Pontian Trial Akaun 2013 - k2

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

Pontian, Johor Peperiksaan Percubaan 2013

Bahagian A
[60 markah]
Jawab semua soalan

1 Berdasarkan situasi berikut, nyatakan konsep perakaunan yang dipatuhi.


(a)(i) Syarikat Mudah Jaya telah menyelesaikan 50% daripada sesuatu projek yang sedang
dijalankan berdasarkan pengekosan dan bukti lain yang diperoleh. Projek ini dikenalpasti
akan mengalami kerugian. Syarikat membuat keputusan untuk mengambil kira kerugian
tersebut pada tempoh perakaunan semasa walaupun projek itu belum selesai.

(ii) Syarikat besar yang menjalankan urus niaga secara besar-besaran hanya akan merekod aset
yang dianggap memberi kesan kepada penyata kewangan dalam Kunci kira-kira.
[2 Markah]

(b) Kedai Buku Boon Foo mengeluarkan cek RM 1650 kepada Penerbit Jelita dan menerima
diskaun tunai RM350. Catatkan dalam lejar yang berkaitan.
[2 Markah]

(c) Maklumat berikut diperoleh daripada sebuah buku Perniagaan Perabot Hana:
Perniagaan Hana menjual almari bernilai RM 1500 kepada Kamalia Enterprise RM3300
secara kredit.

Apakah kesan urus niaga tersebut terhadap persamaan perakaunan.

Aset= Liabiliti+ Ekuiti Pemilik

[2 Markah]

(d) Khatijah berkerja sambilan sebagai jurujual di Pasaraya Maslee. Upah yang diterima
ialah RM 10 sejam. Beliau diberi elaun makan RM20 sehari dan komisen sebanyak 2%
daripada jumlah jualan. Hitung jumlah pendapatan yang diterima oleh Khatijah sekiranya
beliau bekerja 4 jam sehari untuk 15 hari dalam bulan Februari 2013. Jumlah jualannya
dalam bulan itu ialah RM 5250. [2 Markah]

(e) Antara yang berikut, firma manakah yang mempunyai prestasi yang baik?

Nisbah Firma Al munawarah Firma Al yaseen


Nisbah semasa 2.3 1.2

Berikan alasan anda. [2 Markah]

[10 Markah]

Koleksi Trial 2013 Cg Narzuki Online


Pontian, Johor Peperiksaan Percubaan 2013

2 Puan Khaira ialah pemilik Khaira Enterprise yang beroperasi semenjak 3 tahun lepas.
Berikut ialah Imbangan Duga perniagaan tersebut pada 30 Mac 2013.

Imbangan Duga pada 30 Mac 2013


Debit (RM)Kredit (RM)
Modal 48 400
Stok pada 1 April 2012 1 750
Kenderaan ( Kos ) 40 000
Perabot ( Kos ) 30 000
Bank 2 500
Susut Nilai Terkumpul Kenderaan 12 000
Susut Nilai Terkumpul Perabot 8 130
Ambilan 1 250
Belian dan Jualan 22 000 47 420
Pulangan 640 480
Penghutang dan Pemiutang 7 000 4 320
Angkutan Masuk 450
Alat Tulis 320
Insuran 2 160
Kadar Bayaran 480
Gaji 8 800
Diskaun 295
Sewa 3 840
Peruntukan Hutang Ragu 455
Insuran atas Belian 310
121 500 121 500

Maklumat Tambahan:
i) Stok pada 30 Mac 2013 bernilai RM2 460 pada harga kos dan RM2 745 pada harga
pasaran.
ii) Insuran yang dibayar adalah untuk setahun dan akan tamat tempohnya pada 31 Mei 2013
iii) Gaji pekerja dibayar sebanyak RM800 sebulan.
iv) Kenderaan hendaklah disusutnilaikan 10% setahun atas kos dan perabot
disusutnilaikan 10% setahun mengikut baki berkurangan.
v) Seorang penghutang telah diisytiharkan muflis dan baki hutangnya sebanyak
RM1 300 dihapuskan sebagai hutang lapuk
vi) Peruntukan hutang ragu diselaraskan pada kadar 5% atas penghutang bersih
vii) Pemilik telah mengambil alat tulis sebanyak RM40 untuk kegunaan sendiri tetapi
perkara ini belum direkodkan.

Anda dikehendaki menyediakan:


a) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Mac 2013. [14 markah]
b) Kunci Kira-kira pada 30 Mac 2013. [11 markah]

Koleksi Trial 2013 Cg Narzuki Online


Pontian, Johor Peperiksaan Percubaan 2013
3 Kelab Kebajikan Taman Benut Baru telah ditubuhkan sepuluh tahun yang lalu di Pontian, Johor.
Berikut adalah maklumat perakaunan kelab tersebut bagi tahun berakhir 31 Disember 2012.

Penerimaan sepanjang tahun 2012:


RM
Sewa dewan 1 680
Kutipan Majlis Makan Malam 5 540
Yuran Ahli 17 280
Bayaran Masuk 2 100

Pembayaran sepanjang tahun 2012:


RM
Belanja membaiki Rumah Kelab 1 500
Akhbar dan Majalah 285
Belanja Majlis Makan Malam 4 300
Lawatan 1 000
Perabot baru 840
Kadar bayaran 420
Insurans 960
Alat tulis 190
Kursus dan Motivasi 800

Maklumat tambahan :
i) Aset dan liabiliti kelab tersebut adalah seperti berikut:
1 Januari 2012 31 Disember 2012
RM RM
Rumah Kelab 65 000 65 000
Perabot 2 520 ?
Stok alat tulis 55 33
Bank 10 200 ?
Kadar bayaran terakru 77 290
Yuran Ahli Tertunggak 510 -
Yuran Ahli Terdahulu 360 270
Akhbar dan Majalah terakru - 75

ii) Perabot disusutnilaikan 20% setahun atas kos.


iii) Insurans yang dibayar adalah untuk tempoh setahun berakhir 31 Mac 2013.
iv) Bayaran masuk hendaklah dianggap sebagai penerimaan modal.

Anda dikehendaki menyediakan

a. Akaun Yuran Ahli [3 markah]

b. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2012


[8 markah]
c. Penyata Mengira Dana Terkumpul pada 1 Januari 2012 [3 markah]

d. Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2012 [11 markah]


Koleksi Trial 2013 Cg Narzuki Online
Pontian, Johor Peperiksaan Percubaan 2013
4 Salina ialah pemilik Perniagaan Alleey, mendapati baki akhir Penyata Bank bagi bulan Jun 2013
adalah berbeza dengan baki akhir Buku Tunai pada tarikh yang sama iaitu :
RM

Baki Buku Tunai 1 345

Setelah Penyata Bank dan Buku Tunai dibandingkan, didapati perbezaan itu disebabkan oleh
perkara-perkara berikut :

(i) Bayaran RM 35 telah dicaj oleh bank untuk buku cek.

(ii) Cek-cek berikut telah dikeluarkan tetapi belum dikemukakan kepada bank :
Butir No. Cek RM Tarikh
Larry Butique 321367 5800 23/05/2013
Aiman Enterprise 321395 6500 29/05/2013
Sewa kedai 321550 2 640 02/06/2013
Pemiutang Redza 321560 10 780 16/06/2013
Mara Enterprise 321570 5 860 27/06/2013

(iii) Dividen diterima daripada Salim Berhad berjumlah RM 1 800 telah dicatat di Penyata Bank
tetapi belum dicatatkan di Buku Tunai.

(iv) Cek bernombor 128900 berjumlah RM 2 430 yang diterima daripada Kim telah dipulangkan
oleh pihak bank tetapi belum direkodkan dalam Buku Tunai.

(v) Cek-cek berikut belum lagi didepositkan ke akaun bank :


Butir No. Cek RM Tarikh
Syed Hamid 674559 3 900 29/05/2013
Penghutang Azzah 560009 4 500 02/06/2013
Perniagaan Selasih 432220 3 200 24/06/2013
Cendana Enterprise 888900 450 26/06/2013
Perniagaan Sudiman 388870 1 500 27/06/2013

(vi) Arahan tetap untuk bayaran insurans kedai berjumlah RM3 600 belum dicatat dalam Buku
Tunai.
(vii) Perniagaan Alley telah mendepositkan cek penghutang Kama berjumlah RM 4 551 ke dalam
bank tetapi telah dicatatkan sebagai RM 4 451 dalam Buku Tunai.

(viii) Cek bernilai RM 670 kepada Jack Trading telah tersalah catat di sebelah debit Buku Tunai.

(x) Bank telah mengenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM 80.

Anda dikehendaki menyediakan :

(a) Mengemaskinikan Buku Tunai pada 30 Jun 2013. [8 markah]

(b) Menyediakan Penyata Penyesuian Bank pada 30 Jun 2013. [10 markah]

(c Nyatakan dua tujuan penyediaan Penyata Penyesuaian Bank. [2 markah]

Koleksi Trial 2013 Cg Narzuki Online


Pontian, Johor Peperiksaan Percubaan 2013

5. Pn Arissa menjalankan perniagaan menjual lengkapan pejabat di Johor. Berikut ialah buku catatan
pertama yang telah disediakan oleh Pn Arissa.

JURNAL AM
Tarikh Butir Debit Kredit
2013 RM RM
Jan. 1 Tunai 5 500
Stok 30 200
Perabot 15 000
Bank 20 600
Modal 71 300
(Aset dan modal pada awal tahun ini) 71 300 71 300

27 Kenderaan 20 000
Modal 20 000
(Pemilik membawa masuk kenderaan peribadi ke

JURNAL JUALAN JURNAL PULANGAN JUALAN


Tarikh Butir Jumlah Tarikh Butir Jumlah
2013 RM 2013 RM
Jan. 2 Perniagaan bayu 21 600 Jan. 10 Binajaya trading 1 000
8 Binajaya Trading 11 000 16 Pemborong Jamal 750
13 Pemborong Jamal 8 000 31 Akaun Pulangan Jualan (dt) 1 750
31 Akaun Jualan (kt) 40 600

JURNAL BELIAN JURNAL PULANGAN BELIAN


Tarikh Butir Jumlah Tarikh Butir Jumlah
2013 RM 2013 RM
Jan. 3 Syarikat Kenari 17 000 Jan.6 Syarikat Kenari 1 500
12 Fenomena Sdn Bhd 5 500 31 Akaun Pulangan Belian (kt) 1 500
26 Waja Jati Enterprise 3 700
31 Akaun Belian (dt) 26 200

Koleksi Trial 2013 Cg Narzuki Online


Pontian, Johor Peperiksaan Percubaan 2013

Tarikh Butir Diskaun Tunai Bank Tarikh Butir Diskaun Tunai Bank
2013 RM RM RM 2013 RM RM RM
Jan. 1 Modal 5 500 20 600 Jan. 10 Perabot 5 000
15 Binajaya Trading 500 9 500 11 Syarikat Kenari 250 10 250
17 Jualan 1 200 15 Insurans 900
26 Komisen 500 26 Gaji 750
30 Waja Jati Enterprise 2 500
31 Baki h/b 3 050 14 850

500 7 200 30 100 250 7 200 30 100

Anda dikehendaki memindahkan catatan tersebut ke akaun-akaun lejar yang berkaitan

Koleksi Trial 2013 Cg Narzuki Online


Pontian, Johor Peperiksaan Percubaan 2013

6 (a) Pada 1 Januari 20X2, Syarikat Sinar Berjaya telah mendaftarkan modal yang dibenarkan
sebanyak 3 000 000 unit saham yang terdiri daripada 2 000 000 unit saham biasa yang bernilai
RM 1 setiap satu dan 1 000 000 unit saham keutamaan 5 % bernilai RM 2 setiap satu.

Pada 1 Mac 20X2, Syarikat Sinar Berjaya telah menerbitkan 1 500 000 unit saham biasa dan
800 000 unit saham keutamaan.Kesemua saham telah dipohon dan dibayar penuh.

Anda dikehendaki:
(a) Mengira
(i) Modal dibenarkan [ 2 markah]
(ii) Modal diterbitkan [ 2 markah]
(iii) Modal belum diterbitkan [ 2 markah]
(iv) Modal berbayar [ 1 markah]

(b) Menyediakan catatan jurnal untuk merekodkan terbitan saham. [ 2 markah]

6 (b)Perniagaan Sutera Berseri, pembekal kain sutera di sekitar Johor. Anggaran kos dan hasil
untuk pengeluaran tersebut adalah seperti berikut:

RM
Sewa kedai 1000
Mesin pemintal benang sutera 4000
Benang 20 seunit
Bahan pewarna 30 seunit
Bahan mentah lain 30 seunit
Harga Jualan 120 seunit

Anda dikehendaki:
(a) Hitung:
(i) Kos berubah seunit [2 markah]
(ii) Jumlah kos tetap [2 markah]
(iii) Titik pulang modal (dalam unit) [2 markah]
(iv) Kuantiti kain sutera yang perlu dijual jika ingin keuntungan sebanyak RM 40 000.
[ 2 markah]

(b) Berdasarkan jawapan di atas, lakarkan graf titik pulang modal di atas kertas graf dengan
menunjukkan:
(i) Garisan kos tetap
(ii) Garisan jumlah kos
(iii) Garisan jumlah hasil
(iv) Titik pulang modal
[ 4 markah]

Koleksi Trial 2013 Cg Narzuki Online

You might also like