Kajian Kes Sejarah 2021 (Mat Salleh)
Kajian Kes Sejarah 2021 (Mat Salleh)
Kajian Kes Sejarah 2021 (Mat Salleh)
Gerakan kebangkitan menentang kuasa Barat di negara kita merupakan kesan cetusan rasa tidak puas
hati masyarakat tempatan terhadap hak mereka yang dinafikan oleh British. Perubahan pentadbiran
yang diperkenalkan oleh kuasa Barat yang sangat berbeza daripada sistem pentadbiran tradisional sedia
ada telah memberikan kesan terhadap kuasa pemerintah dan masyarakat tempatan.
Matlamat tokoh-tokoh tempatan adalah untuk mengembalikan hak yang dirampas melalui pelbagai
bentuk perjuangan. Impaknya, mereka bangkit dengan nekad mengusir kuasa Barat dari tanah air.
c) Latar belakang
Secara umumnya, Mat Salleh atau nama sebenarnya Mohammad Salleh yang dilahirkan di Inanam
merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yag hebat kepada penjajahan
Inggeris. Beliau berketurunan Suluk Paitan dan Bajau. Hal ini demikian kerana ayahnya, Datu Balu
berkahwin di Inanam dengan suku bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang
adik-beradik iaitu, Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong.
d) Sebab Penentangan
Mat Salleh ingin menentang tindakan SBUB yang mengambil alih hak memungut cukai sehingga
menyebabkan pembesar tempatan kehilangan kuasa. Beliau cuba mengadakan rundingan dengan SBUB,
namun gagal. Sebaliknya, Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB.
Oleh itu, Mat Salleh mengadakan penentangan terhadap pihak British.
e) Peristiwa Penentangan
SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh sebagai pemerintah daerah Tambunan dan Sungai
Sugut. Mereka menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh dengan melaksanakan sistem cukai. Mat Salleh
ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB sebaliknya pegawai-pegawai SBUB tidak member layanan
malah bersikap kasar kepada penduduk tempatan. Gabenor Beaufort menyerang dan membakar
kampong menyebabkan Mat Salleh terpaksa melarikan diri. Kesannya, Mat Salleh menyerang pusat
pentadbiran British di Pulau Gaya pada bulan Julai 1897. Beliau turut membina kubu di Ranau. Pada
bulan November 1897, Mat Salleh menyerang Ambong. SBUB menawarkan pelan damai kepada Mat
Salleh dengan berjanji menyerahkan Tambunan kepada beliau. Walau bagaimanapun, SBUB tidak
menepati janji dan mengambil alih pentadbiran Tambunan pada tahun 1899. Pasukan tentera SBUB juga
menyerang kubu Mat Salleh di Teboh secara besar-besaran. Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia
pada 31 Januari 1900.
f) Bagi mengekalkan kedaulatan negara, pelbagai langkah harus dilaksanakan untuk mengelakkan
campur tangan kuasa asing di negara kita. Bincangkan
Untuk mengelakkan campur tangan kuasa asing, pihak kerajaan haruslah menjalinkan hubungan
diplomatik dengan negara lain. Contohnya, kemajuan teknologi dan dasar pemerintahan negara China
dan Jepun boleh dijadikan sebagai rujukan. Selain itu, sistem pertahanan negara patut diperkukuhkan
dengan mendirikan pasukan tentera. Semangat perpaduan dan patriotisme juga wajar ditanam di
kalangan setiap rakyat agar tidak melakukan kekacauan dan perbuatan yang mampu menjejaskan
keamanan negara. Akhir sekali, undang-undang mesti dikuatkuasakan dengan adil dan saksama untuk
mendisiplinkan rakyat di samping memastikan politik negara sentiasa stabil.
g) Kesimpulan
Perjuangan menentang British yang dipimpin oleh golongan bangsawan, pembesar tempatan dan
pemimpin agama amat disokong oleh masyarakat tempatan demi mengembalikan maruah bangsa dan
kedaulatan tanah air. Keberanian, permuafakatan dan kebijaksanaan mereka dalam menentang British
memberikan inspirasi kepada generasi muda kita pada masa ini supaya bersatu padu memperkasa
maruah bangsa sekali memastikan negara kita tidak dijajah.