Modul Sejarah s1 STPM 2024

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 67

Modul Saujana Sejarah Dunia STPM Semester 1 : 940/1

Negeri Melaka 2024

MODUL SAUJANA SEJARAH DUNIA STPM SEMESTER 1 : 940/1


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
2024

Pn. Khatijah binri Arwan SMK Munshi Abdullah

En. Norman bin Halimoon SMK Munshi Abdullah

Pn. Jumali bin Rasikun SMK Seri Tanjong

Pn. Dayang Khursiah binti Mohd. Hasan SMK Tun Syed Zahiruddin

Pn. Aidah binti Md. Said SMK Tun Syed Zahiruddin

Tn. Hj. Shah Jehan bin Abdul Rashid SMK Tun Syed Zahiruddin

En. Jaafar bin Sahat SMK Tun Tuah

Pn. Marsyitah binti Abdul Ralim SMK Sultan Alauddin

Pn.Muhan binti Shari SMK Sultan Alauddin

Pn. Norhayati binti Mohd. Kassim SMK Sultan Alauddin


Modul Saujana Sejarah Dunia STPM Semester 1 : 940/1
Negeri Melaka 2024

TEMA 1 : MASYARAKAT
BIL TAJUK HALAMAN
Huraikan struktur masyarakat feudal England pada abad ke 16 hingga
1 2-3
abad ke- 17 Masihi.
Sejauhmanakah faktor geografi membawa kemajuan masyarakat
2 4-5
maritim di Jepun pada abad ke- 16 hingga abad ke- 17 Masihi.
Huraikan kemahiran teknologi pertanian masyarakat agraria di China
3 6-7
dari abad ke 16 hingga abad ke- 17 Masihi
Jelaskan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke 16 hingga
4 8-9
abad ke- 17 Masihi
Huraikan kesan kemajuan perindustrian kepada masyarakat England
5 10-12
pada abad ke- 18 Masihi.
Huraikan faktor-faktor perkembangan perindustrian kepada masyarakat
6 13-14
Jerman pada abad ke- 19 Masihi
TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
Huraikan peranan pembesar dari segi politik dan sosioekonomi di China
7 16-17
pada zaman Dinasti Ming
Bincangkan dasar pemerintahan politik dan ekonomi yang dilaksanakan
8 18-19
oleh Tsar Nicolas II pada tahun 1894 hingga 1917
Bincangkan struktur pemerintahan kerajaan Republik Perancis ketiga
9 20-21
pada tahun 1876 hingga 1945
Sejauhmanakah amalan rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan
10 menyumbang kejatuhan sistem pembesar di China pada abad ke 16 22-24
hingga abad ke- 20 Masihi.
Bincangkan usaha Tsar Peter The Great (1689-1725) di Rusia dari aspek
11 25-27
pemerintahan, peraturan Baharu, kehakiman dan ketenteraan
TEMA 3 : KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
Huraikan faktor-faktor perkembangan perdagangan di Portugal pada
12 29-30
abad ke- 16 hingga abad ke- 18 Masihi
Sejauhmanakah sistem pemilikan tanah menjadi faktor utama Kemajuan
13 31-32
pertanian di England abad ke- 17 hingga abad ke- 18 Masihi
Sejauhmanakah peranan Putera Henry menjadi sebab utama
14 perkembangan perdagangan di Portugal abad ke- 16 hingga abad ke- 18 33-34
Masihi
Bincangkan perkembangan ilmu di England pada abad ke- 16 hingga
15 35-36
abad ke- 17 Masihi
Bincangkan faktor dan perkembangan Zaman Enlightenment di Eropah
16 37-38
pada abad ke- 18 Masihi
Bincangkan perkembangan ekonomi feudalisme di Jepun pada abad
17 39-40
ke16 Masihi.
Bincangkan faktor perkembangan perniagaan dan perdagangan di
18 41-42
Belanda pada abad ke- 16 hingga abad ke- 18 Masihi
Jelaskan perkembangan perniagaan dan perdagangan di Belanda pada
19 43-44
abad ke- 16 hingga abad ke- 18 Masihi
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM Semester 1 : 940/1
Negeri Melaka 2024

TEMA 4 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


BIL TAJUK HALAMAN
Sejauhmanakah faktor perdagangan merenggangkan hubungan antara
20 46-47
China dengan Barat pada abad ke- 19 Masihi
Bincangkan faktor-faktor berlakunya Perang Candu II pada abad ke- 19
21 48-50
Masihi
22 Huraikan kesan Perang Candu II ke atas China pada abad ke- 19 Masihi 51-52
Bincangkan tindakbalas masyarakat terhadap perluasan kuasa Barat di
23 53-54
China pada abad ke- 19 Masihi
Bincangkan faktor kegagalan Gerakan Menguatkan Diri pada abad ke-
24 55-57
19 Masihi
Bincangkan kesan politik dan ekonomi akibat pemberontakan Boxer
25 58-59
1899 kepada China
Sejauhmanakah penghapusan budaya tempatan membawa kepada
26 60-61
Kebangkitan Dahagi pada tahun 1857.
Bincangkan Gerakan Pembaharuan Ching di China pada abad ke- 20
27 62-63
Masihi
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

1. Huraikan struktur masyarakat feudal England pada abad ke 16


hingga abad ke- 17 Masihi.

2. Sejauhmanakah faktor geografi membawa kemajuan


masyarakat maritim di Jepun pada abad ke- 16 hingga abad ke-
17 Masihi.

3. Huraikan kemahiran teknologi pertanian masyarakat agraria di


China dari abad ke 16 hingga abad ke- 17 Masihi.

4. Jelaskan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke


16 hingga abad ke- 17 Masihi.

5. Huraikan kesan kemajuan perindustrian kepada masyarakat


England pada abad ke- 18 Masihi.

6. Huraikan faktor-faktor perkembangan perindustrian kepada


masyarakat Jerman pada abad ke- 19 Masihi

1
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

1. Huraikan struktur masyarakat feudal England pada abad ke 16 hingga abad ke 17 Masihi.

Pengenalan

Feudalisme adalah satu istilah atau konsep yang terbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan empayar
Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke 14 Masihi. Masyarakat feudal di England terbahagi dua
golongan iaitu pemimpin dan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja, bangsawan iaitu
baron, paderi dan knight. Manakala golongan yang dipimpin ialah golongan petani atau rakyat biasa dan
golongan hamba.

Isi -isi

Raja

1. Kedudukan tertinggi dalam sistem feudalisme di England pada abad ke 16 dan 17 ialah raja. Raja
merupakan pemerintah berkuasa mutlak dan menguasai seluruh tanah kerajaan.

2. Raja akan memberikan pajakan tanah kepada golongan vassal yang dipercayai dan sebagai balasan
vassal akan memberikan perkhidmatan tentera kepada raja.

3. Raja akan memberi anugerah dan gelaran kepada golongan vassal. Raja membentuk pentadbiran
yang akan membantu dalam melaksanakan segala peraturan dan undang-undang.

4. Raja memperolehi sumber pendapatan daripada cukai-cukai yang dikenakan terhadap golongan
bangsawan dan mempertahankan kuasa menerusi pemberian tanah kepada bangsawan.

Bangsawan ( Baron )

1. Kedudukan golongan bangsawan atau baron adalah di bawah raja . Golongan ini membantu raja dalam
hal ehwal pentadbiran dan menguruskan ekonomi. Raja akan mengurniakan gelaran count, duke,
baron dan vassal.

2. Golongan bangsawan menetapkan undang-undang bagi mengawal pergerakan petani. Golongan


bangsawan juga mengurniakan tanah kepada golongan knight yang berjaya dalam expedisi
ketenteraan.

Knight

1. Knight berada dibawah golongan baron. Golongan ini memberikan perkhidmatan dalam bidang
ketenteraan kepada raja dan lord. Knight juga terikat dengan sumpah yang mengkehendaki mereka
berkhidmat untuk raja dan bangsawan dan boleh dipanggil bila-bila masa kerana mereka
bertanggungjawab melindungi bangsawan dan keluarga bangsawan.

2. Golongan raja dan lord mempunyai pasukan tentera sendiri untuk mempertahankan diri daripada
musuh. Knight diberi tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan.
Knight memiliki tanah yang luas yang diusahakan oleh serf. Knight berkhidmat dengan raja,
bangsawan (lord atau baron) dan mendapat ganjaran seperti tanah, harta, dan barang rampasan.

3. Knight juga berkuasa mengutip cukai daripada penduduk dibawah penguasaannya. Knight akan
mengagihkan tanah kepada hamba atau serf dan sebagai balasan serf akan memberi perkhidmatan
kepada knight. Knight pula akan melindungi serf dan keluarganya. Knight akan tinggal di tanah
miliknya, memiliki rumah dan pasukan tentera sendiri.

4. Selepas abad ke 16, knight tidak lagi mendapat keistimewaan kerana raja telah melantik tentera tetap
dan tentera upahan. Disamping itu, knight juga dilantik dalam kalangan petani dan rakyat biasa.

Petani

1. Petani berada dibawah dibawah penguasaan golongan bangsawan. Golongan petani mewakili
sebahagian besar penduduk England Petani juga dikenali sebagai freeman, villein, skomen, bordar
dan cottar .

2
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

2. Petani tinggal di kawasan kampung yang dikenali sebagai manor dan menjalankan kegiatan pertanian
di kawasan tanah yang dimiliki oleh tuan tanah. Petani dikawal oleh tuan tanah.

3. Petani membayar sewa tanah kepada tuan tanah dan perkhidmatan tenaga kepada tuan tanah.
Golongan petani memiliki tanah untuk diusahakan bagi memenuhi keperluan keluarga. Golongan
petani tidak dibenarkan meninggalkan daerah mereka tanpa kebenaran tuan tanah. Segala
keperluan akan disediakan oleh tuan tanah di kawasan penempatan.

Paderi

1. Golongan paderi merupakan satu kelas masyarakat yang berasingan. Sebilangan besar terdiri
daripada golongan bangsawan yang memiliki tanah sebagai vassal. Pada abad ke-12 dan abad
ke-13 Masihi hampir 1/3 daipada tanah yang digunakan di Eropah Barat dikawal oleh gereja.

2. Selain itu terdapat juga Bishop, Abot dan pegawai yang memegang jawatan penting dalam
gereja biasanya adalah golongan bangsawan. Campur tangan golongan bangsawan dalam
pemilihan jawatan gereja menyebabkan pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan
yang mementingkan material dan mempunyai dua tanggungjawab iaitu agama dan dunia ( urusan
tanah).

Hamba

1. Kedudukan hamba dibawah petani. Golongan hamba mewakili satu persepuluh penduduk England.
Golongan hamba tidak memiliki tanah dan mempunyai hak perundangan yang terhad.

2. Golongan ini akan dikawal sepenuhnya oleh tuan-tuan pemilik. Namun begitu, kehidupan golongan
hamba berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di England. Golongan hamba telah bebas
daripada pemilik hamba selepas berlaku mobiliti sosial dalam masyarakat di England.

Kesimpulan, Masyarakat feudal di England mempunyai susun lapis yang tersendiri. Setiap lapisan
masyarakat mempunyai hubungan saling bergantung antara satu sama lain. Struktur masyarakat feudal
adalah mobiliti yang membolehkan pergerakan satu sturktur ke satu struktur yang lebih tinggi .

3
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

2. Sejauhmanakah faktor geografi membawa kemajuan masyarakat maritim di Jepun pada abad ke
16 hingga abad ke 17 Masihi.

Pengenalan

1. Masyarakat Maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan
dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan sebagai tempat untuk
menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan. Pelabuhan ini akan dilengkapi dengan
berbagai-bagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan
untuk berjual beli.

2. Faktor geografi telah membawa kemajuan masyarakat maritim di Jepun pada abad ke 16 hingga abad
ke 17 masihi. Walau bagaimanapun terdapat juga faktor lain seperti kemajuan perdagangan,
kemunculan pelabuhan, kemajuan pelayaran dan dasar buka pintu kerajaan.

Isi -isi

Faktor Geografi

1. Dari segi geografi, negara Jepun terdiri daripada beberapa pulau yang dikelilingi laut. Terdapat pulau
yang menjadi tumpuan masyarakat maritim di Jepun ialah Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan Honshu.

2. Bentuk muka bumi Jepun berpulau-pulau maka petempatan didirikan di kawasan pesisir pantai.

3. Lokasi petempatan yang berhampiran laut menyebabkan penduduk terdedah dengan kegiatan
berasaskan laut seperti perikanan, perdagangan dan pembuatan kapal laut. Perkembangan ini menjadi
asas kemunculan masyarakat maritim di Jepun.

Faktor Kemajuan Perdagangan

1. Perkembangan perdagangan menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun. Pada


Zaman Ashigaka, perdagangan berkembang pesat di Jepun. Pedagang Jepun menjalinkan hubungan
perdagangan dengan negara di rantau Asia Tenggara seperti Vietnam, Korea dan China.

2. Menjelang zaman Tokugawa, hubungan perdagangan terjalin dengan China, Korea dan Vietnam.
Hubungan dagangan dengan China dalam teknologi pertanian dan pemeliharaan ulat sutera di
Fukushima, Yamanashi dan Gumma.

3. Di zaman Nobunaga, lebih ramai pedagang dari Portugal datang ke Jepun. Kedatangan pedagang asing
ini menyebabkan barangan luar dibawa masuk ke Jepun seperti tembakau, jam, cermin mata, topi,
seluar panjang, kerusi dan pao. Kemajuan perdagangan menyebabkan muncul masyarakat maritim.

4. Kehadiran mereka mendapat galakan daripada golongan bangsawan Jepun iaitu Daimyo kerana ia
membolehkan mereka menambahkan lagi pendapatan mereka.

Faktor Kemunculan Pelabuhan

1. Kemunculan pelabuhan merangsang pertumbuhan masyarakat maritim di Jepun. Kepesatan


perdagangan menyebabkan kemunculan pelabuhan entrepot. Antara pelabuhan entrepot terpenting
yang juga menjadi tumpuan pedagang Jepun dan pedagang luar negara ialah Kyushu, Nagasaki, dan
Shimoda.

2. Kapal pedagang Portugal berlabuh di pelabuhan Kyushu yang sangat strategik kerana terletak di
kawasan aliran jalan perdagangan antara Korea dengan China.

Kemajuan Pelayaran

1. Kemajuan ini menyebabkan masyarakat maritim di Jepun mampu untuk belayar hingga ke Korea, China
dan Asia Tenggara. Kemajuan yang dicapai dalam teknologi pelayaran dan pembinaan kapal
menjadikan negara Jepun berjaya muncul sebagai masyarakat maritim. Jepun melahirkan ramai pelayar
yang mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran serta pengetahuan dalam ilmu nautika, kartografi,
kemudi dan perkapalan.

4
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

2. Terdapat pusat pembinaan dan baik pulih kapal-kapal di Jepun. Masyarakatnya juga mempunyai
kemahiran dalam pembinaan kapal-kapal besar yang sesuai untuk pelayaran jarak jauh. Kapal Shuinsen
atau Mohor Merah, Higali-Kaisen dan Taru Kaisen merupakan kapal yang digunakan oleh pedagang
Jepun belayar ke Asia Tenggara.

Dasar Buka Pintu

1. Dasar Buka Pintu yang diamalkan kerajaan Jepun semasa pemerintahan Hideyosi dan Shogun
Tokogawa telah menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun yang menyebabkan
masyarakat maritim Jepun terdedah dengan pengaruh dari luar seperti Asia dan juga Barat.

2. Menjelang akhir abad ke-16, pedagang dari Portugal menjalankan aktiviti perdagangan dengan Jepun.
Pedagang dan golongan mubaligh Kristian terlibat dalam menyebarkan dakwah dalam kalangan
penduduk Jepun.

3. Hubungan dengan Portugal menyebabkan masyarakat maritim Jepun menerima teknologi baharu dari
Barat dalam bidang perkapalan seperti ilmu kartografi.

4. Pada zaman Hideyoshi penggunaan mata wang emas, perak dan tembaga oleh pedagang barat telah
menjadi ikutan maryarakat maritim Jepun dalam berurus niaga. Perkembangan ini memainkan peranan
dalamm merancakkan kegiatan maritim. Beberapa pusat pertukaran wang telah muncul di Kuwana,
Sakai, Ise dan Hakata.

Kesimpulan, kemunculan masyarakat maritim di Jepun berkait rapat dengan perdagangan. Dari segi
pengaruh luar, kedudukan geografi, pelabuhan, teknologi pelayaran atau pemerintah adalah berasaskan
perdagangan. Pelbagai dasar diperkenalkan bagi mengukuhkan perdagangan masyarakat maritim di Jepun
dan menjadi faktor-faktor kemunculan Jepun sebagai sebuah negara perindustrian.

5
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

3. Huraikan kemahiran teknologi pertanian masyarakat agraria di China dari abad ke 16 hingga
abad ke 17 Masihi.

Pengenalan

1. China mempunyai keluasan hampir 9.6 juta km persegi tetapi tanah yang sesuai untuk kegiatan
pertanian hanyalah 15% sahaja. Kawasan lain terdiri daripada pergunungan dan gurun di sebelah barat
dan utara China.

2. China pada abad ke-16 dan 17 bersifat saradiri. Sebahagian besar penduduk China terlibat dengan
aktiviti bercucuk tanam. Kebanyakkan petani menyewa tanah daripada tuan-tuan tanah yang kaya.
Masyarakat agraria merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada kegiatan pertanian.

Isi -isi

Sistem Pengairan

1. Perkembangan pertanian di negara China mempunyai kaitan yang rapat dengan kemajuan dalam
teknologi pengairan. Petani-petani di China mempunyai kemahiran dalam membina terusan dan
mengawal aliran air sungai.

2. Terusan dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian, mengelakkan banjir dan untuk
mengangkut hasil pertanian ke bandar-bandar.

Teres

1. Petani-petani China juga mempunyai kemahiran dalam membina teres di lereng-lereng bukit bagi
membolehkan penanaman padi dijalankan.

2. Bekalan air disalurkan ke kawasan pertanian daripada terusan dan kolam takungan air dengan
menggunakan kaedah mengepam air. Pam ini digerakkan dengan menggunakan tenaga binatang
ataupun manusia.

Empangan

1. Bagi mengairi kawasan pertanian yang jauh daripada sumber air, maka kaedah empangan telah
digunakan. Selain itu, tambak juga dibina untuk mengelakkan banjir memusnahkan kawasan pertanian.
Projek-projek pengairan juga dijalankan oleh pemerintah untuk mengairi kawasan pertanian seperti
projek pengairan di Sichuan mengairi kawasan tanah pertanian seluas 2 juta hektar.

Kesuburan Tanah

1. Perkembangan masyarakat agraria di China dalam bidang petanian juga adalah disebabakan mereka
mempunyai pengetahuan dalam menjaga dan memelihara tahap kesuburan tanah. Untuk menjaga
kesuburan tanah, mereka menggunakan sistem penggiliran tanaman dan menggunakan baja asli yang
diperolehi daripada najis ternakan.

Peralatan Pertanian

1. Penciptaan dan penggunaan peralatan baru telah membawa kepada kemajuan yang pesat dalam
aktiviti pertanian di negara China, antaranya tenggala penabur benih, penyisir tanah, penggiling, kolar
kuda dan kereta sorong beroda dua.

2. Tenggala penabur benih digunakan untuk membina alur, parit atau lekuk memanjang di permukaan
tanah. Selain itu, alat ini juga digunakan untuk menabur benih dalam barisan yang lurus dan sekata.

3. Selain tenggala kayu, mereka turut mencipta peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling dan kolar
kuda. Kereta sorong beroda dua telah dicipta untuk memudahkan pengangkutan barang-barang atau
hasil pertanian. Peralatan-peralatan ini menyebabkan berlaku peningkatan yang amat ketara dalam
pengeluaran basil pertanian.

6
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

Kaedah Baru Pertanian

1. Peningkatan hasil pertanian juga berlaku kesan daripada pengenalan kaedah baru dalam bidang
pertanian, antaranya pengenalan sistem penanaman bergilir. Sistem ini telah diamalkan di China sejak
zaman Han lagi. Menerusi sistem penanaman bergilir, kesuburan tanah pertanian dapat dipelihara.

2. Di samping itu, kaedah pertanian yang lebih baik seperti tanaman dua pusingan dan pengkhususan
dalam tanaman juga diamalkan. Penggunaan kaedah-kaedah baru menyebabkan pembukaan tanah-
tanah baru untuk pertanian.

Kesimpulan, perkembangan dalam teknologi pertanian telah menyebabkan China telah mencapai
kemajuan yang pesat dalam ekonomi feudalisme dan berlaku peningkatan pengeluaran pertanian.

7
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

4. Jelaskan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke 16 hingga abad ke 17 Masihi

Pengenalan

1. Masyarakat maritim iaitu masyarakat yang menjalankan aktiviti berasaskan laut seperti perdagangan,
perikanan, pengumpulan hasil laut dan perkapalan. Masyarakatnya tinggal di pesisir pantai, lembah
sungai, pelabuhan atau Bandar pelabuhan.

2. Masyarakat maritim menjalankan aktiviti menangkap ikan dan mengumpul hasil laut. Masyarakat
maritim terdiri daripada golongan pedagang, nelayan, nahkoda , anak kapal dan peneroka .

3. Ciri masyarakat maritim Portugal sebagai kuasa maritim yang unggul sejak abad ke 15 masihi iaitu
kegiatan ekonomi, petempatan, teknologi perkapalan dan pelayaran, penjelajahan dan penerokaan dan
sifat ingin tahu.

Isi -isi

Kegiatan Ekonomi

1. Kegiatan ekonomi masyarakat maritim di Portugal ialah perdagangan. Ia di jalankan di pelabuhan


seperti Lisbon dan Antwerp. Portugal menggunakan Pelabuhan Antwerp sebagai pusat pengeksportan
dan pengeluaran barangan dagangan.

2. Masyarakat maritim melancarkan ekspedisi ke Timur untuk menguasai perdagangan rempah.


Pedagang Portugal memperolehi barang dagangan seperti rempah-ratus, sutera dan batu permata.

3. Bagi memudahkan perdagangan, Portugal melantik Casa Da India untuk menguruskan perdagangan
luar negara. Portugal berjaya memonopoli perdagangan lada hitam, kulit kayu manis dan bunga
cengkih .

4. Selain berdagang masyarakat maritim juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan, mengumpul hasil
laut dan mempunyai kemahiran membina kapal.

Kemajuan Pelabuhan

1. Masyarakat maritim Protugal memilik pusat pelabuhan dan perdagangan. Portugal mempunyai
pelabuhan utama di Lisbon dan Antwerp. Kedua-dua pelabuhan ini menjadi pusat perdagangan utama
di Eropah.

2. Portugal juga memiliki pelabuhan luar seperti Cochin, kapal-kapal dagang luar yang menggunakan
pelabuhan ini dan pantai Malabar dikehendaki menggunakan lesen Portugal.

3. Portugal juga mempunyai pusat pelabuhan di luar negara Portugsl antaranya pusat pelabuhan Portugal
di Tanzania dan Kenya membolehkan Portugal menguasai Lautan Hindi.

4. Penguasaan Portugal terhadap pelabuhan Melaka membolehkan Portugal menguasai


perdagangan denga Ceylon, Sumatera, Jawa dan Kepulauan Rempah. Pelabuhan Portugal di
Mozambique berfungsi sebagai pelabuhan persinggahan. Penguasaan Portugal di Brazil
menyebabkan ramai orang Portugis membuka petempatan baru di Sao Paulo dan Bahia.

Teknologi Perkapalan dan Pelayaran

1. Pelayar Portugal menguasai ilmu pelayaran. Masyarakat Portugal mahir dalam bidang teknologi
perkapalan seperti membina kapal Caravel yang boleh berlayar di lautan luas.

2. Akademi Laut di Sagres berfungsi memberi tunjuk ajar dan pengetahuan tentang ilmu pelayaran
kepada masyarakat Portugal. Tenaga pengajar dari luar diambil seperti ahli pelayaran, pakar
matematik, kartografi dan astronomi.

8
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

3. Masyarakat maritim mempunyai kemahiran menentukan arah pelayaran dengan menggunakan


kompas magnetik, astrolabe dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu nautika.

4. Hal ini telah menghasilkan ahli pelayaran terkenal Portugal seperti Alfonso De Albuquerque dan Vasco
da Gama.

Penjelajahan dan Penerokaan

1. Penjelajahan dan penerokaan didorong oleh Putera Henry. Beliau telah menubuhkan sekolah
pelayaran di Sagras. Ini membolehkan lahirnya ramai kelasi dan ahli pelayaran. Impaknya, Portugal
berjaya menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde, Afrika.

2. Kesannya, pada tahun 1487, Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Cape of Good Hope. 1497, Vasco
da Gama mengelilingi Tanjung Harapan sehingga ke Pantai Timur Afrika dan Malindi, sebelum tiba di
Kalikut, India pada 1499.

3. Pada tahun 1509, Lopez de Sequiera ke Melaka dan Alfonso de Albuquerque menjajah Melaka pada
1511. Pada tahun 1542, pedagang Portugal berjaya memasuki Jepun. Pada tahun 1557, pedagang
Portugal sampai ke Macau dan seterusnya ke beberapa negara di Amerika Selatan.

Sifat Ingin Tahu

1. Masyarakat maritim mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi menyebabkan mereka ingin
mengetahui adat resam, budaya dan sejarah masyarakat lain.

2. Semangat ingin tahu ini mendorong mereka mengkaji bentuk muka bumi, iklim dan cuaca sesuatu
tempat.

3. Masyarakat maritim di Portugal merupakan masyarakat yang berani menghadapi cabaran. Sebagai
contoh, ekspedisi yang di lancarkan oleh Ferdinand Magellan di mana beliau terpaksa menghadapi
cabaran kekurangan makanan dan kerosakan kapal. Beliau meneruskan perjalanan walaupun telah
didesak oleh anak kapal untuk berpatah balik. Ini menunjukkan Ferdinand Magellan merupakan tokoh
yang berani menghadapi pelbagai cabaran sepanjang pelayaran.

Kesimpulan, Portugal merupakan kuasa besar maritim pada abad ke 15 di Eropah. Portugal menjadi
masyarakat maritim yang hebat dan saling bersaing dengan British dan Belanda.

9
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

5. Huraikan kesan kemajuan perindustrian di England pada abad ke 18 Masihi.

Pengenalan

1. Kemajuan perindustrian bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu
ekonomi yang kompleks. Revolusi perindustrian berlaku dalam 2 tahap iaitu tahap pertama berlaku di
England pada tahap perama tahun 1760 – 1860.

2. Tahap kedua pula revolusi perindustrian telah berkembang ke bahagian barat benua Eropah, Amerika
Syarikat, Rusia dan Jepun antara tahun 1860 – 1914.

3. Revolusi Perindustrian juga memperlihatkan England berubah daripada negara agraria kepada negara
perindustrian telah menyebabkan berlakunya pertumbuhan kadar urbanisasi dan pertambahan
penduduk yang tinggi.

Isi -isi

Kesan dalam Pertanian

1. Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku perubahan dalam sistem pemilikan tanah. Sistem
Pemagaran Tanah Pertanian diperkenalkan menggantikan Sistem Tanah Terbuka.

2. Melalui Akta Pemagaran Tanah banyak tanah awam dijadikan tanah ladang yang lebih luas. Sistem
tanaman bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshed.

3. Dalam sistem penggiliran tanaman, tanah rang tidak wujud. Sebaliknya tanah rang ditanam dengan
tanaman rumput untuk mengekalkan kandungan nitrogen di dalam tanah.

4. Sistem pengurusan ladang yang teratur dan sistematik diperkenalkan oleh Coke of Holkham. Beliau
memberi sumbangan dalam kaedah menebus guna tanah pertanian. Beliau memperkenalkan tanaman
akar seperti lobak putih, parnsnip, swedes, dan mangolds.

5. Robert Bakewell memperkenalkan kaedah baharu dalam penternakan biri-biri dan lembu. Beliau
perkenalkan kaedah mempercepatkan pembesaran binatang ternakan dan menghasilkan baka biri-biri
yang terbaik.

6. Sistem pertanian campuran diperkenalkan yang melibatkan aktiviti pertanian dan penternakan. Petani
juga terlibat dalam menanam rumput dalam kawasan pertanian yang sama. Penglibatan dalam aktiviti
pertanian dan penternakan menambahkan pendapatan petani.

7. Kemajuan dalam pertanian menyebabkan wujud pelbagai kaedah baharu contohnya Jethro Tull telah
memperkenalkan alat penggali dan penabur benih. Alat ini digunakan untuk menggali lubang dan
menabur benih pada jarak tertentu. Kaedah ini juga memudahkan petani kerja menggemburkan dan
membersihkan tanah pertanian serta proses penanaman dalam dilakukan dalam masa yang singkat.

Kesan dalam Industri Tekstil

1. Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam industri tekstil. Penemuan mesin
baharu menyebabkan industri tekstil berkembang dengan pesat. Penciptaan mesin ini telah
meningkatkan pengeluaran kain kapas di England.

2. John Kay mencipta mesin penenun yang dikenali sebagai Flying Shuttle pada tahun 1733. James
Hargreaves mencipta mesin pemintal benang yang dikenali sebagai Spinning Jenny pada tahun 1765.

3. Perkembangan industri tekstil merupakan perusahaan tertua di England telah mendorong pengambilan
beribu-ribu tenaga kerja untuk menghasilkan barangan tekstil.

Kesan dalam Bidang Pengangkutan

1. Revolusi Perindustrian menyebabkan kemajuan dalam sistem pengangkutan. Sistem pengangkutan


yang baik disediakan bagi memudahkan pergerakan barangan dan pemasaran.

10
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

2. Antara tokoh yang memberikan sumbangan dalam pembinaan jalan raya ialah John Metcalf, Thomas
Telford, dan John McAdam.

3. Richard Trevithick mencipta lokomotif untuk menarik gerabak pada tahun 1801. Lokomotif berkuasa wap
direka oleh George Stephenson pada tahun 1825.

4. Pada tahun 1761, James Bridley telah membina Terusan Worsley untuk mengangkut arang batu ke
bandar perusahaan Manchester.

5. Kemajuan yang pesat dalam industri besi dan keluli telah membawa perkembangan dalam sektor
pengangkutan khususnya dalam pembinaan jalan kereta api.

Kesan Kemajuan Perindustrian

1. Perkembangan perindustrian dan pengangkutan menyebabkan permintaan besi dan keluli meningkat.
Perkembangan ini menyebabkan permintaan untuk bekalan arang batu turut meningkat.

2. Menjelang tahun 1860, England menguasai pengeluaran arang batu. Abraham Darby the Elder,
Abraham Darby the Younger, Henry Cort, Benjamin Hunstmen, Sir William Siemens, dan Sir Henry
Bessemer merupakan pelopor dalam pengeluaran bijih besi dan keluli.

Kesan Sosial

1. Perkembangan perindustrian menyebabkan berlaku pertambahan penduduk di England. Antara tahun


1800 dan 1850, bilangan penduduk di England meningkat dua kali ganda. Antara faktor yang
menyebabkan pertambahan penduduk adalah seperti peningkatan taraf hidup, kemajuan dalam
kesihatan, pengurangan kadar kematian, penghijrahan penduduk, dan migrasi penduduk.

2. Berlaku perubahan gaya hidup masyarakat. Ini menyebabkan ramai golongan muda berhijrah ke bandar
untuk mencari peluang pekerjaan. Suasana kehidupan di bandar telah menyebabkan ikatan
kekeluargaan mula merosot. Kejayaan seseorang individu ditentukan oleh bakat dan kekayaan yang
dimilikinya.

3. Selain itu juga, muncul bandar-bandar perusahaan akibat dari penghijrahan penduduk luar bandar ke
kawasan-kawasan perindustrian untuk bekerja di kilang. Antara bandar-bandar perusahaan yang
menjadi tumpuan penduduk ialah Manchester, Leeds, Liverpool, York dan Birmingham.

4. Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja. Ini berlaku akibat
dari peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi.
Perkembangan ini telah melahirkan golongan kelas menengah dalam masyarakat di England.

5. Selain itu, muncul kelas pekerja yang dikenali sebagai golongan proletariat. Mereka terdiri daripada
pekerja yang bekerja di kilang-kilang perindustrian. Golongan pekerja melancarkan gerakan yang
dikenali sebagai Gerakan Luddite bagi membantah penggunaan jentera di kilang-kilang.

6. Muncul masyarakat yang mengutamakan berilmu pengetahuan dan berpendidikan dan mereka terdedah
kepada unsur-unsur demokrasi, memperjuangkan hak asasi dan kebajikan golongan pekerja yang
bekerja di sektor perkilangan seperti David Ricardo memperjuangkan hak golongan pekerja di parlimen
England.

Kesan Ekonomi

1. Kemajuan perindustrian telah menyebabkan berlakunya perdagangan antarabangsa melibatkan industri


arang batu, jentera, tekstil, besi dan tembaga. Pengeluaran secara besar-besaran telah dilakukan.

2. Selain itu juga, berlaku perkembangan merkantilisme menyediakan kekayaan dan modal untuk
mempelopori revolusi perindustrian. Sistem merkantilisme menekankan pemberian latihan kemahiran
untuk pekerja-pekerja menerusi dasar apprentice. Dasar ini juga menyediakan ramai tenaga buruh mahir
yang terlatih .

11
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

3. Bagi meningkatkan perdagangan antarabangsa, England telah melaksanakan dasar perdagangan


bebas. Perkembangan perdagangan antarabangsa yang berasaskan perdagangan bebas telah
mendorong kemajuan ekonomi kapitalisme.

4. Pengkelasan masyarakat industri tergolong kepada dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja.
Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah, dan pengusaha lombong. Kelas pekerja pula
terdiri daripada buruh dan pekerja di kilang-kilang perindustrian. Contoh kumpulan kapitalis dan
pengusaha industri yang terkenal ialah James Watt (1736-1819) dan Matthew Boulton (1728-1808).

Eksploitasi Wanita dan Kanak-kanak

1. Kaum wanita dan kanak-kanak juga diambil untuk bekerja di kilang dan lombong arang batu. Ekspoiltasi
terhadap pekerja wanita dan kanak-kanak berlaku kerana tiada batasan had masa kerja. Buruh kanak-
kanak dipaksa bekerja di kilang selama 13 hingga 15 jam sehari.

2. Pada tahun 1833, kerajaan meluluskan Akta Kilang yang mengehadkan masa bekerja bagi kanak-kanak
di bawah umur 13 tahun selama lapan jam sehari.

3. Pada tahun 1842, Parlimen meluluskan Akta Lombong yang melarang kanak-kanak dan wanita bekerja
di lombong arang batu.

4. Pada tahun 1847, Akta Sepuluh Jam yang mengehadkan masa bekerja bagi wanita dalam industri tekstil
selama 10 jam sehari diperkenalkan.

Kesimpulan, kemajuan perindustrian telah memberikan kesan yang sangat mendalam kepada negara
England dalam bidang ekonomi. Perkembangan ini sekaligus meningkatkan kemajuan negara England
dalam bidang ekonomi.

12
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

6. Huraikan faktor-faktor perkembangan perindustrian kepada masyarakat Jerman pada abad ke


19 Masihi.

Pengenalan

1. Masyarakat Industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian. Masyarakat
ini dicirikan melalui pembahagian kerja dan hasil pengeluaran secara besar-besaran.

2. Masyarakat ini menggunakan mesin bagi menghasilkan pengeluaran mereka. Masyarakat Industri
Jerman yang berkembang pada abad ke-19 banyak didorongi oleh faktor seperti penyatuan Jerman.

Isi -isi

Penyatuan Jerman

1. Penyatuan Jerman telah menjadi asas kepada perkembangan sistem perindustrian pada abad ke-19M.
Ini kerana penyatuan ini menyebabkan Jerman muncul sebagai negara perindutrian yang utama di
Eropah.

2. Penyeragaman sistem mata wang, percukaian, sistem timbangan dan sukatan serta perundangan telah
merancakkan perkembangan perindustrian. Kemudahan sistem pengangkutan dan perhubungan
seperti jalan kereta api, jalan raya, telegraf dan pos memajukan lagi Jerman.

3. Tambahan pula berlakunya perpaduan politik akibat penyatuan Jerman telah menyebabkan Jerman
maju dalam bidang perindustrian.

4. Sememangnya tidak dinafikan penyatuan Jerman menjadi faktor terpenting Jerman muncul sebagai
masyarakt industri pada abad ke-19.

Kemajuan Pertanian.

1. Perkembangan kemajuan pertanian berkembang pesat selepas penyatuan Jerman. Selain itu banyak
karya-karya berkaitan pertanian diterbitkan. Contohnya Albrecht Thaer karya yang bertajuk Introduction
The Knowledge Of English Agriculture Principles Of Rational Agriculture pada tahun 1789.

2. Penggunaan teknologi moden dan kaedah saintifik memajukan lagi bidang pertanian. Di samping itu,
kerajaan telah menubuhkan sekolah pertanian khusus untuk kemajuan pertanian.

3. Ini membuktikan kemajuan bidang pertanian telah merancakkan lagi perkembangan Jerman.

Kemajuan Penyelidikan

1. Bidang penyelidikan telah memajukan penyelidikan di Jerman. Pembinaan makmal-makmal


penyelidikan yang dibuka oleh syarikat-syarikat kimia dan eletrik di Jerman telah merangsangkan lagi
perindustrian.

2. Ahli-ahli kimia dan fizik memainkan peranan dengan melakukan penyelidikan, menghasilkan ciptaan-
ciptaan dan teknologi-teknologi baru.

3. Kesannya Jerman muncul sebagai pelopor bidang kimia dan elektrik pada akhir abad ke-19 seperti
Simons and Martin dan General Electronic.

4. Tidak dinafikan peranan para penyelidik memajukan lagi bidang perindustrian di Jerman.

Penubuhan Koperasi.

1. Koperasi di Jerman berperanan sebagai pemberi bantuan kewangan kepada penduduk untuk
melibatkan diri dalam memajukan bidang perindustrian.

2. Kemunculan Kesatuan Kredit seperti Kesatuan Kredit Schulze Delitzch juga bertindak sebagai pemberi
bantuan kewangan kepada penduduk yang terlibat dengan bidang perindustrian.

13
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

3. Terdapat 25000 kesatuan kredit di Jerman sehingga tahun 1911.

4. Ini jelas membuktikan penubuhan koperasi menjadikan Jerman negara yang maju dalam bidang
perindustrian

Penghijrahan Penduduk.

1. Penyatuan Jerman menyebabkan berlakunya penghijrahan beramai-ramai penduduk ke bandar.


Buktinya pada tahun 1871 seramai 100,000 penduduk tinggal di lapan bandar utama Jerman.

2. Kesannya proses perbandaran di Jerman berlakunya dengan pesat. Pada tahun 1910 terdapat 48
buah bandar yang muncul di Jerman. Antara bandar perusahaan di Jerman ialah Saxony, Ruhr,
Silesia dan Berlin.

3. Jelaslah kebanjiran penduduk di bandar menyebabkan masalah tenaga buruh tidak menjadi masalah
utama untuk keperluan perindustrian di Jerman

Kekayaan Bahan Mentah.

1. Jerman kaya dengan bahan mentah semula jadi seperti arang batu, bijih besi dan bijih timah.

2. Perlombongan arang batu dan bijih besi banyak terdapat di Lembah Ruhr, Lorraine dan Silesia.

3. Jerman mengeluarkan 25 juta tan arang batu (1875) meningkat kepada 287 juta tan (1913). Pada tahun
1872 Jerman telah mengeksport 1.92 juta tan bijih besi ke Eropah.

Kesimpulan, kemajuan bidang perindustrian di Jerman pada abad ke-19 banyak didorong oleh faktor-faktor
tersebut. Kejayaan ini akhirnya menjadikan Jerman sebagai satu kuasa besar dunia.

14
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

7. Huraikan peranan pembesar dari segi politik dan sosioekonomi


di China pada zaman Dinasti Ming.

8. Bincangkan dasar pemerintahan politik dan ekonomi yang


dilaksanakan oleh Tsar Nicolas II pada tahun 1894 hingga 1917.

9. Bincangkan struktur pemerintahan kerajaan Republik Perancis


ketiga pada tahun 1876 hingga 1945

10. Sejauhmanakah amalan rasuah dalam kalangan pegawai


kerajaan menyumbang kejatuhan sistem pembesar di China
pada abad ke 16 hingga abad ke- 20 Masihi.

11. Bincangkan usaha Tsar Peter The Great (1689-1725) di Rusia


dari aspek pemerintahan, peraturan Baharu, kehakiman dan
ketenteraan.

15
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

7. Huraikan peranan pembesar dari segi politik dan sosioekonomi di China pada zaman Dinasti
Ming.

Pengenalan

1. Pembesar merupakan tulang belakang maharaja dan diberikan kuasa untuk membantu raja
menjalankan pemerintahan baik di peringkat pusat atau wilayah. Mereka diberikan hak untuk
menjalankan pentadbiran dan membentuk pasukan tentera masing-masing.

2. Selain itu pembesar juga berperanan menggubai undang-undang dan menetapkan dasar negara.
Pembesar semasa Dinasti Ming mestilah mereka yang lulus dalam peperiksaan awam China.
Pembesar memainkan peranan yang penting dari segi politik, sosial dan ekonomi semasa Zaman
Dinasti Ming.

Isi -isi

Pentadbiran.

1. Pembesar akan membantu maharaja menjalankan pentadbiran di peringkat pusat dan wilayah. Mereka
juga berperanan mencadangkan pelantikan dan pemecatan pegawai-pegawai kerajaan.

2. Selain itu, pembesar akan memegang jawatan-jawatan penting dalam jabatan seperti Jabatan Awam,
Jabatan Hukuman, Jabatan Perkhidmatan dan Jabatan Upacara dan adat istiadat. Terdapat juga
pembesar yang memegang jawatan sebagai gabenor dan majistret.

3. Mereka ini akan dibantu oleh pesuruhjaya-pesuruhjaya kewangan, kehakiman dan ketenteraan. Ini
jelas membuktikan pembesar melicinkan lagi pentadbiran China semasa pemerintahan Dinasti Ming.

Perundangan.

1. Peranan pembesar dalam perundangan ialah membantu maharaja menggubal undang-undang.

2. Selain itu mereka juga bertindak sebagai penetap dasar-dasar negara. Pembesar akan memastikan
arahan perintah raja dipatuhi.

3. Mereka juga berperanan sebagai penyedia draf undang-undang dan warkah diraja. Tugas ini digalas
oleh pembesar Sekretariat Agung .Tegasnya peranan pembesar dalam bidang perundangan dapat
mewujudkan keamanan dan kemakmuran di China.

Kehakiman.

1. Pembesar diberi kuasa untuk memebicarakan kes-kes di peringkat pusat dan wilayah. Lembaga
Keadilan ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal kehakiman.

2. Pembesar yang menganggotai Lembaga Keadilan berkuasa menjatuhkan hukuman, mempunyai kuasa
mengampun dan membicarakan kes-kes rayuan.

3. Pesuruhjaya kehakiman dilantik untuk mengendalikan hal-hal kehakiman di peringkat provinsi. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa pembesar di China mewujudkan keadilan kepada masyarakat China
semasa pemerintahan Dinasti Ming.

Ekonomi.

1. Pembesar bertindak sebagai penasihat kewangan dan percukaian kepada maharaja. Mereka
menganggotai Lembaga Hasil dalam negara yang berperanan sebagai pengutip cukai dan
menguruskan pendaftaran tanah. Sebahagian hasil cukai akan diserahkan kepada maharaja.

2. Di peringkat provinsi pengurusan hal ehwal kewangan di bawah bidang Pesuruhjaya. Ada juga dalam
kalangan mereka yang menguruskan garam, cukai dan bijirin.

16
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

3. Justeru itu, pembesar amat penting dalam memajukan bidang ekonomi di China dan membawa
kemakmuran negara.

Keagamaan.

1. Pembesar-pembesar yang dilantik memainkan peranan sebagai ketua agama di peringkat wilayah.
Mereka ini akan menguruskan hal ehwal agama dan mengetuai upacara kerohanian yang diadakan.

2. Manakala pembesar-pembesar pusat dilantik mengetuai Lembaga Upacara yang berperanan


mengendalikan upacara diraja dan upacara korban.

3. Tegasnya pembesar telah memainkan peranan sebagai ketua agama di jajahan mereka seperti yang
diamanahkan oleh maharaja.

Pendidikan.

1. Golongan pembesar di China terdiri daripada golongan cerdik pandai yang berperanan dalam bidang
pendidikan.

2. Pembesar bertanggungjawab mengendalikan sistem peperiksaan perkhidmatan awam dan


menguruskan Akademi Hanlin. Akademi ini bertugas sebagai penyelenggara kitab-kitab dan
ensiklopedia Dinasti Ming.

3. Mereka akan mengumpul maklumat mengenai pemerintah Dinasti Ming dan menerbitkannya. Oleh itu,
peranan pembesar dalam bidang ini mampu membentuk masyarakat yang berilmu pengetahuan di
China.

Kesimpulan, tidak dinafikan peranan pembesar amat penting dalam menjamin kedaulatan pemerintahan
mutlak Dinasti Ming di China pada abad ke-16 hingga 20 Masihi. Namun begitu peranan pembesar mula
berkurangan sehingga membawa kepada kejatuhan sistem pemerintahan beraja monarki di China.

17
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

8. Bincangkan usaha Tsar Peter The Great (1689-1725) di Rusia dari aspek pemerintahan,
peraturan baharu, kehakiman dan ketenteraan.

Pengenalan

1. Tsar Peter Agung merupakan pemerintah Rusia antara tahun 1689 hingga 1725 selama 36 tahun.
Sepanjang pemerintahannya, beliau telah melakukan pelbagai pembaharuan dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial dan keagamaan.

2. Sebelum menaiki takhta, beliau mengembara ke negara-negara Eropah Barat seperti Jerman, Belanda,
Austria, Britain dan Perancis. Kemajuan yang dicapai oleh negara-negara tersebut mendorong Tsar
Peter Agung untuk melakukan pembaharuan bagi memajukan Rusia.

3. Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung bagi mengukuhkan pemerintahan
monarki mutlak di Rusia dalam pemerintahan, undang-undang, kehakiman dan ketenteraan.

Isi -isi

Pembaharuan Dalam Pemerintahan.

1. Semasa pemerintahan Tsar Peter Agung, sistem pemerintahan Rusia telah disusun semula. Beliau
mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang cekap dan teratur.

2. Menyusun semula sistem pentadbiran Rusia yang diwarisi sejak era Moscow dan Dinasti Rurik. Badan
yang bertanggungjawab membantu pemerintahan dan pentadbiran diperkenalkan. Beliau melakukan
rombakan dalam institusi pentadbiran seperti Duma, Zemski Sobor dan Prikazi. Pada tahun 1711,
Duma dan Zemskii Sobor digantikan dengan Majlis Senat.

3. Beliau menubuhkan badan perundangan yang dikenali sebagai Colleges untuk mengurangkan beban
tugas anggota Senat. Jelas, pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung mengukuhkan lagi
kedudukannya sebagai pemerintah berkuasa mutlak di Rusia.

4. Peter The Great telah berusaha untuk mencari jalan baru untuk meluaskan empayar Rusia. Hal ini
kerana jalan yang biasa digunakan tidak sesuai iaitu Laut Artik yang mengalami suhu takat beku
sepanjang tahun dan menghalang keluar masuk kapal-kapal Rusia. Tegasnya Peter The Great berjaya
membentuk empayar yang luas di Rusia semasa pemerintahannya.

Peraturan Baharu

1. Bagi mengukuhkan pemerintahannya, Peter The Great telah memperkenalkan beberapa undang-
undang . Pada zaman Moscow tanah tak alih telah dibahagikan sama rata dalam kalangan anak lelaki
selepas pemilik meninggal dunia, hal ini telah menyebabkan peningkatan bilangan golongan
bangsawan dan sukar dikawal.

2. Maka pada tahun 1714, Peter The Great mengeluarkan dikri kepada seorang anak lelaki sahaja, jika
tiada anak lelaki diserahkan kepada anak perempuan, jika tiada anak perempuan diserahkan kepada
saudara waris.

3. Bagi meningkatkan pendapatan negara, Perbendaharaan Negara dipertanggungjawabkan membantu


membiayai peperangan. Peter The Great memperkenalkan pelbagai cukai seperti cukai barang
keperluan seperti madu, ikan tepung, cukai kepala petani dan hamba sebanyak 70 hingga 80 kopecks
dan cukai kepala golongan professional dan aristokrat sebanyak 1 rouble atau 20 kopecks dan dibayar
dalam bentuk tunai.

4. Pengenalan kaedah banci telah diperkenalkan tahun 1719 untuk mengetahui jumlah keseluruhan
rakyat Rusia bagi melancarkan kutipan cukai. Pada tahun 1719 seramai 5, 570 000 orang awam telah
membayar cukai dan pada tahun 1724 seramai 169 000 dari orang awam tinggal di bandar besar.

5. Merombak institusi gereja dengan cara mengurangkan kuasa gereja dan Peter The Great mengambil
alih semuanya. Beliau mempraktikkan kekuasaanya terhadap institusi gereja dengan tidak melantik
pengganti ketua gereja Kristian Ortodoks iaitu Patriarch,apabila meninggal dunia.

18
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

6. Selepas 21 tahun memerintah, Peter The Great telah memperkenalkan Holy Syod yang bertujuan
mengambil alih tugas Patriarch dan melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi Holy Syod. Biskop dipilih
oleh kerajaan pusat untuk menganggotai Holy Syod. Peter The Gerat bertindak menutup Biara kecil
dan Biara besar .

7. Peraturan Penampilan diri masyarakat Rusia. Pegawai tinggi diarah cukur janggut dan berpakaian ala
Jerman dan Hungary. Peraturan ini juga diwajibkan kepada semua masyarakat Rusia kecuali petani
dan institusi gereja, jika enggan cukur janggut mesti didenda.

8. Selain itu juga, Peter The Great mewajibkan menghisap curut dan menggalakkan percampuran dan
pergaulan bebas lelaki dan wanita dalam sebarang temasya atau pesta yang diadakan

Kehakiman.

1. Prinsip perundangan barat digunakan dalam sistem pendidikan undang-undang di Rusia. Sebagai
contoh. Hakim dan majistret diletakkan bebas daripada jabatan- jabatan kerajaan yang lain.

2. Bagi menjamin keadilan, semua lapisan masyarakat diiktiraf sama taraf. Perbicaraan dijalankan secara
terbuka dan sistem pembicaraan yang menggunakan sistem juri diperkenalkan.

3. Ini jelas membuktikan kejayaan Peter The Great mewujudkan sistem perundangan yang adil terhadap
penduduk di bawah pemerintahannya.

Ketenteraan.

1. Kedudukan Rusia yang sering terancam menyebabkan Peter The Great mengukuhkan pertahanan
melalui ketenteraan. Peter telah mengambil langkah-langkah untuk membina pasukan tentera yang
kuat.

2. Matlamat utama beliau ialah menangkis serangan musuh, mematahkan pemberontakan dalam negeri
dan meluaskan jajahan takluk.

3. Pada tahun 1695, Peter melancarkan serangan untuk menguasai kubu tartar di Azov. Peter The Great
juga telah berjaya menewaskan tentera Sweden dalam pertempuran di Poltova. Baginda berjaya
menguasai Livonia, Estonia, Ingria dan Karelia daripada Sweden melalui Perjanjian Nystadt.

4. Peter The Great telah maningkatkan peruntukan untuk ketenteraan. Beliau telah memastikan
belanjawan pusat memberi tumpuan kepada pertahanan negara dan sebahagian besar hasil
perbendaharaan adalah untuk ketenteraan.

5. Kekuatan ketenteraan pada zaman Peter Agung telah menyebabkan Rusia menjadi empayar terkuat
di Eropah pada abad ke-18 Masihi.

Kesimpulan, kejayaan Peter The Great mewujudkan sistem pemerintahan yang sistematik telah membawa
perubahan yang besar kepada Rusia. Kepimpinannya telah membawa Rusia sebagai negara yang mampu
bersaing dengan negara-negara Eropah yang lain.

19
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

9. Bincangkan struktur pemerintahan kerajaan Republik Perancis ketiga pada tahun 1876 hingga
1945.

Pengenalan

1. Republik Ketiga Perancis ditubuhkan pada tahun 1875 dan berlanjutan sehingga Perang Dunia Kedua
1945.

2. Struktur pemerintahan Republik Ketiga Perancis terdiri daripada Parlimen dan Kabinet. Setiap badan
mempunyai bidang tugas dan peranan masing-masing.

Isi -isi

Parlimen.

1. Merupakan badan tertinggi semasa pemerintahan Republik Ketiga di Perancis. Parlimen mempunyai
bidang tugas untuk membincangkan dan mengemukakan resolusi berhubung dengan sebarang
permasalahan yang dikemukakan.

2. Hal ehwal kewangan hanya dibincangkan dalam Dewan Perwakilan yang berkuasa dalam menggubal
dan meluluskan undang-undang.

3. Anggota Dewan Senat dan Dewan Perwakilan terlibat dalam pemilihan Presiden. Tegasnya kewujudan
Parlimen dapat memudahkan lagi sistem pemerintahan Republik Ketiga di Perancis.

Dewan Senat.

1. Dewan Senat mempunyai 300 orang anggota iaitu 75 orang dilantik oleh Perhimpunan Kebangsaan dan
memegang jawatan ini seumur hidup.

2. Anggota Dewan Senat memegang jawatan selama 9 tahun. 100 anggota Dewan Senat akan ditukar 3
tahun sekali. Hal ini membuktikan peranan Dewan Senat mampu mewujudkan pentadbiran yang
sistematik di Perancis.

Dewan Perwakilan.

1. Anggota Dewan Perwakilan mempunyai anggota yang ramai iaitu 584 orang anggota dan berkhidmat
untuk tempoh 4 tahun.

2. Pemilihan anggota Dewan Perwakilan hanya melibatkan golongan dewasa sahaja. Jelaslah bahawa
Dewan Perwakilan membantu perjalanan sistem pentadbiran Republik Ketiga Perancis.

Presiden.

1. Jawatan Presiden dipilih setiap tujuh tahun sekali yang dilakukan dalam mesyuarat yang hanya dihadiri
dan diputuskan melalui undi anggota Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.

2. Antara bidang tugas Presiden ialah bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan


menandatangani perjanjian dengan negara-negara lain. Presiden juga mempunyai kuasa membubarkan
Parlimen dan mengarahkan pilihanraya diadakan semula.

3. Selain itu, Presiden mengetuai pasukan tentera laut, tentera udara serta tentera darat Perancis. Oleh
itu Presiden bertanggungjawab menjadikan Republik Ketiga Perancis sebagai sebagai sebuah
pemerintahan yang kukuh dan berdaulat.

Kabinet.

1. Kabinet Perancis diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang dilantik oleh Presiden yang dipilih
daripada kalangan anggota Dewan Perwakilan dan mendapat sokongan majoriti Parlimen.

20
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

2. Manakala ahli-ahli kabinet pula dilantik oleh Perdana Menteri. Antara fungsi Kabinet ialah merangka
dasar pentadbiran negara dan membuat keputusan dalam isu-isu penting. Kabinet turut mempunyai
kuasa memeterai dan menolak sebarang perjanjian dengan negara lain.

3. Di samping itu, Kabinet juga bertanggungjawab melantik pegawai-pegawai kerajaan dan


menguatkuasakan undang-undang negara. Kabinet juga mengawal dan mengawasi pasukan tentera
laut, tentera udara dan tentera darat. Ini membuktikan kabinet memainkan peranan penting dalam
mewujudkan pentadbiran yang sistematik kerajaan Republik Ketiga Perancis.

Kesimpulan, struktur organisasi pemerintahan kerajaan Republik Ketiga Perancis teratur dan bersistematik.
Sistem ini dijadikan contoh dan digunapakai oleh negara -negara lain sehingga kini seperti Amerika Syarikat.

21
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

10. Sejauhmanakah amalan rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan menyumbang kejatuhan
sistem pembesar di China pada abad ke 16 hingga 20 masihi.

Pengenalan

1. Sistem pembesar atau hulubalang telah diperkenalkan dalam institusi pemerintahan beraja di China.
Golongan pembesar atau hulubalang ditakrifkan sebagai segolongan pegawai pentadbiran yang
digunakan untuk membantu raja atau maharaja mengendalikan urusan negara.

2. Golongan ini dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat pusat, wilayah, daerah dan
kampung. Sistem pembesar di China berlandaskan ajaran Confuciunisme sesuai dengan amalan sistem
pemerintahan maharaja.

3. Sistem pembesar telah diamalkan pada dinasti terakhir iaitu Dinasti Manchu (1644-1911). Pada akhir
abad ke-20, sistem pembesar mengalami kejatuhan dan kemerosotan. Amalan rasuah dalam sistem
pembesar semasa pemerintahan Dinasti Ching telah membawa kepada kemerosotan tanggungjawab
pembesar. Amalan rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan menyumbang kepada kejatuhan sistem
pembesar di China pada abad ke 16 hingga abad ke 20 masihi di samping beberapa faktor lain.

Isi -isi

Rasuah dalam Kalangan Pegawai Kerajaan

1. Faktor penting yang menyumbang kepada kejatuhan sistem pembesar di China pada abad ke 16 hingga
20 masihi ialah amalan rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan. Keadaan ini berlaku apabila negara
China tidak dapat menambahkan perbendaharaan negara.

2. Hal ini berlaku kerana kedudukan kewangan China yang semakin merosot akibat bayaran bebanan
hutang, perbelanjaan pertahanan dan bayaran ganti rugi kepada negara barat. Kesannya, pegawai
kerajaan China menerima gaji yang sedikit dan terpaksa menerima rasuah yang diberikan oleh pihak
tertentu bagi mendapatkan wang tambahan untuk memenuhi keperluan hidup seharian.

3. Tindakan ini semakin berleluasa dan berlanjutan akibat masalah kewangan semakin meruncing pada
akhir pemerintahan Dinasti Ching. Keadaan ini jelas berlaku dalam kegiatan harian pegawai kerajaan
Ching. Setiap tugas yang diarahkan oleh maharaja bukan lagi untuk menjaga kebajikan penduduk
tempatan atau wilayah yang diperintah oleh pegawai Kerajaan. Hal ini demikian kerana setiap tugasan
yang mereka lakukan harus diberi hadiah.

4. Amalan rasuah yang berleluasa menyebabkan berlaku ketirisan dalam sumber pendapatan seterusnya
tidak dapat menambahkan perbendaharaan negara. Oleh itu, amalan rasuah menyebabkan masalah
kewangan semakin meruncing pada akhir pemerintahan Dinasti Ching.

Kemerosotan Nilai Etika dan Moral Confuciunisme

1. Faktor lain ialah kemerosotan nilai etika dan moral Confuciunisme dalam kalangan pegawai kerajaan.
Kemerosotan nilai etika dan moral confuciunisme dalam kalangan pegawai kerajaan atau pembesar ini
berterusan apabila China membuka pintu negaranya kepada perdagangan luar.

2. Apabila perdagangan luar dengan kuasa barat seperti Portugal, British, Sepanyol dan sebagainya
dibenarkan dijalankan di Canton, ini telah memberi peluang pendapatan yang besar kepada golongan
pegawai kerajaan.

3. Salah satunya, pegawai kerajaan telah mengena cukai yang tinggi terhadap pedagang asing ke atas
barangan import dan eksport bergantung kepada jumlah perdagangan mereka. Kebanyakan hasil
kutipan ini masuk ke dalam kocek pegawai tersebut.

4. Pegawai kerajaan turut membenarkan barangan import dipasarkan di China walaupun tanpa
menimbang kesan pro dan kontra barang dagangan pedagang asing. Misalnya, candu.

5. Pada abad ke-19, kemasukan candu secara meluas yang didagangkan oleh Britain telah mempengaruhi
perkhidmatan pegawai kerajaan Dinasti Manchu. Ini kerana ramai pegawai kerajaan telah ketagih
dengan candu sehingga menjejaskan mutu perkhidmatan mereka seperti ketidakcekapan dalam
pentadbiran, mengamalkan rasuah dan membuat penyelewengan, malas bekerja serta mengabaikan
tugas.

22
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

6. Natijahnya, situasi ini memperlihatkan sikap tamak pegawai kerajaan dan mementingkan keuntungan
semata-mata dengan mengenakan cukai yang tinggi. Jelaslah kemerosotan nilai etika dan moral
Confuciunisme dalam kalangan pegawai kerajaan telah menyumbang kepada kejatuhan sistem
pembesar di China.

Konsep taat setia ditukar ganti dengan material

1. Faktor seterusnya ialah konsep taat setia ditukar ganti dengan material. Keadaan ini jelas berlaku dalam
kegiatan harian pegawai kerajaan Ching. Setiap tugas yang diarahkan oleh maharaja bukan lagi untuk
menjaga kebajikan penduduk tempatan atau wilayah yang diperintah oleh pegawai kerajaan kerana
setiap tugasan yang mereka lakukan harus diberi hadiah.

2. Konsep taat setia kepada kerajaan pusat dalam kalangan pegawai kerajaan sudah ditukar ganti dengan
material atau ganjaran. Misalnya, seorang gabenor yang ditugaskan memerintah wilayah akan mengutip
cukai dan kemudiannya menyerahkan sebahagian kutipan tersebut kepada perbendaharaan negara.

3. Lebihan kutipan cukai tersebut akan digunakan oleh Gabenor untuk dibahagi-bahagikan antara
pegawai-pegawai di bawahnya. Pembahagian hasil kutipan ini dirasakan tidak mencukupi oleh pegawai-
pegawai wilayah, maka mereka mengambil peluang yang ada dengan menambah kutipan sendiri.

4. Tambahan lagi, terdapat pegawai-pegawai yang menyelewengkan wang kerajaan. Natijahnya, situasi
ini menyusahkan penduduk dan bertentangan dengan adat dan tradisi yang mereka amalkan. Malahan
turut memburukkan kehidupan masyarakat dan golongan petani sehingga mereka bangkit
memberontak.

5. Justeru, konsep taat setia dalam kalangan pembesar kepada kerajaan pusat yang ditukar ganti dengan
material telah menyumbang kepada kejatuhan sistem pembesar di China.

Pembesar yang dilantik tidak melalui saringan yang ketat

1. Faktor kejatuhan sistem pembesar yang seterusnya ialah pembesar yang dilantik tidak melalui saringan
yang ketat. Pada abad ke-16, sistem peperiksaan awam menjadikan ajaran klasik Confucius sebagai
elemen utama dan mereka yang ingin memasuki peperiksaan perlu bermula daripada peperiksaan
tempatan, jika lulus akan memasuki peringkat daerah dan wilayah, dan seterusnya ke negeri. Mereka
yang lulus dalam peperiksaan awam akan diserap menjadi pembesar di China.

3. Golongan terpelajar (sarjana) mempunyai darjat yang tinggi dan pemilihan pembesar lebih
mementingkan pendidikan Confucius berbanding kepada latar belakang pelajar yang berkemungkinan
berlatar belakangkan ketenteraan atau berkedudukan.

4. Malahan, sistem peperiksaan awam dikawal dengan ketat, peperiksaan dijalankan secara kompetitif dan
mereka dilarang meniru. Jika yang didapati meniru atau menipu akan dikenakan hukuman iaitu hukuman
mati dan beberapa larangan terhadap sebarang bentuk perubahan bagi mengekalkan keaslian tradisi
China.

5. Namun pada akhir abad ke-18, pemilihan pembesar tidak lagi melalui saringan yang ketat seperti mana
pelaksanaannya sebelum ini. Ini disebabkan wujud nepotisme di kalangan pegawai atasan untuk
melantik dalam kalangan keluarga walaupun tidak layak terpilih sebagai pegawai kerajaan.

6. Selain itu, pegawai kerajaan turut menyalah gunakan kuasa atas kepentingan peribadi dan
mengamalkan rasuah dalam tujuan pemilihan tersebut. Akibatnya, pada tahun 1842, kegagalan memilih
pegawai kerajaan yang layak menyebabkan kerajaan China tidak mempunyai pegawai kerajaan yang
cekap dalam pentadbiran negara. Oleh itu, pembesar yang dilantik tanpa melalui saringan yang ketat
menyebabkan mereka gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Kandungan sistem peperiksaan awam yang tidak relevan.

1. Faktor lain adalah kandungan sistem peperiksaan awam yang tidak sesuai untuk pelantikan pegawai
kerajaan. Pembesar-pembesar yang dilantik berdasarkan sistem peperiksaan awam tidak diuji
kebolehan mentadbir negara.

23
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

2. Hal ini amat jelas sekali dalam kandungan sistem peperiksaan awam yang berteraskan kepada ajaran
Confucius Klasik dan pemikiran ahli-ahli falsafah seperti Confucius, Lao-tze, Chuang Tzu dan pendeta-
pendeta agama Buddha yang hanya berkenaan dengan hal-hal yang berkaitan dengan perkara-perkara
klasik sahaja. Misalnya, pembesar didedahkan bahawa mereka mempunyai kuasa mutlak dalam bidang
eksekutif, perundangan dan kehakiman.

3. Sedangkan semasa memerintah, pembesar-pembesar harus menghadapi dunia realiti yang penuh
dengan cabaran bukan seperti yang terkandung dalam ajaran klasik sahaja. Contohnya, ketika pegawai
kerajaan berusaha menyelesaikan masalah candu, keputusan untuk mengadakan persengketaan
secara terbuka dengan British bukanlah satu keputusan yang bijak. Akhirnya membawa kepada
pendedahan negara China kepada Barat dan menyebabkan punca kejatuhan Dinasti Ching.

4. Ini bermakna kandungan peperiksaan awam berdasarkan ajaran confucius kurang relevan dengan dunia
realiti. Buktinya, kandungan sistem peperiksaan awam yang diikuti oleh pembesar sangat bertentangan
dengan soal hal pentadbiran negara. Natijahnya, pembesar tidak tahu asas sebenar cara untuk
mentadbir negara.

5. Maka, jelaslah kandungan sistem peperiksaan awam yang tidak relevan menyebabkan pegawai
kerajaan yang dilantik kurang berpengalaman untuk mentadbir negara yang seterusnya menjadi
penyebab kejatuhan sistem pembesar di China pada abad ke 16 hingga 20 masihi

Penyalahgunaan dan Perebutan Kuasa

1. Faktor seterusnya ialah penyalahgunaan dan perebutan kuasa dalam kalangan pembesar. Sebilangan
besar daripada golongan pembesar atau hulubalang ini cuba berpaling tadah dan enggan tunduk di
bawah kuasa maharaja. Sebaliknya mereka mula membebaskan diri daripada penguasaan kerajaan
pusat di Peking. Keadaan yang berlaku ini adalah didorong oleh pengaruh dan kekuasaan mereka yang
lebih mantap kerana memiliki angkatan tentera sendiri yang begitu setia serta menguasai punca
ekonomi di wilayah masing-masing.

2. Wujud juga persaingan di kalangan hulubalang untuk merebut kuasa menguasai pemerintahan kerajaan
pusat. Persaingan ini hanya menambahkan lagi kerumitan politik yang sedia berlaku di negara China
yang seterusnya mengundang kemusnahan sesama mereka. Situasi ini berlaku di negara China di
bawah pemerintahan Dinasti Manchu.

3. Jelaslah, persaingan kuat yang tercetus di kalangan mereka telah membawa kepada kejatuhan sistem
pembesar dan kemusnahan dinasti tersebut.

Perbendaharaan Negara China Merosot

1. Faktor terakhir ialah perbendaharaan negara China merosot.Perbendaharaan China merosot


disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah kerajaan China terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan untuk menambahkan peralatan senjata bagi meningkatkan pertahanan negara akibat
berlakunya peperangan.

2. Bukan itu sahaja, China terpaksa menanggung bayaran ganti rugi kepada Barat dan pemberhentian
sumbangan dari wilayah-wilayah yang mengalami kebuluran dan pemberontakan. Natijahnya, maharaja
China telah meningkatkan kadar pungutan cukai dalam perdagangan dan hasil pertanian untuk
menanganinya.

3. Jelaslah bahawa, sistem kewangan negara China yang semakin berkurangan menyebabkan kejatuhan
sistem pembesar.

Kesimpulan, sistem pembesar di China telah mengalami kejatuhan yang signifikan disebabkan oleh
pelbagai faktor seperti amalan rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan. Revolusi 1911 telah menamatkan
pemerintahan Dinasti Ching, kejatuhan kuasa maharaja, dan seterusnya menamatkan kerajaan feudal yang
telah memerintah selama 267 tahun di China. Penamatan pemerintahan Dinasti Ching turut menghapuskan
sistem pembesar di China. Pemerintahan telah diganti dengan sistem pemerintahan bercorak republik dan
kemudiannya komunis.

24
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

11. Bincangkan dasar pemerintahan politik dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Tsar Nicolas II
pada tahun 1894 hingga 1917.

Pengenalan

1. Nama sebenar beliau ialah Nikolai Alexandrerich Demorau. Nicholas II lahir pada 6 Mei 1868. Beliau
merupakan pemerintah yang terakhir sistem beraja di Rusia dan merupakan pemerintah yang paling
lemah serta tidak mengambil langkah-langkah untuk memodenkan Rusia. Beliau telah meninggal dunia
pada 17 Julai 1918 di Yekaterinburg, Rusia.

2. Beliau mengamalkan pemerintahan bercorak autokratik seperti yang telah dilakukan oleh ayahnya Tsar
Eritch Aleksander III. Tsar Nicholas II gagal memahami dan mengatasi masalah-masalah yang berlaku
dalam negara semasa pemerintahannya. Terdapat beberapa dasar pemerintahan politik dan ekonomi
yang dilakukan oleh Tsar Nicholas II pada tahun 1894 hingga 1917.

Isi -isi

Membendung Kebangkitan Gerakan Politik Baharu

1. Antara dasar pemerintahan yang dilakukan oleh Tsar Nicholas II ialah membendung kebangkitan
gerakan politik baharu. Nicholas II menghadapi gerakan politik baharu di Rusia seperti kemunculan Parti
Buruh Sosial Demokrasi yang ditubuhkan pada tahun 1898 di Switzerland. Antara pemimpin yang
terkenal ialah Vladimir Ilyich Lenin.

2. Dalam tempoh dua minggu ditubuhkan, polis Rusia telah menangkap pemimpin-pemimpin Parti Buruh
Sosial Demokrat. Penangkapan ini diarahkan oleh Nicholas II kerana tidak mahu penyebaran idea yang
menggugat kedudukannya sebagai Tsar yang berkuasa autokratik.

3. Namun, Nicholas II tidak mampu membendung penyebaran fahaman Marxisme di Rusia. Semasa dalam
tahanan penjara, Lenin telah menggunakan masanya untuk mendalami teori Karl Marx. Lenin juga
membaca hasil penulisan Chernyshevsky dan Nechaev. Tegasnya, membendung kebangkitan gerakan
politik baharu adalah dasar pemerintahan Tsar Nicholas II.

Menghadapi Kebangkitan Revolusi 1905

1. Seterusnya, Tsar Nicholas II turut menghadapi Kebangkitan Revolusi 1905. Peristiwa ini juga dikenali
sebagai Peristiwa Ahad Berdarah yang menyumbang kepada Revolusi 1905. Peristiwa ini berlaku
semasa Paderi Gapon membawa petisyen kepada Nicholas II di Winter Palace yang ditandatangani
oleh 15 000 orang.

2. Semasa perarakan tersebut sampai di istana, Tsar tidak ada wakilnya untuk menerima memorandum.
Malangnya, perkumpulan masyarakat untuk menyampaikan petisyen kepada Nicholas II di luar istana
Winter Palace hanya sia-sia kerana Nicholas II tiada sebaliknya berada di Tsar Skoe, di luar St.
Petersburg.

3. Oleh yang demikian, daripada perkumpulan masyarakat yang bergerak secara aman, tidak membawa
senjata, kemudiannya telah bertempur dengan tentera Rusia. Mereka telah disuraikan dengan cara
kekerasan sehingga mengakibatkan seramai 130 orang terbunuh dan 299 orang tercedera.

4. Jelaslah, Peristiwa Ahad Berdarah ini telah menyebabkan masyarakat mula hilang kepercayaan
terhadap Nicholas II.

Kebangkitan Golongan Pekerja

1. Selain itu, Tsar Nicholas II turut menghadapi kebangkitan golongan pekerja. Peristiwa Ahad Berdarah
menyebabkan demonstrasi dan mogok diadakan di seluruh negara. Pekerja-pekerja industri
mengadakan mogok di bandar-bandar besar dan menyerahkan memorandum yang diketuai Paderi
Gapon kepada Tsar Nicolas II. Pihak tentera menggunakan kekerasan untuk menyuraikan mogok. Di
St. Petersburg seramai 160 000 orang mogok dan Moscow, 45 000 orang melakukan mogok. Kemudian
terus merebak hingga ke kawasan Novgorod, Samara, Kula, Ural dan Siberia.

25
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

2. Pekerja-pekerja telah menubuhkan Soviet atau dikenali Majlis pada bulan Oktober bagi
mempertahankan hak pekerja. Parti politik lain juga menganjurkan mogok bertujuan mendapatkan
sokongan pekerja. Contohnya, Menshevik, Bolshevik dan Revolusioner Sosialis.

3. Keadaan ini telah menyebabkan Sergei Witte telah menasihati Nicholas II untuk memilih pemerintahan
diktator ketenteraan atau monarki perlembagaan. Oleh itu, kebangkitan golongan pekerja semakin
melemahkan lagi pemerintahan Tsar Nicholas II hingga terpaksa menjadi raja berperlembagaan.

Kemunculan Parti-Parti Politik

1. Seterusnya, perkembangan politik yang berlaku semasa pemerintahan Tsar Nicholas II adalah
kemunculan parti-parti politik. Antaranya, Parti Buruh Demokrat Rusia, Parti Revolusioner Sosial dan
Parti Liberal.

2. Kesan daripada menubuhkan parti tersebut, pekerja-pekerja mula mengadakan mogok dan tunjuk
perasaan di Rusia. Misalnya, mogok telah dilakukan selepas penubuhan Parti Buruh Demokrat Rusia di
bawah pimpinan Vladamir Ulianov (Lenin).

3. Tsar Nicholas II telah mengambil langkah untuk menghapuskan pengaruh Parti Buruh Sosial Demokrat
dengan menghantar ejen-ejen rahsia ke kilang. Kesannya, pemimpin-pemimpin tersebut telah ditangkap
oleh polis Rusia untuk mengelakkan penyebaran idea yang boleh menggugat kedudukan Tsar. Jelaslah,
perkembangan politik yang berlaku di Rusia semasa pemerintahan Tsar Nicholas II adalah kemunculan
parti-parti politik.

Pembangunan ekonomi

1. Tsar Nicholas II turut melakukan pembangunan ekonomi. Pada tahun 1892, beliau telah melantik Sergei
Witte sebagai Menteri Komunikasi dan Pengangkutan Rusia. Antara tahun 1892 hingga tahun 1903,
Sergei Witte telah menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan Rusia dan melakukan pelbagai
perubahan.

2. Beliau telah memberi keutamaan dalam pembinaan landasan kereta api kerana landasan kereta api
merupakan kunci kepada pembangunan ekonomi Rusia. Misalnya, pembinaan landasan kereta api ke
timur menerusi projek Rentas Siberia telah dimulakan pada tahun 1891 dan siap pada tahun 1905.

3. Perkembangan ini membawa kepada pembangunan ekonomi dan penghijrahan penduduk untuk
membuka penempatan baharu di Siberia. Selain itu, Sergei Witte menguruskan pinjaman luar dan
menawarkan kadar bunga yang tinggi kepada pelabur Perancis, Britain dan Jerman.

4. Seterusnya, Tsar Nicholas II telah menubuhkan polis rahsia atau okhrana sebagai pemberi maklumat
dari kawasan luar bandar atau bandar. Tegasnya, pembangunan ekonomi semakin berkembang maju
semasa pemerintahan Tsar Nicholas II.

Perkembangan Industri

1. Akhir sekali, pada zaman pemerintahan Tsar Nicholas II, berlaku perkembangan pesat dalam bidang
industri. Rusia mendapat pinjaman dari Perancis untuk membangunkan industrinya. Pada tahun 1914,
terdapat lebih kurang 3 000 000 pekerja kilang di Rusia.

2. Tokoh yang bertanggungjawab membangunkan sektor perindustrian di Rusia ialah Sergei Witte. Beliau
merupakan Menteri Kewangan dan Perdagangan antara tahun 1892 hingga 1903. Beliau juga
memainkan peranan dalam mendapatkan pinjaman dari luar untuk membangunkan sektor perindustrian.

3. Beliau juga menggalakkan pelabur-pelabur dari Perancis, Inggeris dan Jerman untuk melabur dalam
bidang perindustrian di Rusia. Beliau mendapatkan peruntukan wang untuk membina landasan kereta
api Trans-Siberia. Dasar Sergei Witte menyebabkan berlaku perkembangan pesat dalam industri kapas,
bulu, arang batu, besi, dan keluli.

4. Perkembangan dalam bidang perindustrian menyebabkan muncul golongan kapitalis dan pekerja.
Bagaimanapun golongan kapitalis tidak puas hati dengan dasar yang dijalankan oleh Tsar Nicholas II.
Tegasnya, pada zaman pemerintahan Tsar Nicholas II, berlaku perkembangan pesat dalam bidang
industri.

26
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

Kesimpulan, terdapat beberapa dasar pemerintahan yang dilaksanakan oleh Tsar Nicholas II dari segi politik
dan ekonomi. Nicholas II terdesak dalam mempertahankan kedudukannya sebagai pemerintah autokratik
dan pada masa yang sama perlu menangani krisis politik yang semakin mencabar akibat demonstrasi kelas
sosial di bandar St. Petersburg dan Moscow. Perkembangan ini telah membawa kepada kemunculan
golongan kapitalis yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan Tsar. Akhirnya, Tsar Nicholas II bersetuju
turun takhta pada 15 Mac 1917. Kejatuhan Tsar telah menjadikan negara Rusia sebagai sebuah negara
republik pada 17 Mac 1917.

27
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

12. Huraikan faktor-faktor perkembangan perdagangan di Portugal


pada abad ke- 16 hingga abad ke- 18 Masihi.

13. Sejauhmanakah sistem pemilikan tanah menjadi faktor utama


Kemajuan pertanian di England abad ke- 17 hingga abad ke- 18
Masihi

14. Sejauhmanakah peranan Putera Henry menjadi sebab utama


perkembangan perdagangan di Portugal abad ke- 16 hingga
abad ke- 18 Masihi

15. Bincangkan perkembangan ilmu di England pada abad ke- 16


hingga abad ke- 17 Masihi

16. Bincangkan faktor dan perkembangan Zaman Enlightenment di


Eropah pada abad ke- 18 Masihi

17. Bincangkan perkembangan ekonomi feudalisme di Jepun pada


abad ke16 Masihi.

18. Bincangkan faktor perkembangan perniagaan dan


perdagangan di Belanda pada abad ke- 16 hingga abad ke- 18
Masihi.

19. Jelaskan perkembangan perniagaan dan perdagangan di


Belanda pada abad ke- 16 hingga abad ke- 18 Masihi

28
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

12. Huraikan faktor-faktor Perkembangan perdagangan di Portugal pada abad ke 16 hingga abad
ke 18 Masihi.

Pengenalan

1. Penglibatan orang Portugal dalam kegiatan perdagangan dapat di kesan sejak abad ke-15 Masihi.
Menjelang tahun 1460, Portugal berjaya menguasai rangkaian pelabuhan yang menganjur dari
kepulauan Madeira hingga Cape Verda. Kejayaan Vasco Da Gama sampai ke Timur mendorong
pelayar Portugal yang lain melancarkan ekspedisi ke Timur.

2. Ekspedisi perdagangan dihantar untuk mendapatkan barang dagangan dari timur terutamanya rempah
ratus. Kejayaan pelayar Portugal dalam ekspedisi maritim menyebabkan pembinaan sebuah empayar
perdagangan di Asia dan Amerika. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada perkembangan
perdagangan di Portugal pada abad 16 hingga abad 18 Masihi.

Isi -isi

Kedudukan Geografi

1. Faktor perkembangan perdagangan di Portugal pada abad 16 hingga abad 19 Masihi ialah kedudukan
geografi. Kedudukan Portugal berhampiran dengan laut mendorong perkembangan perdagangan
maritim.

2. Dari segi geografi, Portugal terletak di Semenanjung Iberia yang dikelilingi Lautan Atlantik. Portugal
juga mempunyai kawasan pantai yang panjang dan pelabuhan yang baik seperti Lisbon dan Antwerp.

3. Pelabuhan ini memainkan peranan sebagai pusat pengedaran dan pengagihan rempah ratus dari
Timur. Jelaslah, kedudukan Portugal yang dikelilingi laut mendorong Portugal membina empayar
perdagangan pada abad ke-16 hingga 18 Masihi.

Penguasaan Laluan Laut

1. Selain itu, kejayaan orang Portugis dalam perdagangan maritim disebabkan oleh keupayaan mereka
menguasai laluan laut. Penguasaan laluan laut membolehkan masyarakat maritim menguasai
pelabuhan di sepanjang laluan perdagangan.

2. Mereka juga mendirikan pengkalan perdagangan dan mengasaskan koloni perdagangan di tanah
jajahan. Contohnya orang Portugis mendirikan pangkalan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Jawa
dan kepulauan rempah. Tegasnya, kejayaan menguasai laluan laut merupakan punca kejayaan orang
Portugis membina empayar perdagangan.

Teknologi pelayaran

1. Seterusnya, perkembangan perdagangan maritim disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi


pelayaran. Penemuan peralatan baru seperti astrolab, carta pelayaran dan kompas magnetik
merancakkan kegiatan penerokaan. Pelayar Portugal mempunyai pengetahuan yang luas dalam
bidang geografi dan ilmu pelayaran.

2. Mereka juga mempunyai kemahiran membina kapal jenis Caravel yang digunakan dalam pelayaran
jarak jauh. Perkembangan ini membantu orang Portugis melancarkan ekspedisi perdagangan ke Timur.
Ternyata, kemajuan dalam teknologi pelayaran membantu orang Portugis melancarkan ekspedisi serta
mengasaskan empayar perdagangan.

Perdagangan rempah

1. Faktor lain perkembangan perdagangan di Portugal pada abad 16 hingga abad 19 Masihi adalah untuk
menguasai perdagangan rempah. Portugal melancarkan ekspedisi ke Timur untuk mendapatkan
barang dagangan seperti rempah, lada hitam, sutera dan batu permata. Mereka juga berhasrat untuk
menghapuskan monopoli perdagangan rempah yang selama ini dipegang oleh saudagar Islam.

29
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

2. Portugal telah menubuhkan pangkalan perdagangan di Sri Lanka, Asia Tenggara, Jepun dan Afrika.
Pangkalan perdagangan ini memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan rempah ratus. Oleh itu,
penguasaan perdagangan rempah mendorong orang Portugis membina empayar perdagangan.

Ekonomi kapitalisme

1. Faktor perkembangan sistem ekonomi kapitalisme memainkan peranan dalam perkembangan


perdagangan di Portugal. Kemunculan ekonomi kapitalisme mendorong raja-raja Portugal melancarkan
ekspedisi perdagangan ke Timur.

2. Ekspedisi perdagangan dilancarkan bagi mengaut kekayaan dan mengukuhkan kedudukan raja.
Pemerintah Portugal menggalakkan orang Portugal melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan dan
perniagaan. Portugal adalah kuasa Barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan dan
perdagangan di Timur pada abad ke-16 Masihi.

3. Kekayaan dan kemakmuran yang diperoleh oleh Portugal melalui perdagangan menyebabkan kuasa-
kuasa Barat lain seperti Sepanyol, Belanda, Perancis dan Britain melancarkan ekspedisi perdagangan
ke Timur. Jelaslah, perkembangan kapitalisme merangsang pemerintah dan rakyat Portugal membina
empayar perdagangan bagi mengumpul kekayaan.

Kesimpulan, Portugal adalah sebuah negara yang sangat gigih dalam mencari kemajuan terutamanya
dalam bidang pelayaran dan perdagangan. Kekayaan dan kemakmuran yang dinikmati oleh Portugal
sebagai kuasa maritim menyebabkan kuasa- kuasa Eropah yang lain turut serta dalam aktiviti penerokaan
dan pelayaran bagi menikmati hasil yang sama yang dinikmati oleh Portugal.

30
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

13. Sejauhmanakah sistem pemilikan tanah menjadi faktor utama kemajuan pertanian di England
pada abad ke 17 hingga abad ke 18 Masihi.

Pengenalan

1. Sebelum abad ke 17 masihi, kebanyakan negara Eropah bergantung kepada sektor pertanian. Kegiatan
pertanian dijalankan secara sara diri dan belum berkembang kerana teknologi pada ketika itu kurang
maju.

2. Sektor pertanian di England mula berkembang maju pada abad ke 18 masihi apabila berlakunya
perubahan dalam sistem pemilikan tanah. Akibatnya, ekonomi pertanian di England telah berlaku
perkembangan yang begitu pesat pada abad ke17 dan abad ke 18.

3. Pertambahan penduduk di England menyebabkan keperluan untuk makanan yang berasaskan


pertanian dan penternakan meningkat. Perkembangan ini menyebabkan usaha ke arah meningkatkan
pengeluaran sumber makanan dijalankan. Selain sistem pemilikan tanah terdapat juga beberapa faktor
lain yang saling berkait antara satu sama lain seperti pengenalan teknologi pertanian, kaedah pertanian
baharu dan kaedah penternakan baharu.

Isi -isi

Sistem Pemilikan Tanah

1. Faktor utama kemajuan pertanian di England adalah sistem pemilikan tanah pertanian. Sebelum
Revolusi Pertanian, terdapat dua jenis sistem pemilikan tanah, iaitu sistem pemilikan tanah persendirian
dan sistem pemilikan tanah awam. Tanah persendirian dimiliki oleh golongan tuan-tuan tanah yang kaya.

2. Manakala tanah awam merupakan tanah yang dimiliki oleh orang perseorangan. Rakyat biasa
dibenarkan menggunakan tanah awam untuk bercucuk tanam, memelihara ternakan, memburu haiwan
dan memancing. Menjelang abad ke-18 dan 19, berlaku pertambahan penduduk di England. Pada tahun
1831, bilangan penduduk meningkat secara mendadak sehingga mencapai 14 juta orang.

3. Pertambahan penduduk menyebabkan tuan-tuan tanah memanfaatkan tanah awam untuk menjalankan
aktiviti pertanian secara besar-besaran dan mendapat kelulusan Parlimen untuk memagari tanah awam.
Antara tahun 1761 hingga 1792, hampir 500 000 ekar tanah dipagari.

4. Akta Pemagaran Tanah menyebabkan tuan-tuan tanah membeli tanah awam dan muncul ladang
pertanian. Tuan-tuan tanah memiliki tanah yang luas untuk menjalankan penanaman secara besar-
besaran. Oleh itu, perubahan dalam sistem pemilikan tanah telah mendorong kemajuan pertanian di
England

Kaedah Pertanian Baharu

1. Selain itu, pengenalan kaedah pertanian baharu juga membawa kemajuan pertanian di England.
Revolusi Pertanian juga telah menyebabkan kaedah baharu diperkenalkan dalam bidang pertanian iaitu
sistem tanaman bergilir yang diperkenalkan oleh Lord Townshend. Kaedah ini berjaya memastikan
kesuburan tanah tidak terjejas kerana tanaman yang berlainan menggunakan bahan mineral tanah yang
berlainan.

2. Sistem pengiliran ini juga melibatkan penanaman rumput yang menjadi sumber makanan untuk biri-biri
dan lembu. Pengenalan sistem tanaman bergilir menyebabkan beberapa tanaman baharu
diperkenalkan. Antara tanaman yang diperkenalkan adalah turnip dan ubi kentang.

3. Thomas William Cake pula telah memperbaiki sistem penggiliran tanaman dan mendapati hasil
pertanian semakin meningkat berlipat ganda. Tanaman yang berbeza ditanam secara bergilir-gilir
mengikut musim dan menyebabkan kesuburan tanah tidak terjejas. Tegasnya, pengenalan kaedah
pertanian baharu telah mendorong kemajuan pertanian di England

Kaedah Penternakan Baharu

1. Selain itu, pengenalan kaedah penternakan baharu juga membawa kemajuan pertanian di England.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperkenalkan kaedah baharu dalam bidang penternakan.
Antaranya Robert Bakewell, tokoh yang telah memperkenalkan kaedah yang dapat mempercepatkan
proses pembesaran binatang ternakan.

31
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

2. Kaedah ini digunakan dalam penternakan lembu dan kambing. Hal ini telah meningkatkan pengeluaran
bekalan daging dan bulu binatang. Hasil penyelidikannya juga, Robert Bakewell telah berjaya
menghasilkan biri-biri baka baharu yang dikenali sebagai biri-biri Durham Shorthorn yang mempunyai
berat dua kali ganda daripada biasa. Binatang ternakan juga membekalkan baja organik kepada petani.
Kesannya, bekalan daging dan susu meningkat bagi keperluan England ketika itu.

Penciptaan Peralatan Baharu

1. Penciptaan peralatan baharu juga telah menyebabkan berlakunya perkembangan dalam pertanian di
England. Jethro Tull misalnya telah berjaya mencipta alat untuk menggali dan menugal tanah pertanian.
Alatan ini juga digunakan untuk penanaman biji benih dengan pantas.

2. Pada 1730-an, sejenis bajak berbentuk tiga segi yang dikenali sebagai Rotterham telah direka yang
dikendalikan oleh kuda. Sehubungan dengan itu, aktiviti membajak tanah dapat dijalankan dengan lebih
berkesan. Antara alat pertanian lain yang direka ialah seperti alat mengetam, alat memukul dan alat
menumbuk bijirin. Hasil ciptaan ini menyebabkan berlakunya pengurangan penggunaan tenaga manusia
dalam sektor pertanian.

3. Dalam pada itu, penciptaan jentera berkuasa wap seperti mesin memukul menyebabkan kerja dapat
dijalankan dengan cepat dan berkesan. Maka, penemuan ciptaan baharu telah menambah pengeluaran
hasil pertanian dan mempercepatkan lagi perkembangan bidang pertanian di England.

Pengenalan Pertanian Campuran

1. Seterusnya, pengenalan pertanian campuran. Dalam sistem penggiliran tanaman yang diperkenalkan
oleh Lord Townshend, petani terlibat dalam penanaman rumput. Rumput yang ditanam oleh petani
digunakan sebagai sumber makanan kepada binatang ternakan seperti biri-biri dan lembu.

2. Dengan demikian, petani mengamalkan sistem pertanian campuran yang melibatkan tanaman dan
ternakan. Penglibatan petani dalam aktiviti pertanian dan penternakan menambahkan pendapatan
mereka. Justeru, pengenalan pertanian campuran telah meningkatkan lagi pengeluaran hasil pertanian
di England.

Penggunaan Baja dan Sistem Saliran

1. Penggunaan baja dan sistem saliran. Menjelang pertengahan abad ke-19, ahli-ahli sains berjaya
mencipta baja tiruan. Di samping itu, baja asli juga digunakan secara meluas untuk meningkatkan
pengeluaran hasil pertanian.

2. Selain itu, langkah-langkah juga diambil untuk membina dan membaiki sistem saliran. Pembinaan
sistem saliran menyebabkan berjuta-juta hektar tanah dapat disalirkan untuk tujuan pertanian. Oleh itu,
pengunaan baja dan sistem saliran telah membantu perkembangan bidang pertanian di England.

Kesimpulan, terbukti bahawa perubahan dalam sistem pemilikan tanah yang berlaku di England merupakan
faktor terpenting yang menyebabkan berlakunya perkembangan ekonomi pertanian di England di samping
faktor-faktor lain yang saling berkait antara satu sama lain. Perkembangan ini dapat dilihat apabila ekonomi
sara diri telah berubah kepada ekonomi komersial yang akhirnya membawa kepada kemunculan dan
perkembangan Revolusi Perindustrian.

32
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

14. Sejauhmanakah peranan Putera Henry menjadi sebab utama perkembangan perdagangan di
Portugal abad ke 16 hingga abad ke 18 Masihi.

Pengenalan

1. Pada abad ke-15 dan ke-16, Portugal berubah ke status kuasa dunia semasa Zaman penerokaan di
Eropah kerana berjaya membina empaya besar di Amerika Selatan, Afrika, Asia dan Australia. Kejayaan
pelayar-pelayar Portugal membangunkan empaya perdagangan disebabkan oleh pencapian mereka
dalam ekspedisi maritim.

2. Portugal adalah kuasa Barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan dan perdagangan di Timur
pada abad ke-16. Portugal merupakan penjelajah dan pelayar ulung yang merintis jalan ke Timur.Faktor
perkembangan penjelajahan orang Portugal pada abad ke-16

Isi -isi

Peranan Putera Henry

1. Menubuhkan Akademik Laut di Sagres. Memberi galakan kepada pelayar Portugal. Putera Henry telah
menghantar kapten-kapten untuk melaksanakan misi perdagangan hamba dan perdagangan ini telah
mendatangkan keuntungan.

2. Hasilnya menjelang tahun 1460, Portugis berjaya menguasai rangkaian pelabuhan dari Madeira ke
Cape Verde.

Peranan pemerintah Portugal

1. Memberi peluang kepada rakyat Portugal menerokai bidang perkapalan dan pelayaran. Kekuasaan raja-
raja Portugal turut membantu perkembangan perdagangan dan perniagaan pada abad ke-16
berbanding negara-negara Eropah yang lain.

2. Sejarah membuktikan bahawa raja-raja Portugal dari Dinasti Avis (1383-1577) telah melahirkan
pemimpin-pemimpin yang berkaliber dan memberi galakan kepada rakyat Portugal untuk meneroka
bidang perdagangan dan perkapalan. Sumbangan pemimpin Portugal ini menyebabkan berlakunya
perkembangan pesat dalam penjelajahan dan penerokaan.

Kesan Perang Salib

1. Perang Salib turut membantu perkembangan penjelajahan dan penerokaan Portugal. Kesan Perang
Salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan sepenuhnya Semenanjung Iberia.

2. Keadaan ini melahirkan masyarakat Eropah yang berfikiran terbuka , mempunyai cara pemikiran yang
baharu, gaya hidup yang suka bersiar-siar dan belayar. Penaklukan wilayah Islam menyebabkan ilmu
pelayaran Islam sampai kepada masyarakat Eropah dan membantu mereka menjelajah dunia luar.

Penemuan teknologi baharu.

1. Penemuan baharu dan teknologi baru membawa kepada kegiatan pelayaran seperti peta dan kompas,
reka bentuk kapal dan sebagainya mendorong kepada penerokaan dan penjelajahan.

2. Dalam pembinaan kapal orang Portugal mempunyai kemahiran membina kapal jenis Caravel seberat
2000 tan. Kapal-kapal ini kuat dan mempunyai keupayaan mengharungi lautan luas.

Kemunculan Tokoh Pelayar Portugal.

1. Kemunculan tokoh pelayaran Portugal yang terulung iaitu Diego Cam dan Batholomew Diaz. Diago Cam
berjaya belayar sejauh 1400 batu sepanjang Pantai Barat Afrika antara tahun 1482 hingga tahun 1484.
Pada tahun 1487, Bartholomew Diaz telah memulakan pelayaran dengan tiga buah kapal dan
mengelilingi Tanjung Pengharapan.

33
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

2. Vasco Da Gama pula melancarkan ekspedisi ke Timur dengan empat buah kapal seberat 120 tan dan
180 orang pelaut. Pada tahun 1497, Vasco Da Gama berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan dan
belayar ke Timur sepanjang Pantai Timur Afrika hingga ke Malindi. Kejayaan Vasco da Gama
menyebabkan banyak kapal Portugis belayar ke Timur untuk memperolehi lada hitam, sutera, batu
permata dan rempah-ratus.

3. Pada tahun 1505, Alfonso de Albuquerque dilantik sebagai Wizurai. Beliau telah menjadikan Goa
sebagai pusat pentadbiran. Dari Goa, Portugal meneruskan gerakan ke Asia Tenggara yang terkenal
sebagai pusat pengeluaran rempah-ratus. Misi perdagangan ini diketuai oleh Lopez de Sequeira yang
tiba di Melaka pada tahun 1509.

4. Pada bad ke-16 perdagangan rempah dari Timur yang menguntungkan telah berjaya dikuasai oleh
Portugal. Portugal mula mengusai jalan laut apabila menubuhkan laluan pusingan di Tanjung
Pengharapan. Laluan baharu ini diperkukuhkan lagi oleh aktiviti Alfonso de Albuquerque yang
mengambil tugas sebagai wizurai Portugal di India pada tahun 1511

Kesimpulan, Peranan Putera Henry adalah antara faktor yang membawa kepada perkembangan
perdagangan di Portugal pada abad ke 16 -18. Namun begitu terdapat juga faktor-faktor yang lain yang turut
menyumbang kepada perkembangan perdagangan di Portugal.

34
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

15. Bincangkan perkembangan ilmu di England pada abad ke 16 hingga abad ke 17 Masihi.

Pengenalan

1. Perkembangan ilmu di Eropah tercetus kesan daripada gerakan renaisans yang bermula di itali pada
abad ke-14. Renaisans bermula sekitar abad ke-14 dan mencapai kemuncaknya pada abad ke-16. Di
England, Renaisans bermula pada era pemerintahan Ratu Elizabeth yang dapat dilihat dalam beberapa
peringkat. Peringkat pertama dan peringkat kedua Renaisans bermula pada abad ke-14 – ke-17.

2. Renaisans peringkat pertama ialah pergerakan intelektual, sastera dan seni yang bermula di Itali
manakala Resainans peringkat kedua merupakan revolusi yang berlaku dalam bidang keagamaan
akibat Reformasi Protestan.

3. Peringkat kedua ialah Reformasi Protestan yang berlaku pada abad ke-15. Renaisans dalam bidang
keagamaan yang membawa kepada pecahnya gereja katolik dan terbentuknya gereja protestan.

4. Peringkat ketiga ialah revolusi sains yang berlaku pada abad ke-16 dan abad ke-17.revolusi sains ialah
perubahan dan penemuan dalam bidang sains tentang cara melihat dunia semula jadi. Zaman terakhir
ialah zaman pencerahan yang berlaku pada abad-18. Zaman pencerahan ialah perubahan masyarakat
dari era kejahilan kepada era baru ekoran perkembangan sains dan manusia.

Isi -isi

Kemunculan Zaman Renaisans

1. Zaman Renaisans membawa kepada perkembangan dalam bidang keilmuan termasuk dalam agama,
politik, sosial, dan ekonomi. Aliran pemikiran seperti humanisme, individualisme dan kritis turut
berkembang.

2. Renaisans bermaksud kelahiran semula yang merujuk kepada perkembangan keilmuan,


keintelektualan, sastera dan seni. Resainans bermula di Itali (1350) dan akhirnya merebak keseluruh
Eropah.

3. Zaman Renaisans dianggap sebagai zaman pemulihan semula selepas tragedi black Death dan
masalah politik yang melanda pada Eropah pada abad ke-14. Semasa berlangsungnya zaman
Renaisans, berlaku beberapa perubahan dalam masyarakat Eropah yang mencukupi beberapa aspek:

a) Aspek keintelektualan yang mementingkan semangat inkuiri atau penyelidikan dan menekankan
pemikiran logik dan falsafah
.
b) Aspek politik yang membawa zaman Renaisans pembentukan monarki baharu seperti Portugal,
England, Belanda dan Perancis. Pada abad ke 15, berlaku perubahan dalam sistem pemerintahan
di Eropah yang meliputi kuasa raja kembali meningkat, kuasa bangsawan telah dikurangkan dan
usaha untuk menguasai Gereja.

c) Aspek sains, zaman Renaisans merupakan permulaan kepada revolusi sains yang tercetus pada
abad ke-17. Ahli-ahli sains pada ketika itu mula menekankan kaedah saintifik yang bertentangan
pendapat dengan tokoh lama seperti Aristotle. Mementingkan aspek pemerhatian dalam kajian dan
hasil penemuan hendaklah disertakan dengan bukti empirikal.

d) Aspek seni dan seni bina, zaman Renaisans menyaksikan pengenalan dan perkembangan teknik
seni realistik. Teknik ini berkembang dan menjadi permulaan kepada kaedah seni baru yang
menggambarkan alam semula jadi secara realistik sebagai contoh Leonardo da Vinci melukis
anatomi manusia dan alam semula jadi. Perkembangan seni bina dapat dilihat dalam reka bentuk
bangunan purba Basilika St.Peter merupakan contoh seni bina agung yang dibina dengan
menggabungkan kemahiran tokoh terkenal seperti Michealangelo, Raphael dan Sangallo.

Reformasi Protestan

1. Reformasi protestan dipelopori oleh tokoh martin Luther dan john calvin. faktor tercetusnya reformasi
kerana ketidakpuasan hati dengan dokrin, ritual dan organinisasi Gereja Roman Katolik dan merupakan
perusahaan pembaharuan Gereja Roman Katolik .

2. Golongan reformasi ini berusaha untuk menghapuskan dokrin palsu dan juga amalan rasuah dikalangan
penguasa gereja. Reformasi diperluaskan lagi dengan alat pencetakan dan pembaharuan dalam bidang
teologi kontemporari iaitu menilai semula hubungan antara manusia dan tuhan.
35
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

3. Perkembangan media cetak banyak membantu penyebaran idea reformasi. Kitab Bible telah
diterjemahkan dalam bahasa Jerman sekaligus telah merangsang perkembangan literasi.

Revolusi Sains

1. Revolusi sains, bermula di Itali dan berkembang keseluruh Eropah dan melahirkan masyarakat yang
maju. Pada abad ke-16 dan 17, banyak penemuan baru dalam bidang sains.

2. Kemunculan dan perkembangan Revolusi Sains telah menjadi batu asas kepada sains moden. Ilmu
pengetahuan berkembang pesat dengan penemuan dan idea baru yang tidak wujud sebelum ini. Hasil
penemuan dan idea baru ini membawa kepada gambaran dan penjelasan yang lebih luas dan tepat
tentang alam semesta.

Zaman Pencerahan

1. Zaman pencerahan telah membawa kepada perkembangan ilmu di England. Zaman pencerahan
merujuk kepada era perubahan masyarakat daripada zaman kegelapan kepada zaman era baru yang
moden.

2. Pada zaman ini melahirkan masyarakat yang lebih terbuka, bertolak ansur, menekankan kebahagiaan
individu dan berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Antara tokoh yang terkenal pada Zaman
Pencerahan ialah John Locke, Voltaire, Charles Louis de Secondat dan Montesquieu. Zaman ini
mengurangkan kuasa gereja dan memodenkan sistem pendidikan. Kuasa Pope dikurangkan dan
perlukan kebenaran diraja sebelum dilantik.

Kesimpulan, Zaman Resainans telah melahirkan masyarakat Eropah yang perpengatahuan. perkembangan
dalam bidang Intelektual, agama, sains dan kesenian telah membawa perubahan yang besar dalam aspek
pemikiran dan kehidupan masyarakat Eropah. Ramai tokoh yang muncul dengan penemuan dan idea baru
sehingga mendorong kepada pembentukan masyarakat yang lebih moden. Jelas bahawa perkembangan
ilmu di England telah menyumbang ketinggian keintelektualan yang berlaku secara beransur-ansur dan
memberi manfaat kepada masyarakat.

36
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

16. Bincangkan faktor dan perkembangan Zaman Enlightenment di Eropah pada abad ke 18 Masihi.

Pengenalan

1. Menjelang abad ke-18, muncul zaman yang dikenali sebagai Enlightenment atau Zaman Pencerahan.
Zaman ini menyaksikan kemunculan gerakan intelektual yang dipelopori oleh pemikir-pemikir dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial, contohnya John Locke, Voltaire, Montesquieu dan Adam Smith.

2. Revolusi Sains adalah faktor penting bagi kemunculan era enlightenment namun terdapat beberapa
faktor lain yang turut mendorong perkembangan gerakan tersebut di Eropah.

Isi -isi

Revolusi Sains

1. Revolusi sains menyebabkan penekanan terhadap ilmu dan akal yang membawa kepada kemunculan
idea-idea baharu serta penyelidikan bercorak saintifik. Kemajuan dalam bidang sains menyebabkab
perubahan daripada kepercayaan karut dan mitos kepada kuasa akal dan sains.

2. Revolusi sains telah melahirkan ramai tokoh saintis yang terkenal seperti Francis Bacon, Spinoza, John
Locke dan Isaac Newton. Idea-idea mereka tersebar luas dan menjadi ciri-ciri dominan tamadun Eropah
mulai abad ke-17.

Pengaruh Renaisans

1. Gerakan Renaisans telah melahirkan semangat ingin tahu dan pemikiran kritikal dalam kalangan
masyarakat. Hasilnya berlaku kemajuan yang pesat dalam ilmu pengetahuan, sains, seni lukis, seni bina
dan sebagainya. Perkembangan ini melahirkan masyarakat yang bersedia untuk menghadapi
perubahan yang lebih besar.

2. Hal ini telah melahirkan semangat ingin tahu dan kritikal yang radikal. Kemunculan negara bangsa ,
ciptaan teknologi baharu, kemajuan seni bina dan seni Lukis telah melahirkan masyarakat berfikiran
terbuka.

Pengaruh Reformasi

1. Gerakan reformasi turut memainkan peranan dalam perkembangan gerakan intelektual di Eropah.
Gerakan ini menyebabkan wujud institusi yang mempunyai kuasa autonomi dan bebas daripada
pengaruh gereja. Lahir pemikiran baharu seperti Proteston, Anglican dan Presbyterianism.

2. Hal ini membolehkan idea baru seperti rasionalisme berkembang sekaligus meletakkan asas bagi
kelahiran revolusi di Eropah. Golongan ini mahukan kemunculan negara mutlak yang mempunyai
autonomi dan bebas dari ancaman gereja.

Pengaruh Ahli Falsafah

1. Golongan ahli falsafah turut memainkan peranan dalam perkembangan gerakan intelektual di Eropah.
Golongan ini terdedah kapada pemikiran kritis dan memiliki semangat ingin tahu yang kuat.

2. Mereka memberikan penekanan kepada pemikiran yang bersifat rasionalistik dan saintifik.
Perkembangan ini menyebabkan lahir pemikir-pemikir dalam pelbagai bidang ilmu. Kemunculan ahli
falsafah seperti Voltaire, Rousseau dan Montesquieu telah mempengaruhi zaman pencerahan dan
mereka telah menghasilkan penulisan bagi mengetengahkan idea masing-masing seperti Montesqueiu
dalam bukunya The Spirit of Laws dan The Social Contract oleh Rousseau.

Penerokaan dan Penjelajahan

37
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

1. Kegiatan ini menyebabkan lahir keinginan yang kuat dalam kalangan orang Eropah untuk memperolehi
idea dan maklumat tentang bangsa dan budaya lain. Perkembangan ini melahirkan corak pemikiran
baharu yang berasaskan empiris dan sebab musabab.

2. Penerokaan dan penjelajahan munculnya tokoh pelayaran dengan didokong oleh pemerintah
menyebabkan penerokaan dan penjelajahan semakin berkembang. Contoh Raja Henry Portugal
menggalakkan penjelajahan ke dunia luar disamping meningkatkan kemahiran ilmu pelayaran dengan
menubuhkan sekolah pelayaran di Sagras.

3. Selain itu juga, penerokaan dan penjelajahan juga menyebabkan penciptaan kapal laut yang lengkap
sesuai untuk pelayaran di lautan luas seperti kapal laut Caraven dari Portugal.

Peranan kelas pertengahan

1. Golongan terpelajar dari kelas pertengahan mula meninggalkan tabiat lama yang tidak sesuai dengan
zaman baharu. Mereka terdedah dengan perkembanagn semasa melalui suratkhabar dan majalah.

2. Perkembangan ini menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap kamus, ensiklopedia dan karya
pelbagai disiplin ilmu pengetahuan. Kesannya muncul kelas pertengahan atau borjouis dan mereka lebih
berpendidikan seperti Columbus Maggelan dan Francis Drake yang mahir dalam pelayaran dan
penjelajahan. Penjelajahan telah menyebabkan muncul budaya pemikiran baharu iaitu empiris dan
rasional.

Kesimpulan, perkembangan ini menjadikan Eropah sebagai sebuah tempat yang penuh dengan idea-idea
baharu sekaligus menjadi asas bagi perkembangan Gerakan Intelektual di Eropah pada abad ke-18.
Kelahiran tokoh juga telah menyumbang kepada perkembangan pelbagai bidang ilmu di Eropah.

38
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

17. Bincangkan perkembangan ekonomi feudalisme di Jepun pada abad ke 16 Masihi.

Pengenalan

1. Kepulauan Jepun mempunyai keadaan semulajadi yang membolehkan perkembangan ekonomi


feudalisme. Struktur muka bumi Jepun yang bergunung-ganang, dipenuhi dengan banjaran gunung
yang tinggi dan berbukit-bukau menyebabkan kawasan tanah semulajadi untuk kegiatan pertanian
hanyalah 20 peratus sahaja.

2. Namun begitu, kegiatan pertanian masih merupakan tulang belakang kepada ekonomi Jepun pada abad
ke-16. Bagi Negara Jepun, revolusi perdagangan hanya lebih tertumpu kepada Negara-negara Asia
Timur dan Asia Tenggara. Hal ini berikutan dasar pemerintahan yang diamalkan oleh pemerintah Jepun.

3. Jepun hanya menjuruskan aktiviti perdagangan dengan China dan Negara-negara Asia Tenggara bagi
mengawal masyarakatnya serta daimyo-daimyo dibawah kekuasaan Shogun. Namun begitu, Jepun
membuka pintu negaranya kepada negara Barat tetapi mengadakan perdagangan yang terhad dan
mengenakan pelbagai peraturan.

Isi -isi

Pertanian

1. Pertanian menyumbang kepada 70 peratus sumber pendapatan ekonomi feudal. Dianggarkan 80 hingga
85 peratus penduduk Jepun merupakan petani. Masyarakat petani Jepun menanam padi sebagai
sumber pertanian yang utama.

2. Kaedah penanaman padi pada zaman feudal masih menggunakan sistem pengairan semulajadi, iaitu
air dibawa terus dari sungai atau anak sungai yang mengandungi nutrien yang sesuai untuk penanaman
padi.

3. Kaedah ini membolehkan pengurangan penggunaan baja disamping membolehkan tanah subur dan
digunakan setiap tahun tanpa perlu direhatkan. Selain itu, tanah yang digunakan setiap tahun dapat
menghalang rumput-rampai tumbuh dan mengekalkan kesuburan tanah.

Perusahaan Tempatan

1. Perusahaaan tempatan juga berkembang di Jepun. Wujud pengeluaran berasaskan daerah di Jepun
dan pemasaran antara daerah. Contohnya, pengeluaran kain kapas di Kinai dan pengeluaran ulat sutera
serta alat tenunan di Fukushima, Yamanashi, dan Gumma. Satsuma menjadi pusat pengeluaran gula
yang kemudiannya dipasarkan ke seluruh Jepun.

2. Pasar-pasar kecil telah berkembang menjadi Bandar perdagangan. Pusat-pusat pertukaran wang,
kedai-kedai beras, dan sake berkembang pesat di Bandar-bandar dan wilayah-wilayah. Misalnya di
Kunawa, Sakai, Ise, Hakata dan lain-lain. Permintaan barang-barang tembikar juga meningkat dengan
pesat dan Bandar Seto di wilayah Owari menjadi pusat pengeluaran barang-barang tembikar di Jepun.

Perikanan

1. Jepun yang merupakan wilayah kelautan memberi banyak kelebihan ekonomi kepada masyarakat
feudal. Kedudukan negara Jepun yang terletak di persimpangan arus Hitam yang panas dengan arus
Kamchatka yang sejuk telah menjadikan perairan Jepun kaya dengan ikan.

2. Kelebihan ini telah membolehkan kegiatan perikanan menjadi sumber kedua kepada masyarakat
Jepun dalam ekonomi masyarakat feudal di Jepun. Aktiviti menangkap ikan telah lama menjadi sumber
pendapatan masyarakat feudal Jepun disebabkan ikan merupakan sumber penting dalam diet
harian masyarakat Jepun dan penangkapan ikan pesisir pantai telah dijalankan sejak zaman
berzaman.

Perlombongan

39
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

1. Industri perlombongan berkembang pesat dengan pertambahan pengeluaran emas. Perak, dan
tembaga. Semasa pemerintahan Oda Nobunaga, pengeluaran emas, perak dan tembaga bertambah
untuk meningkatkan pengeluaran.

2. Perkembangan perindustrian telah membawa kepada perkembangan Bandar di bahagian hujung timur
laut Inland yang dikenali sebagai Osaka. Sehingga penghujung abad ke-16, Osaka menjadi bandar
bebas di luar domain bangsawan feudal dan hanya dikuasai oleh pedagang tempatan dan istana kuil
agung mazhab Tanah Suci Benar.

Perdagangan

1. Orang Jepun mengimport barangan tropika dari negara kebenuaan China yang pada asalnya dari Asia
Tenggara dan India serta barangan pembuatan dari China seperti sutera, porselin, buku, manuskrip,
lukisan dan barangan tembaga.

2. Selain barangan tembaga, Jepun juga mengimport bahan mentah dari China. Antaranya, sulfur, papan,
emas, mutiara, merkuri, dan ibu mutiara. Tetapi menjelang abad ke-15 dan ke-16, Jepun mengeksport
sejumlah barangan siap ke China dan negara-negara lain. Antara barangan utama termasuklah pedang,
kipas berlipat, dam pemidang. Kipas berlipat dan pemidang mendapat permintaan yang tinggi di China.

3. Hubungan perdagangan juga diadakan dengan pedagang Portugal abad ke-16. Menjelang tahun 1550,
didapati ramai pedagang Portugal telah memasuki Jepun dan menjalani aktiviti perdagangan. Pada
masa yang sama. Jepun mula menerima teknologi Barat seperti teknologi kapal, teknik perang,
persenjataan seperti senapang dan meriam, kesenian, dan penyabaran agama Kristian.

4. Pemerintah Hideyoshi turut member keistimewaan kepada William Adams, seorang rakyat British yang
mempunyai kepakaran dalam bidang perkapalan. Hideyoshi turut mengutamakan pembinaan senjata
seperti senapang dan meriam dalam persaingan politiknya yang sedang berlangsung dalam kalangan
daimyo. Pada tahun 1558. Penggunaan senjata buat pertama kalinya telah digunakan di Jepun dan
pada tahun 1570-an, pasukan penembak Jepun dibentuk.

Kesimpulan, perkembangan ekonomi feudalisme yang dialami masyarakat feudalisme di Jepun wajar
dicontohi oleh negara-negara lain pada ketika itu. Perubahan pemikiran pemerintah telah menyebabkan
pemodenan berlaku dalam pemerintahan dan kegiatan ekonomi demi bersaing dengan kuasa Barat dan
mempertahankan kedaulatan negara. Perkembangan ini juga telah membawa kepada aktiviti penerokaan
dan penjelajahan yang menyumbang kepada perkembangan perluasan penjajahan dan pengumpulan
kekayaan.

40
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

18. Bincangkan faktor perkembangan perniagaan dan perdagangan di Belanda pada abad ke 16
hingga abad ke 18 Masihi.

Pengenalan

1. Aktiviti perniagaan dan perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang penting di Belanda pada abad
ke 19 masihi. Kegiatan perniagaan dan perdagangan di Belanda terdiri daripada perdagangan dalam
negara, perdagangan luar negara, dan perdagangan maritim.

2. Perdagangan dalam negara melibatkan wilayah, provinsi dan bandar-bandar di Belanda. Pada masa
yang sama, Belanda turut menjalin hubungan perdagangan dengan negara-negara lain di benua Eropah.

3. Menjelang abad ke 18, perkembangan perniagaan dan perdagangan telah menyebabkan Belanda
berjaya memonopoli perdagangan rempah di bawah kawalan Syarikat Hindia Timur Belanda. Terdapat
pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perniagaan dan perdagangan di Belanda pada abad
ke 19 Masihi.

Isi -isi

Kedudukan Strategik

1. Kegiatan perdagangan berkembang kerana kedudukan strategik Belanda di pertengahan laluan


perdagangan. Dari segi geografi, Belanda terletak di tengah-tengah laluan perdagangan yang
menghubungkan bahagian Timur Laut dan Barat Daya Eropah.

2. Keadaan ini menyebabkan Belanda menjadi pusat pengedaran barang dagangan di Eropah. Belanda
juga memiliki industri pembinaan kapal. Kapal-kapal ini membawa barang keperluan negara-negara
Eropah. Contohnya, gandum dan barli dari Poland dan Timur Prusia. Ia juga mengangkut hampir
keseluruhan pengeluaran logam besi dari Sweeden.

3. Kedudukan yang strategik ini telah membolehkan Belanda memainkan peranan penting sebagai pusat
pengedaran barang dagangan di Eropah dan akhirnya menjadikan aktiviti perdagangan dan perniagaan
berkembang pesat di Belanda.

Kekurangan Sumber Alam

1. Selain itu faktor yang mendorong perkembangan perniagaan dan perdagangan di Belanda adalah
disebabkan kekurangan sumber alam. Kekurangan sumber alam menyebabkan Belanda tidak dapat
mengeluarkan barang keperluan yang mencukupi kecuali produk hasil tenusu.
2. Belanda terpaksa mengimport barang keperluan penduduknya dari negara lain. Keadaan ini
menyebabkan berlakunya peningkatan dalam aktiviti perdagangan dan perniagaan Belanda. Kekurangan
sumber alam juga menyebabkan kemunculan industri-industri pembuatan.

3. Industri penghasilan produk daripada barang yang diimport seperti tekstil dan kertas dan kemudiannya
dieksport. Bahan mentah bagi industri kain di Belanda di import dari England. Kain biasanya diproses dan
dicelup dengan pewarna sebelum di eksport semula ke negara lain.

4. Kekurangan sumber alam ini secara tidak langsung menyebabkan Belanda terlibat dalam aktiviti
perdagangan import bagi memenuhi keperluan negara. Kemunculan industri pembuatan pula
merancakkan lagi aktiviti perdagangan dan perniagaan di Belanda pada abad ke 16 hingga ke 18 Masihi.

Institusi Perbankan

1. Penubuhan pelbagai institusi perbankan di Belanda pada abad ke 17 Masihi merancakkan lagi aktiviti
perniagaan dan perdagangan. Institusi ini menyediakan kemudahan pinjaman dan modal kepada
peniaga.

2. Pada tahun 1609, sebuah institusi pertukaran wang dikenali sebagai Wisselbank telah ditubuhkan di
Amsterdam. Bank ini mengambil alih tugas dan peranan yang dimainkan oleh pengurup wang.
Penubuhan bank ini juga dapat mengelakkan kekeliruan akibat penggunaan mata wang yang berbeza.

41
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

3. Di samping itu, bank ini juga berperanan menyelaraskan peminjaman wang dan memperkenalkan sistem
pembayaran menerusi cek. Bank-bank yang ditubuhkan juga telah mengambil alih peranan peminjam
wang persendirian yang beroperasi sebelum ini. Dengan mengenakan kadar faedah yang rendah , bank-
bank telah banyak membantu pedagang dan peniaga kecil dalam merancakkan aktiviti perniagaan dan
perdagangan di Belanda.

Pengenalan Insurans

1. Pengenalan insurans maritim untuk perjalanan laluan laut juga telah memangkinkan kemajuan aktiviti
perniagaan dan perdagangan di Belanda. Insurans ini diperkenalkan sejak pertengahan abad ke-16 M
sebagai langkah menanggung risiko yang dihadapi oleh pedagang semasa barang-barang diangkut
menggunakan jalan laut.

2. Premium bagi insurans berbeza dari semasa ke semasa berdasarkan harga belian barang yang diangkut.
Kadar premium insurans yang diperkenalkan pada tahun 1650 adalah antara 5% hingga 11% daripada
harga barangan. Pengenalan insuran maritim ini lebih meyakinkan saudagar dan syarikat-syarikat
perniagaan sehinggalah Belanda akhirnya muncul sebagai satu kuasa perdagangan terkenal di Eropah

Penggunaan Mata Wang

1. Penggunaan mata wang yang seragam juga menjadi factor kebangkitan Belanda sebagai satu kuasa
perniagaan dan perdagangan terkenal dari Eropah. Sebelum ini sehingga abad ke-17 masihi belum
terdapat keseragaman dalam penggunaan mata wang di Belanda.

2. Setiap daerah memiliki mata wang masing-masing kecuali wilayah-wilayah seperti Hoorn, Medemblik dan
Enkhuizen mempunyai mata wang seragam yang diawasi pemerintah. Kemudiannya mata wang
kebangsaan yang mempunyai nilai berbeza diperkenalkan untuk digunakan oleh orang awam.

3. Meskipun begitu beberapa mata wang luar seperti mata wang Sepanyol, Jerman, Pound Flemish, dan
Dollar Rix turut digunakan dalam urus niaga. Jelaslah penggunaan mata wang bukan sekadar
memudahkan urus niaga malah telah merancakkan aktiviti perniagaan dan perdagangan di Belanda
menjelang abad ke 19 masihi.

Kesimpulan, terdapat pelbagai faktor yang merangsang pertumbuhan pesat kegiatan perniagaan dan
perdagangan di Belanda pada abad ke 18 Masihi. Faktor-faktor di atas menjadi asas kukuh bagi Belanda
memobilisasikan aktiviti perniagaan dan perdagangannya sehingga berjaya muncul sebagai kuasa
perdagangan penting di Eropah pada abad ke 19 Masihi.

42
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

19. Jelaskan perkembangan perniagaan dan perdagangan di Belanda pada abad ke 16 hingga abad
ke 18 Masihi.

Pengenalan

1. Pada abad ke-16, Belanda telah muncul sebagai sebuah kuasa hebat dalam bidang ekonomi. Dalam
tempoh 100 tahun, Utara Belanda telah menjadi mercu tanda kejayaan perkembangan industri.

2. Kemajuan ekonomi Belanda itu adalah disebabkan perkembangan yang berlaku pada abad ke-15 di
mana Belanda muncul sebagai kuasa perkapalan yang menguasai perdagangan di Eropah.

3. Pada abad ke-17, Belanda telah menggalakan aktiviti pelayaran dan penjelajahan. Kapal- kapal Belanda
mula belayar merentasi Atlantik.

Isi -isi

Pelabuhan Antwerp

1. Pada abad ke-16, Belanda muncul sebagai pusat kewangan Eropah. Bandar pelabuhan Anterp muncul
sebagai pusat kewangan yang menjadi tumpuan para saudagar dan pedagang asing seperti Jerman,
Sepanyol, Portugis, Inggeris, Danish, dan Itali.

2. Bandar Pelabuhan Antwerp menjadi penting sebagai pusat perdagangan. Antwerp sebagai Pelabuhan
yang sibuk dan kapal sering keluar masuk membawa barang dagangan seperti rempah, teh dan sutera.
Amsterdam sebagai pusat pentadbiran dan menjadi kota yang penting di Eropah sebagai pusat
perdagangan dan perbankan.

3. Terdapat institusi kapitalisme moden berkembang di Antwerp. Pada tahun 1609, Wissel Bank
berperanan sebagai institusi pertukaran mata wang dan penggarup wang. Bank-bank itu berperanan
sebagai meningkatkan pelaburan Belanda dalam perdagangan antarabangsa.

4. Insuran nyawa serta insuran kapal dan muatan telah diperkenalkan kepada saudagar-saudagar yang
akan melakukan pelayaran. Insuran itu diperkenalkan sebagai langkah menanggung risiko yang
dihadapi oleh pedagang maritim.

Dasar Ekonomi Merkantilisme

1. Belanda merupakan satu-satunya negara yang tidak mengamalkan dasar ekonomi merkantilisme di
Eropah. Perdagangan dan perniagaan berkembang pesat dan maju mengikut kebijaksanaan pedagang-
pedagang. Belanda mendapatkan bahan mentah dari beberapa tanah jajahan dan menjual semula ke
Eropah.

2. Ini menyebabkan Belanda muncul sebagai negara yang terkaya di Eropah pada Ketika itu. Pedagang
Belanda berlayar sehingga ke Afrika, Amerika dan Asia. Banyak koloni empayar Belanda telah
ditubuhkan di seluruh dunia seperti di Hindia Timur (Indonesia), Kepulauan Cariebean, Brazil dan
Guyana di Amerika Selatan, New Amsterdam (New York) di Amerika Utara dan Afrika Selatan.

Penubuhan Syarikat Vereenigde Oost Indiche Compagnie (V.O.C)

1. Pada tahun 20 Mac 1602, Vereenigde Oost Indiche Compagnie (V.O.C) atau Syarikat Hindia Timur
Belanda telah ditubuhkan untuk menghadapi persaingan dari kuasa-kuasa Eropah yang lain
terutamanya Sepanyol dan Portugis.

2. Kerajaan Belanda telah memberikan hak-hak istimewa kepada V.O.C untuk memonopoli aktiviti-aktiviti
perdagangan rempah di Timur yang penting pada masa itu. Di samping itu V.O.C juga telah diberi
kebenaran untuk mengadakan perjanjian dengan pemerintah- pemerintah tempatan, menakluki serta
menubuhkan koloni.

43
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

3. Di Asia, Belanda bersaing dengan Portugis yang menguasai laluan sekitar Afrika. V.O.C bersaing
dengan Portugis tetapi mereka tidak bersaing dengan Eropah bagi mengekalkan kestabilan.
Penguasaan Belanda mendapat persaingan sengit apabila Belanda bersaing dengan Syarikat Hindia
Timur Inggeris (SHTI). Menjelang tahun 1609, Belanda menjadi kuasa perdagangan utama di Timur
mengatasi kuasa-kuasa Barat yang lain seperti Portugis, Sepanyol dan British.

Kemajuan Pertanian Komersial.

1. Pelabuhan Antwerp dan Amsterdam menjadi bandar utama perniagaan gula. Perusahaan tembakau
menjadi penting pada abad ke 17 kerana bekalan buruh atau hamba dari Afrika Barat. Menjelang
pertengahan abad ke 17 hingga abad ke 18, Belanda giat membuka ladang-ladang komersial. Belanda
membuka ladang-ladang komersial di koloni-koloninya.

2. Di Hindia Timur dan Indonesia, Belanda mengeksploitasi tanaman tempatan seperti kopi, tebu, beras,
indigo dan lada hitam, di Suriname Belanda mendapat emas, Belanda juga mendapat hasil gula, dan
tembakau. Perdagangan emas, gula dan tembakau menjadikan Belanda pusat pengedaran barangan
tersebut ke Eropah.

3. Menjelang tahun 1650, Belanda memiliki sebanyak 16000 kapal dagang bagi mengangkut hasil
pertanian dan barang- barangan dagangan. Bekalan tenaga yang murah kerana dihasilkan melalui kincir
angin dan tanah gambut. Dapat mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan.

Angkatan Marin Perdagangan

1. Belanda mempunyai angkatan marin perdagangan yang besar dan terutamanya fluyts iaitu kapal
pengangkut sederhana dan tahan lasak. Ia membolehkan Belanda menguasai perdagangan balak,
bijirin, kain, garam, dan ikan herring pada tahun 1600.

2. Selain itu, bahan mentah diimport dengan banyak dan menghasilkan barang siap melalui pelbagai jenis
perdagangan. Hal ini membangunkan industri pembersihan gula, pelaburan, penyulingan, pemeraman,
hasil tembakau, tenunan sutra, pembuatan tembikar, kaca, senjata, kertas, dan percetakan.

3. Koloni-kolonin Belanda telah membuka ladang-ladang bagi tanaman- tanaman komersial. Pelabuhan
Antwerp dan Amsterdam menjadi bandar utama perniagaan gula. Perusahaan tembakau menjadi
penting pada abad ke 17 kerana bekalan buruh dari Afrika.

4. Belanda juga menguasai perdagangan gula dan tembakau dan ini telah menjadikan Belanda pusat
pengedaran barangan tersebut ke Eropah. Menjelang tahun 1650, Belanda memiliki sebanyak 16,000
kapal dagang bagi mengangkut hasil pertanian dan barang-barangan dagangan

Kesimpulan, kemajuan aktiviti perdagangan dan perniagaan Belanda terbantut antara tahun 1806 hingga
1813, apabila Belanda telah dijajah oleh Perancis dalam Perang Napoleon. Ini menyebabkan kegiatan
perdagangan dan perniagaannya terganggu di seluruh Eropah dan Asia.

44
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

20. Sejauhmanakah faktor perdagangan merenggangkan hubungan


antara China dengan Barat pada abad ke- 19 Masihi.

21. Bincangkan faktor-faktor berlakunya Perang Candu II pada abad


ke- 19 Masihi.

22. Huraikan kesan Perang Candu II ke atas China pada abad ke- 19
Masihi.

23. Bincangkan tindakbalas masyarakat terhadap perluasan kuasa


Barat di China pada abad ke- 19 Masihi

24. Bincangkan faktor kegagalan Gerakan Menguatkan Diri pada


abad ke- 19 Masihi.

25. Bincangkan kesan politik dan ekonomi akibat pemberontakan


Boxer 1899 kepada China.

26. Sejauhmanakah penghapusan budaya tempatan membawa


kepada Kebangkitan Dahagi pada tahun 1857.

27. Bincangkan Gerakan Pembaharuan Ching di China pada abad


ke- 20 Masihi

45
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

20. Sejauhmanakah faktor perdagangan merenggangkan hubungan antara China dengan Barat
pada abad ke 19 Masihi.

Pengenalan

1. Pada akhir abad ke-18, kuasa-kuasa Barat sangat berminat untuk menjalin hubungan perdagangan
dengan China. Bagaimanapun kuasa-kuasa Barat menghadapi pelbagai kesukaran untuk berdagang
disebabkan kerajaan China diperintah oleh dinasti Manchu yang mengamalkan dasar tutup pintu.

2. Selaras dengan dasar tersebut, pelbagai sekatan dikenakan kerajaan Manchu ke atas pedagang-
pedagang Barat. Desakan daripada para pedagang dan pegawai Barat ini akhirnya memuncak dengan
pelbagai insiden yang merenggangkan hubungan antara China dengan Barat.

3. Meskipun begitu bukanlah faktor perdagangan semata-mata yang merenggangkan hubungan Barat
dengan China tetapi terdapat juga faktor lain seperti sekatan-sekatan perdagangan, kemasukan candu
dan pengamalan sistem hubungan antarabangsa yang bertentangan.

Isi -isi

Faktor Perdagangan

1. Faktor perdagangan menjadi penyumbang utama kepada kerenggangan hubungan antara China dan
Barat. Hal ini disebabkan China mengamalkan konsep perdagangan yang berbeza.

2. Negara China tidak berminat menjalin hubungan dengan Barat kerana beranggapan negara mereka
mampu memenuhi keperluannya dan keutamaan lebih kepada ekonomi berasaskan pertanian.

3. Sementelahan lagi aktiviti perdagangan dianggap hina berdasarkan struktur masyarakat China
kumpulan pedagang berada dalam susun lapis paling bawah. Manakala pihak Barat pula mengamalkan
perdagangan bebas dan berlumba-lumba mendapatkan bahan mentah dan pasaran untuk memenuhi
keperluan Revolusi Perindustrian yang pesat di sana. Terbukti amalan perdagangan yang berbeza
menyumbang kepada hubungan yang renggang antara China dan Barat.

Sekatan China Ke atas Barat

1. Selain amalan perdagangan yang berbeza, sekatan-sekatan yang dikenakan pihak China ke atas
pedagang Barat juga turut menjadi penyumbang kepada hubungan yang renggang. Antara sekatannya
termasuklah hanya boleh berdagang melalui pelabuhan Canton dan mesti berurusan dengan Kesatuan
Saudagar China iaitu Co-Hong.

2. Saudagar asing juga tidak dibenarkan tinggal di Canton selepas musim perniagaan dan dilarang
membawa masuk wanita dan senjata ke kawasan perniagaan. Kilang asing hanya dibenarkan
mengambil pekerja lelaki dan tidak boleh melebihi 8 orang.

3. Sekatan ini bertujuan untuk mengelakan pengaruh luar ke atas penyokong Ming yang menentang
kerajaan Manchu.

Kemasukan Candu

1. Kemasukan candu dalam jumlah yang besar juga turut menyumbang kepada hubungan yang renggang
antara China dan Barat. Saudagar Barat mengalami defisit yang besar akibat daripada mengimport teh
dari China.

2. Bagi mengimbangi situasi tersebut, import candu ke China ditingkatkan daripada 4244 buah peti kepada
40,200 buah peti. Hal ini tidak menguntungkan China apalagi candu yang dibawa masuk menjejaskan
kesihatan dan menimbulkan masalah sosial dalam kalangan penduduk China. Rentetan itu timbul
ketidakpuasan hati kerajaan China yang membawa kepada ketegangan hubungan kedua-dua pihak.
Kerenggang juga jelas apabila tuntutan China kepada Barat yang tidak diendahkan dalam Perjanjian
Nanking yang mahukan perniagaan candu oleh Barat dibatalkan.

46
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

Hubungan Antarabangsa Bertentangan

1. Seterusnya kerenggangan hubungan China Barat juga disebabkan pengamalan sistem hubungan
antarabangsa yang bertentangan. China menganggap dirinya sebagai ‘Chung Kao’ atau China sebagai
pusat dunia yang bertamadun.

2. Maharajanya pula dianggap anak syurga dan menjadi pemerintah sejagat. Orang Cina menganggap
orang Barat sebagai gasar dan bertaraf rendah serta enggan menjalinkan hubungan diplomatik. Semua
duta Barat perlu melakukan kowtow di hadapan Maharaja.

3. Keegoaan pihak China ini sangat menyinggung pihak Barat yang akhirnya terpaksa menggunakan
kekerasan dalam menjalin hubungan diplomatik. Jelaslah amalan hubungan antarabangsa yang berat
sebelah ini melebarkan lagi jurang hubungan Barat dengan China.

Kesimpulan, kerenggangan hubungan antara Barat dengan China tidak lebih sekadar alasan sahaja untuk
pihak Barat menguasai China bagi memenuhi keperluan ekonomi dan industrinya. Dengan perancangan rapi
dan kekuatan persenjataan pihak Barat, akhirnya China tewas dan bermulalah episod penjajahan ke atas
China.

47
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

21. Bincangkan faktor-faktor berlakunya Perang Candu II pada abad ke 19 masihi.

Pengenalan

1. Perang Candu Kedua (1856-1860) yang tercetus pada tahun 1856 merupakan rentetan daripada
peristiwa Perang Candu Pertama. Penyelesaian Perang Candu Pertama dicapai apabila kerajaan China
dan British bersetuju menandatangani Perjanjian Nanking.

2. Namun begitu, perjanjian ini gagal menyelesaikan masalah dan pertikaian antara kuasa-kuasa Barat
dengan China. Kerajaan China bertindak tidak menghormati syarat-syarat perjanjian, pada masa yang
sama bertindak menyekat perluasan kuasa-kuasa Barat.

3. Kerajaan China tidak mematuhi hubungan diplomatik berasaskan prinsip persamaan taraf dengan
kuasa-kuasa Barat. Perkembangan tersebut telah mengeruhkan hubungan antara kuasa-kuasa Barat
dengan kerajaan China dan akhirnya tercetus perang antara kedua-dua belah pihak.

Isi -isi

Kepentingan Perdagangan

1. Faktor pertama yang menyebabkan tercetus Perang Candu Kedua adalah kepentingan perdagangan.
Kuasa-kuasa Barat tidak puas hati terhadap pelbagai sekatan yang dikenakan oleh kerajaan China
terhadap pedagang-pedagang asing.

2. Kuasa-kuasa Barat mahu meluaskan kepentingan perdagangan selaras dengan dasar perdagangan
bebas yang diamalkan oleh mereka. Mereka tidak puas hati dengan kerajaan China yang enggan
membuka pelabuhan-pelabuhan lain (selain daripada lima pelabuhan persetiaan awal iaitu Ningpo,
Shanghai, Amoy, Canton dan Foochow) kepada pedagang-pedagang asing. British menganggap
Pelabuhan Amoy dan Ningpo tidak strategik dan menguntungkan mereka. Manakala di Pelabuhan
Canton dan Foochow pula merugikan mereka kerana sikap masyarakat China yang konservatif. Ini telah
menyebabkan British mendesak China memberikan lebih dari apa yang telah diberikan tanpa sekatan.

3. Selain itu, pedagang-pedagang Barat tidak dibenarkan menjalinkan hubungan perdagangan secara
langsung dengan saudagar-saudagar tempatan. Dasar anti perdagangan yang diamalkan oleh kerajaan
China menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pedagang-pedagang asing. Justeru,
kepentingan perdagangan mendorong kuasa Barat melancarkan Perang Candu Kedua pada tahun
1856.

Anti Manchu

1. Sikap permusuhan yang ditonjolkan oleh kerajaan China terhadap kuasa-kuasa asing menyebab
hubungan mereka semakin renggang. Usaha kuasa-kuasa Barat menjalinkan hubungan perdagangan
dengan kerajaan China turut menemui jalan buntu.

2. Di samping itu, tindakan kerajaan China enggan menerima perwakilan asing telah memburukkan
hubungan antara mereka. Pada tahun 1849, kerajaan China telah bertindak dengan tidak menjawab
surat yang dihantar oleh Lord Palmerston, Setiausaha Luar Britain kepada Maharaja China.

3. Malah, percubaan Pesuruhjaya Amerika Syarikat Peter Parker untuk megadakan perjumpaan dengan
pegawai-pegawai China tidak mencapai kejayaan. Tegasnya, isu hubungan diplomatik yang renggang
turut memainkan peranan dalam mencetuskan Perang Candu Kedua.

Anti Barat

1. Sikap anti orang asing yang menebal dalam masyarakat China telah menimbulkan rasa tidak puas hati
kuasa-kuasa Barat. Pada tahun 1847, tentera British menyerang Pelabuhan Canton ekoran sikap
penduduk Canton yang enggan membenarkan pedagang-pedagang British berdagang dengan bebas.

2. Hsu Kang Ching dan Yeh Ming Chen yang merupakan pegawai hal ehwal luar Canton mengambil sikap
anti orang asing. Mereka bertindak membangkitkan perasaan anti orang asing dan menghasut orang
China menghalang kemasukan pedagang British ke Pelabuhan Canton.

48
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

3. Perkembangan ini menyebabkan hubungan antara China British menjadi semakin renggang. Justeru,
sikap anti orang asing yang menebal dalam kalangan pemimpin dan rakyat China turut menyebabkan
tercetus Perang Candu kedua.

Tidak Puas Hati Terhadap Perjanjian Nanking

1. Syarat-syarat Perjanjian Nanking menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kuasa-kuasa Barat
terhadap kerajaan China. Pembukaan lima buah pelabuhan kepada kuasa-kuasa Barat tidak
memuaskan hati kepada pedagang-pedagang Barat.

2. Kuasa barat mendesak agar lebih banyak pelabuhan dibuka kepada mereka untuk menjalankan
perdagangan. Selain itu, pihak British masih tidak berpuas hati dengan hak istimewa yang dijanjikan
dalam Perjanjian Nanking. Pihak British mendesak kerajaan China memberi lebih banyak hak
keistimewaan kepada mereka.

3. Kerajaan China tidak berpuas hati dengan Perjanjian Nanking yang langsung tidak menyentuh tentang
perdagangan candu, Tuntasnya, rasa tidak puas hati terhadap perjanjian Nanking oleh kedua-dua pihak
juga punca meletus Perang Candu Kedua.

Perdagangan Candu

1. Salah satu faktor yang mencetuskan kerenggangan antara kerajaan China dengan kuasa-kuasa Barat
ialah perdagangan candu. Kerajaan China telah bertindak mengeluarkan perintah mengharamkan
perdagangan candu selepas Perang Candu Pertama.

2. Namun demikian, kuasa-kuasa Barat terutama British masih meneruskan perdagangan candu yang
mendapat keuntungan yang lumayan. Perdagangan candu telah meningkat daripada 46 000 buah peti
candu pada tahun 1848 kepada 52 929 buah peti candu pada tahun 1850. Sikap kuasa Barat yang mahu
mengaut keuntungan melalui perdagangan candu menimbulkan rasa tidak puas hati kerajaan China.

3. Dalam hal ini, kerugian yang dialami oleh kerajaan China melalui pengaliran keluar emas menyebabkan
ketidakseimbangan dalam perdagangan telah menyumbang kepada meletusnya peperangan antara
kedua-dua pihak. Ternyata, sifat tamak kuasa Barat mahu mengaut keuntungan maksimum melalui
perdagangan menimbulkan rasa tidak puas hati kerajaan China menjadi faktor meletus peperangan.

Keengganan Semakan Perjanjian

1. Kuasa-kuasa Barat tidak berpuas hati kerana kerajaan China enggan menyemak semula perjanjian-
perjanjian yang telah ditandatangani. Perjanjian Whanghia dengan Amerika Syarikat dan perjanjian
Whangpoa dengan Perancis pada tahun 1844 mengandungi syarat tentang penyemakan semula
perjanjian tersebut selepas 12 tahun.

2. Kerajaan China enggan semak semula perjanjian dengan alasan syarat-syarat perjanjian tersebut berat
sebelah. Kerajaan China berpendapat, perjanjian yang dipaksa terhadap mereka harus dibatalkan. Bagi
pihak British pula, mereka berpendapat konsesi yang diberikan dalam Perjanjian Nanking dan Bogue
tidak mencukupi untuk menjalankan perdagangan bebas.

3. Oleh itu, British berpendapat Perjanjian Nanking harus disemak semula oleh kerajaan China pada tahun
1854. Usaha British, Perancis dan Amerika Syarikat untuk mengadakan perbincangan menemui
kegagalan. Perkembangan tersebut menyebabkan saudagar-saudagar British mendesak kerajaan
British menggunakan kekerasan untuk memaksa kerajaan China menyemak semula perjanjian tersebut.
Jelaslah keengganan kerajaan China berbuat demikian menjadi faktor meletus Perang Candu Kedua.

Peristiwa Kapal Lorcha Arrow

1. Faktor yang menyebabkan tercetusnya Perang Candu Kedua ialah peristiwa kapal Lorcha Arrow. Kapal
ini dimiliki oleh seorang berbangsa Cina tetapi didaftarkan di Hong Kong. Kapal ini berlayar di bawah
bendera Britain dan kapten kapal ini merupakan seorang berbangsa Inggeris.

49
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

2. Pada 8 Oktober 1856, ketika kapal berlabuh di Pelabuhan Canton, anggota polis telah memberkas 12
orang anak kapal dengan tuduhan penyeludupan dan perlanunan. Pada 12 Oktober 1856, Harry Parker
yang merupakan seorang Konsul British di Canton telah mengemukakan bantahan terhadap kerajaan
China.

3. Beliau menuntut supaya tawanan tersebut dibebaskan dan kerajaan China memohon maaf atas kejadian
tersebut. Walaupun anak-anak kapal tersebut dibebaskan, kerajaan China enggan meminta maaf atas
peristiwa tersebut. British mengambil kesempatan ini untuk melancarkan serangan ke atas China.
Ternyata, peristiwa ini menjadi faktor serta-merta meletus Perang Candu Kedua.

Kesimpulan, peperangan yang mengambil masa 5 tahun berakhir dengan kekalahan kerajaan China.
Kuasa-kuasa Barat seperti Britain, Perancis, Amerika Syarikat dan Rusia menantangani Perjanjian Tientsin
dengan China pada tahun1858. Pada peringkat kedua pula, kerajaan China terpaksa menandatangani
Konvensyen Peking pada 24 Oktober 1860. Konvensyen Peking telah menyebabkan kedaulatan dan maruah
kerajaan China tercabar.

50
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

22. Huraikan kesan Perang Candu II ke atas China pada abad ke 19 Masihi.

Pengenalan

1. Perang Candu Kedua yang berlaku pada 1856 – 1860 merupakan rentetan daripada Perang Candu
Pertama. Tindakan Kerajaan China yang enggan mematuhi syarat-syarat perjanjian Nanking, menyekat
perluasan kuasa-kuasa barat dan tidak mematuhi hubungan diplomatik telah mencetuskan Perang
Candu Kedua.

2. Terdapat pelbagai kesan selepas berlakunya Perang Candu II ini iaitu ia memberi kesedaran kepada
orang China bahawa barat lebih superior, melahirkan dua golongan Masyarakat China, mewujudkan
hubungan diplomatik yang lebih luas dengan negara luar, kemunculan golongan reformis China dan
perjanjian yang dimetrai merugikan China.

Isi -isi

Ketamadunan China

1. Kesan Perang Candu Kedua ke atas China ialah kekalahan China pada kali kedua kepada kuasa-kuasa
barat telah menyedarkan China bahawa barat lebih hebat daripada China dalam pelbagai aspek.
Kekalahan ini menyebabkan China mula merancang strategi meniru pelbagai teknik yang dilakukan
oleh barat untuk dilaksanakan di China.

2. Pelbagai pembaharuan telah diperkenalkan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial . China juga
menyedari penguasaan ilmu pengetahuan dari barat sangat penting untuk menjadikan negara mereka
kuat. Sebagai contoh, pemimpin-pemimpin China seperti Tseng Kao Fan, Tso Tsung Tang dan Li Hung
Chang telah mempelopori peniruan idea-idea barat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial untuk
dilaksanakan dalam Rancangan Pembaharuan iaitu Gerakan Memperkuatkan Diri pada tahun 1864
hingga tahun 1894. Jelaslah bahawa, kekalahan China dalam Perang Candu Kedua telah
menyebabkan China mengakui kelemahan mereka berbanding kuasa Barat ketika itu.

Kemunculan Masyarakat Pro dan Anti Barat.

1. Seterusnya, kesan Perang Candu Kedua ke atas China ialah telah muncul dua golongan dalam
masyarakat iaitu Masyarakat China yang pro-barat dan Masyarakat China yang anti barat.

2. Golongan pro-barat telah cenderung meniru idea-idea barat untuk dilaksanakan di negara China
sebaliknya golongan anti barat menjalankan kegiatan menentang orang barat serta menentang
pengaruh barat di China. Sebagai contoh, pada 21 Jun 1870, orang China yang anti barat telah
menyerang rumah anak-anak yatim Kristian di Tientsin menyebabkan 20 orang terbunuh termasuklah
10 orang rahib Wanita.

3. Pada tahun 1875, Raymond Margary serta 5 orang Cina yang menjadi pengikutnya telah dibunuh
semasa menjalankan penyelidikan untuk mencari jalan darat dari Myanmar ke China. Jelaslah bahawa,
kekalahan China dalam Perang Candu Kedua telah melahirkan dua aliran masyarakat China yang
berbeza sokongan pro-barat atau anti barat.

Dasar Persamaan Taraf China.

1. Kesan Perang Candu Kedua yang seterusnya ialah wujudnya hubungan diplomatik yang lebih luas atas
dasar persamaan taraf China dengan kuasa-kuasa barat . Bagi menguruskan hal ehwal hubungan
China dengan kuasa-kuasa luar, Pejabat hal Ehwal Luar yang dikenali sebagai Tsungli Yamen telah
diwujudkan pada 11 Mac 1861.

2. Sejak tahun 1861, duta-duta asing mula ditempatkan di Peking. Selain itu, duta-duta China juga mulai
ditempatkan di negara-negara asing sejak tahun 1877. Antara negara yang menerima duta-duta China
ialah Amerika Syarikat , Britain, Perancis, Jerman, Sepanyol, Rusia , Sweden dan Sepanyol. Antara
contoh hubungan antarabangsa yang berlangsung antara China dengan negara luar ialah pada tahun
1868.

51
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

3. Bantuan Robert Hart, satu perwakilan China yang diketuai oleh Pin Chun, telah dihantar ke Eropah
untuk menjalinkan hubungan antarabangsa dengan negara Eropah. Jelaslah bahawa, kekalahan China
dalam Perang Candu Kedua telah menyebabkan hubungan diplomatik antara China dengan negara-
negara barat semakin terbuka luas.

Krisis Ekonomi

1. Kesan Perang Candu Kedua yang seterusnya ialah negara China telah mengalami krisis ekonomi. Hal
ini kerana, China terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang sangat banyak untuk membiayai belanja
peperangan dan membayar ganti rugi perang dengan Inggeris.

2. Hal ini diburukkan lagi dengan kemasukan barang-barang dari barat yang menjejaskan pasaran barang-
barang tempatan. Sebagai contoh, perjanjian Tientsin menyatakan Kerajaan China dikehendaki
membayar ganti rugi perang sebanyak empat juta tael kepada British dan dua juta tael kepada Perancis.

3. Perjanjian Tientsin juga membolehkan kapal asing bebas berniaga di Sungai Yangtze hingga Hankow
iaitu kira-kira 100 km. Jelaslah bahawa Perang Candu Kedua telah menyebabkan negara China
mengalami krisis kewangan yang meruncing.

Penghijarahan Penduduk China Ke Luar Negara.

1. Seterusnya, Perang Candu Kedua telah menyebabkan penghijrahan beramai-ramai rakyat China ke
seberang laut terutamanya ke Asia Tenggara. Penghijrahan itu semakin hebat apabila British
menjalankan perdagangan hamba bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di Asia Tenggara.

2. Tambahan pula, Kerajaan China tidak menyekat penghijrahan rakyatnya ke seberang laut selepas
termetrinya Perjanjian Tientsin dan Perjanjian Peking. Orang-orang China sanggup berhijrah kerana
mereka telah hilang keyakinan terhadap kerajaan China yang dianggap hilang mandat memerintah .

3. Mereka juga berusaha untuk melarikan diri daripada penderitaan di negara China. Jelaslah bahawa,
Perang Candu Kedua telah mengakibatkan penduduk China bermigrasi ke negara-negara lain bagi
membina kehidupan yang lebih baik.

Kesimpulan, kekalahan China dalam Perang Candu kedua ini menyebabkan China terbuka kepada
hubungan luar khususnya dalam aspek ekonomi dan politik. Pembukaan pelabuhan-pelabuahan yang lebih
banyak mendedahkan China kepada hubungan antarabangsa yang lebih luas. Hal ini menyebabkan dasar
pemencilan China berakhir.

52
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

23. Bincangkan tindakbalas masyarakat terhadap perluasan kuasa barat di China pada abad ke 19
Masihi.

Pengenalan

1. Kekalahan China dalam Perang Candu kedua ini menyebabkan China terbuka kepada hubungan luar
khususnya dalam aspek ekonomi dan politik.

2. Pembukaan pelabuhan-pelabuhan yang lebih banyak mendedahkan China kepada hubungan


antarabangsa yang lebih luas. Hal ini menyebabkan dasar pemencilan China berakhir.

Isi -isi

Pemberontakan Taiping.

1. Gerakan Menguatkan Diri telah berlangsung pada tahun 1861 hingga tahun 1895. Menjelang abad ke
19, China turut menghadapi beberapa pemberontakan dalam negeri seperti Pemberontakan Taiping dan
Pemberontakan Nien.

2. Pemberontakan dalam negeri dan kekalahan China kepada barat telah menyedarkan pegawai-pegawai
istana dan pemimpin-pemimimpin wilayah seperti Putera Kung, Tseng Kuo-Fan, Li Hung-Chang dan Tso
Tsung-Tang tentang keperluan memodenkan China dalam aspek hubungan diplomatik, pendidikan,
ketenteraan, ekonomi , pentadbiran dan sistem perhubungan dan pengangkutan.

3. Tokoh yang mengasaskan idea Gerakan Menguatkan Diri ini ialah Feng Kuei-Fen . Beliau berpendapat
China harus memperoleh ilmu dari negara-negara barat untuk memodenkan negara. Pelbagai Langkah
yang dijalankan antaranya memodenkan sistem pertahanan China dengan pembinaan kilang senjata di
Kiangnan, Shanghai untuk membuat senapang, peluru dan pembinaan kapal perang dengan jumlah
pekerja seramai 2000 orang.

4. Selain itu, pada tahun 1876, pembinaan landasan keretapi yang menghubungkan Kaiping dan Tientsin
dijalankan bagi menghubungkan bandar-bandar yang berpotensi dalam ekonomi dalam usaha
memodenkan ekonomi China. Jelaslah bahawa, negara China berusaha keras untuk membangunkan
dan mempertahankan negara maruah dan negara setelah China mengalami dua kekalahan dalam
peperangan dengan barat.

Pemberontakan Boxer

1. Selain itu, tindakbalas masyarakat China terhadap perluasan kuasa barat ialah melancarkan
Pemberontakan Boxer pada tahun 1899. Pemberontakan ini bertujuan untuk menghalau orang asing
dari negara China dan membunuh orang Cina yang beragama Kristian.

2. Gerakan Boxer dipelopori oleh ahli-ahli kongsi gelap yang dikenali sebagai Boxer asalnya bersifat anti-
Manchu tetapi kemudiannya menimbulkan semangat anti orang asing . Persatuan I Ho Chuan bergerak
bersama-sama sarjana, pemimpin istana dan pembesar China . Antara tokoh-tokoh yang terlibat
pemimpin yang terlibat ialah Maharani Dowager, Putera Chuang dan Kang-I .

3. Penentangan ini berfokus kepada anti mubaligh Kristian, anti orang Cina yang beragama Kristian dan
kebencian kepada penguasaan ekonomi asing di China yang telah menyebabkan masalah kewangan
serta bencana alam di China. Maharani Dowager telah mengarahkan pemimpin-pemimpin tentera dan
pegawai istana memberikan bantuan senjata kepada pemberontak.

4. Sokongan istana menggalakkan ahli-ahli Boxer mengusir keluar orang barat dari China, menyerang
orang asing dan orang Cina yang beragama Kristian. Kesimpulannya, pemberontakan Boxer
menunjukkan reaksi Masyarakat China yang tidak senang dengan perluasan kuasa barat.

Gerakan Pembaharuan Ching

1. Selain itu, tindakbalas masyarakat China terhadap perluasan kuasa barat yang seterusnya ialah
melancarkan Gerakan Pembaharuan Ching. Selepas kegagalan Pemberontakan Boxer, Kerajaan
Manchu telah melancarkan Gerakan Pembaharuan Ching pada 1901 – 1911.

53
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

2. Pada 29 Januari 1901, Maharani Dowager mengumumkan Gerakan Pembaharuan Ching berteraskan
ciri-ciri baik peradaban barat. Kerajaan Manchu mengarahkan pegawai-pegawai kanan Kerajaan untuk
mengemukakan cadangan pembahruan. Antara tokoh yang terlibat memberikan idea pembaharuan
ialah Gabenor Jeneral Liu Kun-I dan Chang Chih-Tung.

3. Idea pembaharuan adalah meliputi pembaharuan dalam Pendidikan, ketenteraan, pengenalan sistem
pemerintahan berperlembagaan, pembaharuan ekonomi, sosial dan pentadbiran, Sebagai contoh,
dalam bidang pentadbiran, Kerajaan Manchu telah menubuhkan beberapa kementerian seperti
Kementerian Luar Negeri, Kementerian Polis, Kementerian Angkatan Tentera Darat dan Kementerian
Kewangan .

4. Pembaharuan ini bertujuan mewujudkan pemerintahan secara birokratik dan teratur di China. Jelaslah
bahawa, Gerakan Pembaharuan Ching sememangnya dilaksanakan sebagai reaksi memodenkan China
selepas China terdedah kepada penjajahan barat.

Kesimpulan, Gerakan Menguatkan Diri telah mengalami kegagalan untuk memodenkan negara China dan
mengembalikan imej negara China ke tempat lebih tinggi. Natijahnya, kegagalan ini membuktikan negara
China masih gagal menjadi sebuah negara kuat dan moden walaupun berusaha menguatkan diri selama 35
tahun. Malahan negara China kalah teruk di tangan negara yang lebih kecil iaitu Jepun semasa Perang
China-Jepun pada tahun 1894 hingga 1895

54
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

24. Bincangkan faktor kegagalan Gerakan Menguatkan Diri pada abad ke 19 Masihi.

Pengenalan

1. Gerakan Menguatkan diri berlangsung pada tahun 1861 – 1895 berkait rapat dengan peristiwa-peristiwa
yang menjatuhkan maruah negara China sebagai negara yang bertamadun. Gerakan ini bermatlamat
untuk memperkasa bidang politik, ekonomi dan sosial melalui pelbagai program pembaharuan dalam
institusi politik, ekonomi dan sosial berasaskan sistem barat.

2. Gerakan Menguatkan diri ini hanya mencapai kejayaan yang terhad kerana China masih gagal
menangkis perluasan kuasa barat disebabkan ketiadaan pemimpin nasional, , tiada kerjasama dan
penyelarasan dalam dasar permodenan, masalah kewangan China, penentangan oleh golongan
konservatif dan pemodenan yang terhad.

Isi -isi

Kelemahan Pemimpin.

1. Kegagalan Gerakan Menguatkan Diri adalah disebabkan ketiadaan pemimpin yang nasional yang cekap
dan dinamik untuk memimpin gerakan ini. Kerajaan China gagal melahirkan pemimpin yang berkaliber
dalam pemerintahannya.

2. Pada peringkat awal terdapat pemimpin yang berkaliber iaitu Putera Kung tetapi telah disingkirkan pada
tahun 1895 oleh Maharani Dowager Tzu His yang bersifat anti-pemodenan. Maharani Dowager tiada
kewibawaan dalam memerintah dan gagal merancang usaha-usaha dan strategi pemodenan kerana
tidak berfikiran tajam.

3. Kebanyakan usaha pemodenan dilaksanakan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai wilayah dan daerah
tanpa garis panduan dan pengawasan Kerajaan pusat. Pegawai-pegawai bukan sahaja tidak cekap,
malah melakukan banyak penyelewengan kuasa dan rasuah.

4. Dalam hal pungutan cukai, mereka sering mengutamakan kepentingan sendiri. Hal ini menyebabkan
usaha-usaha pemodenan menemui kegagalan khususnya di peringkat perancangan dan pelaksanaan.
Jelaslah bahawa, kegagalan China dalam Gerakan Menguatkan diri adalah disebabkan tiadanya
pemimpin yang yang cekap untuk menerajui gerakan ini.

Tiada Kerjasama

1. Selain itu, kegagalan Gerakan Menguatkan Diri adalah disebabkan oleh tiada kerjasama dan
penyelarasan antara kerajaan pusat dengan kerajaan wilayah dalam dasar-dasar pemodenan yang akan
dijalankan.

2. Pemimpin Gerakan Menguatkan Diri seperti Li Huang Chang , Tseng Kuo Fan dan Tso Tsung Tang tidak
memberikan kerjasama kepada kerajaan pusat sebaliknya sentiasa memelihara kedudukan dan
kepentingan pertahanan wilayah masing-masing.

3. Mereka tidak menyedari bahawa kemajuan dan kekuatan wilayah Sahaja tidak cukup untuk
mengembalikan seluruh kekuatan Kerajaan China. Sebagai bukti, Angkatan Tentera Laut Hokkien telah
dikalahkan oleh Perancis semasa perang China-Perancis pada 1884 dan dalam perang China -Jepun (
1894-1895), Angkatan Tentera Laut Peiyang kalah di tangan Jepun.

55
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

Ketidakpercayaan Kerajaan Manchu

1. Selain itu, kegagalan Gerakan Menguatkan Diri juga disebabkan Kerajaan Manchu tidak menaruh
kepercayaan sepenuhnya terhadap pegawai-pegawai sendiri kerana perbezaan keturunan.

2. Tindakan pemimpin Gerakan Menguatkan Diri yang bersungguh-sungguh melakukan pembaharuan


telah dicemburui oleh pemimpin-pemimpin daripada keturunan Manchu yang memegang jawatan dalam
pemerintahan kerana bimbangkan jawatan masing-masing tergugat. Jelaslah bahawa, ketiadaan kerjasama
antara kepimpinan kerajaan pusat dan wilayah dalam melaksanakan Gerakan Menguatkan Diri
menyebabkan gerakan ini ga

Kelemesetan Ekonomi

1. Seterusnya, faktor kegagalan Gerakan Menguatkan Diri ialah kerana kemelesetan ekonomi yang dialami
oleh China. Masalah kewangan ini bermula pada tahun 1840an kerana bencana alam iaitu banjir dan
kemarau.

2. Kecenderungan Kerajaan untuk menghadapi peperangan dan pemberontakan telah menambahkan


beban kewangan China. Kerajaan China juga terpaksa membayar ganti rugi peperangan akibat
kekalahan dalam dua siri Perang Candu.

3. Keadaan bertambah buruk apabila perdagangan Candu tanpa kawalan merugikan imbangan
perdagangan China.Barangan dagangan China seperti kain kapas tempatan hilang daya saing kerana
kain kapas yang diimport lebih murah. Kesemua keadaan ini menyebabkan pendapatan China
berkurang sebaliknya hutang China bertambah.

4. Pemberian hak wilayah asingan dan hak-hak istimewa dalam perdagangan telah menjejaskan
pendapatan negara. Hal ini telah membawa kemelesetan ekonomi China. Jelaslah bahawa,
kemelesetan ekonomi China telah membataskan kejayaan Gerakan Menguatkan Diri kerana
kekurangan modal untuk melaksanakan aspek-aspek pemodenan yang dirancang.

Kekalahan Perang China Jepun

1. Kesan imperialisme barat dan kekalahan China dengan Jepun pada tahun 1894 hingga tahun 1895. Ia
merupakan peperangan merebut kawalan ke atas Korea antara Dinasti Qing dan Dinasti Meiji. Ia juga
merupakan penyebab Gerakan Menguatkan Diri ini gagal. Keadaan politik di China tidak stabil kerana
peperangan yang dilancarkan oleh barat.

2. China terpaksa menanggung kos perang dan bayaran ganti rugi perang kepada kuasa barat.
Ketidakstabilan ekonomi dan politik negara menyebabkan pemimpin China tidak dapat menumpukan
sepenuhnya kepada program pemodenan. Imperialisme barat menyebabkan China terpaksa memberi
hak wilayah asingan dan hak perdagangan kepada barat.

3. Hal ini menyebabkan kadar cukai barangan import menjadi rendah, barangan import menjadi murah
berbanding barangan tempatan China. Barangan tempatan tidak laku di pasaran dan ia menyebabkan
pendapatan negara merosot hingga menjejaskan usaha-usaha untuk memodenkan China yang
memerlukan modal yang tinggi.

4. Selain itu, kekalahan China dalam Perang China- Jepun pada tahun 1894 hingga tahun 1895 memberi
peluang Jepun meluaskan kekuasaannya di China. Hal ini telah mengganggu usaha pemodenan China.
Jelaslah bahawa, kesan imperialisme barat dan kekalahan dalam Perang China-Jepun telah
menyebabkan China gagal melaksanakan sepenuhnya Gerakan Menguatkan Diri.

Penentangan Golongan Konservatif

1. Selain itu, kegagalan Gerakan Menguatkan Diri ialah berlakunya penentangan daripada golongan
konservatif. Golongan konservatif di istana menentang usaha memodenkan China selepas Putera Kung
disingkirkan daripada istana pada 1875.

2. Hal ini berikutan mereka tidak memahami dengan jelas idea-idea barat dan matlamat Kerajaan
melakukan aspek pembaharuan yang terlalu Baharu bagi mereka. Situasi ini menyukarkan mereka
menerima ilmu pengetahuan, kebudayaan dan teknologi barat dalam kehidupan.

56
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

3. Maharani Dowager pula mempunyai sifat anti-asing dan anti-barat. Baginda gemar berbelanja dan
menyalahgunakan wang negara seperti mengindahkan istananya menyebabkan peruntukan untuk
membesarkan tentera laut tiada. Selain itu, terdapat juga tentangan pemodenan daripada golongan
sarjana dan pegawai-pegawai Kerajaan China .

4. Mereka beranggapan bahawa China mempunyai peradaban lebih tinggi berbanding negara-negara
barat. Mereka beranggapan bahawa peniruan idea-idea barat akan menjatuhkan maruah China.
Jelaslah bahawa penentangan golongan konservatif menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri ini
menemui kegagalan

Kesimpulan, Gerakan Menguatkan Diri gagal memodenkan China dan gagal mengembalikan maruah China
sebagai negara yang dihormati. Masyarakat China akhirnya berpecah kepada dua golongan iaitu yang
menyokong dan menentang pemodenan ini.

57
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

25. Bincangkan kesan politik dan ekonomi akibat Pemberontakan Boxer 1899 kepada China

Pengenalan

1. Pemberontakan Boxer merupakan reaksi masyarakat China terhadap perluasan kuasa barat. Ia
dilancarkan pada tahun 1899. Pemberontakan ini bertujuan untuk menghalau orang asing dari negara
China dan membunuh orang Cina yang beragama Kristian.

2. Gerakan Boxer dipelopori oleh ahli-ahli kongsi gelap yang dikenali sebagai Boxer asalnya bersifat anti-
Manchu tetapi kemudiannya menimbulkan semangat anti orang asing.

3. Walaupun pemberontakan ini gagal, tetapi telah meninggalkan kesan politik dan ekonomi kepada China
iaitu maruah kerajaan Manchu merosot, menyerlahkan kelemahan dalam Manchu, menyebabkan
meletusnya Perang Rusia-Jepun, pencerobohan barat ke atas China semakin meluas dan
menimbulkan masalah kewangan kerajaan Manchu.

Isi -isi

Kelemahan pemerintahan dinasti Manchu

1. Kesan pertama pemberontakan Boxer ialah menunjukkan kelemahan pemerintahan dinasti Manchu.
Kepincangan pemerintahan dinasti Manchu menyebabkan pelbagai usaha yang dijalankan untuk
mengatasi kelemahan itu gagal seperti Gerakan Menguatkan diri dan Pembaharuan 100 hari.

2. Kebanyakan rakyat China sudah hilang kepercayaan terhadap kemampuan dinasti Manchu untuk
memerintah. Selepas pemberontakan Boxer, kuasa-kuasa asing telah menduduki Peking dan
perwakilan asing lebih berkuasa daripada Manchu.

3. Hal ini menimbulkan kemarahan rakyat, mereka bangkit memberontak untuk menjatuhkan Kerajaan.
Semangat nasionalisme mula tertanam dalam diri dan jiwa orang Cina untuk menggantikan Manchu
dengan sistem pemerintahan baru bercorak republik.

4. Jelaslah bahawa, Pemberontakan Boxer ini telah menunjukkan kepada rakyat Cina kelemahan
pemerintahan Kerajaan Manchu yang akhirnya membuatkan rakyat Cina hilang kepercayaan kepada
pemerintah.

Kemerosotan maruah Kerajaan Manchu

1. Selain itu, kesan berikutnya ialah telah menyebabkan kemerosotan maruah Kerajaan Manchu kepada
kuasa-kuasa barat. Kerajaan Manchu akhirnya terpaksa tunduk kepada pelbagai tekanan dan desakan
barat. Kejayaan tentera Bersekutu menawan bandar Peking membuktikan kelemahan pemerintahan
Manchu. China terpaksa menerima syarat-syarat dan menandatangani Protokol Boxer tanpa bantahan.

2. Kerajaan China dikehendaki meminta maaf secara rasmi atas pembunuhan menteri Jerman dan
Canselor Kedutaan Jepun. Selain itu, Kerajaan Manchu dikehendaki menjatuhkan hukuman mati ke
atas pegawai-pegawai Cina yang terlibat menyerang dan membunuh orang asing. Selepas Protokol
Boxer, kuasa-kuasa barat bertapak kukuh di China.

3. Kuasa-kuasa asing menempatkan tentera mereka di tempat-tempat strategik mereka di Peking dan
pinggir laut. Hal ini menjejaskan maruah China yang selama ini berpegang kepada konsep Middle
Kingdom kepada taraf semi-Colonial.

4. Jelaslah bahawa, kekalahan dalam Pemberontakan Boxer untuk melawan kuasa asing menyebabkan
maruah China semakin jatuh apabila terpaksa menandatangani Protokol Boxer yang mendatangkan
banyak kerugian kepada negara mereka.

58
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

Perang Rusia-Jepun

1. Kesan Pemberontakan Boxer juga telah menyebabkan Perang Rusia-Jepun meletus. Perang Rusia-
Jepun meletus pada 10 Ogos 1894 hingga 17 April 1895. Perang ini memberi kemenangan kepada
Jepun. Jepun telah berjaya menakluki Semenanjung Korea, Manchuria, Taiwan dan Laut Kuning yang
sebelum ini berada di bawah taklukan Kerajaan Ching.

2. Kegagalan China dalam pemberontakan Boxer telah mendorong Rusia mengambil kesempatan untuk
meluaskan kuasanya di Manchuria walaupun pada ketika itu Manchuria berada di bawah kekuasaan
Jepun. Hal ini sangat membimbangkan dan menimbulkan kemarahan Jepun. Ia bertentangan dengan
kepentingan Jepun.

3. Hubungan Rusia-Jepun menjadi tegang apabila Rusia seterusnya cuba meluaskan pengaruhnya di
Semenanjung Korea. Akhirnya perang Rusia Jepun meletus sebagai kemuncak perebutan wilayah
jajahan di China.

4. Jelaslah bahawa, kekalahan dalam Pemberontakan Boxer merupakan penyebab berlakunya perang
Rusia-Jepun setelah kuasa-kuasa asing mendapat peluang meluaskan kekuasaan mereka di China.

Pencerobohan Kuasa Barat Ke Atas China

1. Selain itu, kegagalan Pemberontakan Boxer juga menyebabkan pencerobohan kuasa barat ke atas
China semakin berleluasa. Selepas pemberontakan Boxer, kuasa asing telah berlumba-lumba untuk
mendapatkan wilayah dan konsesi masing-masing di China.

2. Pada tahun 1902, Rusia telah berjaya menguasai Manchuria secara kekerasan dengan alasan
melindungi kepentingan orang Rusia di China. Rusia telah mendesak Kerajaan Manchu
menandatangani perjanjian sulit bagi mendapatkan hak mutlak ke atas Manchuria.

3. Dalam tuntutan tersebut, China dilarang mengadakan sebarang perjanjian lain dengan kuasa asing,
dilarang membenarkan petempatan konsul asing di Manchuria, hanya orang Rusia dibenarkan bekerja
di sana dan semua resit kastam mesti disimpan di bank Rusia-China.

4. Jelaslah bahawa, pemberontakan Boxer yang menemui kegagalan telah menyebabkan China terbuka
kepada pencerobohan kuasa asing dengan lebih luas.

Masalah Kewangan

1. Selain itu, selepas Pemberontakan Boxer menemui kegagalan, Kerajaan Manchu telah menghadapi
masalah kewangan yang serius. Hal ini berikutan, kerajaan Manchu dikehendaki membayar ganti rugi
kepada kuasa-kuasa barat. Akibatnya, program pemodenan China tidak dapat dijalankan.

2. Kuasa-kuasa barat mengenakan denda yang tinggi dan Kerajaan China terpaksa membayar ganti rugi
selama 40 tahun dengan kadar faedah sebanyak 40%. Akibatnya, China terpaksa menghadapi krisis
kewangan dan meminjam wang untuk membayar hutang tersebut. China meminjam sebanyak 16 juta
pound sterling daripada Britain dan Jerman.

3. Selain itu, Perusahaan tempatan mulai merosot dan muflis kerana tidak mampu bersaing dengan
barang import dari luar yang lebih murah dan dianggap lebih bermutu.

4. Jelaslah bahawa, Pemberontakan Boxer telah mengakibatkan kewangan Kerajaan Manchu


menghadapi krisis kewangan yang sangat teruk.

Kesimpulan, walaupun Pemberontakan Boxer ini gagal, namun telah mencerminkan kebangkitan sebenar
rakyat China sama ada rakyat biasa ataupun golongan istana bangkit menentang penjajah untuk
mempertahankan hak mereka dan menyelamatkan negara mereka daripada terus dikuasai oleh kuasa
asing. Pemberontakan Boxer juga telah meletakkan asas bagi kejatuhan pemerintahan Manchu dan
kemunculan Kerajaan Republik di China.

59
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

26. Sejauhmanakah penghapusan budaya tempatan membawa kepada Kebangkitan Dahagi pada
tahun 1857.

Pengenalan

1. Pemberontakan India 1857 atau turut dikenali sebagai Dahagi India merupakan penentangan terhadap
kuasa Barat (British) yang telah menjajah India pada abad ke 19.

2. Dahagi India ini bermula dengan pemberontakan Sepoi atau Supai, iaitu askar upahan Syarikat Hindia
Timur Inggeris (SHTI) yang berbangsa India, pada 10 Mei 1857 di Kantonmen bandar Meerut dan
seterusnya kemudian merebak menjadi Dahagi.

3. Pemberontakan Dahagi turut berlaku di kawasan dataran Gangga atas dan Tengah India, dengan
penentangan utama berlaku di Uttar Pradesh, Bihar, Utara Madhya Pradesh dan Delhi.

Isi -isi

Penghapusan Budaya Tempatan

1. Penghapusan amalan Sutte dan Thuggee yang diamalkan oleh masyarakat India beragama Hindu
menimbulkan rasa kurang senang. Adat Suttee ialah amalan seseorang balu beragama Hindu yang
membakar diri bersama suaminya yang sudah meninggal dunia semasa upacara pengebumian.
Pentadbiran British cuba menghapuskan amalan ini yang dianggap tidak berperikemanusiaan melalui
undang-undang yang digubal pada tahun 1928 oleh Lord William Bentick.

2. Amalan Thuggee pula merujuk kepada budaya merompak dan membunuh oleh kumpulan-kumpulan
agama yang bersenjata terhadap para saudagar dan pengembara yang menggunakan atas nama Dewi
Kali. Jelaslah, tindakan Lord William mengharamkan amalan ini menimbulkan kemarahan golongan
agama.

3. Bagi balu-balu dalam masyarakat Hindu di India, mereka dilarang untuk berkahwin semula. Pengganti
Lord William Bentick, Lord Dalhousie memandang serius isu ini lalu menggubal Akta Kahwin Semula
bagi balu-balu Hindu pada 1856. Jelaslah, tindakan British memperkenalkan akta ini dianggap sebagai
percubaan untuk menghina amalan tradisi masyarakat Hindu di India.

4. Amalan membunuh bayi perempuan telah diamalkan oleh masyarakat India beragama Hindu sejak
turun-temurun. Golongan ini menganggap bayi perempuan beban kepada keluarga apabila membesar
kelak.

5. Amalan ini dilakukan bagi mengelakkan ibu bapa menanggung malu dan derita akibat pemberian dowri
kepada bakal suami apabila anak perempuan itu berkahwin kelak. Lord William turut mengharamkan
amalan ini dan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan golongan tersebut.

6. Jelaslah, tindakan British ini dianggap sebagai percubaan untuk menghina amalan tradisi masyarakat
Hindu di India.

Undang-undang Lesap Waris

1. British menggunakan pelbagai alasan untuk menakluki sesebuah kawasan. Lord Dalhousie misalnya
menggunakan tiga cara untuk menguasai wilayah di India. Pertama, berperang untuk menakluk sesuatu
kawasan.

2. Kedua, melalui “Undang-undang Lesap Waris” iaitu sebagai contoh, jika seseorang maharaja mangkat
tanpa meninggalkan waris untuk mewarisi takhta tersebut, secara automatik negeri itu akan jatuh ke
tangan British.

3. Ketiga pula ialah memberi alasan penganiayaan, kezaliman, dan ketidakstabilan politik sesebuah
wilayah. Jika sesebuah wilayah itu huru-hara, maka British boleh menguasai kawasan tersebut.
Sebagai contoh, pentadbiran Qudh di bawah Nawab Khan berada dalam keadaan huru-hara dan
amalan rasuah berleluasa. Lord Dalhousie merampas Qudh atas alasan tersebut.

60
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

Perubahan Sistem Pendidikan

1. Perubahan dalam sistem pendidikan menimbulkan perasaan tidak puas hati penduduk tempatan.
Ekoran perubahan ini, jawatan-jawatan penting dalam kerajaan diberikan kepada penduduk tempatan
yang berpendidikan Inggeris sahaja.

2. Perubahan ini juga dianggap sebagai percubaan Inggeris untuk menyebarkan agama Krisitian dalam
kalangan masyarakat India. British juga memperkenalkan sistem perhubungan moden seperti kereta
api dan telegraf.

Pengenalan Sistem Pengangkutan

1. Pengenalan sistem pengangkutan moden mengancam amalan kasta yang diwarisi oleh masyarakat
India sejak turun-temurun dan mencemarkan adat resam dan agama Hindu.

2. Keretapi merupakan sistem pengangkutan utama di India. Masyarakat India yang menggunakan
pengangkutan tidak kira berkasta tinggi atau rendah hanya dibenarkan menaiki gerabak keretapi kelas
ketiga. Hal ini telah menjatuhkan maruah Masyarakat India yang berkasta tinggi. Gerabak keratapi
kelas satu dan dua hanya untuk pegawai-pegawai Inggeris sahaja.

3. Jelaslah, amalan diskriminasi ini dianggap oleh masyarakat India sebagai satu tindakan yang
disengajakan oleh British untuk menghina agama Hindu dan mengancam amalan tradisi masyarakat
tempatan.

Akta Penjajahan Punjab

1. British turut memperkenalkan peraturan baru seperti Akta Penjajahan Punjab yang menjejaskan
kehidupan penduduk dan menambahkan beban golongan petani di kawasan tersebut.

2. Akta Pengambilan Khidmat Awam oleh Lord Canning yang tidak memberi elaun tambahan kepada
sepoi-sepoi India di luar negara.

Kedudukan pembesar tergugat

1. Golongan pembesar telah kehilangan kedudukan dan menjejaskan sumber pendapatan serta status
sosial mereka. Sepoi-sepoi India yang berkasta tinggi turut tidak berpuas hati apabila dihantar ke luar
negeri kerana akan kehilangan status kasta mereka dan dihukum dengan hukuman gantung kepada
yang enggan mematuhinya.

2. Pemberontakan tercetus apabila sepoi-sepoi India mendapat tahu peluru rifle yang digunakan disalut
dengan lemak khinzir dan lemak lembu. Lemak khinzir haram bagi orang Islam dan lemak lembu
dianggap suci kepada penganut agama Hindu. Mereka menunjukkan kemarahan dengan membunuh
pegawai British dan membakar kediaman mereka.

Kesimpulan, Dahagi India ini gagal kerana ketiadaan perpaduan dan matlamat yang sama dalam kalangan
pemberontak. Kegagalan ini juga menunjukkan berakhirnya pemerintahan Islam di India dan telah
digantikan dengan sistem pentadbiran Inggeris

61
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

27. Bincangkan Gerakan Pembaharuan Ching di China pada abad ke 20 Masihi

Pengenalan

1. Kegagalan Pemberontakan Boxer telah menyebabkan kerajaan Manchu mengarahkan pegawai -


pegawai kerajaan mengemukakan cadangan pembaharuan bagi memodenkan China Pada 29 Januari
1901. Maharani Dowager Tzu Hsi mengumuman Gerakan Pembaharuan berteraskan ciri-ciri baik
peradaban Barat.

2. Gabenor Jeneral Liu Kun-i dan Chang Ching tung telah mengemukakan tiga pucuk surat peringatan
kepada pihak istana pada bulan Julai 1901. Hasil daripada cadangan yang dikemukakan oleh Liu Kun
I dan Chang Chih Tung,

3. Pelbagai pembaharuan dilaksanakan. Kerajaan Manchu melancarkan gerakan pembaharuan bagi


memodenkan China pada tahun 1901. Gerakan Pembaharan yang dilaksanakan meliputi aspek
pendididkan, ketenteraan, perlembagaan, ekonomi, sosial, dan pentadbiran.

Isi -isi

Pendidikan

1. Matlamat pembaharuan dalam bidang pendidikan adalah untuk melatih pegawai-pegawai kerajaan
yang lebih cekap. Pada tahun 1904, kerajaan Manchu memperkenalkan sistem pendidikan moden
berasaskan model pendidikan Jepun.

2. Sistem pendidikan merangkumi empat tahap, iaitu sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah tinggi,
maktab dan universiti Peking. Pada tahun 1905, Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kerajaan yang
berdasarkan kitab-kitab klasik China dimansuhkan. Sukatan pelajaran moden yang mengandungi
sejarah China dan Eropah, sistem kerajaan serta ilmu sains dan teknologi Barat diperkenalkan.

3. Pada tahun 1906, kementerian pendidikan ditubuhkan untuk menguruskan pelaksanaan sistem
pendidikan di sekolah. Pelajar-pelajar dihantar untuk menuntut di luar negara seperti Jepun, Eropah
dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1873, pejabat percetakan kecil ditubuhkan bagi menerbitkan buku-
buku dalam bidang alam sekitar, ekonomi, fizik, kimia dan undang-undang antarabangsa.

4. Perkembangan pesat dalam bidang pendidikan menyebabkan banyak sekolah dan maktab didirikan di
China. Maktab-maktab kecil telah dibina di Shanghai, Canton, dan Foochow. Sekolah pelayaran dan
membina kapal turut dibina. Biarpun pembaharuan dalam sistem pendidikan telah dilakukan, namun
nilai-niai ajaran Confucius tidak diabaikan. Menjelang tahun 1909 hingga tahun 1910 , terdapat 57 267
buah sekolah di China.

Ketenteraan

1. Kerajaaan Manchu turut menjalankan pembaharuan dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan
sistem pertahanan negara. Kerajaan melantik Yuan Shih Kai untuk melaksanakan pembaharuan dalam
bidang ketenteraan.

2. Yuan Shih Kai mengambil tindakan merombak semula struktur angkatan tentera berdasarkan model
angkatan tentera Barat, memperbesarkan dan memodenkan angkatan tentera darat, memperkenalkan
senjata moden, dan menubuhkan pasukan tentera kerahan berdasarkan sistem ketenteraan Jerman.
Sekolah-sekolah tentera moden ditubuhkan untuk melatih anggota tentera.

3. Kerajaan juga mengkaji pakar-pakar tentera dari Jepun dan Jerman untuk melatih angkatan tentera
negara. Pegawai-pegawai tentera dihantar ke luar negara terutamanya Jepun dan Jerman untuk
menjalani latihan. Pada tahun 1909, seramai 700 pegawai tentera China dihantar ke Jepun untuk
menjalani latihan ketenteraan.

4. Pada tahun 1906, Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal
ketenteraan. Kementerian Pertahanan telah merancang untuk menubuhkan Angkatan Tentera Darat
Nasional yang mempunyai 36 bahagian.

62
Modul Saujana Sejarah Dunia STPM 940/1
Negeri Melaka 2023

Pemerintahan Berpelembagaan

1. Pengenalan pemerintahan berpelembagaan. Maharani Dowager Tzu Hsi ingin memperkenalkan


pemerintahan perlembagaan bagi menyekat penjajahan kuasa asing. Sebuah jawatan kuasa yang
terdiri daripada lima orang anggota di bawah pimpinan Tsai Te ditubuhkan untuk mengkaji
perlembagaan negara-negara asing.

2. Anggota jawatankuasa tersebut telah dihantar ke Jepun Britain, Perancis, Belgium, Austria, dan Itali
untuk mengkaji perlembagaan negara-negara tersebut. Pada tahun 1908, kerajaan Manchu
meluluskan undang-undang bagi menubuhkan Majlis Perhimpunan Wilayah.

3. Desakan untuk menubuhkan sebuah perlimen dikemukan dalam persidangan tersebut. Hasilnya,
sebuah Perhimpunan Nasional yang dianggotai oleh 200 orang ahli telah ditubuhkan. Separuh daripada
ahli parlimen Nasional dilantik oleh Majlis Perhimpunan Wilayah. Perhimpunan Nasional telah
mengadakan mesyuarat pertama pada 3 Oktober 1910. Pada tahun 1913, hasil desakan
Perhimpunanan Nasional, kerajaan Manchu akhirnya menubuhkan sebuah parlimen.

Pembaharuan Ekonomi

1. Pembaharuan dalam bidang ekonomi seperti penubuhan kementerian perdagangan di Peking pada
tahun 1903. Kerajaan telah menukarkan nama kementerian tersebut menjadi Kementerian Pertanian,
Perindustrian dan Perdagangan.

2. Maktab-maktab teknikal didirikan di wilayah untuk memberi latihan kepada penduduk tempatan dalam
bidang perusahaan. Kerajaan memberi galakan kepada pengusaha-pengusaha tempatan menubuhkan
kilang-kilang. Antara tahun 1903 hingga 1908, sebanyak 130 buah kilang didirikan oleh pengusaha
tempatan di China. Kerajaan juga menggalakkan penggunaan barangan tempatan.

3. Pada tahun 1905, Yuan Shih Kai mengadakan satu pameran perindustrian di Tientsin. Sebuah dewan
untuk mempromosikan barangan keluaran tempatan telah didirikan di Peking. Bagi melancarkan
perdagangan antarabangsa, jawatan Pengawas Perdagangan ditambah. Tugas Pengawas
Perdagangan ialah menguruskan soal perdagangan dan menjadi pegawai diplomatik.

4. Atas desakan pihak Barat, sistem pentadbiran kastam diubah mengikut gaya Barat. Kerajaan China
melantik orang Barat pertama memegang jawatan sebagai Inspektor Jeneral Kastam. Menjelang tahun
1911, kerajaan telah membina landasan kereta api sepanjang 9600 kilometer.

Pembaharuan Sosial

1. Antara pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan Manchu ialah seperti kerajaan menarik balik
larangan perkahwinan antara orang Manchu dengan orang China pada tahun 1902.

2. Larangan terhadap amalan menghisap candu dalam kalangan kakitangan kerajaan dan orang awam
yang berumur di bawah 60 tahun turut ditarik balik pada tahun 1906.

3. Kerajaan Manchu juga menghapuskan amalan mengikat kaki dalam kalangan wanita Cina yang
sebelum ini diamalkan dalam masyarakat China.

Kesimpulan, pembaharuan yang telah dilaksanakan adalah untuk menguatkan diri bagi menghadapi
ancaman imperialisme Barat. Meskipun pelbagai program dilaksanakan, namun gerakan ini tidak mencapai
matlamat sebenar. Kegagalan disebabkan oleh masalah kewangan dan tentangan daripada golongan
konservatif, dan ketiadaaan pemimpin yang berwibawa. Kelemahan ini menyebabkan China terdedah
kepada ancaman imperialisme Jepun dan kuasa Barat.

63

You might also like