Minit Mesyuarat Bantuan Kali 1 2024

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KUA

MINIT MESYUARAT BANTUAN


BILANGAN 1 /2024

Tarikh : 7 April 2024

Masa : 2.00 p.m.

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : En Azhar bin Ariffin

Kehadiran : 5 Orang Guru AJK Bantuan

: En Azhar bin Ariffin

: Pn Nur Fatin Najihah binti Hussin

: Pn Nor Suhada binti Kamaruddin

: Pn Azida binti Mohamad

: En Mohd Fikri bin Mohamad

Turut Hadir : En Mohd Fakaruddin bin A Ghani ( PKP)

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mengucapkan terima kasih dan mengalu-alu semua yang hadir.
1.2 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran En Mohd Fakaruddin bin A Ghani, PK Pentadbiran
SKKUA dalam mesyuarat ini.
1.3 Menyatakan tujuan mesyuarat ini bagi mengumumkan nama murid yang layak bagi menerima
bantuan 2024.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Dicadangkan untuk pengesahan oleh Puan Nor Suhada binti Kamaruddin.
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Nur Fatin Najihah binti Hussin.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Kelulusan Permohonan Bantuan KWAPM dan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2024
adalah bergantung kepada borang pendapatan terkini yang disahkan oleh Ketua kampung atau
Pegawai yang diiktiraf.
Tindakan: Makluman
4. FOKUS MESYUARAT PEMBENTANGAN KELAYAKAN BANTUAN
4.1 Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
4.1.1 BAP sebanyak RM150 layak diberikan kepada murid-murid berikut:
i. Warganegara Malaysia
ii. Bersekolah di sekolah Bantuan Penuh Kerajaan
iii. Berada di Tahun 1 hingga Tahun 6 pada 2024
iv. Dalam kalangan isi rumah berpendapatan kasar sebanyak RM3000 ke bawah.
4.1.2 Peruntukan BAP adalah sebanyak RM26,400 dan seramai 176 orang murid yang terlibat.
Kelulusan berdasarkan kepada data pendapatan penjaga didalam system Aplikasi
Pengkalan Data Murid (APDM).
4.2 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
4.2.1 Seramai 125 orang murid diperakukan lulus bagi menerima bantuan KWAPM tahun 2024.
4.2.2 Senarai nama dan kelayakan adalah mengikut data APDM terkini di mana kelayakan
adalah berdasarkan pendapatan ketua isi rumah sebanyak RM1198 ke bawah dan
perkapita isi rumah sebanyak RM322.
4.2.3 Tiada murid yang ditolak permohonan bantuan ini.
4.3 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
4.3.1 Kelayakan bantuan RMT berdasarkan pendapatan ketua isi rumah sebanyak RM1169 ke
bawah dan jumlah perkapita isi rumah sebanyak RM310.
4.3.2 Seramai 125 orang murid layak menerima bantuan RMT.
Tindakan: Makluman
4.4 Bantuan Susu 1Malaysia
4.4.1 Bantuan Susu 1M layak diberikan kepada 125 orang murid sekolah ini..
4.4.2 En Mohd Fikri bin Mohamad selaku Penyelaras akan memantau proses pengagihan Susu
tersebut kepada murid yang layak.
4.4.3 Sebagai memudahkan urusan, susu akan diagihkan kepada wakil kelas dan diambil di
pejabat sebelum waktu rehat sahaja.
Tindakan : Penyelaras Susu 1Malaysia
HAL-HAL LAIN
5.1. Pn Azida menyarankan agar pihak sekolah memastikan pihak
waris menyediakan salinan slip gaji untuk mengetahui data yang tepat untuk pengesahan
pendapatan.
PENUTUP
6.1 Ucapan Penangguhan oleh Tuan pengerusi dengan ucapan terima kasih atas kerjasama yang
diberikan.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 Petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NUR FATIN NAJIHAH BINTI HUSSIN) (AZHAR BIN ARIFFIN)


Setiausaha JK Bantuan PK HEM SKKUA
Tarikh : 7 April 2024 TARIKH : 7 April 2024

You might also like