Syarat Dan Peraturan Debat

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Lampiran 1

SYARAT-SYARAT CABARAN DEBAT MUDA 21 TAHUN UNTUK ALAF 21


1 1.1 1.2 1.3 1.4 AM Pertandingan ini dinamakan Cabaran Debat Muda 21 Tahun Untuk Alaf 21 (CDM2121). Peraturan ini diterima pakai untuk Cabaran Debat Muda 21 Tahun Untuk Alaf 21 yang akan diadakan di Universiti Teknologi PETRONAS. Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak pihak penganjur dan keputusan pihak penganjur adalah muktamad. Pihak penganjur mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan sesuai.

2 2.1

2.2

2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8

SYARAT SYARAT PENYERTAAN Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa/i institut pengajian tinggi awam atau institut pengajian tinggi swasta di Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke bawah pada tarikh pendaftaran (13 Disember 2013). Peserta juga mestilah sedang menuntut di tahun kedua dan ke bawah di institusi / universiti masing-masing. Hanya pelajar daripada aliran asasi, matrikulasi, diploma dan ijazah sarjana muda pertama sahaja dibenarkan menyertai pertandingan ini. Semua anggota pasukan mestilah terdiri daripada penuntut institut pengajian tinggi awam atau institut pengajian tinggi swasta yang sama. Pengesahan bahawa mereka adalah penuntut institut pengajian tinggi awam atau institut pengajian tinggi swasta berkenaan hendaklah dibuat oleh institusi pengajian masing-masing. Setiap universiti boleh menghantar DUA (2) pasukan sahaja dan hanya 50 pasukan terawal sahaja dibenarkan untuk bertanding. Bagi setiap pasukan DIWAJIBKAN menghantar seorang pengiring. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan terbatal. Pendebat hendaklah hadir di tempat pertandingan lima belas minit (15 minit) lebih awal untuk tujuan pengesahan pertandingan. Pendebat hendaklah berpakaian kemas semasa pertandingan. Pendebat tidak dibenarkan menunjukkan aksi kurang sopan, misalnya mengucapkan perkataan yang kasar dan kurang manis. Pendebat tidak dibenarkan menggunakan alat-alat bantuan, ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ketika berhujah. Penggunaan bahan bantuan luar (buku, carta,

2.9 2.10

majalah dan lain-lain) dan sebarang alat komunikasi semasa perdebatan berlangsung adalah dilarang sama sekali. Pendebat tidak dibenarkan menyentuh peribadi seseorang atau isu perkauman, keagamaan, kebudayaan dan isu yang boleh menggugat keselamatan negara. Semua peserta hendaklah berkelakuan dengan tertib dan penuh sopan semasa pertandingan.

3 3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

3.7 3.8

3.9

STRUKTUR PERTANDINGAN Pertandingan ini menggunakan sistem Power Match (kaedah Swiss Bracket) untuk pusingan awal. Sistem ini akan digunakan untuk menentukan pasukan yang akan berlawan dan juga peranan mereka (kerajaan/pembangkang). Penentuan kumpulan lawan untuk perdebatan yang pertama akan dilakukan secara rambang (rawak). Selepas perdebatan yang pertama, setiap pasukan akan ditentukan kedudukan mereka. Kriteria-kriteria yang akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan adalah seperti berikut : a. Menang/kalah b. Juri (Jika berkenaan) c. Margin d. Markah Untuk pusingan kedua, pasukan-pasukan akan disusun mengikut kriteria yang ditetapkan. Pasukan yang menang akan dikumpulkan dalam satu kategori dan begitu juga untuk yang kalah. Penentuan pertandingan seterusnya akan dibuat berdasarkan kedudukan dalam kumpulan-kumpulan yang tersebut. Selepas setiap perdebatan, kedudukan setiap pasukan akan ditentukan semula mengikut kriteria dan disusun kembali seperti kaedah di atas. Sekiranya terdapat bilangan pasukan yang ganjil dalam setiap kategori, pasukan yang berada di tangga teratas dalam kategori di bawah akan dimasukkan dalam kategori tersebut. Melalui kaedah power match, ada kemungkinan bahawa pasukan akan berdebat dengan pasukan yang sama lebih daripada sekali. Ada juga yang akan berdebat dengan pasukan lain dari universiti mereka sendiri. Penentuan peranan (kerajaan / pembangkang) untuk perdebatan pertama akan ditentukan secara rambang/undian. Penentuan peranan (kerajaan / pembangkang) untuk perdebatan yang seterusnya akan ditentukan mengikut peranan setiap pasukan dalam perdebatan sebelumnya. Selalunya penentuan pasukan ialah yang berdasarkan kepada jumlah sesebuah pasukan itu menjadi kerajaan. Penentuan peranan (kerajaan / pembangkang) untuk perdebatan bagi pusingan suku akhir, separuh akhir dan pusingan akhir adalah berdasarkan undian atau lambungan duit syiling di hadapan ketua pasukan masing-masing.

3.10

3.11

3.12

3.13 3.14

Kedudukan pasukan akan ditentukan selepas selesai enam (6) pusingan awal. Ini adalah untuk menentukan pasukan mana yang layak ke peringkat seterusnya. Kedudukan pasukan ditentukan mengikut kriteria berikut : a. Menang/kalah b. Juri (Jika berkenaan) c. Margin d. Markah Jika jumlah penyertaan adalah memberangsangkan, pihak penganjur dan Jawatankuasa Kehakiman dan Teknikal akan mempertimbangkan samada untuk mengadakan pusingan okto akhir (octo final). Cabaran debat kali ini juga akan mewujudkan sesi debat terbuka mengikut format Pertandingan Debat Alam Sekitar antara IPT anjuran Jabatan Alam Sekitar. Lapan pasukan di kedudukan teratas akan terpilih ke peringkat suku akhir. Pertandingan suku akhir dan separuh akhir akan dijalankan mengikut sistem menang mara seperti berikut:

4 4.1

4.2

MASA PERSEDIAAN Usul perdebatan akan dimaklumkan 30 minit sebelum perdebatan dimulakan. Sebarang masa perjalanan ke tempat perdebatan adalah termasuk dalam 30 minit berkenaan. Semua pasukan adalah diharapkan dapat menepati masa. Perbincangan hanya boleh disertai oleh (4) orang pendebat yang mengambil bahagian SAHAJA. Penggunaan telefon bimbit atau alat-alat komunikasi lain selepas cabutan usul sehinggalah tamat perdebatan adalah DILARANG. Mana-mana pasukan yang gagal menghadiri perdebatan selepas 15 minit dari masa permulaanperdebatan dikira kalah.

5 5.1

5.2

5.3

5.4

5.5

STRUKTUR PERDEBATAN Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut Gaya Perdebatan Parlimen Malaysia. Ada tiga sesi perdebatan iaitu ucapan substantif, debat terbuka dan gulungan. Setiap pusingan debat mempunyai dua pasukan, iaitu pasukan Kerajaan (pencadang) dan Pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada tiga (3) orang pendebat dan seorang (1) pendebat simpanan. Pasukan Kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri dan dua (2) anggota kerajaan manakala Pasukan Pembangkang terdiri daripada Ketua Pembangkang dan dua (2) anggota ahli pembangkang. Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi pihak Kerajaan dan Pembangkang boleh disampaikan sama ada oleh pendebat pertama atau kedua daripada pihak masing-masing. Setiap pendebat juga wajib untuk berucap ketika sesi debat terbuka. Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap peserta adalah seperti berikut : UCAPAN SUBSTANTIF Perdana Menteri / Pencadang Pertama Ketua Pembangkang / Pembangkang Pertama Anggota Pertama Kerajaan / Pencadang Kedua Anggota Pertama Pembangkang / Pembangkang Kedua Anggota Kedua Kerajaan / Pencadang Ketiga Anggota Kedua Pembangkang / Pembangkang Ketiga UCAPAN DEBAT TERBUKA Setiap pendebat daripada pihak Kerajaan Setiap pendebat daripada pihak Pembangkang Rumusan daripada pihak Kerajaan Rumusan daripada pihak Pembangkang

7 minit 7 minit 7 minit 7 minit 7 minit 7 minit

90 saat 90 saat 90 saat 90 saat

UCAPAN GULUNGAN Gulungan / Rumusan Pembangkang Gulungan / Rumusan Kerajaan 5.6

4 minit 4 minit

5.7 5.8

5.9

5.10

Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali selepas seminit (1 minit) masa berlalu bagi menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan celahan atau menerima penjelasan dan sekali lagi pada permulaan minit terakhir bagi menandakan masa untuk membuat celahan sudah tamat. Loceng akan dibunyikan dua (2) kali apabila masa tamat. Untuk membuat ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan minit terakhir dan dua kali apabila masa tamat. Perdebatan yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat akan diberi amaran oleh Yang Dipertua Dewan (Speaker). Pendebat akan diminta menamatkan ucapan dan boleh dikenakan penalti. Sesi Substantif : i. Masa yang diperuntukkan kepada semua pendebat ialah 7 minit. ii. Loceng pertama akan dibunyikan (satu deringan) pada minit yang pertama sebagai tanda pencelahan boleh dibuat dan satu deringan loceng akan dibunyikan pada satu minit sebelum tamat sebagai tanda tempoh pencelahan sudah tamat dan pendebat perlu menghabiskan hujah-hujahnya manakala loceng kedua (dua deringan) pula akan dibunyikan sebaik sahaja tamat. iii. Pendebat diminta untuk menamatkan ayatnya yang terakhir dan berhenti berhujah apabila loceng penamat berbunyi. Sesi Debat Terbuka: i. Masa yang diperuntukkan kepada setiap pendebat adalah sebanyak 90 saat sahaja. ii. Mana-mana pendebat sahaja daripada pasukan masing-masing boleh memulakan ucapan debat terbuka. Susunan giliran berucap adalah bebas. Setiap pendebat wajib untuk berucap. iii. Setiap pendebat wajib untuk membidas lawan dan memberikan fakta baru untuk debat terbuka ini. Kegagalan melakukan demikian akan menyebabkan markah pasukan dipotong. iv. Sesi ini akan berlangsung selama 12 minit tanpa henti. Setiap pendebat akan bergilir-gilir berucap dimulai dengan wakil pihak kerajaan dan disambung dengan wakil pihak pembangkang satu persatu. Loceng akan dibunyikan setiap 90 saat menandakan masa berucap untuk pendebat tersebut telah habis. i. Sesi debat terbuka akan diakhiri dengan ucapan rumusan daripada mana-mana wakil sahaja. Dalam ucapan rumusan debat terbuka, tidak menjadi masalah untuk mengemukakan fakta baru ataupun tidak.

5.11

Sesi Penggulungan : i. Masa yang diperuntukkan kepada setiap penggulung adalah sebanyak 4 minit setiap seorang. ii. Penggulungan boleh dilakukan oleh sama ada pendebat pertama atau kedua daripada setiap pasukan yang bertanding.

6 6.1

6.2

PERANAN SETIAP PASUKAN Peranan pihak Kerajaan adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu mendefinisikan usul, memberi hujah / kes yang menyokong usul dan membidas sebarang cabaran yang dibuat oleh pihak Pembangkang terhadap usul mereka. Peranan pihak Pembangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka perlu menjawab definisi yang dikemukakan oleh Kerajaan dengan hanya sama ada MENERIMA atau MENOLAK sahaja, membina hujahan / kes bangkangan terhadap usul dan membidas hujahan yang dikemukakan oleh pihak Kerajaan. Setiap PINDAAN konsep pihak Kerajaan adalah DILARANG.

7 7.1 7.2

7.3

7.4

7.5

7.6

PENGHAKIMAN Setiap perdebatan akan dihakimi oleh satu panel hakim. Bilangan ahli panel mestilah ganjil. Pada pusingan awal, seorang hakim akan bertindak sebagai Yang Di Pertua Dewan dan akan digelar Tuan/Puan Yang Di Pertua. Dalam pusingan akhir, Yang Di Pertua tidak perlu dilantik di kalangan panel hakim. Yang Dipertua Dewan bertanggungjawab menjemput pendebat berucap, menjaga ketertiban majlis dan tertakluk kepada peraturan ini, membuat keputusan tentang sebarang aspek tatacara dan prosedur perdebatan yang mungkin dipertikaikan. Para Hakim mestilah : i. mencapai keputusan menang / kalah, keputusan seri tidak dibenarkan. ii. tidak menyampuk atau membuat sebarang komen semasa perdebatan berjalan. Ketua Hakim mesti mengisytiharkan keputusan kepada pasukan yang bertanding dan mengumumkan pasukan yang menang dan pendebat terbaik serta alasan terhadap keputusan yang dicapai oleh panel dalam komentar yang tidak melebihi 10 minit. Ahli-ahli panel tidak boleh berbincang dan mesti mencapai keputusan dengan sendiri. Setiap hakim akan memberikan undi dan komennya sendiri.

7.7

7.8

7.9

Jika tiada keputusan secara sebulat suara dapat dicapai, maka keputusan majoriti akan diterima pakai. Pindaan terhadap sebarang keputusan tidak akan dibenarkan selepas penyerahan undi. Hakim hendaklah berlaku adil dalam menilai fakta. Hujahan yang disampaikan harus diterima seadanya selagi ia tidak dibuktikan sebaliknya oleh pihak lawan. Keputusan Panel Hakim adalah muktamad dan markah-markah yang dicatatkan oleh mereka adalah sulit dan rahsia. Sebarang kesulitan atau bantahan perlu dikemukakan kepada Urusetia Pertandingan.

8 8.1

PEMARKAHAN Setiap ucapan substantif akan diberikan markah maksimum 100 berdasarkan kepada : Isi Gaya / Penyampaian Kaedah 40 markah 40 markah 20 markah

8.2

8.3

Isi akan diadili dari segi kesesuaian, pengembangan dan penjelasan hujah, fakta dan contoh yang digunakan serta bidasan yang berkesan terhadap hujahan pihak lawan. Kaedah akan diadili dari segi : i. ii. iii. ii. Keberkesanan penyusunan dan struktur ucapan pendebat. Keberkesanan penyusunan dan struktur kes sesuatu pasukan secara keseluruhan. Kesinambungan hujah / fakta. Kerja sepasukan.

8.4

8.5 8.6

Gaya / penyampaian akan diadili dari segi kesesuaian dan keberkesanan gaya menyampaikan hujahan. Penyampaian yang mempunyai nilai bujukan yang tinggi serta dapat menarik perhatian penonton akan dipandang positif oleh hakim (dengan syarat dapat membantu hujahan). Ucapan gulungan akan diberikan markah maksimum 50 berdasarkan nisbah pemarkahan ucapan substantif seperti yang disebutkan di atas. Kriteria utama pemarkahan adalah nilai bujukan ucapan iaitu sejauh mana ucapan itu meyakinkan dan memberi sokongan terhadap usul satu-satu pasukan dan konteks perdebatan.

9 9.1

FAKTA BARU Tiada sebarang fakta baru dibenarkan bagi disampaikan dalam substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana pasukan. Hanya dalam debat terbuka sahaja yang dibenarkan. Contoh baru adalah bukan fakta baru. Hujahan atau fakta adalah dikira baru kecuali : i. ii. Ia tidak digunakan dalam mana-mana hujahan terdahulu. Ia merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan.

10 10.1 10.2

DEFINISI Tugas memberi definisi usul atau perbahasan yang wajar dan boleh didebatkan adalah hak dan tanggungjawab pihak Kerajaan. Pihak Pembangkang boleh : i. menerima definisi kerajaan secara keseluruhan / mutlak, ATAU ii. menolak secara keseluruhan/mutlak dan mengemukakan definisi alternatif.

10.3

Pihak Pembangkang boleh menolak definisi pihak Kerajaan secara keseluruhannya hanya jika; i. Definisi pihak Kerajaan tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan maksud sebenar usul. ii. Definisi pihak Kerajaan adalah truistik iaitu tidak boleh dibangkang dengan hujahan rasional.

11 11.1

11.2

11.3

PENJELASAN (CELAHAN) Penjelasan (celahan) dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta oleh pihak lawan bagi membetulkan pendebat yang sedang berucap atau menimbulkan fakta penting. Ia hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa yang sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut. Markah akan diberi untuk penjelasan dan jawapan terhadap penjelasan efektif. Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak samada untuk menerima atau menolak penjelasan yang cuba diberikan. Bagaimanapun, penolakan penjelasan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendebat tersebut harus dipandang serius oleh hakim. Adalah disyorkan setiap pendebat menerima sekurang-kurangnya dua penjelasan. Walaubagaimanapun, pertandingan ini tidak mengenakan had maksimum atau minimum bagi menerima penjelasan. Penjelasan tidak boleh melebihi lima belas (15) saat. Loceng akan dibunyikan selepas lima belas (15) saat. Jika penjelasan belum selesai, pendebat yang meminta penjelasan hendaklah duduk serta-merta.

11.4

11.5

11.6

11.7

Penjelasan tidak boleh diminta sebelum berakhirnya minit pertama dan pada minit terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali menandakan permulaan dan sekali lagi pada pengakhiran waktu meminta penjelasan dibenarkan. Penjelasan tidak boleh diminta dalam upacara gulungan. Hanya ahli dari pihak lawan boleh meminta penjelasan. Pendebat hendaklah memberi isyarat jika ingin mencelah (berdiri, mengangkat tangan, membuat permohonan dan sebagainya). Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lisan. Jika ditolak, pendebat yang ingin meminta penjelasan hendaklah duduk dan menunggu peluang yang lain. Apabila penjelasan diterima, pendebat yang sedang berdebat tidak boleh menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah atau peruntukan masa lima belas (15) saat yang diberi belum tamat (yang mana dulu). Pendebat tidak wajar memotong penjelasan yang diminta oleh pasukan lawan apabila penjelasan telah diterima.

12 12.1

BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG Bantahan dalam konteks ini bermaksud bantahan yang diajukan oleh pendebat kepada Yang Dipertua Dewan semasa perdebatan berlangsung bagi menarik perhatian beliau terhadap pelanggaran sebarang peraturan perdebatan seperti : i. ii. iii. Penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam perdebatan, ATAU Pengenalan fakta baru semasa dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan/atau ucapan gulungan, ATAU Mana-mana pendebat yang melebihi had masa daripada 30 saat.

12.2

12.3

Adalah tanggungjawab setiap pasukan yang menyuarakan bantahan terhadap sebarang pelanggaran peraturan, keputusan Yang Di Pertua Dewan sama ada untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah muktamad. Jika bantahan diterima, Yang Di Pertua Dewan boleh mengarahkan pendebat yang terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang digunakan untuk membuat bantahan akan dikira daripada masa pendebat yang sedang berucap.

13 13.1 13.2

KEPUTUSAN Ketua Hakim akan mengumumkan pasukan yang menang dan pendebat terbaik serta membentangkan ulasan dan alasan bagi keputusan tersebut. Keputusan Panel Hakim muktamad dan markah-markah yang dicatatkan oleh mereka adalah sulit dan rahsia. Sebarang kesulitan atau bantahan perlu dikemukakan kepada Urusetia Pertandingan.

14 14.1 14.2 14.3

USUL PERDEBATAN Usul-usul perdebatan hanya boleh diumumkan kepada peserta 30 minit sebelum pertandingan bermula. Usul-usul untuk peringkat saringan akan merangkumi isu-isu yang berkaitan dengan tema pertandingan. Usul-usul yang tidak diperdebatkan semasa pusingan saringan akan dihimpunkan dan akan menjadi usul dalam pusingan suku dan separuh akhir.

You might also like