Nota Kecil Karangan

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

UCAPAN SPONTAN ( ISI -ISI PENTING)

FAEDAH MEMBACA
Amalan membaca merupakan aktiviti yang sangat penting kepada
manusia.Namun begitu, ramai orang tidak gemar membaca kerana
menganggap tidak penting. Terdapat pelbagai kebaikan amalan membaca
demi kesejahteraan bersama.

Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

 Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baharu yang tidak


kita ketahui sebelum ini.

Kita boleh mengurangkan tekanan

 membaca dapat membuat seseorang merasa damai dan tenang lalu


dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan
mental.

Mengisi masa lapang

 melalui membaca kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-


aktiviti yang berfaedah
 kita juga dapat menggelakkan aktiviti yang tidak berfaedah seperti
melepak dan lumba haram

Tuntasnya, amalan membaca memang mendatangkan banyak faedah kepada


kita. Setiap individu haruslah membaca sukan demi kesejahteraan
bersama. Saya berharap amalan ini tidak luntur dalam kalangan
masyarakat. Kalau tidak dipecahkan ruyung namakan dapat sagunya.
FAEDAH BERSUKAN

Sukan merupakan aktiviti yang sangat penting kepada manusia.Namun


begitu, ramai orang tidak aktif dalam sukan kerana menganggap tidak
penting. Terdapat pelbagai kebaikan menyertai aktiviti bersukan demi
kesejahteraan bersama.

Meningkatkan tahap kesihatan diri

 dapat meningkatkan tahap kesihatan diri secara fizikal dan juga


mental.
Dapat mengisi masa lapang

 melalui bersukan kita dapat mengisi masa lapang dengan dengan


berfaedah
 dapat menggelakkan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak,
lumba haram dan sebagainya.

Dapat menjaga kesihatan

 Elakkan penyakit dan mengawal berat badan.


 Sentiasa aktif . Bah kata pepatah badan cergas otak cerdas.

Tuntasnya, amalan bersukan memang mendatangkan banyak faedah kepada


kita. Setisp individu haruslah melibatkan diri dalam aktiviti sukan demi
kesejahteraan bersama. Saya berharap amalan ini tidak luntur dalam
kalangan masyarakat. Kalau tidak dipecahkan ruyung namakan dapat
sagunya.

FAEDAH MENABUNG
Menabung merupakan tabiat yang sangat penting kepada manusia.Namun
begitu, ramai orang tidak menabung kerana menganggap tidak penting.
Terdapat pelbagai kebaikan menabung demi kesejahteraan bersama.

Dapat dijadikan simpanan untuk masa hadapan.

 Kita boleh menambahkan simpanan kita dengan menyimpan wang


dan mengelak daripada boros dan membazir.
 Wang itu boleh digunakan untuk masa depan kita.

Digunakan semasa kecemasan

 Kita boleh menggunakan wang simpanan untuk menjalani rawatan


ketika kecemasan.

Dapat mengurangkan beban ibu bapa

 Duit simpanan boleh digunakan untuk membeli alat tulis yang


diperlukan.
 Kita tidak perlu meminta duit daripada ibu bapa.

Tuntasnya, amalan menabung memang mendatangkan banyak faedah


kepada kita. Setiap individu haruslah menabung demi kesejahteraan
bersama. Saya berharap amalan ini tidak luntur dalam kalangan
masyarakat. Kalau tidak dipecahkan ruyung namakan dapat sagunya.

CARA - CARA MENJADI MURID CEMERLANG


Kecemerlangan diri merupakan aspek yang sangat penting kepada murid.
Namun begitu , ramai murid tidak berusaha untuk menjadi murid
cemerlang. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi murid cemerlang.

Kita perlulah belajar bersungguh - sungguh.

 Kerana ilmu itu pelita hidup.


 Kita perlulah mengulang kaji pelajaran dan rajin bertanya kepada
guru untuk menjadi murid cemerlang.

Kita juga haruslah aktif dalam sukan.

 Kerana badan cergas otak cerdas.


 Kita boleh bersukan di padang dan di gymnasium.
 Kita perlulah bersukan untuk mengelakkan penyakit dan sentiasa
aktif supaya dapat hadir kesekolah pada setiap hari.

Kita mestilah menguruskan masa dengan bijak

 Kita sebagai seorang murid perlulah menyediakan jadual waktu


persendirian untuk belajar dan membuat aktiviti harian kerana masa
yang sudah berlalu tidak akan kembali.

Tuntasnya, setiap individu haruslah menjadi murid cemerlang demi


kesejahteraan bersama.

KEBAIKAN AMALAN RUMAH TERBUKA


Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah untuk sambutan perayaan di
negara ini termasuk Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan
Hari Krismas.

Isi –isi penting

1. Amalan ini mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota

masyarakat di negara kita.

2. Amalan rumah terbuka dapat membantu rakyat Malaysia memahami

budaya kaum lain.

3. Penganjuran rumah terbuka juga merupakan daya tarikan kepada

pelancong asing.

4. Pendapatan negara semakin meningkat apabila industri pelancongan

di negara kita semakin maju

PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional merupakan warisan zaman-berzaman. Contohnya,
permainan gasing , Wau, congkak dan lain – lain.Permainan ini semakin
dilupakan. Usaha-usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan untuk
memastikan permainan ini tidak luput ditelan zaman.

Isi – Isi penting

1. Pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai

kegiatan kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak

sekolah harus digalakkan supaya menubuhkan kelab atau persatuan

permainan tradisional.

2. Pihak kerajaan hendaklah meningkatkan usaha untuk menggalakkan

rakyat meminati permainan ini melalui promosi secara besar-besaran.

3. Promosi dan kempen mestilah mengenai golongan sasaran melalui

pelbagai kementerian yang ada. Setiap rakyat hendaklah menyokong

segala usaha ini.

Penutup:

Kesimpulannya, permainan tradisional perlu dipertahankan. Kerjasama

daripada semua pihak amat penting. Janganlah kita melupakan warisan

bangsa kita.

MASYARAKAT MALAYSIA
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 200
kumpulan etnik. Antaranya ialah Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban
dan lain-lain.

Isi – isi penting

1. Masyarakat Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman walaupun

berbilang bangsa, agama dan budaya.

2. Amalan Rumah Terbuka yang diadakan bagi meraikan satu-satu

perayaan dilihat mampu memupuk perpaduan. Rakyat Malaysia yang

berbilang kaum akan saling berkenalan, bermesra dan merasai juadah

enak yang disediakan.

3. Selain itu amalan ziarah-menziarahi, tolong–menolong dan semangat

kejiranan terutama dalam kalangan pelbagai kaumjuga dijadikan

budaya masyarakat Malaysia.

Kesimpulannya, kita sebagai masyarakat Malaysia perlulah bersikap

bertolak ansur demi memajukan negara tercinta ini.

KEPENTINGAN BELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA


Kempen ‘Beli Barangan Malaysia’ bertujuan menggalakkan rakyat membeli

barangan tempatan.

Isi-isi penting

1. Kita dapat menjimatkan perbelanjaan jika kita membeli barangan

tempatan. Harga barangan tempatan lebih murah berbanding

barangan import.

2. peluang pekerjaan dalam bidang industri tempatan semakin

berkembang. Rakyat mendapat peluang pekerjaan

3. Barangan buatan Malaysia bermutu tinggi.

4. Ia tidak mudah rosak.

Kesimpulannya, industri barangan tempatan memberikan banyak kebaikan

kepada pelbagai pihak.Belilah barangan buatan Malaysia kerana barang

buatan Malaysia kebanggaan kita bersama-sama.

BUAH – BUAHAN TEMPATAN


Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita

Malaysia. Antara contoh buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan,

langsat dan lain-lain lagi.

Isi-isi penting

1. Terdapat buah bermusim dan tidak bermusim.

2. Buah – buahan tempatan mudah didapati. Kita boleh dapatkan buah –

buahan seperti pisang , betik , rambutan dan sebagainya di kawasan

kampung.

3. Kita perlu makan buah-buahan tempatan kerana ia segar. Oleh itu,

buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-

bagai jenis zat dan vitamin , ini tentunya lebih baik untuk kesihatan

kita.

4. Harga buah – buahan tempatan sangat murah.

5. Buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi

negara

Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana

banyak kebaikannya

FAEDAH MENYERTAI KOKURIKULUM


Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan
di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan
permainan, badan beruniform dan kelab atau persatuan.

Isi-isi penting

1. Faedah aktiviti kokurikulum ialah nilai kepemimpinan dapat ditanam


dalam diri. Dengan ini seseorang dapat belajar bertanggungjawab
terhadap tugas mereka.
2. kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan nilai perpaduan antara
kaum. Dengan ini para murid dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara satu sama lain.
3. Aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk nilai berdikari dalam diri .
Berdikari membawa maksud keupayaan bertindak sendiri,
berkeyakinan dan cekal dalam menghadapi pelbagai dugaan.
4. Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga
dapat membentuk disiplin diri . Disiplin sangat penting untuk
mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk
berjaya.

Para ibubapa perlu menggalakan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti


kokurikulum. Badan sihat minda cergas.

TEMPAT – TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA


Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana mempunyai
banyak tempat yang menarik. Tempat-tempat ini merupakan tarikan untuk
pelancong datang ke Malaysia.

Isi – isi penting

1. Antara tempat yang menarik di Malaysia ialah kawasan-kawasan


pantai yang bersih dan indah. Antara pantai-pantai yang sesuai untuk
dikunjungi dan beriadah ialah seperti Pantai Pulau Pangkor, Batu
Feringghi di Puala Pinang dan sebagainya.
2. Selain itu, di sekitar laut pula terdapat pulau-pulau yang indah.
Terdapat banyak pulau di Malaysia. Antara pulau yang terkenal ialah
Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau
Kapas dan beberapa buah Sabah dan Sarawak.
3. Kawasan pergunungan dan tanah tinggi turut menjadi tarikan
pelancongan. Kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands dan
Genting Highlands bukan sekadar indah, malah mempunyai cuaca yang
sejuk dan nyaman. Oleh yang demikian, ramai pelancong gemar
melancong di sini.
4. Selain tempat menarik bersasaskan alam semulajadi, terdapat juga
tempat menarik yang dibina oleh kerajaan. Antaranya ialah Menara
Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang dan Menara Berkembar
Petronas. Tempat-tempat ini turut dibanjiri oleh para pelancong

Kesimpulannya, sememangnya Malaysia mempunyai banyak tempat


menarik yang boleh dikunjungi pada bila-bila masa. Keindahan dan keunikan
Malaysia menjadi kebanggaan rakyatnya.

You might also like