Teori-Teori Dalam Kajian Semantik

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

TEORI-TEORI DALAM KAJIAN SEMANTIK

KONSEP
Teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Ia merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu. Kempson (1991:2) telah membicarakan tentang teori semantik yang merupakan sebahagian daripada teori linguistik am. Teori-teori tersebut termasuklah seperti Teori Imejan, Teori Behaviorisme, Teori Analisis Komponen dan Teori Logik Simbolik.

TEORI IMEJAN

TEORI LOGIK SIMBOLIK

TEORITEORI
TEORI ANALISIS KOMPONEN

TEORI BEHAVIORISME

TEORI IMEJAN
Teori yang juga dikenali sebagai Teori Imej Makna ini didefinisikan sebagai imej makna yang tergambar dalam minda penutur atau pendengar apabila sesuatu benda atau perkara disebut. Sesuatu perkataan yang dibaca, didengar dan disebut tergambar dalam fikiran dan ditafsir sehingga memberi makna yang abstrak

Imej yang dimaksudkan ini bagaimanapun tidak bersifat visual kerana ia tidak menepati gambaran sebenar yang dimaksudkan secara tepat. Hal ini bergantung kepada keluasan pengalaman dan ilmu yang dimiliki oleh individu itu sendiri.

Misalnya frasa bunga di jambangan. Farid yang kurang membaca dan tinggal di kawasan pedalaman mungkin hanya memahami frasa ini sebagai beberapa kuntum bunga di dalam pasu yang dijadikan sebagai hiasan di atas meja. Sebaliknya bagi Asiah yang rajin menelaah buku dan majalah mungkin memahami bahawa frasa itu mempunyai dua maksud, iaitu bunga hiasan dan anak gadis yang diibaratkan seperti bunga dalam masyarakat Melayu.

KEKURANGAN
Seseorang mungkin mempunyai lebih daripada satu imej bagi satu ungkapan Dua ungkapan mungkin mempunyai imej yang sama Mana mana perkataan yang berkaitan dengan lebih daripada satuimej diramalkan bersifat taksa.

bm2/ym

Imej berubah mengikut waktu dan ketika Berbeza dalam beberapa hal mengikut pengalaman Gambaran yang berbeza mengikut pemahaman yang berbeza

bm2/ym

TEORI BEHAVIORISME
Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Bahasa dianggap wujud hasil daripada operasi rangsangan (R) dan gerak balas/stimulus (S) ini.

individu akan dapat menggunakan dan membezakan perkataan yang digunakannya dengan betul hasil daripada tindak balas yang diberi oleh orang lain kepadanya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Empat ciri umum teori behaviorisme ialah: a. menolak konsep mentalisme yang mengkaji pemikiran dan konsep abstrak data yang dapat disahkan, b. mempercayai bahawa tingkah laku manusia dan haiwan mempunyai persamaan, c. tingkah laku manusia dalam berbahasa disebabkan keperluan untuk bersosialisasi dan d. perlakuan manusia ada hubungan dengan rangsangan (stimulus) dan gerak balas.

KEKUATAN & KELEMAHAN


KEKUATAN p&p akan mempengaruhi segala perbuatan @ tingkah laku pelajar serta menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. KELEMAHAN Perlu ada rangsangan yang sesuai untuk menghasilkan tindak balas yang diiingini.

TEORI ANALISIS KOMPONEN


Teori ini menghuraikan kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu dengan yang lain. Makna bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis sebagai satu unit, tetapi secara terperinci sebagai satu komponen-komponen yang kompleks. Secara ringkasnya teori ini digunakan untuk menentukan istilah berdasarkan hubungan kekeluargaan sesuatu perkataan/ujaran.

Cara untuk memperlihatkan elemen semantik dalam ayat


1. dengan menganalisis komponen kata yang diberikan Contoh: Analisis komponen bagi kata bunga Kata bunga telah dianalisis komponennya sehingga boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu berduri dan tidak berduri. Bunga berduri mempunyai ciri-ciri seperti berbatang keras dan daunnya lebar. Bunga mawar adalah contoh bunga jenis ini. Manakala untuk jenis bunga tidak berduri, antara ciricirinya termasuklah berbatang kecil dan lembut, misalnya bunga kekwa dan bunga orkid.

2. Mengenalpasti kewujudan elemen semantik ialah dengan melakukan analisis fitur atau ciri semantik. Fitur atau ciri semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri. Tanda (+) dan (-) digunakan dalam analisis ini. Tanda (+) bermaksud ciri tersebut hadir atau wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, manakala tanda (-) pula membawa makna kata itu tidak mempunyai ciri itu.

Contoh perkataan seperti makanan boleh dianalisis fiturnya seperti berikut :


Nasi Aiskrim Buah-buahan Sayur-sayuran + berkhasiat - berkhasiat + berkhasiat + berkhasiat

- lemak + lemak - lemak - lemak + tenaga - tenaga + tenaga + tenaga

Analisis fitur semantik bagi kata makanan.


Huraiannya ialah nasi, buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai khasiat dan memberi tenaga, tetapi tidak mengandungi lemak. Sebaliknya aiskrim merupakan hidangan yang tidak mempunyai khasiat atau pun tenaga, bahkan mengandungi lemak yang boleh menjejaskan kesihatan badan.

Kelemahan
Penghuraian makna memerlukan proses yang panjang Menganalisis makna pada peringkat perkataan bukan ayat Sukar menentukan komponen komponen semantik yang khusus untuk menghuraikan makna sesuatu perkataan Sering terikat dengan hiponim
bm2/ym 18

TEORI LOGIK SIMBOLIK


Teori ini cuba mengkaji makna bukan sahaja dari peringkat perkataan, malahan juga pada peringkat ayat dan perlakuan manusia, sebagai reaksi kepada tanggapan yang mereka terima mengenai sesuatu perkataan. Bahasa menurut definisi teori ini ialah sejenis sistem lambang.

Sintaksis

Sub kajian
pragmatik semantik

SEMANTIK
Semantik dalam teori ini didefinisikan sebagai kajian tentang hubungan di antara simbol dengan rujukan atau boleh juga dikatakan sebagai hubungan antara perkataan dengan benda. Rujukan atau benda tidak terhad bilangannya di dalam sesuatu bahasa kerana sesuatu lambang itu mewakili sekumpulan benda atau pun peristiwa yang mempunyai persamaan antara satu dengan lain. Manakala simbol pula biasanya dirujuk kepada kumpulan benda yang mempunyai persamaan.

SINTAKTIK
Mengkaji hubungan di antara satu perkataan dengan perkataan lain yg. boleh menentukan makna. Hubungan ini dapat dilihat pada konteks yg. lebih besar misalnya dalam ayat atau frasa

bm2/ym

22

Contoh
orang dan besar = orang besar 1. Orang yang saiznya besar 2. Orang yang berpangkat tinggi

bm2/ym

23

makan dan hati = makan hati


1. Makan hati lembu, ayam dan lain lain. 2. Merana / kecewa

bm2/ym

24

PRAGMATIK
Kajian antara simbol atau perkataan dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh seseorang sebagai reaksi kepada perkataan perkataan yang ditujukan kepadanya

bm2/ym

25

Contoh : aku pada tempat dan kepada orang yang tidak sesuai boleh menimbulkan reaksi yang negatif kepada seseorang. awak , kamu , engkau , anda Semuanya membawa asosiasi yang berlainan yang boleh menentukan perlakuan manusia yang berbagai- bagai sebagai reaksi kepadanya.

bm2/ym

26

KEKUATAN & KELAMAHAN


KEKUATAN pendekatan yang lebih berkesan untuk mengkaji makna kerana ia mengambil kira proses bagaimana sesuatu perkara itu mendapat maknanya. KELEMAHAN Makna perlu dilihat dari aspek konteks yang lebih luas untuk disesuaikan dalam penggunaannya.

You might also like