti Nik Ismail.

3.0 PERKARA – PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit

4.0 AGIHAN TUGASAN AHLI PANITIA

4.1 Sebulat suara bersetuju bagi penetapan tugasan setiap ahli panitia, Setiausaha
panitia diberi kepada Pn Nor Rozitaaini binti Yaacob, manakala guru yang mengajar
subjek geografi bagi kelas 1 IS, 1AF, 2 IS diberikan kepada Pn Siti Zainab binti Harun.
Bagi kelas tingkatan 3IS pula diserahkan kepada Pn Nor Rozitaaini binti Yaacob.

4.2 Semua ahli panitia, diingatkan supaya menjalankan kajian lapangan kepada
semua murid sepertimana yang termaktub dalam DSKP Geografi bagi penilaian
pentaksiran bilik darjah penggal kedua.

4.3 Panitia akan melaksanakan TIGA program iaitu :-

a) Bengkel Teknik menjawab Geografi Tingkatan 1-3


b) Program Kitar Semula sempena Bulan Kebangsaan.
c) Program PASCA UASA 2023

Tindakan : Makluman

5.0 AGIHAN BELANJA MENGURUS/KEWANGAN PANITIA 2023

5.1 Pn Nor Rozitaaini menyatakan jumlah PCG bagi Panitia Geografi pada tahun
ini iaitu sebanyak RM911.38 (42% daripada keseluruhan) diterima pada awal
tahun 2023. Menurutnya lagi, baki peruntukan PCG akan diterima pada bulan
Oktober nanti.
5.2 Berikut pecahan anggaran belanja mengurus panitia 2023 :

PCG DITERIMA : RM 1,236 ( anggaran keseluruhan )

BIL PERKARA JUMLAH

1 BAHAN BANTUAN MENGAJAR 100.00


2 MODUL LATIHAN (TING 1,2,3) 436.00
3 AKTIVITI PANITIA : 600.00
Sepanjang tahun
4 Kertas A4 Lembaran Kerja 100.00
JUMLAH 1,236.00

5.3 Setiap program dilaksanakan dan pembelian BBM dan perlu ada kertas kerja
yang lengkap dan perlu juga disertakan sekurang-kurangnya dua sebut harga
yang berbeza setiap barangan yang dibeli.

Tindakan: Makluman
6.0 POST MORTEM UASA
Rujuk lampiran A

Tindakan : Guru Mata Pelajaran

7.0 PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA

7.1 Pn Rozitaaini berharap agar perancangan strategik yang dirancang dapat


dijalankan dengan baik.

8.0 PENGGUBALAN RPT

8.1 Ketua Panitia telah memasukkan RPT dan DSKP ke dalam Drive Folder
Panitia. Guru yang mengajar tingkatan masing-masing boleh menyemak tarikh-
tarikh penting seperti di dalam buku pengurusan sebelum memuat turun
daripada folder tersebut. Guru-guru boleh mencetak dan membuat
penghantaran bersama RPH yang dicetak sekurang-kurangnya pada minggu ke
3.

8.2 Ketua Panitia mengingatkan bagi guru yang mengajar tingkatan 3, guru perlu
pastikan RPT yang dimuat turun itu ada dimasukkan pendekatan bertema
seperti yang dipersetujui. Bagi mata pelajaran Geografi akan bergabung
bersama MP Matematik dan Bahasa Melayu dan akan dilaksanakan pada
minggu ke 6.

Tindakan : Makluman

9.0 BUKU REKOD MENGAJAR / RPH DAN PENULISAN RPH

9.1 Ketua Panitia mengingatkan kepada ahli panitia supaya menyiapkan buku
rekod mengajar dan perlu upload ke drive RPH masing-masing.

9.2 Guru-guru boleh merujuk bentuk penulisan RPH di dalam drive sekolah.
Penulisan RPH perlu disiapkan sehingga hari pertama minggu baharu dan perlu
dicetak dan dihantar pada hari Jumaat. RPH ini juga perlu diupload ke dalam
drive RPH masing-masing.

9.3 Ketua Panitia memohon agar ahli panitia dapat mematuhi arahan dan peraturan
sekolah.

10.0 PENETAPAN JUMLAH BUKU LATIHAN DAN AGIHAN LATIHAN

10.1 Sebulat suara ahli panitia bersetuju untuk menggunakan sebuah buku kerja dan
sebuah buku latihan bagi tingkatan masing-masing.
10.2 Mesyuarat menetapkan jumlah agihan soalan soalan yang diberikan kepad
murid seperti berikut :
a) Di setiap akhir standard pembelajaran latihan akan diberi sebanyak 2
set latihan ( buku teks dan buku kerja )
b) Di setiap akhir topik latihan akan diberi sebanyak 4 set latihan yang
terdiri daripada aras mudah, aras sederhana dan aras tinggi serta
soalan KBAT ( buku teks dan buku kerja )

Tindakan : Makluman
11.0 SEMAKAN LATIHAN DAN BUKU LATIHAN

11.1 Tarikh semakan buku latihan telah ditetapkan seperti dalam buku pengurusan
sekolah. 2023/2024. Ahli panitia boleh menyemaknya.

11.2 Semakan buku latihan boleh berupa buku kerja, buku latihan.

Tindakan : Makluman

12.0 PEMANTAUAN / PENCERAPAN

12.0 Pn Rozitaaini meminta semua guru merujuk kepada buku pengurusan sekolah
untuk mengetahui tarikh pencerapan. Beliau juga berharap guru bersedia
dengan pencerapan tersebut.

Tindakan : Makluman

13.0 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

13.1 Ketua Panitia mengingatkan kepada ahli panitia perlu menyediakan borang
transit PBD sebagai bukti guru melaksanakan PBD dan perlu diupload ke dalam
drive sekolah.

13.2 Ahli panitia diingatkan supaya mengisi borang transit PBD selepas sahaja habis
sesuatu topik atau Bab.

Tindakan : Guru Mata Pelajaran

13.3 PBD perlu dibuat secara berterusan samada dalam bilik darjah atau di luar bilik
darjah. Guru subjek boleh mengisi TP pelajar yang terbaik bagi dua penggal
iaitu penggal 1 (pertengahan tahun) dan penggal 2 (akhir tahun)

Tindakan : Guru Mata Pelajaran

14.0 PLC / PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU DALAM PANITIA

14.0 Pn Rozitaaini mengingatkan semua ahli panitia melaksanakan PLC sekurang-


kurangnya 3 kali seorang sepanjang tahun ini dan merekodkan aktiviti PLC ke
dalam SPLKPM.

Antara PLC yang dirancang dilaksanakan dalam panitia bagi tahun 2023 adalah
seperti berikut :-

BIL PERKARA JENIS PLC TARIKH


1 Perancangan Program Panitia Teacher Sharing Mac
Geografi Sesi 2023/2024 Sessions
2 Penetapan Tema/Tajuk Bagi Curriculum Februari
Pendekatan Bertema Tingkatan 3 Mapping
3 Proses dan Kaedah pelaksanaan Teacher Sharing Oktober
kerja kursus Sessions
4 Program Professionalisme Guru Teacher Sharing November
Sessions
14.1 Laporan bergambar perlu dibuat bagi setiap PLC yang dilaksanakan.

14.2 Puan Rozitaaini juga menggalakkan ahli panitia supaya melaksanakan


sekurang-kurangnya satu program professionalisme seperti peer
coaching/video critiques dan sebagainya.

Tindakan : Guru Mata Pelajaran

15.0 HAL – HAL LAIN

15.1 Puan Rozitaaini mengharap pada tahun ini, ada di kalangan ahli panitia
mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang.

15.2 Pn Nik mencadangkan Program Bulan Kebangsaan yang akan diadakan


bersama-sama dengan Bulan bahasa serta dengan kerjasama Kelab Rukun
Negara. .

16.0 PENUTUP

• Ucapan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam


9.00 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. ………………………………….
(NOR ROZITAAINI BINTI YAACOB) NIK KAMARIAH BT NIK ISMAIL)
Setiausaha Panitia Geografi GKMP Bidang Kemanusiaan

You might also like