Project Based Learning

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SMK BANDAR BARU SUNGAI LONG

BIOLOGI TINGKATAN 4
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)

PENYEDIAAN JERUK MANGGA


DENGAN MENGGUNAKAN KONSEP
PERGERAKAN BAHAN MERENTASI MEMBRAN
PLASMA

NAMA: KEERTHIKA A/P GOBALAKRISHNAN

KELAS: 4 PINTAR

TEMPOH PROJEK: 24 MEI – 7 JUN 2021


ISI KANDUNGAN
Bil. Kandungan Halaman
1. Penghargaan 2

2. Pengenalan 3

3. Objektif 4

4. Prosedur: (Bahan, Radas, Langkah, gambar 5-8


(semasa proses penghasilan produk)

5. Anggaran Perbelanjaan 9
6. Kesimpulan 10

7. Rujukan 11

1
Penghargaan
Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih
kepada guru Biologi saya iaitu Cikgu Akmar kerana
telah membimbing dan memberi tunjuk ajar yang tidak
terhingga kepada saya agar saya dapat menjalankan
tugasan “Project-Based Learning” (PBL) ini dengan
lamcar.

Ucapan ribuan terima kasih juga ditunjukkan


kepada ibu bapa saya yang menolong saya membeli
bahan-bahan yang diperlukan untuk saya menyiapkan
tugasan ini. Saya juga bersyukur kerana ibu bapa saya
sentiasa memberi sokongan moral dan dorongan dalam
tempoh menyiapkan tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga, ucapan ribuan terima kasih


juga ditunjukkan kepada rakan-rakan saya yang sudi
berkongsi resipi-resipi yang menarik dan unik agar saya
dapat menyiapakan tugasan ini.

2
Pengenalaan
Pengawetan, adalah salah satu kaedah pemiliharaan yang
digunakan untuk memastikan keadaan makanan tetap dalam
keadaan baik dan tahan lama. Hal ini kerana makanan yang
terdedah kepada udara dalam jangka masa tertentu dengan
kehadiran faktor-faktor yang sesuai membolehkan
mikroorganisma(cth;kulat,bakteria) untuk membiak dan
seterusnya merosakkan makanan tersebut.

Penjerukan ialah salah satu kaedah mengawet makanan


dengan merendam makanan di dalam cuka, larutan garam
pekat atau larutan gula pekat. Proses ni mengurangkan
kandungan air dalam makanan sebab kehadiran air ialah salah
satu ciri utama kepada pembiakan mikroorganisma.

Secara umumnya, kebanyakan mikroorganisma tidak boleh


hidup dalam keadaan persekitaran yg berasid. Kesimpulannya,
penjerukan ini dapat merencatkan pertumbuhan
mikroorganisma & mengekalkan ciri-ciri fizikal atau kimia
makanan tersebut. Oleh itu, makanan tahan lama dan masih
elok dimakan

Projek ini dilaksanakan bagi megaplikasikan pergerakan


bahan merentasi membrane plasma dalam kehidupan harian
secara osmosis yang telah dipelajari untuk penjerukan produk
makanan. Produk makanan yang dihasilkan ialah jeruk
manga.

3
OBJEKTIF
1.Untuk mengaplikasikan konsep pergerakan
bahan merentasi membran plasma dalam
kehidupan harian dalam penghasilan produk
makanan iaitu jeruk manga
2.Untuk memupuk minat agak dapat menjadi
kemahiran yang diperolehi sebagai suatu
sumber pendapatan dengan cara penjualan
jeruk manga.

4
PROSEDUR
1. LANGKAH PERTAMA: Penyediaan Bahan dan Radas

 Bahan–bahan yang diperlukan :

Garam Gula Serbuk Asam

Mangga Cuka Air

 Radas-Radas yang diperlukan :

5 5

Pisau, Mangkuk, Sudu Bekas balang Cawan penyukat Sudu Penyukat


2. LANGKAH KEDUA: Kupaskan dan potongkan mangga kepada
beberapa potongan. Kemudian, potongan mangga dibersihkan
dengan air.

3. LANGKAH KETIGA: Masukkan 3 sudu kecil garam (zat terlarut)


dan 350ml air (pelarut) ke dalam bekas balang dan larutkan.
Selepas dilarutkan, masukkan potongan mangga ke dalam
larutan air garam iaitu larutan hipertonik.

4. LANGKAH KEEMPAT: Selepas itu, simpan bekas balang yang


mengandungi larutan garam dan potongan mangga dalam peti
sejuk untuk 30 minit.

6
5. LANGKAH KELIMA: Selepas 30 minit, keluarkan bekas balang itu
daripada peti sejuk dan tapiskan air garam daripada bekas
balang tersebut.

6. LANGKAH KEENAM: Menyediakan larutan gula + cuka iaitu


larutan hipotonik. Masukkan 3 sudu besar gula dan 200 ml cuka
dan kacaukan sehingga larut.

7. LANGKAH KETUJUH: Masukkan larutan gula + cuka iaitu larutan


hipotonik ke dalam bekas balang mangga.

7
8. LANGKAH KELAPAN: Masukkan serbuk asam dan kacaukan.

9. LANGKAH KESEMBILAN: Selepas itu, letakkan bekas mangga


tersebut ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 1 hari atau 24
jam.

10. LANGKAH KESEPULUH : Jeruk mangga sedia untuk dimakan.

8
BIL. BAHAN ANGGARAN KUANTITI JUMLAH
HARGA
1. Mangga RM1.50/sebjii 2 RM 3.00
2. Garam RM1.20/sepaket 1 RM1.20
3. Gula RM3.5o/sepaket 1 RM3.50
4. Serbuk asam RM4.50/sepaket 1 RM4.50
5. Cuka RM 1.80/sebotol 1 RM1.80
RM 14.00

ANGGARAN
PERBELANJAAN

KESIMPULAN
Melalui penghasilan produk makanan makanan ini, saya
boleh menyimpulkan bahawa untuk menghasilkan jeruk

9
manga, pergerakan bahan merentasi membran plasma akan
berlaku.
Pertama, mangga dimasukkan ke dalam air garam yang
bersifat hipertonik kepada sel mangga dan menyebabkan air di
dalam vakoul sel mangga merembes keluar melalui osmosis.
Oleh itu, pengecutan sel mangga berlaku yang disebut
plasmolisis. Vakoul mengecut dan menarik sitoplasma dan
membrane plasma dari diniding sel.
Kemudian, larutan gula + cuka dimasukkan ke dalam
mangga. Larutan gula ialah larutan hipotonik kepada sel
mangga.Oleh itu, air meresap ke dalam sel mangga dengan
osmosis, menyebabkan sel akan lebih besar daipada ukuran
asal. Larutan cuka ialah larutan isotonik. Oleh itu, air meresap
ke dalam dan keluar oleh osmosis pada kadar yang sama.
Ukuran sel akan tinggal sama.

Kesimpulannya, jeruk mangga dihasilkan berdasarkan


konsep osmosis dan plasmolisis. Apabila air meresap keluar
dari makanan oleh osmosis, kekurangan air menghalang
pertumbuhan mikroorganisma dan makanan dapa dipelihara.

RUJUKAN
10
1. SUMBER INTERNET
https://www.youtube.com/watch?v=2JKxV8wTP3g

2. SUMBER BUKU
Nama Buku: Focus Biologi, Pelangi
Penulis: Jariah Khalib, Sudani Sudin, Rodiah Abd
Wahid, Noor Haniyatie Ibrahim
Kategori: Buku Rujukan
ISBN: 978-967-2930-50-1
Halaman: 45

11

You might also like