Peraturan Semasa Berdebat

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Peraturan Semasa Berdebat

1.Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang
adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah
adalah dilarang sama sekali.
2.Setiap pembahas diberi masa sepuluh minit untuk berucap. Masa bagi ucapan penggulungan
pula ialah empat minit. Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas berucap.
3.Loceng akan dibunyikan sekali pada akhir minit kedua (awal minit ketiga) menandakan
bahawa ruang dibuka kepada pasukan lawan untuk membuat izin laluan. Manakala
pada akhir minit kelapan loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa telah tamat
untuk pihak lawan membuat izin laluan.
4.Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kesepuluh menandakan bahawa masa untuk
pembahas berucap sudah tamat.
5.Bagi sesi penggulungan, kedua-dua pasukan akan diberi masa 3 minit sebagai masa persediaan
sebelum membuat ucapan penggulungan masing-masing.
6.Pada minit ketiga masa penggulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada minit keempat,
loceng akan dibunyikan dua kali menandakan masa untuk penggulungan telah tamat.
7.Semasa satu pihak sedang berucap, ahli pasukan lawan boleh memohon Izin laluan dalam
bentuk
o Persoalan
o Kenyataan
o Fakta/penjelasan/pembetulan
8.Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap Izin laluan. Izin laluan haruslah padat
dan bernas.
9.Tiada izin laluan semasa sesi penggulungan
10.Izin laluan dipohon dengan seorang pembahas berdiri atau mengangkat tangan dan menyebut
“Izin Laluan”. Pembahas yang berucap tidak dimestikan menerima setiap izin laluan.
11.Celaha.Celahan hanya boleh dilakukan oleh pembahas keempat dan kelima kedua-
dua pihak.
12.Celahan hanya boleh dilakukan antara minit ketiga hingga minit kelapan pembahas
pertama, kedua dan ketiga bagi kedua-dua pasukan sedang berhujah sahaja.
13.Masa celahan hanya 1 minit sahaja dan mendapat izin yang Dipertua Dewan.
14.Celahan dalam bentuk
a.Hujah bagi mempertahankan pendirian pasukan
b.Memberi penjelasan dan Membetulkan fakta
15.Pembahas tidak dibenarkan berdiri di tempat masing-masing, sebaliknya hendaklah keluar ke
hadapan di kawasan yang dibenarkan.
16. Pembahas tidak dibenarkan bergerak ke kawasan pasukan lawan.
17.Kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang mendapat undi majoriti
daripada panel hakim

You might also like