JUDIN - P.ramlee

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

NAMA AHLI KUMPULAN: MUHAMMAD IZZUDDIN B. KAMAL `ARIFIN MOHD FAQZLAN B. MOHD RAHIM (K) AHMAD AZAMUDIN B.

B. HUSAINI MUHAMAD FIRDAUS B. ABU HASHIM

next

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari

Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri, Syeikh Ali, yang sama ibu dengannya. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian keSekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free Schoolsehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila tamat perang.
HOME PREVIOUS NEXT

]Permulaan kerjaya seni Bermula dengan bermain Ukulele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di

bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya. Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya. HOME PREVIOUS NEXT

P. Ramlee & Salmah Ismail (Saloma) P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan hanya bertahan selama empat tahun. Perkahwinan kedua P. Ramlee adalah dengan Noorizan Mohd Noor pada 6 Februari 1955, seorang kerabat diraja negeri Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebabkan perkahwinan mereka retak. Kali terakhir adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya. Wanita dalam hidup P. Ramlee menyintai beliau atas sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintai P. Ramlee ketika beliau masih belum ternama manakala Norizan menyintai P. Ramlee sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal. Walau bagaimanapun, Saloma menyintai P. Ramlee seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.

HOME

PREVIOUS

NEXT

P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anakanak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanakkanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanakkanak tambahan (contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak). Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau: Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008) Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998) Sazali : Anak angkat (lahir 1958) Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah) Norma : Anak tiri (anak Noorizan) Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel) Betty : Anak angkat Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963) Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007) Salfarina @ Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

HOME

PREVIOUS

NEXT

P. Ramlee menerima Pingat Kebesaran Ahli Mangku Negara(A.M.N.) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketiga. P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaranTan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P Ramlee" pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P.Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. Di Kuching juga ada sebatang jalan yg dinamakan Jalan P.Ramlee. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor". Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak,dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak "Datuk Amar Bintang Kenyalang" (Posthumous) (DA (P)).Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau,iaitu Dian P.Ramlee. Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, P. Ramlee telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program "Anak Gemilang Malaysia" yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaannya menaikkan nama negara di mata dunia. Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal dengan tajuk "P. Ramlee the Musical... Hidup, Cinta and Inspirasi"

HOME

PREVIOUS

NEXT

Berikut merupakan senarai anugerah yang terlibat dengan beliau dan karya beliau sepanjang hidup beliau. 1945 Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya "Tempat ke-3" - P. Ramlee 1946 Pertandingan Nyanyian Keroncong Pulau Pinang "Tempat Pertama" - P.Ramlee dan Pancaragam Keroncong Pemuda Indonesia Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya "Tempat ke-2" - P.Ramlee 1947 Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya "Tempat pertama" - P.Ramlee 1951 Majalah Filem Raya Malaya

1953 Majalah Filem Raya Malaya "Filem Terbaik" - Hujan Panas "Pelakon Terbaik" - P.Ramlee "Filem Kegemaran Malaya" - Antara Senyum Dan Tangis "Filem Kegemaran Malaya dan Indonesia" - Antara Senyum Dan Tangis

"Pelakon Kegemaran Malaya dan Indonesia" - P.Ramlee


Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya "Artis Tahunan 1953" - P.Ramlee "Filem Terbaik" - Hujan Panas Radio Malaya "Penyanyi Lelaki Terbaik" - P.Ramlee 1956

Festival Filem Asia ke-3 Hong Kong


"Skor Muzik Terbaik" - P.Ramlee "Pelakon Pembantu Wanita Terbaik" - Zaiton bagi Hang Tuah Majalah Bintang Singapura "Seniman Terbaik" - P.Ramlee "Pengarah Terbaik" - P.Ramlee "Penggubah Terbaik" - P.Ramlee "Penyanyi Terbaik" - P.Ramlee "Filem Terbaik" - Semerah Padi "Filem Kedua Terbaik" - Anakku Sazali "Pengarah Kedua Terbaik" - Phani Majumdar bagi Anakku Sazali "Pelakon Wanita Terbaik" - Saadiah Baharom bagi Semerah Padi

"Bintang Pujaan Malaya and Indonesia" - P.Ramlee


1952 Majalah Filem Raya Malaya "Pelakon Terbaik" - P.Ramlee "Filem Terbaik" - Antara Senyum Dan Tangis "Filem Kegemaran" - Juwita

HOME

PREVIOUS

NEXT

HOME

PREVIOUS

You might also like