MINIT MESYUARAT BI Kali 1
MINIT MESYUARAT BI Kali 1
MINIT MESYUARAT BI Kali 1
Kehadiran:
1. Pn. Rahmah bt Nik Guru Besar
2. Pn. Suraya bt Muhd Lut PK Pentadbiran
3. En.Parteepan A/L Markandan Ketua Panitia
4. Pn. Premalatha A/p Kaledahs Setiausaha Panitia
Agenda:
1. Ucapan pengerusi
2. Ucapan pentadbir
3. Perkara yg dibincangkan:
* Dskp/Rpt
* Format penulisan rph
* Keputusan PBD & UASA /Intervensi-
* Pendekatan bertema
* Minggu panitia RBT
* Program Amalan Baik
4. Kewangan
5. Hal-hal lain
6. Penutup
1
Agenda 1 Ucapan Pengerusi
2
1.1 Guru Besar selaku Penasihat Panitia Bahasa Inggeris mengucapkan terima
kasih atas kehadiran anggota mesyuarat. Beliau berharap guru-guru Panitia
Bahasa Inggeris dapat meneruskan dan memberikan komitmen yang lebih baik
dalam Pdpc , ko akademik dan juga mengambil serius berkaitan dokumentasi
PBD.
1.2 Guru Besar menyarankan agar Ketua panitia dan ahli –ahli Panitia untuk
merancang Pelan Tindakan Bahasa Inggeris bagi Jangka masa
pendek/sederhana dan panjang.
1.3 Ketua panitia mengucapkan terima kasih atas kehadiran anggota mesyuarat.
Beliau juga berharap agar guru-guru Panitia Bahasa Inggeris dapat menjalankan
amanah mendidik anak murid dengan lebih gigih demi memartabatkan bahasa
Inggeris di sekolah ini.
Makluman : Semua guru
3.1 Dokumentasi DSKP adalah dalam bentuk hardcopy seperti tahun terdahulu.
Semua guru Bahasa inggeris perlu menyimpan DSKP dan perlu mengetahui
semua aspek yang ada dalam DSKP.
3.2 Makluman: Ketua Panitia
3
4.2 Untuk Rancangan Mengajar , dicadangkan tulis secara ringkas. Perlu ada Aktiviti
dan catatan impak.
6.1 Bahan fail audio buku teks Bahasa Inggeris boleh di dapati di dalam Kumpulan
Telegram Bahasa Inggeris selain dari video Youtube.
6.2 Bahan kerja tambahan boleh di dapati di dalam blog TeacherFiera secara online.
6.3 Kamus Dwibahasa di simpan di dalam Kelas 6 Cemerlang. Guru atau murid
yang ingin meminjam perlu mengisi maklumat pinjaman di dalam buku rekod.
8.1 Ketua Panita akan menyedia dan mengatur Jadual PLC terkini di kalangan ahli.
8.2 Pemantauan akan dinilai berdasarkan RPH Google Classroom, semakan buku
latihan dan aktiviti, pencerapan oleh penilai atau pentadbir.
Makluman : Semua Guru
4
Agenda 9
Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Inggeris Di Sekolah
9.1
Bil Program
1 Assembly In English
2 Learn A word/sentence a week
3 Intensive Classroom Reading
4 Spell it out Before Lesson
Program di atas akan mula dilaksanakan mulai bulan April dan berakhir pada
bulan Dis. Semua guru Bahasa Inggeris terlibat melaksanakan program tersebut.
Makluman : Semua Guru
Tindakan : Jurulatih
9.3 Softcopy aktiviti dan takwim panitia akan diedarkan di dalam Whatsapp
Kumpulan
Tindakan : Ketua Panitia
9.4 Semua aktiviti HIP perlu di maklumkan kepada Setiausaha HIP untuk tujuan
laporan perekodan.
5
Agenda 10 Hal-Hal Lain
10.1 Pembelian Barangan atau ABM harus menggunakan nota minta dan pembelian
tersebut harus menjurus ke arah penggunaan secara efisien.
10.2 Kemas kini papan kenyataan Bahasa Inggeris dan maklumat perlu dikemaskini
dari semasa ke semasa.
Tindakan : Semua Guru
Agenda 11 Penutup
11.1 Pengerusi mengharapkan agar semua guru bahasa Inggeris dapat bekerjasama
dengan baik bagi menaikkan prestasi Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-
murid.