Modul Lencana Keris Perak
Modul Lencana Keris Perak
Modul Lencana Keris Perak
1|Page
Persekutuan Pengakap Malaysia
Cawangan Daerah Jempol NSDK
2|Page
Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-kanak ini telah menjalankan ujian-ujian seperti
mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan
Raja kita, selamat bertakhta
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita, selamat bertakhta.
3. BENDERA MALAYSIA.
Maksud:
1. Tujuh jalur merah dan tujuh jalur putih (14) melambangkan Malaysia mempunyai 13 negeri
dan satu Wilayah Persekutuan
2. Bulan dan bintang melambangkan agama islam
3. Bintang pecah 14 melambangkan perpaduan semua negeri di bawah satu pemerintah
4. Warna kuning pada bulan bintang melambangkan raja-raja
5. Warna biru tua melambangkan perpaduan rakyat
6. Warna merah dan putih melambangkan kedaulatan pemerintahan dan kesucian
Seorang pengakap mesti mempunyai kemahiran melipat bendera dengan sempurna untuk
disimpan. Ini sebagai salah satu cara menghormati bendera di samping untuk memastikan supaya
ia tahan lama. Cara-cara melipatkan adalah seperti berikut. (Dua orang pengakap diperlukan
untuk melipat)
1. Mula-mula bentangkan bendera di atas tanah atau lantai.
2. Setiap seorang pengakap hendaklah memegang dua penjuru bendera, kemudian dilipat dua
bendera tersebut secara memanjang.
3. Untuk mengecilkan saiznya, lipat sekali lagi
4. Kemudian lipat dua bendera yang sudah dilipat empat tadi
5. Seterusnya lipat bendera sehingga saiznya berukuran kira-kira 25 cm x 30 cm
6. Ikat bendera tadi menggunakan simpul sentak
Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan 2015
( Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir)
( Tuanku Aishah Rohani Bt Almarhum Tengku Besar Mahmud)
8. PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya
saya akan;
Taat kepada tuhan, raja dan Negara
Menolong orang setiap masa
Menurut undang-undang pengakap
9. UNDANG-UNDANG PENGAKAP
.......................................................................................................................................
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
Bermula dari ilham Lord Baden Powell yang berkhidmat dalam tentera dan pernah bertugas di India
dan beberapa buah negeri di benua Afrika. Hasil pengalaman beliau melatih tentera dan bergaul
dengan berbagai bangsa dan puak member ilham menubuhkan pergerakan pengakap.
Beliau merangka rancangan beliau bagi pergerakan pengakap pada tahun 1906. Ini merupakan
rancangan latihan bagi menolong membentuk akhlak dan jasmani kanak-kanak tanpa mengira
kepercayaan dan lapisan masyarakat. Seterusnya mengadakan perkhemahan di Pulau Brownsea,
England pada tahun 1907.
1908 diwujudkan panduan asas bagi pergerakan pengakap sedunia dan digunakan sehingga ke hari ini.
1912, BP telah mengelilingi dunia ntuk menemui Pengakap dari seluruh dunia. Ini titik permulaan
persaudaraan pengakap sedunia.
1916, penubuhan unit pengakap kanak-kanak.1919 BP telah mengadakan satu tapak perkhemahan
Pengakap yang pertama di dunia dan dikenal sebagai Gilwell Park di London. Ini adalah pusat latihan
ahli dan pemimpin pengakap yang terulung di dunia.
1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London untuk menghdiri Jambori
Pengakap Dunia yang pertama. Seterusnya jambori pengakap peringkat Dunia, peringkat
kawasan , Negara dan negeri telah diadakan dari tahun ke tahun.
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
..................................................................................................................................
BAHAYA GAS
Gas memasak membantu kita untuk memasak.
Perlu dikendali dengan baik
Peralatan dapur seperti kepala gas, saluran gas, kunci pada salur gas, kebersihan dapur mesti diperiksa
secara berkala
Sekira peralatan tersebut kotor, bocor, haus perlu diselenggara dan ditukar baru
Kerosakan dan kebocoran boleh merbahayakan pengguna
Jangan terleka semasa mengendalikan dapur ketika memasak
Memasak terlalu lama atau api dapur menyala terlalu lama boleh menyebabkan letupan dan kebakaran
Gas boleh meletup dan mudah terbakar
Ini boleh menyebabkan kebakaran, melecur, kemusnahan harta benda, kecederaan & kematian
Pastikan tingkap sentiasa terbuka semasa menggunakan gas
Sebarang perubahan seperti bau gas yang bocor dapat dikesan lebih awal
19. MENGENAL PETI PERTOLONGAN CEMAS
Kapas
Kain kasa
Paster
Optone; ubat mata
Burnal; untuk terbakar
Panadol; ubat demam
Dettol; membersihkan luka
Pin penyemat; menyemat pembalut luka
Larutan iodine dan ubat luka; ubat luka
Minyak angin; sakit perut dan sakit biasa
Vicks; selsema, gigitan serangga, sakit tengkuk
Krim antisan; ubat gigitan serangga
Pembalut segi tiga; untuk membuat anduh, pad bulatan dan pelbagai kegunaan pertolongan cemas
Gunting atau pisau; memotong kain kasa, tali ketika kecemasan
C. KECEKAPAN
21. IKATAN
a. BUKU SILA
Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut.Ia
digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan
simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat.
b. BUNGA GETI
Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan
jenisnya.Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung
bendera dalam flag break.
c. SIMPUL SENTAK
22. MEMASANG, MENGIBAR, MENURUN DAN MELIPAT BENDERA
Bendera adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Oleh yang demikian menaikkan dan
menurunkannya hendaklah dalam keadaan dan cara yang sopan. Cara-cara yang sesuai ialah :-
i) Sebelum menaikkan bendera ujilah tali temali bendera terlebih dahulu bagi memastikan ianya teguh
dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau melampai tidak tentu kibarannya.
ii) Sebelum bendera dinaikkan, pastikan ianya dalam keadaan yang baik.
iii) Mereka yang akan menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas.
iv) Menaik dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib iaitu perlahan-lahan. Apabila
mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan sepenuhnya dahulu dan kemudian
menurunkannya semula keseparuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama
ialah menaikkan semula bendera tersebut sepenuhnya dan kemudian menurunkannya terus.
vi) Bendera janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu menurunkannya tetapi hendaklah ditatang
atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.
vii) Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat tertentu supaya
tidak dilangkahi dan sebagainya.
viii) Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan
sebagai memberi kehormatan negara seperti menutup keranda dalam Istiadat
Pemakaman/Pengkebumian Negara.
ix) Bendera yang koyak dan telah bertukar warna adalah dianggap sebagai bendera yang uzur.
x). Bendera yang uzur hendaklah tidak dikibarkan kerana pengibarannya menunjukkan tanda tidak
hormat. Ianya hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan dengan membakar bendera tersebut
secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.
Susunan Pada Hari-Hari Kebesaran Negeri Jika hanya dua bendera dikibarkan pada majlis peringkat
negeri di negeri yang berkenaan maka susunannya adalah seperti berikut:
Jika tiga bendera dikibarkan di majlis peringkat negeri, maka susunannya ialah seperti berikut:
D. PENYERTAAN
2 Saiz
Bulu
Sayap
Warna
Bentuk paruh
Bentuk kaki
Pemakanan
Habitat khusus
3 Saiz
Bulu
Sayap
Warna
Bentuk paruh
Bentuk kaki
Pemakanan
Habitat khusus
4 Saiz
Bulu
Sayap
Warna
Bentuk paruh
Bentuk kaki
Pemakanan
Habitat khusus
5 Saiz
Bulu
Sayap
Warna
Bentuk paruh
Bentuk kaki
Pemakanan
Habitat khusus
A. PENGERTIAN FOTOSINTESIS
Fotosintesis adalah proses pembuatan molekul makanan berenergi tinggi dari komponen yang lebih
sederhana, yang dilakukan oleh tumbuhan autotrof (tumbuhan yang dapat membuat makanan sendiri).
Fotosintesis berasal dari kata foton yang artinya “cahaya” dan sintesis yang artinya “penyusun”, jadi
fotosintesis juga diartikan dengan proses biokimiawi yang dilakukan oleh tumbuhan untuk
menghasilkan energi (nutrisi) dengan memanfaatkan energi cahaya.
Daun merupakan komponen utama pada tumbuhan yang berperanan dalam fotosintesis ini, pada daun
terdapat klorofil (zat hijau daun), klorofil inilah yang akan menyerap energi matahari sehingga dapat
dimanfaatkan untuk menghasilkan energi (nutrisi).
Fotosintesis berperanan sangat penting bagi seluruh kehidupan organik di bumi. Kerana selain
menghasilkan energi, proses fotosintesis juga akan menghasilkan oksigen untuk kehidupan manusia
dan makhluk hidup lainnya
B. FUNGSI FOTOSINTESIS
Fungsi utama fotosintesis adalah untuk memproduksi glukosa sebagai sumber energi utama
bagi tumbuhan, dengan adanya glukosa ini akan terbentuk sumber energi lemak dan protein
pula. Zat-zat ini akan menjadi sumber makanan bagi manusia dan haiwan, oleh itu proses
fotosintesis ini sangat penting dalam kehidupan kita.
Prose Fotosintesis dapat membersihkan udara. Udara dibersihkan dengan diserapnya
karbondioksida dan dihasilkannya oksigen. Sehingga sering kita dengar penanaman pokok
untuk membersihkan udara, karena ada proses fotosintesis inilah pokok berguna untuk
membersihkan udara kita.
Kemampuan fotosintesis tumbuhan pada masa hidupnya akan membuat sisa sisa tumbuhan
tersebut tertimbun di dalam tanah. Timbunan dari tumbuhan dalam waktu yang lama akan
membuatnya menjadi batu bara yang merupakan bahan baku dan sumber energi pada
kehidupan moden.
C. PROSES FOTOSINTESIS
Berdasarkan formula maka secara singkat proses fotosintesis dapat dijelaskan sebagai berikut :
Dalam proses fotosintesis ada 4 bahan yang harus dimiliki, iaitu :
Karbondikoksida (CO2)
Air
Cahaya Matahari
Klorofil
Komponen Penerangan
Papan induk (motherboard) - papan litar elektronik utama dalam sistem komputer
- pilih papan induk jenis ATX
- papan induk terbina dalam kad bunyi dan
kad video yang diintegrasikan.
- memerlukan sekurang-kurangnya satu slot PCI-E / AGP dantiga slot PCI.
- Komponen wajib
Kad grafik (Graphic card) - merupakan orang tengah di antara papan induk dan
monitor
jenis AGP atau PCI-E dengan sekurang-kurangnya 128 MB ingatan.
komponen wajib. Tidak diperlukan jika papan indukmempunyai kad
video yang diintegrasikan.
Papan Kekunci (Keyboard) membolehkan pengguna memasukkan data ke dalam komputer . Komponen
wajib
Casing kotak logam di mana Power Supply, Papan induk, RAM dan komponen lain
dipasang.
Pilih casing jenis ATX.
Komponen wajib
Power Supply Power Supply berfungsi mengalirkan elektrik ke setiap bahagian komputer
agar dapat berjalan.
harus dipertimbangkan saat membeli sebuah Casing dan Power Supply
yang diantaranya adalah sbb:
> jenis dari Power Supply (AT, ATX, BTX)
> jumlah watt Power Supply ( 350W, 450W)
Kad bunyi (sound card) membolehkan pengguna memainkan kesan audio
dari perisian multimedia. Komponen wajib/pilihan
Card Reader untuk membaca memory card HP ataupun memory card lainnya seperti SD
Card, Mini-SD, RS Card, MSD (Memory Stick Duo), dll
Komponen pilihan
Web Camera digunakan untuk berinteraksi secara langsung (menatap muka) pada waktu
kita chatting/online dengan seseorang. Komponen pilihan
Kad rangkaian (Network Card) membolehkan komputer berkomunikasi dengan komputer lainmelalui satu
rangkaian komputer dan juga untuk kegunaan internet
komponen pilihan sekiranya port network (internal) rosak.
UPS backup bekalan elektrik untuk komputer dan juga membantumenstabilkan
(Uninterruptible Power Supply) bekalan elektrik komputer
komponen pilihan
Telefon awam juga dikenali sebagai telefon berbayar atau telefon umum merujuk kepada kemudahan
perhubungan dengan bayaran mengikut tempoh masa dan jarak digunakan orang awam.
Bayaran boleh menggunakan duit syiling, kad debit (termasuk kad telefon) atau kad kredit sebelum
membuat panggilan.
Telefon awam boleh didapati seperti pusat membeli-belah, hospital, stesen bas dan kereta api, lapangan
terbang serta tepi jalan. Kemudahan itu biasanya disediakan syarikat komunikasi, tetapi terdapat juga
telefon awam disediakan pekedai untuk kegunaan pelanggan mereka.
Jika berlaku kecemasan di waktu malam ketika kita berada hospital dan telefon bimbit tiada kredit,
maka jalan penyelesaiannya dengan membuat pangilan menggunakan telefon awam berhampiran.
Telefon awam di hospital masih mendapat sambutan terutama dalam kalangan pekerja asing untuk
menghubungi keluarga.
Pelajar terutama di sekolah berasrama penuh. Tanpa telefon awam, ia menyusahkan mereka
menghubungi ahli keluarga jika masalah kesihatan. Diperlukan penduduk pedalaman yang tidak
mempunyai liputan komunikasi secara meluas terutama di klinik kesihatan.
Telefon awam lebih menjimatkan. Harga panggilan yang murah. KESEDARAN sivik dan penekanan
terhadap nilai-nilai murni sangat penting dalam membentuk budaya masyarakat yang menghargai
telefon awam.
E. PERKHIDMATAN
27. MENGETAHUI DAN MEMAHAMI ISYARAT WISEL
Tujuan Mendengar
mendapatkan maklumat
mencatat nota
menjalankan atau menunaikan arahan
mengecam bunyi
mengenal pasti sesuatu perkara
menjawab soalan
mengingat dan menyatakan kembali perkara yang didengar
bertindak balas dengan sewajarnya terhadap perkara yang didengar
Contoh Laporan:
Nama Penceramah :
Tarikh :
Masa :
Tempat :
Tajuk :
Isi Penting :
Bentuk-Bentuk Pertolongan
Pertolongan yang dilakukan harus sesuai dengan keadaan mangsa.
Jangan berenang terus ke arah mangsa. Apabila jarak anda hampir dengan mangsa, kehadiran anda
tidak boleh diketahui mangsa dengan memastikan kedudukan anda berada di bahagian belakang.
Kemudian, selam ke dalam air dan tangkap mangsa dari arah belakang di bahagian bawah lengan.
LAMPIRA
N1
Sembahyang sama ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas rukun yang utama seperti
berikut:
1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku‘ tanpa keuzuran
bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardhu. Dalam sembahyang sunat,
berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat.
2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan
sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.
3. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz . Boleh juga dengan
Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri. Melafazkan takbir dengan keadaan
menghadap ke arah qiblat. Takbir diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu berbuat
demikian dan tidak sempat belajar, maka boleh dengan terjemahannya tetapi mesti dipelajari. Semua
huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri. Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada
ucapan imam. Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.
4. Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka‘at semasa berdiri atau kedudukan lain
sebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang. Syarat-syaratnya adalah:
Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri. Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul,
meneliti tempat keluar (makhraj) huruf yang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya. Janganlah
terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya. Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.
Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri. Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam
setiap raka‘at kecuali ma’mum masbuq dan jika imam membaca terlalu cepat.
5. Ruku‘, iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kepada kedua-
dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya sama dengan
tengkuk dan menegakkan dua betis dan memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari
mencengkamnya. Syarat-syarat ruku‘ ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan iaitu sampai dua
tapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku‘ itu perkara lain selain sembahyang, dan dengan tama’ninah
iaitu berterusan ruku‘ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih.
6. I‘tidal selepas ruku‘. I‘tidal bermaksud bangkit daripada ruku‘ dan kembali kepada keadaan berdiri
atau gantiannya beserta dengan tama’ninah. Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain
mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu
tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.
7. Sujud dua kali dalam setiap raka‘at. Maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersembahyang
ke tempat sujud. Syarat-syarat sujud ialah:
Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya. Sujud hendaklah berlaku di atas
tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki
dengan serentak. Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian yang
paling atas (kepala) sekadar yang termampu. Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung
dengannya yang bergerak dengan pergerakannya. Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.
Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar memberi kesan pada
kain jika terdapat di bawahnya. Tama’ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.
8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta tama’ninah pada setiap
raka‘at sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak. Syarat-syaratnya ialah:
Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara lain. Jangan terlalu lama
hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling pendek. Dilakukan dengan tama’ninah iaitu
sekurang-kurangnya diam seketika selepas pergerakan anggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan
itu.
9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada raka‘at akhir setiap
sembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara
tawarru‘, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan
di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan
menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke
qiblat.
10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir. Lafaz tasyahhud yang sempurna ialah seperti
berikut:
Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri. Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh
diam yang lama atau zikir lain. Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku
keuzuran. Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu. Semasa
membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf (makhraj) dan segala shaddahnya (baris
sabdu). Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya.
11. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir)
semasa duduk kali terakhir. Lafaz salawat hendaklah sekurang-
12. Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasa
duduk kali terakhir. Syarat-syaratnya ialah: Dimulakan kalimah salam dengan alif dan lam
“kaf al-khitab” bagi memfokuskan ucapan salam itu kepada pihak kedua.
Setiap kalimah hendaklah disambung dengan yang lainnya. Diucapkan dengan dimasukkan “mim al-
jama‘” yang menunjukkan pihak yang ditujukan salam itu pihak ramai. Diucapkan salam
dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan dadanya. Ucapan itu hendaklah diiringi dengan
niat untuk keluar daripada sembahyang, tidak bertujuan untuk pemberitahuan semata-mata. Ucapan itu
hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk. Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka
yang tidak sempat belajar. Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang
halangan.
13. Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya
dikemudiankan.