Buku Skrap Sejarah THN 5 (Tunku Abd Rahman)

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

NOTA: Biografi Ringkas

Allahyarham Y.M. Tunku Abdul


Rahman Putra Al Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid
Shah (1903-1990)
FOLIO BIOGRAPHIE: TUNKU ABDUL RAHMAN·THURSDAY, 22 MARCH 2018·READING TIME: 9 MINUTES

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA :


BAPA KEMERDEKAAN
MALAYSIA
PENGENALAN

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid
Shah (1903-1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955,
dan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama dari tahun 1957 sehingga 1970.
Beliau juga turut dikenali dengan panggilan “Tunku” serta digelar dengan gelaran
sebagai ”Bapa Kemerdekaan” dan ”Bapa Malaysia”.
KEHIDUPAN PERIBADI

Tunku Abdul Rahman dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor
Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin. Tunku Merupakan anak
lelaki yang ke tujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim
Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menjalara, adalah seorang isteri Sultan
Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, iaitu anak perempuan Lung Naraborirak
(Kleb), seorang pegawai daerah Thailand.

PERMULAAN SEBAGAI TOKOH NEGARA


Sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra dalam penyatuan kaum dalam dilihat melalui
cara diplomasi yang digunakan oleh beliau sehingga tidak menyinggung perasaan
antara kaum. Sehubungan itu, melalui Parti Perikatan beliau telah berjaya membawa
kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan seterusnya menjadi Malaysia yang berjaya.
Seperti yang kita semua tahu, penyatuan merupakan asas penubuhan Malaysia
sehingga ke hari ini. Tunku Abdul Rahman telah bekerja keras untuk membebaskan
Negara dari cengkaman penjajah. Bagi mencapai matlamat tersebut, beliau telah
mendapatkan keyakinan pihak British dengan melantik beberapa orang tokoh di
kalangan masyarakat Cina dan India untuk turut sama mentadbir Negara.

Sebagai ketua, Tunku Abdul Rahman perlu menjaga kebajikan semua rakyat. Beliau
perlu memastikan ketuanan masyarakat Melayu terjamin, disamping memastikan
masyarakat Cina dan India menjadikan Tanah Melayu sebagai tanahair mereka.
Pada tahun 1951, UMNO telah mengorak langkah dengan memasuki era baru apabila
Tunku Abdul Rahman Putra telah dilantik sebagai Presiden UMNO yang baru
menggantikan Dato’ Onn Jaafar. Setelah perlantikan tersebut, Tunku telah berjanji
akan berusaha untuk memastikan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Pada tahun 1955, Perikatan telah menyuarakan kehendaknya pada Kolonial British
untuk mengadakan satu pilihanraya umum untuk membuktikan bahawa Malaya ketika
itu sudah bersedia untuk Merdeka. Usaha mereka membuahkan hasil di mana
Perikatan telah berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi yg dipertandingkan. Setelah
itu, sebuah jemaah menteri atau kabinet telah ditubuhkan. Tunku juga terlibat dengan
Rundingan Baling yang melibatkn Tunku sendiri bagi pihak kerajaan dan Chin Peng
bagi pihak Parti Komunis Malaya (PKM). Pada 1963, Tunku juga memainkan peranan
penting dalam pembentukan MALAYSIA iaitu penyatuan Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak, Brunei dan Singapura. Beliau juga menyarankan supaya sebuah pertubuhan
yang dipanggil MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia) diwujudkan bagi
membincangkan kerjasama antara tiga buah negara.
SUMBANGAN:

Kemerdekaan
Tunku Abdul Rahman Putra telah mengetuai misi ke London untuk berbincang
dengan pihak kerajaan British berkenaan kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan
merdeka tersebut telah sampai ke London pada 14 Januari 1956. Tunku telah bekerja
keras dengan mendapatkan sokongan dari semua kaum bagi memberi keyakinan
kepada pihak British. Usaha beliau tersebut telah menampakkan hasil apabila beliau
telah menandatangani perjanjian kemerdekaan di Lancaster House, London pada 8
Februari 1956. Rentetan dari peristiwa itu, Tanah Melayu telah berjaya mendapatkan
kemerdekaan dari pihak British. Pengisytiharan kemerdekaan telah dilaungkan di
hadapan dua puluh ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-raja serta
perwakilan dari tiga puluh negara Komanwel dan negara-negara asing yang lain pada
tarikh keramat 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Perpaduan
Di bawah kepimpinan Tunku, beliau telah menjelajah seluruh pelusuk Negara untuk
bertemu dengan rakyat bagi membangkitkan kesedaran dan semangat perpaduan.
Melalui usaha tersebut, beliau telah mendapat sokongan dan kerjasama dari semua
kaum. Ianya dapat dilihat dengan wujudnya sebuah Parti Perikatan yang
menggabungkan UMNO dan MCA pada 1952. Perikatan telah memenangi pilihan
raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur.

Keamanan Negara
Dalam usaha Tunku Abdul Rahman Putra untuk mencapai kemerdekaan, beliau sedar
bahawa kemerdekaan Tanah Melayu hanya dapat dicapai sekiranya darurat
ditamatkan. Justeru itu, Tunku telah melantik dirinya sendiri sebagai menteri
Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri. Perkara utama yang menjadi tumpuan
beliau pada masa itu adalah ingin menamatkan tempoh darurat. Ini kerana beliau
melihat hanya melalui kemerdekaan sahaja yang dapat merealisasikannya.

Pada 24 Disember 1955, satu perjumpaan telah diadakan dengan pihak PKM di
Baling, Kedah. Perjumpaan tersebut diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra sendiri
dan juga disertai oleh Tun Tan Cheng Lock selaku Presiden MCA dan David Marshall
selaku Ketua Menteri Singapura. Manakala pihak PKM diwakili Chin Peng sebagai
ketua perwakilan, Rashid Maidin dan Chen Tian. Tiga siri perjumpaan telah diadakan
dalam masa dua hari itu.

Semasa rundingan tersebut, satu gencatan senjata telah diisytiharkan dan penarikan
balik pasukan keselamatan yang mengawal telah mengurangkan perasaan bimbang
pihak komunis. Tunku Abdul Rahman Putra menyatakan kesanggupan beliau
bekerjasama sekiranya PKM menerima syarat-syarat penyerahan diri dan turut serta
dalam pergerakan politik dengan cara perlembagaan. Tunku telah mencadangkan
kepada Chin Peng supaya meletak senjata. Rundingan telah ditamatkan pada 29
Disember 1955. Dalam rundingan itu, Chin Peng bersetuju apabila sebuah kerajaan
persekutuan dipilih sebagai menerajui Tanah Melayu, PKM akan meletak senjata dan
membubarkan PKM. Pada 8 Februari 1956, Tunku telah mengumumkan penarikan
balik tawaran pengampunan. Pada 31 Julai 1960, Sultan Izzuddin Shah, iaitu Yang di-
Pertuan Agong mengisytiharkan tamatnya zaman darurat di Tanah Melayu.
Perhubungan Antarabangsa
Dasar luar negara adalah penting dalam usaha menjalinkan persahabatan dan
kerjasama serantau dan negara-negara luar.

Tunku Abdul Rahman Putra telah memberi sumbangan yang baik kepada negara.
Beliau telah mula mengamalkan piagam Bangsa-bangsa Bersatu bagi memelihara
keamanan dunia secara bersama. Kerjasama antarabangsa amat penting untuk
perkembangan ekonomi, pelancongan dan kebudayaan. Beliau juga telah meletakkan
Malaysia sebagai sebuah negara yang berkecuali.
Antara kerjasama Malaysia dalam pertubuhan serantau adalah seperti Persatuan Asia
Tenggara (ASA), MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia), Association of
Southeast Asian Nations (ASEAN). Malaysia juga termasuk dalam negara-negara
Komanwel, Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara
Islam dan Pertubuhan Negara-negara Berkecuali.
Persatuan Asia Tenggara (ASA) merupakan idea Tunku Abdul Rahman Putra. Idea
tersebut telah dikemukakan kepada Presiden Filipina yg pada masa itu iaitu Carlos P.
Garcia dan akhirnya telah ditubuhkan secara rasminya pada bulan Julai 1961 di
Bangkok, Thailand. Objektif penubuhan adalah untuk menjalin kerjasama dalam
bidang perdagangan, pelajaran, pertanian dan perusahaan.

Penyatuan Tanah Melayu, Sabah, sarawak, Brunei dan Singapura untuk membentuk
Malaysia telah mendapat tentangan daripada Indonesia.bagi meredakan keadaan,
Tunku telah mengadakan satu mesyuarat di Manila, Filipina. Dengan itu, maka
tertubuhnya sebuah pertubuhan yang di panggil MAPHILINDO (Malaysia, Filipina
dan Indonesia).
ASEAN pula telah ditubuhkan secara rasmi pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand.
Antara negara-negara yang menyertai ASEAN pada ketika itu adalah Malaysia,
Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand. Ianya bermatlamatkan pengembangan
ekonomi, sosial dan kebudayaan serantau. Malaysia juga menjadi anggota Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 17 September 1957 dan merupakan anggota
WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), ILO (Pertubuhan Buruh Antarabangsa),
UNESCO (Pertubuhan Pelajaran, Sains & Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu), FAO
(Pertubuhan Makanan dan Pertanian) dan WB (Bank Dunia). Beliau juga telah
mencadangkan penubuhan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan telah dilantik
sebagai Setiausaha Agung yang pertama bagi Pertubuhan tersebut.

Saat-Saat Akhir
Pada usia 87 tahun, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah meninggal dunia di
Hospital Besar Kuala Lumpur. Jenazah beliau telah diberi penghormatan terakhir oleh
orang ramai di Dewan Bankuasi, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, sebelum
diterbangkan ke Alor Setar. Setibanya di Kedah, jenazah Allahyarham Tunku Abdul
Rahman diberi penghormatan terakhir oleh Sultan dan Sultanah Kedah di Balai Besar,
sebelum dikebumikan di Makam Diraja, Alor Setar. Pemergiannya merupakan suatu
kehilangan yang besar dan jasanya sentiasa dikenang oleh rakyat Malaysia.
Sepanjang hidupnya, Tunku Abdul Rahman telah berkahwin sebanyak tiga kali.
Bersama isteri pertamanya, Meriam Chong, Tunku telah dikurniakan dua orang anak;
Tunku Khadijah dan Tunku Ahmad Nerang. Namun begitu, perkahwinan mereka
tidak bertahan lama kerana Meriam meninggal tidak lama selepas melahirkan Tunku
Ahmad Nerang akibat kecuaian pihak hospital.

Tunku kemudiannya berkahwin dengan bekas tuan rumahnya di ELondon; Violet


Coulson. Perkahwinan mereka bagaimanapun, ditentang dan tidak tidak direstui oleh
Tunku Ibrahim. Tunku Abdul Rahman dan Violet Coulson bercerai tidak lama selepas
itu. Mereka tidak dikurniakan anak bersama.
Akhirnya, Tunku Abdul Rahman berkahwin dengan Tun Sharifah Rodziah pada tahun
1939. Tun Sharifah merupakan adik kepada Syed Omar Barakbah, rakan Tunku ketika
belajar di London. Tunku and Tun Sharifah tidak dikurniakan anak bersama tetapi
mereka telah mengambil tiga orang anak angkat; Faridah, Sulaiman, dan Mariam.
Tunku dan Tun Sharifah bersama-sama menjadi ibu bapa penyanyang kepada kelima-
lima anak mereka.
AL –FATIHAH

You might also like