Permainan Wau Atau Layang
Permainan Wau Atau Layang
Permainan Wau Atau Layang
mengalami perkembangan dari hanya sejenis permainan kanak-kanak kepada satu bentuk sukan pertandingan yang serius serta menjadi bahan koleksi yang dihargai oleh pengumpul layang-layang di seluruh dunia. Apa yang menarik mengenai permainan layang-layang ini ialah apabila melihat ia terbang tinggi di angkasa, ia turut membangkitkan perasaan seperti kita berupaya untuk pergi ke mana-mana sahaja," kata Dato' Ikmal Hijaz Hashim, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad. Wau Jala Budi Asal usul nama Wau Jala Budi ialah daripada daun yang terdapat di negeri Kedah iaitu daun 'budi' yang mana ekor wau tersebut menyerupai daun budi manakala perkataan jala pula wujud daripada kerangka ekor Wau Jala Budi. Walau bagaimanapun, ia mempunyai bentuk yang sama seperti wau yang lain. Apabila diterbangkan ke udara, Wau Jala Budi akan mengeluarkan bunyi berdengung yang agak sederhana garau yang terbit dari busur yang terdapat di bahagian kepala. Rupabentuk Wau Jala Budi ini juga mempunyai persamaan dengan 'Chula Kite' yang berasal dari negara Thailand. Wau Bulan Wau bulan merupakan wau tradisional yang paling popular dan paling menarik dari segi persembahannya. Ia dikenali sebagai Wau Bulan kerana bentuk bulan sabit dan hiasan hujungnya. Berdasarkan lagenda dahulu, Wau Bulan dikatakan berasal dari empayar Sri Wijaya oleh Dewa Muda. Wau ini dijadikan sebagai panduan bagi menentukan lokasi yang sesuai untuk ditakluki. Wau Bulan yang dimainkan pada hari ini telah mengalami perubahan berbanding dengan rekabentuk Wau Bulan yang asal. Wau Bulan lebih dikenali di negeri Kelantan.
Kucing Wau Kucing dikenali dengan rekabentuknya seperti seekor kucing yang sedang duduk dari pandangan belakang, bermula dari bahagian kepala, badan dan seterusnya ekor kucing. Keistimewaan Wau Kucing dapat dilihat pada busurnya yang dapat mengeluarkan bunyi yang nyaring seperti kucing. Ia dipercayai berfungsi untuk menakutkan roh jahat dan meramalkan keadaan cuaca pada keesokan harinya. Motif ukiran sobek yang digunakan pada wau ini ialah motif bunga dan tumbuh-tumbuhan dan cara hiasannya adalah sama seperti wau bulan.
Wau Merak Wau Merak juga dikenali sebagai Layang-Layang Kipas. Dipercayai berasal dari Sulawesi, Indonesia dan dimainkan oleh masyarakat Bugis. Rekaannya bercirikan burung merak dan tidak terikat kepada saiz yang tertentu. Keistimewaan Wau Merak ialah pada busurnya yang boleh memainkan tujuh jenis irama atau bunyi bunyian. Asalnya ia dimainkan pada waktu malam kerana ia dapat menghasilkan bunyi yang baik. Ragam hias yang menjadi pilihan untuk menghiasi dada Wau Merak pula adalah motif tumbuhan menjalar iaitu lada hitam dan gambir.