PK 07 PANITIA PJK 2023 Minit Mesyuarat 1

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BERTAM

MINIT MESYUARAT PANITIA PJPK BIL 1 / ( 2023)

Tarikh : 11 Mei 2023 ( Khamis )

Masa : 12.30 petang - 1.30 petang

Tempat : Makmal Komputer

Pengerusi : En. Mohd Nizam bin Kasmiran

Kehadiran(Bilangan) : 6 orang

Turut Hadir (Jika ada) : .......................................................................................................................


...........................................................................................................
.............

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan terima kasih atas kehadiran semua AJK
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
1.2 AJK dimaklumkan agar meningkatkan lebih usaha dalam meningkatkan kualiti
proses pengajaran dan pembelajaran.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn Noorhani Faradila bte Md Shab
Disokong untuk pengesahan oleh En Iskan bin Ladimin.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentakisran ( DSKP ) dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah ( KSSR ).
3.1.1 Semua guru tahun 1 hingga tahun 6 diminta muat turun DSKP sendiri di
Laman web BPK.
3.2 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan.
3.2.1 RPH mestilah berdasarkan DSKP. Aktiviti yang dirancang hendaklah
berfokuskan kepada murid dan mesti ada penilaian daripada guru.
3.2.2 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan perlu menggunakan format yang Pn. Kartinie sediakan.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

3.3 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia


( SEGAK ).
3.3.1 Program segak berfokuskan kepada murid tahap 2 terutama yang
mengalami obesiti. Program SEGAK dilaksanakan pada bulan Mei dan
Oktober untuk tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.
3.3.2 Ujian SEGAK dijalankan setelah surat pekeliling dikeluarkan oleh pihak
KPM.
3.3.3 Key in data pada hingga 31.12.2021.
3.4 Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD ).
3.4.1 Semua guru hendaklah merujuk buku teks untuk membuat PBD. Penilaian
boleh dibuat bila-bila masa.
3.5 Penilaian ( Peperiksaan ).
3.5.1 Peperiksaan dijalankan pada tahap 2 sahaja. Tarikh akan diberitahu
kemudian.
3.6 Bilik sukan, peralatan dan keceriaan.
3.6.1 Pada tahun ini, En Mohd Nizam ditugaskan untuk menjaga bilik
sukan. Semua peralatan yang akan digunakan akan direkodkan oleh
beliau di dalam buku yang disediakan.

3.6.2 Semua guru mestilah mengutamakan keselamatan semasa mengambil


peralatan di dalam bilik sukan. Pastikan guru mengiringi murid semasa
mengambil dan menghantar peralatan bilik sukan. Hanya 2 orang murid
sahaja yang boleh mengambil dan menghantar alatan .

3.7 Pakaian semasa Pendidikan Jasmani.

3.7.1 Semua guru dan murid diminta memakai pakaian sukan yang lengkap
semasa proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Jasmani di
padang.

4 HAL-HAL LAIN

4.1 Kelas pendidikan jasmani boleh dilaksanakan di dewan terbuka dan padang.
4.2 Peruntukan panitia PJK belum diperolehi daripada pihak kerani.

5 PENANGGUHAN MESYUARAT

5.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 1.30 petang dengan ucapan terima
kasih kepada semua yang hadir.
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like