New Tesis Bab1-3
New Tesis Bab1-3
New Tesis Bab1-3
BAB SATU
PENDAHULUAN
Bab ini akan membincangkan secara keseluruhan kajian yang akan dilakukan dalam beberapa
bahagian subtopic iaitu berkaitan mengenai latar belakang kajian, pernyataan masalah,
persoalan kajian dan obejektif kajian. Selain itu, definisi konsep juga turut dibincangkan
dibincangkan dalam bab ini. latar belakang kajian merangkumi segala aspek yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung di dalam kajian yang dilaksanakan bagi mengupas
tentang kajian ini. Seterusnya, pernyataan masalah pula adalah bagi menerangkan faktor-
faktor yang menyebabkan kajian ini dilaksanakan hasil daripada penulisan kajian sebelum ini.
Di sampimg itu, persoalan kajian dan objektif juga turut dibincangkan berkaitan tentang
persoalan yang ingin dicapai dan diketahui dalam kajian ini. Dalam bahagian ini juga akan
Kajian ini dijalankan bagi melihat faktor penglibatan pelajar Universiti Utara Malaysia
(UUM) dalam aktiviti kesukarelawanan dan kesan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kesukarelawanan. Hal ini demikian kerana mahasiswa merupakan aset Negara yang berharga
yang perlu dipelihara dengan sempurna. Menurut Turiman Suandi (2009), kesukarelawanan
merupakan satu tindakan membantu yang dilakukan oleh seseorang individu yang begitu
bernilai kepada dirinya dan pada waktu yang sama tidak ditujukan untuk mendapatkan
imbuhan faedah material atau dipaksa oleh orang lain. Selain itu, Saifuddin Abdullah (2001),
masalah, bekerjasama serta membantu untuk mengembangkan peluang dalam bidang kerjaya
selain dapat menghindar serta membendung terjebak dalam tingkah laku anti-sosial dan
membimbing serta memulihkan pesalah juvana (Brewis, Hill & Stevens, 2010; Hill &
Russell, 2009).
Menurut kajian The National Youth Agency (2006), mendapati belia boleh dan dapat
mengembalikan semula keyakinan terhadap pembelajaran dan kehidupan kerana proses kerja
sukarela memerlukan perancangan rapi dalam aspek masa dan hubungan dengan orang
sekeliling serta meningkatkan keupayaan dan potensi untuk terus bekerja dengan masyarakat.
Sejak Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
memegang tampuk pemerintahan negara sebelum ini, beliau telah menekankan aspek
kesukarelawanan. Hal ini deikian kerana dengan melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini
mampu member kesan yang baik kepada mereka dari pelbagai aspek.
Oleh itu, bagi mengetahui faktor penglibatan pelajar UUM dan kesan terhadap penglibatan
pelajar UUM dalam aktiviti kesukarelawanan, suatu metodologi yang bersesuaian telah
digunakan bagi melihat kesan penglibatan pelajar UUM terhadap aktiviti kesukarelawanan.
Metodologi yang dipilih ini dapat digunakan bagi mengetahui kesan penglibatan pelajar
tuntutan kepada negara dan agama dalam kerangka perpaduan nasional. Hal ini demikian
kerana bagi melahirkan pelajar yang mampu mendepani cabaran zaman. Kesukarelawan juga
boleh menjadi satu pengukuran tentang sifat kemanusiaan yang ada dalam diri seseorang atau
sesuatu kumpulan manusia. Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (2001a; 2001b) dan Azizan
Bahari (2003), semangat kesukarelawanan yang hadir perlu didorong oleh nilai-nilai budaya,
ideologi, prinsip serta tradisi kerana ia memberi impak besar dalam kehidupan
ini tidak membawa kepada keuntungan. Oleh itu, menurut Azizan Bahari (2010), Freddie Ng
(2001), Mohd Hairul Anuar Razak et al. (2013), Saifuddin Abdullah (2001) telah menyatakan
masalah yang berlaku dalam penganjuran program kesukarelawanan adalah tiada sifat
penghayatan yang menyeleruh dalam kalangan belia. Perkara ini telah dijelaskan oleh
Menteri Belia dan Sukan iaitu sukarelawan masih gagal menghayati sepenuhnya konsep
kesukarelawanan kerana terdapat dalam pelajar yang masih mengharapkan elaun harian
Selain itu, Kajian World Giving Index (2012) oleh Charities Aid Foundation (2012)
memperlihatkan masih banyak usaha perlu dijalankan untuk golongan belia menjadikan
aspek kesukarelawanan sebagai asas kehidupan rakyat Malaysia. Aspek penghayatan belia
ketinggalan berbanding dengan Indonesia (tangga ke-7), Thailand (tangga ke-12) dan Filipina
(tangga ke-17) yang berada di kedudukan teratas dalam kalangan negara Asia Tenggara.
Seterusnya, waktu senggang juga memainkan peranan dalam penglibatan pelajar dalam
kesukarelawanan. Berdasarkan pandangan M.J. Leitner & S.F. Leitner (2012) masa senggang
didefinisikan sebagai masa percuma atau unobligated. Oleh itu, masa senggang tidak
melibatkan kerja atau melaksanakan fungsi kehidupan yang lain. Secara keseluruhan masa
senggang boleh digunakan untuk tujuan peribadi sama ada positif atau negetif. Manakala
menurut Edginton dan Chen pula (2008), masa senggang memberi peluang optimum untuk
Menurut Clary dan Snyder (1999), Dorsch et al. (2002) serta Tajul Arifin Muhamad dan
program atau aktiviti kesukarelawanan belia berbilang kaum gagal dihayati sepenuhnya,
lantas menjadikan program berkaitan hanya sebagai saluran berseronok atau mengurangkan
kebosanan semata mata. Mahasiswa dan mahasiswi menjadikan aktiviti kesukarelawanan ini
sebagai mengisi masa lapang mereka dan tidak dapat melihat kebaikan daripada penglibatan
mereka.
Dorongan atau sering disebut sebagai motivasi merupakan sesuatu perkara yang boleh
faktor kepada tindakan seseorang, kehendak dan keperluan mereka, seterusnya menjadikan
seseorang itu mahu mengulanginya semula atau tidak mengulanginya. Mengikut pandangan
Chang et al. (2014), dorongan menjadikan seseorang bertingkah laku atau bertindak dengan
FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR UUM DI DALAM AKTIVITI KESUKARELAWANAN
DAN KESAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KESUKARELAWAN: SASP
cara tertentu yang difikirkan wajar dan mempunyai motif tertentu pada masa tersebut sama
Seterusnya, Steel dan Konig (2006) berpendapat bahawa dorongan mempunyai dua
perspektif iaitu secara dalaman (intrinsic) dan luaran (extrinsic). Dorongan dalaman adalah
keinginan diri untuk mencari sesuatu yang baharu dan cabaran baru untuk memerhati atau
menimba ilmu. Ia digerakkan oleh kepentingan atau keseronokan dan wujud dalam individu,
sebaliknya bukan bergantung kepada tekanan luaran atau keinginan untuk ganjaran.
Sharififar et al. (2011) dalam kajian yang beliau lakukan mendapati bahawa faktor motivasi
(2011) dan Geiser etal. (2014) telah melakukan kajian diamana mereka mengkaji faktor
motivasi dan hubungannya dengan pengambilan, pembahagian tugas dan latihan sesebuah
program kesukarelawanan. Hasil kajian mendapati bahawa motivasi penting dalam aktiviti
kesukarelawanan. Baston et al. (2002) dan Clary et al. (1998) menjalankan kajian tentang
altruistik akan memperoleh faedah tidak nyata seperti kepuasan diri kerana dapat membantu
orang lain.
Selain itu, Phillips dan Phillips (2010) telah melakukan kajian mengenai pengaruh ganjaran
terhadap motivasi, hasil daripada kajian mendapati bahawa ganjaran boleh meningkatkan
Aspek kemahiran insaniah telah diberikan penekanan dalam kalangan mahasiswa bukan
sekadar bagi memenuhi kehendak institusi tetapi bertujuan untuk melahirkan modal insan
kelas pertama yang berdaya saing, cekap, tahan lasak dan fleksibel apabila berhadapan
dengan situasi di alam pekerjaan menurut Esa & Mustafa (2010). Pelajar yang menyertai
kerja sukarela (voluntary work) dan bantuan kemanusiaan, (humanitarian assistance), elemen
kemahiran insaniah dapat digapai dengan menyeluruh aktiviti ini memerlukan komitmen
yang tinggi daripada pelajar. Menurut Mellor, et al. (2009), individu yang sering melibatkan
diri dengan aktiviti dan program berbentuk sukarelawan, merekaa mempunyai tahap
keperibadian diri yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak pernah terlibat
aktiviti kesukarelawanan dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar dari sudut pelbagai
aspek.
Penglibatan pelajar dalam mahasiswa memeberikan banyak faedah antaranya adalah aspek
kepimpinan. Hal ini demikian kerana pelajar harus mempunyai ciri-ciri kepimpinan kerana
mereka golongan yang akan menerajui Negara kelak. Jadi, sebagai pelajar aktiviti
kesukarelawanan memberi kesan terhadap kepimpinan mereka secara tidak langsung. Oleh
itu, Delgado (2002), memberikan penekanan dan tumpuan kepada pembangunan belia.
Tumpuan ini bermatlamat untuk menentukan keperluan dan minat belia dan membina serta
II. Apakah kesan kepada diri hasil daripada penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan?
tersebut.
kesukarelawanan
Kemahiran insaniah merujuk kepada gabungan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi
yang perlu diaplikasikan oleh pelajar dalam kehidupan seharian. Dengan adanya kemahiran
insaniah, pelajar dapat memenuhi sumber manusia yang berkompeten dalam keperluan global
melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti
berterusan. Kemahiran insaniah merupakan elemen yang dikenalpasti amat kritikal dalam
dunia pekerjaan yang bersifat global serta pesat dengan perubahan teknologi.
Kepemimpinan adalah sebuah hubungan antara pemimpin dan pengikut bawahan yang saling
yang terjadi di antara orang-orang yang menginginkan perubahan signifikan dan perubahan
tersebut mencerminkan tujuan yang dimiliki bersama oleh pemimpin dan pengikutnya
(bawahan). Pengaruh (influence) dalam hal ini berarti hubungan di antara pemimpin dan
pengikut sehingga bukan sesuatu yang pasif, tetapi merupakan suatu hubungan timbal balik
dan tanpa paksaan. Dengan demikian kepemimpinan itu sendiri merupakan proses yang
saling mempengaruhi.
Pemimpin adalah seorang pribadi yang memiliki kecakapan dan kelebihan, khususnya
kecakapan atau kelebihan di dalam satu bidang sehingga dia mampu mempengaruhi orang-
orang lain untuk bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti tertentu demi pencapaian satu atau
Menurut Dale, H.Schunk (2012), motivasi berasal dari bahasa Latin movere yang bermaksud
dipertahankan yang diarahkan pada pencapaian tujuan. Motivasi dapat dibezzakan dengan
melihat motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik adalah motivasi untuk
FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR UUM DI DALAM AKTIVITI KESUKARELAWANAN
DAN KESAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KESUKARELAWAN: SASP
melibatkan diri dalam suatu aktiviti karena nilai atau manfaat kepada individu itu sendiri.
Motivasi ekstrinsik adalah motivasi untuk melibatkan diri dalam suatu aktiviti sebagai suatu
Dorongan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh faktor dalaman seperti aspek kerohanian
dan keagamaan serta faktor luaran pula iaitu persekitaran dan komunikasi yang berkesan
menurut Ahmad Zabidi Razak (2006). Menurut Ida Ayu Brahmasari dan Agus Suprayetno
(2008), motivasi yang tinggi dalam budaya kerja atau budaya organisasi sangat berperanan
Menurut M.J. Leitner & S.F. Leitner (2012), masa senggang ditakrifkan sebagai masa
percuma atau unobligated yang tidak melibatkan kerja atau melaksanakan fungsi kehidupan
yang lain. Hakikatnya adalah bahawa masa lapang sebenarnya boleh digunakan oleh insan
untuk pelbagai tujuan sama ada diisi dengan perkara positif ataupun negetif.
Selain itu, berdasarkan pandangan Edginton dan Chen (2008), masa senggang memberi
sikap dan nilai-nilai. Ia adalah masa untuk mencipta semula, menumpukan semula,
pendapat dalam diri atau personality seseorang. Menurut Sharififar et al. (2011), penghayatan
merupakan satu bentuk pengaruh sosial kekal kerana berasaskan dorongan dan untuk
menghayati nilai atau kepercayaan. Menurut Lihanna Borhan (2001) dan Nik Azis Nik Pa
(2007), penghayatan merujuk kepada aspek menjadikan sesuatu perkara sebagai amalan
FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR UUM DI DALAM AKTIVITI KESUKARELAWANAN
DAN KESAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KESUKARELAWAN: SASP
Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (2001b), berpandangan seseorang perlu digalakkan
mencontohi dan mengamalkan nilai-nilai baik sebagai satu penghayatan keterampilan diri
atau kualiti seseorang warganegara yang prihatin terhadap soal-soal kehidupan atau
pembinaan diri. Manakala Mohamad Khairi Othman et al. (2011), berpendapat bahawa
penghayatan dilihat dari aspek kesan dalam tindak-tanduk seharian seseorang sama ada
BAB DUA
ULASAN KARYA
2.1 Pendahuluan
Menurut Marliana dan Ahmad (2008), kemahiran insaniah merupakan kemahiran bukan
teknikal yang sangat penting dalam pembangunan diri, sahsiah dan kehidupan harian pelajar
serta berguna untuk melahirkan insan yang mempunyai keterampilan diri dan berdaya saing
sama ada diperingkat nasional mahupun antarabangsa. Menurut Kearns (2001), kemahiran
insaniah pada seseorang individu boleh dikelaskan kepada empat kumpulan iaitu kesediaan
bekerja dan sifat bekerja individu, pengetahuan dalam keusahawanan, kreatif dan inovatif,
mempunyai kemahiran interpersonal dan berfikir, serta ada kemahuan untuk belajar.
Menurut Klaus (2008), kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang diperolehi daripada
Malcolm Gladwell (2011), mereka yang mempunyai kemahiran insaniah mendapat kerja,
dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Secara umumnya, memurut Laur (2013)
kerja sukarela dan projek sangat berkesan. Kesukarelawanan di university telah menyediakan
dijalankan dengan meninjau 155 pelajar, yang telah menawarkan diri dengan sebelas
persatuan yang berbeza yamg. Para pelajar yang ditinjau beliau telah melaporkan
perkembangan dalam pelbagai kemahiran insaniah. Hasil kajian melaporkan pelajar menjadi
komunikator yang lebih baik kerana mereka perlu mencari cara baru berkomunikasi dengan
rangka kerja persatuan masih belum dipelajari dengan teliti. Artikel ini bertujuan untuk
menunjukkan bahawa pelajar memperolehi kemahiran melalui aktiviti sukarela, dan mereka
mendapati ia berguna dalam kehidupan profesional. Sukarelawan dapat menjadi cara untuk
memperkuat modal insan menurut Camus (2011), orang muda tanpa pengalaman kerja dan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan tujuh kemahiran insaniah yang
perlu diterapkan oleh Universiti Awam (UA) bagi memastikan bakal graduannya memiliki
• Kemahiran berkomunikasi
• Keusahawanan
• Kemahiran kepimpinan
Menurut Ahmad Anuar dan Esa (2010), penekanan aspek kemahiran insaniah dalam kalangan
mahasiswa bukan sekadar memenuhi kehendak institusi, malah adalah untuk melahirkan
modal insan kelas pertama yang mampu berdaya saing, cekap, tahan lasak dan fleksibel
apabila berhadapan dengan situasi di alam pekerjaan. Manakala Kemahiran Megat Zakaria
FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR UUM DI DALAM AKTIVITI KESUKARELAWANAN
DAN KESAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KESUKARELAWAN: SASP
(2007), kemahiran insaniah boleh berkembang melalui proses semula jadi seperti tumbesaran,
Menurut Jaafar dan Yusof (2002), aktiviti kokurikulum di sekolah perlu memenuhi fungsi
berkhidmat, bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain perlu disemai bagi
membentuk masyarakat yang harmonis. Manakala menurut Ab. Manaf & Fauzee (2002),
menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum dapat memberi latihan awal dari segi kepimpinan,
Kemahiran insaniah membolehkan individu mampu berinteraksi atau bersosial dengan baik
dan berkesan di dalam keadaan yang memerlukan kerjasama di antara pelbagai bidang
pengetahuan. Menurut Mohd Shahandri & Saifuddin (2009), disebabkan oleh sektor
pekerjaan sekarang yang memang mencabar dan berubah dengan pantas, seseorang pekerja
perlu cepat menyesuaikan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang baru.
Masa senggang bermaksud masa lapang dan masa terluang bagi remaja yang memerlukan
cara bagi menggunakannya. Hujung minggu dan waktu cuti merupakan masa senggang bagi
pelajar. Pelajar sering hilang fokus dan salah guna masa senggang. Masa senggang kalau
amat bermanfaat jika digunakan untuk menimba ilmu pengetahuan menerusi ulang kaji,
mendapat maklumat baru menerusi pembacaan, perbincangan, melayari internet dan juga
menonton.
Menurut M.J. Leitner dan S.F. Leitner (2012), masa senggang merupakan sebagai masa
percuma atau unobligated yang tidak melibatkan kerja atau melaksanakan fungsi kehidupan
yang lain. Masa senggang boleh digunakan kearah perbuatan positif ataupun negative.
Manakala berdasarkan takrifan Edginton dan Chen (2008), masa senggang memberi peluang
optimum untuk mencari pengalaman baru, mendapatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan
FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR UUM DI DALAM AKTIVITI KESUKARELAWANAN
DAN KESAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KESUKARELAWAN: SASP
nilai-nilai. Menurut Kelly dan Freysinger (2000), masa senggang tidak mempunyai konsep
spesifik dan boleh ditakrifkan pelbagai perspektif iaitu waktu lapang sebagai masa aktiviti,
pemikiran, kualiti tindakan dan dimensi kehidupan. Azemi (2004), motif penglibatan pelajar
Penggunaan masa yang lama dan tenaga yang banyak dalam melibatkan diri dalam sesuatu
aktiviti komuniti telah dijadikan alasan mengapa pelajar universiti kurang melibatkan diri
dalam aktiviti sosial dalam komuniti. Menurut Mustafa Kamal (2000), beliau mendapati
bahawa pihak pentadbir yang kurang menitikberatkan penyediaan peralatan yang mencukupi
bagi menampung keperluan dan kegunaan pelajar menyebabkan kurangnya minat pelajar
Menurut MacPhail dan Bowles (2009), kajian mereka mendapati masa senggang adalah
sesuai untuk meningkatkan tahap kesukarelawanan kerana waktu berkerja sukar memberikan
khidmat sebaiknya. Menurut Widjaja (2010), beliau menyatakan sebagai pelajar, selain
memberi tumpuan kepada akademik dan aktiviti sukan, mereka juga akan meluangkan masa
murni dan pendapat dalam diri atau personaliti seseorang. Menurut Sharififar et al. (2001),
penghayatan merupakan satu bentuk pengaruh sosial kekal kerana berasaskan dorongan untuk
menghayati nilai atau kepercayaan. Menurut Azma Mahmood (2006a; 2006b), penghayatan
menggambarkan perihal atau proses menghayati, mendalami dan menjiwai sesuatu sama ada
al. (2011), penghayatan boleh dilihat dari aspek kesan dalam tindak-tanduk seharian
lapang. Manakala Menurut Tajul Arifin Muhamad dan Aishah Nadirah Mohd Alauddin
(2013), kefahaman baik menjadikan seseorang sukarelawan dapat memberikan khidmat yang
ikhlas dan jelas. Menurut Piliavin dan Siegl (2007), kajian yang dilakukan menunjukkan
bahawa sukarelawan mumpunyai tahap kesejahteraan mental yang lebih tinggi dalam tempoh
satu dekad selepas sukarela mereka berlaku, mendapati bukti kukuh bahawa ini disebabkan
oleh sukarela meningkatkan rasa orang bahawa mereka penting dan mempunyai peranan
dalam masyarakat.
Menurut Caldwell et al. (2008), menerusi kajiannya menyatakan umur yang terlalu muda
menjadikan seseorang itu gagal menghayati erti sebenar kesukarelawanan. Umur yang masih
muda tidak matang dari segi emosi dan akal serta mengamalkan gaya hidup sosial yang bebas
dan terlalu memikirkan keseronokan. Kajian yang dilakukan oleh Kim dan Lee (2014),
anggota masyarakat seperti belia terhadap semangat kesukarelawanan merupakan isu penting
kerana agak sukar untuk menemuinya menerusi kajian-kajian terdahulu, baik dalam mahupun
luar negara. Kajian kesukarelawan ini banyak dikaji dalam skop motivasi penglibatan dalam
kesukarelawanan.
Menurut Sharififar et al. (2011), faktor motivasi adalah penting dalam memupuk minat dan
komitmen seseorang sukarelawan. Selain itu, Chacon et al. (2011) dan Geiser et al. (2014),
mengkaji faktor motivasi dan hubungannya dengan pengambilan, pembahagian tugas dan
latihan sesebuah program kesukarelawanan. Hasil kajian melihat bahawa motivasi penting
FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR UUM DI DALAM AKTIVITI KESUKARELAWANAN
DAN KESAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KESUKARELAWAN: SASP
dalam pengurusan program kesukarelawanan dan akan berjaya sekiranya mempunyai strategi
yang tepat.
Disamping itu, menurut Baston et al. (2002), beliau menjalankan kajian tentang altruisme dan
memperoleh faedah tidak nyata seperti kepuasan diri kerana dapat membantu orang lain.
Menurut Philips dan Philips (2010), pengaruh ganjaran merupakan motivasi. Hasil kajian
ekonomi semasa yang menekan kehidupan masyarakat atau sukarelawan berlaku. Dari sudut
pengaruh ganjaran terhadap motivasi, kajian pernah dijalankan oleh Bowman (2009), Fiorillo
(2011) serta Pennerstorfer dan Trukeschitz (2012). Mereka menyatakan ganjaran berbentuk
Menurut Muzlifah (2004), beliau mendapati nilai peratusan setuju yang tinggi faktor minat
sebagai pendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti sosial. Kajian ini membuktikan minat
kecenderungan individu boleh mempengaruhi pelajar untuk terus berusaha ke arah mencapai
kejayaan. Menurut Nelfianty (2004), mencadangkan untuk menarik minat pelajar, kajian
terperinci tentang motif pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan aktiviti komuniti
perlu dijalankan.
Hasil kajian Finkelstein (2008), beliau mendapati bahawa kepuasan yang tinggi dicapai oleh
kesukarelawanan. Menurut Annelies et al. (2008), mengkaji hubungan antara personaliti dan
budaya dengan kepuasan seseorang dalam kerja-kerja kesukarelawanan. Hasil kajian beliau
Individu menjadi sukarelawan kerana ia memenuhi satu atau lebih keperluan matlamat.
Menurut Guay et al. (2010), motivasi merupakan penyebab tingkah laku asas yang dicirikan
oleh kesediaan dan kesungguhan. Motivasi dalamkerja sukarela boleh berlaku sama ada
dalam bentuk intrinsik atau ekstrinsik. Motivasi intrinsik adalah berkaitan peribadi, minat,
atau keseronokan. Sukarelawan mendapat menerima ganjaran dalaman sebagai hasil langsung
dari aktiviti mereka dan kerana mereka hanya suka membantu orang lain. Sesetengah
kumpulan mengatakan motivasi ekstrinsik adalah harapan ganjaran material menurut Meier
Menurut Marta dan Pozzi (2008), kepercayaan yang tinggi di dalam kalangan sukarelawan
menentukan motivasi mereka untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukarela. Ini dapat
dijelaskan oleh teori tindakan yang berasaskan menurut Fishbein dan Ajzen (2002),
menggambarkan perubahan sikap dan tingkah laku yang berkaitan dengan dua bahagian yang
berbeza iaitu norma subjektif dan norma sosial. Perilaku ditentukan oleh kelakuan tertentu
Menurut Marta dan Pozzi (2008), kajian mereka menunjukkan bahawa kepercayaan tinggi
dalam aktiviti sukarela dapat menggalakkan rakan dan keluarga untuk turut serta dalam
dalam program sukarela. Mereka dipengaruhi ahli keluarga seperti adik-beradik, adik-beradik
untuk menyertai aktiviti sukarela sekiranya ahli keluarga mereka adalah sukarelawan.
Menurut Eley, (2003), Orang muda melibatkan diri dalam kerja sukarela mempunyai motif
dan faedah yang berbeza daripada orang tua. Motivasi utama untuk golongan muda adalah
peluang untuk mendapatkan pengalaman, kemahiran, dan kelayakan yang berkaitan dengan
pekerjaan yang dapat membantu mereka dalam pendidikan dan kerjaya mereka.
FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR UUM DI DALAM AKTIVITI KESUKARELAWANAN
DAN KESAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KESUKARELAWAN: SASP
Kajian mendapati motivasi dalam aktiviti sukarela dipengaruhi oleh pemboleh ubah seperti
pengetahuan dalam kerja-kerja sukarela dan tahap pengetahuan dalam pertubuhan sukarela
al. (2011).
Menurut Hyde dan Knowles (2013), mereka telah mengenal pasti sembilan aspek penting
yang memotivasikan golongan belia untuk terlibat dengan aktiviti sukarela iaitu: \
Menurut kajian The National Youth Agency (2006), mendapati kerja sukarela dapat
mengembalikan semula keyakinan terhadap pembelajaran dan kehidupan kerana proses kerja
FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR UUM DI DALAM AKTIVITI KESUKARELAWANAN
DAN KESAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KESUKARELAWAN: SASP
sukarela memerlukan perancangan rapi dalam aspek masa dan hubungan dengan orang
sekeliling serta meningkatkan keupayaan dan potensi untuk terus bekerja dengan masyarakat.
Motif peribadi dan tingkah laku kepimpinan mempengaruhi persepsi sukarelawan tentang
betapa bermakna kerja mereka, yang mungkin kemudiannya menjejaskan tahap kepuasan dan
sumbangan yang lebih tinggi. Hal ini demikian kerana pemimpin yang berkesan juga boleh
mereka pengaruh hubungan antara pekerja menurut Jung dan Sosik (2002).
FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR UUM DI DALAM AKTIVITI KESUKARELAWANAN
DAN KESAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KESUKARELAWAN: SASP
BAB TIGA
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan oleh pengkaji dalam melaksanakan
kajian ini. Ia bertujuan memberi penjelasan bagaimana kajian ini akan dijalankan. Dalam
suatu kajian ilmiah, metodologi kajian ini merupakan alat utama yang akan digunkan untuk
menjawab dan mencapai objektif kajian. Kajian ini menggunakan metodologi kualitataif
Menurut Mouly (1970), dalam Mohamad Ibrahim (1995), penyelidikan boleh dianggap
penganalisisan dan pentafsiran data yang sistematik. Pengumpulan data penting dalam
penyelidikan kerana pemyelesaian masalah menjadi tidak lengkap tanpa disokong dari data.
Oleh itu, pemilihan metodologi kajian yang sesuai adalah penting bagi memastikan dapatan
Sesuatu kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji adalah disebabkan mempunyai keinginan
yang kuat untuk mengetahui dengan lebih mendalam sesuatu fakta, pengalaman, data-data
tertentu, konsep, andaian dan pelbagai lagi. Namun, tiada pendefinisian yang tepat bagi
mempunyai pandangan bahaawa kajian merupakan suatu proses menyelidik, meneliti dan
menyiasat dengan cara yang sistematik, berdasarkan data, kritikal, objektif, keinginan
mengetahui secara saintifik atau menyelidik suatu permasalahan yang speksifik bertujuan
untuk mendapatkan jawapan dan penyelesaian terhadap permasalahan yang dikaji. Oleh itu,
FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR UUM DI DALAM AKTIVITI KESUKARELAWANAN
DAN KESAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KESUKARELAWAN: SASP
dalam bab ini perkara-perkara yang akan dibincangkan ialah reka bentuk kajian, lokasi
kajian, persampelan dan responden kajian, instrumen kajian, dan analisis kajian.
Menurut Mohd Majid Konting (1993), reka bentuk penyelidikan merujuk kepada
pengunaan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat yang berguna untuk
mencapai matlamat penyelidikan pendidikan dengan kos yang minimum. Bagi kajian ini,
kaedah yang digunakan ialah pendekatan kualitatif iaitu dengan pemerhatian dan menemu
bual beberapa orang responden bagi mengukuhkan dapatan kajian yang didapati.
Kaedah ini merupakan usaha untuk memberikan keterangan tentang sifat dan keadaan
manusia dengan menggunakan pandangan umum tentang apa-apa saja tindakan sosial. Oleh
itu, penyelidikan kualitatif tidak tertumpu ke arah pengutipan maklumat yang banyak.
Sebaliknya, kaedah ini berusaha untuk memperoleh maklumat berkualiti dengan memberikan
tumpuan terhadap sampel yang kecil (Azizah Hamzah, 2010). Bagi pengkaji, kaedah ini
dapat memberi maklumat yang tepat dan jelas serta berpotensi memenuhi kehendak soalan
Reka bentuk kajian adalah penting bagi sesuatu kajian sebagai panduan untuk memastikan
objektif kajian tercapai seterusnya menjawab persoalan kajian ini. Kajian yang dijalankan ini
adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana kesan terhadap penglibatan pelajar UUM dalam
aktiviti kesukarelawanan di Pusat Pengajian Psikologi Gunaan Dasar Dan Kerja Sosial
(SAPSP).
FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR UUM DI DALAM AKTIVITI KESUKARELAWANAN
DAN KESAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KESUKARELAWAN: SASP
Kampus utama Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah seluas 1061 hektar yang terletak di
Sintok, kedah. Kampus ini terletal 48 kilometer daripada Alor Setar dan 10 kilometer di
Selatan Bukit Kayu Hitam serta berhampiran dengan sempadan Malaysia dan Thailand. Oleh
kerana kawasan tanahnya yang luas, universiti telah menggunakan 107 hektar hutan untuk
membangunkan kemudahan yang dibuka untuk digunakan oleh orang luar. Oleh itu, UUM
telah berkembang menjadi kampus terbuka di mana orang luar dan pelancong datang
melawat. Antara kemudahan itu ialah kawasan berkelah, padang golf, litar go-kart, tapak
Kajian ini telah dilakukan di dalam kawasan Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.
Lokasi ini telah dipilih bagi mengkaji kesan terhadap penglibatan pelajar UUM dalam aktiviti
tinggi. Fokus kajian adalah pelajar pusat Pengajian Psikologi Gunaan Dasar dan Kerja Sosial
Menurut Ary (1990), dalam buku Sidek Mohd Noah (2001), menyatakan bahawa isu yang
paling penting ialah isu mengenai perwakilan dan kecukupan. Pelbagai persoalan yang
dikemukakan berkenaan dengan saiz sampel yang perlu untuk mewakili populasi kajian.
Dalam kajian juga, sering timbul persoalan berkaitan bilangan sampel kajian mencukupi
populasi kajian.
Persampelan adalah berkaitan dengan proses memilih sebilangan pelajar daripada sesuatu
populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian. Bagi kajian ini, populasi adalah pelajar
Universiti Utara Malaysia manakala sample terdiri daripada pelajar Pusat Pengajian Psikologi
FAKTOR PENGLIBATAN PELAJAR UUM DI DALAM AKTIVITI KESUKARELAWANAN
DAN KESAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KESUKARELAWAN: SASP
Gunaan Dasar dan Kerja Sosial. Pengkaji memberi focus kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Kerja Sosial dengan Kepujian. Seramai lima orang responden telah dipilih yang
Kajian ini telah dijalankan berdasarkan kaedah kualitatif. Terdapat beberapa instrumen atau
alat kajian yang digunakan untuk mendapatkan maklumat iaitu melalui kaedah temu bual
yang tidak berstruktur dan juga kaedah pemerhatian bagi mengukuhkan dapatan kajian.
Pengkaji juga menggunakan pita rakaman bagi merekod perbualan ketika temu bual
Kaedah temu bual digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada responden. Temu
responden dalam aktiviti kesukarelawanan. Temu bual ini juga akan menyentuh berkaitan
faedah yang diperolehi hasil daripada penglibatan responden dalam aktiviti kesukarelawanan
Data yang dikumpulkan terdiri daripada kaedah temu bual. Penganalisaan data melibatkan
kajian obervasi yang dilihat berdasarkan jawapan daripada responden. Data dianalisis
berdasarkan soalan yang ditanyakan untuk mendapatkan jawapan yang berlandaskan onjektif
4.0 Kesimpulan
Berdasarkan penerangan yang terperinci dalam bab ini, pengkaji telah berusaha untuk
mengikuti metodologi dan prosedur yang telah digariskan dengan sebaik mungkin. Hal ini
kerana bagi memastikan kajian yang dijalankan ini mencapai objektif yang telah digariskan.