Min Mesy MT 1 2024
Min Mesy MT 1 2024
Min Mesy MT 1 2024
MINIT MESYUARAT
PANITIA MATEMATIK BIL 1/2024
Agenda
1. Ucapan aluan
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru. Merakamkan ucapan terima kasih
kerana dapat meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat pada kali ini.
1.2 Merakamkan ucapan terima kasih kepada En Amran kerana dapat hadir sebagai wakil
pihak pentadbir.
1.3 Berharap semua guru dapat memberikan kerjasama dalam semua aktiviti yang akan
dijalankan sepanjang tahun.
1.4 Berharap agar pencapaian matematik bagi murid SKS dapat dipertingkatkan.
2.1 Ucapan alu-aluan oleh En Amran bin Yusof selaku wakil pentadbir atas kesudian
pihak panitia menjemput beliau ke mesyuarat panitia .
2.2 Menyatakan silibus matematik bagi sekolah rendah agak tinggi tapi tidak mustahil
murid-murid boleh mencapai keputusan yang baik.
2.3 Berharap panitia matematik dapat memastikan tidak ada keciciran di kalangan murid-
murid SKS kerana percaya guru-guru SKS berwibawa dan berkebolehan.
2.4 Cabaran dan perubahan zaman, sebagai pelaksana harus mendepani segala cabaran
terutama kritikan netizen.
2.5 Berharap pihak panitia dapat meningkatkan penguasaan A dalam UASA dan lebih
ramai murid dapat TP6.
2.6 Menegaskan murid perlu bersedia dalam semua matapelajaran bermula dari sekolah
rendah. Oleh itu, guru-guru perlu memberi galakan dan motivasi untuk menarik minat
murid terhadap matematik.
2.7 Beliau doakan agar panitia matematik lebih cemerlang dalam melaksanakan
tanggungjawab dan dapat melahirkan murid-murid yang lebih cemerlang bukan sahaja
matematik tetapi secara keseluruhannya.
4.1 Pn Nor’Ashikin menyatakan tentang keputusan PBD akhir yang telah disiapkan pada
bulan Disember lalu. Berharap semua guru dapat
memberi penilaian yang sewajarnya kepada anak-anak murid.
4.2 Pengerusi memaklumkan, penilaian PBD dan UASA tidak boleh dibandingkan.
4.3 Pengerusi memaklumkan PBD adalah holistik dan sepanjang masa manakala UASA
adalah pada ketika itu.
4.4 Berharap guru-guru dapat mengenal pasti murid sebelum memberikan penilaian PBD.
guru
5. Perkara Utama
5.1 RPT
5.1.1 Pengerusi memaklumkan RPT matematik bagi tahun 2024 akan diedarkan oleh JPN
pada 13.03.2024. RPT pada tahun ini diselaraskan di semua sekolah mengikut
pendekatan modular.
5.1.2 Guru-guru diingatkan untuk mengubahsuai rpt mengikut takwim persekolahan kerana
pada minggu pertama tiada pdp.
5.2 RPH
5.2.1 Pengerusi memaklumkan RPH buat seperti biasa. Gunakan tapak lama dahulu.
5.2.2 Pengerusi memaklumkan dalam rph tiga perkara penting yang perlu ada mengikut
surat pekeliling Ikhtisas Bil 3 1999 iaitu Penyediaan Rekod Pengajaran dan
pembelajaran merangkumi elemen Objektif, Aktiviti dan Impak.
5.2.3 Pengerusi meminta semua guru memasukkan satu eleman lagi iaitu “kriteria kejayaan”
kerana sekolah telah dipilih sebagai sekolah TS25.
5.2.4 Pengerusi memaklumkan guru-guru gunakan tapak rekod transit PBD yang lama
untuk penilaian PBD.
5.3.1 Pengerusi memaklumkan, untuk membuat penilaian PBD guru-guru boleh menyemak
dan menggunakan DSKP sebagai panduan.
5.3.2 Pengerusi meminta guru-guru membaca DSKP muka surat:
24 : Tafsiran umum
25 : TP kemahiran proses matematik
26 : Tafsiran umum TP Sikap dan Nilai
27 : TP keseluruhan
5.3.3 Guru-guru boleh menyemak DSKP sebagai panduan pemberian TP dalam pdpc.
5.4.1 Pengerusi memaklumkan semua murid perlu ada 3 buah buku latihan.
5.4.2 Pn Nor’Ashikin mencadangkan buku 3 digunakan sebagai buku penyelesaian masalah.
Digunakan oleh guru matematik setiap kali pdp dalam kelas. Murid diberikan soalan,
murid tampal dan bincangkan jawapan. Setiap kali pdpc satu soalan sahaja, bertujuan
agar murid dapat memahami dan biasa dengan soalan penyelesaian masalah.
5.4.3 Pengerusi mohon kerjasama guru pra , Pn Rayuza menyediakan soalan untuk
diberikan kepada murid. Mohon Pn Rayuza bacakan soalan dan murid jawab secara
lisan memandangkan masih ramai murid pra yang belum mengenal nombor dan
huruf.
5.5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa aktiviti papan pintar, buku mengira cepat dan kad
poket sifir perlu dilaksanakan oleh semua guru yang mengajar. Pastikan guru-guru
menggunakan semua bahan tersebut untuk menarik minat murid seterusnya dapat
meningkatkan pencapaian murid dalam matematik.
5.5.2 Pengerusi memaklumkan untuk kad sifir murid perlu menghafal sifir 1 hingga 10.
Namun pihak JPN menggalakkan murid menghafal sehingga sifir 12. Murid yang
telah berjaya mengahafal sifir 1-10 akan diberi reward berupa bagde.( pelbagai warna)
manakala murid-murid yang dapat menghafal sehingga sifir 12 akan diberi badge
berwarna emas.
5.5.3 Pengerusi memaklumkan aktiviti panitia yang akan dijalankan pada sesi akademik
2024/2025 ialah:
a) Pertandingan kiub rubik- dijalankan setiap bulan.
b) Aktiviti sinar pagi setiap hari Isnin di tapak perhimpunan. (akan dilaksanakan
selepas ramadan)
c) Bengkel Numerasi 2PlaN – akan dilaksanakan selepas raya. Murid yang terlibat
adalah murid tahap
2 yang mendapat TP 1 dan TP 2 berdasarkan markah 2Plan.
d) Minggu Panitia Matematik – 09.09.2024
e) Kad Sifir Poket – dilaksanakan sepanjang masa dan bila-bila masa.
5.5.4 Pengerusi memaklumkan pertandingan kiub rubik yang pertama akan diadakan pada
hari Khamis (14.03.24). Mohon guru bertugas untuk memaklumkan kepada murid di
tapak perhimpunan. Murid yang Berjaya melengkapkan 6 muka dalam masa 20 saat
dan ke bawah akan menerima RM50.
Tindakan :
Semua guru
5.6 Kewangan
6. Hal-hal lain.
6.1 Pengerusi meminta semua ajk panitia matematik untuk menghantar jadual waktu dan
biodata
maklumat guru matapelajaran dalam bentuk pdf.jpg dalam link yang akan diberikan
dalam group whatsapp.
6.2 Pn Norshahidah menyatakan, kelas pemulihan akan bermula pada minggu kedua.
Senarai nama
murid yang telah diberikan pada mesyuarat kali ke 5 akan disaring. Beliau akan
memilih murid
yang benar-benar tidak menguasai kemahiran numerasi dan literasi.
6.3 Berharap pihak pengurusan sekolah dapat menyelesaikan isu murid lemah dengan
membuat “kelas streaming” agar murid-murid yang lemah dapat dikumpulkan dalam
satu masa yang lebih panjang.
Tindakan : Semua guru
& pentadbir
7. Penutup
7.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli atas kerjasama yang
telah diberikan
7.2 Berharap agar semua guru sentiasa proaktif dan positif dalam meningkatkan prestasi
anak-anak SKS.